Khamis, 28 Julai 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Gambar Kapal Bersalut Emas Dikaitkan dengan Robert Kuok Didakwa PALSU

Posted: 28 Jul 2011 05:26 AM PDT

Palsu
Gambar asal

Cerita awal tentang kapal layar mewah ini ada disiarkan di DCM, sila klik di sini.

Hari ini, DC melaporkan Baia, syarikat pembina kapal layar Itali mendakwa bahawa kapal layar bernilai RM14.5 bilion emas yang kononnya dibeli oleh seorang ahli perniagaan terkemuka Malaysia adalah PALSU, dan gambar-gambar itu dipercayai telah dimanipulasi secara digital.

 
Pengurus jualan Baia, Mario Boselli berkata tidak ada bot emas dan cerita itu direka oleh pereka British.

 
"Kami hanya mempunyai bot biasa di sini, bukan bot emas. Cerita tentang bot emas itu adalah satu cerita bodoh dan tiada kena-mengena dengan kami.

 
"Mereka mengambil gambar dari laman sesawang kami tanpa kebenaran," katanya dalam temu bual melalui telefon semalam.

 
Majalah tentang bot dan kapal layar Britian  menerbitkan ssebuah artikel dalam laman sesawangnya yang memuatkan kenyataan Borselli bahawa kapal layar itu adalah palsu.

 
Dia berkata akan menulis kepada pereka British agar mengeluarkan gambar-gambar tersebut dari laman sesawangnya tetapi menegaskan tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pereka tersebut.

 
Gambar-gambar model kapal "One Hundred" didakwa digunakan untuk artikel yang diterbitkan dalam akhbar The Sun tentang kapal layar sepanjang 31m yang dikenal sebagai "History Supreme".

 
Artikel itu mendakwa kapal layar itu disalut dengan 100 tan logam dan batu permata yang berharga, meredah arus ombak di  Malaysia sehingga membuatkan banyak pihak membuat spekulasi tentang gerangan pemiliknya.

Pakar Perlembagaan Dakwa SPR BERBOHONG, Ada Kuasa Laksana Tuntutan BERSIH 2.0

Posted: 28 Jul 2011 03:00 AM PDT


 
Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berbohong kerana undang-undang yang diperincikan dalam peruntukan Akta Pilihan Raya dibuat sendiri oleh SPR, kata pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Justeru, katanya, kenyataan Wan Ahmad bahawa SPR tidak ada kuasa di bawah Perlembagaan untuk melaksana tuntutan Bersih disebabkan mengikut telunjuk parti pemerintah.

"Wan Ahmad berbohong kerana undang-undang yang memperincikan peruntukan dalam Akta Pilihan Raya umpamanya dibuat oleh SPR. Ini semua dalam bentuk Peraturan atau Perintah yang kesemuanya dipanggil undang-undang kecil (bye-laws)," kata Aziz.

Menurut Aziz, tugas SPR sebagai badan mengurus pilihan raya seperti dinyatakan dalam perlembagaan, mempunyai makna luas dan merangkumi semua aspek.

"Terpulang kepada SPR untuk buat atau tidak. Masalahnya SPR memilih untuk menyerahkannya kepada Umno-BN yang menjadi teraju pemerintahan sekarang," kata Aziz dalam jawapannya kepada Keadilandaily.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Wan Ahmad semasa debat bersama Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan yang diadakan di Shah Alam baru-baru ini.

Menurut Aziz, perlembagaan turut memberi perlindungan kepada SPR, antaranya pengerusi SPR tidak boleh dipecat kecuali melalui prosedur yang sama seperti hakim mahkamah.

"Masalahnya perkara yang dalam bidang kuasa mereka pun enggan dibuat. Senarai pengundi masih tak selesai sedangkan itu kerja mereka. Pendek kata, SPR ini mengambil sikap 'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'," jelas Aziz.

Beliau membidas hujah SPR yang mengatakan badan itu perlu mendapat lampu hijau dari kerajaan untuk melaksanakan sesuatu pendekatan baru, termasuk Peguam Negara.

"Ini karut kerana kerajaan yang memerintah adalah sebahagian daripada 'pemain'. Kalau begitu SPR juga kena ikut cadangan Pakatan Rakyat (PR).

"(Tetapi) bila PR kata tidak akan bubar Dewan Undangan Negeri untuk pilihan raya umum ke-13, SPR mengatakan yang pilihan raya berasingan susah, mahal dan lain-lain. Sedangkan itu dibenarkan oleh perlembagaan.

"Ini menunjukkan SPR selesa untuk mengikut apa sahaja kata Umno-BN meskipun tiada atau bertentangan dengan perlembagaan. Ini tidak selaras dengan tugas mereka mewujudkan pilihan raya yang bebas dan adil," tegas Aziz.

Selain itu katanya, SPR juga dilihat enggan menuruti sebarang inisiatif yang dibuat PR termasuk cadangan mengadakan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Malah, katanya, SPR juga enggan menerima Pakatan Rakyat sebagai satu entiti.

"Ertinya bila dengan Umno-BN, mereka akan cari jalan untuk buat apa sahaja termasuk meminda undang-undang.

"Tapi kalau dengan Pakatan, mereka akan cari jalan untuk tidak laksanakan meskipun ia sesuatu yang logik dan telah dilaksanakan di negara lain.


Banyak Duit BN? TPM Janji Beri RM100 Ribu kepada Ahli Parlimen BN

Posted: 27 Jul 2011 11:50 PM PDT


Kalau Muhyidin berkata, "Semua MP akan menerima peruntukan sebanyak RM100 000 menjelang Aidilfitri." Tidaklah orang yang tahu cerita ini menjerit-jerit marah kepada TPM Malaysia. Namun seperti yang diberitakan di TMI, peruntukan sebanyak RM100 ribu HANYA diberikan kepada Ahli Parlimen BN.

Muhyiddin akan menggunakan wang siapa? Wang BN atau wang kerajaan Malaysia? Kalau duit BN, orang ramai yang menyedari hal ini sudah tentu tidak akan menjerit-jerit marah kepada Muhyiddin. Yang menjadi masalahnya, duit peruntukan itu datangnya dari kocek Kerajaan Malaysia yang sudah tentunya bukan duit BN, tetapi duit rakyat Malaysia. Jika Muhyiddin selaku TPM mahu mengumumkan hal itu, maka dia sepatutnya memaklumkan bahawa semua Ahli Parlimen menerima peruntukan yang sama.


P/s: 1Malaysia? Harap pada nama sahaja!






Pasangan Jual 3 Anak untuk Biayai Ketagihan Permainan Atas Talian

Posted: 27 Jul 2011 09:43 PM PDT


 AsiaOne melaporkan sepasang kekasih ditangkap di bandar Dongguan, China kerana menjual tiga anak mereka untuk membiayai ketagihan mereka terhadap permainan dan judi atas talian. Menurut laporan akhbar China, ketiga-tiga kanak-kanak malang itu telah dijual kira-kira 63 000 yuan (S$ 11,760).
 
Pasangan, Li Lin dan Li Juan, dilaporkan bertemu di sebuah kafe internet pada tahun 2007 dan seterusnya menjalinkan hubungan kerana mempunyai minat yang sama, iaitu permainan atas talian.

Pasangan itu dilaporkan menerima kelahiran anak pertama setahun kemudian. Yang menyedihkan, media melaporkan bahawa pasangan ini meninggalkan bayi lelaki mereka seorang diri di rumah semata-mata kerana kemaruk bermain permainan atas talian di sebuah kafe internet yang letaknya kira-kira 30 km dari rumah mereka. 

Pada tahun 2009, pasangan itu menerima kelahiran bayi perempuan sebelum bertindak menjualnya untuk membiayai tabiat perjudian mereka di internet.

Pasangan itu dilaporkan telah menjual bayi perempuan mereka untuk 3 000 yuan (S$560)  dan kemudiannya menjual anak sulung mereka untuk jumlah yang lebih besar, iaitu 30 000 yuan (S$5 600). Apabila anak ketiga mereka dilahirkan, pasangan ini menjualnya serta-merta dengan harga yang sama.
 
Ibu Li Lin yang mendapat tahu perkara yang berlaku telah melaporkan hal tersebut kepada pihak berkuasa. Pasangan ini didakwa menganggap perbuatan mereka tidak melanggar undang-undang.

Apabila ditanya jika mereka merindui anak-anak mereka, tanpa rasa bersalah mereka menjawab, "Kami tidak mahu membesarkan mereka, kami hanya mahu menjual mereka untuk sedikit wang."

P/s: Gila!

Ingat Kes Pelakon Wanita Dipukul, Dicekik, Diugut? Teman Lelakinya Menafikan Laporan HM

Posted: 27 Jul 2011 08:24 PM PDT



Saya petik:

[Mstar] PETALING JAYA: Pelakon Ammar Alfian Aziz (gambar) menjelaskan tidak mencekik dan memukul kekasihnya, Puteri Sarah seperti mana yang didakwa dalam sebuah akhbar harian, Rabu.

Menurut pelakon drama Dia Atilia ini, mereka tidak mengetahui langsung bagaimana isu tersebut boleh timbul sedangkan hubungan mereka masih berjalan dengan baik.

"Saya dan Sarah tidak tahu apa-apa sehinggalah seorang kawan menghubungi saya hari ini (Rabu) dan memberitahu cerita tentang saya mencekik Sarah seperti yang ditulis dalam surat khabar.

"Saya terkejut apabila mendengar berita buruk ini, padahal semalam (Selasa) saya dan Sarah tidak bergaduh sebaliknya kami masing-masing sibuk membuat persediaan ke Melbourne dan Sydney, Australia pada Isnin depan untuk bertemu adik Sarah yang belajar di sana.

"Jadi, cerita tentang saya mencekik dan memukul Sarah itu tidak betul sama sekali," kata Ammar kepada mStar Online menerusi lambang sembang Facebook miliknya berhubung perkara itu di sini, Rabu. 
Ammar dan Sarah

Dia diminta mengulas kenyataan sebuah akhbar yang memetik sumber polis kononnya seorang pelakon lelaki telah menumbuk dan mencekik serta mengugut untuk membunuh kekasihnya di sebuah kondominium di Damansara dekat sini.

Laporan itu turut mendedahkan pelakon lelaki berkenaan dikatakan berang apabila kekasihnya yang juga pelakon wanita popular mendapati dia berlaku curang apabila berdua-duaan dengan wanita lain ketika datang untuk membuat kejutan di kondominium terbabit.

Ammar yang pernah membuat kontroversi mahu "membunuh" wartawan sebelum ini mengetahui laporan berkenaan ditujukan kepadanya walaupun tidak menyebut nama artis.

Tambahnya: "Sarah ada memberitahu saya bahawa wartawan ada menghubunginya dan bertanyakan tentang laporan polis berhubung kes saya memukul dan mencekiknya.

"Namun, dia menafikan perkara itu. Tetapi saya pelik juga apabila cerita seperti ini tersebar walaupun tidak betul.

"Apabila difikirkan semula, saya pernah terlibat dengan kontroversi sebelum ini dan harus belajar daripada kesilapan. Kalau dulu saya melawan tetapi tiada gunanya, jadi lebih baik saya diamkan diri sekarang walaupun perkara tersebut tidak betul."

Tiada ulasan: