Jumaat, 15 Julai 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


WOW, 1 607 Pengundi Berusia Lebih 100 Tahun di Perak!

Posted: 15 Jul 2011 01:47 AM PDT

Saya petik:
[KD] AMPANG: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, daftar pemilih Suruhan Pilihan Raya (SPR) mengandungi lebih 1000 senarai pengundi berusia
lebih 100 tahun membuktikan pentingnya reformasi sistem pilihan raya yang kotor.

Zuraida berkata disebabkan itu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menuntut kerajaan melaksanakan pilihan raya yang adil- antaranya menuntut pembersihan daftar undi.

"Jelas terbukti perlunya berlaku reformasi dalam sistem pilihan raya. Jika kita lihat kepada umur pengundi yang begitu mudah ditangani pun menjadi kelemahan SPR, apatah lagi dengan perkara lain?", katanya yang sebelum ini melancarkan OPS IC bagi menangani pengundi hantu.

Pada masa sama, Zuraida berkata KEADILAN juga akan mengumpulkan semua maklumat pengundi yang mencurigakan dan akan melambakkan laporan kepada SPR.

Semalam, Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN yang juga ahli parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye menimbulkan dakwaan itu pada sidang akhbarnya di Ipoh.

Bersamanya Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) yang juga ADUN Simpang Pulai, Chan Ming Kai, Lee membekalkan dokumen bagi menyokong hujahnya itu.

Menurutnya, di Perak sahaja terdapat 1,607 pengundi yang berumur melebihi 100 tahun dikesan dalam daftar pemilih SPR yang telah disahkan.

Pendedahan mengenai senarai kewujudan pengundi yang meragukan itu kini didedahkan secara meluas sejak 7 Julai lalu, dua hari sebelum berlangsungnya perhimpunan Bersih 2.0.

Keraguan status dan identiti mereka disebar secara meluas di internet seperti blog, termasuk laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

Antara dikesan pengundi yang dikesan berumur 132 tahun bernama Wong Seng, yang lahir pada 1879 dan memegang kad pengenalan bernombor 1448642. Nama itu didaftarkan mengundi di kawasan DUN Malim Nawar dan parlimen Kampar.

P/s: Pendedahan ini hanya melibatkan negeri Perak, belum lagi sentuh negeri-negeri lain. Mengikut berita di atas, umur 132 tahun pun ada. Tetapi pelik, tidak pula masuk dalam senarai Guiness Book of Record.

Apa alasan SPR? Jika orang ramai boleh mengesan senarai ini, mengapa petugas SPR tidak boleh? Sudah bertahun-tahun isu ini timbul!




Pak Samad "Boikot" Jemputan Regim BN

Posted: 15 Jul 2011 01:10 AM PDT


Saya petik:
[MK] Sasterawan Negara Datuk A Samad Said berkata beliau "tidak akan melayan" sebarang jemputan rasmi kerajaan termasuk membaca puisi dalam majlis anjuran mereka.

"Sebolehnya sekarang, saya tidak menerima jemputan daripada kerajaan," katanya ketika ditanya reaksi kawan-kawannya dalam kerajaan selepas menyertai perhimpunan BERSIH 2.0.

"Saya tidak fikir, (saya) dipulaukan. Tetapi kalau dijemput sementara ini, saya tidak akan layan. Kalau oposisi menang, saya layan."

A Samad (kiri) sebelum ini banyak dijemput dalam majlis anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Ditanya sama ada tindakan beliau sebagai 'mogok seni' kali kedua, sasterawan 76 tahun yang terkenal dengan novel Salina itu menjawab:

"Saya tidak tahulah tu. (Saya) tak tahu," katanya sambil ketawa sinis.

Selalunya kosong

Samad sebelum ini dilaporkan beberapa kali mengadakan 'mogok' secara bersendirian, antaranya mogok seni pada 1990 dan 'mogok sastera' pada 2000.

A Samad dilaporkan pertama kali mengadakan mogok beberapa tahun lalu apabila dikatakan menghadapi masalah kelancaran dalam pembayaran royalti tulisannya dengan DBP.

Beliau juga tidak dapat menjangkakan bagaimana reaksi rakannya yang berada dalam kerajaan, ekoran penyertannya bersama lebih 10,000 orang dalam perhimpunan Sabtu lalu.

Ketika ditemuramah Malaysiakini di Bangsar semalam, A Samad berkata, walaupun beliau mencari makan dengan membaca puisi, kali ini beliau akan memilih majlis yang "sesuai".

Beliau juga menegaskan tidak pernah mendapat sebarang projek dengan pihak kerajaan yang menyebabkan beliau terikat.

Bagaimanapun, ditanya sekiranya diberi, sosok kecil berjanggut panjang dan putih itu, berkata akan "bertanya hari nurani" terlebih dahulu.

"Hati nurani saya yang lebih banyak bercakap. Kalau tengok dalam bank saya, ada RM96 sahaja, itupun royalti yang baru masuk.

"Kalau tidak, kosong," kata lelaki berpenampilan sederhana dan sering merendah diri itu.

Rezeki di tangan Tuhan

Walaupun menghadapi kemungkinan digam oleh akhbar arus perdana, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad berkata, beliau kini selesa berkarya di Facebook walaupun ia tidak menjamin pulangan ekonomi.

"Itu (pendapatan) tidak mengapa, untuk satu dua tahun ini. Rezeki di tangan Tuhan, bukan di tangan-tangan orang itu," katanya.

Menurut Sasterawan Negara itu, beliau juga tidak akan menulis di mana-mana medium lain, termasuk di portal berita alternatif bagi mengelakkan daripada dilabel cenderung kepada mana-mana pihak.

"Saya tulis di Facebook. Itu ada (ruangan) mingguan-mingguan, saya tulislah. Nanti saya tulis di Malaysiakini, orang kata saya (menyokong) pembangkang juga," katanya sambil berseloroh.

"Sebab saya saya selalu melihat di dalam akhbar, bukan berita yang disiarkan, (sebaliknya) syarikat orang-orang tertentu yang mempunyai ruangan dalam akhbar.

"Akhbar itu ditentukan oleh itu sebenarnya."

Demo dan Poster BERSIH Menyambut Najib di London

Posted: 14 Jul 2011 08:23 PM PDT



Gambaran dan situasi ini tidak akan sesekali keluar di UtuSex, RTM, TV3. Jadi, sesiapa yang enggan membaca atau membuka kiriman ini memanglah rugi.

Menurut maklumat yang tersiar di blog Jalan Pulang, Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London dikatakan terpaksa meminta bantuan polis London untuk membawa masuk delegasi Malaysia ke Mansion House di Garlick Hill, berhampiran dengan tebing Sungai Thames.
 
Najib dan delegasinya dikhabarkan mengadakan sesi pertemuan dengan komuniti perniagaan United Kingdom serta pertemuan delegasi perniagaan Malaysia dan negara itu.

Walau bagaimanapun, menurut seorang rakyat Malaysia di sana, rombongan Najib terpaksa meminta bantuan polis kerana berpuluh-puluh rakyat Malaysia menunggu sambil membawa kad berwarna kuning dengan tulisan PSM 6, BERSIH, dan Mansuhkan ISA.


P/s: Haram tidak disiarkan di UtuSex, RTM, dan TV3! Tolong uar-uarkan kepada orang kampung dan puak penjilat UMCO!

Queen Elizaberth dengan Baju KUNING & Menteri Britain dengan Tali Leher KUNING!!!

Posted: 14 Jul 2011 06:00 PM PDT

Mengapa Ratu memilih baju kuning? Najib kena fikirkan! Baginda Ratu boleh sahaja memakai baju berwarna lain!

Apa kata Najib dan suami dalam hati masing-masing?



Menteri Pengangkutan Britain, Philip Hammond berbual-bual dengan Najib dan delegasinya. Sila perhatikan tali leher menteri pengangkutan itu.

P/s: KEBETULAN ATAU SENGAJA! Bukti dunia memerhatikan cara Najib menangani protes dan emosi rakyat.




BERSIH 2.0: Najib Cuba Membohongi Dunia Melalui Temu Bual CNN

Posted: 14 Jul 2011 05:26 PM PDT


Najib: Polis guna tindakan 'ringan' surai perhimpunan Bersih

[TMI] KUALA LUMPUR, 14 Julai — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pihak polis menggunakan tindakan yang sewajarnya dalam usaha menyuraikan perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara Sabtu lalu.

"Ia (tahap tindakan polis) agak ringan sebab meskipun ia dikenakan, mereka (yang ditahan) telah dibebaskan selepas lapan jam dan mereka dilayan dengan baik," kata beliau dalam temu bual dengan CNN hari ini.

"Tiada penggunaan tindakan yang tidak wajar dan penunjuk perasaan disuraikan dengan menggunakan pasukan yang minumum," katanya.

Najib juga mengetepikan perhimpunan Sabtu lalu memperjuangkan pilihan raya bebas dan adil atas alasan ia bersifat tidak berkecuali dan menekankan pentadbirannya komited untuk "mengadakan (pembaharuan sistem pilihan raya) lebih baik."

Perdana Menteri ditemu bual di Britain, di mana beliau mengadakan lawatan rasmi empat hari.


P/s: Selamat menggebang, tetapi ingat 1dunia tidak membaca UTUSEX, TV3 dan RTM!


Tiada ulasan: