Ahad, 3 Julai 2011

Ajijoi

Ajijoi


Ahli Parlimen ditangkap kerana gotong-royong 'Negara Bersih, Rakyat Bertuah'

Posted: 02 Jul 2011 11:21 PM PDT

MP Bakri Teck Hwa dan 5 lagi ditangkap

Ahli parlimen DAP Bakri, Er Teck Hwa; pemimpin Pemuda DAP Johor Tan Hong Ping dan empat yang lain ditahan dan dibawa ke balai polis Taman Pelangi, Kuala Lumpur, dalam satu lagi episod tindakan polis terhadap sebarang aktiviti 'BERSIH'.

johor dap arrested by police bersih 030711 01Bagaimanapun, ketika dihubungi, Er menafikan kehadiran mereka di 
pasar Taman Pelangi pagi ini ada kena mengena dengan perhimpunan BERSIH 2.0 YANG dirancang pada 9 Julai.

Er berkata beliau dan Tan hanya menjalankan kempen kebersihan 'gotong-royong' dengan tema "Negara Bersih, Rakyat bertuah".

"Saya fikir pihak polis terlalu sensitif. Tema kami adalah Negara Bersih, Rakyat Bertuah, tetapi mereka tidak mahu menerima penjelasan mengenainya," kata pemimpin DAP itu.

johor dap arrested by police bersih 030711 02Baju kuning yang mereka pakai juga direkabentuk berbeza dari baju-T 
BERSIH yang sehingga ini menyebabkan lebih 100 aktivis politik dan sosial ditahan minggu lalu.

"Kami juga menyebut bahawa kempen itu tidak berkaitan dengan perhimpunan BERSIH di Kuala Lumpur pada 9 Julai," kata Er, tetapi ia tidak dapat menyakinkan 20 anggota polis yang tiba di pasar itu sejurus selepas mengetahui tentang aktiviti kumpulan tersebut.


-malaysiakini

Perintah Mahkamah diguna untuk sekat Solat Munajat

Posted: 02 Jul 2011 08:36 PM PDT


Simpang,Taiping,2 Julai- ASP Ridhuan menyerah notis perintah Mahkamah Majistret Taiping kepada Ustaz Akmal Kamaruddin supaya tidak mengadakan munajat dan ceramah 4 Julai ini, di Bukit Gantang.

Sebagai responden pertama Ustaz Akmal Kamaruddin menerima perintah mahkamah bagi pihak penceramah lain.

Dalam pada itu Ustaz Akmal Kamaruddin menyatakan ceramah dan munajat tetap diteruskan.

sumber: sisi bukit

Najib ditipu atau menipu di Kelantan?

Posted: 02 Jul 2011 07:39 PM PDT


'Anak Jantan' yang bernama Najib Razak membuktikan kejantanannya apabila membawa isteri ke rumah orang tatkala tuan rumahnya tiada. Dan lebih jantan lagi apabila memburuk-burukkan tuan rumah tersebut sambil menjanjikan sesuatu yang bukan diidamkan ramai jika tuan rumah tersebut berjaya dihalau keluar.

Lebih menarik lagi, samada beliau telah ditipu ataupun memang tabiatnya suka menipu, membuat kenyataan yang ternyata daripada maklumat yang bukan sahaja tidak tepat tetapi salah. Amat memalukan dizaman teknologi canggih hari ini, maklumat hanya dihujung jari.

Dan tuan rumah yang dimaksudkan diatas adalah Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang telah berangkat menunaikan ibadah umrah.

Berikut adalah penjelasan daripada Dato' Haji Husam Musa mengenai:-

TAPAK STESYEN TEKSI PASIR PUTEH TIDAK PERNAH DIJUAL: PM SALAH MAKLUMAT

Saya merujuk kepada kenyataan YAB Perdana Menteri Malaysia di Pasir Puteh pagi ini.

Saya selaku anggota Kerajaan Negeri terkejut dengan dakwaan YAB Perdana Menteri bahawa tapak stesyen teksi Pasir Puteh yang beroperasi sekarang telah dijual oleh PKINK. Selain itu, kenyataan beliau juga menyebut tapak itu telah dirampas oleh Kerajaan Negeri melalui PKINK.

Kenyataan Perdana Menteri tersebut tidak berasas sama sekali.

PKINK pada sebarang masa tidak pernah menjual tapak berkenaan, bahkan disediakan percuma untuk perkhidmatan teksi di Pasir Puteh. Walaupun sebelum ini, PKINK mengenakan sedikit bayaran ke atas persatuan pemandu teksi Pasir Puteh, tetapi kini, bagi tujuan kebajikan ahli persatuan tersebut, PKINK tidak mengenakan sebarang bayaran.

Apa yang berlaku ialah ada pihak tertentu pernah memohon untuk membeli tapak berkenaan bagi kemudiannya diserahkan kepada pihak lain untuk dimajukan tetapi permohonan tersebut telah ditolak oleh PKINK bagi mengekalkan kedudukan tapak teksi tersebut.

YAB Perdana Menteri atau sesiapa sahaja boleh menunjukkan bukti atas dakwaan mereka. Sudah tentu Perdana Menteri tidak mampu berbuat demikian kerana isu ini adalah modal atas angin semata-mata.

Selaku rakyat Malaysia, saya merasa malu atas salah maklumat yang disampaikan kepada pemimpin terpenting negara ini sehingga YAB Perdana Menteri menyebut sesuatu yang tidak berasas dalam ucapan beliau.

Saya menggesa agar Perdana Menteri menyemak pihak yang telah memberikan maklumat tidak bertapis seperti itu bagi mengelakkan kenyataan yang sama berulang, yang boleh menjejaskan kredibiliti beliau.

Selain itu, ia juga menunjukkan Barisan Nasional tidak mempunyai isu besar yang boleh dibangkitkan sehingga maklumat tidak berasas pun terpaksa dijadikan modal.

Saya yakin, jika Perdana Menteri sanggup menggunakan maklumat atas angin seperti itu, tentulah dalam isu yang lain juga beliau mudah membeli maklumat bakul sampah, termasuk dalam isu himpunan menuntut pilihanraya yang bersih dan adil pada 9 julai ini.

Isu yang lebih besar seperti rampasan wang royalti minyak Kelantan tidak pula disebut. Isu-isu janji pilihanraya Pengkalan Pasir, Manek Urai dan Galas yang belum selesai juga tidak disebutkan.

Saya yakin Kerajaan Negeri bersedia memberikan tapak berkenaan untuk dimajukan dengan kemudahan yang lebih baik jika kerajaan pusat serius untuk memajukannya.

Mengenai kononnya majlis Perdana Menteri di Pasir Puteh dihadiri oleh puluhan ribu rakyat jelata, amat malang kerana lawatan yang penting seperti itu hanya dimeriahkan oleh kerahan paksa pelajar sekolah dan kakitangan kerajaan. Buktinya, semuanya 'dipakaikan' baju merah yang dibekalkan terlebih dahulu. Tidak ada tanda kedatangan sukarela atas pilihan sendiri tetapi datang 'berjemput' siap 'beruniform'.

Lebih menggelikan hati bila bangunan rasmi pejabat kerajaan persekutuan di Wisma Persekutuan telah 'ditawan' oleh Barisan Nasional dengan dipenuhi oleh bendera parti itu.

Ternyata, kedatangan Perdana Menteri telah mencemarkan lagi konsep pemisahan antara parti dan kerajaan dan jika inilah sikap BN yang terus menggunakan premis, harta dan jentera kerajaan untuk kepentingan parti mereka tanpa segan silu, ia perlu terus ditolak oleh rakyat yang cintakan amalan politik yang telus, bersih, amanah dan amalan politik kepartian yang melampau.

Sekian, terima kasih.

Dato' Haji Husam Musa

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan

Naib Presiden , Parti Islam SeMalaysia (PAS)

1 Sya'aban 1432

2 Julai 2011

nota : sebahagian kenyataan di atas adalah maklumbalas kepada laporan berikut;-

02 Julai, 2011 14:28 PM

PM Janji Beri Pejabat Baru Untuk Persatuan Kereta Sewa Pasir Puteh

PASIR PUTEH, 2 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji akan menyediakan pejabat baru kepada Persatuan Pemandu Teksi Jajahan Pasir Puteh setelah kerajaan PAS Kelantan merampas tapak perhentian teksi di bandar Pasir Puteh itu dan menjualnya kepada sebuah syarikat swasta.

Beliau berkata kerajaan pusat akan mencari lokasi baru yang sesuai untuk dijadikan tapak perhentian teksi di dalam bandar Pasir Puteh.

Beliau juga meluahkan rasa kesal terhadap tindakan kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) yang memutuskan untuk menjual tapak perhentian teksi di Pasar Lama Pasir Puteh setelah lebih 20 tahun perhentian itu beroperasi.

"Insya-Allah kita akan bantu dirikan pejabat baru," katanya ketika berucap selepas melakukan tinjauan mesra di sini termasuk bertemu dengan Persatuan Pemandu Kereta Sewa Jajahan Pasir Puteh hari ini.

Selain pertemuan dengan Persatuan Kereta Pemandu Sewa, Najib yang dalam lawatan sehari ke Kelantan, turut melawat Pasar Lama Pasir Puteh dan bertemu para peniaga kaum Tionghua di pasar itu dengan meluangkan masa selama setengah jam selepas menghadiri taklimat Umno Bahagian Pasir Puteh selama 45 minit.

Seramai 2,000 rakyat mengambil kesempatan bertemu dengan Perdana Menteri dalam tinjauan mesra itu yang turut dihadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Perdana Menteri juga kesal kerana kerajaan negeri tidak menghormati perjanjian yang telah dibuat berhubung pemberian tapak perhentian teksi itu.

Beliau berkata seharusnya bagi sebuah kerajaan yang mengamalkan konsep demokrasi yang sebenar, kerajaan PAS Kelantan harus menghormati pemberian tanah perhentian teksi itu sewaktu pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Katanya perhentian teksi itu telah diberikan kepada persatuan berkenaan sewaktu pemerintahan BN di Kelantan oleh Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan, Tan Sri Hussein Ahmad.

Beliau berkata sewaktu pemerintahan BN, pemindahan hak milik tidak sempat dibuat kepada persatuan teksi berkenaan kerana kerajaan PAS Kelantan mengambil alih pentadbiran negeri pada tahun 1990 dan tidak mengiktiraf penyerahan hak milik itu.

Ia menyebabkan tanah itu menjadi hak milik kerajaan negeri dan diserahkan kepada PKINK untuk dijual dengan harga RM150,000.

-- BERNAMA

Majlis Israk Mikraj dan Ramah Mesra Tuan Guru Nik Aziz di Dubai

Posted: 02 Jul 2011 06:35 PM PDT

DUBAI (1 Julai 2011): Gambar-gambar yang dipetik daripada Facebook Tuan Guru Nik Abdul Aziz semasa Majlis Israk Mikraj dan Ramah Mesra bersama komuniti rakyat Malaysia di Dubai.

Juadah masakan Malaysia disediakan tuan rumah. Ustaz Lah dan YB Ust Nik Amar turut serta

Hidangan nasi arab, Nasi Mandy

Sdr Mohd Hasnol, penyelaras program sedang memperkatakan sesuatu kepada Tuan Guru Nik Aziz

Anak kecil, Ezzuddeen Bin Rusdy Abu Bakar diusap kepalanya oleh Tuan Guru

Pegang Tok Guru bersama dengan doanya, Allah hummar zuk hu fah maa, wall il maa wall ak'laa wall hik maa (anak lelaki) & Allah hummar zuk haal fah maa, wall il maa wall ak'laa wall hik maa (anak perempuan)

Penuh sesak ruang tamu


Ucapan aluan daripada Sdr Mohd Hasnol

Ust Nasaruddin Daud

Wajah tenang seorang ulama'

Tok Guru menyampaikan ucapan

Penghayatan Tuan Guru Nik Aziz didalam ucapannya mengenai Israk Mikraj

Bersih dimana-mana, Dubai tidak terkecuali

Doa Tok Guru

Majlis yang dipenuhi dengan barakah ini bukan hanya dikalangan orang-orang Islam sahaja, yang bukan Islam juga turut serta meraikan kehadiran Tuan Guru Nik Aziz

Tiada ulasan: