Biaqpila |
- NAJIB CAKAP CINA? KAH!KAH!KAH!
- Khalwat dengan kakak ipar
- LAYAN FILEM ANIMASI TERBAHARU
- Anak Amanah Allah
- BN dilanda Xantho Phobia
NAJIB CAKAP CINA? KAH!KAH!KAH! Posted: 15 Jul 2011 08:52 AM PDT |
Posted: 15 Jul 2011 03:00 AM PDT ALOR SETAR: Helah seorang lelaki konon dia bersama isterinya menyewa bilik sebuah motel di Jalan Suka Menanti, di sini, bagi mengelak dicekup berkhalwat tidak menjadi apabila wanita itu sebenarnya adalah kakak iparnya. Lelaki berusia 30 tahun itu mulanya memberi alasan mereka mempunyai surat nikah, namun selepas siasatan terhadap wanita berusia 32 tahun itu mendapati kenyataan mereka bercanggah dan cuba menipu anggota penguat kuasa. Dalam serbuan jam 4.45 petang kelmarin, sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) menyerbu premis berkenaan selepas menerima maklumat awam berhubung kegiatan maksiat yang berlaku. Lelaki berasal dari Myanmar dan beragama Islam itu memberi alasan membawa wanita itu menyewa bilik itu hanya untuk mandi sebelum pergi melawat isterinya yang baru melahirkan bayi lelaki di Hospital Jitra (HJ). Pegawai Penguat kuasa Jaik, Mohd Khairil Naim Johari berkata, sepasukan anggota Jaik yang tiba di motel itu kemudian membuat pemeriksaan dan mendapati sebuah bilik di tingkat bawah motel itu berkunci daripada dalam. Beliau berkata, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang hanya bertuala membuka pintu kira-kira 10 minit kemudian dan terkejut melihat kehadiran anggota penguat kuasa di luar bilik disewanya. "Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita yang menyorok dalam bilik dan tergesa-gesa memakai pakaian dalam keadaan ketakutan. "Hasil soal siasat, wanita itu mendakwa dibawa lelaki berkenaan ke motel itu untuk melihat adik perempuannya yang juga isteri lelaki itu yang baru melahirkan anak manakala lelaki itu memberi alasan wanita itu sebagai isterinya," katanya. btmmari KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 15 Jul 2011 12:00 AM PDT |
Posted: 14 Jul 2011 09:00 PM PDT Anak adalah amanah Allah yang sangat besar dan berat untuk dipikul oleh kedua ibu bapa. Bukan mudah untuk memastikan anak-anak kita menjadi insan yang berguna dalam zaman serba moden, serba kecanggihan teknologi ini. Banyak rintangan yang perlu dihadapi untuk memastikan anak kita menjadi insan yang bertaqwa. Ramai ibu bapa di luar sana yang gagal mendidik anak mereka menjadi manusia yang mempunyai akhlak yang baik. Contoh yang dapat kita lihat, ibu bertudung dan menutup aurat, tetapi anaknya membuka aurat dengan memperagakan pakaian yang ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh mereka. Si ayah pula berkopiah dan sentiasa menunaikan solat di masjid, tetapi anaknya memakai seluar pendek dan tidak pernah sama sekali melakukan solat. Semua perbuatan yang menyalahi prinsip Islam ini tidak pernah ditegur oleh kedua ibu bapa mereka. Malah ibu bapa mereka memberi alasan bahawa anak mereka sudah besar, bukan masanya untuk menegur dan mereka sendiri sudah tahu yang mana baik dan yang mana buruk. Ibu bapa seperti inilah yang lemah dan tidak mampu untuk melaksanakan segala amanah yang diberikan oleh Allah kepada mereka. Segala kesalahan mereka terhadap anak mereka akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak nanti. Hal ini bertepatan dengan sebuah hadis Rasulullah saw yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah akan bertanya kepada setiap penanggungjawab akan tanggungjawabnya, apakah mereka telah memeliharanya atau mensia-siakannya.” (Riwayat Ibnu Hibban) Sering kita dengari di dalam media masa yang menceritakan tentang berlakunya kes-kes penderaan kepada anak-anak yang sangat membarah di dalam masyarakat negara ini. Hari demi hari ada sahaja berita yang melibatkan penderaan dan pembuangan bayi. Mana perginya sifat keperimanusiaan dan sifat belas kasihan. Sangat menyayat hati tragedi yang menimpa arwah adik Syafiah Humairah Sahari, didera oleh teman lelaki ibunya sehingga mati. Begitu juga kes kehilangan arwah adik Nurin Jazlin Jazimin yang hilang ketika keluar seorang diri ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju. Kemudian mayatnya ditemui dalam sebuah beg pakaian sukan pada 17 September 2007 iaitu 27 hari selepas kehilangannya. Sehingga hari ini, penjenayah yang bertanggungjawab masih belum berjaya dikesan. Beginilah apabila manusia tidak lagi memiliki iman dan tidak takut lagi dengan kekuasaan Allah, mereka akan lakukan apa sahaja mengikut nafsu amarah mereka tanpa mengira dosa dan pahala. Perbuatan seperti ini juga boleh dikatakan seperti perangai binatang yang hanya mementingkan dirinya sendiri. Untuk melaksanakan amanah ini seperti mana yang dipertanggungjawabkan oleh Allah swt, maka ibu bapa perlulah bersedia dari segi jasmani dan rohani seperti melengkapkan diri masing-masing dengan pengetahuan agama yang baik dan mengamalkan cara hidup Islam di dalam keluarga. Dari segala pengetahuan penghayatan agama yang ada di dalam diri kedua ibu bapa, maka curahkanlah segalanya kepada anak-anak supaya mereka dapat menjauhkan diri mereka dari segala anasir-anasir jahat yang sentiasa berusaha untuk merosakkan akidah dan iman mereka. Cara ini mampu melahirkan jenerasi Rabbaniah yang mempunyai jati diri yang kuat dan tidak tergugat apabila ia memasuki mana-mana kelompok masyarakat. Alangkah baiknya kalau anak tersebut menjadi manusia yang berguna dan taat kepada Allah, dia akan menjadi harta yang sangat tidak ternilai berbandingkan dengan harta dunia yang lain, kerana anak yang soleh akan membantu ibu bapanya untuk masuk ke syurga Allah. Al-Afnaf Bin Qias menjawab apabila Khalifah Muawiyah bertanya kepadanya tentang anak : “Wahai Amirul Mukminin! Adapun anak itu ialah buah hati kita, tulang belakang kita. Kita ini adalah bumi yang lebar tampanya berpijak, langit tempat mereka berlindung teduh dan bernaung dari kerananyalah berani kita menempuh kesukaran bagaimana sulit. Dari itu bila mereka meminta, berikan, bila mereka kecewa, senangkan hatinya agar di balasinya dengan cinta pula dan hargainya kepayahan kita.” ustaznoramin KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 14 Jul 2011 06:00 PM PDT KUALA LUMPUR, 14 Julai: PAS menyifatkan kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak sekarang sedang mengidap penyakit Xantho Phobia atau ketakutan kepada warna kuning. Bagi AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefli Ahmad, ketakutan ini cukup mempamerkan ketidakstabilan dan rasa tidak selamat yang dialami oleh Najib sejak perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lepas. (Datuk Seri Anwar [kanan] dan pengawal peribadinya antara mangsa Xantho Phobia BN) Beliau mengulas masalah terbaru yang dialami oleh Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) yang terpaksa mempertahankan program "Relay fo life" atau larian berganti-ganti untuk kehidupan selama 16 jam yang akan diadakan Sabtu ini. Yang menimbulkan masalah kepada mereka adalah apabila mereka menetapkan baju T warna kuning untuk penyokong dan baju T warna ungu untuk pesakit kanser untuk yang menyertai larian ini. Menurut Penasihat Kehormat NCSM, Datuk Zuraidah Atan, pemilihan warna ini dibuat di peringkat antarabangsa dan ini adalah tahun ke tujuh sambutan sebegini dibuat untuk membantu pesakit kanser. Ekoran larian yang akan dibuat di Stadium UKM selama 16 jam Sabtu ini, pihak penganjur telah menerima pelbagai tekanan ekoran pemilihan warna kuning itu agar menukar warnanya. Namun, NCSM bertegas mereka akan terus menggunakan warna yang telah ditetapkan di peringkat antarabangsa itu. Sabtu lepas, lebih 100,000 penyokong Bersih 2.0 berhimpun di Kuala Lumpur bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil walaupun Kuala Lumpur sudah dikepong oleh pelbagai jenis sekatan polis. Lebih 1600 orang ditangkap dengan pelbagai dakwaan termasuk kerana memakai baju kuning sahaja. Adun Pakatan di Perak ditangkap kerana memakai baju berwarna kuning yang bertulis "Bersihkan kawasan kita" pada bajunya menjelang perhimpunan 9 Julai lepas. "Dulu mereka marahkan warna hijau pada logo Petronas sehingga terpaksa menukar logonya pada seluruh operasi Petronas termasuk pada stesen pam dan kereta lumba yang ditajanya. "Lepas itu, akibat menjatuhkan kerajaan Perak, mereka marah kepada warna hitam kerana ramai pakai baju hitam kerana berkabung. "Baru-baru ini, mereka takut kepada warna jingga apabila Pakatan mengeluarkan buku jingga. "Kini Xantho Phobia atau penyakit takutkan warna kuning yang telah menyebabkan kecelaruan dalam pentadbiran Najib dan ia satu disorder dalam bahasa perubatannya," kata Dr Dzul (gambar kanan) yang merupakan bekas pensyarah toksikologi Fakultil Perubatan USM, Kubang Kerian, Kelantan. Beliau melahirkan rasa terkejutnya kerana selama ini Najib sentiasa menyatakan kerajaan BN yang ada sekarang stabil dan berwibawa tetapi apabila lihat baju kuning sahaja takut dan diambhil tindakan yang bukan-bukan hatta selepas perhimpunan 9 Julai. Semalam, tiga hari selepas perhimpunan Bersih 2.0, dua pemimpin PAS kawasan di Johor ditahan polis kerana memakai baju kuning bercetak "Bersih 2.0". Kedua-duanya adalah Yang Dipertua PAS Johor Bharu Rosli Kemim dan Naib Yang DiPertua PAS Pulai Zaaba Ibrahim. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 12.30 tengahari ketika mereka sedang mengadakan sidang media bersama pemimpin PAS negeri itu selepas membuat laporan polis berhubung dakwaan keganasan pihak berkuasa pada perhimpunan Bersih, 9 Julai lalu. Dalam ulasannya, Dr Dzulkefli berkata, pihaknya menyambut baik kenyataan dua pemimpin Umno yang mempertikaikan cara pemimpin mereka mengendalikan perhimpunan dan tuntutan Bersih 2.0. Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifudin Abdullah berkata, pemimpin BN sepatutnya tidak mengambil tindakan bertembung sedemikian tetapi kena 'engage' atau berbincang dan berdialog dengan pemimpin Bersih 2.0. Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin Abu Bakar pula mencadangkan agar Putrajaya memohon maaf kepada Hospital Tung Shin ekoran tindakan polis menembak gas pemedih mata ke dalam kawasan hopital 9 Julai lepas. Sekumpulan doktor termasuk doktor pakar pula sanggup menjadi saksi dan memberikan keterangan bagi mengesahkan polis memang bertindak demikian pada hari perhimpunan Bersih itu. Seorang peserta pehimpunan, Baharudin Ahmad, 58, seorang bekas tentera meninggal dunia yang pada awalnya disyaki kerana sesak nafas akibat terkena gas pemedih mata di KLCC pada hari perhimpunan itu. HD KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan