Ahad, 10 Julai 2011

Biaqpila

Biaqpila


Najib Pusing Cerita,Takut Kebangkitan Rakyat

Posted: 10 Jul 2011 03:00 PM PDT


PETALING JAYA 10 JULAI : Setelah dunia semalam menyaksikan kebangkitan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat untuk menuntut sebuah pilihan raya yang adil, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebaliknya melemparkan tuduhan fitnah bahawa Ketua Pembangkang yang menjadi dalang supaya rakyat bersuara menuntut keadilan.

Malah terdesak untuk menutup tuntutan rakyat, Najib mendakwa ia adalah usaha terdesak Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menunaikan hasrat menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Najib yang juga Presiden Umno turut berkata, Anwar tergugat dengan sokongan rakyat yang semakin kuat terhadap kerajaan sehingga sanggup menganjurkan himpunan besar-besaran demi menjatuhkan imej negara di mata dunia.

Walau bagaimanapun hujah Najib itu mudah dipatahkan oleh Anwar yang ditemui media selepas menghadiri Dialog Ekonomi Profesional Muda di Hotel Crsytal Crown, di sini hari ini.

" Itu memang strategi Najib dan Rosmah, mereka tidak lihat pada isu pokok, yang mereka tahu mahu salahkan saya, dan saya adalah orang yang paling awal diserang dan sudah tentu saya orang yang paling awal yang terpaksa berundur, saya sebelum pukul 3 petang terpaksa dibawa ke hospital," jelas Anwar yang ditembak polis menggunakan gas pemedih mata ketika mahu memulakan perarakan di Stesen Sentral Kuala Lumpur.

Jelas Anwar, kenyataan Najib itu jelas satu reaksi terdesak oleh seorang pemimpin yang merasakan kedudukannya terancam oleh kebangkitan rakyat.

Paling penting, perhimpunan Bersih 2.0 sudah dijelaskan dari awal lagi dianjurkan oleh 62 badan bukan kerajaan dan Pakatan Rakyat hanya bertindak menyokong inisiatif Bersih.

Dalam insiden semalam, Anwar mengalami kecederaan di kepala dan lutut akibat tindakan anggota polis menembak gas pemedih mata tepat ke arah muka Ketua Pembangkang itu.

Tindakan pantas daripada pengawal peribadi Anwar, Fayad Al-Bakri bagaimanapun telah menyelamatkan Anwar daripada kecederaan lebih teruk.

Akibat melindungi Anwar, Fayad patah tulang pipi dan terpaksa menjalani pembedahan. Anwar turut dikejarkan ke Pusat Perubatan Pantai untuk rawatan lanjut.

Tidak cukup dengan cubaan mengaitkan Anwar sebagai dalang perhimpunan, media arus perdana termasuk Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar turut membohongi rakyat dengan fakta dan berita tidak telus demi kepentingan pemerintah.

"Penipuan angka peserta himpunan yang dilaporkan kononnya hanya 6,000 sahaja, ramai yang sudah tahu, dan pembohongan yang lain ialah laporan tidak ada yang tercedera, saya sendiri ditembak dari jarak dekat dan pengawal saya cuba bantu yang akhirnya mukanya pecah dan kini dia di hospital untuk jalani pembedahan besar esok,"kata Anwar.

Lebih malang dari itu, seorang daripada peserta himpunan Bersih 2.0 juga meninggal dunia ketika polis mengepung laluan perhimpunan berkenaan.

Dalam pada itu, Anwar turut mencabar Najib membubarkan parlimen disebalik keangkuhan pemimpin kerajaan itu kononnya boleh menang mudah pada pilihan raya umum ke-13.

"Saya mencabar Najib untuk sama-sama bertanding dalam satu pilihanraya yang adil, dan Najib perlu pastikan ianya dijalankan dengan adil dan bersih, jangan menipu dalam pilihan raya,"tegas Anwar.

Najib hari ini selain meremehkan kuasa rakyat, dengan penuh keyakinan berkata pihaknya akan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen sebaik sahaja parti pimpinannya sudah bersedia.

Ironinya, kenyataan Najib itu umpama membuka pekung di dada bahawa gagasan itu masih belum bersedia manakala Pakatan Rakyat pula sedari awal lagi bersedia menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa.

tvs



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Inilah Generasi Pelapis Kita Dan Bakal Pemimpin Kita, Buat Projek Dalam Sekolah...

Posted: 10 Jul 2011 08:00 AM PDT

Awas Propaganda di TV

Posted: 10 Jul 2011 05:00 AM PDT



Anwar Ibrahim di cederakan di kepala dan lututnya luka dan terpaksa ke hospital. Sebahagian peserta perhimpunan Aman dikasari oleh pihak polis. A. Samad Said menyebut dan melihat bagaimana wanita di tolak hingga jatuh.
Mereka akan menyiarkan kononnya Polis begitu baik bagi makan kepada peserta yang ditangkap.
Rawatan juga diberikan kepada yang cedera.
Tempat solat juga disediakan. Malah kalau nak tahajud pun tak apa.. he he
Rakyat seluruh Malaysia akan menonton pembohongan dan lakonan hebat polis ini. Najib pengarah utama skrip 'celaka' ini!!



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

TERBUKTI: UTUSEKS PENIPU BESAQ!!!

Posted: 10 Jul 2011 12:00 AM PDT


AKHBAR PENIPU PALING CIBAI DALAM DUNIA

Kita amat kecewa dengan kenyataan provokasi Utusan Malaysia yang amat jelas bertentangan dengan etika kewartawanan apatah lagi bertentangan dengan prinsip Islam yang senantiasa menggalakkan persaudaraan dan bukannya permusuhan.

Firman Allah yang bermaksud:

Syaitan itu hanya mahu mewujudkan permusuhan dan kebencian.

Kita melahirkan rasa dukacita apabila akhbar Utusan yang menjadi lidah rasmi kepada kerajaan Umno BN sanggup membuat provokasi yang tidak bertanggungjawab dan mengapi-apikan permusuhan dengan meletakkan tajuk utama hari ini dengan tajuk 'KL darurat hari ini? Ada pihak rancang lepaskan tembakan dan tuduh angkara polis'...Di mana etika kewartawanan anda?"

Ungkapan ini merupakan satu provokasi dan tuduhan yang boleh menimbulkan huru hara dalam negara..

Justeru, itu kita mengingatkan bahawa apa yang ditulis akan dipertanggungjawabkan nanti di hadapan Allah SWT.

Wartawam jangan menjadi sebahagian lidah fitnah di akhir zaman kerana mereka sepatutnya menjadi lidah agama dan keadilan rakyat dan bukannya lidah individu tertentu.

Akhbar, uja sepatutnya menjadi jurubicara perpaduan ummah dengan berita yang adil dan menyumbang kepada perpaduan bukannya menyumbang kepada perpecahan dan permusuhan.

Malang sekali akhbar hari ini terus mengasak rakyat dengan provokasi yang langsung tidak dapat diterima akal.

PAS tidak pernah memusuhi polis apatah lagi mana-mana institusi kerajaan..Penglibatan ahli PAS dalam himpunan aman Bersih yang diadakan sebelum ini menggambarkan betapa tingginya akhlak yang ditunjukkan mereka ketika menyertai perhimpunan aman.

Kita tahu pihak keselamatan tidak perlu dipersalahkan dalam isu ini. Mereka yang perlu dipersalahkan ialah Umno BN yang sangat tersempit untuk survival politik mereka yang sedang berada dihujung tanduk..

Segala jentera kerajaan termasuk media akan dikerah sehabis mungkin untuk menyelamatkan talian hayat mereka yang sudah hampir luput tarikhnya.Himpunan aman Bersih 2.0 yang berakhir kira-kira jam 5.00 petang tadi tidak meninggalkan kesan terhadap ketenteraman awam sekalipun dilakukan provokasi yang keterlaluan daripada kerajaan Umno BN.


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Cerita Sedih Ibrahim Ali Dan Perkasa-nya !

Posted: 09 Jul 2011 09:00 PM PDT



Mari bersimpati dengan Ibrahim Ali dengan kumpulan Perkasanya kerana kononnya kesemua 50 buah bas yang bergerak menuju ke pusat bandar dari seluruh negara rosak dan tak dapat meneruskan perjalanan mereka.

Sebab itu kawasan Tasik Titiwangsa tak ada orang kecuali beberapa orang anggota polis dan juga mereka yang datang berjogging. Ketua Perkasa sendiri tak nampak batang hidung, alasannya adalah kerana namanya tersenarai dalam mereka yang dilarang masuk bandar.

Pemuda Umno baguih sikit dari kumpulan Perkasa nampaknya. Harap-harap selepas ini tak payahlah media perdulikan apa saja aktiviti dan kenyataan yang Perkasa buat terutamanya Ibrahim Ali. Malu...malu !!!

Baca Di Sini

wartashubhi

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

LAWAK AHAD: GOSOK GIGI

Posted: 09 Jul 2011 06:00 PM PDT



Seorang doktor wanita yang cantik dari bandar melakukan satu kajian kesihatan di sebuah kampung. Ketika hampir semua penduduk kampung sudah berkumpul di dalam dewan itu, doktor wanita itu mula bertanya.

Doktor : Menjaga kesihatan haruslah dimulakan dengan kebersihan gigi.. Saya ingin tahu, berapa kali, pakcik-pakcik gosok gigi dalam sehari?

Pak cik Ali : (malu-malu) bagi pak cik, cukuplah sekali sehari…

Pakcik Rizal : Sekali sahaja! Saya 3 kali sehari.

Doktor : Bagus….bila masanya, pak cik menggosok gigi?

Pakcik Rizal : Pagi sebelum mandi. Petang, selepas balik dari sawah, dan malam, sebelum tidur.

Pak cik Azwan :3 kali sahaja sudah sombong…saya 12 kali!

Doktor : Wah… macammana pak cik gosok gigi sampai 12 kali?

Pak cik Azwan : Januari sekali, Februari sekali, March sekali, ….. blaa… blaa


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: