DIALOG RAKYAT |
- Bersih: Keluarga beri Putrajaya tujuh hari siasat kematian Baharuddin
- Bersih 2.0: Pemuda didakwa pegang pisau mahu saman Berita Minggu
- Insiden Hospital Tung Shin: Kami sedia nanti polis, kata doktor
- Bekas Pengurus Ning Baizura Beri TUJUH Fakta Mengapa Ratu Elizabeth II Berbaju Kuning!!
- Sudah lebih 200 000 sokong laman FB desak Najib letak jawatan berbanding tak sampai 10 000 untuk laman FB sokong Najib
- Husam: Terengganu jadi bukti penipuan SPR
- MP PAS S’gor ambil alih tugas Dr Lo’ Lo’
- Bersih 2.0: Najib Razak panik, syor makan diri
- Siapa kata Bersih 2.0 gagal, inilah hasilnya...
- Kenapa Polis Lambat Tayang Rakaman Kekejaman Bersih?
- BERS✔H 2.0: SPR Perlu Dengar Suara Rakyat - Timb Menteri
- 60,000 PATI Dijangka Didaftar Di Sandakan
- Sistem Pengangkutan Rel Atasi Kesesakan Lalu Lintas Di Melaka
- Cadangan Lantik Wakil NGO Dalam SPR Wajar Dipertimbangkan - Nazri
- Kerajaan Kaji Cadangan Tambah Kutipan Caruman Perkeso - Subramaniam
- 47 DITAHAN DALAM OPS KUTURAYA DI TAWAU
- SAMPAI MASANYA UNTUK TUKAR KERAJAAN
- Kes PRU ke - 11 negeri Terengganu bukti paling besar penipuan Umno dan SPR
- Tuntut Dakwat Kekal, Bukan Biometrik
- Dr Lo' Lo': Mutiara Yang Tidak Akan Hilang Sinarnya
- TIMBALAN KPN MINTA JANGAN MUSUHI POLIS, SIAPA YANG MEMUSUHI SIAPA?
- AMK ajak debat isu pilihan raya selepas perinci ‘buku jawapan’ SPR
- Cincin Rosmah RM24.45 juta: Data kastam cuba dipadam- Chegu Bard
- Satu lagi catatan 709 yang terharu buat 1Malaysia: Jika itu ajalku..
- Bersih 2.0 : SUHAKAM Siasat Dakwaan Keganasan Polis
Bersih: Keluarga beri Putrajaya tujuh hari siasat kematian Baharuddin Posted: 18 Jul 2011 03:47 AM PDT KUALA LUMPUR — Keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad, yang meninggal dunia semasa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu, memberi tujuh hari kepada kerajaan pusat untu mengadakan prosiding khas menyiasat punca kematian ahli PAS itu. Menurut balunya Rosni Melan, 55, tempoh tujuh hari itu berkuat kuasa sejak semalam. Selain itu, Rosni yang juga Ketua Wanita PKR Setiawangsa memberitahu beliau juga berharap agar peserta yang menyaksikan insiden yang menimpa suaminya itu agar tampil memberikan maklumat. "Kami memohon dan berharap agar saksi-saksi yang berada dan mengetahui apa yang sebenarnya berlaku pada hari itu sehingga menyebabkan kematian beliau tampil menolong kami untuk mencari kebenaran dan keadilan. "Kami telah membuat laporan polis semalam dan memohon agar satu prosiding khas bagi satu siasatan mengenai kematian beliau dibuat dalam masa tujuh hari dari tarikh laporan dibuat," katanya pada sidang media di sini. Jelas Rosni, peguam keluarga juga akan mengambil tindakan susulan sekiranya Putrajaya enggan berbuat demikian. "Peguam kami sedang mengkaji dan akan membuat tindakan susulan dalam perkara ini," katanya. Ditanya mengenai langkah polis yang mahu mengadakan pasukan bebas khas untuk menyiasat kematian suaminya, Rosni bagaimanapun enggan memberi sebarang komen berhubung perkara itu. "Tiada komen," jawabnya ringkas. Kelmarin, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata pihaknya akan mengadakan pasukan bebas khas untuk menyiasat kematian Baharuddin, 56. Ku berkata pasukan itu akan menjalankan siasatan berhubung kematian Baharuddin di Hospital Kuala Lumpur selepas dilaporkan pengsan di kawasan KLCC ketika cuba melarikan diri daripada tindakan polis yang melepaskan gas pemedih mata dan air berasid. |
Bersih 2.0: Pemuda didakwa pegang pisau mahu saman Berita Minggu Posted: 18 Jul 2011 03:47 AM PDT KUALA LUMPUR – Seorang peserta Himpunan Bersih 2.0 dari Unit Amal PAS mahu menyaman Berita Minggu milik Kumpulan New Straits Times kerana mendakwa dia memegang pisau semasa perhimpunan di ibu negara, 9 Julai lalu. Abdul Razak Endut, 32, dari Temerloh berkata edisi 10 Julai yang menyiarkan gambarnya dengan tajuk "seorang perusuh membawa pisau dalam perhimpunan haram" manakala tajuk kecilnya pula berbunyi "perusuh guna senjata, batu, lawan polis" adalah tidak benar. Sebaliknya Abdul Razak yang mesra dengan panggilan "Ajak" berkata dia hanya memegang sebatang bendera Malaysia dan bukannya pisau seperti mana yang didakwa. Selain Berita Minggu, gambar sama turut dimuatkan oleh akhbar New Sunday Times dengan tajuk "Peaceful (Aman)?" pada muka depan. "Saya mahu saman Berita Minggu kerana telah menjatuhkan imej saya, disebabkan gambar itu ramai yang bertanyakan hal sama kepada saya. "Setakat ini saya tidak tahu berapa jumlah yang akan disaman, saya akan berbincang dulu dengan peguam saya," kata Abdul Razak kepada The Malaysian Insider. Kelmarin, Abdul Razak yang bekerja sendiri tampil membuat pendedahan berhubung gambar yang disiarkan Berita Minggu. Dia berkata selain tidak memegang pisau, dia juga menafikan membaling batu ke arah pihak keselamatan. Pada perhimpunan Bersih 2.0, Abdul Razak diarah agar menjaga Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Dr Hatta Ramli dan peserta perhimpunan berhampiran Menara Maybank. "Apabila polis menembak gas pemedih mata, saya ternampak angin meniup ke arah orang ramai... saya mengambil kanister itu dan membalingnya ke arah sebuah padang dengan harapan orang ramai akan selamat," kata Abdul Razak mendedahkan perkara sebenar dengan berpakaian sama seperti yang disiarkan dalam Berita Minggu. Gambar Abdul Razak berdepan pancutan meriam air dengan memegang bendera negara juga dirakamkan turut disiarkan media antarabangsa sekali gus menolak dakwaan beliau memegang pisau. "Ketika itu (saya baling kanister gas pemedih mata) gambar saya dimanipulasikan. Mana logiknya saya bawa pisau dari Temerloh? Saya terpaksa lalui tiga sekatan jalan (untuk sampai ke ibu negara)," katanya. Sementara itu, peguam yang mewakili Abdul Razak, Ahmad Nizam Hamid berkata pihaknya akan memfaikan saman itu dalam masa terdekat. "Sebelum ini saya telah nasihatkan dia (Abdul Razak) untuk saman NST dan Berita Minggu kerana siarkan gambar palsu... ini satu kes yang bagus kerana melanggar etika. "Tindakan ini perlu diambil kerana ia sangat tidak beretika mereka ubah gambar asal, ia adalah satu tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab," katanya. Pada 9 Julai lalu, ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya. Pada perhimpunan itu, lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Pakatan Rakyat dan Pemuda Umno ditahan. |
Insiden Hospital Tung Shin: Kami sedia nanti polis, kata doktor Posted: 18 Jul 2011 03:41 AM PDT KUALA LUMPUR – Salah seorang daripada 11 doktor Hospital Tung Shin sedia memberi kerjasama dengan polis yang memutuskan untuk mengadakan pasukan khas menyiasat dakwaan mereka bahawa pekarangan hospital itu menjadi sasaran gas pemedih mata dan air berasid, 9 Julai lalu. Dr Ng Kwee Boon, yang bertugas sebagai perunding Obstetrik dan Pakar Sakit Puan berkata, beliau sedia memberi kerjasama jika polis mahu membuat siasatan mengenai perkara tersebut. "Kalau mereka hendak buat siasatan, kami sedia beri kerjasama. Tetapi buat masa ini, mereka masih lagi tidak ada jumpa saya. Saya sendiri akan menyediakan afidavit berkanun untuk tujuan siasatan," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider. Pada 9 Julai lalu, dipercayai polis melepaskan gas pemedih mata ke dalam kawasan Hospital Tung Shin untuk menangani perhimpunan Bersih 2.0. Kelmarin, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata pihaknya akan menubuhkan dua pasukan khas bagi menyiasat dakwaan 11 doktor Hospital Tung Shin di ibu negara. Satu pasukan khas akan menyiasat dakwaan doktor-doktor manakala satu lagi pasukan akan menjalankan siasatan secara menyeluruh kejadian itu. "Kami (polis) akan menyiasat dahulu perkara yang berlaku termasuk mengambil keterangan daripada doktor, saksi dan petugas-petugas (polis) yang terlibat pada masa itu," katanya. Dalam pada itu, ditanya berkenaan Lembaga Hospital Tung Shin sendiri memaklumkan bahawa insiden pelepasan gas pemedih mata dalam kawasan hospital berkenaan tidak berlaku ketika perhimpunan 9 Julai lalu, Dr Ng berkata, beliau sendiri tidak tahu mengapa mereka berkata sedemikian. "Saya tidak tahu kenapa mereka cakap macam itu. Mereka tidak tahu apa-apa kerana tidak berada di situ," ujarnya lanjut. Dalam satu kenyataan Rabu lalu, sekumpulan 11 doktor menegaskan mereka bersedia untuk menyediakan afidavit berkanun untuk mengatakan bahawa pihak polis ada melepaskan air berasid dan gas pemedih mata ke atas kawasan Hospital Tung Shin dan Bersalin Cina ketika perhimpunan 9 Julai. "Kami, doktor-dotkor yang menurunkan tandatangan di bawah, tidak mahu menyertai polemik perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011, tetapi mahu menjelaskan kebenaran tentang keadaan tidak selesa yang wujud (hari itu)," kata mereka. Selain Ng, 10 doktor lain menandatangani kenyataan itu ialah Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Macoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong. "Adalah menjijikkan pihak berkuasa yang diamanahkan tanggungjawab kepolisian menjaga negara dan melindungi mereka yang lemah, tanpa rasa malu menafikan perbuatan mereka secara umum, di sebalik kejadian itu disokong banyak gambar, video dan pengakuan saksi termasuk pemerhati berkecuali," kata mereka dalam kenyataan itu. Bagaimanapun, Dr Musa enggan mengulas lanjut ketika dihubungi. "Saya tidak mahu komen," katanya lagi. |
Bekas Pengurus Ning Baizura Beri TUJUH Fakta Mengapa Ratu Elizabeth II Berbaju Kuning!! Posted: 18 Jul 2011 03:35 AM PDT PASPB Bekas pengurus Ning Baizura, Vernon Kedit, yang kini bersama PKR berjuang di Sarawak ada hujah menarik yang mahu dikongsi bersama mengapa Ratu Elizabeth II menggayakan gaun berwarna kuning semasa menyambut Najib Altantuya dan Rosmah Mansor tempoh hari di Istana Buckingham, London. Vernon yang berasal dari bumi kenyalang, menulis berdasarkan pengalamannya sebagai pengurus artis dan pernah menuntut di United Kingdom dari tahun 1989 hingga 1992 dalam jurusan undang-undang. Ikuti kupasan Vernon seterusnya. Let me tell you why the Queen wearing yellow when granting an audience to Najib was NOT a coincidence or a faux pas. Biar saya memberitahu anda mengapa Permaisuri memakai kuning apabila memberikan penonton kepada Najib bukanlah satu kebetulan atau silap langkah (faux pas). Para Pembaca, Biar saya memberitahu anda mengapa Her Majesty Queen Elizabeth II memakai kuning apabila memberikan sambutan kepada Perdana Menteri dan isterinya itu tidak tahu kebetulan atau silap langkah (faux pas). Sebanyak sebagai UMNO lebih suka untuk berfikir sebaliknya. Fakta 1. Queen, bertentangan dengan kepercayaan popular, jauh lebih bermaklumat. Baginda sentiasa mengikuti perkembangan terkini dan berita yang berkaitan dengan alam dan kerajaan oleh pasukan penasihat istana, setiausaha dan kakitangan awam. Mereka pula, mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber, termasuk kementerian, jabatan kerajaan, Scotland Yard, 10 Downing Street, dan ahli-ahli corp akhbar di UK. (Scotland Yard, mengetahui bahawa Permaisuri akan memberikan penonton kepada Perdana Menteri Malaysia, sudah pasti dimaklumkan Istana banyak demonstrasi di London oleh penyokong Bersih 2.0.) Apabila orang berpangkat melawat dijadual mengadakan pertemuan dengan Permaisuri, dia sentiasa diberi taklimat sepenuhnya mengenai latar belakang pengunjung, keadaan semasa negara asal pengunjung itu, dan apa yang boleh dan tidak dilakukan. Terutama sekali, dia akan dimaklumkan mengenai perkembangan dalam alam sendiri mengenai pengunjung. Babak di London seperti dalam gambar di bawah tidak akan melarikan diri pasukan penasihat, yang seterusnya akan diberi taklimat Permaisuri Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri beliau. Jadi, untuk menganggap bahawa dia tidak sedar Bersih 2.0 adalah tidak dapat dipertahankan. Fakta 2. Almari pakaian diraja dan fesyen sangat ketat dikawal selia, dan Permaisuri dan ahli-ahli Keluarga Diraja sentiasa berhati-hati untuk tidak membuat apa-apa kesalahan dlm kesilapan memilih fesyen atau kesusahan buat tetamu mereka. Penasihat beliau dinasihatkan untuk menjauhkan diri daripada memakai kuning, dan menjelaskan kepentingan warna dalam keadaan sekarang. Laporan Sarawak Report mencadangkan, "katanya MESTI telah dimaklumkan mengenai sensitiviti warna kuning". Kawan saya (dan penulis fesyen) Sasha Bashir memberi komen di facebook saya, "Saya telah membaca dalam beberapa majalah yang menulis tentang almari pakaian Puteri Diana bahawa kerabat diraja British sentiasa diberi taklimat mengenai isu-isu semasa dan apa yang warna harus dan tidak harus dipakai. Saya boleh ingat bahawa beliau melawat beberapa negara di mana mereka telah kehilangan satu perlawanan bola sepak yang penting dan seluruh negara berasa sedih mengenainya. Baju dia akan memakai pada majlis makan malam negeri formal warna yang sama sebagai bendera negara lain, jadi dia terpaksa menukar rancangan almari pakaian beliau. Kate Middleton juga menurut peraturan ini. Pada lawatan ke Kanada baru-baru ini, dia memakai pakaian putih, kasut merah dan topi daun maple merah. Bendera Kanada terdiri daripada merah, putih dengan daun maple. Kerabat diraja tidak sepatutnya menjadi ikon fesyen (walaupun orang seperti Princess Diana dan Kate), mereka adalah untuk menjadi diplomat fesyen. :) " Fakta 3. Selain menghadiri acara-acara awam, makan malam negeri, menerima pembesar-pembesar semasa perlumbaan kuda, Ratu sebenarnya membuat kertas kerja! Ya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri beliau, seperti ramai di antara kita, mempunyai tugas harian bekerja di salah satu meja banyak membaca dan menandatangani kertas negeri dan dokumen-dokumen rasmi (yang sering diklasifikasikan sebagai rahsia). Persikan British dengan maklumat dan pengumpulan perisikan sentiasa bersedia. Kertas kerja yang Baginda perincikan pasti akan dimasukkan perkataan SULIT pada Datuk Seri Najib Tun Razak dan Malaysia. Dan Bersih 2.0. Fakta 4. Selain kertas kerja rasmi, dia juga membaca surat khabar. Mengetahui bahawa dia akan bertemu Perdana Menteri Malaysia, satu artikel dalam The Guardian, sebuah akhbar British yang dihormati, dengan tajuk "Malaysia Najib mesti meninggalkan model Mubarak", pasti akan menarik perhatian beliau. Fakta 5. Ratu bertemu Perdana Menteri itu seminggu sekali, setiap minggu. Ia adalah tanggungjawab David Cameron memberi taklimat kepada Ratu mengenai lawatan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Malaysia, memandangkan bahawa beliau akan melawat UK dalam lawatan rasmi. Berita perhimpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur, yang dilaporkan di seluruh dunia pada minggu yang sama Baginda telah bermesyuarat mingguan dengan David Cameron, akan pasti menjadi topik perbualan. Ia juga merupakan satu amalan untuk Perdana Menteri British untuk menasihati Istana bagaimana cara untuk bertindak balas sesuai dengan situasi politik hari ini, kerana dia adalah perlembagaan tidak terlibat dalam politik. Adakah Cameron perlahan-lahan membisikkan kepada Ratu supaya memakai kuning sebagai mesej kepada Perdana Menteri kita dan juga kepada rakyat Malaysia? Di mana Cameron tidak dapat awam menyeksa Najib, Permaisuri boleh, dengan kuasa agung, menghantar mesej yang kuat? Fakta 6. Ratu adalah seorang wanita yang bijak politik yang telah melihat dua belas Perdana Menteri British berkhidmat di bawah pemerintahan beliau, senarai yang bermula dengan Winston Churchill, tidak kurang! Pengalaman luas beliau dalam hubungan antarabangsa dan diplomasi tidak dicabar dan dia benar-benar akan memahami perihal tersirat dan simbolisme yang dilampirkan kepada apa yang dikatakannya dan apa yang salah satu memakai. Untuk menganggap bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri beliau tidak mempunyai kepintaran politik benar-benar lucu. Fakta 7. Semua Permaisuri tidak dirancang terlebih dahulu dan mengambil kira semua faktor. Semua yang mempunyai sebab, sehingga warna bunga di dalam kebuk penonton beliau! Tidak ada yang kebetulan, rawak atau sewenang-wenangnya di mata Ratu United Kingdom. Tujuh fakta sahaja membolehkan kita munasabah menyimpulkan bahawa Ratu itu sangat sedar Bersih 2.0 dan kepentingan kuning warna, selain itu sebagai warna diraja bagi kerabat diraja di Malaysia. Persoalannya sekarang ialah, mengetahui penuh sensitiviti kuning warna, apakah sebab di sebalik Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri beliau memutuskan untuk memakai kuning apabila bertemu Perdana Menteri dan isteri yang indah? Jawapannya, wahai pembaca, adalah milik anda untuk membuat kesimpulan. Penulis adalah penuntut undang-undang dan politik di UK dari tahun 1989 hingga 1992, di mana beliau amat tertarik (dan masih) dengan Keluarga Diraja British, Ratu di terutamanya. VERNON KEDIT Artikel asal dalam Bahasa Inggeris DI SINI |
Posted: 18 Jul 2011 03:33 AM PDT PASPB Desakan dizahirkan mereka pada laman peminat Facebook yang bertajuk '100,000 Rakyat meminta Najib Tun Razak meletak jawatan' (100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation) yang kini sudah mencecah 202,020 peminat sehingga jam 2.07 petang tadi. Ketika Harakahdaily membuat liputan perkara ini Julai 11 yang lalu, jumlah peminat telah pun mencecah angka 119,000. Angka peminat Facebook terus meningkat apabila kerajaan Barisan Nasional meneruskan tindakan mereka memperlekehkan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu. Selepas seminggu, hari ini peminat telah meningkat lebih daripada 80,000 kepada angka 202,020 seperti yang tertera di gambar. Peminat Facebook yang terdiri daripada rakyat pelbagai kaum dan agama, menulis komen menyeru Najib untuk meletak jawatan ekoran tindakan tidak bertamadun polis dan kerajaan Barisan Nasional dalam menangani perhimpunan aman rakyat itu. Antara komen itu berbunyi : Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun, Sembah Patik Harap DiAmpun, Khabar Buruk Patik Sembahkan, Harap Diteliti Dimurka Jangan. Perdana Menteri menjadi kebencian, Pasukan Diraja menjadi cacian, Rakyat mahukan keharmonian dan keadilan, Mohon Tuanku Terajui Pemerintahan. Seorang lagi peminat pula berkata tujuan beliau menyokong laman Facebook tersebut adalah untuk memberitahu Najib bahawa rakyat yang tidak dapat menyertai perhimpunan aman Bersih 2.0 bukan bermaksud mereka tidak menyokong agenda yang dibawa Bersih 2.0. "Beliau (Najib) berkata ramai rakyat tidak menyertai Bersih 2.0 kerana mereka tidak menghiraukan Bersih 2.0. Sini untuk bagi tahu beliau, tak menyertai tidak bermaksud tidak menyokong," tulis beliau. Disebabkan populariti laman tersebut, ramai peminat juga mewujudkan laman-laman lain untuk menuntut perletakan jawatan pemimpin Barisan Nasional yang lain yang lantang mengutuk perhimpunan Bersih 2.0. Di antaranya ialah laman peminat menuntuk perletakan jawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein dan juga Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang kesemuanya mengkritik Bersih 2.0 di samping membela polis yang menggunakan kekerasan melampau terhadap para peserta himpunan. Namun begitu, ketiga-tiga laman tersebut hambar sambutannya jika dibandingkan dengan laman menuntut perletakan jawatan Najib. Yang paling tinggi hanyalah laman menuntut perletakan jawatan Hishamuddin, itupun hanya dapat mencapai 8 peratus atau 16,244 peminat saja daripada apa yang diterima oleh sepupunya. Sementara itu, ada pihak yang menamakan dirinya Patriot telah membuka satu laman Facebook menyokong Najib untuk melawan popularati Facebook mendesak peletakan jawatan Najib.. Akan tetapi, sambutannya amat hambar, dengan setakat ini hanya mendapat 9,590 peminat atau 5 peratus sahaja daripada lawan mereka. |
Husam: Terengganu jadi bukti penipuan SPR Posted: 18 Jul 2011 03:27 AM PDT "Statistik PRU ke-11 bagi Terengganu tidak masuk akal kerana pengundi baru bertambah sebanyak 62 peratus iaitu tertinggi di dunia," kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa. PETALING JAYA: Keputusan pilihan raya umum (PRU) 2004 di Terengganu menjadi bukti penipuan yang meluas dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). "Statistik PRU ke-11 bagi Terengganu tidak masuk akal kerana pengundi baru bertambah sebanyak 62 peratus iaitu tertinggi di dunia," kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa. Katanya, dalam pilihan raya tersebut, peratusan undi Umno bertambah 62 peratus tetapi undi PAS merosot lima peratus. Menurut Husam, pertambahan pengundi muda yang baru didaftarkan pun tidak sama dengan jumlah pertambahan pengundi dalam tahun 2004. "Dalam keputusan PRU ke-11 itu, terdapat tujuh undi di negeri Terengganu yang tidak boleh disahkan, berbeza dengan jumlah yang terdapat dalam daftar pemilih. "Ada tujuh undi (itu) yang menunjukkan ada dua kali mengundi, seorang mengundi dua kali atau tiga kali,' tegas Husam. Beliau menambah, oleh kerana itu Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) menuntut kerajaan dan SPR supaya setiap pengundi dicap jarinya menggunakan dakwat kekal. Cap jari Dengan itu katanya, apabila seorang pengundi sudah dicap jarinya, akan hanya mengundi sekali sahaja dan tidak boleh mengundi sekali lagi di tempat lain. Ahli Exco kerajaan negeri Kelantan mendakwa, Umno takut untuk melaksanakan tuntutan tersebut kerana sekiranya ia dapat dilaksanakan, Umno akan kalah di seluruh negara. "Kalau tiap-tiap pengundi (membuang) undi sekali satu orang, Umno akan 'ranap' di seluruh negara, ini (sebab) Umno takut, ini talian hayat Umno,"ujarnya. Beliau menolak hujah Umno yang mendakwa PAS menang di beberapa negeri dan kawasan adalah bukti menunjukkan pilihan raya berjalan dengan adil. Sedangkan kata beliau, penipuan terus berlaku dan sedang dilakukan oleh Umno dan SPR khususnya di negeri Selangor pada ketika ini. "Penipuan masih berlaku dan penipuan akan terus berlaku secara besar-besaran, di Selangor sekarang telah didaftarkan puluhan ribu orang-orang daripada Sabah dengan I.C (nombor kad pengenalan) 12," hujahnya. Katanya, minggu lalu, PAS telah membantah seramai 660 orang dari Sabah yang diangkut dan didaftarkan di kawasan Dewan Undangan Negeri Selat Kelang untuk menjadi pengundi di kawasan itu. |
MP PAS S’gor ambil alih tugas Dr Lo’ Lo’ Posted: 18 Jul 2011 03:25 AM PDT Mereka ialah Khalid Abdul Samad (Shah Alam), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) dan Dr Mariah Mahmud (Kota Raja). PETALING JAYA: Tiga Ahli Parlimen PAS Selangor akan mengambil alih tugas untuk berkhidmat kepada rakyat di kawasan Titiwangsa ekoran pemergian ahli parlimennya, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali ke rahmatullah malam tadi. Mereka ialah Khalid Abdul Samad (Shah Alam), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) dan Dr Mariah Mahmud (Kota Raja). Perkara ini dinyatakan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ketika ditanya mengenai siapakah di kalangan ahli Parlimen yang akan mengambil alih tugas Allahyarham Dr Lo'Lo' yang meninggal dunia kira-kira jam 10.25 malam tadi akibat penyakit barah. "Mereka akan memikul tanggung jawab itu sehingga pilihan raya umum (PRU) akan datang," katanya ketika dihubungi hari ini. Pada PRU 2008, beliau mengalahkan calon Barisan Nasional, Datuk Aziz Jamaluddin Tahir dengan majoriti 1,972 undi. Salahuddin menambah, bagaimanapun, PAS Kawasan Titiwangsa akan menjalankan tugas memantau parlimen berkenaan seperti aduan daripada para penduduk setempat. Dalam perkembangan lain, PAS belum menetapkan sama ada akan terus memilih calon wanita untuk parlimen Titiwangsa dalam PRU ke 13. "Terpulang kepada parti (PAS) untuk memilih calon wanita atau pun calon lelaki. Tetapi biasanya PAS akan meminta PAS kawasan untuk menamakan calon yang paling sesuai untuk kawasan mereka," tambahnya. Sementara itu, seorang pemimpin PAS Titiwangsa memberitahu, kematian Dr Lo'Lo' merupakan satu kehilangan besar bagi penduduk Titiwangsa. Menurutnya, Dr Lo' Lo' bekerja kuat siang malam untuk memastikan kawasan jagaannya terbela dan menikmati pembangunan yang sewajarnya. "Jasa paling besar tentulah mengenai pembangunan Kampung Baru iaitu memastikan pemilik tanah mendapat pembelaan dari percubaan manipulasi pihak tertentu," katanya yang enggan namanya disiarkan. |
Bersih 2.0: Najib Razak panik, syor makan diri Posted: 18 Jul 2011 03:21 AM PDT Oleh H FANSURI SALAH satu kebesaran Allah S.W.T adalah apabila Dia memperlihatkan bagaimana tipu helah makar-Nya yang mengatasi tipu daya manusia pemerintah yang zalim. Inilah yang kini terjadi ke atas Najib Razak setelah Allah S.W.T menunjukkan bagaimana Dia menjalankan makarnya terhadap Namrud, Fir'aun dan penguasa yang zalim pada suatu ketika dahulu. Ramalan Fir'aun bahawa dia akan digulingkan oleh seorang anak kecil yang merampas takhtanya telah menyebabkan beliau memerintahkan supaya setiap bayi lelaki Bani Israel itu dibunuh. Ternyata, makar Allah S.W.T lebih kuat dibanding Fir'aun itu sendiri apabila Tuhan mendewasakan Musa di dalam istana. Itulah antara cebisan kisah kebesaran makar Tuhan itu yang kini menjalar ke dalam peristiwa hari ini, iaitu yang terkait dengan perhimpunan Bersih 2.0 yang cuba digagalkan Fir'aun moden; Najib Razak. Alkisahnya, mungkin pada 6 Julai lalu, barulah ada empat kain rentang yang disusun di simpang empat, lampu isyarat yang terletak di persimpangan menuju Masjid Jamek Kg Baru. Mulanya, hanya Pemuda Umno Titiwangsa yang 'bersuara', tapi, akhirnya muncul lagi tiga kain rentang di tempat yang sama. Dan kononnya – Perkasa, Penduduk Kampung Baru dan Bersih 2.0: Najib Razak panik, syor makan diri akhirnya kelompok penjaja dan peniaga di situ pun sudah 'bersuara' melalui kain rentang mereka masingmasing. "Perkasa cintakan keamanan, Bersih cintakan huru-hara," begitu kata-kata di kain rentang itu dipetik. Sementara itu, menurut kain rentang itu juga, peniaga Kampung Baru meminta kawasan ini tidaklah dijadikan kawasan perhimpunan lantaran kononnya perhimpunan ini mengganggu perniagaan mereka. Manakala penduduk kampung pula berkata, kononnya mereka tidak mahu kekerasan Bersih terjadi di daerah ini. Tapi, semua itu sudah tidak bererti lagi. Orang ramai kini mengetahui bahawa sandiwara ini dimainkan oleh dalang-dalang Umno. Apakah benar, penduduk serta penjaja di Kampung Baru menentang Bersih 2.0? Hal itu masih boleh disemak lagi daripada semasa ke semasa. Tetapi, apa yang mustahak, hal perhimpunan aman ke stadium ini pun tetaplah tidak disukai oleh Perkasa, Umno, Pemuda Umno termasuklah di pihak Najib Razak sendiri. Syor Najib Razak agar perhimpunan dibuat di stadium sebenarnya tak lebih daripada sebuah perkataan yang diluncurkan semata-mata bertujuan menunjukkan Umno-BN bersikap lunak terhadap demonstran dan revolusioner selama ini. Walhal, untuk mengizinkan demonstran Bersih 2.0 berhimpun secara aman di stadium sekali pun, Najib Razak tetaplah berpeluh kerana tuntutan Bersih 2.0 itu bertujuan membersihkan kekotoran pilihan raya yang diterajui oleh kepemimpinan Umno selama ini. Pembersihan daftar pemilih yang dicemari para pengundi hantu, undi pos polis, tentera dan penggunaan dakwat hitam kekal di jari adalah antara hal yang tentu sahaja tidak disukai oleh Najib, Umno dan BN. Paling menyedihkan ialah ketika Najib bertambah panik ketika syor beliau seolah-olah 'diperkenankan' oleh istana. Iaitu, perhimpunan Bersih 2.0 itu perlu dibuat di stadium setelah dipersetujui pihak istana dan Bersih 2.0 pun sudah setuju dengan perhimpunan aman di stadium itu. Apakah daya Najib untuk menahan rakyat daripada berterusan melakukan perhimpunan di stadium itu? Sebenarnya, Najib pun tahu sikap Pakatan Rakyat ini iaitu mustahil pembangkang mengikuti cakapnya. Tiba-tiba, istana bersetuju dan seolah-olah mengikut saranan Najib Razak itu. Padahal, Najib acah-acah sahaja dan dia tahu rakyat tentu tidak bersetuju dengan usul beliau itu. Jika rakyat terus berdegil dan berkeras untuk berhimpun di luar stadium, maka Najib Razak ada alasan kuat untuk mengisytiharkan darurat dan memberkas semua pimpinan Pakatan Rakyat dengan kekerasan jentera kerajaan. Tapi, Bersih 2.0 sudah mendapat mandat istana untuk berhimpun di stadium. Walhal, untuk membenarkan Bersih 2.0 berhimpun di stadium sekali pun, Najib Razak sudah risau! Di sini, rakyat akan boleh menilai siapakah penderhaka dalam wajah yang sebenarnya. "Kenapa tuanku boleh terima permintaan Ambiga, seorang India yang mewakili Bersih, tetapi menolak pertemuan, rundingan bersama Ibrahim Ali yang pernah dilucutkan gelarannya oleh istana Kelantan?" Begitulah antara deretan pertanyaan rakyat yang mula mengesyaki Perkasa; pecahan keretakan Umno yang sudah mula menunjukkan wajah-wajah segerombolan penderhaka kepada institusi raja Melayu. Sudahlah gelaran datuk Ibrahim Ali itu pernah digugurkan oleh istana Kelantan, Agong sendiri enggan menemui watak pimpinan Perkasa itu. Jelas sekali baginda sultan tidak gemarkan penderhaka Melayu. Jika Perkasa ingin pulihkan watak persatuan mereka, nampaknya suatu revolusi coup d'etat perlu dibuat di peringkat dalaman supaya setiap ahli Perkasa dapat memilih watak pemimpin Perkasa yang bersih. Syahadan, demikianlah caranya bagaimana kita dapat melihat kebesaran Allah S.W.T yang menjalankan tipu daya makar-Nya terhadap Umno, Perkasa, Pemuda Umno yang sering melakukan penganiayaan ke atas Melayu dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya selama ini. |
Siapa kata Bersih 2.0 gagal, inilah hasilnya... Posted: 18 Jul 2011 03:19 AM PDT Oleh: ZULKIFLI YAHAYA Pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap Bersih 2.0 oleh BN dan konco-konconya mengapa himpunan raksasa rakyat Malaysia itu diadakan. Tuduhan yang paling popular ialah mengaitkannya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim; nak tutup isu video, nak alih isu liwat, nak tumbangkan kerajaan melalui kekerasan untuk beliau jadi Perdana Menteri dan macam-macam lagi. Manusia yang kedua teruk menjadi bahan belasahan BN dalam isu Bersih ialah Datuk Ambiga. Beliau digelar 'Raja Murtad' maksudnya ketua bagi segala manusia yang murtad. Bila pula Ambiga pernah menjadi Islam tiba-tiba jadi murtad? Entahlah, mungkin tidak faham apa itu murtad. BN yang menggubal undang-undang membenarkan orang Islam murtad, tiba-tiba sensitif pula dengan isu murtad. Walhal berdekad-dekad pemimpin parti asobiyah itu asyik mempersenda hudud dan hukum Islam yang boleh menyebabkan seseorang Muslim jatuh murtad. Lapan tuntutan Bersih 2.0 tiada kena mengena langsung dengan isu murtad atau liwat. Andai kata pihak yang memperjuangkan Bersih bukan Ambiga atau Anwar, maka himpunan Bersih 2.0 tetap akan dihadiri oleh ratusan ribu rakyat Malaysia seperti yang dipamerkan pada 9 Julai lalu. Mempertikaikan Ambiga dan mengaitkan dengan isu murtad, setelah BN gagal menghalang kebangkitan rakyat tidak lebih dari cubaan mengalih isu. Ia juga merupakan tindakan 'tak dapat kepala, tanduk dipulas'. Ambiga bukan pemimpin parti politik dalam Pakatan Rakyat. Ambiga bukan ahli politik, dia tidak akan bertanding pilihanraya dan tidak akan jadi Perdana Menteri. Dia memimpin NGO bernama Bersih dengan konsensus dari lebih 60 NGO yang bergabung di dalamnya kerana profesionalismenya di bidang guaman serta relevan dengan isu yang diperjuangkan. Macam jurulatih bolasepak kebangsaan Rajagopal dipilih. Apabila seluruh rakyat malaysia menyokong pasukan Malaysia, apakah bermakna mereka telah menyokong agama hindu anutan Rajagopal? (Tidak pasti dia Hindu atau Kristian tapi yg pasti dia kafir) Tidak cerdik sangatlah jika ada pihak yang mempertikaikan Rajagopal dipilih sebagai jurulatih kerana dia India non-Muslim. Tiada kena mengena ketuanan Melayu dengan bolasepak. Itu tamsilan yang sangat mudah untuk difahami. Selepas himpunan Bersih 2.0 yang berjaya menghimpunkan beratus ribu rakyat jelata, muncul pula soalan, apa yang penganjur himpunan Bersih dapat selain dari (kononnya) menyusahkan orang ramai? Sebenarnya yang jadi punca rakyat susah ialah kawalan dan sekatan yang bukan-bukan oleh pihak tertentu atas arahan BN. Namun beban kesusahan yang dihadapi rakyat tidaklah seteruk beban kesusahan Datuk Seri Najib Tun Razak dan juak-juaknya merasa ketakutan yang luarbiasa terhadap gelombang kebangkitan rakyat menuntut perubahan. Seperti dijangka lapan tuntutan Bersih tidak akan dipedulikan oleh BN namun banyak manfaat diperolehi dari penganjuran Bersih 2.0, antaranya: 1. Menyerlahkan gelombang kebangkitan rakyat, PR kembali memperolehi momentum untuk memacu perjuangan sehingga pilihanraya setelah agak lama defensif. Tiba-tiba PR dari pucuk pimpinan, aktivis, ahli dan penyokong bawahan kembali bersemangat. Komitment untuk hadir ke program anjuran parti meningkat dengan mendadak di seluruh negara. 2. Berjaya mengkucar-kacirkan dalaman BN. Bila ada kelompok di kalangan mereka yang bersetuju akan demonstrasi (Perkasa dan Patriot) dan ada yang menentang, ada yang setuju Najib tawarkan stadium dan ada pulak yang tidak; maka nampaklah kecelaruan mereka. Dalam media maya, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin adalah mangsa serangan yang teruk oleh laman maya arus perdana UMNO. 3. Memberitahu bahawa sebahagian besar rakyat Malaysia sudah tidak takut lagi akan ugutan oleh pihak berkuasa kerana mereka sudah celik hak asasi dan tahu undang-undang. Serbuan polis, sekatan jalanraya, pekeliling ketua jabatan tidak dapat menghalang beratus ribu rakyat Malaysia keluar ke jalanraya menuntut demokrasi yang adil. Ramai kakitangan kerajaan serta pelajar IPTA terbabit sebagai peserta demonstrasi, tiada lagi rasa takut. 4. Media-media arus perdana yang dikuasai BN tidak lagi berkuasa melakukan perang saraf, manipulasi dan propaganda untuk menipu rakyat. Keupayaan mereka hanyalah untuk menipu penyokong tegar sendiri. 5. Media-media maya tiba-tiba dikuasai oleh penyokong PR. Serangan bertubi-tubi terhadap BN melalui laman social meningkat secara mendadak. 6. Menyerlahkan kebangkitan golongan muda dalam menentang kerajaan tua BN. Situasi ini amat membimbangkan BN kerana tidak kurang dari 80 peratus peserta himpunan Bersih adalah anak-anak muda. Video perhimpunan dan perarakan Bersih yang boleh diakses dengan mudah di medan maya menunjukkan dengan jelas bahawa golongan muda yang menguasai. 7. Berjaya meruntuhkan reputasi kerajaan BN di mata dunia. Pejuang hak asasi manusia menyenaraikan Perdana Menteri Malaysia sebagai seorang yang tidak layak menerima hamparan permaidani merah di pentas dunia. Apa untungnya jika kerajaan BN ditekan pihak antarabangsa? Untungnya ialah mereka berjaya dilemahkan, justeru tidak berupaya pula menekan pihak pembangkang dengan kekuatan yang maksimum. 8. Pengiktirafan oleh Yang Di-Pertuan Agong terhadap Bersih adalah catatan kejayaan Bersih yang sangat besar. Ia mengesahkan bahawa Bersih bukan pertubuhan haram, perusuh atau pengacau. Khabarnya selepas Bersih terdapat sebuah NGO rasis cuba mohon mengadap Yang Di-Pertuan Agong tetapi tidak berjaya. 9. Menyerlahkan ketakutan BN yang bukan kepalang. Mereka takut perhimpunan aman bertukar jadi revolusi yang menjatuh pemimpin kerajaan macam di Mesir dan Tunisia. Perbagai bentuk provokasi dan manipulasi dibuat untuk menggagalkan Bersih termasuk mengadakan cerita komunis, senjata dan bom petrol. 10. Kejayaan penggembelingan tenaga pelbagai kaum dalam PR. Kalau Bersih kali pertama, hampir keseluruhan peserta adalah berbangsa Melayu tetapi kini pelbagai bangsa turun memberi sokongan. |
Kenapa Polis Lambat Tayang Rakaman Kekejaman Bersih? Posted: 18 Jul 2011 03:13 AM PDT Oleh Mohd Sayuti Omar Udin anak Yassin meminta polis segerakan penyiaran rakaman video mengenai himpunan Bersih bagi membuktikan polis tidak bertindak gasan dan ganas terhadap peserta himpunan Bersih. Kata Udin polis perlu segera tampil mengemukakan bukti dalam bentu visual dan odio itu bagi menangkis tohmohan pembangkang yang mendakwa polis bertindak gasan dan ganas.Kata Udin peristiwa himpuan Bersih yang dihalang polis telah dieksploitasikan oleh pembangkang dan juga bloger yang pro pembangkang. Saya menyokong penuh gesaan Udin anak Yassin itu. Polis patut segera menayangkan video berkenaan. Kenapa tunggu lama-lama sangat. Di dalam laman sosial sudah berbagai versi video himpunan berkenaan dipaparkan. Semuanya menunjukkan akan kerakusan polis dalam menghuraikan himpunan yang disifatkan haram itu. Bukan saja video yang dirakam oleh ametur tetapi juga yang dirakam oleh jurugambar dari stesen televisyen dari seluruh dunia. Dalam semua klik-klik video itu menujukkan akan kerakusan dan keganasan polis. Apakah polis sedang menyunting rakaman-rakaman yang dibuat bagi disesuai dengan dakwaan dan penafian pihak polis yang bertindak mesra rakyat. Mungkin lakonan semula dilakukan oleh polis bagi menyiapkan rakaman berkenaan menjadi sebuah rakaman mesra polis? Ribuan baju Bersih dirampas akan dipakai oleh polis untuk tujuan rakaman berkenaan. Pasukan polis Bersih itu akan menyerang dan melanyak polis kemudian dirakam. Apakah filem itu sedang diproses menyebabkan ia tidak ditayang lagi? Tidak mustahil kalau polis membuat sandiwara dalam hal ini. Mana tahu dalam kem di Pulapo atau di mana-mana polis membikin filem kekejaman himpunan Bersih palsu terhadap polis itu. Mungkin dalam filem itu nanti akan ada anggota polis yang membantu peserta himpunan yang terjatuh atau sebagainya. Kalau tidak ada mengada kenapa lambat sangat rakaman vidoe itu hendak dikeluarkan. Bersih sudah pun berlalu seminggu. Semua orang segenap masyarakat sudah menontonnya. Rakaman segera itu lebih benar dan genue kerana tidak mungkin ia dilakun semula. Kelambatan menyiarkan rakaman ini menyebabkan orang ramai akan hilang kepercayaan kepada polis. Kalau pun rakaman itu benar sekalipun disebabkan ia memakan masa lebih seminggu untuk ditayangkan kepada umum, menyebabkan ia akan dikatakan sebagai lakonan semula. Kerja-kerja melakukan lakonan semula ini adalah kepakaran polis dalam usaha mengecam suspek terhadap sesuatu kes. Adalah lebih baik kalau polis bercadang membuat rakaman di luar lokasi sebenar tidak diteruskan kerana kalau rakaman itu menjelaskan kecacatan maka padah buruk akan menimpa pasukan polis. Implikasi dari itu, Menteri Dalam Negeri, ketua polis negara dan timbalannya wajar melepaskan jawatan sebab mereka tidak layak memikul tanggungjawab itu. |
BERS✔H 2.0: SPR Perlu Dengar Suara Rakyat - Timb Menteri Posted: 18 Jul 2011 03:05 AM PDT KELAB GREENBOC
Shah Alam – Kesediaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengenal pasti kelemahan adalah satu anjakan kepada penambahbaikan sistem pilihan raya negara. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifudin Abdullah berkata, dalam proses penerangan yang diberikan, badan pe-ngendali pilihan raya itu hendaklah juga mendengar pandangan rakyat berkenaan kerja-kerja yang dilakukan mereka. "Saya berharap penerangan SPR tidak terlalu bersifat defensif, iaitu mempertahankan apa yang difikirkan baik, sebalik-nya perlu bersifat akamodatif, iaitu sedia mengambil kira dan guna pakai idea dari rakyat. "Apa yang penting bukannya kerja SPR, tapi adalah sistem pilihan raya yang terbaik untuk negara," katanya, semalam. Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengakui kelemahan badan berkenaan, terutama dalam aspek komunikasi hingga menyebabkan ramai orang keliru atau tidak tahu mengenai langkah penambahbaikan yang dilakukan. Menurut Saifuddin, apabila rakyat tidak tahu, atau maklumat itu tidak sampai, mereka dengan mudah boleh dikelirukan atau dimanipulasi pihak berkepentingan. -SH Ulasan GB Pemikiran dan pendirian timbalan menteri yang seorang ini lain dari yang lain. Sukar untuk mendapatkan seorang menteri atau timbalan menteri yang fikirannya matang dan pendiriannya bersih seperti Saifuddin Abdullah. Sebelum ini GB sudah menyatakan bahawa Saifuddin Abdullah, Baka Baik Terakhir Yang UMNO Ada. Petikan:
|
60,000 PATI Dijangka Didaftar Di Sandakan Posted: 18 Jul 2011 03:00 AM PDT BERNAMA SANDAKAN: Pejabat Imigresen di sini menyasarkan untuk mendaftarkan 60,000 pendatang asing tanpa izin (Pati) pada program pendaftaran di bawah 5P yang bermula hari ini hingga 1 Ogos. Ketuanya Jaimin Sumpit berkata kebanyakan mereka adalah pekerja dari sektor perladangan dan pertanian di sekitar daerah ini, Kinabatangan dan Beluran. Sabah hanya melaksanakan lima perkara daripada Program 6P dan tidak melaksanakan proses pemutihan yang telah dilaksanakan pada 1997, 1998, 2008 dan 2009. Jaimin berkata jumlah itu adalah termasuk tanggungan Pati iaitu isteri dan anak-anak mereka yang akan mengambil peluang pendaftaran di bawah 5P itu yang membolehkan mereka tidak diambil sebarang tindakan dan pulang ke negara mereka secara sukarela. Menurutnya kategori Pati yang boleh mendaftar dalam program berkenaan ialah warga asing yang memasuki negara ini secara tidak sah, tinggal melebihi tempoh pas, melanggar syarat-syarat pas dan juga mereka yang dikeluarkan pasport oleh kedutaan masing-masing. "Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada warga asing yang datang mendaftar di bawah program 5P itu yang dibuat serentak di lapan daerah lain di negeri ini," katanya ketika ditemui pada program pendaftaran itu bagi daerah Sandakan di Dewan Sibuga Batu 5 dekat sini, Isnin. Lapan lagi pusat pendaftaran 5P itu ialah di Dewan Masyarakat Kudat, Dewan Masyarakat Menggatal (untuk Kota Kinabalu), Dewan Masyarakat Ranau, Dewan Masyarakat Keningau, Dewan Masyarakat Sipitang, Dewan Masyarakat Tawau, Dewan Masyarakat Lahad Datu dan Balai Seni Inabah, Semporna. Jaimin berkata majikan dan mana-mana pihak yang terlibat mengaji Pati diminta mengambil peluang mendaftar pekerja mereka dalam program itu kerana tiada sebarang tindakan akan diambil terhadap mereka. Beliau berkata ketika program 5P itu dilaksanakan, semua Pati turut didaftarkan ke dalam sistem biometrik yang akan membolehkan pihaknya mengesan jika mereka masuk semula bekerja di negeri ini. Masa pendaftaran program itu bermula 8 pagi hingga 5 petang pada Isnin hingga Jumaat, manakala Sabtu dan Ahad, waktu pendaftaran dibuka bermula 8 pagi hingga 1 petang. Di TAWAU, program pendaftaran pekerja asing di Rumah Persekutuan dekat sini mendapat sambutan menggalakkan daripada majikan dan pekerja. Sehingga jam 11 pagi tadi, seramai 500 pekerja warganegara asing sudah mendaftarkan diri dengan agensi kerajaan berkenaan. Ada antara pekerja warga asing yang datang mendaftar sudah bekerja secara sah di negara ini melebihi 20 puluh tahun dan masih bersemangat meneruskan kerja mereka selagi khidmat mereka diperlukan majikan. Seorang pekerja yang berasal dari Palopo, Sulawesi Selatan, Indonesia, Kaslim Tasse, 47, berkata dia telah bekerja di Ladang Table sejak 27 tahun lalu dan ketika itu dia masih bujang dan kini mempunyai tiga orang anak yang berusia antara tujuh hingga 20 tahun. Nama asal ladang tempat Kaslim bekerja ini ialah Borneo Abaca Limited (BAL), salah satu ladang tertua di Tawau. Suatu ketika dahulu, ladang ini dimiliki Golden Hope dan kini oleh Sime Darby. "Sejak saya mula bekerja di ladang itu hingga ke hari ini, saya sudah bekerja di bawah tiga majikan. Kami semua dilayan dengan baik tanpa sebarang masalah," katanya. Menurut Kaslim, sejak menjejakkan kaki ke Tawau, beliau tidak pernah kembali ke kampung halamannya kerana seronok bekerja di sini sehingga dianggapnya Tawau sebagai 'lombong emas'. Seorang lagi rakyat Indonesia yang berasal dari Nunukan, Mohd Arif Bacho, 48, yang bekerja di Ladang Bombalai juga milik Sime Darby berkata dia sungguh seronok bekerja di ladang berkenaan kerana segala prasarana disediakan majikan. Mohd Arif yang telah bekerja di situ sejak 18 tahun lalu berkata dia akan tetap bekerja di situ selagi majikannya memerlukan tenaganya. "Saya merasa bersyukur, kerana pihak berkuasa Malaysia memberi peluang kepada saya untuk menyambung semula pasport saya yang telah tamat tempohnya sejak tiga bulan lalu," katanya. Pendaftaran yang akan berakhir pada 2 Ogos ini mensasarkan rakyat asing yang masuk ke negara ini secara haram (PATI), tinggal melebihi tempoh, melanggar syarat-syarat pasport dan rakyat asing yang diberi pasport oleh kedutaan masing-masing. |
Sistem Pengangkutan Rel Atasi Kesesakan Lalu Lintas Di Melaka Posted: 18 Jul 2011 02:59 AM PDT BERNAMA ALOR GAJAH: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang semakin teruk di bandaraya Melaka melalui sistem pengangkutan rel. Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar berkata pihaknya mengenalpasti kemasukan terlalu banyak kenderaan persendirian telah menyumbang kepada kesesakan lalu lintas di bandaraya Melaka. "Perkara yang akan kita (SPAD) lihat ialah minat kerajaan Melaka untuk mengadakan sistem pengangkutan trem yang dirancang dibangunkan melalui projek pengswastaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran sambutan Bulan Patriotisme Sekolah Menengah Kebangsaan Hang Kasturi di Masjid Tanah dekat sini, Khamis. Syed Hamid, yang juga anggota Parlimen Kota Tinggi berkata perkhidmatan pengangkutan bas dan teksi juga perlu dipertingkatkan bagi menggalakkan pelancong dan penduduk Melaka menggunakannya untuk memasuki bandaraya tersebut. "Saya datang ke Melaka tengok kesesakan jalan raya memang teruk, untuk melawat kawasan-kawasan pelancongan kena mengambil masa lama kerana terlalu banyak kereta yang menyebabkan kesesakan," katanya. Melaka menerima lebih 10 juta pelancong pada tahun lepas dan pada tahun ini menyasarkan 11 juta. Beliau berkata pembangunan sistem pengangkutan rel bandar itu mengambil pengalaman kerajaan United Kingdom membangunkan sistem tersebut di negara itu. Baru-baru ini, SPAD dan kerajaan United Kingdom menandatangani perjanjian yang berobjektif mempercepatkan pembangunan rel di kawasan bandar di Malaysia, seperti projek My Rapid Transit (MRT). |
Cadangan Lantik Wakil NGO Dalam SPR Wajar Dipertimbangkan - Nazri Posted: 18 Jul 2011 02:58 AM PDT BERNAMA KUALA LUMPUR: Cadangan Majlis Peguam supaya wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilantik menganggotai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menambah baik sistem pilihan raya adalah sesuatu yang wajar dipertimbangkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz. Beliau berkata terpulang kepada SPR untuk menentukan sama ada menerima atau menolak cadangan berkenaan. "Kita (kerajaan) terbuka dengan mana-mana cadangan tetapi terpulang kepada SPR kerana ia adalah badan yang bebas. Jika mereka bersetuju, perkara itu boleh dibincangkan dengan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas perasmian Persidangan Majistret dan Hakim Komanwel 2011 di sini, Isnin. Mengenai laporan Suruhanjaya Diraja berhubung kematian Teoh Beng Hock, beliau berkata terserah kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan untuk mengumumkannya. "Saya tidak tahu bila ia akan didedahkan kepada umum tetapi yang pasti kabinet sudah meluluskannya. Sekarang ini terpulang kepada KSN," katanya. Pada 22 Jun lalu, laporan siasatan setebal 124 halaman itu dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Teoh, setiausaha politik seorang anggota exco kerajaan negeri Selangor, ditemui mati di bangunan yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia negeri Selangor di Shah Alam pada Julai 2009. |
Kerajaan Kaji Cadangan Tambah Kutipan Caruman Perkeso - Subramaniam Posted: 18 Jul 2011 02:58 AM PDT BERNAMA KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia sedang membuat kajian untuk meningkatkan jumlah kutipan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi mengimbangi jumlah pembayaran pampasan kepada pekerja. Menterinya Datuk Dr S.Subramaniam berkata antara cadangan meningkatkan kutipan caruman dari majikan dan pekerja ialah dengan menambah perkhidmatan tambahan pada tahun depan. Tahun lepas, katanya, Perkeso telah membayar pampasan berjumlah RM2 bilion kepada pekerja termasuk RM950 juta untuk pencen liat (hilang upaya) dan pencen penakar (kematian). Dr Subramaniam berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan dan Pameran mengenai Keselamatan dan Kesihatan Perkerjaan (COSH 2011) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, Isnin. Katanya dalam tempoh tersebut sejumlah RM500 juta dibayar untuk kes-kes lain berkaitan dengan pekerja yang terbabit dalam kemalangan semasa waktu bekerja. Antara sebab pembayaran pampasan tinggi tahun lepas adalah faktor jangka hayat pekerja yang menerima pencen akibat kemalangan meningkat sehingga 70 dan 75 tahun, katanya. "Perkeso perlu membayar pampasan kepada pekerja yang menerima pencen kemalangan itu pada sepanjang hayat mereka dan ia antara faktor menyumbang kepada jumlah kutipan caruman Perkeso yang rendah tahun lepas," katanya. Bagaimanapun, Dr Subramaniam enggan mendedahkan jumlah kutipan caruman diterima oleh Perkeso tahun lepas. Katanya jumlah jumlah caruman Perkeso yang dikenakan terhadap majikan dan pekerja di negara ini masih rendah berbanding pekerja di negara maju yang menyumbang antara 20 hingga 30 peratus daripada pendapatan bulanan mereka. Dalam perkembangan lain, beliau meminta majikan yang mempunyai lebih 40 pekerja supaya menubuhkan Jawatankuasa Kesihatan dan Pekerjaan bagi melindungi dan memberi kesedaran tentang langkah keselamatan di tempat kerja. Katanya sekira majikan gagal menubuhkan jawatankuasa berkenaan maka Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) akan mengambil tindakan mahkamah di bawah Akta Keselamatan Pekerjaan. Persidangan itu dihadiri oleh lebih 1,500 peserta dari sektor awam dan swasta. |
47 DITAHAN DALAM OPS KUTURAYA DI TAWAU Posted: 18 Jul 2011 02:55 AM PDT SERAMAI 47 orang pengemis, penjual rokok haram dan orang kurang siuman ditahan dalam operasi bersepadu di sekitar bandar Tawau semalam. Operasi dua jam sekitar bandar yang diketuai oleh Ahmad Razalie, pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat itu turut membabitkan petugas dari Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Jabatan Pendaftaran Negara, Kastam, Jabatan Kesihatan, Imigresen dan polis. Ahmad Razalie berkata operasi itu bertujuan membersihkan bandar Tawau daripada pengemis, orang kurang siuman, kutu rayau serta penjual rokok haram dan antara yang ditahan termasuk kanak-kanak berumur enam tahun. "Jabatan Kebajikan banyak menerima aduan daripada orang ramai berkaitan gangguan orang kurang siuman dan golongan pengemis kanak-kanak di sekitar bandar," katanya kepada pemberita selepas operasi berkenaan. Katanya semua yang ditahan berumur antara enam dan 45 tahun. |
SAMPAI MASANYA UNTUK TUKAR KERAJAAN Posted: 18 Jul 2011 02:49 AM PDT Oleh: MEDIA SAPP NAIB Ketua Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Pusat, Rudy Sulaiman Mairi sekali lagi mengetuk 'tempurung kepala' pemimpin UMNO yang didakwa melaksanankan sesuatu projek pembangunan secara tidak sempurna sehingga mengakibatkan berlaku pembaziran wang pembayar cukai. Banyak projek yang dilaksanakan kerajaan, kata Rudy, khususnya infrastruktur jalanraya dilakukan secara ala kadar; tetapi anehnya kos projek bukannya sedikit tetapi jutaan ringgit. Beliau mengambil contoh pembinaan bangunan Pusat GiatMara berhampiran SMK Tenom dengan kos jutaan ringgit menjadi sia-sia kerana telah terbengkalai sejak tahun 2008 lagi. Rudy berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira lebih 100 hadirin bertempat di Kg Kemabong Lama, pada ahad yang dianjurkan SAPP cawangan Kemabong Lama diketuai, Palipus Ampasu. Rudy seterusnya berkata, perjuangan SAPP adalah menjurus kepada usaha kepimpinan parti itu untuk mengembalikan maruah dan martabat bangsa kepelbagaian kaum di Sabah; selain menuntut hak-hak asasi dan kuasa autonomi di Sabah dikembalikan seperti yang termaktub di dalam 20 Perkara. "Kalau kuasa autonomi kita ada dalam kerajaan UMNO-BN di Sabah, tidak semestinya penyampaian geran komunal dilakukan oleh Perdana Menteri kerana kuasa ke atas tanah adalah terletak kepada bidang kuasa Ketua Menteri Sabah," kata Rudy yang tidak mahu suatu hari nanti rakyat Sabah perlu merujuk apa sahaja perkara, termasuk melibatkan pembangunan Sabah kepada kerajaan Persekutuan. Tegasnya lagi, rakyat Sabah perlu bertindak dari sekarang demi masa depan anak- anak cucu-cicit rakyat Sabah supaya menukar kerajaan yang korup dan membazir kepada kerajaan baru seperti SAPP; sebuah parti tempatan sekaligus untuk merealisasikan misi dan visi rakyat Sabah demi mengembalikan kuasa autonomi yang telah dihakiskan kerajaan Persekutuan sebelum ini. Terdahulu, Naib Ketua Pemuda SAPP CLC Tenom, Roger Stimin menegaskan bahawa keputusan kerajaan masa kini dengan pemberian geran komunal kepada penduduk di kawasan Mukim Rundum adalah muktamad dan tidak dapat diubah lagi. Katanya, kecuali rakyat mengubah kerajaan yang ada sekarang selepas pilihanraya umum kali ke-13 dan menggantikannya kepada kerajaan baru secara demokratik menerusi peti undi. "Jikalau rakyat tidak berpuas hati dengan sistem yang diamalkan kerajaan sekarang, rakyat berhak menukar kerajaan secara demokrasi kerana rakyat mempunyai kuasa memilih kerajaan yang adil dan saksama menerusi setiap pilihanraya yang diadakan 5 tahun sekali," kata beliau lagi. Tegas Roger, Geran Komunal yang kini sedang menghantui pemikiran rakyat di kawasan Mukim Rundum dan perkampungan sekitarnya, sudah pasti akan menghakis hak mutlak pemilikan mereka secara turun-temurun sehingga ke anak cucu-cicit mereka. Senario ini, kata Roger, berlaku kerana geran tersebut tidak memberi hak untuk diwarisi oleh mana-mana pewaris pada masa akan datang selepas penama dalam geran itu meninggal dunia. "Dalam konteks ini, siapa yang harus disalahkan selain daripada wakil rakyat yang difahamkan telah mewakili kawasan ini beberapa penggal yang lalu, tetapi dalam jangka masa itu mengapa biarkan isu ini terus berlarutan dan tidak membawa usul tanah adat NCR dibincang ketika sesi persidangan DUN," tegas Roger. Roger yang juga merupakan seorang Peguam turut memberitahu bahawa beliau telah menerima banyak pesanan ringkas melalui 'SMS' daripada penduduk sekitar Tenom yang tidak berpuas hati dengan langkah kerajaan memberikan Geran Komunal. Bagimana pun jelas Roger, jika rakyat sudah tiada pilihan selepas semua saluran telah digunakan untuk merayu perkara itu tetapi semuanya gagal, maka rakyat berhak memilih tindakan lain iaitu menukar kerajaan kerana gagal menangani masalah rakyat. |
Kes PRU ke - 11 negeri Terengganu bukti paling besar penipuan Umno dan SPR Posted: 18 Jul 2011 02:47 AM PDT Menurut Naib Presiden PAS Dato' Husam Musa, keputusan pilihanraya umum ke 11 (PRU ke-11) pada tahun 2004 di negeri Terengganu adalah bukti yang paling besar menunjukkan pilihanraya yang berlaku tidak adil dan tidak bersih. Beliau berkata, statistik-statistik hasil PRU ke-11 bagi Terengganu adalah tidak masuk akal kerana pengundi bau bertambah sebanyak 62% merupakan yang tertinggi didunia. "Hasil pilihanraya Terengganu (tahun) 2004 tidak masuk akal, pengundi baru bertambah 62%, paling tinggi dalam dunia, pengundi baru bertambah, pengundi Umno bertambah 62%, "sedangkan undi PAS kalau dalam kes Besut hanya 8% seluruh negeri Terengganu hanya 5%, undi kita (PAS) turun 5% undi Umno boleh naik 62%,"jelasnya ketika berucap dalam Ceramah Perdana Pasca BERSIH 2.0 di Rusila, 15 Julai. Sedangkan katanya, pertambahan pengundi muda yang baru yang baru didaftarkan pun tidak sama dengan jumlah pertambahan pengundi dalam tahun 2004. Beliau menegaskan, dalam keputusan PRU ke-11 itu, terdapat tujuh undi di negeri Terengganu yang tidak boleh disahkan, berbeza dengan jumlah yang terdapat dalam daftar pemilih. "Dalam kes Terengganu ada tujuh undi yang tidak boleh disahkan, undi dapat tetapi dari segi daftar pemilih tidak ada banyak itu pengundi yang keluar mengundi, "ada tujuh undi (itu) yang menunjukkan ada dua kali mengundi, satu orang mengundi dua kali atau tiga kali,'tega Husam. Sebab itu, menurutnya, BERSIH menuntut kepada lkerajaan dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) supaya setiap pengundi dicap jarinya menggunakan dakwat kekal. Dengan itu, katanya, bila seorang pengundi sudah dicap jarinya, akan hanya mengundi sekali sahaja dan tidak boleh mengundi sekali lagi ditempat lain. Beliau yang juga Ahli Exco kerajaan negeri Kelantan menyatakan, Umno takut untuk melaksanakan tuntutan tersebut kerana sekiranya ia dapat dilaksanakan, Umno akan kalah diseluruh negara. "Kalau tiap-tiap pengundi (membuang) undi sekali satu orang, Umno akan 'ranap' (di)seluruh negara, ini (sebab) Umno takut, ini talian hayat Umno,"ujarnya. Beliau menolak hujah Umno yang mendakwa PAS menang dibeberapa negeri dan kawasan adalah bukti menunjukkan pilihanraya berlaku dengan adil. Sedangkan kata beliau, penipuan terus berlaku dan sedang dilakukan oleh Umno dan SPR khusunya di negeri Selangor pada ketika ini. Menurutnya, Umno dan SPR akan terus melakukan penipuan akan terus berlaku dan sedang berlaku di negeri Selangor "penipuan masih berlaku dan penipuan akan terus berlaku besar-besaran, di Selangor sekarang telah didaftarkan puluh ribu orang-orang daripada Sabah dengan I.C (nombor kad pengenalan) 12,"hujahnya. Katanya, baru pada minggu lalu, PAS telah membantah seramai 660 orang dari Sabah yang diangkut dan didaftarkan di DUN Selat Kelang untuk menjadi pengundi di situ. |
Tuntut Dakwat Kekal, Bukan Biometrik Posted: 18 Jul 2011 02:46 AM PDT Jika Perdana Menteri tidak mahu rakyat berdemo, sila buat pilihanraya adil dan terima tuntutan Bersih. Beliau mengatakan demo bukan budaya kita. Sepatutnya beliau kena berfikir kenapa rakyat berani untuk berdemo walaupun diugut dengan berbagai ugutan. |
Dr Lo' Lo': Mutiara Yang Tidak Akan Hilang Sinarnya Posted: 18 Jul 2011 02:44 AM PDT MSO Dr LO' LO' binti Mohd Ghazali adalah satu nama besar dalam Pas. Meskipun kedudukannya dalam parti Islam itu khususnya dalam Dewan Muslimat bukan ditempat teratas, tetapi dewan itu seakan sinonim dengan namanya, Dr Lo' Lo'. Nama ini mula disebut dalam Pas sekitar tahun 90-an dan mulai mewangi pada awal akhir tahun 90-an. Kelopak perjuangannya mula berkembang dan disedari tatkala meletusnya era reformasi. Era reformasi menerjahkan namanya ke tengah-tengah gelanggang. Era ini menguji kekuatan mental dan ketabahan feminis beliau sebagai seorang pejuang. Orangnya bertubuh kecil molek, berwarna putih kuning menjadi sekuntum bunga di dalam Pas. Kelihatan manja tetapi tegas. Ia menjadi daya tarikan, istimewa kepada anak-anak muda terutamanya kaum wanita. Kelulusannya sebagai seorang doktor perubatan (profesional) telah memberi rangsangan kepada anak-anak muda lain untuk menuruti jejak langkahnya menyimbah peluh di padang perjuangan. Kesungguhnya beliau berjuang dalam Pas, menjadi aktivis muslimat Pas yang gigih, tekun dan membawa Pas keluar dari kepompong muslimat pingitan sebelum ini ke jalan baru tidak boleh dialpakan. Beliau telah merintis membuka ruang lebih luas dalam Pas untuk kaum hawa mengibarkan panji Islam, duduk tinggi atau memberi pengorbanan sama besar dengan lelaki bersama rakan-rakan lain, Dr Siti Mariah Mahmud, Siti Zailah Yusuf dan lain-lain. Sepanjang hayatnya beliau mendominasi dalam bidang kebajikan terutamanya dalam aspek kesihatan sesuai dengan kelulusannya sebagai seorang doktor perubatan. Jika tidak silap saya Dr Lo' Lo' juga pernah ikut sama memberi bantuan kemanusiaan, rawatan dan perubatan dalam tragedi gempa bumi di Yogjakarta tahun 2006. Pada pilihan raya umum ke-11 (2004) beliau diberikan tanggungjawab oleh Pas bertanding di Parlimen Bukit Gantang, Perak tetapi tewas. Ketewasan itu tidak sedikit pun melemahkan semangatnya. Malahan kekalahan kali pertama itu menjadi perangsang untuk beliau terus mengorak langkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Kekalahan dan pengalaman pertama itu mengajar beliau erti perjuangan menerusi berpilihan raya. Siapa percaya pada tahun 2008, beliau seorang wanita yang lemah lembut boleh menang di sebuah kerusi bandaraya yang mempunyai berbagai lapisan masyarakat. Dr Lo' Lo' mengalahkan calon BN, Jamaluddin Aziz di kerusi Titiwangsa dengan majoriti 1,972. Kemenangan itu meletakkan namanya sebagai ahli Parlimen wanita pertama daripada Pas yang menang untuk mana-mana kerusi dalam Wilayah Persekutuan. Satu sejarah. Nama yang sememangnya sudah bercahaya kerana Lo' Lo' itu sendiri bermaksud mutiara atau permata cepat mengharumkan Dr Lo' Lo'. Kerajinannya mengambil bahagian dalam perbahasan di Parlimen menjadikan beliau popular dan disanjungi kawan dan lawan kerana komitmennya kepada tanggungjawab dan amanah. Isu-isu yang diambil bahagian ialah mengenai hak wanita dan juga isu-isu mengenai kepentingan Islam dan kebajikan insan. Sebagai wakil rakyat wanita beliau tidak terelak terpaksa berdepan dengan pelbagai kerenah politik yang dilakukan lelaki. Lo' Lo' tidak dikecualikan atas persoalan gender. Kawasan Titiwangsa adalah pernah dimiliki oleh Sulaiman Mohamad, seorang politician Melayu yang dikenali sebagai samseng kampung dusun. Walaupun Sulaiman tidak lagi menjadi penghulu di situ namun Dr Lo' Lo' tetap menghadapi cabaran dan sindiran yang diwarisi dari Sulaiman yang diteruskan oleh penguasa Umno seterusnya. Sekali lagi serangan dan kritikan terhadapnya selaku wakil rakyat oleh Umno tidak menjadi kudis gatal. Kemunculan Menteri Wilayah Baru Raja Nong Chik yang beriya untuk merampas Kampung Baru yang perlahan-lahan telah bertukar menjadi kubu untuk Pakatan Rakyat dan cuba merombak sokongan kepada Dr Lo' Lo' merupakan cabaran terhebat buatnya. Dr Lo' Lo' pernah dipersendakan oleh Raja Nong Chik kerana beliau seorang perempuan. Kalau tidak silap Dr Lo' Lo' pernah meminta Nong Chik meminta maaf kepadanya atas satu perbuatan Nong Chik yang kurang tamadun. Keberaniannnya juga terserlah. Beliau mencabar untuk bersekemuka dengan sesiapa saja demi kebenaran dan keadilan untuk rakyat. Dalam berdepan dengan isu rampasan Kampung Baru beliau ke hadapan. Perjuanganya menjaga hak warisan orang Melayu Kampung Baru diperjuangkan sampai ke denyut-denyut nafas terakhir. Dalam keadaan beliau sudah sakit di mana seharus rakyat dilupakan namun beliau masih membela dan mempertahankan hak rakyat Kampung Baru. Beliau tidak rela Umno menzalimi penduduk Kampung Baru. Penangguhan pembentangan Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (RUU PPKB) pada sidang Parlimen Mac lalu sesuatu yang menggembirakan beliau. Penangguhan itu sedikit sebanyak adalah kerana kelancangan beliau menentang agenda berstrategi Umno itu. Dr Lo' Lo' tidak habis-habis memberi peringatan agar agenda untuk membangunkan Kampung Baru biarlah dilakukan secara adil dan hak orang Melayu di situ terbela selamanya. Ternyata iltizam beliau kepada tanggungjawab dan amanah parti itu tidak pernah diabaikan. Walaupun beliau tidak dapat menyuarakan kepada Parlimen kerana dihalang kanser namun beliau tidak berputus asa. Jalan lain dicari bagi menyampaikan isi hatinya. Rakan-rakan seperjuangnya senantiasa membantu dan mewakili beliau bagi menyampai apakah yang tersekang di dadanya. Ahli Parlimen Kubang Kerian, Sallahuddin Ayub pernah diwakilkan untuk menyampaikan ucapannya di Parlimen. Meneliti dan mengimbau sejarah perjuangan dan keulitan serikandi ini, benarlah apa yang diungkapkan oleh Mursyidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat. Katanya; Dr Lo' Lo' adalah seorang mujahidah yang istiqamah di dalam perjuangan. Mengapa tidak seperti dikatakan tadi beliau tidak mudah berputus asa dan berwalang durjana demi memastikan perjuangan partinya tegak di atas muka bumi ini. Selain itu beliau juga seorang yang rajin, ada masanya melebihi pejuang lelaki sendiri. Saya ada secebis pengalaman dalam hal ini, melihat sendiri bagaimana rajin dan seriusnya beliau dalam perjuangan pada berkempen pilihan raya kecil bagi memastikan calon Pakatan Rakyat. Semasa berlangsungnya pilihan raya kecil Permatang Pauh yang melibatkan pertandingan Anwar Ibrahim, Dr Lo' Lo' adalah seorang tenaga kempen utama. Bagi memastikan kemenangan Anwar beliau telah turun naik ke pejabat-pejabat kerajaan untuk memberi risalah dan mendekati pengundi. Beliau ada menceritakan bagaimana beliau dihalau keluar dari pejabat tetapi tidak diendahkannya. Hak demokrasi dan kebebasan bersuara dipergunakan seterusnya. Beliau memberi tahu ada kalanya beliau terpaksa bertengkar dengan kakitangan pejabat sebelum dapat meninggalkan risalah. Selamba saja beliau memberi tahu apa yang berlaku ke atasnya. Pada pilihan raya kecil itu beliau juga turut sama mendekati para peniaga di sebuah pasar. Beliau melalui dari lorong ke lorong menemui segenap penjual di dalam pasar berkenaan. Sambil bertanya khabar beliau menghulurkan risalah kepada para peniaga. Cara diplomasi yang tinggi dan lemah lembut menyebabkan para peniaga senang menerima kunjungannya. Ini terbukti bila mana ada peniaga yang membelanjakan beliau dan rombongan untuk minum. Demikian juga pada siri-siri kempen pilihan raya kecil lain atau acara refomasi. Wajah dan kelibat beliau akan senatiasa sahaja ternampak. Mengingati akan kerajinan beliau dalam membantu rakan dan memastikan kemenangan, teringatlah saya kepada seorang lagi ahli Parlimen yang seingat saya tidak pernah miss menjadi host kempen pada pilihan raya kecil. Orang yang saya maksudkan itu adalah Dr Mohd Hatta Ramli. Kalau dalam lelaki Pas ada Hatta yang rajin, komited maka dalam muslimat Pas ada Dr Lo' Lo' yang ulit dan tidak mengenang letih dan istiqamah. Semalam jam 10:15 minit 15 Syaaban 1432 bersamaan 17 Julai 2011 dalam usia 54 tahun permata Pas yang bergemilang memancar sinar itu sudah pun tiada lagi. Dia sudah dipanggil pulang ke pangkuan penciptaannya untuk selamanya. Pas dan kita semua hanya diberikan pinjam sekejap saja permata penuh berazimat itu. Demikian takdir Allah, kita kena pasrah. Namun sinar yang pernah hadir dan memberi cahaya kepada kita tetap akan terlekat kejap di sanubari. Kewujudannya ia bersama kita sebagai menandakan bahawa kita pernah bersama dalam mengibarkan panji-panji kebenaran ini dan selorong menuju ke mardtillah, insyaAllah. Kalau kita semua benar sayang dan mengkagumi ratu jihad ini, ayuh.. terus kibarkan panji-panji ini yang ditinggalkan kerana ia akan meneduhkan rajuna itu di ambang Syurga. Penerusan perjuangan adalah doa kudus untuk Allahyarham. Al Fatihah. |
TIMBALAN KPN MINTA JANGAN MUSUHI POLIS, SIAPA YANG MEMUSUHI SIAPA? Posted: 18 Jul 2011 02:39 AM PDT TIMBALAN Ketua Polis Negara sebentar tadi muncul di kaca TV memberi amaran agar jangan sesiapa cuba menghasut agar rakyat membenci Polis. Arahan ini mungkin ada kaitan dengan reaksi rakyat jelata terhadap beberapa tindakan Polis semasa Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 09 Jul baru-baru ini. Secara peribadi, saya bersetuju dengan Timbalan KPN yang tidak mahu pihak Polis dijadikan organisasi yang dibenci atau dimusuhi oleh rakyat. Hakikatnya ramai yang sedar masih ramai lagi anggota Polis yang mempunyai hati dan perasaan seperti manusia normal, yang jujur dan profesional sewaktu menjalankan tugas. Namun demikian, sebelum Timbalan KPN mengeluarkan amaran sedemikian rupa sepatutnya beliau memberikan amaran keras kepada beberapa anggotanya yang bersikap tidak profesional, tidak mempunyai etika dan lebih-lebih lagi bertindak seperti binatang ganas. Anggota-anggota yang seperti ini lah yang mencemarkan nama baik pihak Polis dan mereka patut dipecat dari menjadi seorang anggota Polis sekiranya benar Timbalan KPN mahu pihak Polis sentiasa disanjung dan dihormati oleh masyarakat. Masalahnya, adakah kita boleh salahkan anggota bawahan Polis semata-mata sedangkan kita tahu bukan sedikit pegawai-pegawai atasan mereka yang 2 x 5 dengan perangai anggota bawahan yang langsung tidak bermoral dan beretika itu? Bahkan, beberapa kenyataan dan tindakan dari Timbalan KPN sendiri pun seolah-olah seperti memberi lesen kepada perangai-perangai buruk anggota bawahannya. Justeru itu, munasabahkah beliau mahu rakyat memuji dan memuja pihak Polis sedangkan apakah yang telah beliau lakukan untuk memperbaiki imej Polis? Sejurus selesai Perhimpunan BERSIH 2.0 baru-baru ini, tidak seorang pun pegawai atasan Polis yang tampil untuk memohon maaf di atas beberapa tindakan anggota bawahannya yang melampau dan tidak melambangkan sebagai seorang anggota keselamatan yang mesra rakyat. Zaman cyber sekarang ini tidak mudah untuk kita membohongi rakyat. Lagi banyak kita bercakap untuk melindungi kesalahan yang kita lakukan maka bertambah benci dan meluat orang kepada kita. Sukar sangatkah untuk merendahkan diri sedikit bagi mengaku kesilapan? Atau, masih yakin bahawa kezaliman itu memang dibenarkan di dalam melaksanakan tugas Polis? Perhimpunan BERSIH dikatakan `haram' kerana tiada permit. Mengapa tiada permit? Jawapannya Permit tidak dikeluarkan. Mengapa tidak dikeluarkan? Jawapan mereka demi keselamatan. Akhirnya keselamatan dijadikan alasan untuk menghalang hak rakyat untuk bersuara seperti yang dijamin oleh Perlembagaan. Aspek keselamatan sebenarnya bukan hanya kerana berhimpun bahkan tanpa perhimpunan pun jenayah berlaku setiap hari di merata tempat. Adanya perhimpunan juga bukan bererti pasti berlaku huru-hara. Perhatikan Konsert Jom Hebuh yang dihadiri oleh berbagai golongan yang majoritinya golongan muda, pernahkah berlaku huru-hara? Apa yang sering dilihat selepas selesai Konsert Jom Hebuh adalah terjumpanya ribuan kondom di merata tempat. Perhimpunan Sejuta Belia di Putrajaya bersama PM pun tidak berlaku huru-hara. Banyak jalan juga ditutup sewaktu kita menyambut Hari Kebangsaan 31 Ogos di Ibu Kota, tiada seorang pun yang merungut sukar untuk berniaga mahu pun kesukaran mendapatkan pengangkutan awam, jauh sekali untuk melihat huru-hara. Mengapa semua ini tidak dinilai oleh pihak Polis sebelum menimbang untuk meluluskan atau menolak permit yang dipohon oleh BERSIH? Sukar sangatkah untuk mengawal peserta perhimpunan yang ingin berhimpun di dalam stadium? Mana lebih sukar, mengawal di dalam stadium atau mengawal di jalanan? Mengapa mesti `memaksa' BERSIH mengadakan perhimpunan di jalanan? Hakikatnya Polis tahu jika perhimpunan berlaku di jalanan sekali pun, jika dikawal dengan baik apatah lagi tiada provokasi dari mana-mana pihak sudah pasti suasana perhimpunan pasti aman, licin dan teratur. Jika ini berlaku, sudah pasti Kementerian Dalam Negeri tidak perlu mengeluarkan belanja RM 25 sepinggan untuk makanan nasi goreng dan seketul ayam untuk tahanan di dalam lokap. Sudah pasti kita boleh jimatkan RM 40 Ribu untuk makanan tahanan peserta perhimpunan yang kurang dari 2,000 orang itu. Tentu kita boleh jimatkan bekalan air kimia (water canon) dan bom asap yang agak mahal juga kosnya. Malangnya, pihak Polis memilih untuk berdepan dengan rakyat yang telah merayu untuk memasuki stadium. Para peserta perhimpunan hadir dengan belanja sendiri tanpa sebarang senjata, tua, muda dari berbagai ugama dan bangsa dipaksa berdepan dengan pihak Polis yang bersenjata lengkap yang bukan musuh mereka. Siapa boleh nafikan tiada peserta perhimpunan yang dikasari dan dipukul? Siapa boleh nafikan berlakunya kematian semasa perhimpunan yang lalu? Setelah semua ini berlaku, Timbalan KPN mahu rakyat jangan membenci atau memusuhi Polis. Benar, kita akan cuba menghormati Polis yang bermaruah dan profesional tetapi bukan dengan Polis yang menjadikan rakyat sebagai musuh utamanya. Cukuplah dengan imej Polis yang terlalu banyak tercemar selama ini. Sudah sampai masanya Polis di negara ini menjauhkan diri dari dipengaruhi oleh Sang Penguasa yang amat takut kehilangan kuasa. Benarlah kata-kata dari Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS di dalam ceramahnya di P.Pinang baru-baru ini yang menyebut, " Sekiranya PR memerintah Putrajaya, Polis tetap menjadi Polis tetapi sekiranya Polis bersekongkol dengan Umno, maka apabila Umno tumbang nanti Polis juga akan berkubur bersama Umno". /wfauzdin.blogspot.com |
AMK ajak debat isu pilihan raya selepas perinci ‘buku jawapan’ SPR Posted: 17 Jul 2011 11:09 PM PDT Oleh Norutul Ilham PETALING JAYA: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat akan memperinci 'buku jawapan' Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan proses pilihan raya, sebelum bercadang mengajak agensi itu untuk berdebat. Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata pakar dan aktivis Bersih 2.0 akan dipanggil bagi membuat perincian terhadap buku bertajuk 'Penjelasan Terhadap Isu-isu Yang Dibangkitkan Mengenai Pilihan raya' itu. "AMK akan memanggil kumpulan pakar termasuk aktivis Bersih 2.0 untuk membincangkan secara terperici jawapan SPR ini. "Kita akan bukukan dan buat rumusan perbincangan dan kita akan ajak debat secara terbuka dengan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkaitan dengan lapan tuntutan Bersih," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini. Katanya, AMK sama sekali tidak gentar untuk berdebat mahupun berdepan sendiri dengan pengerusi SPR walaupun pihaknya mengungkapkan secara fakta. "Kalau SPR mengungkapkan secara fakta ataupun ikut kata mereka secara ilmiah dan diulas satu persatu. Kita juga akan jawab perkara ini secara terperinci satu persatu," tegasnya. Sementara itu, Shamsul berkata, AMK mencadangkan pimpinan pusat supaya wakil AMK diletakkan sebagai calon Parlimen ataupun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pada pilihan raya umum akan datang. "Kita sudah kenal pasti lebih kurang 48 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu 28 Parlimen dan 20 DUN. Kita sedang teliti untuk dicadangkan kepada pimpinan pusat supaya wakil daripada AMK, bertanding. "Mereka yang berumur bawah 35 tahun bakal diletakkan sebagai calon dalam pilihan raya akan datang," katanya. |
Cincin Rosmah RM24.45 juta: Data kastam cuba dipadam- Chegu Bard Posted: 17 Jul 2011 11:04 PM PDT KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR: Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendedahkan pihak Kastam di Raja Malaysia (KDRM) cuba melindungi transaksi pembelian cincin berharga RM24.45 juta yang dibeli isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Menurutnya, sebaik sahaja siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilakukan ke atas individu bernama A. Krishnan, sistem kastam di kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur telah mengalami masalah. "Sebaik sahaja siasatan SPRM bermula maka sistem kastam di Kargo, KLIA telah 'down' hampir 3 jam. "Kakitangan agen pengurusan kargo tidak lagi boleh mengakses sistem kastam seperti biasa selepas itu, pelbagai 'syarat' dikenakan semuanya dijalankan secara 'manual'," kata Badrul atau dikenali Chegu Bard. Beliau berkata, satu pekeliling turut ditampal di papan kenyataan kargo di KLIA, namun ditanggalkan beberapa jam kemudian kerana mungkin tidak mahu arahan rasmi itu 'dibocorkan'. "Kami telah menjangkakan sebelum ini data dalam sistem ini mungkin saja akan dipadamkan atau dipinda untuk menjaga 'Imelda Rosmah'. Bayangkan dalam kes lebih serius iaitu kes pembunuhan Altantuya rekod imegresen pun boleh dipadamkan," katanya yang juga Ketua Cabang KEADILAN Rembau. Menurut Chegu Bard, Sabtu lalu KDRM mengeluarkan borang asal yang hanya boleh dicetak oleh pegawai tinggi kastam atau agen pengurusan terlibat, berhubung transaksi itu.
Kewujudan 'borang kedua' Katanya lagi, borang yang dinamakan 'borang 2′ dikeluarkan pihak kastam untuk membuktikan berlian itu dibawa keluar ke Singapura 4 hari selepas ia dibawa masuk ke negara ini. "Kononnya belian itu hanya untuk pameran berlian yang dibuat di rumah VVIP sahaja dan kemudian dibawa keluar semula ke Singapura," kata Chegu Bard. Menurut sumber dalaman, kata Chegu Bard, kewujudan borang kedua itu menyatakan bahawa pembelian berlian tersebut menggunakan 'hand carry' dan borang secara manual keluar ke Singapura. Chegu Bard berkata, sumber itu juga memaklumkan Freight on Board (FOB) pembelian tersebut berbeza, sedangkan FOB adalah nilai sebenar barang yang dibeli mengikut harga invois. "Nombor daftar ROC Jacob & Co pun tak sama, sepatutnya jika barang masuk untuk pameran dan sebagainya seharusnya ada terma ikrar, tetapi sebaliknya dalam sistem kastam ketika belian itu masuk lansung tidak wujud sebarang terma ikrar hanya untuk pameran dan akan dibawa keluar semula," Chegu Bard memetik sumber tersebut. Chegu Bard berkata, sekiranya dakwaan itu tidak betul, Rosmah perlu tampil untuk menafikan dakwaan itu sejak awal lagi. "Bagaimana pula dengan gelang 'zebra' dan jam 'zebra' yang juga keluaran Jacob & co yang jelas ada gambar Imelda Rosmah menggunakannya ? Adakah Jacob & co hanya bagi pinjam kerana dia terpilih menjadi duta produk Jacob & co ?," soal beliau. |
Satu lagi catatan 709 yang terharu buat 1Malaysia: Jika itu ajalku.. Posted: 17 Jul 2011 11:01 PM PDT Perhimpunan yang pada awalnya aman terus bertukar menjadi huru hara selepas FRU datang dan tiba-tiba menyemburkan water canon serta gas pemedih mata. Alhamdulillah penulis sempat lari ke kawasan yang agak selamat. Ketika itu penulis berada di tempat yang tinggi dan boleh nampak semua apa yang berlaku. Memang, tembakan FRU rambang tanpa mengira kanak-kanak, orang tua yang uzur dan wanita. |
Bersih 2.0 : SUHAKAM Siasat Dakwaan Keganasan Polis Posted: 17 Jul 2011 11:00 PM PDT Ditulis oleh Nur Atiqa Abd Samad KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) akan mengadakan siasatan awam berhubung dakwaan orang awam bahawa mereka telah dipukul dan dikasari oleh polis dalam Himpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu. Naib Pengerusi SUHAKAM, Datuk Dr Khaw Lake Tee berkata penyerahan memorandum ini merupakan kali kedua yang diterima oleh suruhanjaya itu berkaitan dengan isu perhimpunan Bersih. Tindakan SUHAKAM mengambil langkah sedemikian supaya saksi dan mangsa yang dikasari tampil untuk memberi keterangan dan membuat aduan. "SUHAKAM telah mengambil keputusan untuk mengadakan satu siasatan awam untuk mengatasi masalah ini, sebab itu saya tidak mahu testimoni diberikan pada pagi ini sebab akan diberikan pada hari tersebut," katanya. Beliau mengumumkan demikian semasa penyerahan memorandum daripada peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang diketuai ahli jawatankuasa pemandunya, Maria Chin Abdullah, di sini hari ini. Tambah Khaw lagi selain daripada orang awam, pihak berkuasa juga akan dipanggil untuk memberi keterangan ketika siasatan kelak. Jelas beliau, pihaknya kini dalam proses untuk membuat persiapan dan akan membuat pengumuman untuk menentukan tempat dan tarikh siasatan awam itu diadakan yang dijangka pada bulan hadapan. "Berkenaan dengan syarat-syarat yang akan dikenakan, SUHAKAM akan mengkaji terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan media untuk memberitahu syarat-syarat dan rujukan mengenai siasatan awam ini. Kita akan mengkaji memorandum yang telah dihantar dan testimoni yang diberikan pada Selasa lalu dan hari ini,"ujar beliau lagi. Beliau juga memberitahu kepada pihak berkenaan supaya mengumpul testimoni atau saksi-saksi bagi memudahkan siasatan dijalankan. Tambahnya, pihak SUHAKAM juga ada menghantar pasukan pemantaunya ketika Himpunan Bersih 2.0 dan akan menggunakan maklumat itu pada sesi siasatan awam nanti. Selain daripada Khaw, dua lagi pesuruhjaya SUHAKAM iaitu Muhamad Sha'ani Abdullah dan James Nayagam turut mendengar aduan daripada peserta Bersih 2.0. Rata-ratanya menceritakan tentang kesakitan fizikal dan penganiayaan yang dilakukan oleh polis. Perhimpunan aman pada Sabtu lalu menyaksikan seramai 1,667 orang ditahan termasuk pimpinan Pakatan Rakyat. Puluhan mengalami kecederaan akibat tindakan ganas polis dan seorang meninggal dunia ketika cuba melarikan diri dari asakan polis. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
5 ulasan:
Hello, I enjoy reаding all of yоur post. I like to ωrite
a little cοmment to suppоrt yοu.
My ωeb site - Payday Loans
Αfter eхploгing a number of the blog artіcles on your blog,
I rеаlly like your technique of blogging.
I boοκ markeԁ it to my bοokmark webpage list and wіll be chеcκіng
back ѕoon. Take a look at my webѕite too and let me knoω how you feel.
Also vіsit my site ... New Bingo Sites
You probably have various leftovers basically assemble the storage eyelid around and place the device aside within
a refrigerator. Never the less how can you tell of winning
good rate? And then additionally couple have a important news rrncluding a rather evening surrounding the flames might be as slumbering.
Some Rr vrt330 simple to hire, appear to be his very poor rate
management, 70 revoltions per minute, it is advisable, extremely.
Also visit my web blog best blender
Genuinely is made possible by a three-inch greatly chute combined with
joint chef's knife set-up that can take good care of generally sawing thing. You are that any easiest in spite of this sound juice machine is but one palms cranked another. In addition to being multiplied transportability, the particular border children's finger blenders surely have greater than typical mixers may perhaps be the relief
which will frequently cleaned up.
Feel free to visit my web blog blender soup recipes **
Clearly, it's going to a short little evaluation Blender, for more information delight go to their site, stream application supply the product an effort. Reality that exact?Inches width Turn around won't are reluctant.
Consequently, states power. Seldom, begin definitely seems to
be the recognized role not a chance atypical blender or food
processor performs in gameplay really. If you're able try to avoid owning a considered food processor or blender, you may want to.
My blog post :: dj Equipment rental nyc
Catat Ulasan