Selasa, 5 Julai 2011

Ajijoi

Ajijoi


Bebaskan tahanan segera - Tuan Guru Haji Hadi Awang

Posted: 05 Jul 2011 09:36 AM PDT

Parti Islam SeMalaysia (PAS) mendesak kerajaan pimpinan UMNO-BN yang ada pada waktu ini agar tidak berselindung di sebalik pihak keselamatan untuk mengekalkan kuasa politik mereka, kononnya mereka sahajalah yang bertindak di atas matlamat menjaga keharmonian dalam negara kita ini. Provokasi demi provokasi yang ditimbulkan saban hari di media cetak arus perdana dan televisyen, untuk memberi gambaran bahawa perhimpunan aman Bersih 2.0 akan bertindak ganas dan sebagainya. Kami ingin memperingatkan mereka bahawa strategi kuno sebegini sudah lapuk dan tidak akan berjaya memenjarakan fikiran rakyat yang sudah merdeka pada zaman ini. Tangkapan demi tangkapan yang terus menerus dilakukan ke atas penyokong himpunan Bersih yang memakai baju berwarna kuning menunjukkan kegelabahan Barisan Nasional yang tidak bijaksana dan semakin tidak waras dalam menangani isu. Mereka semakin gelabah dengan kerosakan yang mereka lakukan terhadap negara, sehingga takut kepada bayang-bayang sendiri. Dengan ini PAS mendesak pihak yang berkenaan supaya membebaskan rakyat yang sudah menjadi mangsa di tahan akibat dari tindakan rakus kerajaan pimpinan BN ini.

.

Himpunan yang dibuat untuk mendesak dibersihkan pilihanraya yang kotor, disangka ianya himpunan untuk menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi. Perlulah diingat, sememangnya sudah sekian lama kami berusaha untuk menumbangkan Barisan Nasional yang melakukan kerosakan dalam negara, bukan lagi suatu yang rahsia. Tetapi Barisan Nasional berlagak seperti negara ini milik peribadi mereka, merasa kebal dan tidak sedia untuk kalah sehingga memperalatkan berbagai agensi kerajaan untuk kepentingan mereka.

.

Kerajaan Barisan Nasional sangat mundur amalan demokrasinya, berjiwa kecil, jauh mundur berbanding negara-negara maju yang membuka pintu demokrasi seadil-adilnya. Di Australia, seorang Perdana Menteri yang kalah dalam pemilihan partinya, sedia duduk dibawah Perdana Menteri yang baru dengan menjawat jawatan Menteri Luar sahaja. Ini kerana mereka meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan, bukannya jawatan untuk kepentingan dunia dan peribadi. Sebaliknya Barisan Nasional merasakan kerajaan ini milik mereka selama-lamanya, sehingga tidak sedia untuk kalah dan diganti dengan kerajaan yang baru.

.

Kita mengingatkan kepada  Barisan Nasional, sebelum terlambat, sedia berundur secara terhormat, sebelum jatuh dalam kehinaan. Bebaskan SPR dan jabatan-jabatan kerajaan daripada diseleweng oleh mereka. Pulangkan hak memilih seadilnya kepada rakyat, dan PAS untuk menyokong sebarang usaha memulihkan demokrasi dan menggunakan pilihanraya untuk mendapatkan kuasa pemerintahan.

.

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden PAS


Surat Dari YAB al-Mursyidul Am PAS kepada KDYMM Yang Dipertuan Agong

Posted: 05 Jul 2011 09:34 AM PDT

Mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj


Bismillahir Rahmanir Rahim.


Sukalah patik ingin memaklumkan kepada pihak Tuanku bahawa patik sedang berada di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah untuk mengerjakan umrah dan Insya-Allah dijadualkan akan pulang ke tanah air pada 10 Julai 2011. Patik di sini mendoakan agar KDYMM Tuanku serta Permaisuri sentiasa dilimpahi keberkatan yang berpanjangan daripada Allah SWT.


Patik mendengar khabar berita bahawa pihak Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah diberi ampuni untuk mengadap KDYMM Tuanku pada pagi ini dan menyembahkan tuntutan-tuntutan ke arah memastikan perjalanan pilihanraya yang lebih bersih dan terjamin ketelusannya. Patik juga dimaklumkan bahawa pihak penganjur telah dinasihatkan agar tidak mengadakan perarakan di tempat terbuka dan memindahkannya di tempat yang tertutup seperti stadium bagi menjamin perjalanan yang aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam.


Justeru, patik ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas keprihatinan KDYMM Tuanku terhadap kehendak rakyat untuk merasai keadilan melalui sistem demokrasi yang telah dijamin di dalam perlembagaan Malaysia. Sukalah patik mempersembahkan pendirian patik bahawa sebarang pertukaran kepimpinan negara di bawah sistem pilihanraya yang adil tidak akan mendatangkan huruhara sama sekali seperti yang berlaku di negara-negara lain seperti Jepun dan terkini negara jiran iaitu Thailand.


Sekali lagi tahniah dan junjung kasih berpanjangan dari patik. Semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri terus dilindungi Allah SWT dan terus berperanan sebagai payung yang menaungi seluruh rakyat jelata. 


Sesungguhnya KDYMM Tuanku adalah umpama ibubapa tempat rakyat yang terdiri dari pelbagai kefahaman politik mengadu keluh kesah.  Di bawah naungan Kaabah, patik dengan penuh rasa kasih dan sayang berdoa semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri dilimpahi rahmat oleh Allah SWT.

 

 

Patik yang menjunjung kasih,

 

YANG AMAT  BERHORMAT DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Al-Mursyidul Am

Parti Islam Semalaysia (PAS).

 


Stadium pun stadiumlah, asalkan berhimpun

Posted: 05 Jul 2011 12:50 AM PDT

BERSIH 2.0 setuju berdemo di stadium

Setelah mengadap Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong hari ini, BERSIH 2.0 bersedia mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil di dalam stadium.

Bagaimanapun setakat ini belum ditentukan stadium mana yang akan digunakan tetapi tarikh pada 9 Julai ini tidak berubah.

NONEJawatankuasa itu yang terdiri daripada pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin mengadap Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, petang tadi.

Menurut Ambiga, pada sidang media selepas pertemuan itu, pihak jawatankuasa BERSIH 2.0 berjanji memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.

Ditanya wartawan sama ada tindakan itu satu bentuk tolak ansur, Ambiga menjawap 'Ya".

Sebelum ini, sumber yang rapat dengan pihak penganjur, memberitahuMalaysiakini tidak ada ahli politik yang menyertai pertemuan berkenaan.

Sejak jam 1.30 petang, ketiga-tiga pemimpin itu menunggu di pondok pengawal menanti untuk masuk sebelum dibenarkan berbuat demikian pada jam 1.55 petang tadi.

NONEKira-kira 15 anggota polis bertugas mengawal keselamatan di pintu masuk Istana negara.

Ahad lalu, Seri Paduka bertitah dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, mereka diminta supaya tidak menjadikan tuntutan demokrasi itu membawa kemusnahan kepada negara.

Tuanku Mizan juga menyeru pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.

Titah Seri Paduka, baginda selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Sehubungan dengan titah itu, Ambiga berkata gabungan BERSIH 2.0 yang terdiri daripada lebih 60 NGO, akan menghantar permohonan untuk mengadap Seri Paduka.


Bom petrol pulak dah!

Posted: 04 Jul 2011 11:23 PM PDT

Disaat ketegangan isu Perhimpunan Bersih 2.0 mulai kelihatan  reda dengan titah ucapan SPBD Agung, kini dihangatkan kembali dengan kes penemuan bom petrol dan senjata bersama-sama baju t Bersih.

Lebih menarik lagi apabila unsur komunis turut dikaitkan. Unsur komunis adalah label yang dilekatkan kepada agenda perhimpunan Bersih sejak awal lagi. Dan ianya seakan-akan dirancang untuk meneruskan kempen memburuk-burukkan kumpulan Bersih.

Biarpun ianya hanyalah rekaan pihak-pihak tertentu ataupun benar-benar berlaku, seperkara yang pasti, hak rakyat untuk menuntut pilihanraya adil dan bersih jangan dinodai.

image.jpeg

Rampasan bom petrol, polis kaitkan dengan BERSIH

Polis merampas 20 bilah parang, 36 botol bom petrol dan sejumlah bebola besi dalam serbuan di belakang tokong Cina di Batu 14, Jalan Gombak Lama dekat Shah Alam, malam semalam.

NONEUtusan Malaysia Onlinedalam laporannya menyebut rampasan itu disyaki berkaitan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Sabtu ini.

Akhbar milik Umno itu juga memetik Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Hamzah berkata, taktik digunakan oleh mereka terlibat sama dengan golongan komunis semasa zaman darurat.

Dalam serbuan itu, polis turut menemui 44 baju T berlambang BERSIH 2.0 dan sejumlah lilitan kepala berwarna merah serta kuning yang semuanya disimpan di dalam lima buah beg pakaian dan dua beg plastik.

NONESabtu lalu ahli parlimen Sungai Siput Dr D Michael Jeyakumar dan lima anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditangkap semula di bawah Ordinan Darurat (EO).

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakarberkata penahanan itu adalah kerana mengikut maklumat awal, mereka dikatakan terbabit dengan pihak dari luar negara dan telah diresapi anasir subversif.

Bersih jumpa Agong hari ini

Posted: 04 Jul 2011 06:52 PM PDT

Gabungan lebih 60 NGO yang membentuk Bersih akan mengadakan sesi pertemuan dengan Yang DiPertuan Agong hari ini.

Pertemuan yang tercetus daripada titah ucapan SPBD Agong tempoh hari akan memberikan akses yang lebih luas buat Bersih mengemukakan 8 tuntutan terhadap SPR kehadapan Agong.

Bukan itu sahaja, bukti-bukti penyelewengan SPR yang tidak menjalankan pilihanraya secara adil dan saksama juga akan dikemukakan nanti kebawah duli Tuanku.

Semoga pertemuan tersebut dapat memberikan keadilan yang sewajarnya kepada rakyat dinegara ini.

Pertemuan ini juga dilihat sebagai pemutus samada rakyat akan meneruskan perhimpunan Bersih 2.0 seperti yang dirancangkan ataupun tidak. Rakyat masih mengharapkan perhimpunan aman itu akan menjadi kenyataan.

Tiada ulasan: