ALHUSSEYN |
Haram provokasi Demonstrasi aman! Posted: 01 Jul 2011 07:06 PM PDT Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui khutbah Jumaat yang dikeluarkannya kelmarin telah melarang umat Islam hadir berdemonstrasi pada 9 Julai ini. "Golongan ini akan melakukan demonstrasi jalanan, perhimpunan haram, mereka berarak ke hulu-hilir, berkumpul untuk bertindak ganas, merosakkan harta awam, melanggar undang-undang negara malah sanggup mencederakan pasukan keselamatan," khutbah itu dipetik di sini Begitulah pandangan Jakim yang memang menjadi kuda tunggangan Umno/BN. Jakim sanggup bersekongkol dengan penentang BERSIH yang kononnya demonstrasi BERSIH dikendalikan oleh komunis dan Kristian. Sedarlah kamu wahai Jakim dan mereka yang memihak Umno/BN tentang amaran Allah - Jangan kamu cenderung kepada mereka yang zalim, kelak kamu disambar api neraka! Oleh itu sila ikuti petikan ceramah Dr Zaharuddin di Bdr Baru Bangi bertajuk Demonstrasi menurut al-Quran dan al-Sunnah al-Sahihah. |
Polis terpaksa lepaskan Ketua Penerangan PAS Dungun yang ditangkap tanpa alasan Posted: 01 Jul 2011 04:33 PM PDT Ustaz Sheikh Hanafi, Ketua Pengerangan PAS Kawasan Dungun ditahan polis kononya ada kaitan dengan Bersih semalam. Tanpa alasan yang munasabah Ustaz dibawa ke IPD Dungun. Polis sombong tak mahu beri sebarang kerjasama atau alasan munasabah. Ekoran itu lebih 200 orang telah berhimpun di depan IPD Dungun untuk solat maghrib dan solat hajat. Bilangan semakin bertambah apabila hari bertambah gelap. Panik dengan itu polis terpaksa membebaskan ustaz segera. Tahniah anak muda Dungun ! Takj sesia cheGuBard memilih Dungun sebagai antara destinasi mobilisasi Bersih. Kepada anak muda Dungun siapa yang datang berkenderaan sendiri khususnya bermotorsikal sila hubungi Abang Din, Barakaht ada sedikit barangan cenderahati buat anak muda yang berani dari SAMM... Kira jam 7.15 malam dah ramai pemuda turun ke Balai Polis. Timbalan YDP PAS Kawasan Dungun Mengetuai Solat Hajat. Beliau juga adalah Timbalan Persuruhjaya PAS Negeri Terengganu yang baru. Setak ini Sheikh Hanafi masih disiasat berhubung dengan BERSIH 2.0. Ustaz Wan Haasan Mohd Ramli YDPertua PAS Kawasan Dungun juga turut masuk ke Balai Polis. Kami lapor lagi selepas ini. Makin ramai yang datang kerana sebahagiannya baru mendapat maklumat dan dijangkakan selepas ini lebih drp 1000 orang berkumpul. Tahniah dan syabas kepada anak muda khususnya Pemuda PAS Dungun yang begitu cepat boleh turun ke Balai Polis Dungun. sumber- cheguBard |
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan