DIALOG RAKYAT |
- 700 ahli parti KITA akan keluar parti
- Dakwaan Wahabi: Pemuda Umno mahu MKN jelaskan
- Ahli bimbang PSM6 mungkin didera
- Akta Kanak-Kanak dipinda elak kanak-kanak dipenjara
- Terorisme Wahabi Dr Asri, ulama: Mat Sabu ketawa
- Wahabi, terorisme: Menteri agama elak ulas
- Pemuda PAS Sarawak sasar 2 parlimen
- Bersih: Geli hati Rais suruh tengok video polis
- Biometrik untuk pastikan BN menang PRU 13
- Ibarat tembak lalat dengan peluru berpandu
- Biometrik dibantah, boleh lahirkan kekecohan
- IC klon ancam keselamatan negara
- Majlis Perundingan Media, satu lagi lapisan kawalan
- Najib takut Bourdon, rakyat makin curiga
- Tindakan pada pelajar semarak kebencian Umno BN
- Peguam Anwar panggil Najib, Rosmah ke mahkamah
- PAS tolak biometrik
- Lagi pemimpin Umno tak setuju kaitkan Wahabi dengan terorisme
- Ramadan: Tarikh lihat anak bulan Ahad ini
- Polis: Hanya RTM setuju tayang video 9 Julai setakat ini
- Isu Wahabi: Dialog dengan kami, Shahidan ajak menteri dan PDRM
- Kesatuan piket Jumaat protes kontrak Presiden KTMB disambung
- Isu Wahabi: Umno manipulasi Islam demi politik, kata PKR
- Najib guna blogger Amerika pro Israel
- KEADILAN kesal kaitkan Dr Asri dengan Wahabi, keganasan
700 ahli parti KITA akan keluar parti Posted: 26 Jul 2011 03:37 AM PDT PASPB KUALA LUMPUR – Anggota asal Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) yang ditukar kepada Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) berasa tertipu selepas Presidennya, Datuk Zaid Ibrahim semakin menyimpang jauh daripada perjuangan asal mereka. Bekas Presiden Akim, Zakaria Salleh berkata, anggota asal parti tersebut pada asalnya menerima Zaid sebagai presiden kerana pada mulanya yakin Zaid akan membawa parti itu ke tahap yang lebih tinggi namun anggapan mereka meleset sama sekali. Menurutnya, atas kesedaran tersebut, Zakaria menegaskan kira-kira 700 ahli asal akan keluar dari parti Kita dalam satu majlis yang akan diadakan di Taman Uda Murni, Kota Bahru pada jam 9 malam, 30 Julai ini. "Kami tidak kisah nama Akim ditukar kepada parti Kita, tetapi yang membuatkan kami rasa tertipu adalah dasar parti yang terlalu menyimpang jauh apabila Zaid membuka keahlian kepada bukan Melayu. "Jika namanya Karpal atau Kit Siang, saya tidak akan menyerahkan jawatan tersebut, tetapi kerana namanya Zaid bin Ibrahim, saya sanggup serahkan," katanya semalam. Ditanya sama ada Zakaria akan menubuhkan semula Akim, beliau menegaskan buat masa sekarang tidak perlu kerana mereka akan tunggu dan lihat perkembangan isu ini. Akim dalam mesyuarat agung tahunannya pertengahan Disember lalu telah menukar namanya menjadi Kita dan mengemukakan permohonan mendapatkan kelulusan menukar nama, logo dan perlembagaan. Zaid yang juga bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri dan calon timbalan presiden dalam pemilihan PKR tahun lalu mengambil alih jawatan baru itu daripada Zakaria Salleh pada mesyuarat agung luar biasa itu. SH | ||
Dakwaan Wahabi: Pemuda Umno mahu MKN jelaskan Posted: 26 Jul 2011 03:32 AM PDT MALAYSIA KINI Pergerakan Pemuda Umno mahu Majlis Keselamatan Negara memberi penjelasan berhubung laporan media bahawa bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin dan tokoh-tokoh agama Islam disenaraikan sebagai pendokong gerakan Wahabi atau pengganas. "Saya berasa sungguh terkejut dengan laporan media bahawa kononnya Majlis Keselamatan Negara, semasa mesyuaratnya, telah mengenalpasti bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin, serta beberapa pemimpin agama Islam yang lain sebagai pendokong gerakan Wahabi serta pengganas dan merasakan ia sebagai suatu yang sangat keterlaluan sekiranya laporan ini betul," katanya ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di blognya. Menurut beliau, sebarang maklumat yang telah dibentangkan itu hendaklah diteliti dan dihalusi secara adil dan amatlah tidak wajar sekiranya pihak yang berkenaan bersifat melulu dengan terus menjatuhkan ketetapan atau hukum tanpa usul periksa. Katanya, Dr Asri serta mereka yang telah disenaraikan sebagai pendokong gerakan Wahabi atau pengganas itu juga perlu diberi peluang membela diri dan memberikan hujah bagi menjelaskan kedudukan mereka. "Daripada pengamatan serta pengalaman saya bertukar pendapat dengan beliau, saya dapati Dr Asri adalah seorang tokoh cendiakawan Islam yang begitu menonjol dengan pemikiran beliau yang bukan sahaja terbuka, moderat bahkan progresif di dalam usaha memajukan ummah serta usaha-usaha dakwah. Langkah melulu Pendekatan Islam Sementara itu, pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad pada sidang akhbarnya di Petaling Jaya hari ini berkata apa yang berlaku kepada Asri adalah kes "manipulasi politik berhubung agama". | ||
Ahli bimbang PSM6 mungkin didera Posted: 26 Jul 2011 03:27 AM PDT S Pathmawathy Parti Sosialis Malaysia melahirkan kebimbangannya mengenai kemungkinan beberapa pemimpinnya yang ditahan mengikut Odinan Darurat (EO) sejak 2 Julai lalu didera oleh polis. Sehubungan dengan itu, setiausaha agung PSM S Arutchelvan yang juga bimbang kerana sejak 10 hari lalu keluarga tahanan dinafikan hak melawat mereka, membuat laporan polis di balai polis Dang Wangi, Ahad lalu. Keenam-enam yang ditahan itu adalah ahli parlimen Dr D Jeyakumar, M Sarasvathy, Choo Chon Kai, M Sugumaran, A Letchumanan dan R Saras Babu. Menurut afidavit balas yang difailkan polis semasa permohonan habeas corpus bagi membebaskan tahanan berkenaan, keenam-enam mereka ditahan kerana disyaki sebagai 'penggerak utama' perhimpunan BESIH 2.0 dan penahanan mereka adalah penting bagi menjamin ketenteraman awam. "Keluarga mereka dinafikan hak melawat sejak 15 Julai. Pertama, mereka (polis) menangguhkan lawatan yang dijadualkan pada Jumaat hingga Sabtu tetapi kemudian ia dibatalkan dan ditunda hingga semalam," kata Arutchelvan sambil menambah lawatan itu juga dibatalkan pada minit terakhir. Beliau berkata kebimbangannya memang berasa kerana keadaan yang sama berlaku apabila Suruhanjaya Hak Asasai Manusia (Suhakam) mahu melawat Sarasvathy awal minggu ini. "Polis tidak memberikan akses kepada Suhakam kerana Saras dimasukkan ke dalam hospital kerana sakit dada," kata Arutchelvan, sambil menambah keluarganya tidak diberitahu mengenai perkembangan itu. "Kami syaki sesuatu berlaku ke atas keenam-enam mereka dan ini sebab mengapa keluarga mereka tidak dibenarkan melawat mereka," katanya. | ||
Akta Kanak-Kanak dipinda elak kanak-kanak dipenjara Posted: 26 Jul 2011 03:22 AM PDT BERNAMA Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bercadang untuk meminda Akta Kanak-Kanak 2001 bagi melindungi kanak-kanak yang melakukan kesalahan ringan supaya tidak diperintahkan ke penjara. Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, sebaliknya, kanak-kanak tersebut dicadang agar menjalani Perintah Khidmat Masyarakat, satu program pemulihan yang akan dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Beliau berkata, pendekatan secara "keadilan pemulihan" iaitu pemulihan serta keinsafan dilihat bersesuaian kerana kanak-kanak yang terlibat dalam kesalahan ringan seperti mencuri dan menjual VCD haram tidak akan mengulangi kesalahan mereka. "Kita tidak mahu kanak-kanak ini apabila menjalani hukuman dalam penjara atau pusat tahanan, mereka akan terus duduk dalam persekitaran yang lebih mempengaruhi mereka untuk mengulangi kesalahan yang lebih besar," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur dan menambah akta tersebut dijangka dimuktamadkan pada penghujung Disember ini. Beliau merasmikan Mesyuarat Majlis Penasihat dan Perundingan Kebangsaan Kanak-Kanak. | ||
Terorisme Wahabi Dr Asri, ulama: Mat Sabu ketawa Posted: 26 Jul 2011 03:13 AM PDT Jimadie Shah Othman Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini cuma ketawa apabila diajukan soalan tentang beberapa tokoh ulama Islam yang dikaitkan dengan Wahabi dan terorisme. "Macamlah juga enam orang yang ditahan (atas alasan) hendak menggulingkan Yang di-Pertuan Agong. Itu semua cerita rekaan semata-mata. Tak ada apa-apa pun. "Ini cuma propaganda menjelang pilihan raya dalam keadaan Umno dan BN tersepit sekarang, terutama sekali imej mereka di peringkat antarabangsa (terjejas)," dakwanya yang terus tersenyum. Hadir sama dalam sesi itu Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan tiga naib presiden PAS - Datuk Mahmuz Omar, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub. Malaysiakini semalam melaporkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bimbang terhadap beberapa tokoh agama di Malaysia, termasuk bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme. Difahamkan, taklimat tertutup MKN yang antaranya disertai mufti dan wakil majlis agama Islam negeri di Putrajaya, seramai 40 ulama muda Umno turut dikaitkan sama. Semangat keislaman Sumber-sumber juga mengaitkan kerajaan Arab Saudi dan beberapa negara teluk seperti Kuwait dan Bahrain dengan jaringan itu. Sementara itu, Mahfuz (kiri) pula berpendapat, dakwaan tersebut perlulah dipandang serius kerana ia boleh menjejaskan hubungan Malaysia dengan negara-negara tersebut yang berkongsi "semangat keislaman". "Atas semangat keislaman, perkara ini tidak baik," katanya yang juga anggota parlimen Pokok Sena. Manakala Husam pula sempat menyampuk" "Bukan (dengan) Arab Saudi sahaja. Tetapi dengan tiga negara sekali gus. Sudahlah kita dah bergaduh dengan Perancis." Pada 22 Julai, peguam Perancis William Bourdon, yang berada di Pulau Pinang untuk bercakap tentang urusniaga pembelian kapal selam Scorpene dihantar pulang selepas ditahan pihak imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Sementara itu, Mustafa pula mengumumkan keputusan mesyuarat jawatankuasa pusat PAS hari ini yang melantik ketiga-tiga naib presiden PAS sebagai penyelaras parlimen Titiwangsa ekoran kematian wakil rakyatnya Dr Lo' Lo' Ghazali. "Titiwangsa juga akan dijadikan parlimen angkat PAS pusat," katanya. | ||
Wahabi, terorisme: Menteri agama elak ulas Posted: 26 Jul 2011 03:08 AM PDT Abdul Rahim Sabri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengelak mengulas berhubung taklimat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mengaitkan beberapa tokoh ulama dengan fahaman Wahabi dan terorisme semalam.Walaupun ditanya beberapa kali oleh pemberita, beliau hanya mahu menjawab berhubung isu berhubung programnya pada hari ini sahaja yang antaranya berkaitan hal ehwal pegawai penyelarasan masjid di daerah-daerah (PPMD). "(Perkara) yang hari ini. Saya fokus yang hari ini. Pasal, kalau tidak tak keluar pula (dalam akhbar). "Sebab (program) semalam, tak keluar, jadi saya berasa rasa kecil hati," katanya dalam sidang media selepas majlis pertemuan dengan pegawai PPMD di kompleks Tabung Haji Kelana Jaya petang ini. Diminta sekali lagi mengulas isu kebimbangan yang ditimbulkan dalam taklimat MKN di Putrajaya semalam, Jamil Khir tetap menjawab: "Tak apalah, cukuplah yang itu dulu, sebab sat (sekejap) lagi, memang tak masuk". Walaupun terus diasak pemberita hingga kali ketiga, Jamil Khir dengan nada berseloroh tetap menolaknya dan berkata akan menjawab perkara itu apabila "esok, sampai masanya" Semalam Malaysiakini melaporkan, dalam taklimat tertutup MKN di Putrajaya semalam, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan 40 Ulama Muda Umno adalah antara yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan Terorisme. Taklimat yang diserta para mufti dan wakil majlis agama Islam negeri, turut mendakwa kerajaan Arab Saudi didakwa menjadi dalang di sebalik tokoh-tokoh ini. | ||
Pemuda PAS Sarawak sasar 2 parlimen Posted: 26 Jul 2011 03:06 AM PDT
| ||
Bersih: Geli hati Rais suruh tengok video polis Posted: 26 Jul 2011 03:05 AM PDT
| ||
Biometrik untuk pastikan BN menang PRU 13 Posted: 26 Jul 2011 03:04 AM PDT
| ||
Ibarat tembak lalat dengan peluru berpandu Posted: 26 Jul 2011 03:03 AM PDT
| ||
Biometrik dibantah, boleh lahirkan kekecohan Posted: 26 Jul 2011 03:01 AM PDT
| ||
IC klon ancam keselamatan negara Posted: 26 Jul 2011 02:59 AM PDT
| ||
Majlis Perundingan Media, satu lagi lapisan kawalan Posted: 26 Jul 2011 02:56 AM PDT
| ||
Najib takut Bourdon, rakyat makin curiga Posted: 26 Jul 2011 02:55 AM PDT
| ||
Tindakan pada pelajar semarak kebencian Umno BN Posted: 26 Jul 2011 02:52 AM PDT
| ||
Peguam Anwar panggil Najib, Rosmah ke mahkamah Posted: 26 Jul 2011 02:49 AM PDT
| ||
Posted: 26 Jul 2011 02:48 AM PDT
| ||
Lagi pemimpin Umno tak setuju kaitkan Wahabi dengan terorisme Posted: 26 Jul 2011 02:46 AM PDT KUALA LUMPUR— Tindakan melabel kumpulan atau individu tertentu termasuk bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang didakwa mengamalkan Wahabi, dengan aktiviti terorisme hanya akan memecahbelahkan umat Islam negara ini, kata Datuk Saifuddin Abdullah. Justeru tegas ahli Majilis Tertinggi Umno ini, beliau (gambar) tidak bersetuju dengan tindakan melabelkan orang tertentu sebagai pengamal Wahabi dan kemudian merumuskan mereka sebagai pengganas. "Saya tidak setuju langkah melabelkan orang tertentu sebagai Wahabi selanjutnya menyebabkan dia dilabelkan sebagai teroris (pengganas). "Langkah melabelkan ini hanya memecahkanbelahkan umat Islam...dalam Islam ada adab berbeza pendapat, tapi janganlah kerana berbeza pendapat sehingga terbawa-bawa dengan melabelkan seseorang itu sebagai Wahabi atau teroris," kata beliau yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi kepada The Malaysian Insider. Ia dilihat sebagai pandangan susulan mempertahankan Asri daripada label sedemikian. Dalam pandangan yang disiarkan menerusi blognya, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin melahirkan pendirian agar Asri dan mana-mana pihak yang dikaitkan dengan amalan Wahabi atau pengganas diberi peluang membela diri bagi menjelaskan kedudukan mereka. Khairy menegaskan sebarang maklumat yang telah dibentangkan pada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) hendaklah diteliti dan dihalusi secara adil dan amatlah tidak wajar sekiranya pihak yang berkenaan bersifat melulu dengan terus menjatuhkan ketetapan atau hukum tanpa usul periksa dan tidak memberikan peluang membela diri. "Pada masa yang sama, saya ingin menegaskan bahawa daripada pengamatan serta pengalaman saya bertukar pendapat dengan beliau, saya dapati Dr Asri adalah seorang tokoh cendiakawan Islam yang begitu menonjol dengan pemikiran beliau yang bukan sahaja terbuka, moderat bahkan progresif di dalam usaha memajukan ummah serta usaha-usaha dakwah," kata Khairy. Laporan media menyebut pihak berkuasa telah mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan isu fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme semalam. Difahamkan mesyuarat yang dihadiri para mufti dan agensi agama telah menyenaraikan beberapa nama pemimpin popular negara termasuk tokoh agama muda yang menyertai Umno tahun lalu. Antara nama itu ialah Asri, yang pernah dikaitkan dengan fahaman Wahabi. Isu mengaitkan Asri dengan fahaman Wahabi dan pengganas Jemaah Islamiah (JI) muncul awal tahun lalu. Ketika itu nama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya juga muncul. Nama tokoh-tokoh itu dilaporkan dibangkitkan pada satu taklimat keselamatan negara berhubung JI di Bukit Aman ketika itu. Tambah Saifuddin, beliau berharap mana-mana pihak tidak lagi mengaitkan individu tertentu dengan fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme kerana ia adalah strategi Barat untuk menentang Islam. "Kita perlu faham bahawa Wahabi adalah fahaman agama yang diamalkan di Mekah dan Madinah. Adakah bermakna umat Islam Malaysia tidak boleh menunaikan Haji? "Strategi mengaitkan Islam dengan terorisme adalah strategi Barat, kita menentang terorisme tapi kita tidak perlu menggunakan strategi seperti Barat," katanya yang juga Ahli Parlimen Temerloh. Isu Wahabi sekali lagi muncul April lalu apabila seorang pegawai kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesyaki Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais, yang berada di Malaysia, cuba menyuntik fahaman Wahabi di kalangan umat Islam negara ini dengan menggunakan platform "kerajaan dengan kerajaan." Saifuddin dalam satu jawapan di Dewan Rakyat pada Jun 2010 pernah menyebut bahawa "saya tidak fikir kita sesuai untuk melabelkan organisasi atau individu tertentu dengan Wahabi dan kerana itu dia ada kaitan dengan terrorism." "Ini dengan izin, 'over stretching the argument'. Oleh sebab itu, saya melihat tidak ada alasan kukuh untuk melibatkan empat orang itu sebagai Wahabi kah, atau terorisme kah," kata beliau merujuk kepada Asri, Hadi, Juanda dan Shahidan. | ||
Ramadan: Tarikh lihat anak bulan Ahad ini Posted: 26 Jul 2011 02:45 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah. Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah). Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu), Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu (Kelantan). Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang). Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis). Bernama Online melaporkan bahawa Majlis Raja-Raja mempersetujui cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui radio dan televisyen pada malam itu juga. | ||
Polis: Hanya RTM setuju tayang video 9 Julai setakat ini Posted: 26 Jul 2011 02:43 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER PORT DICKSON— Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan video perhimpunan 9 Julai lepas untuk ditayangkan lagi di mana-mana stesen televisyen di negara ini. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata setakat ini hanya RTM bersetuju menerima tawaran ini dan telah menayangkannya. "Jika ada stesen televisyen lain yang ingin menayangkan video tersebut, kita sedia menyerahkan video ini untuk ditayangkan. Sebenarnya, klip video ini juga kini boleh dilihat di laman web PDRM," kata beliau dipetik Bernama Online. "Kita berterima kasih kepada RTM kerana telah menyiarkan klip video sebenar apa yang berlaku pada perhimpunan haram 9 Julai lepas. "Kita mengharapkan dengan ditayangkan klip video ini masyarakat mendapat maklumat yang tepat dan sebenar apa yang berlaku pada hari tersebut," katanya selepas menyaksikan raptai penuh perbarisan tamat latihan perdana perajurit muda dan konstabel polis siri 1/2011 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini. Khalid berharap dengan penayangan klip video tersebut tidak ada lagi pihak-pihak yang membuat tuduhan, tomahan dan andaian bahawa polis berlaku ganas dan zalim kepada mereka yang berhimpun secara haram di ibu negara pada 9 Julai lepas. | ||
Isu Wahabi: Dialog dengan kami, Shahidan ajak menteri dan PDRM Posted: 26 Jul 2011 02:36 AM PDT KUALA LUMPUR— Bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini menggesa pihak berkuasa menyelesaikan isu Wahabi dan kini dikaitkan dengan aktiviti pengganas diselesaikan buat selama-lamanya dan tidak terus dibangkitkan termasuk dilaporkan menjadi fokus Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam. Sehubungan itu beliau yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno mahu satu dialog diadakan bersama pihak-pihak yang dilabel sebagai pengamal dan pengikut fahaman Wahabi. Shahidan sendiri pernah dikaitkan sebagai pengamal fahaman Wahabi. Beliau merupakan salah seorang daripada empat pemimpin politik dan agama dinamakan dalam senarai 'dikehendaki' dalam isu fahaman Wahabi awal tahun lalu. Bagaimanapun Shahidan sudah beberapa kali menafikan dakwaan sedemikian dan pernah mencabar pihak-pihak yang mempertikaikannya agar mengemukakan bukti. "Perkara ini sudah lama dibangkitkan, bukan baru. Jadi, saya akan minta (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengadakan satu dialog, dialog antara mufti-mufti dengan mereka yang didakwa mengamalkan fahaman Wahabi. "Saya juga minta polis mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak ini (didakwa mengamalkan Wahabi), kami pun hendak tahu di bahagian mana dalam badan kami ada amalan Wahabi, kami mengamalkan fahaman Wahabi... bincang dengan kami, dan selesaikan isu ini buat selama-lamanya," kata beliau kepada The Malaysian Insider pagi ini. Malah perkara itu turut ditekankan oleh dalam laman sosial Facebooknya. Shahidan antara lain berkata "kerajaan persekutuan dan negeri kena perjelaskan apakah dia fahaman Ahbash kerana dalam buku haram edaran puak-puak Syiah gambar Zamihan, seorang pengamal Ahbash dipamerkan sebagai hero... mungkin kerajaan pun tidak faham tentang bahaya Ahbash.. menteri agama (Jamil Khir) camna?" kata beliau dilihat merujuk kepada Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia. Pegawai itu pernah didakwa menyenaraikan Shahidan, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada taklimat dengan Polis Diraja Malaysia dan para naib canselor pusat pengajian tingggi tempatan tahun lalu. Justeru tegas Shahidan, beliau akan menghubungi Jamil Khir hari ini meminta agar diadakan satu dialog dan tidak mahu isu ini berpanjangan. "Bagaimana mereka boleh menghina tokoh-tokoh agama ini, mufti ini kononnya mengamalkan Wahabi dan dikaitkan sebagai menjurus kepada keganasan... mengapa tidak panggil mereka dan diadakan dialog," kata Shahidan sambil mengulangi bahawa pihaknya tidak mengamalkan fahaman Wahabi. "Saya pun tidak tahu apa itu amalan Wahabi, beritahu kami apa itu amalan Wahabi, beri kami penjelasan... kalau dapat memberikan penjelasan, kami gembira," kata Shahidan yang memainkan peranan penting dalam membawa 40 ulama muda menyertai Umno tahun lalu. Kesemua 40 ulama muda itu turut didakwa disenaraikan sebagai pengamal fahaman Wahabi bersama Asri dan Juanda kali ini. Dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider pagi tadi, Asri berharap ulama-ulama muda itu, yang menyertai Umno tahun lalu, mengkaji balik kedudukan mereka dalam parti itu ekoran tindakan pihak tertentu terus mengaitkan mereka dengan fahaman Wahabi dan aktiviti pengganas. Sehubungan itu, Asri berkata, beliau terkejut apabila ada pihak yang menganggap sekitar 40 ulama muda, kebanyakannya merupakan rakan beliau dan menyertai parti teras Barisan Nasional (BN) itu setahun lalu, didakwa menggunakan politik sebagai platform untuk mengembangkan fahaman Wahabi. "Saya tahu mereka ini (ulama muda) bertungkus-lumus membantu Umno dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ulama muda dalam parti politik dan menjalankan kerja-kerja mendakwah, tetapi mereka dilabelkan macam ini. "Jadi, saya meminta mereka mengkaji semula kedudukan mereka dalam parti (Umno), sama ada mahu kekal sebagai ulama muda dalam Umno," kata Asri kepada The Malaysian Insider hari ini. Dalam tulisan di laman Facebooknya semalam, Asri berkata "pada hari ini satu taklimat keselamatan diberikan kepada para mufti dan pegawai agama di seluruh negara... tamat pada pukul 1 tengah hari... beberapa tokoh dimasukkan sebagai mengancam keselamatan negara... saya pun dimasukkan juga... saya tidak kisah, memang ada pun pendapat saya yang tidak sama dengan kerajaan pusat termasuk dalam isu Bersih." "Namun yang peliknya 40 ulama muda Umno juga dimasukkan dalam senarai pengganas khusus Ustaz Fathul Bari (Mat Jahya)... demikian setelah mereka berhempas membela kerajaan Umno, inilah balasannya." Malah kata Asri, "(kerajaan) Arab Saudi dan ulamanya dianggap negara pengganas.. parti politik tertentu yang menerima bantuan daripada Arab Saudi juga dianggap ada unsur pengganas... sudah pasti lulusan Madinah semuanya pengganas... inilah apabila madu dibalas racun, penawar dibalas tuba... elok ulama muda Umno mengambil langkah yang drastik..." | ||
Kesatuan piket Jumaat protes kontrak Presiden KTMB disambung Posted: 26 Jul 2011 02:34 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM) merancang mengadakan piket secara aman di pekarangan ibu pejabat Keretapi Tanah Melayu (KTMB) di sini Jumaat ini bagi membantah penyambungan kontrak presiden KTM Dr. Aminuddin Adnan selama dua tahun mulai 1 Ogos ini. Presidennya, Abdul Razak Md Hassan mendakwa pihaknya telah mendapat kebenaran daripada polis Dang Wangi untuk mengadakan piket itu dan menjangka kira-kira 1,000 pekerja KTMB akan menyertainya mulai 6 petang. Bercakap pada sidang media di sini, Razak mendakwa penyambungan kontrak Aminuddin menimbulkan rasa kurang senang pihak kesatuan, kerana menurutnya, Aminuddin bersikap negatif terhadap kesatuan. "Pekerja-pekerja KTMB melahirkan rasa kekecewaan dengan penyambungan kontrak Dr. Aminuddin Adnan sebagai Presiden KTMB selama dua tahun lagi bermula 1 Ogos 2011 sehingga 31 Julai 2013. "Penyambungan kontrak kini menimbulkan rasa kurang senang kesatuan berikutan perhubungan di antara kesatuan dengan Presiden KTMB telah punah berikutan Presiden KTMB tidak menganggap kesatuan sebagai rakan kongsi, sebaliknya beranggapan kesatuan adalah 'seteru'," kata Razak dalam kenyataan yang diedarkan pada sidang media. Kata beliau, perhubungan perusahaan adalah elemen penting dalam menjana produktiviti yang baik, kesatuan sebagai rakan kongsi perlu diberi perhatian yang serius dalam membantu membangunkan KTMB dari sebuah syarikat yang tidak produktif kepada sebuah syarikat yang berdaya saing bagi member perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat, tindakan membelakangkan kesatuan dan beranggapan kesatuan sebagai "seteru" adalah satu persepsi yang negatif yang perlu dihindarkan kerana boleh mencetuskan pertikaian. Kata beliau, pihak kesatuan memohon kepada pihak yang bertanggungjawab dalam pelantikan Aminuddin membatalkan atau menamatkan kontraknya serta-merta dan melantik mereka yang lebih layak untuk menerajui KTMB. "Pihak kesatuan ingin menegaskan bahawa tindakan penyambungan kontrak ini akan menyebabkan dalam tempoh dua tahun yang akan dating akan terus wujud pertikaian seterusnya akan menyebabkan pihak kesatuan mengambil tindakan perusahaan yang berpanjangan sehingga Aminuddin ditamatkan kontrak," kata beliau. | ||
Isu Wahabi: Umno manipulasi Islam demi politik, kata PKR Posted: 25 Jul 2011 10:26 PM PDT PETALING JAYA— PKR mendakwa pentadbiran mempunyai agenda politik apabila mengaitkan bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebagai "pengganas" kerana mempunyai hubungan dengan Wahabi. Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, dengan berbuat demikian Putrajaya secara automatik mendedahkan Barisan Nasional (BN) memanipulasikan agama bagi memenuhi kepentingan politik. "Ia memanipulasikan agama," katanya pada sidang media hari ini. "Umno bukan mengenai agama... ia tentang politik," tambah beliau. Nik Nazmi terlebih dahulu mengkritik langkah Putrajaya itu menerusi mesej Twitter semalam. Menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu, beliau berkata, Islam yang sebenar menuntut agar dialog terbuka perlu dilakukan bagi mendapatkan penjelasan Asri. "Saya bukan pengikut fahaman Wahabi. Saya tidak bersetuju dengannya tapi apa yang anda lakukan? "Mengapa tidak membahaskan perkara ini," katanya. Nik Nazmi berkata moyangnya telah mengadakan debat berhubung isu seperti itu pada 1930 di Kelantan dan ia tidak memberikan kesan buruk dan oleh itu perlu mendapatkan reaksi daripada pendapat yang dikeluarkan Asri. Beliau juga mencadangkan agar Putrajaya menulis sebuah buku untuk membentangkan hujah-hujah daripada mengambil jalan yang tidak matang. Tahun lalu Asri dikaitkan dengan Wahabi dan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah bersama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya. The Malaysian Insider difahamkan Hadi dan Shahidan tidak disenaraikan dalam pemerhatian. Dua ahli Parlimen Umno mempertahankan Asri dengan mendesak pentadbiran Najib salah kerana melabelkan tokoh agama itu dengan aktiviti pengganas. Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) bertindak secara berlebihan kerana mengaitkan fahaman Wahabi dengan aktiviti pengganas. Semalam The Malaysian Insider melaporkan MKN telah mengeluarkan arahan agar mufti-mufti dan agensi agama untuk memantau fahaman Wahabi. | ||
Najib guna blogger Amerika pro Israel Posted: 25 Jul 2011 10:18 PM PDT KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR: Belum pun reda isu kerajaan menggunakan khidmat Apco dengan bayaran RM77 juta setahun, terbaru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didedah menggunakan khidmat sekumpulan blogger Amerika pro Israel. Selain Najib, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud juga dikatakan menggunakan khidmat blogger yang sama bagi tujuan meningkatkan imej, seperti dilapor sebuah portal berita semalam, Free Malaysia Today. Lebih memalukan, salah seorang blogger itu, Caleb Howe, dikesan memburuk Islam pada laman twitternya 23 April tahun lepas dengan menghina junjungan besar umat Islam, Nabi Muhammad. "Saya melukis gambar (nabi) Muhammad hari ini. Saya menunjukkan beliau mengahwini kanak-kanak sebelum sunti. Pada mesej twitter yang sama selepas itu, beliau menulis "Boleh kah saya berkahwin dengan pra-sunti? Maaf…itu kesalahan ejaan saya. Maksud saya merogol". Howe dan blogger lain dilihat bukan kali pertama telah membuat kenyataan yang menghina dan memburukkan Islam secara keterlaluan terutama di laman twitter. Beliau juga dikaitkan dengan Josh Trevino, penulis blog berhaluan kanan di belakang blog Amerika 'Red State' dan 'New Ledger' dan juga syarikat yang dipanggil Rogue Strategic Services. Rogue Services dilapor menyediakan perkhidmatan untuk Barisan Nasional sejak zaman bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Howe juga penyumbang tetap kepada laman web utama Trevino 'Red State' , juga pembantu akaun Twitter 'Malaysia Matters' yang mana berkait dengan laman web Malaysia Matters- satu daripada projek Trevino untuk mempromosikan pemimpin BN. Laman web Malaysia Matters telah dimulakan dalam 2008 oleh Trevino dan seorang rakan sekerja Jerome Amstrong. Armsrong, yang juga profesional 'blogger upahan', ditugaskan oleh kerajaan Malaysia untuk khidmat berkenaan- beliau menyenaraikan Malaysia sebagai pelanggan di laman web syarikatnya, Webstrong. Trevino sendiri bukan lagi menjadi rahsia dengan pandangannya yang pro israel sehingga dia berbalas cicipan twitter sesama rakan Amerika yang berasa kasihan dengan rakyat Palestin dan isu kapal flotilla yang diserang tentera Israel.KUALA LUMPUR: Belum pun reda isu kerajaan menggunakan khidmat Apco dengan bayaran RM77 juta setahun, terbaru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didedah menggunakan khidmat sekumpulan blogger Amerika pro Israel. Selain Najib, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud juga dikatakan menggunakan khidmat blogger yang sama bagi tujuan meningkatkan imej, seperti dilapor sebuah portal berita semalam, Free Malaysia Today. Lebih memalukan, salah seorang blogger itu, Caleb Howe, dikesan memburuk Islam pada laman twitternya 23 April tahun lepas dengan menghina junjungan besar umat Islam, Nabi Muhammad. "Saya melukis gambar (nabi) Muhammad hari ini. Saya menunjukkan beliau mengahwini kanak-kanak sebelum sunti. Pada mesej twitter yang sama selepas itu, beliau menulis "Boleh kah saya berkahwin dengan pra-sunti? Maaf…itu kesalahan ejaan saya. Maksud saya merogol". Howe dan blogger lain dilihat bukan kali pertama telah membuat kenyataan yang menghina dan memburukkan Islam secara keterlaluan terutama di laman twitter. Beliau juga dikaitkan dengan Josh Trevino, penulis blog berhaluan kanan di belakang blog Amerika 'Red State' dan 'New Ledger' dan juga syarikat yang dipanggil Rogue Strategic Services. Rogue Services dilapor menyediakan perkhidmatan untuk Barisan Nasional sejak zaman bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Howe juga penyumbang tetap kepada laman web utama Trevino 'Red State' , juga pembantu akaun Twitter 'Malaysia Matters' yang mana berkait dengan laman web Malaysia Matters- satu daripada projek Trevino untuk mempromosikan pemimpin BN. Laman web Malaysia Matters telah dimulakan dalam 2008 oleh Trevino dan seorang rakan sekerja Jerome Amstrong. Armsrong, yang juga profesional 'blogger upahan', ditugaskan oleh kerajaan Malaysia untuk khidmat berkenaan- beliau menyenaraikan Malaysia sebagai pelanggan di laman web syarikatnya, Webstrong. Trevino sendiri bukan lagi menjadi rahsia dengan pandangannya yang pro israel sehingga dia berbalas cicipan twitter sesama rakan Amerika yang berasa kasihan dengan rakyat Palestin dan isu kapal flotilla yang diserang tentera Israel. | ||
KEADILAN kesal kaitkan Dr Asri dengan Wahabi, keganasan Posted: 25 Jul 2011 10:14 PM PDT KEADILAN DAILY PETALING JAYA: KEADILAN kesal tindakan mengaitkan sarjana muslim termasuk bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin dengan fahaman Wahabi dan aktiviti keganasan Pengarah Komunikasi KEADILAN Nik Nazmi Nik Ahmad berkata demikian mengulas tindakan kerajaan mempergunakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam menimbulkan isu itu. Menurut Nik, menggelar dan mengaitkan seseorang dengan suatu fahaman dan aktiviti terorisme adalah tindakan mundur, bahkan tidak menyelesaikan masalah. "Mungkin kerana Dr Asri bersuara lantang dan berbeza pandangan politik, maka dia dituduh (wahabi). "Islam adalah budaya peradaban. Sekiranya kita tak bersetuju dengan suatu pandangan kita boleh berdebat, bukan dengan cara menangkap, menuduh atau mengaitkan seseorang dengan aktiviti keganasan," katanya kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini. Beliau mengulas laporan media yang menyatakan kebimbangan MKN terhadap beberapa tokoh agama di Malaysia, termasuk bekas Mufti Perlis itu dan 40 ulama muda yang menyertai Umno tahun lalu. "Saya sendiri tak sentiasa bersetuju dengan pandangan Dr Asri. Tapi itu bukan sebab untuk saya menutup ruang dan haknya untuk bersuara. "Hari ini orang Islam perlu sedar, bersikap terbuka dan bersaing secara berhujah. Kita bersetuju untuk tidak bersetuju. Kita mahu orang bukan Islam tidak memandang agama Islam sebagai ganas, dalam masa yang sama kita tak boleh bersifat begitu," jelas Nik Nazmi. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan