DUNIACACAMARBA |
- Antara Alasan Halang BERSIH - Pemuda PAS Dakwa Temui 10 Ribu Pengundi Hantu di Selangor
- Lelaki Buta Beristeri Dua, Anak Lapan Rogol Anak Kandung Hingga Menagndung!
- Banduan Menderita kerana Tidak Dibekalkan Bahan Pornografi
- Alamak, Dia Mahu Berbogel Lagi!!!
- Agong Tidak Halang BERSIH 2.0, Berdemo di Stadium, Datang Beramai-ramai!
- Salut Sasterawan Negara: 4 Sasterawan Gesa Polis Bebaskan Tahanan BERSIH 2.0
- Ibu Bapa Paksa Anak Buat Laporan Polis Selepas "Ditebuk Tupai Junior"
- Peragut Jatuh atas Najis Kerbau
- Semakin TERDESAK: Penemuan Senjata Tajam dan Bahan Letupan Dikaitkan dengan BERSIH 2.0!
- [Sadis&Tragis] Mayat Nurrahayu Ditemui Dikerat & Dibakar di Tanah Perkuburan Hindu
- [Video] Laman Web Antarabangsa Senarai Jaringan Aidil Zafuan antara 10 Jaringan Tercantik Mingguan (Undi Sekarang)
Antara Alasan Halang BERSIH - Pemuda PAS Dakwa Temui 10 Ribu Pengundi Hantu di Selangor Posted: 05 Jul 2011 06:26 AM PDT Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Selangor mendakwa mengesan 10,000 pengundi hantu di negeri itu bagi membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13 lapor FMT. Timbalan Ketua Pemudanya, Mohd Sany Hamzah berkata semakan daftar pemilih yang dilakukan mendapati individu terlibat tidak mengetahui kad pengenalan mereka didaftar di kawasan lain untuk tujuan pengundian. "Melalui semakan oleh para petugas, kami mendapati 10,000 nama pengundi yang didaftar secara tidak sah dan mengundi secara dua kali dalam pilihan raya umum akan datang. "Tuan rumah tidak mengetahui kad pengenalan mahupun nama mereka digunakan. Mereka tidak tahu kewujudan para pengundi yang tidak berdaftar ini. "Dengan angka sebanyak itu kita bimbang pengundi-pengundi hantu ini dihantar ke DUN atau Parlimen di kawasan Pakatan Rakyat untuk memenangkan BN," katanya. Berikutan itu, Mohd Sany menyokong Bersih 2.0 dan tuntutan Bersih untuk membersihkan daftar pemilih dan mengadakan pilihan raya yang adil. Sementara itu, peguam DPPN, Zainal Said mendakwa SPR mahupun PDRM melanggar undang-undang apabila membiarkan pemalsuan daftar pemilih ini. Beliau mendakwa akibat kegagalan siasatan ke atas pemalsuan daftar pemilih itu, kerajaan boleh diambil tindakan undang-undang. "Saman boleh dikenakan ke atas kerajaan dan jabatan-jabatan tertentu yang didapati tidak menjalankan tanggungjawab menyiasat pemalsuan dan penyelewengan daftar pemilih itu," katanya. P/s: Inilah "benda" yang mahu dipertahankan oleh PERKASA dan UMCO hingga ke titisan darah terakhir. Inilah nyawa/tali hayat mereka dalam PRU 13! | ||
Lelaki Buta Beristeri Dua, Anak Lapan Rogol Anak Kandung Hingga Menagndung! Posted: 05 Jul 2011 05:16 AM PDT Saya petik: [Mstar] KUALA LUMPUR: Seorang tukang urut buta berusia 47 tahun meminta Mahkamah Sesyen di sini meringankan hukuman ke atasnya setelah dia mengaku bersalah merogol anak perempuannya sendiri selama empat tahun dengan alasan dia tidak begitu arif tentang undang-undang. P/s: Gila seks! | ||
Banduan Menderita kerana Tidak Dibekalkan Bahan Pornografi Posted: 05 Jul 2011 03:45 AM PDT Seorang tahanan penjara di Michigan menyatakan bahawa dia menjadi mangsa kekejaman dan hukuman luar biasa kerana dinafikan hak untuk mendapatkan bahan pornografi. Dalam tuntutan kepada mahkamah, Kylie Richards yang berusia 21 tahun mendakwa haknya diingkari di Penjara Daerah Macomb. Richards keengganan pihak penjara memenuhi haknya untuk menikmati bahan erotik menyebabkan kehidupannya menjadi teruk dan mendorongnya menderita secara seksual. Jabatan Pemulihan Michigan memberitahu The Detroit News bahawa penjara membenarkan sesetengah bahan pornografi walaupun ia diharamkan. Persatuan Kebebasan Awam Amerika berkata, penjara mempunyai pelbagai pengecualian. Richards didakwa atas kesalahan merompak bank selepas polis mengekori kesan tapak kaki hingga ke apartmennya dari lokasi rompakan bank Januari lalu di Fraser, di utara Detroit. P/s: Macam-macam! | ||
Alamak, Dia Mahu Berbogel Lagi!!! Posted: 05 Jul 2011 02:12 AM PDT Menurut Agensi, model terkenal Paraguay, Larissa Riquelme berjanji untuk berbogel jika pasukan kebangsaan negaranya menang pertandingan bola sepak Copa America. Jelitawan berusia 26 tahun itu dilaporkan sedia beraksi tanpa seurat benang di padang jika Paraguay menjulang piala itu manakala laporan lain mendakwa beliau akan berlari bogel di jalan raya ibu kota Asuncion. "Jika Paraguay menang Copa America, saya akan beraksi bogel di padang," katanya sambil memandang ke aras stadium Brigadier General Estanislao Lopez sebelum perlawanan Paraguay menentang Ecuador. Model Amerika Selatan itu membuat janji yang sama ketika Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan tetapi Paraguay disingkirkan juara kejohanan iaitu Sepanyol pada peringkat suku akhir. Meskipun demikian, Larissa menunaikan janjinya dengan berbogel dalam aksi majalah dewasa selepas pertandingan Piala Dunia itu. Kali ini, Larissa akan berharap pasukan bimbingan Gerrardo Martino dapat mengulangi kejayaan 1999 apabila menang 3-0 ke atas Brazil sebagai tuan rumah. Paraguay berada dalam Kumpulan B bersama Brazil, Venezuela dan Ecuador. Dalam perlawanan pertama, Paraguay hanya mampu seri 0-0 dengan Ecuador. Juara bertahan, Brazil juga diikat seri tanpa jaringan oleh Venezuela. Paraguay akan menghadapi Venezuela, Sabtu depan. Negara yang menjadi tuan rumah pertandingan, Argentina dilanda cuaca sejuk di bawah kosong Celsius ketika benua Hemisfera Selatan mengalami musim sejuk. Tetapi, Larissa berusaha bersungguh-sungguh untuk 'memanaskan' suasana sebelum perlawanan Paraguay dan Ecuador dengan melayan peminat yang mahu bergambar bersama selain menandatangani autograf di stadium. Model itu yang memakai baju tebal sekali sekala menari menunjukkan baju kebangsaan yang dipakainya. "Saya rasa kami akan memberi persembahan baik di Copa," ramal Larissa yang mengaku akan mengikuti semua perlawanan Paraguay. INFO | ||
Agong Tidak Halang BERSIH 2.0, Berdemo di Stadium, Datang Beramai-ramai! Posted: 05 Jul 2011 12:42 AM PDT Saya petik:
P/s: Poinnya, DYMM Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong tidak halang BERSIH! Baginda iktiraf BERSIH! Tidak mungkin baginda mahu bertemu dengan wakil BERSIH jika kempen ini haram atau diresapi komunis dan kuasa asing! Tampaknya tindakan Berahim Ali mahu menghalang BERSIH bertemu dengan Agong gagal. Mereka tahu implikasi BERSIH bertemu dengan Agong. Hasilnya, BERSIH menerima cadangan agar perhimpunan aman diadakan di stadium. Sesetengah orang UMCO/PERKASA tentu "menyumpah" bos mereka yang terlepas cakap dengan menawarkan pilihan perhimpunan BERSIH di stadium sebelum ini!!! Apa lagi alasan PERKOSA dan Pemuda UMCO mahu mengacau BERSIH 2.0? Biarpaun begitu, mereka berkemungkinan besar akan tetap menghalang/menganggu BERSIH kerana perhimpunan itu adalah penentu hayat BN dalam PRU 13!!! Apa taktik seterusnya? | ||
Salut Sasterawan Negara: 4 Sasterawan Gesa Polis Bebaskan Tahanan BERSIH 2.0 Posted: 04 Jul 2011 11:03 PM PDT
Saya petik:
P/s: Salut! Pening UMCO! | ||
Ibu Bapa Paksa Anak Buat Laporan Polis Selepas "Ditebuk Tupai Junior" Posted: 04 Jul 2011 09:30 PM PDT Saya petik:
P/s: BERSIH, BERSIH juga, anak jangan diabaikan. Jangan apabila kelapa sudah ditebuk tupai baru kemaruk mahu mengambil tindakan! | ||
Peragut Jatuh atas Najis Kerbau Posted: 04 Jul 2011 08:45 PM PDT Saya petik:
P/s: Elok sangat! | ||
Semakin TERDESAK: Penemuan Senjata Tajam dan Bahan Letupan Dikaitkan dengan BERSIH 2.0! Posted: 04 Jul 2011 07:03 PM PDT Saya petik:
P/s: BERSIH disabotaj! Tuduhan yang dilemparkan ini sangat-sangat berniat jahat. Penggunaan kata "dipercayai" dalam kenyataan polis itu memberikan implikasi kepada nama baik BERSIH. Apa justifikasi polis mengaitkan penemuan senjata dan bahan letupan itu dengan BERSIH? Hanya kerana ada baju BERSIH bersama-sama senjata atau bom itu? Siapalah yang bangang letak baju BERSIH sekali dengan bahan letupan dan senjata? Siapalah yang bangang bunuh orang kemudian letak ICnya di tepi mayat?? Penemuan itu boleh jadi angkara orang yang mahu mensabotaj BERSIH! Boleh juga angkara... | ||
[Sadis&Tragis] Mayat Nurrahayu Ditemui Dikerat & Dibakar di Tanah Perkuburan Hindu Posted: 04 Jul 2011 06:15 PM PDT Saya petik: [HM] Johor Bharu: Misteri kehilangan pelajar tingkatan empat, Nurrahayu Qomarodin Bajuri, 16, terjawab apabila polis menemui beberapa anggota badannya yang dikerat dan dibakar di dua lokasi termasuk di tanah perkuburan Hindu di Masai dan di ladang sawit di Sungai Tiram, Ulu Tiram, kira-kira 5 petang kelmarin. Polis turut menemui serpihan tulang selain pakaian milik remaja perempuan itu yang hilang dari tapak pembinaan berhampiran tempat kerja bapanya di pekan Seri Alam di Masai, selepas dihantar pulang teman lelakinya jam 2 pagi pada 14 Jun lalu. Ibu angkat Nurrahayu atau dikenali sebagai Ayu, Juliana Jumail, 35, berkata, dia tidak sangka anak kesayangan keluarganya itu ditimpa nasib malang apabila ditemui dalam keadaan menyayat hati, petang kelmarin. "Ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk membuat pengecaman mayat selepas dihubungi polis, kami bukan saja bimbang, malah sebak mengenangkan nasib Ayu. "Saya yakin mayat yang ditemui itu milik Ayu berdasarkan keadaan fizikalnya selain penyepit rambut bercorak bunga yang gemar dipakainya dijumpai di tempat kejadian," katanya. Juliana berkata, dia tidak sangka jenazah yang terbaring kaku di depan matanya adalah Ayu di mana pengecaman itu dilakukan berdasarkan keadaan fizikal gadis bertubuh kecil dan gemar memakai penyepit rambut. Gambar: UJI...bapa Ayu, Qomarodin Bajuri (berkopiah) hadir di HSA untuk ujian DNA. Malah, menurutnya, keluarga kandung Ayu juga diminta ke hospital untuk membuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA) berikutan penemuan mayat itu. "Sebelum kejadian, Ayu yang tinggal bersama saya di Taman Universiti di Skudai, berkelakuan pelik apabila menggosok baju sekolah dan mencuci kasut seolah-olah beria-ia hendak ke sekolah. "Saya berharap polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang bertindak kejam membunuh Ayu," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Roslan Zainuddin ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat dipercayai dibunuh dengan kesan kerat di badan dan dibakar di dua lokasi berbeza iaitu di Tanah Perkuburan Hindu Masai serta di ladang sawit berhampiran Sungai Tiram, Ulu Tiram. "Polis menjumpai serpihan tulang terbakar dan beberapa bukti termasuk baju, seluar, selipar dan penyepit rambut jam 5 petang kelmarin. "Hasil ujian DNA mendapati ia sepadan dengan mangsa. "Berikutan itu, polis menahan reman suspek utama iaitu seorang pengawal keselamatan berusia 46 tahun selama tujuh hari bermula kelmarin dan kes disiasat mengikut Sekyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan," katanya yang enggan mengulas sama ada gadis itu mangsa rogol. Pada 2 Julai lalu, akhbar ini melaporkan kehilangan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun hilang di satu tapak pembinaan di pekan Seri Alam, 14 Jun lalu, selepas dihantar pulang oleh teman lelakinya. Nurrahayu pada mulanya menjerit meminta teman lelakinya mengambilnya semula tetapi tidak dihiraukan lelaki terbabit. Ketika mendedahkan perkara itu, kakak mangsa, Wayaaliasanti, 19, berkata teman lelaki adiknya itu tidak mengendahkan rayuan Ayu supaya mengambilnya semula selepas meninggalkannya berhampiran tapak pembinaan. "Teman lelaki adik menurunkannya di depan pondok pengawal keselamatan tapak pembinaan terbabit," katanya. P/s: Sadis dan tragis! | ||
Posted: 04 Jul 2011 05:30 PM PDT Jaringan gol Mohd Aidil Zafuan semasa perlawanan Malaysia-Taiwan telah tersenarai antara 10 jaringan tercantik mingguan oleh laman sesawang 101greatgoals. Setakat ini jaringan itu berada di tempat ke-8 terbaik. 1. Rodolph Austin (assist Diego Guastavino) (Sarpsborg v Brann, June 27, 2011) 2. Monica Ocampo (Mexico v England, June 29, 2011) 3. Lee Trundle (Aalesund v Neath, June 30, 2011) 4. Andriy Yarmolenko (Dynamo Kiev v Astra Ploiesti, July 1, 2011) 5. Heather O'Reilly (United States v Colombia, July 2, 2011) 6. Darlington Nagbe (Sporting Kansas City v Portland Timbers, July 2, 2011) 7. Andy Najar (DC United v Philadelphia Union, July 2, 2011) 8. Mohd Aidil Zafuan (Taiwan v Malaysia, July 3, 2011) 9. Marta (Brazil v Norway, July 3, 2011) (pictured) 10. Jonas Svensson (Rosenborg vs Sarpsborg, July 3, 2011) Undi di sini. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan