Isnin, 18 Julai 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Umur 29 Tahun Sudah Jadi "Atuk"

Posted: 18 Jul 2011 06:30 AM PDT


Seorang lelaki berusia 29 tahun menjadi "atuk" termuda di Britain selepas anak perempuannya yang berusia 14 tahun melahirkan anak. Shem Davies dari Bridgend, Wales - pernah menjadi bapa pada usia 14 tahun lapor The Sun. 

Anak perempuannya, Tia melahirkan bayi perempuan sebelum hari jadinya yang ke-15. Bapa kepada bayi tersebut ialah remaja berusia 15 tahun. Davies seperti yang dilaporkan media "terkejut" apabila anak perempuannya itu memberitahu tentang kehamilannya. Namun dia kemudiannya mengganggap berita itu amat menggembirakan.

"Pada suatu ketika Tia ialah bayi, kemudiannya dia mengandung. Saya boleh memarahinya, tetapi apa poinnya berbuat demikian?" kata Davies

"Saya tahu betapa susahnya untuk mereka menghadapi situasi ini kerana saya pernah menghadapinya dahulu," kata Davies.

"Saya tidak menangani masalah yang saya hadapi ketika menjadi ayah pada usia 14 tahun. Saya tidak mampu menghadapi situasi itu dan saya melarikan diri, kata Davies lagi.

Ibu Tia, Kelly berkata " Mimpi ngeri saya jika Tia mengikut jejak dan kesilapan saya dahulu. Sekarang mimpi itu menjadi realiti."

P/s: Sila ambil iktibar!


Budak 12 Tahun Dijangkiti HIV melalui Hubungan Seks

Posted: 18 Jul 2011 05:00 AM PDT



Seorang budak perempuan berusia 12 tahun dijangkiti HIV melalui hubungan seks lapor Sun.Star Davao. Budak itu yang berasal dari Davoa City Filipina dikenal pasti sebagai manusia termuda dijangkiti virus itu melalui hubungan seks di negara itu (mungkin di dunia).
.

Dr Josephine Villafuerte, Ketua Pejabat Kesihatan Davao City berkata budak perempuan itu direkodkan sebagai individu termuda dijangkiti virus maut itu sejak pihak kesihatan menjalankan pemantauan HIV bermula tahun 1993.

"Kanak-kanak kini terlibat dengan aktiviti seksual dalam usia yang terlalu muda," kata Villafuerte kepada Sun.Star Davao.

P/s: Poin saya menyiarkan berita ini supaya kita berwaspada dengan gejala seks bebas dalam kalangan remaja di negara ini. Ada kanak-kanak yang berusia 12 tahun sudah "pakar" dalam aktiviti seksual. Malah lebih mengejutkan, kanak-kanak berusia 9 tahun sudah ditangkap kerana merogol rakan kelasnya. Semuanya berlaku di Malaysia!


BN Rasa Kerajaannya Terancam - Marina Mahathir

Posted: 18 Jul 2011 02:24 AM PDT


Saya petik:
[MK] BN yang berada dalam kedudukan panik merasakan kerajaannya kini terancam dan tidak mampu berfikir secara jelas lagi, kata anak sulung mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Paduka Marina Mahathir.

"Mereka rasa terancam kerana memandang remeh BERSIH pada 2007 dan pada pilihan raya umum 2008 mereka hilang banyak kerusi di parlimen dan dewan undangan negeri. Dan oleh kerana kini dalam keadaan panik, mereka tidak boleh berfikir dengan jelas lagi. Apa di kepala mereka adalah hanya cara untuk menang pilihan raya.

"Awak boleh dapatkan semula sokongan orang ramai dengan hanya berbaik kepada mereka. Awak tidak boleh dapatkan sokongan dengan bersikap jahat. Awak tak boleh tuduh peserta perhimpunan itu semuanya kumpulan samseng, mungkin ada segelintir. Tetapi bukan semua mereka.

"Majoriti mereka adalah kumpulan professional. Kumpulan itu adalah berbeza-beza dan ia sebenarnya 1Malaysia, muda, kaya, miskin, setiap bangsa dan agama menyertainya," kata Marina dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

Pada 9 Julai lalu, Marina juga mengambil bahagian dalam perhimpunan BERSIH 2.0. Beliau turun ke jalanan bersama anak dan rakan-rakannya.

Mereka bermula berhampiran Jalan Pudu (Berjaya Times Square) dan berarak sepanjang Jalan Hang Jebat di hadapan Stadium Negara menuju ke bangunan Majlis Olympik Malaysia.

Katanya, mereka yang turun pada hari itu begitu bangga dengan pertubuhan BERSIH 2.0.

"Saya mungkin tidak setuju dengan perjuangan mereka tetapi mereka melakukan perkara yang baik. Kami semua menjadi 1Malaysia.

"Sekarang kerajaan melabelkan kami dengan pelbagai nama. Biar saya beritahu, mereka kini kehilangan banyak undi.

Mereka mungkin beranggap mereka telah tewas tetapi biar saya beritahu, sebenarnya banyak yang masih di atas pagar dan sudah tentu (tindakan kerajaan itu) mereka akan menyokong pihak satu lagi. Saya lihat ini jelas dalam media sosial, terutamanya di emel, twitter dan blog," kata Marina.



Kedah Cuba Kurangkan Maksiat, Melaka Galakkan Program Maksiat

Posted: 17 Jul 2011 11:40 PM PDT


Saya petik:
[MK] Di sebalik usaha kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan PAS mahu menutup bar, disko dan kelab karaoke pada bulan Ramadan yang akan datang, lain pula yang berlaku di negeri Melaka.

Negeri Melaka di bawah kerajaan BN, baru-baru ini pada mesyuarat Exco telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh masa operasi pusat hiburan di negeri itu dari sekitar jam 1 pagi hingga ke 3 pagi.

rustam ali silat group bersih 4Malaysiakini difahamkan, tindakan itu seiring dengan kepesatan pembangunan sektor pelancongan Melaka di samping mendapat permintaan daripada pengusaha pusat hiburan terbabit.

Bagaimanapun Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika ditanya berkata, lanjutan masa hanya boleh dilaksanakan pada hari Jumaat sehingga Ahad.

Manakala, bermula Isnin sehingga Khamis, pusat berkenaan hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 1 atau 2 pagi sahaja.

"Ini adalah atas permintaan pengusaha pusat hiburan dan pelaksanaan ini hanya dibenarkan untuk 15 premis sahaja di Melaka Raya.

"Bagaimanapun, sekiranya mereka ingkar melanjutkan waktu operasi dalam tempoh diberikan, kebenaran itu akan ditarik balik," katanya.
Ditentang pelbagai pihak

Mohd Ali juga menjelaskan, kerajaan negeri telah pun mendapat maklumbalas daripada pihak polis bahawa keputusan itu tidak akan menjejaskan tahap keselamatan kawasan terlibat.

NONESementara itu, keputusan yang dibuat kerajaan negeri Melaka itu ditentang banyak pihak termasuk dari kalangan ahli Umno sendiri.

Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tangga Batu, Muhammad Ahyad Abdullah yang merasakan keputusan itu mengambarkan keseronokan sesetengah pihak yang berkepentingan.

"Mereka lupa keadaan ini akan membiarkan lebih banyak perkara tidak senonoh berlaku di negeri Melaka. Sudahlah pusat hiburan muncul bagaikan cendawan tumbuh ditambahkan pula tempohnya dilanjutkan hingga ke jam 3 pagi.

"Cukuplah, keruntuhan akhlak yang berlaku kini di kalangan warga muda dan peningkatan kadar jenayah disebabkan pusat hiburan dan keseronokan yang tidak ada batasnya," katanya.

Ketua Pembangkang dari DAP, Goh Leong San berkata, kerajaan negeri sepatutnya mendapat maklum balas dari semua pihak dan bukannya semata-mata meminta pandangan daripada pengusaha pusat hiburan sahaja.

"Tindakan ini menampakkan kerajaan negeri mengenepikan kepentingan rakyat hanya semata-mata mahu mengejar keuntungan tanpa memikirkan kesan daripada tindakan itu," katanya.


P/s: Soal ini bukan soal Muslim atau bukan Muslim, bukan soal Melayu, bukan soal Cina-India. Soal ini soal sesuatu yang menyokong kebaikan. Pusat-pusat hiburan ini membawa budaya yang kurang sihat dalam kehidupan, baik untuk orang Islam, mahupun untuk orang bukan Islam. Oleh itu, lebih baiklah tempat-tempat yang mempromosikan budaya kuning ini dikurangkan atau masa operasinya dihadkan.

Dalam hal ini jelas menunjukkan sikap hipokrisi UMCO. Apabila isu berkaitan dnegan negeri PR, mereka sanggup berarak dengan membawa kepala lembu atau sepanduk yang mempersenda perkataan "takbir".  Walhal Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan PR ini telah wujud sejak zaman pemerintahan UMCO, malah MCA yang yang menjadi sekutu UMCO turut menyokong penggubalan enakmen ini dahulu.






Suami Lari, Isteri Minta Lebih 16 Kali

Posted: 17 Jul 2011 05:50 PM PDT


Saya petik:
[HM] KAHERAH: Dek kerana sayangkan isteri dan ingin menyelamatkan rumah tangganya dengan gadis Mesir, seorang lelaki Melayu terpaksa lari malam dari rumah kelamin selepas empat hari berkahwin semata-mata untuk mempelajari pelbagai ilmu kebatinan negara berkenaan.

Segala-galanya bermula apabila Mohd Haisol Shaari, 28, (bukan nama sebenar) terkejut dengan permintaan keterlaluan isterinya pada tiga hari pertama melayari bahtera perkahwinan.

Berikutan itu, beliau mengambil keputusan melarikan diri ke rumah bujang rakannya sebelum pulang semula ke rumah kelamin lima hari kemudian, selepas yakin dengan ilmu kebatinan diperoleh.

Menurutnya, sepanjang tempoh 'berguru,' dia mendapatkan pandangan rakan lelaki lain, sama ada dari rantau Asia atau rakan dari Mesir, hinggalah dia mempelajari pelbagai ilmu kebatinan.

"Saya disyor menggunakan sejenis kayu dikenali sebagai Hagar Guhannam namun fungsi kayu itu sama seperti gambir Sarawak, menyebabkan saya tidak suka kibat kesan sampingan.

"Dua lagi yang disyorkan mereka ialah sejenis serbuk dikenali sebagai Hamada di kalangan masyarakat Arab, selain sejenis minyak bonggol unta atau dikenali sebagai Sanam Cameol dan kedua-duanya masih digunakan hingga ke hari ini," katanya kepada Metro Ahad.

Menurutnya, serbuk Hamada dicampurkan dengan madu asli berdasarkan sukatan tertentu dan ia berfungsi memekat dan menyuburkan sperma lelaki dan digunakan sejak berzaman.

"Serbuk itu tak banyak dijual, malah tidak ramai masyarakat Arab tahu mengenainya. Ia diperoleh rakan selepas dia mengkaji mengenai perubatan Islam dalam kitab yang dibaca di (Universiti) al-Azhar," katanya.

Katanya, minyak bonggol unta pula menghidupkan sel mati pada alat sulit lelaki dan menjadikan ia lebih berat dan padat, sekali gus membolehkan tuntutan batin isterinya kini sama seperti orang lain dan tidak keterlaluan seperti sebelum ini.

"Pada mulanya saya malu dengan diri sendiri namun selepas berbincang dengan rakan serta isteri, Alhamdulillah kami kini hidup bahagia dan dikurniakan cahaya mata," katanya.

Menurutnya, kejutan batin diterimanya dipercayai dipengaruhi beberapa faktor iaitu faktor budaya dan adat khatan yang diamalkan di negara berkenaan, selain pemakanan masyarakat di sana.

Mohd Haisol berkata, dia terpaksa buat begitu kerana sayangkan isterinya berusia 25 tahun, selain mengakui kejantanannya tercabar.

"Saya terpaksa lari dari rumah dan bersembunyi di asrama rakan menjelang malam pada hari keempat perkahwinan kerana tidak tahan kehendak batin isteri.

"Bukan mahu mengaibkan isteri atau sesiapa, tetapi saya rasa perkara ini perlu diketahui umum, terutama lelaki yang mungkin menyimpan hasrat memperisterikan wanita Arab... saya nasihatkan mereka supaya lebih bersedia," katanya.

Menurutnya, pada hari pertama perkahwinan, dia mengadakan hubungan kelamin 16 kali dan masih mampu memenuhi tuntutan itu, mungkin kerana usianya masih muda dan menganggap ia sebagai perkara biasa.

"Walaupun terkejut dengan permintaan itu (16 kali sentuhan), saya menganggap ia perkara biasa dalam hubungan suami isteri... maklumlah, kata orang pantang bersentuh pada awal perkahwinan," katanya.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu berlanjutan beberapa hari dan dia mula berasa kurang selesa kerana tidak banyak masa untuk mengulang kaji pelajaran atau berehat panjang, menyebabkan dia melarikan diri dari rumah sewa mereka.

Menurutnya, dia kembali ke rumah sewa bujang, menyebabkan isterinya mencari di rumah didiami rakannya, namun gagal menemuinya kerana tidak dibenarkan masuk ke rumah didiami lima pelajar lelaki itu. Sementara itu, minyak bonggol unta atau sejenis serbuk dikenali Hamada diakui mampu meningkatkan tenaga lelaki, sekali gus memenuhi tuntutan syahwat pasangan.

Selain itu, penggunaan alat kelamin lelaki secara lebih kerap dalam hubungan mendorong kepada kepadatan organ itu yang menyebabkan ia semakin mantap.

Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby berkata, hampir semua negara memiliki bahan atau produk asli yang menjadi amalan mereka turun temurun.

"Memang saya tidak nafikan penggunaan minyak bonggol unta dan serbuk seperti diamalkan di Mesir kerana ia pasti digunakan sejak zaman berzaman.

"Di negara kita, tongkat ali digunakan untuk membekalkan tenaga bagi membolehkan kita cergas tetapi apabila menggunakannya kita mudah terangsang, jadi ramai menggunakannya untuk tujuan kebatinan," katanya.

P/s: Tidak pasti sama ada berita ini dilebih-lebihkan atau realiti. 16 kali! Fuh!

Dr Lo Lo Kembali ke Rahmatullah - Al Fatihah

Posted: 17 Jul 2011 04:35 PM PDT

 
Saya petik:
[HD] Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (gambar) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam tadi.

Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof ketika dihubungi Harakahdaily.
Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga.
Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser.

Dalam respons awal, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Allahyarhamuha seorang yang istiqamah berjuang untuk Islam sehingga akhir hayat.

"Saya dimaklumkan oleh keluarga terdekat almarhumah Dr Lo' Lo', MP PAS Titiwangsa tentang pemergian beliau sebentar tadi.

"Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam hingga ke saat akhir hayatnya," tulisnya di Facebook.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan pula menyifatkan Allahyarhamah seorang tokoh pejuang Islam yang tabah.

"PAS dan rakyat sebentar tadi kehilangan tokoh pejuang Islam yg tabah apabila sbentar td Dr Lo' Lo' telah kembali ke rahmatillah.. Al Fatihah." tulisnya di Twitter.

Menurut anak allahyarhamuha, Muhd Fawwaz, jenazah akan diuruskan di Masjid al-Akram, Datuk Keramat pagi esok.
 
"Insya allah, akan dikebumikan pada waktu pagi di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat," tulisnya melalui sistem mesej singkat (SMS) kepada Harakahdaily.
 
P/s: Al fatihah. Semoga dosanya diampunkan Allah dan rohnya dicucuri Allah rahmat.  


Tiada ulasan: