Jumaat, 29 Julai 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


PERKASA batal himpunan - elak Melayu bertembung

Posted: 29 Jul 2011 09:12 AM PDT

Kuek Ser Kuang Keng


Presiden PERKASA Ibrahim Ali mendakwa beliau membatalkan perhimpunan 9 Julai bagi membantah perarakan BERSIH 2.0 pada minit terakhir bagi mengelakkan pertembungan di kalangan orang Melayu.

NONEDakwanya beliau mengeluarkan arahan berkenaan kepada penyokong PERKASA kira-kira 90 minit sebelum mereka sepatutnya berkumpul di Taman Tasik Titiwangsa pada jam 2.30 petang Sabtu itu.

Menurut Ibraham, keputusan menarik diri itu dibuat selepas kira-kira 50 ahlinya yang dihantar sebagai penyamar menyelinap di kalangan penyokong BERSIH 2.0 bagi memantau perkembangan pada hari tersebut.

"Mereka beritahu saya, peserta (BERSIH 2.0) adalah orang Melayu. Cina hanya sedikit, mungkin satu atau dua peratus, dan India lagi tidak ramai.

NONE"Saya tanya mana (pemimpin DAP) Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, mereka kata tak ada. Kemudian, saya tanya siapa yang ada? Mereka kata (ketua umum PKR) Anwar (Ibrahim) dan (presiden PAS) Abdul Hadi Awang," kata Ibrahim.

"Jika kita (PERKASA) berkumpul, kita tidak boleh menahan penyokong kita daripada berarak, dan akan berlaku pertembungan di kalangan orang Melayu," katanya dalam wawancara eksklusif dengan stesen TV internet - eTV - minggu lalu.

Keputusan 'berani'

Ibrahim juga mendakwa dua faktor lain yang mempengaruhi keputusan 'berani' yang diambilnya itu bagi membatalkan perhimpunan PERKASA adalah kerana menghormati titah Yang di-Pertuan Agong dan Tuanku Sultan Selangor yang tidak mahu demonstrasi jalanan diadakan.

bersih rally petaling street 090711Pada masa yang sama, dakwanya PERKASA tidak mahu menambahkan beban polis yang terpaksa berdepan dengan perhimpunan haram BERSIH pada hari berkenaan.

"Jadi mengambil kira titah Agong dan Sultan, dan demi orang Melayu serta menyedari polis sibuk mengawal BERSIH, jadi saya buat keputusan berani supaya perhimpunan (PERKASA) tidak diadakan. Saya batalkan perhimpunan pada jam 1 petang.

"Jika saya teruskan pada hari itu, dengan senang saya boleh kumpulkan 3,000 orang. Apabila saya batalkan perhimpunan itu, di Titiwangsa sudahpun berada 300 ahli PERKASA," dakwanya.

Sambil menafikan dirinya itu pengecut dan dakwaan bahawa PERKASA gagal mengumpulkan penyokongnya, Ibrahim, 61, yang juga ahli parlimen Bebas bagi Pasir Mas berkata menjelang 9 Julai, 15,000 orang telah berdaftar bagi menyertai perhimpunan itu.

bersih rally petaling street 090711Ibrahim bagaimanapun mengakui pada hari tersebut beliau berada di rumah dan berulang-kali menafikan ahli PERKASA adalah penakut dan mendakwa semua penyokongnya telah bersiap-sedia dan hanya menunggu arahannya.

Malah, dakwanya mereka yang membuat tuduhan seumpama itu adalah golongan yang sakit, bodoh dan banggang yang cuba memprovokasikan dirinya.

PKR kemuka saksi baru, video tangkis dakwaan polis

Posted: 29 Jul 2011 09:09 AM PDT

Nigel Aw


Seorang lagi saksi tampil dengan beberapa gambar bagi membuktikan kecederaan yang dialami di mukanya akibat terkena kanister gas pemedih mata di terowong KL Sentral semasa perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

NONEMangsa Yew Boon Lye yang juga ketua PKR cawangan Klang pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini berkata, akibat tembakan gas pemedih berkenaan, mata kirinya juga lebam.

"Saya kemudiannya dengan segera mendapatkan rawatan di sebuah klinik apabila pulang ke Klang. Lebam itu mengambil masa beberapa minggu sebelum ia hilang," kata Yew.

Beliau diiringi oleh naib presiden PKR N Surendran, ahli parlimen Subang R Sivarasa, ketua biro perundangan PKR Latheefa Koya dan peguam Fadiah Nadwa Fikri.

Walaupun mengakui kecederaan itu tidak serius, namun Sivarasa berkata ia membuktikan pihak polis memang mensasarkan tembakan ke arah kepala orang ramai.

"Tulang pipi pengawal peribadi (supremo PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim retak, ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad pula memerlukan enam jahitan di kepalanya tetapi Yew bernasib baik kerana kecederaannya tidak serius.

Soi Lek: BN perlu lebih agresif hadapi pembangkang

Posted: 29 Jul 2011 09:08 AM PDT

BERNAMA


Barisan Nasional (BN) tidak boleh lagi mengambil sikap defensif bila berhadapan dengan pembangkang memandangkan pihak lawan kini lebih agresif terutama dalam menunjuk jasa mereka kepada rakyat, kata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Beliau berkata pembangkang gemar menggunakan Selangor dan Pulau Pinang sebagai contoh mereka berjaya lebih-lebih lagi dalam hal kebajikan namun mereka lupa pada Kelantan dan Kedah yang jika dilihat dari segi prestasi di dua negeri itu, keadaan memang tidak memuaskan.

"Seharusnya, kalau nak rakyat buat perbandingan, bandingkan dulu Kelantan dengan Terengganu. Bandingkan usaha untuk kurangkan kadar kemiskinan, penyediaan peluang pekerjaan baru, usaha untuk tarik pelabur, usaha selesai masalah sosial di dua negeri itu.

"Yang kita tahu Kelantan sendiri banyak isu sosial, dadah, (penghidap) HIV pun ramai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen MCA Negeri Terengganu 2011 di Kuala Terengganu hari ini.

Katanya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berbangga dengan pembiayaan RM100 setahun kepada warga emas di negeri itu, sedangkan kerajaan persekutuan memperuntukkan RM300 sebulan kepada golongan miskin yang menelan kos RM440 juta setahun.

Dr Chua berkata sejak mengambil alih pentadbiran Pulau Pinang dan Selangor, pembangkang langsung tidak melaksanakan projek perumahan kos rendah untuk membantu golongan miskin.

"Dari segi promosi, mereka memang handal, tapi dari segi buat kerja, masih banyak yang perlu mereka tambahbaikkan," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata pimpinan MCA perlu menjelaskan kepada akar umbi, apa yang dilakukan oleh kerajaan BN untuk menjaga kebajikan rakyat dan bukan hanya dilaksanakan pada musim pilihan raya sahaja.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata parti itu juga sudah sedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 dengan menggerakkan jentera parti di seluruh negara.

"Setakat ini ia berjalan dengan baik, tapi ada yang masih perlu ditambah baik lagi. Kita yakin sokongan masyarakat Cina pada MCA tapi ia berbeza di setengah-setengah kawasan kerana pengundi Cina strategik, mereka juga menilai calon bukan parti semata-mata," katanya.

Katanya dari segi pembahagian kerusi dalam pilihan raya nanti, MCA menyerahkan kepada kebijaksanaan Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukannya.

Pada masa yang sama, Dr Chua berkata Pengerusi MCA Terengganu yang juga ADUN Bandar, Datuk Toh Chin Yaw akan terus dipilih sebagai calon dalam pilihan raya umum kali ini memandangkan beliau diterima baik masyarakat setempat selain mempunyai hubungan baik dengan kerajaan negeri.


Peniaga gagal serah seluar dalam, coli pada Guan Eng

Posted: 29 Jul 2011 09:06 AM PDT

BERNAMA


Pusat Khidmat Kaunter Jabatan-jabatan kerajaan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di George Town hari ini kecoh apabila seorang peniaga barangan kulit cuba menaiki lif untuk ke pejabat Ketua Menteri dengan membawa dua pasang pakaian dalam untuk diberikan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Setiausaha Politiknya Ng Wei Aik.

Peniaga yang dikenali sebagai Mohamed Ghani Abd Jiman Ghani, 42, yang juga pengerusi Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia, membuka bungkusan plastik yang mengandungi dua pasang seluar dalam dan coli bercorak harimau ketika ditahan oleh pengawal keselamatan di hadapan pintu masuk lif.

Beliau berkata pakaian dalam itu adalah sebagai hadiah kepada kerajaan negeri yang didakwanya tidak berlaku adil, tidak telus kepada rakyat dan telah menindas beliau kerana tidak memberikannya semula tapak niaga di tingkat tiga Komtar.

"Pakaian dalam yang bercorak harimau itu sesuai untuk diberikan kepada mereka berdua yang dilabelkan sebagai tarzan kerana kerajaan negeri ini adalah pembohong dan menipu rakyat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohamed Ghani berkata gerainya yang didapati hilang itu juga hingga kini masih tidak dikembalikan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) setelah beliau enggan beredar untuk pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan kompleks itu Mac lepas.

Beliau berkata tindakan kerajaan negeri merampas gerai miliknya itu mengakibatkan beliau kerugian RM50,000.

Pakaian dalam itu akhirnya digantung di hadapan pintu masuk utama pentadbiran kerajaan negeri setelah pengawal keselamatan tidak membenarkan beliau menaiki lif.


DAP dakwa transaksi tanah 300ha Sendayan tak telus

Posted: 29 Jul 2011 09:00 AM PDT

MALAYSIA KINI


Ketua Pembangkang Negeri Sembilan Anthony Loke Siew Fook mendakwa menteri besar negeri itu tidak telus dalam penjualan tanah seluas 303.5 hektar di Sendayan untuk menggantikan pangkalan udara tentera di Sungai Besi.

NONE"Berapakah harga jualan keseluruhan tanah tersebut dan nilai jualan setiap kaki persegi? Apakah terma-terma dalam perjanjian jual-beli tersebut?

"Apakah penjualan tanah itu dijalankan secara tender terbuka atau rundingan terus?" soal Loke (kiri) bertubi-tubi kepada Datuk Seri Mohamad Hassan.

Loke juga mempersoalkan kenapa transaksi tersebut "dijalankan dengan begitu sulit" dan sama ada wujud perkara yang ingin disembunyikan daripada pengetahuan umum.

"Apa yang lebih memeranjatkan ialah speaker DUN Negeri Sembilan telah menolak soalan saya berhubung dengan isu tersebut dalam Persidangan DUN pada 8 Ogos depan," katanya.

Loke berkata, beliau mengemukakan soalan lisan tentang nilai penjualan tapak tanah tersebut kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan terperinci dan terma-terma yang terkandung dalam perjanjian jual beli tersebut.

'Penolakan sewenang-wenang
'

Bagaimanapun, katanya, ia ditolak speaker melalui sepucuk surat bertarikh 20 Julai 2011 tanpa dinyatakan apa-apa sebab.

"Penolakan soalan tersebut secara sewenang-wenangnya adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali dan tidak mematuhi prinsip ketelusan dan akauntabiliti.

"Ini jelas menunjukkan pentadbiran dibawah BN langsung tidak mengamalkan prinsip ketelusan dalam isu-isu kepentingan awam," katanya.

Beliau juga mengingatkan Mohamad, kegagalan memberikan penjelasan terbuka hanya akan menimbulkan keraguan sama ada transaksi tersebut diselubungi dengan unsur rasuah.

Sementara itu, Loke juga mengulas kenyataan Mohamad bahawa MBI milik kerajaan negeri berjaya membayar balik pinjaman RM250 juta kepada Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) dalam tempoh 5 tahun.

Loke berkata, walaupun bangga dan mendakwa sebagai manifestasi kecekapan pengurusan kewangan dan pentadbirannya, ia sebenarnya tidak ada kena-mengena.

Sebaliknya, tambahnya, sebahagian tanah itu dijual kepada 1MDB untuk pembinaan pangkalan baru Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Pinjaman tersebut dibuat pada tahun 2006 oleh MBI untuk menyelesaikan isu tanah Felda Sendayan yang melibatkan lebih 100 orang peneroka, katanya lagi.

Pembebasan PSM6 disambut meriah ala karnival

Posted: 29 Jul 2011 08:57 AM PDT

Jimadie Shah Othman


Pembebasan enam anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) hari ini disambut meriah ala karnival oleh rakyat pelbagai kaum.

Semua mereka dibebaskan pada jam 5.30 petang di balai polis Jinjang.

psm eo6 release pc 290711 jeyakumarMereka yang dibebaskan itu termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar dan lima yang lain itu ialah setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, AP Letchumanan, 49, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33, M Sukumaran 50, timbalan pengerusi PSM, M Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R Sarat Babu, 25

Dua jam selepas dibebaskan, ratusan orang berkumpul di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH) di Kampung Attap Kuala Lumpur sambil melaungkan "hidup rakyat" dan "mansuhkan EO" (Ordinan Darurat) berkali-kali.

Mereka juga membawa bendera PSM dan pelbagai kain rentang menyambut kedatangan kesemua mereka.

Antara yang kelihatan ialah naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; pengerusi PSM, Dr Nasir Hashim dan bengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga.

Kumpulan itu menjadi semakin ramai apabila bergabung dengan kumpulan penyokong Teoh Beng Hock yang kebetulan mengadakan acara nyalaan lilin memperingati kematian mendiang.

psm eo6 release pc 290711 left lechu and suguBerucap kepada para penyokong, keenam-enam mereka mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang dianggap wira sebenar yang merintis pembebasan mereka.

"Wira sebenar adalah anda semua yang turun ke jalan raya pada 9 Julai," kata anggota jawatankuasa pusat PSM, Choo Chon Kai.

"Kami di dalam tak buat apa-apa. Yang berusaha anda semua di luar (sel)."

Sementara itu, ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar pula berkata menyifatkan mendapatkan layanan yang baik, terutamanya daripada warden.

"Warden semua OK. Tapi masalahnya yang di atas," katanya sambil mengkritik alasan penahanan mereka yang bertukar-tukar.

psm eo6 release pc 290711 sarasvathyBeliau mendakwa usaha mengaitkan PSM dengan komunisme cuba digambarkan sebagai "kumpukan jahat".

"Mereka hendak jadikan kita contoh. (Kononnya) PSM komunisme. Nak gambarkan kita kumpulan jahat," katanya.

Manakala timbalan pengerusi PSM, M Sarasvathy berkata beliau membantah ujian poligraf ketika ditahan kerana beliau tidak cukup tidur.

Sambil berjenaka, beliau berkata dalam sel perempuan "banyak hantu jantan".

"Jadi saya bantah poligraf sebab saya tak cukup tidur," jelasnya.

PAS minta mufti campur tangan kilang komponen arak

Posted: 29 Jul 2011 08:53 AM PDT

Helmi Ibrahim

PEKAN: PAS Pahang memohon campur tangan Mufti Pahang, berhubung isu pengeluaran bahan silika yang akan di gunakan bagi tujuan penapisan arak oleh sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat yang beroperasi di kawasan perindustrian Gebeng, Kuantan.

(Ketua Penerangan [kanan] PAS Pahang Menyerahkan Memorandum Kepada Mufti Pahang)

Pandangan tersebut telah di suarakan oleh Ketua Penerangan Pas Pahang, Ustaz Suhaimi Md Saad pada sesi perjumpaan muhibbah PAS Pahang dengan Mufti Pahang, Datuk Haji Abdul Rahman bin Haji Osman yang di adakan pada 27 Julai 2011 di Pejabat Mufti Pahang, Pekan.

Beliau telah di iringi oleh Yang Di Pertua PAS Kawasan Pekan Ustaz Abu Kassim, Ketua enerangan Dewan Pemuda PAS Pahang Ustaz Fadhil Mohd Noor dan AJK kawasan dan pemuda.

Berhubung dengan isu berkaitan, Ustaz Suhaimi telah memaklumkan kegusaran pekerja dan juga rakyat berhubung hasrat kilang berkenaan untuk mengeluarkan sejenis produk yang di kenali sebagai 'Daraclar' ataupun nama santifiknya 'Beer Stabilizer'.

Berdasarkan kepada fatwa yang di keluarkan pada 31 Julai 2004 di nyatakan hukum bekerja di kilang membuat silica adalah harus dan di bolehkan kerana ianya tidak termasuk mengeluarkan ain arak dan silika tersebut boleh di gunakan untuk tujuan lain seperti perusahaan cat, kaca dan sebagainya.

"Kita sedia maklum akan kepelbagaian kegunaan silika tersebut tetapi apa yang kami persoalkan ialah silika yang akan di hasilkan oleh satu binaan tambahan khusus di kilang tersebut yang kini dalam proses pembinaan adalah semata-mata untuk memenuhi keperluan industri arak. Daraclar atau Beer Stabilizer tiada kaitan langsung dengan perusahaan cat mahupun kaca," jelas Ustaz Suhaimi.

"Kita mendapat maklumat dalaman bahawa Jabatan Mufti telah di berikan maklumat yang tidak menyeluruh sewaktu pertemuan oleh syarikat terbabit sebelum fatwa berkenaan di keluarkan. Hasilnya sekarang fatwa tersebut telah di jadikan 'senjata' oleh pihak tertentu bagi menghalalkan pengeluaran produk berkenaan," katanya.

Mufti juga di maklumkan bahawa berdasarkan maklumat yang boleh di dapati melalui laman web syarikat tersebut, jelas menunjukkan bahawa silika bagi kegunaan penapisan arak merupakan sebahagian dari aktiviti perniagaan syarikat berkenaan di seluruh dunia dan kini mereka memilih Malaysia sebagai platform bagi pengilangan dan pemasaran untuk rantau Asia Pasifik.

Ketua Penerangan PAS Pahang itu juga memaklumkan bahawa terdapat usaha dari pihak pekerja untuk bertemu dengan Mufti tetapi mereka telah di berikan amaran untuk tidak berbuat demikian.

"Justeru itu atas dasar kesedaran dan kepentingan kebajikan pekerja dan umat Islam, kami memohon pertimbangan pihak Mufti untuk menilai kembali isu ini dan dapat mengambill tindakan tegas dan segera," ujarnya lagi.

Dalam kenyataan balasnya, Dato' Haji Abdul Rahman memaklumkan bahawa pihaknya di maklumkan bahawa mereka di berikan penjelasan bahawa silika yang di hasilkan oleh syarikat tersebut boleh di gunakan secara umum dan tidak di khususkan untuk pengeluaran arak secara langsung.

Justeru itu beliau akan mengambil tindakan segera dengan memaklumkan semula kepada Majlis Fatwa berhubung perkara tersebut dan memohon penilaian semula berhubung status isu berkenaan.

Beliau juga memaklumkan akan memanggil semula pengurusan kilang terlibat bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung dakwaan tersebut.

Sebagai tambahan kepada hasrat Mufti Pahang tersebut, PAS Pahang berpendapat agar pekerja kilang tersebut turut di panggil bagi menyatakan pendapat dan maklum balas agar maklumat yang di terima pada kali ini lebih tepat dan telus.

Pada pertemuan tersebut, Ketua Penerangan Pas telah menyerahkan memorandum berkaitan isu tersebut yang memohon penjelasan dari pihak Jabatan Mufti dan amat berharap agar satu tindakan yang konkrit dapat di ambil dalam masa yang terdekat.

Beliau juga marakamkan rasa penghargaan terhadap layanan yang baik oleh Mufti Pahang dan juga kakitangan jabatan Mufti dan berharap agar jalinan kerjasama yang lebih baik pada masa akan datang demi kebaikan umat Islam.

Fahaman Umno lebih bahaya daripada Wahabi?

Posted: 29 Jul 2011 08:48 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Keghairahan Umno melalui agensi Majlis Keselamatan Negara (MKN) membuat tuduhan mengaitkan Wahabi dengan pengganas bukanlah sesuatu yang baik untuk negara.

Menurut Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) fahaman Wahabi yang diasaskan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab mempunyai perbezaan dalam perkara furu', tapi bukan soal penafian prinsip Islam.

"Kerana itu, ia diterima dan dianuti oleh kerajaan Arab Saudi dan beberapa negara lain. Arab Saudi, sekurang-kurangnya telah melaksanakan hukum hudud, Qisas dan Takzir, akan tetapi Malaysia masih terkial-kial mencari formula mengatasi masalah jenayah dalam negara," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Umno dalam sejarahnya, kata Tuan Ibrahim pernah mengeluarkan kenyataan yang menghina hukum syarak, memperlekehkan sunnah nabi, menganggap negara akan mundur kalau melaksanakan Islam, bahkan lebih teruk dari itu, ada sebilangan pemimpin Umno pernah menganggap politik suku agama suku.

"Fahaman sekular yang dianuti oleh sebahagian pimpinan tertinggi menyebabkan Islam hanya ditadbir sebagai satu jabatan, bukan sebagai satu sistem kehidupan manusia.

"Bukankah ini bukti fahaman Umno yang berdasar sistem pragmatisme sebenarnya jauh lebih bahaya dari Wahabi?" soal beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini menimbulkan kebimbangannya terhadap beberapa tokoh agama di Malaysia, termasuk bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme.

Menurut sumber, dalam taklimat tertutupnya yang antaranya disertai mufti dan wakil majlis agama Islam negeri di Putrajaya, seramai 40 ulama muda Umno turut dikaitkan sama.

"Kerajaan Arab Saudi didakwa menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku. Saudi dikatakan di belakang tokoh-tokoh ini," dakwa sumber itu.

Sebagai reaksi kepada tindakan MKN, Tuan Ibrahim berkata tuduhan mengaitkan beberapa tokoh agama dengan pengganas bukanlah perkara baru, bahkan ianya selaras dengan anggapan Amerika Syarikat terhadap gerakan Islam.

"Cuma yang agak menghairankan bilamana ulamak Muda Umno juga tergolong senarai pengganas.

"Apakah Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengenakan mereka di bawah Ordinan Darurat, sebagaimana nasib enam aktivitis PSM yang sehingga kini rakyat tidak tahu apa jenis ancaman yang mereka bawa kerana menyokong Bersih 2.0?" soal beliau sambil menyokong saranan Dr Asri Abidin agar 40 ulama muda Umno ini menyemak kembali penyertaan mereka dalam parti itu.

"Tidak terfikirkah bahawa apabila ulamak Umno pun dicop sebagai pengganas, bukankah ini bermaksud pemimpin mereka lebih hebat lagi?

"Tapi, apa yang hairannya, inilah Umno. Bagi mereka, kerja lanun merompak wang negara dengan membunuh karear politik musuh dalaman atau luaran mereka adalah satu kerja yang halal dan wajib dilaksanakan asalkan kuasa politik mereka terjaga," bidas beliau secara sinis.

Kes dadah: Ameng bebas hukuman penjara, denda RM4,000 kekal

Posted: 29 Jul 2011 08:46 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR— Mahkamah Tinggi mengetepikan hukuman penjara dua bulan terhadap penyanyi kumpulan Spring Wan Aminuddin Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Ameng tetapi mengekalkan denda RM4,000 yang dijatuhi oleh Mahkamah Majistret tahun lalu.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakimannya berkata majistret yang menjatuhi hukuman tersebut terhadap Wan Aminuddin, 42, pada 1 Nov tahun lalu telah terkhilaf mentafsir Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000.

Ini bermakna mengikut seksyen itu, majistret hanya boleh menjatuhi hukuman penjara sahaja atau denda sahaja dan bukannya kedua-dua sekali.

Mohamad Zabidin berkata beliau bersetuju dengan pihak perayu (Wan Aminuddin) yang diwakili peguam Kamarul Zaman Abdul Rahman bahawa majistret hanya boleh menjatuhi hukuman penjara ataupun denda.

Laporan Bernama Online menyebut, Mohamad Zabidin dalam penghakimannya memutuskan bahawa pihak pendakwaan juga telah memenuhi peruntukan Seksyen 399 Kanun Acara Jenayah dalam menyerahkan dokumen-dokumen kepada pihak pembelaan 10 hari sebelum tarikh perbicaraan.

Sebelum itu, Kamarul Zaman berhujah bahawa sabitan terhadap Ameng sepatutnya diketepikan atas alasan pihak pendakwaan gagal menyerahkan keputusan laporan ujian pengesanan dadah dalam air kencing.

Timbalan Pendakwa Raya Faizah Mohd Salleh berhujah bahawa pihaknya ada menyerahkan laporan itu kepada Ameng dan penyanyi itu telah pun menandatanganinya.

Bagaimanapun, Faizah berkata polis tidak mencatat tarikh penyerahan itu.

Pada 12 Mei tahun lepas, Ameng mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan memasukkan dadah jenis ganja ke dalam badannya di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul pada 3.45 petang 2 April lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun.

Ameng kini menjalani hukuman di Penjara Kluang, Johor selama lapan tahun setelah Mahkamah Sesyen Melaka pada 12 April lalu menjatuhi hukuman selepas dia didapati bersalah terhadap pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badannya.

Dia juga dikenakan hukuman 10 sebatan oleh mahkamah berkenaan.

Bekas duta Malaysia ke Saudi sambut baik dialog isu Wahabi

Posted: 29 Jul 2011 08:45 AM PDT

TERKINI

KUALA LUMPUR— Bekas duta Malaysia ke Arab Saudi Datuk Dr Ismail Ibrahim mengalu-alukan syor dialog diketengahkan oleh Mufti Perlis bagi menyelesaikan polemik mengenai isu Wahabi dan "kesesatan" Arab Saudi yang hangat diperkatakan ekoran satu mesyuarat Putrajaya awal minggu ini.

Dalam satu kenyataan ringkas kepada The Malaysian Insider malam tadi, Ismail yang juga bekas ketua pengarah Institut Kemajuan Islam Malaysia berkata, beliau bersedia untuk menghadiri sesi dialog yang dimaksudkan itu dan jika perlu, "akan mengambil pendirian berkecuali dalam perbincangan."

"Saya dengan sepenuh hati menyokong dialog yang disyorkan ini demi kepentingan negara," kata beliau yang juga bekas pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia.

Ketika ditanya sama ada akan menjadi orang tengah menyelesaikan isu terbaru ini, Ismail berkata "saya bukan nak jadi orang tengah."

"Tetapi saya menggalakkan sesi dialog itu diadakan di antara para ilmuan dan cendiakawan Islam, berbincang dengan ikhlas dan beradab, mencari penyelesaian yang baik, tanpa membuat komen dan spekulasi yang berbentuk sentimen dan emosi keterlaluan, yang mungkin juga menyentuh dasar negara Malaysia dan Saudi serta hubungan baik kedua negara ini."

Dalam satu kenyataan semalam, Dr Juanda Jaya (gambar), Mufti Perlis berkata, pihaknya akan mempelawa tokoh agama Dr. Muhammad Uthman El Muhammady agar berdialog mengenai polemik Wahabi dengan mengundang beliau ke Perlis semasa Ramadan bagi menjernihkan isu "kesesatan Saudi."

Juanda berkata Jabatan Mufti Perlis akan menghantar mempelawa Uthman, yang telah dijemput memberi taklimat pada satu mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) Isnin lalu, agar memberikan penjelasan mengenai isu tersebut khususnya kepada warga Perlis.

The Malaysian Insider difahamkan surat itu telah pun dihantar kepada pendakwah bebas itu semalam.

"Sebenarnya kami hendak menjemput beliau datang secepat mungkin, tetapi oleh kerana kita sudah menghampiri bulan Ramadan, jadi lebih elok dialog diadakan ketika bulan puasa.

"Lagipun bulan Ramadan adalah bulan yang mulia, kita boleh membincangkan isu ini dalam suasana jernih dan terbuka mengenai apa yang beliau (Uthman) mendakwa sebagai wujudnya kesesatan Saudi (dalam isu Wahabi)," kata beliau.

Juanda menegaskan, apa yang didakwa diperkatakan oleh Uthman kononnya wujud "kesesatan" berkenaan isu fahaman Wahabi adalah tidak betul.

"Apabila kenyataan beliau mengaitkan dengan Arab Saudi, ia menimbulkan kekeliruan, sebab ramai rakyat negara ini pergi ke Saudi dan bersolat di masjid-masjid di negara itu," katanya.

"Malah kita juga menjemput imam-imam dari Arab Saudi datang ke negara, jadi apabila isu ini dibangkitkan, ia menjadi satu isu . . . jadi saya berharap beliau dapat datang ke Perlis dan menjelaskan kepada kami tentang isu sebenarnya," kata Juanda lagi.

Mengulas pelawaan itu, Uthman yang juga Felo Kehormat Institut Pemikiran dan Tamadun Antarabangsa, yang dihubungi The Malaysian Insider semalam berkata, beliau sedia menerima pelawaan Juanda mengenai isu Wahabi dengan syarat ia diadakan secara tertutup membabitkan pakar-pakar berhubung perkara yang menjadi polemik sekarang.

"Saya sanggup hadir jika (dialog yang disyorkan) jika diadakan dengan penuh disiplin, beretika dengan disertai oleh pakar-pakar dan secara tertutup . . . jika tidak, saya mahu menjauhkan diri (daripada dialog)," kata Tokoh Maal Hijrah ini.

Sambil menegaskan beliau tidak mahu isu berkenaan disensasikan supaya kepentingan negara tidak terjejas, Uthman memberitahu, hanya selepas adanya hasil perbincangan, baru keputusan yang dipersetujui perlu disebarkan kepada umum.

Wad kecemasan HKL terbakar, seorang pesakit maut

Posted: 29 Jul 2011 08:43 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR— Wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini terbakar tengah malam tadi menyebabkan seorang pesakit maut, dipercayai akibat terhidu asap tebal.

Pihak pentadbiran HKL ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu tetapi akan hanya mengeluarkan kenyataan petang ini setelah maklumat sebenar mengenai kenyataan itu diperoleh.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, ketika dihubungi Bernama, berkata kebakaran dikatakan berlaku kira-kira pukul 12 tengah malam dan pihak bomba menerima panggilan setengah jam kemudian.

"Anggota bomba tiba tujuh minit selepas mendapat panggilan dan ketika itu petugas HKL sedang bertungkus lumus memadamkan api serta mengeluarkan asap dari bilik itu kerana cuba menyelamatkan pesakit lelaki berkenaan," kata beliau.

"Selepas pihak bomba berjaya memadamkan kebakaran dan mengeluarkan asap dari bilik tersebut, mangsa didapati sudah tidak bernyawa.

"Pesakit lain yang berada di luar bilik berkenaan terpaksa dipindahkan ke bilik lain kerana dibimbangi asap tebal akan membahayakan nyawa mereka," katanya.

Azizan berkata dua jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Chow Kit dan Sentul dengan 20 anggota terlibat dalam operasi memadam kebakaran.

PRU-13: Selepas Bersih, Pakatan saji ‘buah tangan’ Ramadan-Aidilfitri

Posted: 29 Jul 2011 08:40 AM PDT


KUALA LUMPUR— Sambutan Aidilfitri kali ini bakal memperlihatkan kelainan berbanding tahun lalu. Para pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat akan dibekalkan dengan kit maklumat khas yang membawa bersama strategi perikatan itu menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Misi mereka tidak lain tidak bukan bertujuan memastikan semangat perhimpunan Bersih 2.0 berterusan dan Pakatan Rakyat melancarkan kempen prapilihan raya umum tidak formal mereka.


Pakatan Rakyat mengambil langkah ini — program Balik Kampung — ketika perikatan tiga parti itu mendakwa pengundi terus berhadapan dengan masalah akses kepada maklumat mereka sediakan.

Jadi, ia mahu menggunakan pendekatan mudah itu untuk mendampingi rakyat di kawasan luar bandar dan memikat sokongan mereka menjelang pilihan raya umum ke-13.

Spekulasi terbaru menunjukkan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dalam waktu terdekat selepas sambutan Aidilfitri, yang jatuh awal September.

Meskipun spekulasi awal menyebut pilihan raya umum kemungkinan diadakan tahun depan tetapi perkembangan seminggu dua ini memberi gambaran sebaliknya.

The Malaysian Insider difahamkan fokus usaha terbaru Pakatan Rakyat ialah pengundi kalangan orang Melayu.

Seperti lazimnya sebahagian besar warga Lembah Klang akan menuju kampung halaman masing-masing di seluruh negara ketika Aidilfitri.

Selain Selangor, Pakatan Rakyat turut menguasai Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Perak pada pilihan raya umum 8 Mac 2008. Perak kemudian jatuh ke tangan Barisan Nasional awal 2009.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mahu menggunakan kesempatan Aidilfitri, malah termasuk bulan Ramadan, yang bermula bulan depan bagi menghebahkan "mesej Pakatan Rakyat".

"Ramadan bukan satu alasan bagi kami untuk duduk dan relaks. Ia bulan penting bagi Muslim dan orang Melayu di Malaysia, di samping doa dan solat yang lazim dikerjakan, kami harus menggunakan peluang pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli kami ketika balik kampung, membawa bersama isu-isu ini, risalah, untuk menyebarkan mesej Pakatan Rakyat," kata Timbalan Presiden PKR Azmin Ali kepada The Malaysian Insider.

Ahli Parlimen Gombak ini berkata PKR sudah pun menyediakan kit maklumat khusus yang terdiri daripada penerangan mengenai isu perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai dan menggariskan kandungan janji Pakatan Rakyat menerusi Buku Jingga.

Buku Jingga dilancarkan pada 19 Disember lalu.

"Kami telah memanggil pengarah program Demi Rakyat dari setiap cabang ke ibu pejabat minggu lalu dan mereka diberikan kit maklumat ini dan butiran, dan setiausaha agung kami menjelaskan kepada mereka apa yang perlu dilakukan," katanya lagi.

Dr Dzulkefly Ahmad
Dalam pada itu, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, partinya bercadang untuk mengadakan forum antarabangsa yang akan disertai wakil kumpulan pembaharuan pilihan raya dari luar negara dan bekas ahli politik atau anggota masyarakat madani dari negara-negara seperti Jerman, United Kingdom, Indonesia dan Amerika Syarikat.

"Kami akan terus berhubung dengan Suruhanjaya Pilihan Raya dan juga wakil diplomatik, dengan mengemaskinikan mereka dengan butiran mengenai keadaan demokrasi di Malaysia dan meneruskan program jelajah semasa dengan diadakan majlis ceramah bagi menjelaskan isu-isu berkaitan Bersih," katanya.

Setiausaha Publisiti DAP kebangsaan Tony Pua berkata, usaha parti itu untuk terus menyegarkan mesej Bersih 2.0 akan dipertingkatkan menerusi majlis-majlis ceramah makan malam dan program komuniti bersama pengundi Muslim ketika Ramadan.

"Kami akan berdialog dan menyertakan bersama komuniti Muslim dan menerusi ini, mesej akan disampaikan ke bawah. Kita mesti meneruskan perbincangan berterusan kerana pada umumnya, orang ramai akan melupakan isu-isu semasa selepas tiga bulan," katanya.

Tony Pua
Bagaimanapun, soal Bersih 2.0 dan tuntutan perubahan pilihan raya bukan hanya satu-satunya isu yang Pakatan Rakyat mahu menghebahkan kepada pengundi kawasan luar bandar ketika sambutan Aidilfitri.

"Kami harus mempelbagaikan, bergerak daripada hanya memberi tumpuan pada isu Bersih. Bersih adalah penting tetapi kadangkala kepada pengundi Melayu, ia sebenarnya bukan satu-satunya isu menarik perhatian mereka," kata Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Sebaliknya, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat akan memfokus pada isu yang sebati dengan kehidupan mereka, dengan mengambil kira soal kenaikan kos menjelang Hari Raya Puasa kali ini.

Dengan kadar inflasi mencecah paras tinggi, ekoran peningkatan harga makanan dan pengangkutan, kebanyakan keluarga dipercayai akan memotong perbelanjaan bagi mengikat kos sambutan kali ini.

Justeru, kata Dzulkefly, isu-isu ekonomi akan menjadi "menu" utama fokus mereka kali ini.

Kata beliau, selain itu pihaknya juga akan membawa isu-isu berkaitan salah urus ekonomi dan jurang pendapatan selain soal rasuah.

Tanpa memperincikan pendekatan PAS, Dzulkefly berkata, pihaknya akan mengedarkan bahan-bahan maklumat seperti risalah dan CD kepada masyarakat kampung selain mengadakan program-program yang sangat spesifik sepanjang bulan Ramadan.

Berbanding Dzulkefly, Azmin yang juga ketua PKR Selangor menegaskan, isu Bersih 2.0 masih kekal penting dan harus diperjelaskan dengan terperinci kepada mereka yang tinggal di luar kawasan Lembah Klang.

Bersih 2.0: Peguam PKR pula tayang video nafi dakwaan polis

Posted: 29 Jul 2011 08:39 AM PDT


PETALING JAYA— Peguam-peguam PKR menayangkan rakaman video mereka sendiri, yang dirakamkan ketika 9 Julai lalu di kawasan terowong KL Sentral, sebagai respons kepada dakwaan polis kononnya peserta perhimpunan memprovokasi pasukan keselamatan sehingga memaksa menggunakan gas pemedih mata.

Polis menayangkan rakaman video mereka Khamis lalu dan kemudian disiarkan menerusi RTM sejak itu.

KL Sentral merupakan antara lokasi menjadi fokus pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat berhimpun sebelum cuba bergerak ke kawasan Stadium Merdeka.

Naib Presiden N. Surendran, Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah dan anggota Lawyers for Liberty Fadiah Nadwa Fikri menayangkan rakaman yang dirakamkan oleh Free Malaysia Today dan TV Selangor kepada media hari ini sambil menafikan satu demi satu dakwaan pihak polis.

Peguam-peguam itu berkata, dalam satu klip, Ketua Polis Daedah Brickfields Wan Bari Wan Khalid kelihatan menjerit ke arah para peserta agar bersurai dan dalam satu minit kemudian mengarahkan pegawainya melepaskan tembakan dan memekik "bawah" sebanyak tiga kali sebelum 12 tembakan kedengaran.

Sebelum tembakan gas pemedih dilepaskan, kumpulan peserta perhimpunan bersemuka dengan barisan anggota polis dari satu jarak yang agak jauh.

"Persoalan kami, adakah sesuatu yang sah bagi polis melepaskan begitu banyak tembakan ke atas mereka yang menyertai demostrasi? Bukan kumpulan yang besar ketika itu, ia ruang kecil di dalam terowong," katanya lagi.

Sivarasa menambah, polis juga seharusnya memberi penunjuk perasaan masa selama lima minit untuk bersurai sebelum memberikan amaran kedua dan ketiga.

Satu lagi klip menunjukkan seorang lelaki dihalang oleh polis dan seorang lagi anggota polis pula memukulannya berulang kali menggunakan cota.

Khamis lalu, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rashid berkata, enam pasukan penyiasat polis telah menjalankan siasatan mereka berhubung dakwaan tindakan keras yang digunakan untuk menangani perhimpunan 9 Julai dan tidak menggunakan kekerasan ketika menangani perhimpunan Bersih 2.0.

Hari ini, Ketua cabang Klang Yew Boon memberitahu pemberita bahawa kanister gas pemedih terkena bahagian mata sebelah kiri, sekali gus menyebabkan luka kecil.

"Saya kecewa dengan tindakan polis, tidak berperikemanusiaan dan kejam," kata beliau.

"Orang ramai tidak berniat dan secara fizikal untuk menyerang, sebaliknya mereka (polis) yang menyerang kami, kami semua warganegara yang mencintai keamanan dan keadilan, tetapi kini nampaknya pihak polis tidak berfikiran begitu dan menggunakan pendekatan melampau, bukan saya seorang yang mengalami kecederaan," kata beliau.

Sivarasa berkata Yew bukan satu-satunya yang terkena tembakan di bahagian kepala.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad terkena di bahagian belakang kepala dan menerima enam jahitan manakala pengawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Fayyadh Afiq Albakqry, 25, mengalami kecederaan lebih teruk. Kanister terkena di bahagian muka.

"Tidak dapat dinafikan bahawa raifal gas pemedih mata dengan sengaja, bukan sahaja dituju ke arah orang ramai, tetapi juga ke arah kepala mereka dengan niat mahu menyebabkan kecederaan serius.

"Hakikatnya, tiga orang, dalam kumpulan yang anda lihat dalam video, menerima tembakan di bahagian kepala bukan secara kebetulan. Raifal dihalakan terus ke bahagian kepala dengan niat mahu menyebabkan kecederaan serius," kata beliau.

Beliau juga berkata, Naib Presiden Chua Tian Chang yang turut dikenali sebagai Tian Chua berjalan ke arah kiri, melepasi anggota polis untuk mengelakkan gas pemedih mata, tetapi ditahan oleh anggota polis berpakaian biasa, sekali gus pihak mendakwa dia mencetuskan provokasi.

"Polis ada mengeluarkan beberapa video dan mereka kelihatan memfokus ke atas YB Tian Chua berlari bersama beberapa yang lain, seolah-olah cuba menunjukkan bahawa beliau berlari ke arah polis.

"Video hari ini menunjukkan bahawa ia satu pembohongan sama sekali, satu tindakan memutar belit . . . anda boleh melihat apa yang beliau sebenarnya lakukan," kata beliau.

Surendran berulang kali menyifatkan agar tindakan polis itu diklasifikasikan sebagai percubaan membunuh.

Penduduk Malaysia 28.3 juta, Bumiputera 67.4 peratus

Posted: 29 Jul 2011 08:37 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

PUTRAJAYA— Malaysia kini mempunyai 28.3 juta penduduk dengan bilangan lelaki melebihi wanita, demikian menurut laporan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.

Penduduk lelaki kini adalah 14.56 juta orang dan wanita 13.77 juta orang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ketika mengumumkan laporan itu, yang turut dihadiri Ketua Perangkawan Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof.

Nor Mohamed berkata purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan pula ialah sebanyak 2 peratus untuk tempoh 2000 hingga 2010, menurun berbanding 2.6 peratus bagi tempoh 1991 hingga 2000.

"Tidak seperti laporan terdahulu di mana ia telah memuatkan data awalan banci, laporan kali ini memuatkan data muktamad yang telah mengambil kira ralat liputan dan ralat kandungan yang diperoleh daripada Penyiasatan Penilian Liputan Banci," katanya dipetik Bernama Online.

Banci 2010 adalah yang kelima dijalankan untuk menghasilkan data yang berguna untuk perancangan dan pelaksanaan dasar pembangunan negara. Banci sebelum ini telah dijalankan pada 1970, 1980, 1991 dan 2000.

Selangor mempunyai taburan penduduk tertinggi di Malaysia dengan 5.46 juta diikuti Johor (3.35 juta) dan Sabah (3.21 juta) manakala negeri yang mempunyai penduduk paling sedikit ialah Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu 72,413 orang dan Wilayah Persekutuan Labuan (86,908).

Beliau berkata negeri yang mempunyai kepadatan penduduk paling tinggi pula ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu 6,891 orang diikuti Pulau Pinang (1,490) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (1,478).

Katanya seiring dengan perkembangan pembangunan negara, perkadaran penduduk bandar meningkat kepada 71 peratus pada 2010 berbanding 62 peratus pada 2000.

Beliau berkata selain daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan paras urbanisasi 100 peratus, negeri lain yang mencatatkan paras urbanisasi yang tinggi ialah Selangor dan Pulau Pinang, masing-masing 91.4 dan 90.8 peratus.

Negeri yang mencatatkan paras urbanisasi yang rendah pula ialah Kelantan sebanyak 42.4 peratus, Pahang (50.5 peratus) dan Perlis (51.4), katanya.

Daripada 28.3 juta penduduk Malaysia yang terdiri daripada 91.8 peratus warganegara dan 8.2 peratus bukan warganegara, kumpulan etnik yang terbesar ialah bumiputera iaitu 67.4 peratus, Cina (24.6), India (7.3) dan lain-lain (0.7).

Di kalangan warganegara Malaysia, katanya, Melayu merupakan etnik utama di Semenanjung Malaysia iaitu 63.1 peratus manakala Iban mencatatkan 30.3 peratus daripada jumlah keseluruhan rakyat di Sarawak sementara Kadazan/Dusun merekodkan 24.5 peratus di Sabah.

Anti-Yahudi: FAM minta maaf kata kesat ‘serang’ pemain Chelsea

Posted: 29 Jul 2011 08:35 AM PDT

LAPORAN— Reuters

KUALA LUMPUR — Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meminta maaf kepada Chelsea hari ini ekoran kenyataan anti-Yahudi yang ditujukan kepada pemain tengah pasukan itu kelahiran Israel Yossi Benayoun ketika pertemuan persahabatan di ibu negara minggu lepas.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, FAM tidak mengesahkan sama ada insiden itu terjadi ataupun sebaliknya ketika perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 21 Julai lalu tetapi menegaskan jika benar, ia hanya melibatkan sekumpulan kecil daripada 80,000 penonton yang membanjiri stadium.

"FA Malaysia ingin menegaskan bahawa kami tidak merestui sebarang bentuk sikap perkauman dalam sukan bola sepak," kata kenyataan itu.

"Jika insiden seumpama itu benar-benar berlaku, kami memohon maaf kepada pemain terbabit dan juga kepada kelab Chelsea," tambah kenyataan itu.

Malaysia yang majoriti penduduknya beragama Islam tidak ada hubungan diplomatik dengan Israel.

Chelsea tidak membuat aduan mengenai isu itu dengan segera selepas perlawanan minggu lalu, sebaliknya hanya berbuat demikian kelmarin.

"Kami percaya Yossi (Benayoun) terdedah kepada kata-kata kesat anti-Yahudi oleh beberapa penyokong ketika permainan," kata Chelsea.

"Tingkah lalu itu menyinggung perasaan, tidak boleh diterima sama sekali dan tiada ruang dalam sukan bola sepak," katanya. — Reuters

Najib serah AG tentukan tindakan ke atas enam pemimpin PSM

Posted: 29 Jul 2011 08:34 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR ─ Kerajaan menerima baik keputusan polis membebaskan enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) hari ini, yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO) bulan lepas, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata keputusan itu dibuat berdasarkan pengamatan dan siasatan yang dilakukan oleh polis.

Bagaimanapun, beliau berkata terpulang kepada Peguam Negara untuk menentukan tindakan selanjutnya terhadap enam aktivis tersebut.

"Terpulang kepada Peguam Negara untuk tentukan apa-apa tindakan yang sepatutnya, sebagai sebuah negara kita berpegang kepada prinsip kedaulatan undang-undang," katanya dipetik Bernama Online selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengumumkan pembebasan serentak itu selepas selesai pemeriksaan doktor.

Mereka ialah Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar, 56, setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, A.P.Letchumanan, 49, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33 dan M.Sukumaran, 50, timbalan pengerusi PSM, M. Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R.Sarat Babu, 25.

Mereka ditahan pada 2 Julai lepas di Seberang Prai, Pulau Pinang mengikut Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan).

Terdahulu, mereka ditahan bersama 24 yang lain dalam sebuah bas persiaran di Plaza Tol Sungai Dua, Kepala Batas pada 25 Jun dan didakwa di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana cuba melancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong.

PRU-13 guna dakwat kekal jika biometrik tak sedia, Bersih minta SPR

Posted: 29 Jul 2011 08:33 AM PDT


PETALING JAYA — Dalam pertemuan kedua minggu ini Datuk Ambiga Sreenevesan meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 sekiranya sistem biometrik yang diperkenalkan agensi itu masih tidak boleh dilaksanakan.

Bercakap pada forum Undang-Undang Pilihan Raya, SPR dan Pembaharuan Pilihan Raya anjuran Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) di sini, Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) kekal dengan pendirian agar dakwat kekal digunakan bagi menggantikan sistem biometrik.

Ini kerana tegas Ambiga, sistem biometrik yang berada di peringkat akhir kajian masih memerlukan banyak masa untuk dilaksanakan terutamanya dalam memberi penerangan kepada rakyat dan wakil parti politik.

"Kalau tak boleh jamin boleh digunakan pada pilihan raya umum ke-13, kita mahu dakwat kekal digunakan sebab ia murah dan mudah (digunakan).

"Proses untuk melaksanakan sistem ini mesti telus, kita perlu tahu siapa yang uruskan sistem ini, siapa yang dapat projek, adakah ia boleh digunakan pada pilihan raya umum ke13?" kata beliau kepada Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar.

Pertemuan pertama secara terbuka kedua-dua tokoh itu adalah pada Selasa lalu semasa Apa Selepas 9 Julai anjuran Kumpulan Media Karangkraf di Shah Alam.

Dalam pertemuan itu kedua-dua Ambiga dan Wan Ahmad membahaskan soal lapan tuntutan Bersih 2.0.

Selain dakwat kekal, tujuh tuntutan lain yang perlu dilaksanakan SPR adalah membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Pada Selasa lalu, Wan Ahmad juga tidak memberi jaminan sama ada sistem biometrik boleh digunakan pada pilihan raya umum ke-13.

"Kalau tidak boleh beri jaminan pertimbangkan untuk menggunakan dakwat kekal, ini amat penting kepada kita semua dan rakyat.

"Rakyat berhak tahu apa sistem biometrik dan saya difahamkan ia memerlukan kajian dan ujian untuk melaksanakannya," kata Ambiga.

Sementara itu, Wan Ahmad dalam ceramahnya tetap menegaskan SPR hanya badan menguruskan pilihan raya dan bukan badan penguatkuasaan.

Kata beliau, SPR hanya mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

Wan Ahmad menegaskan adalah mustahil untuk SPR melakukan perkara di luar kuasa yang diberikan kepada agensi itu.

"SPR duduk di tengah-tengah, bila duduk di tengah-tengah susah nak puaskan hati banyak pihak, kalau kita buat macam ini yang satu lagi tidak setuju.

"Sukar untuk kita lakukan sesuatu yang semua orang boleh terima, kami terikat dengan peraturan, kami hanya uruskan pilihan raya dan kami bukan agensi penguatkuasaan," katanya di hadapan kira-kira 150 peserta forum.

Mengenai politik wang, beliau menegaskan ia di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan bukan SPR.

"SPR boleh dipanggil sebagai responden atau saksi di mahkamah, tetapi tidak pernah dalam sejarah negara ini, SPR mengheret orang ke mahkamah berhubung rasuah," katanya.

Tambah Wan Ahmad, beliau percaya sistem biometrik boleh menjadi kaedah terbaik untuk menangani isu pengundi hantu walaupun tidak dapat memberi jaminan bila ia akan dilaksanakan.

Menurut beliau, setiap individu mempunyai cap jari yang berbeza dan sistem tersebut boleh mengesan ralat jika berlakunya sebarang pertindihan.

"Satu-satunya jalan terbaik untuk mengenal pasti kewujudan nama pengundi bertindih adalah melalui sistem biometrik.

Beliau berkata keberkesanan sistem biometrik kini masih lagi dalam peringkat kajian yang dijalankan oleh panel penasihat yang dilantik dan belum bersedia untuk menguji keberkesanannya prototaip itu dalam masa terdekat.

"Jika sudah bersedia kita akan panggil parti politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan badan profesional menguji keberkesanan sistem tersebut sehinggalah kita benar-benar yakin untuk gunakannya dalam pilihan raya umum ke-13," katanya.

Cadangan menggunakan sistem biometrik mendapat bantahan Pakatan Rakyat selain mahu ia dikaji dengan lebih terperinci sebelum dilaksanakan.

Kesatuan piket bantah Putrajaya sambung kontrak Presiden KTMB

Posted: 29 Jul 2011 08:31 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



Kakitangan KTMB berpiket di hadapan ibu pejabat syarikat itu di Kuala Lumpur membantah Putrajaya menyambung kontrak presidennya. — Foto oleh Choo Choy May


KUALA LUMPUR — Kira-kira 300 anggota Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM) hari ini mengadakan piket secara aman membantah penyambungan kontrak Presiden KTMB Dr Aminuddin Adnan selama dua tahun mulai Isnin ini.

Mereka mula berkumpul kira-kira pukul 6 petang di pekarangan ibu pejabat KTMB di Jalan Hishamuddin di sini sebelum bersurai setengah jam kemudian.

Bernama Online memetik Presidennya Abdul Razak Md Hassan berkata piket itu diadakan untuk membantah penyambungan kontrak Aminuddin, yang didakwa bersikap negatif terhadap kesatuan sekaligus menimbulkan rasa kurang senang kepada anggota mereka.

"Saya bagi pihak Majlis Eksekutif kesatuan berasa terkilan atas penyambungan itu kerana ia akan menyebabkan pertikaian berterusan di antara kesatuan dan Presiden.

"Semenjak Dr Aminuddin menyertai KTMB, beliau mempunyai persepsi negatif terhadap kesatuan seterusnya menganggap kesatuan adalah musuh," katanya.

Menurutnya seorang presiden perlu menjalinkan hubungan baik dengan kesatuan dan bukannya menjauhkan diri atau menjadikan kesatuan pekerja sebagai musuh.

Najib nafi restu projek saluran paip gas RM300b

Posted: 29 Jul 2011 08:23 AM PDT




KUALA LUMPUR— Datuk Seri Najib Razak menafikan beliau telah memberi lampu hijau kepada sebuah syarikat tempatan untuk membangunkan projek saluran paip gas serantau sejauh 8,000 kilometer menghubungkan negara-negara Asean termasuk Malaysia dengan China.

Perdana Menteri (gambar) kelihatan bingung apabila ditanya oleh pemberita hari ini berhubung kenyataan PanelPoint Sdn Bhd semalam bahawa Najib telah memberikan restu ke atas projek mereka yang bernilai AS$100 bilion (RM300 bilion).

"Tidak, tiada perkara sedemikian. Ia tidak pernah dibincangkan," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini hari ini.

Syarikat tempatan yang hanya dikenali PanelPoint semalam mengumumkan usahanya membentuk sebuah konsortium bagi membangunkan saluran paip gas 8,000 kilometer melibatkan pelaburan AS$100 bilion (RM300 bilion).

Bagaimanapun semalam, wartawan yang skeptikal tidak memperoleh banyak maklumat mengenai usaha sama itu, yang bakal membangunkan projek dikenali sebagai saluran paip Trans-Asian Oil and Gas (TOAG).

Syarikat itu berkata ia telah menerima restu secara hitam putih daripada perdana menteri.

Bagaimanapun ia tidak mempamerkan sebarang dokumen yang berkaitan.

"Bercakap mengenai aspek kewangan, kami cuba dan tidak menghebahkan secara besar-besaran kerana kami tidak mahu mendedahkan terlalu banyak butiran," kata Presiden dan Ketua Eksekutif PanelPoint Che Nordin Ismail.

TOAG, rangkaian paip gas semula jadi serantau yang pertama, akan menghubungkan Mersing dengan Jakarta, utara Kepulauan Natuna, Ho Chi Minh City, Hanoi, Guangzhou dan Hong Kong.

Gas, yang kebanyakannya dari Indonesia, akan disalurkan melalui saluran 8,000 kilometer kepada pembeli-pembeli di China sebaik sahaja ia selesai dalam 10 tahun.

Syarikat dalam konsortium terdiri daripada Hubei Weiguang Municipal Gas Investment and Development Co Ltd, PWS Manufacturing Sdn Bhd, Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Asia Bolts and Nuts Group, Lotus Action Sdn Bhd dan Techknow Industrial Sdn Bhd.

Banteras Rasuah P/Raya - Bukan Kerja Kami, Kata SPR

Posted: 29 Jul 2011 08:21 AM PDT

TVS NEWS


PETALING JAYA :Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunding jari kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai pihak yang bertanggungjawab membanteras rasuah politik semasa pilihan raya diadakan.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar menegaskan pihaknya tidak mempunyai kuasa-kuasa penguatkuasaan dan ia hanya sebuah badan yang menguruskan pilihan raya.

Wan Ahmad berkata, SPR hanya berpandu kepada Peguam Negara "dan undang-undang yang diberikan adalah undang-undang pengurusan."

Justeru, masalah-masalah berbangkit pada musim pilihan raya seperti politik wang, pembelian undi dan politik kotor adalah di bawah tanggungjawab SPRM, kata beliau.

"SPR boleh dipanggil sebagai responden atau saksi di mahkamah, tetapi tidak pernah dalam sejarah negara ini, SPR mengheret orang ke mahkamah berhubung rasuah," kata beliau pada forum "Undang-Undang Pilihan Raya, SPR dan Pembaharuan Pilihan Raya' anjuran Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham), di sini, hari ini.
Ini adalah kali kedua Wan Ahmad berkongsi pentas dengan Pengerusi Bersih 2.0 Ambiga Sreeenvasan untuk membincang tuntutan rakyat mahukan proses pilihanraya yang lebih adil dan telus.
Sebelum ini, mereka hadir di wacana Apa Selepas 9 Julai - yang merujuk kepada perhimpunan Bersih yang menyaksikan ribuan orang berarak di Kuala Lumpur menuntut diadakan pembaharuan proses pilihan raya.
Pada wacana itu, Ambiga menafikan SPR tidak mempunyai kuasa untuk membanteras rasuah dan sogokan kepada pengundi.
Beliau merujuk kepada peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberi kuasa kepada SPR mendapatkan bantuan sebarang agensi persekutuan untuk mengekang sebarang salah laku di bawah Akta Pilihan Raya.
Selain itu SPR juga mempunyai kuasa untuk menubuhkan sebuah unit penguatkuasa bagi memantau dan mengambil tindakan susulan terhadap mana-mana pihak yang menyalahi undang-undang pilihan raya.

Norman, Memey Bebas Tuduhan Khalwat

Posted: 29 Jul 2011 08:15 AM PDT

TVS NEWS


KUALA LUMPURI: Pasangan pelakon, Norman Hakim dan Memey Suhaiza 'menerima' hadiah perkahwinan dua bulan lebih awal, apabila mereka dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan berkhalwat, yang dihadapi sejak tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Salehan Yatim membuat keputusan itu pada Jumaat, tanpa mendengar pembelaan mereka, selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan prima facie terhadap pertuduhan.

Norman dan Memey yang hadir bersama di mahkamah pada pukul 9.30 pagi, mengakui bahawa mereka agak emosional semasa mendengar penghakiman tersebut menyebabkan mereka menangis.

Pasangan yang akan diijabkabulkan pada 28 September ini, juga tidak putus-putus melafazkan ucapan syukur manakala Norman segera ke surau berhampiran untuk menunaikan solat sujud syukur sebelum ditemubual oleh wartawan.

"Alhamdulillah, saya tidak mampu untuk berkata-kata. Tiga tahun kami berdepan dengan situasi ini dan hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang kami rasakan," kata Norman.

Memey yang memakai baju kurung dan berselendang ungu yang mengambil masa untuk menenangkan diri pula memberitahu, keputusan tersebut adalah berita yang paling dinanti-nantikannya.

"Ini adalah berita yang sangat gembira buat saya di saat-saat saya mahu mendirikan rumah tangga. Segala dugaan yang saya hadapi telah berakhir," katanya dalam nada yang agak tersekat-sekat menahan sebak.

Terdahulu, Salehan melepas dan membebaskan Norman, 35, dan Memey, 23, daripada tuduhan berkhalwat yang didakwa dilakukan pada antara pukul 1.45 dan 3 pagi, 30 Oktober 2008 di pejabat beralamat 4-A1, Jalan UP1/2, Taman Ukay Perdana, Ampang, di sini.

Bagi kesalahan itu Norman didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) manakala pendakwaan terhadap Memey dibuat di bawah Seksyen 29(2)(b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 2005.

Mereka didakwa di mahkamah untuk kali pertama pada 29 Januari 2009 dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada penghakimannya, Salehan berkata, pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan bahawa Norman dan Memey berada bersama dalam premis terbabit.

"Saksi-saksi pendakwaan yang terdiri daripada pegawai penguat kuasa agama konsisten bahawa hanya tertuduh wanita (Memey) berada di dalam premis tersebut manakala tertuduh lelaki (Norman) berada di premis 4-2A, iaitu bersebelahan," katanya.

Walaupun pihak pendakwaan menghujahkan bahawa Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon boleh ke premis 4-2A dengan cara memanjat lubang pintu jeriji, Salehan berpendapat, tiada keterangan yang menunjukkan jeriji itu berada dalam keadaan terbuka atau berkunci.

Selain itu, berdasarkan keterangan abang Norman, Mohamed Sophee saksi pendakwaan keempat (SP4), menyatakan bahawa jeriji itu berkunci dan dakwaan panjat tersebut juga tidak disoal balas dengan selengkapya.

"Sayangnya, pihak pendakwaan tidak pula membuat permohonan untuk mencabar kebolehpercayaan SP4 yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan tertuduh lelaki, malah bekerja dengannya, ujar Salehan.

Selain itu, Salehan juga berpendapat, intipati bahawa tertuduh sedang melakukan perbuatan yang boleh menimbulkan syak juga tidak dapat dibuktikan, apabila Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi berpakaian lengkap.

Norman pula berdasarkan keterangan, berbaju putih dan berseluar pendek.

Pada penghakimannya, Salehan juga berkata, pengadu dalam kes itu, Mohd Yusri Abdul Razak (saksi pendakwaan keenam) boleh dipertikaikan apabila bertindak memberi kenyataan kepada rancangan Melodi selepas tangkapan dibuat.

"Tindakan SP6 boleh menimbulkan tohmahan kepada tertuduh dan ia juga bersifat subjudis, kerana kes tersebut terlebih dahulu dibicarakan oleh media," ujar Salehan.

Beliau juga memutuskan bahawa memandangkan beban pembuktian adalah terletak di bahu pihak pendakwaan, maka jika terdapat kelemahan dalam kes itu, ia adalah merit kepada tertuduh.

Pada prosiding itu, Norman dan Memey diwakili oleh peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan manakala Pegawai Pendakwa daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mewakili pihak pendakwaan.-Mstar

Malaysia Akan Teliti Aduan Chelsea - Ahmad Shabery

Posted: 29 Jul 2011 08:14 AM PDT

TVS NEWS


KEMAMAN : Malaysia akan meneliti aduan yang dibuat pengurusan kelab Chelsea terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung cemuhan berbaur perkauman terhadap pemainnya, Yossi Benayoun ketika berkunjung ke negara ini minggu lalu.

Pemain antarabangsa Israel itu dikatakan diejek ketika beraksi dalam perlawanan persahabatan kelab liga Inggeris itu menentang Pilihan Malaysia di Kuala Lumpur.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, pihaknya akan meneliti punca sebenar Benayoun diejek sama ada disebabkan dasar perkauman atau sebaliknya.

"Kita tengok dulu bantahan itu, apakah penyokong mengejek dia kerana datang dari negara tertentu atau kerana dia dibu oleh mereka (penyokong) yang tak puas hati kerana dia berpindah dari kelab Liverpool ke Chelsea kerana pada malam itu ramai juga penyokong Liverpool yang datang.
"Sama juga dengan Fernando Torres dulu yang juga dari Liverpool ke Chelsea, dia juga kena bu kerana meninggalkan kelab asal," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan program Rakan Muda Ramadan Peringkat Kebangsaan sempena Karnival Emping Dadong, Kemaman 2011 di Kampung Dadong dekat sini hari ini.

Ahmad Shabery mengulas aduan pasukan Liga Inggeris, Chelsea di atas kejadian terhadap pemain tengah pasukan itu Benayoun kerana dikatakan menerima layanan buruk oleh penyokong Malaysia ketika beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil minggu lalu.

"Hari-hari ada orang kena bu (ejek), semalam pun ada kena bu, kita tidak tahu niat sebenar mereka. Tetapi dari segi kerajaan tidak timbul, kita benarkan mereka datang kerana sukan dan politik tidak boleh dicampurkan adukkan.

"Benayoun datang ke sini setelah kita beri kebenaran khas dan ini bukan pertama kali berlaku. Dulu pun kita pernah beri kebenaran yang sama kepada pasukan kriket (Israel) datang Malaysia," katanya.

Menurutnya, kerajaan Malaysia tidak pernah mengheret rakyat sesebuah negara dengan politik walaupun negara mereka mempunyai dasar politik yang berbeza.
Dalam masa yang sama, beliau turut meminta peminat bola sepak negara mengambil kejadian itu sebagai satu iktibar dan tidak mencampur adukkan politikdengan sukan, sebaliknya menjadikan sukan sebagai platfom menyatupadukan mereka.

Polis Diberi 24 Jam Mohon Maaf Kepada Mohamad Sabu

Posted: 29 Jul 2011 08:12 AM PDT

TVS NEWS

KUALA LUMPUR : Peguam kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamed Hanipa Maidin hari ini menyerahkan notis tuntutan kepada polis bagi meminta maaf kepada anak guamnya dalam tempoh 24 jam.

Notis itu telah dihantar dengan tangan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman jam 4 petang tadi dan menuntut Ketua Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Salleh Mat Rashid memohon maaf kepada Mohamad Sabu kerana memfitnah timbalan presiden PAS itu.

"Kami menuntut ia dibuat dalam masa 24 jam melalui semua media termasuk tv dan akhbar.

"Saya telah diarahkan oleh anak guam saya untuk memfailkan saman fitnah terhadap Datuk .... Jika tidak dibuat dalam masa 24 jam," kata Hanipa kepada Harakahdaily.

Mohamad sebelum ini mendakwa Salleh berbohong berhubung kecederaan yang dialaminya dalam insiden 9 Julai lalu.

Menurut Mohamad, beliau sememangnya dilanggar oleh pihak polis dan mengalami kecederaan pada bahagian lututnya sehingga menyebabkan beliau terpaksa menjalani pembedahan di hospital pakar di Petaling Jaya pada 17 Julai lalu.

Doktor memasukkan skru 2 1/2 inci untuk menyambungkan ligamen dan bahagian tulang di bahagian lututnya.

Malah katanya, Salleh sendiri tahu tentang dirinya yang dilanggar oleh pihak polis sehingga mengalami kecederaan dan tidak dapat berjalan apabila beliau terpaksa dipapah oleh pihak polis untuk dimasukkan ke dalam kenderaan polis, dipapah ketika dibawa ke lokap polis, dipapah ketika dibawa ke Balai Polis Jinjang.

Laporan berhubung beliau dilanggar itu juga dinyatakan dalam laporan polis yang dibuat di Balai Polis Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur pada 14 Julai lalu.

Kejadian menyedihkan yang dialaminya itu berpunca dari keganasan polis dalam menangani perhimpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur 9 Julai lalu.

Insiden-insiden keganasan polis itu termasuk terhadap dirinya dan para peserta lain telah diadukan kepada pihak Suhakam dan beliau bersetuju serta akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak Suhakam untuk mengadakan sisatan awam berhubung perkara itu.

Beliau amat kesal kerana Salleh yang dipengaruhi oleh para pemimpin Umno dan kerajaan BN sanggup mempermainkan soal keselamatan dan kesihatannya, pada hal kedua-dua perkara itu adalah perkara serius yang tidak sewajarnya dipermainkan.

Beliau turut kesal apabila PAS yang dahulunya hanya berlawan dengan Umno BN, tetapi kini dihadapkan pula dengan institusi awam untuk mempermainkan rekod keselamatan dan kesihatan seseorang.

SPR : Pengundi Hantu Akibat Tiada Penyelarasan JPN-Polis

Posted: 29 Jul 2011 08:10 AM PDT

Ditulis oleh Hadri Yaziz


PETALING JAYA : Masalah pengundi hantu tidak mungkin diselesaikan selagi polis dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak menyelaraskan data antara mereka berhubung kematian pengundi.

Ini kerana maklumat tentang kematian seseorang yang dilaporkan kepada polis tidak dipanjangkan kepada JPN, menurut Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Wan Ahmad menganggap kelemahan tersebut perlu diajukan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

"Pengkalan data polis, SPR dan JPN adalah lain. (Perkara) itu perlu cakap dengan KDN untuk menyelaraskan pengkalan data," kata beliau pada forum Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (PROHAM) di sini petang tadi.

Ramai yang hadir mengutarakan isu pendaftaran daftar pemilih yang dicemari dengan pihak yang menggunakan butiran pengundi yang sudah meninggal dunia untuk mengundi.

Beliau menegaskan SPR tidak dapat mengeluarkan nama-nama individu yang mati daripada senarai daftar pemilih SPR tanpa pengesahan daripada JPN.

Wan Ahmad berkata SPR membersihkan sehingga tujuh ribu nama individu yang telah meninggal dunia setiap bulan dalam data daftar pemilih.

Forum yang diturut disertai oleh Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S.Ambiga dan peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah itu bertujuan menangani kemelut berhubung kesedian SPR untuk melaksanakan reformasi pilihan raya.

Wawacana hari ini menyusul wacana Selasa lalu anjuran akhbar Sinar Harian susulan perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai.

Menjelaskan mengenai penggunaan sistem biometrik yang masih diperingkat kajian, Wan Ahmad menyifatkan ianya adalah cara terbaik memperbaiki sistem pilihan raya di negara ini.

Beliau turut mengakui kelemahan SPR menapis nama daftar pemilih yang telah meninggal dunia. Bagaimanapun sekali lagi Wan Ahmad enggan menerima cadangan Bersih 2.0 untuk menggunakan dakwat kekal.

Katanya cara itu tidak dipersetujui memandangkan wujudnya laporan polis pada tahun 2008 yang mengatakan ada pihak cuba untuk memanipulasi undi dengan mengimport masuk dakwat kekal.

Malah beliau turut menyatakan penggunaan dakwat kekal sudah ketinggalan zaman.

"Misalnya ada orang datang dengan jari ada dakwat, tapi namanya masih tidak bertanda(ini masalah). Jadi kita tidak mahu sebarang masalah di pusat mengundi," kata beliau.

Namun jawapan tersebut terus dipertikaikan kerana bimbang SPR menggunakan peruntukan begitu besar untuk menggunakan sistem biometerik namun tidak ada jaminan tekonolji itu akan membanteras masalah pengundi hantu dan undi bertindih.

Cincin RM24 Juta : Akhirnya Rosmah Bersuara, Sifatkan Fitnah

Posted: 29 Jul 2011 08:03 AM PDT

Ditulis oleh Salmiah Drahsin


KUALA LUMPUR: Setelah sekian lama mendiamkan diri sejak angin bertiup kencang tentang pembelian cincin bernilai RM24 juta, isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor akhirnya bersuara dan menyifatkannya sebagai satu fitnah dan tidak ada masa mahu melayannya.

"Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh)," kata beliau dipetik Berita Harian hari ini.

"Ini bukan perkara seronok-seronok, ini adalah fitnah . . . apa yang saya tidak rasa? Semua saya sudah rasa (difitnah).

"Justeru, daripada saya layan perkara seumpama ini lebih baik saya beri perhatian kepada hal rakyat kerana itu lebih penting," katanya kepada pemberita di Pokok Sena, Kedah, semalam.

Ekoran kemunculan isu itu, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua minggu lalu.

Ketua PKR Rembau itu turut mendesak supaya Rosmah memberi penjelasan sumber wang yang dibelanjakannya untuk membeli cincin tersebut.

Badrul berkata beliau juga akan menyerahkan salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga RM24.4 juta itu bebas daripada dikenakan cukai import.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Chegubard memberitahu, berdasarkan maklumat yang diterima SAMM 16 April lalu, berlian yang dikenali sebagai "Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond" diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Rosmah yang berada di Kedah mengiringi Datuk Seri Najib Razak dalam rangka lawatan kerja sehari ke negeri itu semalam diminta mengulas dakwaan media alternatif baru-baru ini kononnya beliau membeli sebentuk cincin bertatahkan berlian bernilai lebih RM24 juta.

Sementara itu, Rosmah berkata, sebagai isteri Perdana Menteri yang mempunyai kelulusan dan kelayakan lebih wajar baginya untuk menyumbang kepada usaha membantu rakyat termasuk usaha memantapkan pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar.

"Saya lebih senang dengan apa yang saya lakukan sekarang bagi membantu rakyat terutama dalam hal memperkasa pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar kerana bagi saya ilmu adalah harta paling bernilai untuk masa depan mereka," katanya.

Tiada ulasan: