DUNIACACAMARBA |
- Berhenti Jadi Pegawai Bank kerana Mahu jadi Bomoh di Afrika
- Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Mengenai Perhimpunan BERSIH 9 Julai
- Lelaki Mabuk Gigit Cuping Telinga Isteri Hingga Putus
- 2 Profesor AS yang Dakwa 99.99% Pelaku Video Seiras DSAI MEMBISU!
- [Wajib Baca] A Samad: Kekejaman Mempunyai Tarikh Lupusnya!
- Kerana Cinta Tidak Berbalas, Lelaki Amuk di Rumah Bekas Teman Wanita
- Demi Keadilan, Pak Samad Diugut & Ditohmah
- [Wajib Baca] UMCO dan Komunis
Berhenti Jadi Pegawai Bank kerana Mahu jadi Bomoh di Afrika Posted: 03 Jul 2011 07:30 AM PDT
Seorang pegawai bank Britain, Thomas Heathfield (gambar) sanggup meletakkan jawatan di sebuah bank untuk menjadi bomoh selepas dia menjalani latihan tiga bulan bersama beberapa pakar di sebuah desa di pedalaman Afrika Selatan, lapor sebuah akhbar semalam. Heathfield, 32, menari tarian tradisi suku kaum tempatan setiap malam pada pukul 2.30 pagi dan memuntahkan darah kambing untuk lulus latihan perbomohan tersebut. Dia juga perlu tidur di dalam semak, memakai jubah tradisional dan memburu bahagian badan haiwan yang disembunyikan penduduk tempatan. Setelah menamatkan ujiannya, Heathfield diiktiraf sebagai bomoh atau sangoma di Afrika Selatan dan dia turut diberi nama tempatan, Gogo Mndawe dalam satu upacara pada minggu ini. "Sukar untuk saya mempercayainya tetapi saya akhirnya selesai menjalani latihan ini," kata Heathfield. Ibu bapanya yang tinggal di Berkshire, England turut menghadiri upacara tersebut. Menurut lelaki itu, dia rela melalui proses sukar untuk menjadi bomoh kerana mahu mengubah nasib malangnya sejak sedekad lalu termasuk ditinggalkan oleh beberapa teman wanitanya. P/s; Macam-macam! | ||||
Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Mengenai Perhimpunan BERSIH 9 Julai Posted: 03 Jul 2011 07:29 AM PDT Saya petik:
P/s: Alahai UMCO! | ||||
Lelaki Mabuk Gigit Cuping Telinga Isteri Hingga Putus Posted: 03 Jul 2011 06:45 AM PDT Seorang wanita yang kehilangan cuping telinganya selepas digigit oleh suaminya yang berada dalam keadaan mabuk. Bukan sahaja mengigit sehingga putus cuping telinga isterinya, lelaki mabuk itu turut menelan cuping telinga tersebut. Menurut Times of India, lelaki itu, Nagaraj Reddy menarik isterinya, Roopa sebelum mengigit telinga isterinya yang ketika itu baru masuk tidur. Sebelum itu, pasangan suami isteri ini bergaduh kerana Nagaraj mengabaikan kebajikan keluarga. Sewaktu jiran bergegas membawa Roopa ke hospital, Nagaraj menghilangkan diri. Menurut polis, lelaki itu masih bebas. P/s: Gila! Semuanya gara-gara mabuk! | ||||
2 Profesor AS yang Dakwa 99.99% Pelaku Video Seiras DSAI MEMBISU! Posted: 03 Jul 2011 05:21 AM PDT Saya petik:
P/s: Kantoi!!! | ||||
[Wajib Baca] A Samad: Kekejaman Mempunyai Tarikh Lupusnya! Posted: 03 Jul 2011 01:00 AM PDT Saya petik: [MR] Perkembangaan senario politik terkini sesungguhnya sesuatu yang agak merunsingkan buat seniman dan karyawan, namun sasterawan negara A Samad Said tetap tidak berganjak langkah dari pendiriannya ketika berdepan dengan kuasa pemerintah. Sambil bersikap sinis terhadap kerajaan yang "takut dengan warna", A Samad Said menyuntik semangat dengan peringatan bahawa "kekejaman mempunyai tarikh lupusnya!" | ||||
Kerana Cinta Tidak Berbalas, Lelaki Amuk di Rumah Bekas Teman Wanita Posted: 02 Jul 2011 11:28 PM PDT Saya petik:
| ||||
Demi Keadilan, Pak Samad Diugut & Ditohmah Posted: 02 Jul 2011 09:18 PM PDT Pak Samad orangnya lemah lembut, tidak sombong. Tutur katanya juga lembut. Namun, ketegasannya mempertahankan pendirian terlalu keras, lebih keras daripada batu dan besi. Semasa mempertahankan maruah bahasa kebangsaan semasa pelaksanaan PPSMI, beliau ke depan menghadapi gas pemedih mata pasukan keselamatan. Berapa banyak tokoh bahasa dan sastera yang terlibat dan menentang PPSMI secara terang-terangan? Baru-baru ini tokoh sastera yang baru menerima anugerah sastera tertinggi negara membidas Pak Samad kerana terlibat dengan BERSIH yang konon baginya sebuah perhimpunan yang mempromosikan keganasan. Bagi saya jika beliau tidak berani atau mendengar sumber maklumat daripada sebelah pihak sahaja, lebih baik berdiam diri daripada membidas orang! Hari ini anak muda yang menyokong UMCO dengan biadap/kurang ajar mengugut dan mentohmah Pak Samad. Ada yang mencadangkan agar gelaran Datuk dan gelaran Sasterawan Negaranya ditarik semula, ada yang mencadangkan agar karyanya tidak diguna pakai oleh Kementerian Pelajaran sebagai teks KOMSAS, ada yang menggelarkannya musang berjanggut, biawak hidup (lihat petikan blog exco Pemuda UMCO/Pengerusi Unit Media di atas).Karyanya dikaitkan dengan tokoh Freemason. Apalah bingainya jurublog UMCO apabila menuduh karya Pak Samad dipengaruhi pemikiran tokoh Freemason hanya semata-mata apabila Pak Samad mengingatkan kita peristiwa Sam Adams menentang cukai yang dikenakan oleh Parlimen Britain terhadap orang Amerika. Sebagai tokoh yang begitu tinggi jati dirinya, saya tidak fikir Pak Samad gentar dengan segala ugutan dan tohmahan itu. Apalah sangat dengan gelaran yang diberikan dengan nilai keadilan yang diimpikan. Tanpa gelaran Sasterawan Negara atau Datuk, Pak Samad tetap tokoh sastera terunggul dan bermaruah di negara ini! P/s: Saya salut Pak Samad! Saya salut tokoh bahasa dan sastera yang tidak hipokrit dan bermuka-muka! | ||||
Posted: 02 Jul 2011 05:30 PM PDT Saya petik: Komentar RoketKini
P/s: Siapa yang berkawan dengan komunis? |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan