Kerabu Bersuara ® |
- Terkini! Betul Ke Pasaran Saham Merudum Disebabkan Demo BERSIH? Mai Tengok Carta Saham Ini
- Blogger Umno Sibuk Tukar Tempat Demo? Terlebih Sudah HaHa
- Team Kerabu Bersuara Sudah Sampai KL. Anda?
- Menteri Besar Mohon DYMM Agong Titah Adakan Referendum Bebas Untuk Pilihanraya Adil dan Bersih
- Polis cari Azmin di rumah
- Mari Tengok Lakonan Hishamuddin
- Bersih 2.0: Agong ‘telah bertindak dengan betul dan wajar’
- Sultan Selangor: Jangan balah kerana beza ideologi
- Isu Bersih: Bekas duta AS dakwa Najib perkecil nasihat Agong
- Panduan ringkas perhimpunan Bersih 2.0
- Seronok! Bersih tidak dapat permit guna Stadium Merdeka esok
- Rakyat diperlihatkan kerosakan sistem demokrasi Malaysia
- Bersih 2.0: Akibat Titah Agong, Pemimpin Umno Jadi Bengong!
- Kenyataan Media Berkaitan Larangan Memasuki Kuala Lumpur
| Terkini! Betul Ke Pasaran Saham Merudum Disebabkan Demo BERSIH? Mai Tengok Carta Saham Ini Posted: 08 Jul 2011 09:04 AM PDT Hari ini indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) terus ditutup tinggi, naik 11.8 mata berbanding minggu lepas menjadi 1594.74 mata, nilai dagangan hari ini berjumlah RM 1,573,713,537. Senyap je la pencacai UmNo wei! Bodoh tak boleh nak ajar! Umno Bodoh! ![]() |
| Blogger Umno Sibuk Tukar Tempat Demo? Terlebih Sudah HaHa Posted: 08 Jul 2011 08:54 AM PDT Baru dapat mesej dari pihak terbabit. Blogger laknat Umno katanya sibuk malam ni dok buat pengumuman yang demo esok telah ditukar tempatnya. Stadium Melawati la, Stadium Shah Alam la..Lucu wei! Jangan percaya dengan puak laknat terbabit. Tekad semangat wahai pencinta keamanan dan keadilan semua! Jangan percaya tipu muslihat mereka! Esok macam biasa, jumpa di stadium merdeka. Berarak la secara aman. Allah akan bersama kita. KahKahKah tiba-tiba puak umno sibuk dok promosi himpunan bersih berpindah. mereka dah takut dan gelabah! Jumpa esok wahai rakyat semua! ![]() |
| Team Kerabu Bersuara Sudah Sampai KL. Anda? Posted: 08 Jul 2011 08:28 AM PDT Alhamdulillah, kami sudah sampai Kuala Lumpur. Lokasi dirahsiakan hehe.. Korang masih di mana lagi? Kami nak berehat dulu setelah menempuh perjalanan yang mencabar tadi. Jumpa esok dengan berita-berita yang lansung Insya Allah dari kami. Allahukhbar! Ayuh kita kuningkan Kuala Lumpur! ![]() |
| Menteri Besar Mohon DYMM Agong Titah Adakan Referendum Bebas Untuk Pilihanraya Adil dan Bersih Posted: 08 Jul 2011 08:17 AM PDT Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menulis surat kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang mencadangkan baginda menitahkan supaya diadakan tinjauan pendapat atau referendum bebas bagi mengetahui berapa ramai rakyat negara ini mahukan sistem pilihan raya yang bebas dan adil. Surat ini telah dihantar kepada Seri Paduka BagindaYang di-Pertuan Agong pada petang ini. Menteri Besar berkata, seterusnya kesemua kehendak rakyat ini perlulah dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab sama ada Suruhanjaya Pilihan Raya atau kerajaan Malaysia yang dilantik dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong. Tan Sri Abdul Khalid berkata, beliau terharu dan menghargai keprihatinan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, yang sudi berjumpa dengan Ahli Jawatankuasa BERSIH pada 3 Julai lalu serta mengikuti perkembangan BERSIH. Beliau berkata, memorandum yang akan dihantar kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mempunyai lapan perkara yang memohon baginda campur tangan bagi memastikan pilihan raya umum di negara ini dilaksanakan secara adil, telus dan bersih. "Kepincangan dan manipulasi proses pilihan raya sudah menjadi pengetahuan umum, semakin terdedah dan tersiar di media cetak dan elektronik, media maya dan blog. "Pencinta kebebasan bersuara, pejuang kebajikan rakyat, pemikir dan penulis yang prihatin tidak rela melihat perbuatan dan tindakan tidak bertanggungjawab ini terus dilakukan," kata Menteri Besar. Beliau berkata, pilihan raya tidak jujur di negara ini terjadi dalam beberapa bentuk seperti memanipulasi kawasan persempadanan, jumlah perbezaan pengundi yang terlalu besar antara DUN dan Parlimen, penipuan senarai pengundi, penggunaan sumber dan jentera kerajaan secara berleluasa, penyamaran dan penukaran kotak undi, sistem undi pos yang menimbulkan tanda tanya, waktu berkempen yang singkat dan laporan media yang berat sebelah, Menteri Besar berkata, Memorandum Rakyat yang akan diserahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong esok mengandungi suara rakyat terbanyak dan prihatin terhadap pilihan raya yang adil, bebas serta wajar diberi perhatian serius demi kelangsungan amalan demokrasi di negara ini. Beliau berkata Memorandum Rakyat itu mengandungi 8 perkara utama: 1. Bersihkan senarai Undi (Daftar Pengundi) 2. Reformasikan Undi Pos 3. Gunakan dakwat kekal 4. Akses media yang bebas dan adil 5. Tempoh berkempen minima 21 hari 6. Kukuhkan institusi awam 7. Hentikan rasuah 8. Hentikan politik kotor Dikeluarkan oleh SEKRETARIAT AKHBAR PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR ![]() |
| Posted: 08 Jul 2011 05:00 AM PDT BUKIT ANTARABANGSA: Pihak polis mencari Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali di rumahnya, dipercayai berhubung perhimpunan aman anjuran Bersih 2.0 di Kuala Lumpur esok. Bagaimanapun difahamkan beliau tidak ada di rumah ketika pihak berkuasa yang terdiri 5 anggota polis itu tiba di rumahnya di Ampang. Pengarah Pilihan Raya Gombak, Razali Ramli ketika dihubungi berkata beliau mendapat maklumat itu kira-kira jam 3.53 petang. Menurut Razali, beliau tidak pasti kedatangan pihak polis tetapi percaya ia bertujuan untuk menyerahkan surat perintah mahkamah mengenai larangan supaya Azmin tidak memasuki Kuala Lumpur esok. Semalam Polis Kuala Lumpur mendapat perintah larangan daripada majistret untuk menghalang 91 pemimpin daripada tiga kumpulan utama yang merancang untuk berhimpun pada 9 Julai. Azmin antara 66 invididu yang dinamakan dalam perintah larangan bagi kumpulan Bersih 2.0 termasuk pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan aktivis Hishamuddin Rais. Turut disenaraikan pimpinan Pakatan Rakyat iaitu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang. ![]() |
| Mari Tengok Lakonan Hishamuddin Posted: 08 Jul 2011 03:59 AM PDT Polis benarkan jika perhimpunan esok di luar KL – Hisham KUALA LUMPUR 8 Julai – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, polis akan memberi permit kepada mereka yang menganjurkan perhimpunan di luar Kuala Lumpur esok. "Kelulusan boleh diperoleh segera," katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini. Hishammuddin berkata, polis akan bertindak tegas terhadap mereka yang masih berdegil untuk menganjurkan perhimpunan di Kuala Lumpur esok. Beliau berkata, polis telah bertindak adil dalam membuat keputusan, dan telah juga menolak permohonan daripada Pemuda UMNO dan Perkasa untuk mengadakan perhimpunan esok. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman pula berkata, permohonan mendapat permit perhimpunan di sini esok tidak diluluskan. "Saya selaku Ketua Polis Daerah Dang Wangi tidak meluluskan permohonan tersebut setelah penelitian atas dasar keselamatan awam," katanya kepada pemberita petang ini. – Bernama ![]() |
| Bersih 2.0: Agong ‘telah bertindak dengan betul dan wajar’ Posted: 08 Jul 2011 03:52 AM PDT Oleh G Manimaran dan Debra Chong KUALA LUMPUR, 8 Julai — Yang di-Pertuan Agong mempunyai tanggungjawab untuk bertindak atas nasihat kerajaan tetapi sekiranya nasihat yang diberikan bertentangan dengan Perlemgaan, maka baginda tidak terikat kepada pandangan pentadbiran semasa, kata penganalisis politik. Prof A. Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa berkata, peruntukan Perlembagaan Persekutuan adalah "mudah dan jelas", yakni Yang di-Pertuan Agong bertindak atas nasihat kerajaan apabila ia selari dengan "kandungan dan semangat Perlembagaan." "Jika nasihat (yang diberikan) pertentangan dengan Perlembagaan, maka Yang di-Pertuan Agong tidak terikat kepada nasihat. Bermakna, menjadi satu tugas di sebelah Agong untuk mengabaikan nasihat jika ia ada potensi untuk memperlekehkan (peruntukan) Perlembagaan," kata pakar perlembagaan ini dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider. Katanya, menjadi tanggungjawab ketua negara atau negeri sama ada Yang di-Pertuan Agong, Sultan dan Gabenor untuk melindungi Perlembagaan. "Ini yang perlu diambil kira oleh menteri khususnya apabila kerajaan, Parlimen dan mahkamah ada tugas untuk dilakukan. Oleh itu kata beliau, rakyat tiada pilihan kecuali pergi kepada Yang di-Pertuan Agong dan terima kasih "baginda telah melakukan apa yang betul dari segi perlembagaan." Aziz menambah tanggungjawab untuk bertindak atas nasihat cuma "satu keperluan umum" yang tertakluk kepada pengecualian dalam kes-kes tertentu. "Seseorang seharusnya membaca Perlembagaan secara literal dan mekanikal sepanjang masa," kata beliau. Berkenaan dengan isu semasa, kata beliau, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin telah bertindak dengan betul dan wajar. "Menjadi tanggungjawab baginda memastikan satu pilihan raya yang adil dan bebas. Lihat pada semangat Artikel 114(2) Perlembagaan Persekutuan," katanya. Pagi tadi, The Malaysian Insider dengan memetik sumber telah membawa laporan bahawa 'kebebasan' Yang di-Pertuan Agong dalam isu berkaitan Bersih 2.0 dan perkenan menerima pertemuan wakil gabungan itu awal minggu ini telah mencetuskan kebingungan di kalangan ahli politik Umno termasuk beberapa menteri pentadbiran Najib. The Malaysian Insider difahamkan, mereka kecewa dengan keputusan Yang di-Pertuan Agong perkenan menerima rombongan diketuai Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan menghadap atas alasan ia berlaku di luar kuasa Perlembagaan. Pegawai-pegawai kerajaan juga mengesahkan wujud siri 'tarik tali' dalam urusan menyediakan titah kenyataan antara istana dan pentadbiran Najib sebelum Istana Negara mengeluarkan pendiriannya lewat Ahad lalu. "Beberapa ahli politik merasakan bahawa kenyataan Agong seharusnya telah menggunakan perkataan-perkataan yang sangat tegas terhadap Bersih 2.0. Dan, beberapa menteri juga kecewa apabila Agong menerima (kehadiran) Ambiga," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider. Seorang menteri Kabinet mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa perbezaan pandangan wujud ketika mesyuarat Kabinet mingguan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. "Mereka merasakan Agong bukan merupakan sayap eksekutif dan Agong tertakluk kepada sistem raja berperlembagaan di mana beliau bertindak atas nasihat perdana menteri. "Jadi, kebanyakan menteri merasakan bahawa ini dilakukan tanpa pengetahuan perdana menteri. Tetapi perdana menteri tahu, jadi sebenarnya, ia satu tanggapan salah," kata menteri berkenaan. Mengulas lanjut mengenai, kata Aziz, sejak seminggu lalu kerajaan menerusi polis telah bertindak memperkecilkan semangat Perlembagaan, antaranya membuat tangakapn yang bertentangan dengan Arikel 10 Perlembagaan Persekutuan. "Jika, kini menteri-menteri kelihatan tidak gembira, bagaimana dengan pendirian mereka apabila mereka menggunakan Sultan Selangor awal tahun ini? "Dan, bagaimana dengan pandangan semasa menteri mengenai kedudukan raja dalam krisis Perak pada 2009 apabila mereka menyokong apa yang diputuskan oleh Sultan Perak?" kata beliau lagi. Sementara itu, seorang peguam yang pakar dalam isu perlembagaan Tommy Thomas berkata, Yang di-Pertuan Agong ada hak untuk dimaklumkan mengenai perkara-perkara semasa menyentuh negara. Dengan merujuk kepada Artikel 32 Perlembagaan Persekutuan, berkaitan dengan peruntukan bahawa Yang di-Pertuan Agong merupakan "ketua persekutuan", Thomas menjelaskan, ada konvensyen berhubung pertemuan mingguan antara Perdana Menteri dan Agong bagi membolehkan baginda dimaklumkan mengenai urusan kerajaan. "Agong adalah ketua persekutuan, bercakap bagi keseluruhan negara. Perdana Menteri semasa sentiasa memihak manakala Agong pula mengatasi politik. "Dan, tidak salah bagi Agong untuk bertemu mana-mana subjeknya (pihak) untuk mengetahui apa yang berlaku dalam negara," kata beliau kepada The Malaysian Insider. Thomas, bekas anggota Majlis Peguam berkata, raja berperlembagaan Britain juga mempunyai pendekatan seumpama itu di England. Katanya, Ratu Elizabeth II sentiasa bercakap dengan profesor dan personaliti-personaliti terkemuka agar baginda dikemaskinikan dengan perkembangan semasa. "Dalam konteks itu, apa salahnya Agong bertemu dengan Ambiga atau pun dengan Nicol David (ratu skuasy) memandangkan mereka merupakan subjeknya dan baginda adalah Agong mereka," kata Thomas. "Selepas menjemput beliau (Ambiga) ke istana, baginda boleh berkata, 'lihat, ini nasihat saya...', sebagai seorang bapa, dan terserah kepada Ambiga untuk mengatakan 'saya terima' atau 'saya menolak'. Agong tiada kuasa sebenar selaku sebagai raja berperlembagaan. "Untuk mengatakan Agong tidak boleh memberi nasihat atau bercakap dengan sesiapa adalah salah," kata Thomas lagi. ![]() |
| Sultan Selangor: Jangan balah kerana beza ideologi Posted: 08 Jul 2011 02:35 AM PDT HULU SELANGOR, 8 Julai — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa baginda akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mencetuskan api permusuhan dan perbalahan antara kaum dan masyarakat di negeri Selangor. Baginda bertitah sebagai ketua negeri Selangor, baginda tidak akan membiarkan adanya anasir yang akan merosakkan bangsa dan agama. "Di sini, beta ingin menyeru kepada rakyat Melayu di negeri Selangor ini supaya hendaklah bersatu-padu dan janganlah berbalah-balahan antara satu sama lain disebabkan oleh ideologi politik yang berlainan. "Kita orang Melayu bersatu dengan satu agama, iaitu agama Islam," titah baginda ketika merasmikan Masjid As-Salam, Bukit Sentosa di sini. Turut hadir ke majlis itu ialah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohd Khusrin Munawi. Dipetik laporan Bernama Online, Sultan Selangor bertitah baginda akan merasa sedih jika rakyat Melayu di negeri Selangor berpecah-belah disebabkan pendapat politik yang berlainan. "Negara kita telah merdeka sebegini lama dan beta percaya rakyat Melayu di negeri Selangor ini telah banyak mempelajari dan mengetahui akan kemajuan hidup yang telah dicapai dan yang akan dicapai," titah baginda. Baginda turut mengingatkan orang Melayu supaya tidak terlalu mengikut emosi dan cepat terpengaruh dengan hasutan-hasutan yang tidak memberi keuntungan serta manfaat kepada diri sendiri, masyarakat, bangsa dan agama. "Beta mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat beta yang peka dan prihatin terhadap usaha-usaha mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam negeri Selangor ini walaupun terdapat beberapa golongan yang cuba mencetuskan provokasi yang tidak diingini sejak kebelakangan ini. "Tidak ada manusia normal yang sukakan pertelingkahan, ketidaktenteraman, permusuhan, apatah lagi memendam rasa benci dan syak wasangka," titah baginda. Mengenai ada pihak-pihak yang mahu menganjurkan demonstrasi jalanan, baginda menasihatkan kepada seluruh rakyat Selangor supaya tidak terlibat atau mengambil bahagian atau menyertai demonstasi jalanan ini pada bila-bila masa jua pun kerana ianya akan merugikan negeri Selangor. "Pada hemat beta, demonstrasi jalanan pada bila-bila masa jua pun boleh merebak dan menjadikan keadaan tidak terkawal dan akan menyusahkan rakyat jelata, di mana kedai-kedai dan premis perniagaan akan ditutup kerana takut dirosakkan oleh para penunjuk perasaan, rakyat tidak dapat menjalankan aktiviti harian mereka, sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi terpaksa ditutup serta keadaan keseluruhan negeri juga akan menjadi kelam kabut," titah baginda. Sultan Sharafuddin bertitah sekiranya keadaan kucar-kacir berlaku, ekonomi negeri akan terjejas yang bukan sahaja membabitkan sektor pelancongan malah para pelabur asing juga akan merasa takut dan bimbang untuk berniaga di Selangor. Baginda bertitah sekiranya ada sesuatu yang tidak memuaskan hati dan ingin meluahkan sesuatu pendapat, ianya hendaklah dilakukan melalui saluran yang betul bagi mengelakkan provokasi yang boleh mencetuskan suasana tegang dan menjejaskan keamanan negara. ![]() |
| Isu Bersih: Bekas duta AS dakwa Najib perkecil nasihat Agong Posted: 08 Jul 2011 02:30 AM PDT Oleh Debra Chong KUALA LUMPUR, 8 Julai — Bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia John Malott mendakwa pentadbiran Najib telah memperlekehkan rakyat yang menuntut sistem pilihan raya yang adil dan bebas dengan menggunakan segala kuasa untuk mengetepikan hak mereka termasuk angkatan tentera. Dalam rencana disiarkan menerusi Wall Street Journal, di bawah judul "Running Scared in Malaysia", Malott mengecam kerajaan Malaysia dengan berkata pentadbiran Najib menggunakan segala ruang yang ada untuk mengelakkan perhimpunan bangkangan, yang dijadual untuk diadakan esok. Malott berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah memperkecilkan kuasa Yang di-Pertuan Agong yang pada 5 Julai lalu telah perkenaan menerima pertemuan kepimpinan Bersih 2.0 dan "meminta agar diadakan penyelesaian menerusi perundingan" umtuk menyelesaikan isu semasa. Pandangan Malott ini dilihat akan membawa kesan ke atas hubungan Malaysia dan pelaburan di peringkat antarabangsa. "Minggu ini, anggota tentera telah mengadakan latihan (persediaan) mengawal perhimpunan dengan kain rentang mengatakan 'bersurai atau kami akan tembak!'. "Polis (pula) mengadakan sekatan jalan dan menahan rakyat Malaysia hanya kerana memakai kemeja-T, warna Bersih, gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya Malaysia," tulis Malott dalam rencananya kali ini. Bekas duta itu juga menggariskan keputusan campur tangan Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan meminta kedua-dua Najib dan Bersih 2.0 mengadakan perundingan bagi menyelesaikan isu yang timbul sekarang. Malott yang menjadi duta Amerika Syarikat ke Malaysia dari 1995 hingga 1998 berkata, tindakan seumpama itu tidak pernah wujud dan diambil oleh mana-mana Agong di negara ini. Malott berkata situasi politik di Malaysia berubah setiap hari dan kelihatan meruap sehingga "tidak siapa yang tahu apa yang akan berlaku esok." Katanya, isu utama Bersih 2.0 bukanlah kebebasan untuk berhimpun tetapi keadilan proses demokratik Malaysia dan pembaharuan sistem pilihan raya, yang Putrajaya telah mengisytiharkan tidak sah dan mahu tahu bagaimana sesiapa boleh menentang psatu ilihan raya bebas dan adil. "Ia satu persoalan yang mudah kepada jawapan. Umno, yang Encik Najib adalah presiden, merupakan parti pemerintah yang paling tua di dunia, dan ia semakin bimbang," katanya. ![]() |
| Panduan ringkas perhimpunan Bersih 2.0 Posted: 08 Jul 2011 02:15 AM PDT Herman Samsudeen 1. Apa yang perlu anda buat apabila DIBERHENTIKAN polis? o Minta beliau tunjukkan Kad Kuasa Polis o Catit nama dan nombor anggota yang tercatat dalam Kad Kuasa Polis o Jika beliau berpakaian seragam, catit nombor anggota pada pakaian seragam o Jika beliau berkenderaan, catit nombor pendaftaran kenderaan 2. Apa perlu anda buat jika diminta pengenalan diri? o Berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat sahaja o Jangan sekali-kali menyerahkan kad pengenalan anda kepada polis; hanya tunjuk sahaja o Jika polis paksa anda serahkan kad pengenalan, minta dikeluarkan Borang Pemeriksaan sebagai bukti kad pengenalan dirampas 3. Bilakah anda ditahan? o Apabila anda dihalang beredar dari tempat tersebut o Apabila anda digari 4. Apa harus anda buat apabila ditahan? o Jangan melawan dan jangan beri alasan kepada polis untuk gunakan kekerasan o Tanya apakah alasan anda ditahan o Tanya ke balai mana anda akan dibawa 5. Apakah hak anda setelah ditahan? o Anda berhak membuat panggilan telefon kepada keluarga dan/atau peguam dan maklumkan balai tempat anda dibawa, sebab tangkapan dan nama polis yang membuat tangkapan 6. Berapa lama polis boleh menahan anda? o Polis boleh menahan anda tidak melebihi 24 jam di balai atau lokap polis o Anda boleh ditahan melebihi 24 jam jika anda diberikan Perintah Reman oleh Mahkamah Majistret tertakluk kepada tempoh maksimum 7 (4+3) hari bagi kesalahan menghadiri perhimpunan 'Bersih 2.0' 7. Apakah yang perlu dibuat apabila anda dibawa ke hadapan Majistret untuk mendapatkan Perintah Reman? o Beritahu polis/Majistret bahawa anda ingin diwakili peguam o Jika anda diwakili peguam, anda tidak perlu bercakap kerana peguam yang akan bercakap bagi pihak anda di hadapan Majistret o Anda hanya perlu beritahu peguam yang mewakili anda sekiranya anda sakit, didera, diugut atau tidak diberikan makanan/air/pakaian secukupnya semasa dalam tahanan. Buat laporan polis dengan segera jika berlaku keadaan sedemikian o Beritahu juga kepada peguam sama ada polis telah menjalankan penyiasatan semasa anda dalam tahanan 8. Apakah yang perlu dibuat apabila polis ingin merakam Kenyataan Bertulis semasa dalam tahanan? o Kenalpasti nama dan pangkat pegawai yang menyoal siasat anda o Berikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan (butir-butir peribadi) jika diminta o Selain memberikan butir-butir peribadi, anda dinasihatkan untuk berdiam diri dari menjawab soalan dari pegawai polis o Jika anda memilih untuk berdiam diri, katakan "saya akan jawab di mahkamah" terhadap sebarang soalan yang dikemukakan kepada anda dan polis tidak boleh memaksa, mengugut atau memukul anda jika anda enggan menjawab soalan 9. Bilakah anda didakwa di mahkamah ? o Anda boleh didakwa di mahkamah pada atau sebelum tempoh reman yang diberikan terhadap anda tamat o Anda didakwa jika pertuduhan dibacakan terhadap anda di hadapan seorang Majistret/Hakim dan anda ditanya sama ada mengaku bersalah atau minta dibicarakan o Pastikan anda MENGAKU TIDAK BERSALAH dan peguam 'Bersih 2.0' akan mewakili anda sehingga perbicaraan selesai Disediakan oleh: Unit Tindakan Undang-Undang Jenayah, Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM), Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan kerjasama Lajnah Undang-Undang PAS Pusat Jika Anda Ditahan Hubungi No. Telefon Hotline Bilik Gerakan PEGUAM, Dewan Pemuda PAS Malaysia : 1. 0 1 6 – 3 1 2 6 4 6 3 2. 0 1 6 – 3 1 2 6 4 7 3 3. 0 1 4 – 6 4 5 1 7 5 3 4. 0 1 2 – 3 9 2 8 3 7 9 ![]() |
| Seronok! Bersih tidak dapat permit guna Stadium Merdeka esok Posted: 07 Jul 2011 11:50 PM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 8 Julai — Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) telah menjelaskan bahawa mereka tidak memperoleh permit untuk mengadakan Himpunan Bersih 2.0 di Stadium Merdeka esok, demikian kata laman web gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu. Selain di laman web, ia turut ditulis pada laman sosialnya di Facebook dan Twitter Bersih 2.0. ![]() |
| Rakyat diperlihatkan kerosakan sistem demokrasi Malaysia Posted: 07 Jul 2011 06:30 PM PDT Oleh Ahmad Syukri Ab Razab 1. Politik Fitnah. Sejak BERSIH 2.0 mengumumkan untuk mengadakan perhimpunan aman dibandar Kuala Lumpur awal tahun ini, pelbagai reaksi negatif timbul khususnya daripada kumpulan pro-UMNO seperti PERKASA dan Pemuda UMNO sendiri. Bermacam-macam fitnah dilemparkan terhadap BERSIH 2.0 seperti cubaan merampas kuasa dan membuat negara menjadi huru hara. Tidak cukup dengan itu, PERKASA melalui Ibrahim Ali dengan berani cuba memainkan isu perkauman semata-mata ingin mencemar imej perhimpunan aman BERSIH. Koordinator utama BERSIH 2.0 iaitu Ambiga diserang dengan isu isu peribadi yang tidak berkait langsung dengan dasar perlaksanaan himpunan BERSIH 2.0. 2. Salah guna kuasa Polis. Aktivis dan penyokong BERSIH 2.0 juga terpaksa berhadapan dengan tekanan demi tekanan yang dilancarkan oleh pihak berkuasa. Belum pun sempat BERSIH 2.0 di jalankan, sudah lebih daripada 100 orang ditahan akibat kesalahan yang dikaitkan dengan BERSIH 2.0. Malah enam orang aktivis PSM menerima nasib yang lebih buruk apabila ditahan di bawah Ordinat Darurat atas alasan yang amat tidak munasabah. Mahasiswa amat yakin segala tindakan drastik yg dilakukan pihak Polis ini adalah untuk menakutkan orang ramai dan secara langsung menggambarkan BERSIH 2.0 sebagai pencetus kekacauan. 3. Ketidakadilan Media Arus Perdana. Media arus perdana pula terus menjadi agen yang lebih memburukkan imej BERSIH 2.0 apabila memainkan propaganda kononnya BERSIH 2.0 akan menyebabkan negara menjadi huru hara sekaligus memungkinkan kerajaan terpaksa mengisytihar darurat. Semua fitnah ini dicanang kepada rakyat tanpa memberi sedikitpun ruang untuk pihak BERSIH 2.0 memperjelaskan keadaan sebenar kepada rakyat. 4. Memperalat institusi agama. Amat mengejutkan apabila khutbah di beberapa masjid utama pada Jumaat yang lepas telah mengecam himpunan BERSIH 2.0 secara terbuka. Sedangkan khutbah Jumaat sepatutnya tidak menyentuh perkara perkara sensitif apatah lagi perkara yang berbaur fitnah. Namun pihak kerajaan kelihatan terlalu terdesak sehingga sanggup menggunakan mimbar Jumaat untuk menabur fitnah terhadap BERSIH 2.0. 5. Tidak menghormati institusi Beraja. Keakuran BERSIH 2.0 terhadap titah YDPA Tuanku Mizan membuktikan perhimpunan yang dirancang oleh BERSIH 2.0 sememangnya bersih daripada sebarang anasir negatif yang digembar gemburkan oleh pihak pihak yang tidak bertanggungjawab. Berteraskan lapan tuntutan yang rasional, BERSIH 2.0 akur kepada titah YDPA Tuanku Mizan yang mahukan masalah diselesaikan secara lebih baik dan bukannya dengan cara unjuk rasa di jalanan. Keakuran ini membuktikan bahawa BERSIH 2.0 konsisten niat asas penubuhan iaitu ingin mereformasi sistem Pilihanraya di malaysia. Jika PERKASA menuduh BERSIH 2.0 adalah gerakan yang tidak patriotik, maka ketaatan BERSIH 2.0 kepada titah YDPA Tuanku Mizan telah menafikan tuduhan tersebut. Malah mahasiswa juga mempersoalkan tindakan Menteri KDN yang secara gopoh mengumumkan BERSIH 2.0 sebagai gerakan haram dan mengugut untuk menggunakan ISA untuk menghalang himpunan 9 Julai. Menteri KDN terpaksa menjilat ludah sendiri apabila YDPA Tuanku Mizan menerima sembah menghadap pihak BERSIH 2.0 yang akhirnya dibenarkan berhimpun di stadium. Menteri KDN sepatutnya perlu memohon maaf kepada pihak BERSIH 2.0 secara terbuka kerana bertindak melulu. Maka dengan perkembangan terkini BERSIH 2.0, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berpendirian untuk : 1. Menggembeleng seluruh tenaga mahasiswa ke stadium di mana himpunan BERSIH 2.0 akan dijalankan. 2. Akan mengerahkan segenap tenaga mahasiswa untuk menerangkan lapan tuntutan BERSI 2.0 kepada rakyat melalui edaran 1000 air mineral dan 1000 tuala tangan selama seminggu bermula di Kuala Lumpur pada 9 Julai. 3. Menolak kepimpinan Menteri di Kementerian Dalam Negeri dan menggesa agar beliau segera melepaskan jawatan. 4. Menggesa pihak kerajaan agar melaksanakan transformasi media arus perdana agar lebih adil dan tidak menjadi agen politik fitnah 5. Menyeru agar seluruh pertubuhan agama Islam di Malaysia menyuarakan bantahan terhadap Kerajaan Malaysia agar menghormati institusi agama dan tidak menggunakan institusi tersebut untuk kepentingan tertentu. Ahmad Syukri Ab Razab selaku Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia. ![]() |
| Bersih 2.0: Akibat Titah Agong, Pemimpin Umno Jadi Bengong! Posted: 07 Jul 2011 05:38 PM PDT Bersih 2.0: Titah nasihat Agong kejutkan pemimpin Umno Oleh Clara Chooi KUALA LUMPUR, 8 Julai — "Kebebasan" Yang di-Pertuan Agong dalam isu berkaitan Bersih 2.0 dan perkenan menerima pertemuan wakil gabungan itu awal minggu ini telah mencetuskan kebingungan di kalangan ahli politik Umno termasuk beberapa menteri pentadbiran Najib, kata sumber. The Malaysian Insider difahamkan, mereka kecewa dengan keputusan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin perkenan menerima rombongan diketuai Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan menghadap atas alasan ia berlaku di luar kuasa perlembagaan. Pegawai-pegawai kerajaan juga mengesahkan wujud siri "tarik tali" dalam urusan menyediakan titah kenyataan antara istana dan pentadbiran Najib sebelum Istana Negara mengeluarkan pendiriannya lewat Ahad lalu. "Beberapa ahli politik merasakan bahawa kenyataan Agong seharusnya telah menggunakan perkataan-perkataan yang sangat tegas terhadap Bersih 2.0. Dan, beberapa menteri juga kecewa apabila Agong menerima (kehadiran) Ambiga," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider. Seorang menteri Kabinet mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa perbezaan pandangan wujud ketika mesyuarat Kabinet mingguan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. "Mereka merasakan Agong bukan merupakan sayap eksekutif dan Agong tertakluk kepada sistem raja berperlembagaan di mana beliau bertindak atas nasihat perdana menteri. "Jadi, kebanyakan menteri merasakan bahawa ini dilakukan tanpa pengetahuan perdana menteri. Tetapi perdana menteri tahu, jadi sebenarnya, ia satu tanggapan salah," kata menteri berkenaan. Menteri itu menambah mereka merasakan sedemikian memandangkan sehari sebelum itu Putrajaya telah memutuskan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram. Malah menteri itu menambah, persetujuan Agong untuk bertemu dengan Ambiga seolah-olah memberi gambaran bahawa baginda tidak mengiktiaf kedudukan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram. "Tetapi jika anda melihat dari sudut lain, Agong tidak bertemu dengan Bersih 2.0. Baginda membenarkan Ambiga sebagai seorang individu untuk bertemu . . . bukan sebagai wakil Bersih, sebab ia satu pertubuhan haram. "Jadi, pertemuan Agong dengan Ambiga tidak menjadi Bersih 2.0 sebagai pertubuhan yang sah . . . ia tidak bermakna Bersih 2.0 kini sebuah pertubuhan yang sah. Tiada mekanismes sedemikian, anda masih perlu mendaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu," katanya. Menteri itu mengesahkan kerajaan sebenarnya telah menyediakan titah campur tangan minggu lalu tetapi tidak bersetuju bahawa baginda telah meminda dan mengeluarkannya tanpa memberi notis kepada pentadbiran Najib. "Tidak benar. Ia telah diteliti dan perdana menteri sedar (tentang teks titah)," kata menteri itu. Dalam titah kenyataan Ahad lalu, Tuanku Mizan bertitah agar setiap permasalahan yang timbul — dalam isu semasa merujuk kepada tuntutan Bersih 2.0 — diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan. Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan "yang pentingnya." "Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik," titah baginda dalam satu kenyataan. Titah baginda itu muncul sehari selepas Putrajaya mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram manakala enam pemimpin dan ahli Parti Sosialis Malaysia ditahan di bawah Ordinan Darurat.Himpunan Bersih 2.0 dirancang untuk diadakan esok. Malah Tuanku Mizan bertitah rakyat harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. "Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora," titah baginda. "Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara," titah baginda. ![]() |
| Kenyataan Media Berkaitan Larangan Memasuki Kuala Lumpur Posted: 07 Jul 2011 03:17 PM PDT PERHIMPUAN BERSIH SABTU 9 JULAI DITERUSKAN BERSIH 2.0 kecewa dengan keputusan oleh pihak berkuasa untuk mengharamkan 91 individu, termasuk pemimpin-pemimpin BERSIH 2.0, masyarakat sivil dan pemimpin parti-parti politik, dari yang hadir di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011. Ini adalah merupakan suatu penafian yang tidak munasabah terhadap kebebasan mereka bergerak. Pihak bedrkuasa telah terlupa bahawa Kuala Lumpur ialah ibu kota kami. Malaysia yang tedrcinta ini , milik semua rakyat, dan bukan milik Najib dan Rosmah. Tidak ada sebab untuk melarang sesiapa daripada memasuki bandar. Kami telah menyatakan masa dan sekali lagi bahawa jika BERSIH 2.0 berkenaan, niat kami adalah untuk melaksanakan hak perlembagaan kita untuk berhimpun secara aman dan panggilan untuk pilihanraya yang bersih dan adil. Kami membenci dan mengutuk mana-mana bentuk bantahan yang tidak aman.Kami dengan nkiat baiak akan mematuhi semua prinsip-prinsip kesopanan dan tingkah laku awam. Najib dan Rosmah gagal untuk memahami bahawa BERSIH 2.0 tidak mengenai mana-mana individu, tetapi mengenai pilihan raya yang bebas dan adil.Tidak kira berapa teruk kita ditindas atau didakwa, suara yang aman rakyat akan didengar di Kuala Lumpur datang julai 9. Ia tidak terlambat untuk Najib melakukan sesutau dengan cara yang bijaksana agar tidak dilihat seperti seorang ditaktoy yanh hanya ikut cakap bini. BERSIH 2.0 akan memastikan perhimpunan aman di Stadium Merdeka, dan situasi menang-menang untuk semua. BERSIH 2.0 Gathering will continue at Stadium Merdeka, despite ban on 91 individuals BERSIH 2.0 is disappointed with the decision by the authorities to ban 91 individuals, including leaders of BERSIH 2.0, civil society and political parties, from being physically present in certain parts of Kuala Lumpur on 9 July 2011. This constitutes an unwarranted denial of their freedom of movement. The powers that be seem to have forgotten that our capital city, like the rest of our beloved country, belongs to all the rakyat, and not to the government. There is no reason whatsoever to ban anyone from entering the city. We have stated time and again that where BERSIH 2.0 is concerned, our only intent is to exercise our constitutional right to gather peacefully and call for clean and fair elections. We abhor and denounce any form of non-peaceful activism, and fully intend to abide by all principles of decency and civil behaviour. The government also completely fails to understand that BERSIH 2.0 is not about any individual, but about free and fair elections. No matter how badly we are repressed or prosecuted, the peaceful voice of the rakyat will be heard in Kuala Lumpur come the 9th of July. It is not too late for the Prime Minister to act in a statesmanlike manner and immediately call off this completely unwarranted clampdown that fits the style of dictators. Working together with BERSIH 2.0 will ensure a peaceful rally in Stadium Merdeka, and a win-win situation for all. Regardless of whether or not the government chooses to be reasonable, the rakyat is firmly resolved to ensure that their rights as patriotic Malaysians will not be curtailed. We will gather peacefully and look forward to seeing you at Stadium Merdeka. Released by, Steering Committee Coalition for Clean and Fair Elections (BERSIH 2.0) The Steering Committee of BERSIH 2.0 comprises: Dato' Ambiga Sreenevasan (Chairperson), Andrew Khoo, Arul Prakkash, Arumugam K., Dr Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato' Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato' Yeo Yang Poh dan Zaid Kamaruddin. ![]() |
| You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan