Biaqpila |
- Pondan gagal tukar nama, masuk ICU
- Polis Diberi 24 Jam Mohon Maaf Kepada Mohamad Sabu
- Malaysia Tewas - Imigresen kena Ambil Action!
- Ramadhan Dan Taqwa
- Ekonomi Lembab Kerana Kerajaan "Main Politik"
Pondan gagal tukar nama, masuk ICU Posted: 29 Jul 2011 03:00 PM PDT KUALA TERENGGANU - Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesya Farhana, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, kerana mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah. Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika ditemui di hospital itu berkata anaknya mengalami muntah teruk dan tidak sedarkan diri kira-kira 3 pagi tadi. "Aleesya kini dalam keadaan stabil. Doktor mengesahkan dia mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau "unstable angina with cardiogenic shock"," katanya. Beliau berkata, anaknya itu mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak. Pada 18 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Terengganu menolak permohonan Mohd. Ashraf Hafiz, 25, selaku pempetisyen setelah mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman. - Bernama KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Polis Diberi 24 Jam Mohon Maaf Kepada Mohamad Sabu Posted: 29 Jul 2011 06:41 AM PDT KUALA LUMPUR 29 JULAI: Peguam kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamed Hanipa Maidin hari ini menyerahkan notis tuntutan kepada polis bagi meminta maaf kepada anak guamnya dalam tempoh 24 jam. Notis itu telah dihantar dengan tangan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman jam 4 petang tadi dan menuntut Ketua Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Salleh Mat Rashid memohon maaf kepada Mohamad Sabu kerana memfitnah timbalan presiden PAS itu. "Kami menuntut ia dibuat dalam masa 24 jam melalui semua media termasuk tv dan akhbar. "Saya telah diarahkan oleh anak guam saya untuk memfailkan saman fitnah terhadap Datuk .... Jika tidak dibuat dalam masa 24 jam," kata Hanipa kepada Harakahdaily. Mohamad sebelum ini mendakwa Salleh berbohong berhubung kecederaan yang dialaminya dalam insiden 9 Julai lalu. Menurut Mohamad, beliau sememangnya dilanggar oleh pihak polis dan mengalami kecederaan pada bahagian lututnya sehingga menyebabkan beliau terpaksa menjalani pembedahan di hospital pakar di Petaling Jaya pada 17 Julai lalu. Doktor memasukkan skru 2 1/2 inci untuk menyambungkan ligamen dan bahagian tulang di bahagian lututnya. Malah katanya, Salleh sendiri tahu tentang dirinya yang dilanggar oleh pihak polis sehingga mengalami kecederaan dan tidak dapat berjalan apabila beliau terpaksa dipapah oleh pihak polis untuk dimasukkan ke dalam kenderaan polis, dipapah ketika dibawa ke lokap polis, dipapah ketika dibawa ke Balai Polis Jinjang. Laporan berhubung beliau dilanggar itu juga dinyatakan dalam laporan polis yang dibuat di Balai Polis Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur pada 14 Julai lalu. Kejadian menyedihkan yang dialaminya itu berpunca dari keganasan polis dalam menangani perhimpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur 9 Julai lalu. Insiden-insiden keganasan polis itu termasuk terhadap dirinya dan para peserta lain telah diadukan kepada pihak Suhakam dan beliau bersetuju serta akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak Suhakam untuk mengadakan sisatan awam berhubung perkara itu. Beliau amat kesal kerana Salleh yang dipengaruhi oleh para pemimpin Umno dan kerajaan BN sanggup mempermainkan soal keselamatan dan kesihatannya, pada hal kedua-dua perkara itu adalah perkara serius yang tidak sewajarnya dipermainkan. Beliau turut kesal apabila PAS yang dahulunya hanya berlawan dengan Umno BN, tetapi kini dihadapkan pula dengan institusi awam untuk mempermainkan rekod keselamatan dan kesihatan seseorang. TVS KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Malaysia Tewas - Imigresen kena Ambil Action! Posted: 29 Jul 2011 12:00 AM PDT Saya boley main bola boss.. jadi striker! boleh score! Tak caya tanya Abang Khairy Jamaludin! So, Malaysia gagal lagi.. Alang-alang Kerajaan Malaysia buat pemutihan warga asing ni.. better minta Dato rajagopal dan FAM bukak booth di semua lokasi agen pemutihan tuh! Buat selection bola sekali.. Boleh serapkan ke dalam pasukan kebangsaan! Ehhh?? apsal tak boleh?? Warga asing pun leh dapat IC untuk jadi pengundi BN? Takkan jadi player bola tak bolehhh?? adehhh!! budakbalun 28072011 Piala Dunia 2014: Seri 1-1, impian Malaysia berakhir TERKINI @ 10:59:28 PM 28-07-2011 July 28, 2011 KUALA LUMPUR, 28 Julai — Malaysia dan Singapura terikat 1-1 pada perlawanan kedua pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014, yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini. Keputusan itu mengakhiri peluang Malaysia untuk melangkah ke pusingan ketiga. Menerusi jaringan malam ini, Singapura menang dengan agregat 6-4. Pasukan negara tewas 3-5 dalam perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar Sabtu lalu. Kedua-dua pasukan mejaringkan gol pada separuh masa kedua. -minsider budakbalun KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 28 Jul 2011 09:00 PM PDT Ramadhan ialah bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya rahmah, di tengah-tengahnya maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka. Umumnya Ramadhan disambut meriah di Malaysia. Masjid dan surau akan dibanjiri oleh jemaah yang bersolat terawih. Untuk menambahkan manfaat dari perhimpunan jemaah setiap malam, ada masjid dan surau yang mengadakan majlis renungan atau ceramah pendek atau tafsir pendek. Ini merupakan satu amalan yang baik kerana ia akan menjadikan majlis solat terawih sebagai satu medan bukan sahaja untuk beribadat bahkan juga medan untuk berkongsi Ilmu dan ingat memperingati. Sesuai dengan firman Allah bermaksud: " Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan memberi manfaat kepada orang-orang yang beriman" (Surah Azzariyat: 57) Dan firman-Nya lagi: "Demi masa, sesungguhnya manusia benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran". (Surah Al-Asr: 1-3) Rasulullah (saw) diriwayatkan sebagai bersabda ketika menjelang Ramadhan bermaksud: "Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan ditambat para syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan.Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi." (Hadis riwayat Ahmad dan An-nisai) Demikian bunyi pengumuman yang dibuat oleh Rasulullah (saw) setiap menjelangnya Ramadhan. Pengumuman ini membayangkan bahawa kedatangan Ramadhan adalah satu peristiwa yang amat bermakna bagi mukmin. Puasa pada siang harinya adalah salah satu syi'arnya yang penting.Tetapi bukan itu sahaja yang terdapat di bulan ini. Adalah rugi kiranya kita terlepas dari mendapat manfaat dan keberkatan lain yang begitu banyak di dalamnya. Rasullullah (saw) menegaskan bahawa Ramadhan bukan sahaja bulan kita berpuasa tetapi ia datang dengan penuh keberkatan, yang mana jalan untuk beramal begitu luas terbentang, jalan untuk mendapat pahala berlipat ganda dipermudahkan, jalan ke arah dosa dipersempitkan. Ini merupakan pemberian Allah yang tiada-tolok bandingnya. Allah swt berfirman, maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kami berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa . (Surah al-Baqarah: 183) Ayat ini merupakan ayat yang menitahkan fardhu puasa pada tahun kedua hijrah. Di samping menyatakan kewajipan puasa, ayat ini juga menyatakan tujuan dari ibadah puasa kita "agar kamu bertaqwa". Darjah taqwa ialah darjah tertinggi yang boleh dicapai oleh seorang hamba. Orang yang bertaqwa dijanjikan surga oleh Allah: " Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan syurga-syurga yang penuh kenikmatan di sisi Tuhannya" (Surah al-Qalam:34) " Dan bersegeralah kepada keampunan dari Tuhan-mu dan syurga yang bidangnnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa." (Surah ali-Imran: 133) Orang-orang yang bertaqwa akan memperolehi hidayah yang Allah turunkan di dalam alQuran: "Alif, Lam, Mim. Kitab al-Quran ini tidak ada keraguan di dalamnya petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa. " (Surah al-Baqarah: 1-2) Orang-orang yang bertaqwa bukan sahaja mendapat kejayaan di akhirat bahkan layak mendapat bantuan Allah di dunia lagi. Firman Allah bermaksud: "Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka." (Surah at-Talaq: 2-3) Orang-orang bertaqwa merupakan orang yang paling mulia di sisi Allah: "Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa dari kalangan kamu" (Surah al-Hujurat: 13) Oleh itu, taqwa adalah darjat yang begitu tinggi, yang melayakkan seseorang menjadi orang paling mulia, dijanjikan syurga, diberikan hidayah dan keampunan serta diberikan bantuan sejak di dunia lagi. Pasti untuk memperolehinya agak sukar. Namun kini peluangnya terbuka luas dengan tawaran istimewa dari Allah SWT. Janji Allah, jika kita berpuasa dengan sebenar puasa, pasti kita kan mencapai darjat taqwa. Marilah sama-sama kita berdoa dan berusaha untuk memastikan agar puasa kita Ramadhan ini mampu melonjakkan kita ke darjat taqwa.Amin. mpf KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Ekonomi Lembab Kerana Kerajaan "Main Politik" Posted: 28 Jul 2011 06:00 PM PDT KUALA LUMPUR 28 JUL : Agenda transformasi Ekonomi Perdana Menteri Najib Razak terencat susulan beberapa keputusan kerajaan yang dilihat sebagai tunduk kepada tekanan kumpulan pendesak hak Melayu, menurut beberapa ahli ekonomi. Dr Yeah Kim Leng dari RAM Holdings Berhad berkata prestasi ekonomi negara masih tidak memuaskan kerana tindakan kerajaan melayan rasa khuathir kumpulan-kumpulan pendesak itu sehingga menjejaskan usaha penambahbaikan dasar ekonomi. Beliau menyifatkan rasa khuathir kumpulan berkenaan sebagai tidak munasabah dan "berkemungkinan menjejaskan usaha Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi." Contoh-contoh yang menzahirkan kerajaan tunduk kepada kumpulan pendesak termasuk tindakan Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) melonggarkan syarat tender untuk projek MRT pada Mei lalu. Begitu juga apabila kerajaan campurtangan dalam keputusan UDA Holdings menjual tanah primanya kepada Nadayu Properties Berhad. Keadaan sedemikian, menurut Dr Yeah akan menyebabkan pelabur gusar terhadap keikhlasan Perdana Menteri melaksanakan dasar-dasar ekonomi yang ditetapkannya sendiri. Sentimen itu dikongsi oleh ahli ekonomi Merill Lynch Chua Hak Bai yang menyataka kegagalan Najib untuk patuh kepada dasar-dasar yang diumumkan hanya menambah kesangsian umum terhadap iltizam politik beliau. "Amat kasihan. Saya fikir ideanya baik, konsepnya bagus. Tapi bila saya fikir semua pihak ada kebimbangan dalam pelaksanaan (transformasi ekonomi) itu," kata beliau memberitahu Malaysian Insider. Ketua Penyelidik Jupiter Securities Pong Teng Siew pula menyatakan tindakan berdolak dalik kerajaan itu hanya akan menyukarkan usaha melaksanakan dasar-dasar berkesan untuk memacu ekonomi. Menurut beliau, pentadbiran Najib perlu lebih tegas dalam berurus dengan kumpulan pendesak hak Melayu yang mungkin tidak melihat kesan jangka panjang tuntutan mereka terhadap ekonomi negara. "Mungkin Perdana Menteri tidak menghantar mesej yang cukup kuat bahawa negara ini perlu berubah segera atau bakal terperangkap dengan pertumbuhan yang amat, amat perlahan," kata beliau. Najib sebelum ini sering dikritik kerana tidak mengambil tindakan tegas terhadap pertubuhan-pertubuhan seperti Perkasa yang dilihat membela hak Melayu dengan mempersoalkan hak-hak kerakyatan warga kaum lain. Beliau juga dilihat merestui tindakan-tindakan Perkasa itu selagi pertubuhan berkenaan menjadikan parti pembangkang sebagai sasaran dan menarik sokongan orang Melayu terhadap Umno. TVS KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan