DUNIACACAMARBA |
- Atlet Angkat Berat AS Berjaya Pertahan Hak Pakai Hijab Ketika Bertanding
- Demo Perkasa-UMCO di KOMTAR, Awek Indon Mana Mereka Upah?
- Semakin Terdesak, Putrajaya Isytihar BERSIH Haram
- Selepas Majlis Fatwa, Mimbar Masjid Digunakan untuk Fitnah BERSIH 2.0
- Ingat Pak Ustazz Cabul Budak Bawah Umur di Bilik Mandi? Cerita Susulan di Sini
- SKMM "Ugut" Mahu Tutup Laman Sesawang/Blog Promosi BERSIH 2.0
- Kabinet Tidak Benarkan Astro Naik Tarif Jika...
- Remaja Sering Ponteng Sekolah Hamil 7 Minggu
- Suami Belasah, Tikam Isteri
- Suami Lacurkan Isteri
Atlet Angkat Berat AS Berjaya Pertahan Hak Pakai Hijab Ketika Bertanding Posted: 02 Jul 2011 07:00 AM PDT Atlet angkat berat AS, Kulsoom Abdullah berjaya mempertahankan haknya memakai hijab ketika bertanding. Selepas sekian lama berkempen untuk mengubah peraturan pemakaian atlet, Federasi Angkat Berat Antarabangsa (IWF) meluluskan panduan baru yang membenarkan wanita menutup tangan dan kaki mereka. Peraturan baru juga membenarkan atlet memakai pakaian "one-piece" yang menutup aurat. Kulsoom berusia 35 tahun yang merupakan pemegang ijazah PhD dalam Kejuruteraan Komputer telah meminta Jawatankuasa Olimpik AS dan Persatuan Angkat Berat AS membuat perubahan pada undang-undang pemakaian atlet yang sebelum ini tidak membenarkan atlet Muslim menutup aurat. Dilahirkan di AS oleh ibu bapa yang berketurunan Pakistan, Kulsoom bertanding dalam acara wanita senior dengan kelas berat 48kg dan 53kg. Kulsoom sebelum ini dilarang bertanding kerana melanggari peraturan pemakaian atlet yang telah ditetapkan. P/s: Kita juga mengharapkan peraturan pemakaian atlet dilonggarkan untuk sukan yang lain. Misalnya, pasukan bola sepak remaja Iran baru-baru ini dilarang bertanding kerana enggan membuka aurat. Atlet seharusnya dibenarkan memakai pakaian yang bersesuaian dengan kehendak agama mereka. | ||
Demo Perkasa-UMCO di KOMTAR, Awek Indon Mana Mereka Upah? Posted: 02 Jul 2011 06:19 AM PDT Demo PERKASA-UMCO di KOMTAR dilaporkan oleh Utusan dihadiri kira-kira 1500 orang. Kalau anda baca di blog pro-UMCO jumlahnya meningkat kepada 3000 orang. Manakala Malaysia Kini hanya menganggarkan sekitar 300 orang saja berdemo. Demo itu diadakan selepas solat Jumaat (1/7). Di balik menguar-uarkan perhimpunan BERSIH menggugat ketenteraman awam, demo yang kononnya diadakan untuk membantah kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dan BERSIH dibiarkan sahaja oleh pihak polis. Mereka berarak dari Masjid Kapitan Keling menuju ke KOMTAR yang menempatkan pejabat Ketua Menteri Lim Guan Eng. Untuk mengaburi mata rakyat, beberapa pemimpin demo ditahan polis termasuklah Katak Sesumpah Ezam. Yang menariknya, beberapa blog mengulas penglibatan warga asing dalam demo tersebut. Antaranya termasuklah awek yang dipercayai warga Indon di atas. Yang malangnya, awek yang tidak menutup aurat itu dipakaikan lilit kepala dengan tulisan kalimah suci. P/s: Demi kelangsungan politik UMCO, agama pun sanggup dicemari oleh penganjur demo. | ||
Semakin Terdesak, Putrajaya Isytihar BERSIH Haram Posted: 02 Jul 2011 05:39 AM PDT Saya petik: [TMI] KUALA LUMPUR, 2 Julai – Putrajaya hari ini mengisytiharkan Bersih sebagai sebuah pertubuhan haram - seminggu sebelum ia merancang untuk menganjurkan Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara menuntut pembaharuan sistem pilihan raya. P/s: Berlawan dengan orang dayus, inilah impaknya. | ||
Selepas Majlis Fatwa, Mimbar Masjid Digunakan untuk Fitnah BERSIH 2.0 Posted: 02 Jul 2011 05:29 AM PDT Dua-tiga hari lalu, Pengerusi Jawantankuasa Fatwa Kebangsaan mengeluarkan kenyataan menasihati umat Islam agar tidak menyertai BERSIH 2.0 atas alasan perhimpunan aman itu akan mencetuskan huru-hara dan memecahbelahkan masyarakat. Semalam, kempen anti-BERSIH Kerajaan BN tampaknya sudah naik ke mimbar masjid apabila khutbah Jumaat yang disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melarang umat Islam hadir berdemonstrasi pada 9 Julai ini lapor Malaysia Kini. Dengan menggunakan label yang keras seperti pengkhianat dan pelampau terhadap penganjur dan pesertanya, khutbah masjid-masjid di Kuala Lumpur dan Putrajaya mendakwa perhimpunan BERSIH haram diikuti umat Islam kerana boleh "mencampakkan manusia dalam kebinasaan". Dalam khutbah itu, penganjurnya Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) juga didakwa memperjuangkan kepentingan individu atau fahaman tertentu tanpa mengambil kira sensitiviti dan kepentingan awam. "Dalam usaha mencapai matlamat perjuangan, golongan ini akan melakukan demonstrasi jalanan, perhimpunan haram, mereka berarak ke hulu-hilir, berkumpul untuk bertindak ganas, merosakkan harta awam, melanggar undang-undang negara malah sanggup mencederakan pasukan keselamatan," khutbah itu dipetik. Paling malang, menurut khutbah JAKIM, golongan itu berlindung atas nama hak asasi manusia serta menggunakan media dan internet untuk menekan dan mengugut pemerintah dalam memenuhi tuntutan melalui peniruan keganasan di negara asing. Khutbah berjudul "Memelihara Nikmat Keamanan" itu juga membayangkan pelbagai insiden buruk yang akan berlaku antaranya sehingga boleh mengakibatkan berlaku pertumpahan darah. "Mimbar ingin menegaskan bahawa sebarang bentuk perhimpunan besar yang berasaskan protes tertentu kebiasaannya akan mencetuskan pelbagai insiden yang buruk," khutbah itu dipetik. "Tidak kurang juga akan berlaku pertembungan antara dua pihak yang bertentangan dan akan mencetuskan lebih banyak perbalahan serta konflik yang akhirnya mengakibatkan berlaku pertumpahan darah." Khutbah JAKIM dibuat khas untuk empat masjid utama di Wilayah Persekutuan iaitu Masjid Negara, Masjid Putrajaya, Masjid Jalan Duta dan Masjid KLCC. Di negeri lain, imam mempunyai pilihan sama ada memilih khutbah Jakim atau yang disediakan jabatan agama negeri-negeri. Yang lawaknya, media arus perdana hari ini melaporkan perihal khutbah itu seolah-olah lahir daripada kesedaran katib tanpa menyentuh bahawa skrip khutbah itu disediakan oleh JAKIM. Setiap petikan daripada khutbah itu dirujuk dengan menulis "khatib mengingatkan", "khatib menegaskan" dan sebagainya untuk mempengaruhi pembaca. | ||
Ingat Pak Ustazz Cabul Budak Bawah Umur di Bilik Mandi? Cerita Susulan di Sini Posted: 02 Jul 2011 03:29 AM PDT Saya petik:
| ||
SKMM "Ugut" Mahu Tutup Laman Sesawang/Blog Promosi BERSIH 2.0 Posted: 01 Jul 2011 11:52 PM PDT
Laman sesawang/blog yang mempromisikan BERSIH 2.0 berisiko ditutup oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimemedia. Hal ini dinyatakan oleh Ketua Srateginya Datuk Mohamed Sharil dalam suatu kenyataan kepada media. Klik gambar untuk baca seterusnya kenyataan berat sebelah SKMM. P/s: Baru-baru ini beberapa blog pro-UMCO menyiarkan klip video lucah, satu pun tidak dikenakan tindakan walaupun laporan telah dibuat. Blog-blog yang sama juga sering menyiarkan artikel berbentuk hasutan, namun tiada juga tindakan diambil terhadap pemilik blog. Sekarang SKMM mahu menutup laman yang mempromosi BERSIH yang diadakan untuk menuntut suatu pilihan raya yang bersih. Silakan!!! Biar 1dunia tahu demokrasi ala UMCO/BN di bumi Malaysia ini!!! | ||
Kabinet Tidak Benarkan Astro Naik Tarif Jika... Posted: 01 Jul 2011 09:00 PM PDT Saya petik:
P/s: Adakah ini wayang semata-mata? Kata Rais Astro tidak dibenarkan menaikan tarif TANPA mendapat persetujuan SKMM. Jika dalam seminggu atau sebulan akan datang SKMM meluluskan kenaikan tarif itu, maka kenaikan yang hangat diperkatakan ini akan menjadi kenyataan. | ||
Remaja Sering Ponteng Sekolah Hamil 7 Minggu Posted: 01 Jul 2011 07:22 PM PDT
Saya petik: [HM] AMPANG: Punca seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang sering ponteng sekolah akhirnya terbongkar apabila bapanya mendapati dia mengandung tujuh minggu dipercayai dirogol teman lelakinya sebaik membuat pemeriksaan di sebuah klinik pada 22 Jun lalu. Sumber berkata, sewaktu mangsa bersekolah di tingkatan satu, suspek bertindak berani apabila melarikan mangsa selama tiga hari sebelum dia berjaya dijumpai sebaik anggota polis membuat pemeriksaan di sebuah apartmen di Taman Melati. Sementara itu, Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan. | ||
Posted: 01 Jul 2011 06:31 PM PDT
Saya petik: [HM] AMPANG: Hanya kerana bengang isteri tidak mahu tinggal bersama, seorang lelaki berusia lewat 30-an menikam isterinya beberapa kali dengan pisau kecil selain menumbuk leher wanita terbabit, kelmarin. | ||
Posted: 01 Jul 2011 05:25 PM PDT Saya petik:
P/s: Memang durjana! |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan