Jumaat, 8 Julai 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Wajib Baca] BERSIH 2.0: Jika Ditahan Polis, Apa yang Perlu Anda Lakukan?

Posted: 08 Jul 2011 09:11 AM PDT


1. Apa yang perlu anda buat apabila DIBERHENTIKAN polis?

o Minta dia tunjukkan Kad Kuasa Polis.
o Catat nama dan nombor anggota yang tertera dalam Kad Kuasa Polis.
o Jika dia berpakaian seragam, catat nombor anggota pada pakaian seragam.
o Jika dia berkenderaan, catat nombor pendaftaran kenderaannya.

2. Apa perlu anda buat jika diminta pengenalan diri?

o Berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat sahaja.
o Jangan sekali-kali menyerahkan kad pengenalan anda kepada polis; hanya tunjuk sahaja.
o Jika polis paksa anda menyerahkan kad pengenalan, minta dikeluarkan Borang Pemeriksaan sebagai bukti kad pengenalan dirampas.

3. Bilakah anda ditahan?

o Apabila anda dihalang beredar dari tempat tersebut.
o Apabila anda digari.

4. Apa harus anda buat apabila ditahan?

o Jangan melawan dan jangan beri alasan kepada polis untuk menggunakan kekerasan.
o Tanya  alasan anda ditahan.
o Tanya balai anda akan dibawa.

5. Apakah hak anda setelah ditahan?

o Anda berhak membuat panggilan telefon kepada keluarga dan/atau peguam dan maklumkan balai tempat anda dibawa, sebab tangkapan dan nama polis yang membuat tangkapan.

6. Berapa lama polis boleh menahan anda?

o Polis boleh menahan anda tidak melebihi 24 jam di balai atau di lokap polis.
o Anda boleh ditahan melebihi 24 jam jika anda diberikan Perintah Reman oleh Mahkamah Majistret tertakluk kepada tempoh maksimum 7 (4+3) hari bagi kesalahan menghadiri perhimpunan 'Bersih 2.0'.

7. Apakah yang perlu dibuat apabila anda dibawa ke hadapan Majistret untuk mendapatkan Perintah Reman?

o Beritahu polis/Majistret bahawa anda ingin diwakili peguam.
o Jika anda diwakili peguam, anda tidak perlu bercakap kerana peguam yang akan bercakap bagi pihak anda di hadapan Majistret.
o Anda hanya perlu beritahu peguam yang mewakili anda sekiranya anda sakit, didera, diugut atau tidak diberikan makanan/air/pakaian secukupnya semasa dalam tahanan. Buat laporan polis dengan segera jika berlaku keadaan sedemikian.
o Beritahu juga kepada peguam sama ada polis telah menjalankan penyiasatan semasa anda dalam tahanan atau tidak.

8. Apakah yang perlu dibuat apabila polis ingin merakam Kenyataan Bertulis semasa dalam tahanan?

o Kenal pasti nama dan pangkat pegawai yang menyoal siasat anda.
o Berikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan (butir-butir peribadi) jika diminta.
o Selain memberikan butir-butir peribadi, anda dinasihatkan untuk berdiam diri daripada menjawab soalan yang ditanya oleh pegawai polis.
o Jika anda memilih untuk berdiam diri, katakan "saya akan jawab di mahkamah" terhadap sebarang soalan yang dikemukakan kepada anda dan polis tidak boleh memaksa, mengugut atau memukul anda jika anda enggan menjawab soalan.

9. Bilakah anda didakwa di mahkamah ?

o Anda boleh didakwa di mahkamah pada atau sebelum tempoh reman yang diberikan terhadap anda tamat.
o Anda didakwa jika pertuduhan dibacakan terhadap anda di hadapan seorang Majistret/Hakim dan anda ditanya sama ada mengaku bersalah atau minta dibicarakan.
o Pastikan anda MENGAKU TIDAK BERSALAH dan peguam 'Bersih 2.0' akan mewakili anda sehingga perbicaraan selesai.


* BERSIH 2.0 - Jika berlaku kecemasan atau ditangkap, sila hubungi talian BERSIH HOTLINE 013-2102002 atau Bantuan Guaman 03-26913005 or 03-55107007.


P/s: Jangan lakukan provokasi, merosakkan harta awam, dan melakukan perbuatan jenayah!


Polis Adakan Pemeriksaan di Semua Stesen LRT, KTM Komuter

Posted: 08 Jul 2011 08:50 AM PDT



Jangan pakai baju BERSIH terlebih dahulu bagi mengelakkan ditangkap polis. 
Pandai-pandailah guna akal!

Khabarnya, perkhidmatan LRT hanya akan berhenti di empat stesen, iaitu Stesen Damai, Stesen Kelana Jaya, Stesen KL Central dan Stesen Gombak.

Sila ambil perhatian!

Awas Provokasi Penyamar & Kumpulan yang Dimanipulasi untuk Buat Kacau!

Posted: 08 Jul 2011 07:48 AM PDT


Omardin dalam ucapan sambutan ulang tahun Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia baru-baru ini dilaporkan telah mengeluarkan kenyataan  berunsur provokasi. Beliau dilaporkan melancarkan  "perang" terhadap BERSIH. Majlis yang dirasmikan oleh PM itu menimbulkan tanda tanya kerana diadakan pada saat BERSIH mahu mengadakan perhimpunan. Ditambah pula ucapan provokasi pengasasnya yang mampu mencetuskan kejadian yang tidak diingini antara ahli pertubuhan itu dengan peserta BERSIH.

Ringkasnya, apa tujuan ahli itu masih berada di KL walaupun majlis sambutan itu sudah berakhir? Berdasarkan berita di atas, pertubuhan itu tidak mengarahkan ahlinya pulang walaupun esok merupakan hari perhimpunan BERSIH.

Saya suspeks dan saspens!

Selain itu, tidak mustahil ada dalam kalangan peserta BERSIH terdiri penyamar atau pengacau yang akan memburukkan imej BERSIH sekali gus akan memberikan ruang dan peluang kepada pihak polis untuk mengambil tindakan keras terhadap perhimpunan BERSIH esok.

Bagi peserta yang membawa kamera atau perakam video, rakamlah aksi mereka sebagai bahan bukti untuk dikemukakan kepada pihak berkuasa!


P/s: Ahli silat, jangan mudah diperdaya, dimanipulasi, dan dipergunakan oleh mereka yang menggunakan "Melayu" untuk kepentingan sendiri!



Rakyat Malaysia Turut Berkumpul di 24 Bandar Raya di Seluruh Dunia 9 Julai!

Posted: 08 Jul 2011 06:35 AM PDT


Dengan pihak berkuasa meningkatkan tekanan menjelang perhimpunan di Stadium Merdeka esok, BERSIH 2.0 Global meminta rakyat Malaysia di seluruh dunia supaya turut berhimpun pada masa yang sama, sebagai tanda sokongan kepada pilihan raya yang bebas dan adil lapor Malaysia Kini.

Dalam kenyataannya, BERSIH 2.0 Global, menggesa supaya perhimpunan diadakan serentak di 24 bandaraya di 15 negara di Eropah, Asia Timur, Australasia dan Amerika.

"Di mana pun berada, kita hendaklah memakai baju-T kuning serta membawa sepanduk, belon dan plakad kuning bersama slogan menyokong pilihanraya yang bersih dan adil di Malaysia," kata wakil gerakan global itu.

"Kami bersuara kerana kita hidup di negara demokrasi yang terbuka di mana kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman dan hak untuk mengadakan demonstrasi adalah satu norma dan bukannya pengecualian.

"Seperti kes perhimpunan di Kuala Lumpur, kami berhasrat untuk berhimpun secara aman dan bermaruah, serta kita akan berbuat demikian tanpa takut dengan meriam air, gas pemedih mata, intimidasi polis, atau tangkapan sewenang-wenangnya kerana berpakaian kuning.

"Kami, rakyat biasa Malaysia di seluruh dunia, menyokong BERSIH 2.0 kerana kita boleh dan kerana kita sepatutnya (berbuat demikian)."

Rangkaian Perpaduan Global BERSIH 2.9 menegaskan bahawa kini menjadi tanggungjawab Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk "memenuhi tugas dan tanggungjawabnya" dengan mengakui "kehendak rakyat" dan untuk membenarkan perhimpunan tersebut diteruskan secara aman.


P/s: Regim BN bakal tumbang!

Muktamad: BERSIH 2.0 Berhimpun di Luar Stadium Merdeka! : Muktamad

Posted: 08 Jul 2011 05:37 AM PDT


Penganjur BERSIH 2.0 membuat ketetapan rasmi untuk berhimpun di tempat letak kereta Stadium Merdeka esok walaupun dilarang polis yang memberi amaran untuk menangkap mereka yang menyertai perhimpunan tersebut lapor Malaysia Kini.

Dalam kenyataannya, BERSIH 2.0 menegaskan pihaknya semakin komited untuk berhimpun secara aman bersama-saam dengan rakyat Malaysia dalam menuntut pilihan raya bebas dan adil.

"Rakyat Malaysia daripada segenap lapisan telah melalui perjalanan jauh dan penuh cabaran untuk sampai di saat yang genting ini yang bakal mencorakkan sejarah negara kita.

"Dengan kurang 24 jam tinggal untuk perhimpunan aman BERSIH, tekad kami untuk mengharungi fasa terakhir dan yang paling sukar dalam ranjau ini... adalah lebih kukuh daripada sebelumnya dalam menuntut pilihan raya yang bersih dan adil demi membina Malaysia yang lebih bagus,"
kata gabungan itu.

Kenyataan itu mencerminkan pendirian muktamad BERSIH untuk berhimpun secara aman di Stadium Merdeka meskipun dilarang oleh polis dan jemaah menteri.

Gabungan 62 NGO itu juga kesal kerana pihak berkuasa mengenakan pelbagai sekatan dalam usaha membatalkan perhimpunan itu.

"Walaupun berdepan dengan tawaran stadium yang dibuat secara tidak ikhlas, dan kemudian dinafikan permit, serta tangkapan, penahanan dan macam-macam lagi, kami telah berusaha bersungguh-sungguh untuk berurus dengan kerajaan secara ikhlas.

"Namun segala usaha kami itu dibalas dengan pelbagai sekatan,
" kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, menurut BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini tidak ada sebarang sekatan yang akan memintas usaha ke arah keamanan dan keadilan.

"Pada 9 Julai kami akan menegakkan hak perlembagaan kami untuk berhimpun secara aman di Stadium Merdeka.

"Tidak ada mana-mana agensi kerajaan yang berhak untuk melarang rakyat daripada bergerak secara bebas... di ibu negara kita. Tidak ada ugutan dan hasutan yang boleh menafikan kebenaran asas ini,
" kata BERSIH 2.0 lagi.

Menurut gabungan itu adalah amat penting, lebih-lebih lagi sekarang untuk rakyat yang patriotik untuk bangkit dan bersatu demi menyelamatkan Malaysia daripada tergelongsor lebih jauh ke dalam lurah kegelapan.

"Kita akan berkumpul di tempat letak kereta dan percaya pintu (stadium) akan dibuka kepada kita.

"Ini adalah saat penting dalam sejarah dan kami yakin rakyat akan menyambut seruan untuk mempertahankan prinsip-prinsip yang membentuk Malaysia. Bersama-sama kita berjuang untuk mewariskan kepada anak-anak kita sebuah negara yang adil, demokratik, dan penuh dalam kasih sayang untuk satu sama lain,"
katanya.


P/s: Saudara, dunia melihat kita esok!

Jurublog UMCO Fitnah Lim Guan Eng Kirim SMS "Biar Melayu Gaduh Sama Melayu"

Posted: 08 Jul 2011 05:00 AM PDT


P/s: Modal sudah habis!

100 Seniman Pertahan Sajak Pro-BERSIH Pak Samad. Sokong BERSIH!

Posted: 08 Jul 2011 04:48 AM PDT


Saya petik:

[MK] Lebih seratus seniman pelbagai bidang hari ini tampil mengkritik tindakan polis menyiasat Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang disiasat bawah akta polis dan akta hasutan kerana membaca sebuah sajak pro-BERSIH.

Dalam kenyataan bersama hari ini, kumpulan itu mempersoalkan sama ada benar penyair 76 tahun itu melakukah jenayah besar hanya dengan membacakan puisi 'Unggun Bersih' pada pelancaran BERSIH 2.0 sebelum ini.

"Dalam hal ini, kami meluahkan kedukaan yang amat dalam.

"Kami merasa terganggu bahawa selepas setengah abad negara ini diasaskan, ruang untuk kebebasan kreatif tidak banyak berkembang, malah lebih teruk lagi, kehidupan kita masih lagi diselubungi budaya ketakutan," kata mereka.

Antara sekumpulan pelukis itu, seniman bidang lain yang tampil termasuklah kolumnis Farish A Noor, penulis Dr Siti Zainon Ismail, aktivis teater Marion D'Cruz dan Jo Kukathas serta pengkritik sastera Eddin Khoo.

Selain itu, turut menyokong, lima organisasi sekitar Kuala Lumpur, termasuk penggiat teater Rumah Anak Teater, Five Arts Centre dan Instant Cafe Theatre.

Sebelum ini, diketuai aktivis teater Che Samsuddin Othman atau Dinsman, sekumpulan penulis, kebanyakannya sasterawan, tampil menyatakan pendirian sama dalam sidang media di Shah Alam.

Dalam kenyataan hari ini, kumpulan itu menjangkakan lebih banyak tindakan tidak masuk akal "menggari" dan "membelenggu" akan terus dikenakan terhadap "pencipta budaya" yang mendokong keadilan dan mengejar demokrasi .

Sehubungan itu, "tindakan berat berhelah politik" itu akan membawa rakyat Malaysia mundur 50 tahun ke belakang dalam pembangunan budaya negara ini.

Kenyataan bersama 128 seniman itu, mereka juga menegaskan:
  • Semua pencipta budaya memiliki hak memilih pendirian politik peribadi dan kebebasan kreatif yang merupakan salah satu hak asasi manusia yang tidak boleh ditolak ansur.
  • Menyeru pihak penguatkuasa undang-undang untuk mengangkat amalan profesional dengan kebijaksanaan bukannya menggunakan perundangan lapuk untuk menganggu aliran dialog yang waras.
  • Menyokong lapan tuntutan yang diperjuangan BERSIH 2.0.

"Apapun yang terjadi, kami berharap kesemua jiwa dan hati yang diperangkap akan dibebaskan, dan ke atas negara semoga akan memancarkan sinar cemerlang kemanusiaan!" kata mereka.
 
 
P/s:  Regim UMCO bakal tumbang! Salut seniman!
 
 

Jalan Sekitar Kuala Lumpur yang Bakal Ditutup Mulai Malam Ini

Posted: 08 Jul 2011 02:16 AM PDT


Polis akan mula membuat penutupan dan lencongan jalan di sekitar Kuala Lumpur bermula 12.01 tengah malam ini.

Sumber ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur berkata, jalan-jalan yang terlibat adalah sepanjang Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan sekitar Istana Negara.
Penutupan juga membabitkan sepanjang Jalan Sultan Hishammuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara.
Lain-lain termasuk kawasan sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dataran DBKL, Kompleks Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan semua kawasan berhampiran.
Semua pihak diminta memberi kerjasama untuk sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan arahan semasa oleh anggota polis trafik yang membuat kawalan.
Orang ramai yang tidak mempunyai urusan penting di pusat bandar dinasihatkan agar tidak memasuki kawasan berkenaan pada tarikh tersebut bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
 * Boleh juga rujuk di sini.

P/s: Kuala Lumpur "darurat" esok! Siapa yang sebenarnya menjejaskan pendapatan peniaga? Polis atau peserta BERSIH?

Mengapa BERSIH Perlu Diadakan?

Posted: 08 Jul 2011 01:15 AM PDT



Saya petik:
Senarai nama 88 Pengundi yang dikesan menggunakan alamat yang sama iaitu No 1155, Kampung Bagan Serai, Jalan Sembilang, Seberang Jaya, Permatang Pauh:

1 140707755111 L 1914 SHEIK DAWOOD S/O MOHAMMED GANI 1155
6 280702755029 L 1928 SINNAPPAN A/L MUNUSAMY 1155
7 281008075239 L 1928 NARAINA @ V.K VELOO A/L KALLIMUTHU 1155
24 360902025020 P 1936 MON BINTI YUSOF 1155
37 390601025104 P 1939 CHE GAYAH BINTI MAT DAUD 1155
40 400616085659 L 1940 CHE AHMAD BIN CHIK 1155
45 410210025022 P 1941 THANALECHEMY A/P SUBBAREDY 1155
67 431211085089 L 1943 MUNISAMY A/L MUNISAMY 1155
80 450915075026 P 1945 GOVINDAMMAL A/P SAMIAYAH 1155
90 461103075024 P 1946 RUKUMONY A/P MUTHIAH 1155


101 470528025078 P 1947 PADAVETTA A/P SINNIAH 1155
111 480831075528 P 1948 ANJALAI A/P MUNIAN 1155
116 490218085065 L 1949 SATIWELL A/L R NABBU 1155
120 490812025073 L 1949 RETNASAMY A/L SUBBIAH 1155
127 500217085836 P 1950 MURUGAMAH A/P MANIKAM 1155
128 500312025495 L 1950 MD ISMAIL BIN MYDIN PITCHEY 1155
133 500630075068 P 1950 PANJALAIE A/P S.MOTIYE 1155
135 500818025302 P 1950 KUPPAMMAH A/P SUBRAYA 1155
136 500908075354 P 1950 MUNIAMAH A/P RAMAN 1155
137 501003025293 L 1950 PALANYAPPAN A/L SUBRAMANIYAM 1155


155 521101075399 L 1952 SEGAR A/L SUBRAMANIAM 1155
157 530110025267 L 1953 GOVINDARAJOO A/L RAMAN 1155
160 530310025173 L 1953 PERUMAL A/L PERUMAL 1155
161 530322075426 P 1953 ALICE MARY A/P ANTONISAMY 1155
180 531214075351 L 1953 MARIAPAN A/L VELOO 1155
189 540831085218 P 1954 ENDRANI A/P ARUMUGAM 1155
197 550118025155 L 1955 SUBRAMANIAM A/L S.AHNIMANNAN NO 1155
198 550129025441 L 1955 GANESAN A/L SOORAPPAN 1155
207 550415025530 P 1955 MARIAMAH A/P RAJAGOPAL 1155
210 550608025668 P 1955 MANIEE A/P JOSEPH 1155


218 551227025087 L 1955 NAGAPPAN A/L MUNUSAMY 1155
225 560404085967 L 1956 ARUMUGAM A/L PARAMASIVAM 1155
227 560409075450 P 1956 RANGAMAH A/P NALAIAH 1155
230 560415026006 P 1956 RAMAMAH A/P GOPAL 1155
232 560522075022 P 1956 RAJASPORY A/P GOVINDARAJOO 1155
234 560602075006 P 1956 BALOMANI A/P ASIRVATHAN 1155
261 570906025605 L 1957 KRISHNAN A/L NADARAJAH 1155
265 571024075189 L 1957 BEATLICE A/L ASUVATHAM 1155
266 571101026189 L 1957 VIJAYAN A/L MURUGIAH 1155
268 571105075500 P 1957 V.MARY A/P VANATHAIAH 1155


280 580828075066 P 1958 HESHAH BEE BINTI M.M KADER BAWA RAWTHER 1155
285 581106025088 P 1958 HABIDAH BINTI KASSIM 1155
295 590301075931 L 1959 NARAYANASAMY A/L V.K.VELOO 1155
298 590318025367 L 1959 RAVITHIRAN A/L NADARAJAH 1155
299 590318075735 L 1959 DAVID A/L AZIRVATHAM 1155
304 590520025926 P 1959 YASODAH A/P GOVINDASAMY 1155
317 591222075508 P 1959 SHARIPAH B BINTI MAHMUD 1155
322 600407075602 P 1960 SANTHANAMARY A/P AROKIASAMY 1155
324 600515075132 P 1960 PUSPERVALLI A/P NADESON 1155
326 600531075116 P 1960 LAGMI A/P SANNASEE 1155


331 601024085840 P 1960 AMUTHA A/P SUBRAMANION 1155
349 610925105946 P 1961 SELVARANI A/P MURUGIAH 1155
350 611001026038 P 1961 AMUTHA A/P NARASU 1155
380 630421085003 L 1963 SHAMUGAM A/L MUNISAMY 1155
381 630517086617 L 1963 VASOO A/L SUBRAMANION 1155
382 630617025782 P 1963 MURUGAMAH A/P NADARAJAH 1155
397 640531075972 P 1964 PLOMINA A/P KUPPUSAMY NO 1155
399 7432554 640628086483 L 1964 JAYABALAN A/L MUNISAMY NO 1155
425 651218075275 L 1965 MUNIANDY A/L NARAINA @ V K VELOO NO 1155
427 660203086304 P 1966 VASONDA A/P SUBRAMANIAM 1155


449 670227075289 L 1967 PUVANASWARAN A/L NARAINA @ V K VELOO 1155
456 670409025741 L 1967 CHANDRAN A/L PONNAN 1155
463 670719085934 P 1967 PARAMESWARI A/P MUNISAMY 1155
478 680522075491 L 1968 V SEVANASAN A/L V K VELOO 1155
517 700518075611 L 1970 RAVY A/L RAMASAMY @ SUBRAMANIAM NO 1155
527 701213075009 L 1970 SUTHAGAR A/L SUBRAMANIAM 1155
570 730805086222 P 1973 SARALA A/P S SEGAR 1155
579 740710075212 P 1974 MANGALANAYAKEY A/P V SINNAIAH NO 1155
597 750730075198 P 1975 MUNISPERIE A/P SUBRAMANIAM 1155
613 770202085657 L 1977 MANICKAM A/L VERASAMY 1155


618 770723075016 P 1977 RATHNADEVI A/P DHEVAN NO. 1155
623 771127065641 L 1977 VIJAYA KUMAR A/L KARIAMALAI NO 1155
632 780814075256 P 1978 YOGESWARY A/P SUBRAMANIAM 1155
637 790430075141 L 1979 KARUNAGARAN A/L RAJU NO 1155
655 800613075546 P 1980 RAJESWARY A/P RAMASAMY 1155
664 810213075597 L 1981 VERARAKAYAN A/L VIJAYAN 1155
680 820207026050 P 1982 HEMALATHA A/P PERUMAL 1155
692 830113075619 L 1983 MEYYELAHAN A/L VIJAYAN NO 1155
703 830524075744 P 1983 RAJAKUMARI A/P SUBRAMANIAM 1155
705 830527075643 L 1983 NORIES A/L GNANAPRAGASAM 1155


706 830530075783 L 1983 PRABAGARAN A/L RETNASAMY 1155
707 830609086303 L 1983 VELU A/L BALAN 1155
710 831009026096 P 1983 THILAGAVATHI A/P PERUMAL 1155
729 840914075976 P 1984 MAGESWARY A/P BALAN 1155
730 841113075540 P 1984 ANGELINA A/P GNANAPRAGASAM 1155
747 850819075811 L 1985 BASKARAN AL VIJAYAN 1155
774 880611075254 P 1988 LINDA A/P GNANAPRAGASAM NO.1155
779 890311016294 P 1989 MALA A/P BALAN NO 1155

Selanjutnya, anda rujuk blog TPU yang membuat semakan ini di sini.





[Berita Buruk] BERSIH GAGAL Dapat Permit Berhimpun Esok!

Posted: 07 Jul 2011 11:32 PM PDT


Timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh menafikan dakwaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) bahawa mereka telah diberikan permit bagi mengadakan perhimpunan mereka di Stadium Merdeka, esok.Ketika dihubungi beliau berkata pihaknya tidak menyedari bahawa permit telah diluluskan lapor Malaysia Kini.

"Setahu saya, tiada permit dikeluarkan untuk 9 Julai," katanya.

Apabila didesak, beliau mengakui bahawa orang pertama yang akan mengetahui perkara itu adalah ketua polis daerah Dang Wangi Zulkarnain Abdul Rahman, tetapi kemungkinannya adalah kecil.

"Orang terbaik untuk disoal adalah Zulkarnain. Tetapi saya baru berhubung dengan telefon dengannya.

"Beliau tidak menyatakan apa-apa berhubung meluluskan permit," kata Amar Singh.
Sebelum ini menulis pada laman sosialnya di Facebook dan Tweeter, BERSIH 2.0 berkata mereka diminta datang ke balai polis Dang Wangi Kuala Lumpur untuk mengambil permit bagi mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka, esok

"BERITA BAIK! Balai Polis Dang Wangi telefon Bersih, minta kami datang ambil permit untuk himpunan aman di Stadium MERDEKA! Kini terserah kepada PM & Pengurusan Stadium Merdeka untuk membuat langkah sepatutnya," tulis BERSIH.

Bagaimanapun kira-kira setengah jam kemudian, BERSIH menjelaskan terdapat salah faham berhubung perkara itu.

Katanya, ketika diminta ke balai polis, wakil itu telah tiga kali bertanya sama ada ia berkaitan dengan permit dan dijawapnya "ya".

"Sorry all, spoke too soon: Bersih rep asked 3 times "Is this a permit?" Police: "Yes", but now, police say "Actually it is a letter denying permission". 

Sementara itu, ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Wong Chin Huat ketika dihubungi berkata BERSIH 2.0 akan mengadakan sidang akhbar pada jam 5.30 petang ini.

P/s: Informasi baru.

Angkara Berlumba: 4 Remaja MAUT!

Posted: 07 Jul 2011 11:06 PM PDT


Saya petik:
Bentuk dua kumpulan dari arah bertentangan tunjuk kehandalan menunggang motosikal

[BH] PASIR MAS: Akibat mahu menunjukkan kehebatan berlumba, empat remaja maut apabila motosikal ditunggangi mereka bertembung antara satu sama lain, di jalan pintasan di Kampung Banggol Chica, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu, mangsa Raja Ahmad Muzzammil Raja Mansor, 18, dari Kampung Kubang Panjang, Mohd Fikri Mat, 19, dari Kampung Banggol Setol, Mohamad Amirul Afiq Baharon, 17, dari Kampung Kubang Pak Amin dan Abdul Muhaimin Makhtar, 21, dari Kampung Kubang Panjang, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Seorang saksi, Mohd Khairul Zaman Alias, 15, berkata kejadian berlaku apabila empat penunggang membentuk dua kumpulan berlumba iaitu dua penunggang dari arah kanan, manakala dua lagi dari arah bertentangan. 

Beliau yang menyaksikan perlumbaan itu berkata, ketika berlumba, motosikal ditunggang Mohd Fikri tiba-tiba terbakar dan meletup menyebabkan seorang penunggang dari arah bertentangan merempuhnya, manakala dua lagi mangsa dalam kumpulan lain turut bertembung.

"Semua mangsa mahu menunjukkan kehebatan mereka menunggang motosikal kerana, ramai penonton hadir menyaksikannya. Jalan itu selalu menjadi tempat pemuda kampung menunggang serta berlumba," katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Pasir Mas (HPM), malam kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, semua mangsa dipercayai berlumba di jalan baru itu dan kemalangan berlaku akibat bertembung antara satu sama lain, dengan satu daripada motosikal digunakan dalam perlumbaan itu terbakar.

Katanya, semua mangsa mati di tempat kejadian dan siasatan mendapati hanya seorang daripada mangsa mempunyai lesen memandu, manakala dua mangsa terbabit memakai topi keledar ketika berlumba.

Maklumat Trafik Kuala Lumpur dan Panduan Serta Persediaan Sempena BERSIH 2.0 Esok

Posted: 07 Jul 2011 09:01 PM PDT


Mengikut sumber KD, berikut adalah panduan untuk aliran trafik di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini:

1. Trafik dari Lebuhraya Persekutuan ke Kuala Lumpur akan dilencongkan ke Jalan Kelang Lam, Sungai Besi, dan Lebuh Raya Seremban

2. Trafik dari Jalan Kelang Lama ke Kuala Lumpur akan dilencongkan ke Lebuh Raya Seremban atau Petaling Jaya

3. Trafik dari Jalan Bangsar/Jalan Travers ke pusat bandar akan dilencongkan ke Jalan Mahameru

4. Trafik dari Jalan Mahameru ke pusat bandar melalui laluan Muzium Negara akan dilencongkan ke Jalan Bangsar

5. Jalan dari Sungai Besi ke Istana Negara akan ditutup.

Panduan untuk menghadiri perhimpunan boleh didapati di sini dan di sini.


Khabarnya jalan di kawasan ini akan ditutup juga:

1. Lebuh ampang.
2. KLCC.
3. Bank negara.
4. Dataran Merdeka.
5. Sogo.
6. Chow Kit.
7. Menara Sultan Ismail.
8. Masjid Negara.
9. Jalan Raja Chulan.
10. Jalan Ipoh.
11. Sentul.
12. Jalan TAR.
13. Jalan P. Ramlee.
14. Jalan Bandar.
15. Subang Jaya (near Segi).
16. Sunway Pyramid and Subang Parade.
17. Federal Highway.
18. LDP.
19. KL-Seremban highway di Seri Kembangan.

(Tertakluk kepada sebarang perubahan.)
Panduan dan Persediaan:


*Perkara yang perlu anda bawa/sediakan *
  • Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.

  • Duit-maksimum RM100 sahaja.

  • Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning. Sebaiknya ada logo Bersih 2.0.

  • Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.

  • Aksesori kempen-Button, kopiah, arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan 
  •  
  • Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihanraya SAHAJA boleh digunakan.
     
  • Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
     
  • Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
     
  • Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
     
  • Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
     
  • Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis *N100 Respirator, N95 Respirator *dan* Surgical facemask* untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
     
  • Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
     
  • Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
     
  • Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
     
  • Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – 
  • gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 2.0. 

Klik di sini untuk panduan seterusnya. 


Gadis Pulang Kerja 4.30 Pagi Diperkosa Penceroboh

Posted: 07 Jul 2011 07:36 PM PDT


Saya petik:
[HM] KAJANG: Seorang wanita berusia 33 tahun mengerah tenaga hampir 10 minit bergelut dengan seorang lelaki yang menceroboh rumahnya sebelum dia dirogol di atas sofa dalam kejadian di Batu 9, dekat sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 pagi ketika mangsa baru pulang dari tempat kerja dan sebaik menutup pintu rumahnya dia didatangi suspek dari arah belakang dan cuba menerkamnya. 

"Terkejut dengan kehadiran suspek, mangsa cuba melawan sebelum suspek menghentak mangsa menggunakan pasu bunga di belakang kepalanya. "Akibat hentakan kuat itu, mangsa cedera dan rebah sebelum suspek merogolnya," katanya.

Rashid berkata, sebaik selesai melampiaskan nafsu serakahnya, suspek melarikan beberapa barang berharga milik mangsa yang dianggarkan bernilai RM2,000. 
"Suspek dipercayai berusia 20-an berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada mangsa selain usaha menjejaki suspek giat dijalankan.

"Mangsa kini ditempatkan di Hospital Kajang sebelum polis mengambil keterangannya," katanya.

P/s: Hati-hati adik, kakak! Errr Kerja apa pulang pukul 4.30 pagi?

Titah Agong Mereka Tidak Peduli, Inikan Kenyataan Suhakam Ini....

Posted: 07 Jul 2011 06:38 PM PDT

'Hak  perhimpunan aman mesti dlindungi'
Kebebasan berhimpun secara aman adalah terkandung dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR), kata  Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) lapor Malaysia Kini.

Dalam satu kenyataan pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam (gambar) juga mengulangi ingtakan bahawa kebebasan menyuarakan pandangan dan pendapat pula terkandung dalam Perkara 19 UDHR.

Justeru, katanya Suhakam mengalu-alukan konsultasi di antara pihak berkuasa dan BERSIH 2.0 berhubung dengan cadangan perhimpunan, yang akan diadakan di sebuah stadium.

"Suruhanjaya berharap agar resolusi awal berkenaan perkara ini dapat dicapai antara pihak berkuasa dan BERSIH dalam semangat perdamaian, seperti yang dititahkan oleh baginda Tuanku Yang di-Pertuan Agong, dan akan memantau perhimpunan itu sewajarnya," katanya.

Menurut Hasmy, Suhakam juga bimbangdengan penangkapan dan penahanan beberapa ahli parlimen serta aktivis baru-baru ini di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969.

Sehubungan itu, katanya Suhakam menuntut kerajaan supaya segera membebaskan mereka yang masih ditahan itu.

"Mereka seharusnya berhak kepada perbicaraan terbuka dengan diwakili peguam seperti yang disebut dalam Perkara 9, 10 dan 11 UDHR yang menyatakan bahawa tiada sesiapapun boleh dikenakan tangkapan secara sewenang-wenangnya; setiap orang adalah berhak dengan sama rata sepenuhnya kepada perbicaraan adil dan terbuka; dan setiap orang berhak dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya," katanya.

Hassmy juga mengingatkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa sebagai ahli Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), adalah menjadi tanggungjawab mereka menyokong standard tertinggi dalam mempromosi dan melindungi hak rakyat.

"Dalam perkara ini, Suruhanjaya telah berulangkali menyeru agar semua undang-undang penahanan pencegahan dimansuhkan dan mengulangi bahawasanya penahanan tanpa bicara adalah melanggar prinsip hak asasi manusia," akhirnya.