DUNIACACAMARBA |
- [Gambar] BERSIH 2.0 Global
- [Video] Wartawan TV3 Suku Kena "Booooooo"!
- [Gambar - Wajib Lihat] BERSIH 2.0: Suka Duka 8 (Ikon BERSIH 2.0)
- KANTOI: Polis Nafi Tembak Gas Pemedih Mata dan Air ke Hospital Tung Sing. Bukti Bergambar Sahkan Sebaliknya!!!!
- Suspeks&Saspens: Pertambahan Luar Biasa Pengundi Baru di Selangor: Daripada 15 000 kepada 71 000
- Peserta PATRIOT: Mat Bangla atau Sepupu Sepapat KJ, Reezal, dan Azeez?
- [Wajib Baca] Pengalaman Jurublog di Perhimpunan BERSIH 2.0: "Peniaga untung, polis arah tutup premis(?), banyak peserta Cina, dll "
- Najib: “Jangan ragui kekuatan kami. Umno ada TIGA JUTA ahli..." Yang Turun Hanya....
- 70 Isteri Wakil Rakyat Keracunan Makanan
- Apa Komen Datuk A Samad Said tentang BERSIH 2.0?
- Marina Mahathir di BERSIH 2.0. Apa Komen UMCO & Che Det?
- [Wajib Baca] Pengalaman Jurublog di Perhimpunan Aman BERSIH 2.0
- [Video] Pasukan Beruniform "Melayan" Peserta BERSIH 2.0
- [Gambar] BERSIH 2.0: Suka Duka 7 ("Kemesraan" Pasukan beruniform)
- [Video] Laporan Al Jazeera, The Guardian, dan New York Times tentang BERSIH 2.0
Posted: 10 Jul 2011 07:30 AM PDT | ||
[Video] Wartawan TV3 Suku Kena "Booooooo"! Posted: 10 Jul 2011 06:30 AM PDT | ||
[Gambar - Wajib Lihat] BERSIH 2.0: Suka Duka 8 (Ikon BERSIH 2.0) Posted: 10 Jul 2011 05:30 AM PDT | ||
Posted: 10 Jul 2011 04:52 AM PDT
Saya petik:
P/s: Aduhai! Najib dengan syok sendirinya, KPN semalam dengan anggaran 5000-6000nya serta penafian DSAI tercedera. Hari ini Pemangku Ketua Polis KL tergamam kerana kantoi ketika menafikan polis "menyerang" perkarangan Hospital Tung Sing! Bukti kekasaran polis bersepah di internet. Beribu-ribu rakyat yang dizalimi berada di tempat kejadian. Mereka masih mahu menafikannya. Di mana kredibiliti dan integiriti polis Malaysia? Hospital Tung Sing tidak mahu saman? | ||
Suspeks&Saspens: Pertambahan Luar Biasa Pengundi Baru di Selangor: Daripada 15 000 kepada 71 000 Posted: 10 Jul 2011 04:15 AM PDT Saya petik:
P/s: Antara sebab BERSIH diadakan! | ||
Peserta PATRIOT: Mat Bangla atau Sepupu Sepapat KJ, Reezal, dan Azeez? Posted: 10 Jul 2011 03:18 AM PDT | ||
Posted: 10 Jul 2011 02:10 AM PDT [MSO] PAGI ini ruang udara Kuala Lumpur sudah kembali aman. Tidak ada deruan halekopter seperti hari semalam, berdaung dan berdegung di segenap ruang angkasa Kuala Lumpur. Jalan raya juga di buka sepenuhnya. Perniaga juga sudah membuka semula gedung-gedung peniagaan mereka. Begitu dengan peniaga kecil Melayu turut membuka semula gerai niaga mereka di celah-celah bangunan tinggi atau tercorot di belakang plaza. Semalam semua gedung tutup, gerai juga tutup. Gambaran media massa penjilat buntut kerajaan peniaga sendiri yang mengambil keputusan itu kononya bimbang dengan himpunan Bersih yang menganggu kedai mereka. Walhal apa yang diketahui arahan tutup itu dibuat oleh polis. Apakah arahan itu untuk langkah keselamatan atau sengaja untuk menimbulkan kemarahan pekadai? Jadi kalau peniaga rasa rugi dengan peristiwa semalam kerana tindakan tutup kedai tuntutlah insuren kerugiannya dengan polis. Mana-mana pekedai yang berani membuka kedai mereka semalam untung besar. Sebuah kedai runcit di Jalan Pudu kehabisan stok makanan ringan dan juga air mineral. Bayangkan berapa banyak untungnya kedai berkenaan kerana kegeligaan tuan punyanya. Begitu juga dengan sebuah restoran Cina berhampiran Mybank juga kehabisan stok. Roti canai, magie dan minuman tin juga habis. Gula, milo, coklet dan gula-gula dan segala macam jenis minuman habis licin. Tisu juga habis keran dibeli untuk tutup muka dan sapu peluh yang membepali dari leher hingga ke labu betis. Manusia berdyun masuk ke kedai untuk menghilangkan penat selepas lari dari serangan polis. Jadi dakwaan mengatakan himpunan Bersih merugikan pekedai tidak betul. Yang rugi ialah mereka yang percaya kepada provokasi polis dan UBN. Yang percaya kepada momokan Khalid Bakar. Kalau mereka memahami tuntutan dan tujuan himpuann mereka akan tidak akan merasa gentar. Tidak ada apa-apa kejadian buruk yang berlaku semalam. Tidak ada laporan mengatakan kedai dipecah. Atau pun harta awam dirosakkan. Usahkan kereta dibakar, ting sampah pun tidak ditendang. Semuanya baik dan teratur. Hakikat ini kena diakui oleh DBKL dan polis. Himpunan Bersih dengar kepada perintah dan peraturan. Mereka orang yang rasional. Macam mana rasional dan profesionalnya Ambiga begitulah mereka. Sesudah selesai himpunan ada sekumpulan perempuan Cina membawa beg plastik berwarna sambil melaungkan sambil melaungkan masukan sampah ke sini. Kumpulan ini berjalan sambil membawa plastik dan mengambil apa-apa sampah yang ada. Inilah contoh dan gambaran yang ada dan dapat dilihat sendiri. Samje? Apa yang didedahkan oleh media penjilat butut adalah satu pengkhinatan. Satu perogolan ke atas etika press sendiri. Mereka mahu memberi gambaran himpunan itu jahat, menyusah dan menganggu orang ramai. Sebab itu ada penulis atau wartawan cabuk melebelkan para himpunan itu sebagai perusuh. Siapa yang merusuh? Orang ini tidak dapat hendak bezanya diantara perusuh, perompak dan penutut hak diri sendiri. Begitu juga kerajaan sengaja melebelkan sebagai himpunan haram? Apa haramnya. Untuk menuntut hak rakyat yang dijamin oleh demorkasi dan perlembagaan haram. Kalau benar-benar haram kenapa semalam tentera dan polis tidak bom dan bunuh semua himpunan? Bukankan sesuatu yang haram itu sangat buruk konotasinya. Bom sahaja biar ratusan ribu mati dan saya jamin selepas ini Najib dan Rosmah dapat bersela makan dengan tenang dan Najib boleh minta Agong istyharkan parlimen dibubarkan. Kenapa tidak bom? Sebenarnya kerajaan UBN menafikan hak asasi rakyat. Mereka tidak pandai dan memahami pelembagaaan yang mereka baca. Mereka juga tidak faham dan menghormati apa yang cuba diajarkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Apabila Tuanku Mizan sedia berjumpa dengan rombongan Bersih itu bermakna tindak bersih menuntut lapan perkara itu sebagai sah atau perkara yang boleh dipertimbangkan dan bukannya ditolak mentah-mentah. Kenapa UBN termasuk Pengerusi SPR Abdul Aziz Yusuf dan Timbalan Ketua Polis Negara, Khalid Bakar begitu biul untuk memahami perkara ini. Pada saya himpunan semalam tidak akan berlaku dan UBN tidak akan merasa resah dicemuhi rakyat kalau Aziz bijak melayani tuntutan Bersih. Tetapi kerana takut kepada bayang-bayang sendiri maka terjadilah apa yang telah berlaku. Begitu juga kalau polis dapat memahami dan bijak menguruskan kesanggupan yang Najib berikan, membenarkan himpunan diadakan di stadium, ia tidak akan jadi seperti semalam. Himpunan akan berlaku aman dan tidak menganggu orang awam. Rakyat kita yang kita kasihi tidak akan luka, pecah kepala dan ada yang meninggal dunia kerana sesak nafas disebabkan bom asap polis? Jadi sekarang siapa hendak bertanggungjawab. Ingat sebagai orang Islam saya percaya kepada ketua polis negara Ismail Omar dia orang Islam. Besok dia akan ditanya diakhirat atas kematian orang bernama Baharudin Ali. Baharudin mati kerana mempertahkan haknya disuruh oleh Allah. Apabila dia mati dalam peperangan mempertahankan hak yang dia yakin dia syahid. Pasukan Islam yang menyebabkan Baharudin mati akan disoal atas status dia sebagai orang Islam yang mempercayai ada hari pembalasan. Lainlah kalau Ismail dan pasukannya tidak yakin kepada hari pembalasan dan dunia akan hancur. Sebenarnya kerana kurang bijaksana polilah terjadi pembunuhan dan boleh menyebabkan berlaku kematian ramai-ramai. Sekiranya polis melapangkan dada sedikit dan tidak cuba menjadi pak sanggup atau kaki bodek untuk kepentingan diri kerana kedudukan dan kenaikan pangkat, mereka sedia buka stadium merdeka. Tetapi sayang tidak begitu pengkat dan kedudukan serta kuasa yang boleh diguna untuk menyamun menjadikan mereka terlupa kepada sumpah dan ikrar. Kalau stadium Merdeka dibenarkan dijadikan tempat himpunan keadaan akan aman dan tidak perlu semua jalan ditutup dan membuat provokasi menakutkan rakyat. Al hasilnya tindakan polis yang dibuat dengan tanpa memikir kesan kepada UBN terjadi sebaliknya. Niat polis hendak mengukuhkan bos-bos mereka terjadi tragedi itu. Apa yang boleh disimpul dan disifatkan himpunan semalam berjaya mencapai sasarannya. Ia telah memberi impak dan menghitamkan bayangan ketakutan kepada UBN menghadapi pilihan raya ke-13 kelak. Kalau himpunan Bersih 2007 lalu yang semangat, komitmen dan sokongan tidak seperti hari semalam pun UBN kehilangan majoriti, maka ada harapan dan peluang dalam pilihan raya akan datang UBN akan tumbang terus. Kesimpulan lain dari tragedi semalam mereka yang keluar itu terdiri dari anak-anak muda yang sudah tahu bertindak membela hak mereka sebagai warganegara. Generasi Y yang mahir dalam maklumat dan tidak mudah ditipu sudah memanfaatkan kecanggihan IT. Dalam perkiraan saya lebih 80 peratus adalah anak-anak muda di bawah 40 tahun. Perkara lain yang nampak jelas ialah kaum Cina yang begitu ramai hampir menyamai orang Melayu. Perkembangan ini menunjukkan semua kawasan bandar dan di mana sahaja kawasan campuran 30:30:30 akan dimemangi oleh Pakatan Rakyat. Kawasan majoriti Cina lebih 60 peratus usah bercerita lagi. Apabila puak Patriot keluar tidak sampai 500 orang ini menunjukkan bahawa orang Melayu yang suka memakai lilit merah, hunus pedang atau mencabar dan memaki hamun orang hanya akan menang atas kertas sahaja. Jelas bila diajak turun ke lapangan dan medan juang mereka takut. Sepatutnya semalam Pemuda Umno harus bergabung dengan Perkasa(m) tunjuk kekuatan mereka. Panggil ahli silat yang kononya ada ratusan ribu tunjuk belang dan kekuatan mereka. Jangan cakap depan kamera dan tv saja. Tetapi bila mereka tidak keluar atas alasan kerana menghormati polis ia menjelaskan bahawa pengakuan dan sumpah itu hanya tong kosong sahaja. Sesungguhnya kejayaan himpunan Bersih semalam memberi impak yang besar. Ia menjadi bayangan yang menganggu tidur Najib dan para kabinetnya. Pengakuan kononnya himpunan itu gagal ianya boleh diibaat Najib sebagai memasukkan bom jangka ke dalam poket seluarnya sendiri. Hari ini ekoran kejadian semalam mungkin sudah ada menteri yang mengemaskan fail atau menghapuskan apa-apa dokumen yang boleh disabitkan di bawah rasuah dan penyalahguaan kuasa. Mereka bimbang takut sesudah tidak jadi menteri dan parti kalah nanti mereka akan ditangkap dan didakwa atas pelbagai rasuah. Hari ini polis akan membuat postmortem, jabatan dan kementerian terbabit juga akan membuat bedah siasat terhadap himpunan semalam. Sekali lagi adalah malang kalau posmortem dibuat itu hanya untuk menyedapkan hati tetapi tidak berdasarkan hakikat sebenarnya. Postmertem demikian tidak lebih dari usaha untuk mempercepatkan Najib menutup dapur politiknya. Dan sekiranya UBN tidak dapat mempertahankan kuasa dalam pilihan raya akan datang sebabnya ialah kerana tuntutan Bersih. Bersih menjadi arus dan gelombang untuk mengalunkan sebuah ombak besar dinamakan Tsunami kedua. Manakala orang yang kena bertanggungjawab ialah SPR serta polis. Sebab itu saya kata, atas kejayaan Bersih semalam pihak yang perlu diucapkan terima kasih ialah kepada polis dan SPR. Kerana tanpa mereka sedar atas tindak dan keputusan mereka buat ia telah mencalarkan arang hitam yang panjang ke muka kerajaan. Sesungguhnya arus yang beralun semalam tidak akan berhenti di situ saja. Ia akan bergerak dan bergelombang... akan melabungkan bueh dan membedal pantai. Ia akan menjadi kuat dan deras pabila sesudah parlimen dibubarkan. Arus tsunami akan dapat disaksikan sekiranya Najib tergamak untuk membubarkan Parlimen dalam tempoh terdekat ini! [wm.kl.9:20 am 10/07/11] P/s: Kebenaran itu pahit untuk diterima penyokong tegar UMCO! | ||
Najib: “Jangan ragui kekuatan kami. Umno ada TIGA JUTA ahli..." Yang Turun Hanya.... Posted: 10 Jul 2011 01:00 AM PDT "Jangan ragui kekuatan kami. Umno ada tiga juta ahli. Jika kami dapat himpunkan sejuta ahli, ia lebih daripada cukup, kami boleh menawan Kuala Lumpur. Jika kami hendak mencetuskan huru-hara, kami boleh. Tetapi kami mahu mempertahankan undang-undang Malaysia, kami mahukan keamanan," kata Najib di hadapan 6,000 ahli Umno, badan bukan kerajaan dan pertubuhan silat, sebagai reaksi kepada perhimpunan BERSIH 2.0, 9 Julai. Yang menariknya, Najib berkata: "Jangan (menyebabkan) kami memulakan demonstrasi jalanan. Semalam, kami hanya menghantar sayap Pemuda Umno, diketuai oleh Khairy Jamaluddin untuk mewakili (kami)." Lanjut baca di sini. Saya ingat Presiden UMCO ini sedikit insaf dengan sambutan luar biasa protes rakyat semalam, rupa-rupanya dalam gerun dan takut, dia terpaksa menunjuk angkuh di depan ahli UMCO dan ahli persatuan silat. Selain ahli PERKASA, kita tidak nampak pun ahli silat yang dikepalai Omardin. Batang hidung Omardin pun tidak nampak semalam. Dalam ucapannya tempoh hari (sambutan Persatuan Seni Silat Lincah), Omardin mahu melancarkan perang terhadap BERSIH 2.0 dan menjadi benteng kepada kerajaan! Realitinya, hanya sekitar 200-300 ahli UMCO yang turun. Itupun banyak orang yang meraguinya. Ada yang mendakwa, ada kalangan peserta PATRIOT semalam bukan ahli UMCO. Ada juga yang mendakwa pesertanya diupah. Lebih menarik, ada orang yang mendakwa peserta PATRIOT bertempiaran lari apabila hujan mula turut di lokasi mereka berkumpul. Baju percuma? | ||
70 Isteri Wakil Rakyat Keracunan Makanan Posted: 10 Jul 2011 12:34 AM PDT
P/s: Kalau pergi BERSIH tentu tidak kena keracunan makanan. Sertai Marina Mahathir! | ||
Apa Komen Datuk A Samad Said tentang BERSIH 2.0? Posted: 10 Jul 2011 12:00 AM PDT Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said menegaskan perhimpunan BERSIH 2.0 merupakan "satu kejayaan besar" dengan anggaran kehadiran sebanyak 50 000 peserta memberikan sokongan meskipun tidak dapat menyerahkan memorandum tuntutan kepada Yang di-Pertuan Agong lapor TMI. "Saya tidak pernah melihat rakyat semua kaum bersatu kerana satu matlamat sebelum ini," kata beliau pada sidang media petang ini. "Pihak berkuasa nampaknya kasar sangat dan tidak profesional. Saya nampak wanita ditolak sampai jatuh," kata beliau lagi. | ||
Marina Mahathir di BERSIH 2.0. Apa Komen UMCO & Che Det? Posted: 09 Jul 2011 10:26 PM PDT | ||
[Wajib Baca] Pengalaman Jurublog di Perhimpunan Aman BERSIH 2.0 Posted: 09 Jul 2011 09:13 PM PDT Saya petik: Kronologi Saya Di Himpunan Bersih [MSO] Alhamdullilah saya baru selamat sampai ke rumah. Tiada apa-apa kecederaan cuma asap gas pemedih mata masih berbau di tubuh. Semalam saya keluar jam 3:00 petang untuk mencari tempat strategik untuk melaporkan himpunan Bersih dan sekali untuk sama-sama bergerak dan berarak bersama rakyat. Pagi tadi jam 7:00 pagi saya sudah turun dari hotel dan meninjau setiap jalan raya khususnya di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman. Sejak tengah malam tadi jalan Tuanku Abdul Rahman sama seperti menuju ke lokasi himpunan ditutup kepada semua lalu lintas. Persimpangan Sogo dan Pertama Kompleks berhimpun si gagak hitam berkuku besi (polis) sekitar 500. Jam 10:00 pagi keadaan masih tenang. Di Sogo kerana kawalan ketat ia lumpuh sama sekali. Saya sendiri juga sempat ditanya dan diperiksa oleh polis. Pergerakan bermula di Brickfields. Jam 10:00 pagi sudah ada laporan peserta perarakan di sana telah diberkas polis. Dari Bricfields inilah kemudian himpunan bergerak ke Pasar Seni. Pasar Seni menjadi lokasi himpunan para pemimpin, sebab itu ramai yang kena tangkap di sini. Antara yang terawal ditangkap ialah Sallahuddin Ayub dan ahli Parlimen Kuantan, Fauziah Salleh yang datang bersama anaknya. Begitu juga di kampung Baru. Kebanyakan yang berhimpun di situ ialah peserta dari Kelantan yang menginap di hotel di Chow Kit dan juga Kampung Baru. Sekitar jam 11:00 pagi sudah ada beberapa orang yang membawa baju Bersih telah ditangkap. Saya sempat melihat seorang berjubah dan berserban putih di bawa atas land rover polis melalui Pertama Kompleks. Saya percaya dia ditangkap di Kampung Baru. Semasa land rover itu berhenti di trafik light saya terdengar yang ustaz berkenaan memprotes dan mengatakan sesuatu kepada si gagak hitam berkuku besi. Jam 11:00 pagi saya masih berlegar di Sogo di samping mendapat maklumat dari beberapa lokasi lain. Sementara mahu bergerak sempat membeli kasut kerana tidak selesa pakai sandal. Menjelang pukul 12:00 sdr Rushdan Mustafa yang sudah di perkarangan stadium memberi maklumat peserta sudah cuba memasuki Stadium Merdeka. Menurutnya orang ramai sudah pun dapat menembusi jalan yang ditutup ke Stadium. Disebabkan sekitar Sogo keadaan tidak begitu menceritakan. Ia lumpuh... kerana itu saya bersama Dr Wan Suhaimi, ahli Parlimen Ketereh Abdul Aziz Kadir dan beberapa yang lain mula bergerak menuju ke lokasi panas. Destinasinya masjid Jamek. Di Masjid Jamik kumpulan gagak hitam berkuku besi berkawal. Kelihatan mereka berkawan segenap penjuru stesen berkenaan, lagaknya bagaikan hendak mengepong penjahat saja. Pintu masjid Jamek juga dikunci. Manakala kelihatan orang ramai bertaburan seperti tidak diketahui apa hendak dilakukan. Masing-masing bercakap dan berbicara sama sendiri sambil menuju arahan. Setiap orang saya tengok sedang memantau telefon bimbing masing-masing. Jam 12:45 tiba-tiba terdengar jeritan Bersih... Bersih...! dari arah tepi sungai berhampiran Bank Rakyat. Saya yang mulanya hendak ke Jalan Petaling untuk ke Stadium Merdeka, mengubah arah dan berlari ke arah jujutan ribuan manusia. Mereka keluar dari satu lorong di celah bank Pertanian dan juga Daya Bumi. Arah pergerakan para himpunan itu menghala ke Dataran Merdeka. Waktu ini jalan ke Dataran Merdeka sudah pun dihalang polis. Tetapi trak water cannon tidak kelihatan. Rupa ianya diselindung di sebalik bangunan Sultan Abdul samad. Jalan di hadapan bank Rakyat itu hampir penuh dengan para peserta himpunan. Mereka membentukan barisan seakan mahu merempuh. Saya berlari untuk mengambil gambar dan ternampak antara yang memimpin gerombolan itu ialah Mohd Nazri Yunus, ketua AMK Negeri Sembilan. Beberapa minit saja mereka berdiri sambil melaungkan slogan-slogan keramat di tengah jalan berkenaan. Mereka yang tadi bertempiaran dan tidak tentu hala semua datang bersatu dengan mereka. Jumlah ketumbukan ini sekitar 5,000. Beberapa minit sahaja mereka dapat membuat hebuh sebelum bertempiaran lari apabila kumpulan gagak hitam berkuku besi menaburkan peluru asap. Seramai 40 orang skuad penembak yang melepaskan peluru bagaikan menembak anjing gila tanpa belas kasihan. Mereka bukan lagi menembak dari atas tetapi terus menuju ke dada para para himpunan. Himpunan bercempiaran melarikan diri. Ramai yang kembali semua ke celah lorong berhampiran Sungai Gombak untuk menarik nafas atau pun membasuh muka dengan garam. Ketika saya melalui ke lorong, kelihatan ada yang terguling kerana kesesakan nafas. Masing-masing terbatuk-batuk dan ada yang termuntah kuning. Perjuangan dan perarakan tidak berakhir di situ. Para demostran mengambil masa beberapa minit untuk menarik nafas. Sekejap kemudian mereka bergerak kembali. Kali ini yang mengepalainya Nasarudin Hassan, Ketua Pemuda Pas. Dengan mengenakan topi beliau bergerak bagaikan askar dengan penuh semangat memimpin para himpunan menuju ke stadium Merdeka. Sebaik para demostran hendak melintasi sungai Gombak di hadapan sudah sedia pasukan gagak hitam berkuku besi. Si kepala merah dengan cota juga ada. Himpunan berhenti sekejap mengambil nafas sambil melaungkan slogan keramat di samping untuk memadukan barisan hadapan. Baru mereka hendak membentuk barisan pertahanan di depan locing gila dari sebuah trak dibunyikan. Apabila locing gila itu sudah berbunyi, semua kumpulan gagak hitam bersiap sedia. Mereka membidik senapang dan menghala ke arah para himpunan. Satu dua... biuk... bendera kuning dinaikan, maka bom.... pom..... si gagak hitam melepaskan peluru. Keadaan jadi berkabus dan penuh dengan asap. Peserta melarikan diri lintang pukang. Keadaan macam perang sikap sadis Israel yang menembak penduduk Palestin yang tidak bersenjata. Saya 'terkanjar' ke belakang menuju ke Pasar Seni. Mereka yang bercempiaran lari akhirnya bersatu semula dipinggir Pasar Seni dan terus menampak ke Seri Petaling. Destinasi ialah stadium Merdeka. Sampai di atas bukit kelihatan si gagak hitam berkuku besi sudah berkubu dan siap sedia dengan bedil bedal. Golongan dawai duri juga di tarik mengelilingi stadium. Di simpang Jalan Petaling sudah ada ribuan di sana. Mereka sedang menuju, juga mencari helah untuk masuk ke stadium. Kalau ketumbukan yang di Masjid Jamek tadi bersatu dengan ketumbukan di Seri Petaling jumlahnya mencecah 50 ribu. Ini tidak termasuk yang sudah ada di Jalan Pudu. Saya bersama ketumbukan di Seri Petaling. Ratanya peserta kaum Cina yang ramai. Kebanyakan banyak anak muda. Mereka berteriak dan melaung berbagai slogan, berganding bahu dengan Melayu dan India. Tidak ada rasa kekok dan geli, mereka melangkah sederap dan setujuan. Sambil berjalan bergelak ketawa, dan rasa takut sedikitpun tidak terbayang di wajah mereka. Dari Seri Petaling menuju ke persimpangan Jalan Pudu berhadapan menara Maybank. Dari persimpangan Maybank, sudah ada ribuan yang lain, yang datang dari berbagai arah dan lorong. Sementara kumpulan di Kampung Baru masih belum bergerak kerana mereka mahu bergerak selepas solat Zuhur. Ketumbukan dari Seri Petaling bertemu dengan ketumbukan di menara Maybank. Jumlahnya ribuan dan suasananya merindingkan bulu roma. Keadaan jadi bersemangat. Landasan LRT berada di atas kepala himpunan. Setiap kali LRT melintas mereka akan bersorak dan melaungkan Bersih sambil dibalas oleh penumpang dari dalam menerusi cermin tingkap. Dalam masa sama juga beberapa helikopter membuat pusingan O dan berlegar di udara. Memantau apa yang berlaku di bawah. Himpunan semakin ramai. Pergerakan sudah hendak bermula. Dari semua sudut dan celah keluar manusia bergabung dalam ketumbukan yang sedang bersiap untuk membelah jalan Pudu bagi menuju ke stadium merdeka. Sebaik ketumbukan bergerak tiba-tiba mara segerombolan ribuan dari arah bertentangan. Saya cukup cemas mulanya. Kebanyakan mereka mengibar bendera Malaysia. Saya mengira gerombolan itu dari kumpulan Patriot. Kalaulah kumpulan itu Patriot pasti ia akan berlaku pertembungan kerana mereka bergerak ke arah bertentangan. Tetapi alhamdilah kumpulan itu juga dari Bersih. Mereka yang beredar dari stadium Merdeka sesudah usaha untuk menerobosi stadium Merdeka gagal. Gerombolan itu diketuai oleh Dr Hatta Ramli dan yang lain-lain. Suasana ketika ini sungguh mendebarkan. Saya sendiri merasa sebak, bangga dan puas melihat pergerakan raksaksa bagaikan ombak menjerit menuntut Bersih. Sebaik saja mereka bergabung, locing gila pun dibunyikan, dan apa lagi, skuad penembak gagak hitam berkuku besi terus melepaskan gas. Keadaan jalan Puduraya betul-betul di hadapan Perhentian bas bagaikan dalam suasana perang. Lebih 1,000 anggota gagak hitam yang diringi dengan trak, dan pelbagai jenis kenderaan terus mara mengejar para peserta yang bergerak dan mengelakkan diri. Seketika mereka berhenti dan seolah memberi peluang untuk para himpunan berundur. Namun gertakan dan serangan itu tidak menakutkan mereka. Selepas mengambil nafas dan setelah mata kepedihan kerana ditembak bom, mereka bergerak kembali. Mara ke arah pasukan gagak hitam. Hujan yang ketika itu turun telah menyelamatkan para himpunan yang ditembak dengan gas pemedihan mata. Bom ternyata memberi semangat kepada para himpunan. Mereka perkejapkan barisan dan terus mara berdepan dengan pasukan gagak hitam. Gagak hitam hanya mendiamkan dan memerhati keadaan. Para himpunan pula ramai-ramai duduk di tengah jalan seolah rela mereka diperlakukan apa saja. Beberapa minit mereka mengamankan diri, tiba-tiba skuad gagak hitam jadi gila kembali. Mereka telah melepaskan gas tanpa berhati perut. Kali ini gas disasaran ke dada para himpunan. Dalam hujan renyai dan sesekali lebat, peperangan sebenarnya berlaku. Ratusan peluru bom asap dilepaskan. Ada peluru yang dilepaskan sempat disambut oleh para himpunan dan dilontar balik ke arah polis. Keberanian ini menyebabkan polis lari lintang pukang dan ada yang jatuh tersembam ke dalam longkang. Satu ketika para himpunan sudah dapat menewaskan gagak hitam. Tetapi skuad kedua yang menanti dibelakang mengambil bahagian meneruskan serangan terhadap himpunan. Bertalu-talu peluru bom asap dilepaskan. Serangan dan tembakan bukan lagi dilakukan dari atas tetapi terus ke depan muka para himpunan. Jam waktu ini pukul 4:30. Kejadian seperti ini pertama kali berlaku dalam siri-siri demonstrasi yang pernah saya lihat sendiri. Walaupun sebelum ini polis sering menyerang memukul, tetapi ia tidak sesadis hari ini. Amaran akan dikeluarkan dulu beberapa kali, tetapi kali ini locing gila dibunyikan tanpa perintahan amaran. Selepas berihat hampir 45 minit, para himpunan perlahan-lahan membentuk kelompok semula. Mereka bergerak secara berkumpulan melalui celah-celah bangunan dan lorong untuk menghala ke Jalan Petaling. Di Jalan Petaling mereka akan bergabung dengan kelompok yang sudah berada di pintu masuk stadium. Sebaik saya sampai himpunan ini sudah hampir selesai. Doa selamat telah dibacakan oleh Husam Musa yang didampingi oleh Samad Said. Di sini masing-masing sudah mulai rileks dan bergambar kenangan untuk berpisah. Beberapa penjenguk blog saya juga datang bersapa dan bergambar. Begitu juga dengan rakan Facebook. Ketika semua hendak beredar tiba-tiba sekali lagi locing gila berbunyi. Ratusan polis yang mengawal di pintu pagar stadium menarik kawat dan berjujutan para gagak hitam bagaikan serigala lapar tujuh hari keluar dan meluruh. Saat ini himpunan sudah pun mahu bersurai, tetapi terus dikejar dan diterajang. Peluru gas pemedihan mata bertaburan di udara, seolah-olah ianya dilepas untuk melepaskan gian. "Jangan tembak dia orang dah nak bersurai," begitu kata saya kepada seorang pegawai polis. "Tidak, sebab itu kita lepas yang hijau... maksudnya bendera hijau..." balasnya. Belum sampai 10 minit beliau memberi penjelasan itu tiba-tiba dua tiga orang penunjuk perasaan digiring dan dikilas tangannya bagaikan ayam hendak disembelih, di bawa masuk ke dalam kawasan tahanan di stadium. Dekat pukul 5.15 petang sewaktu saya berhinjuk-hinjuk untuk melangkah pulang, tiba-tiba adik ipar Zarir menelefon minta ke hotel Midah, katanya di situ Pak Samad Said bersama komiti Bersih siap untuk mengadakan kenyataan akhbar. Sebelum sidang akhbar itu usai saya bersama dua rakan dan seorang budak Terengganu yang tersesat menampak untuk pulang. [wm.kl.7:00 pm 09/07/11] P/s: Jurublog ini berada di lokasi. Apa yang ditulisnya merupakan rakaman pengalaman di sekitar perhimpunan BERSIH. Ada jurublog terutamanya jurublog UMCO menggambarkan bahawa BERSIH hanya disertai kaum Melayu, MSO membuktikan sebaliknya. Sadis dan tragis! | ||
[Video] Pasukan Beruniform "Melayan" Peserta BERSIH 2.0 Posted: 09 Jul 2011 07:30 PM PDT
Kalau anda baca laporan surat khabar arus perdana hari ini, esok, mungkin lusa, berita yang ditonjolkan, gambar yang ditunjukkan kepada pembaca memaparkan bahawa polis melayan peserta BERSIH 2.0 dengan baik dan profesional. Malah KPN sendiri mendakwa polis hanya menggunakan pendekatan minimum ketika menghadapi peserta BERSIH yang berhimpun dengan aman. Saya mendengar laporan wartawan RTM semalam, katanya, pihak polis tidak membenarkan peserta BERSIH 2.0 masuk ke Stadium Merdeka kerana MENGANCAM KESELAMATAN. Cuba anda bayangkan, berkumpul di stadium mengancam keselamatan negara? Keselamatan negara atau keselamatan UMCO? Walhal Agong sudah mengarahkan BERSIH berhimpun di stadium, malah PM seperti dilaporkan media meminta BERSIH berkumpul di stadium. Di bawah ini disertakan beberapa video yang membuktikan cara "mesra" pasukan beruniform Regim BN melayan peserta BERSIH 2.0. Malangnya, video-video ini antaranya, dirakamkan oleh Al Jazeera dan dipertontonkan ke seluruh dunia. Adakah media perdana yang menyiarkan gambar peserta BERSIH dijamu umpama menghadiri majlis perkahwinan dapat menutup cerita sebenar? Sebuah video di bawah ini memperlihatkan peserta BERSIH sedang duduk dengan aman, namun tiba-tiba ditembak dengan gas pemedih mata. Malah beberapa anggota polis menyerbu serta bertindak memukul peserta. Siapa yang sebenarmya mencetuskan huru-hara dan melakukan provokasi? Jika peserta diberi peluang berhimpun di stadium, maka sudah tentu tidak berlaku kesesakan dan jalan raya tidak perlu ditutup sehingga menjadikan KL umpama berada dalam darurat. Apa dosa mereka? Mereka hanya mahu berhimpun secara aman demi menuntut pilihan raya yang bersih! PM pernah menyindir pemimpin Asia Barat agar meniru Malaysia dalam menangani emosi dan protes rakyat. 9 Julai, Malaysia mengajar dunia bagaimana untuk melakukannya! Tahniah! P/s: Seorang meninggal dunia, seorang patah kaki dalam perhimpunan aman ini, berpuluh-puluh mungkin beratus-ratus orang lagi cedera. | ||
[Gambar] BERSIH 2.0: Suka Duka 7 ("Kemesraan" Pasukan beruniform) Posted: 09 Jul 2011 06:30 PM PDT
P/s: Apa dosa mereka? Mereka hanya mahu berhimpun dengan aman demi menuntut pilihan raya yang bersih! PM pernah menyindir pemimpin Asia Barat agar meniru Malaysia dalam menangani emosi dan protes rakyat. 9 Julai, Malaysia mengajar dunia bagaimana untuk melakukannya! Tahniah! | ||
[Video] Laporan Al Jazeera, The Guardian, dan New York Times tentang BERSIH 2.0 Posted: 09 Jul 2011 05:00 PM PDT |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan