DIALOG RAKYAT |
- 'Polis bengis macam nak makan saya'
- Komisyen ketiga dibayar untuk Scorpene: Suaram
- Majlis peguam mahu laporan RCI Teoh didedahkan
- Lim: MP Sungai Siput Dr D Jeyakumar okay
- BERSIH 2.0: Saman pertama ke atas polis
- Bersih: Juham Selangor fail saman pemula
- Undi awal: SPR perlu beri penjelasan
- Kekalkan jati diri Malaysia, kuningkan Bukit Jalil
- Revolusi: Zambry lupa rampasan kuasa di Perak
- Risalah lucah ditabur di masjid, sekolah
- PAS lancar kempen teruskan memontum Bersih 2.0
- Rais mahu kaji motif sertai perhimpunan 9 Julai
- Polis tubuh pasukan khas siasat kematian Baharuddin
- Perut rakyat tak kenyang hanya dengan slogan 1Malaysia
- Berapa Najib dan bekas PM habiskan wang Petronas?
- REJIM KINI BERDEPAN DENGAN PARA DOKTOR YANG BUKAN DIUPAH
- Konvensyen Ahli Parlimen Islam Sedunia (IFIP) ke 2 di Langkawi
- Pemuda PAS Mohon Penjelasan SPR
- ‘Digelar gila kunyah kaca’
- Penduduk Bingkor rayu rondaan polis
- Bersih 2.0: Ahli PAS fail saman ke atas Hishammuddin, tiga lain
- Pasca-Bersih 2.0: SPR jangan hanya jelas, tapi dengar idea rakyat
- Pasca-Bersih: Polis tubuh dua pasukan siasat insiden Hospital Tung Shin
- Bekas mufti selar budaya bodek dalam Umno
- Mat Sabu selamat jalani pembedahan
'Polis bengis macam nak makan saya' Posted: 16 Jul 2011 04:21 AM PDT Jimadie Shah Othman Tindakan polis menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0 genap seminggu lalu terus dikritik hebat, sehingga Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang terkenal dengan kelembutannya pun kini merasa amat benci kepada kerajaan. "Sebelum (gas) ditembak, ada himpitan dari belakang, (oleh) kelompok polis juga. Jadi kami agak tersepit, seperti di (Hospital) Tung Shin, (kami) tiada alternatif jadi go through saja. "Tidak pernah saya rasakan begitu bencinya saya pada kerajaan. Itulah waktunya saya lebih benci," kata A Samad yang mengimbau kembali pengalamannya di KL Sentral, tempat beliau mula-mula bertembung dengan polis. Ketika diwawancara Malaysiakini di Bangsar kelmarin, penulis kreatif pelbagai genre itu bagimanapun, beliau sempat berseloroh bahawa ia masih belum sampai ke tahap "paling benci". Menghabiskan hari yang panjang daripada pagi sehinggalah disekat polis kali terakhir kira-kira 200 meter daripada Istana Negara di sebelah petang, A Samad menyifatkan tindakan polis menangani "perhimpunan damai" itu secara "bengis". "(Dikasari) secara langsung tidak. Tetapi dengan wajah dengan apa itu memanglah kalau boleh mereka hendak makan saya," kata lelaki 76 tahun yang bersosok kecil dan berjanggut lebat bewarna putih itu. Berbeza dengan demonstrasi pertamanya pada Mac 2007 bagi membantah dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), A Samad kali ini menempuh pelbagai rintangan. Selipar, bukan sepatu Nike Beliau bukan sahaja hilang capal, tetapi hilang garam, tuala kecil dan air mineral yang dibawanya bagi menangani gas pemedih mata dan meriam air daripada pihak polis. "Saya seharusnya diapit dua orang peguam, (tetapi) dua orang peguam pun hilang (setelah gas ditembak)," katanya yang mengakui sudah menjangkakan pendekatan keras itu akan diambil pihak berkuasa. Pada Sabtu itu, dengan baju basah akibat air hujan dan meriam air, A Samad terus berjalan kira-kira 10 kilometer menuju ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. "Saya berkaki ayam separuh jalan, berbatu-batu. Ada anak muda hendak beri saya sepatu Nike. Ini saya fikir sepatu yang cantik sangat, saya tak mahu. "Kemudian orang beri saya sepatu yang besar, saya gunakan sebab hendak berjalan agak susah. Sampai di Hotel Midah, Kampung Attap, ada orang membelikan saya selipar. Jadi lepas itu dia pula berkaki ayam," kata A Samad. Pengarang novel Salina itu juga menyuarakan rasa terharunya pada semangat perpaduan dan hormat menghormati semua bangsa pada hari itu demi mencapai matlamat bersama ke arah pilihan raya yang bebas dan adil. "Ada anak India hendak bagi sepatu dia, anak Cina hendak beri sepatu dia. Saya merasa amat bangga. "Tidak pernah saya melihat satu kelompok orang muda yang berbilang bangsa itu bersatu oleh satu cita-cita. Itu sangat membanggakan," kata A Samad Said lagi. | ||
Komisyen ketiga dibayar untuk Scorpene: Suaram Posted: 16 Jul 2011 04:19 AM PDT Susan Loone Khamis depan, rakyat Malaysia berpeluang mendengar maklumat secara langsung daripada peguam Perancis bahawa "lebih besar" komisyen dibayar oleh pegawai kerajaan "peringkat amat tinggi" di Malaysia dalam pembelian dua kapal selam pada 2002. Di Pulau Pinang, Peguam William Bourdon dijadual mendedahkan perjanjian dengan syarikat Perancis DCNS dalam acara kutipan dana yang digelar 'Ops Scorpene'. NGO hak asasi Manusia Suaram menganjurkan majlis makan malam itu di mana aktivisnya Cynthia Gabriel, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang, Naib Presiden PKR Tian Chua dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan turut berucap. Gabriel (lihat gambar) mendakwa, bukti baru ditemui bahawa komisyennya "lebih besar" daripada sebelumnya dibayar kepada syarikat perunding Malaysia Perimekar Sdn Bhd. | ||
Majlis peguam mahu laporan RCI Teoh didedahkan Posted: 16 Jul 2011 04:18 AM PDT Saw Yee Fung Dua tahun telah berlalu sejak 16 Julai, tarikh pembantu politik DAP Teoh Beng Hock dijumpai mati di selepas ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Plaza Masalam di Shah Alam. Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh juga telah menyerahkan laporan muktamadnya kepada Yang di-Pertuan Agong pada 22 Jun. Setakat ini, laporan itu belum diumumkan kepada orang ramai. Menurut wakil Majlis Peguam, Edmund Bon, "jika menjelang masa tertentu laporan suruhanjaya tidak diumumkan, Majlis Peguam akan mendedahkan laporannya (pada RCI itu)". Bon berkata demiian pada majlis memperingati ulang tahun kematian Teoh di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor malam semalam. "Selepas suruhanjaya diraja mendedahkan laporannya, kami (Majlis Peguam) akan mengeluarkan laporan kami, kemudian orang ramai boleh membandingkan kedua-dua laporan itu. Kami berharap kedua-dua laporan itu adalah konsisten," katanya. "Berdasarkan beberapa laporan suruhanjaya sebelum ini, kami dapati laporannya agak bagus. Jadi kami berharap perkara yang sama untuk kes Teoh." Majlis berkenaan dihadiri kira-kira 200 orang termasuk keluarga Teoh, ahli parlimen Seputeh Teresa Kok, ahli parlimen Kepong Tan Seng Giaw, ADUN Teratai Jenice Lee dan ahli parlimen Subang R Sivarasa. | ||
Lim: MP Sungai Siput Dr D Jeyakumar okay Posted: 16 Jul 2011 04:15 AM PDT MALAYSIA KINI Ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar dalam keadaan baik meskipun telah ditahan lebih tiga minggu sekarang, kata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang setelah melawat aktivis Parti Sosialis Malaysia itu hari ini.Lim, bersama naib presiden PAS Salahuddin Ayub dan ahli parlimen Subang Jaya dari PKR, R Sivarasa berjumpa dengan Jeyakumar selama 20 minit di Bukit Aman pagi ini. "Beliau okay, di sebalik tahanan itu. Tetapi yang penting adalah hilangnya kebebasan dan tahanan yang tidak adil ini dan saya bercakap sebagai bekas tahanan ISA," kata Lim pada sidang media selepas lawatan itu. Jeyakumar adalah antara enam ahli PSM yang ditahan mengikut Ordinan Darurat kerana didakwa sebagai ancaman kepada ketenteraman awam. Selain dirinya, turut ditahan adalah timbalan pengerusi PSM M Saraswathy, ahli jawatankuasa pusat Choo Chon Kai, M Sukumaran, setiausaha cawangan Sungai Siput A Letchumanan, dan ketua pemuda Sarat Babu. Lim berkata tahanan ke atas keenam-enam mereka itu sebagai ketidakadilan yang dahsyat kerana tiada justifikasi dalam penangkapan tersebut.Beliau mengganggap penahanan itu sebagai cubaan untuk mecemarkan gerakan himpunan BERSIH 2.0. "Tuduhan sebagai penggerak BERSIH ialah satu ketidakadilan. 709 telah tunjukkan betapa bukan puluhan ribu penyokong BERSIH yang lakukan keganasan dan huru-hara tetapi pihak berkuasa polis," katanya. Mereka ditahan mengikut seksyen 3(1) Ordinan Darurat selepas tuduhan awal keenam-enam mereka bersama 24 lagi aktivis PSM disiasat kerana menghasut orang ramai bagi melancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong digugurkan. | ||
BERSIH 2.0: Saman pertama ke atas polis Posted: 16 Jul 2011 04:10 AM PDT Salhan K Ahmad Seorang individu mengemukakan saman hari ini ke atas polis dan menteri dalam negeri atas dakwaan penahanan salah ke atasnya, dua minggu sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 diadakan. Plaintif berkenaan, Musafri Abdullah Azmi, 27, merupakan individu pertama yang ditahan polis sebelum perhimpunan itu berlangsung pada 9 Julai lalu. Musafri menuntut supaya mahkamah mengeluarkan deklarasi bahawa penangkapan dan penahanan itu dibuat secara tidak sah. Mahkamah juga dituntut supaya mengeluarkan deklarasi bahawa polis serta responden berkenaan menyalahgunakan kuasa mereka. Penahanan itu didakwa tidak dibuat mengikut undang-undang kerana sebab penahanan itu tidak diberitahu kepadanya. Selain itu, beliau turut meminta mahkamah supaya mengarahkan rampasan lapan helai baju-T berwarna kuning bertulisan 'BERSIH 2.0' itu diisytiharkan tidak sah. Dua daripada responden yang dinamakan itu ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan juga ketua polis daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob. Dua lagi responden yang dinamakan ialah dua orang anggota polis yang dinamakan sebagai John Doe dan Insp Misbahun Hamdan. John Doe merupakan antara empat orang anggota polis yang menahan beliau pada malam 26 Jun lalu. Turut dituntut ialah gantirugi am, gantirugi teladan dan gantirugi teruk. Menurut afidavit yang dikemukakan, Musafri ditahan pada kira-kira jam 11.20 malam berkenaan ketika dalam perjalanan pulang daripada satu mesyuarat di Padang Jawa, Klang. "Penahanan pemohon telah menjatuhkan imej baik beliau di kaca mata masyarakat setempat memandangkan cara penahanan pemohon seperti seorang penjenayah." Peguam, Zainal Said berkata tindakan saman pertama itu diharap akan menggalakkan individu lain yang turut ditahan polis berhubung perhimpunan BERSIH 2.0 supaya tampil dan membuat tindakan sama. | ||
Bersih: Juham Selangor fail saman pemula Posted: 16 Jul 2011 04:09 AM PDT
| ||
Undi awal: SPR perlu beri penjelasan Posted: 16 Jul 2011 04:08 AM PDT
| ||
Kekalkan jati diri Malaysia, kuningkan Bukit Jalil Posted: 16 Jul 2011 04:08 AM PDT
| ||
Revolusi: Zambry lupa rampasan kuasa di Perak Posted: 16 Jul 2011 04:05 AM PDT
| ||
Risalah lucah ditabur di masjid, sekolah Posted: 16 Jul 2011 04:02 AM PDT
| ||
PAS lancar kempen teruskan memontum Bersih 2.0 Posted: 16 Jul 2011 03:58 AM PDT
| ||
Rais mahu kaji motif sertai perhimpunan 9 Julai Posted: 16 Jul 2011 03:56 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR – Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sedang menjalankan kaji selidik untuk mengenal pasti motif mereka yang menyertai perhimpunan pada 9 Julai lalu. Menterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kaji selidik oleh Jabatan Penerangan dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) itu melibatkan tiga perkara penting iaitu mengapa mereka hadir pada perhimpunan itu, imbuhan yang diterima dan perasaan mereka apabila tidak faham mengapa mereka menghadiri perhimpunan itu. "Jadi ketiga-tiga soalan itu sedang kita ajukan tetapi tidaklah dapat disusul kepada semua, sekiranya dapat kita kumpulkan sekitar 2,000 sampel, maka ia akan memberi satu pola yang kita akan umumkan kemudian. "Ini supaya kita jangan rugi dari segi perjuangan dan Gagasan 1Malaysia itu sebenarnya adalah sesuatu yang setiap individu harus menilai dan menerimanya kerana ia mempunyai tujuan murni untuk menyatu padukan rakyat," katanya dipetik Bernama Online. Rais berkata kaji selidik itu penting kerana orang Melayu kini didapati mudah tertarik dengan isu-isu politik dan terikut-ikut untuk menyertai politik jalanan tanpa mengetahui masalah dan punca mereka melakukannya. "Misalnya pada 9 Julai lalu, sedemikian ramai mereka yang terlibat tidak tahu kenapa mereka berada di Kuala Lumpur, mereka kata diberi sedikit imbuhan dan bila ditanya apa sebab datang, mereka kata sebab kawan-kawan ramai, kami pun datang, kami dapat imbuhan, jadi kami pun mengambil bahagian," katanya. Rais berkata pendirian sebegitu sebenarnya merugikan semua pihak dan perkara itu harus dan hanya boleh dijawab oleh mereka yang merencana dan menyokong perhimpunan 9 Julai. "Bukan kerajaan tidak mengiktiraf hak kita untuk berkumpul tetapi cuma setiap individu harus tahu apa sebab mereka datang dan membuat sesuatu tindakan sama ada untuk perjuangan atau untuk tujuan tertentu pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya. Terdahulu dalam ucapannya, Rais mengingatkan orang Melayu supaya tidak terkeliru dengan perkara yang berlaku pada perhimpunan haram itu kerana apa yang terjadi sengaja dicetuskan oleh pihak tertentu yang tidak sanggup melihat kejayaan masyarakat 1Malaysia malah menganggapnya sebagai satu ancaman terhadap kelangsungan politik mereka. Rais berkata sebagai orang yang telah lama berjuang di dalam politik dan kemasyarakatan, beliau tidak mahu melihat ada orang yang bertepuk tangan melihat Melayu sesama Melayu bergaduh sedangkan perkara itu tidak membawa sebarang keuntungan. "Sampai mana kita hendak bergelut, bergaduh di politik jalanan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di Dataran Merdeka atau di stadium, apa yang kita nak capai. "Orang Melayu khasnya, saya ingin memberi pandangan, kita jangan lagi bermuslihat atas perkara-perkara yang berlaku pada 9 Julai lepas, tak ada untungnya bagi kita," katanya. | ||
Polis tubuh pasukan khas siasat kematian Baharuddin Posted: 16 Jul 2011 03:52 AM PDT KUALA LUMPUR – Polis mengadakan pasukan bebas khas untuk menyiasat kematian seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah. Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Ku berkata pasukan itu akan menjalankan siasatan berhubung kematian Baharuddin Ahmad, 56, di Hospital Kuala Lumpur selepas dilaporkan pengsan di kawasan KLCC ketika cuba melarikan diri daripada tindakan polis yang melepaskan gas pemedih mata dan air berasid. Pagi tadi, keluarga Baharuddin yang diwakili oleh abangnya Major (R) Kassim Ahmad dan anaknya Azhar Kassim menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar meminta agar diadakan siasatan segera. PKR pula diwakili oleh anggota Majlis Pimpinan Pusatnya Sivarasa Rasiah dan Naib Presiden N Surendran manakala Lawyers for Liberty pula diwakili Eric Paulsen dan Renuka T Bala dan Warga Aman diwakili oleh Pengerusinya Rajaretinam serta Lee Khai Loon dari Youth for Change. Dalam memorandum itu mereka menuntut agar kesemua pegawai polis termasuk pegawai-pegawai tertinggi yang menyelia operasi di kawasan tersebut digantung tugas sehingga selesai penyiasatan kes tersebut. Selain itu mereka juga mahu siasatan yang komprehensif tanpa sebarang percubaan untuk melindung mana-mana pihak dijalankan dengan segera dan laporan penuh hasil penyiasatan diumumkan kepada orang awam. Selain mengenakan tindakan undang-undang ke atas semua pegawai polis yang terbabit, memorandum itu juga mahu Ketua Polis Negara dengan segera meminta maaf dengan keluarga Allahyarham Baharuddin dan seluruh rakyat Malaysia kerana menyalah guna kuasa dan menggunakan kekerasan berlebihan terhadap rakyat. | ||
Perut rakyat tak kenyang hanya dengan slogan 1Malaysia Posted: 16 Jul 2011 03:49 AM PDT Oleh Muhammad Zir
| ||
Berapa Najib dan bekas PM habiskan wang Petronas? Posted: 16 Jul 2011 03:41 AM PDT WARTA UTARA KUALA LUMPUR : Isu perbelanjaan wang Petronas oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan bekas-bekas Perdana Menteri telah dibangkitkan di Dewan Negara baru-baru ini.Senator Dr Syed Hussin Ali (KeADILan) dalam ucapan penangguhannya di Dewan Negara membangkitkan persoalan tentang jumlah wang Petronas yang dibelanjakan setiap Perdana Menteri sebelum ini. | ||
REJIM KINI BERDEPAN DENGAN PARA DOKTOR YANG BUKAN DIUPAH Posted: 16 Jul 2011 03:36 AM PDT MALAYSIAKINI melaporkan, para doktor yang menyaksikan tindakan pihak polis di Hospital Tung Shin, bersedia untuk memberi bukti lanjut jika kenyataan yang dikeluarkan semalam disangkal oleh kerajaan. Bagaimanapun, mereka tidak akan mendedahkan maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut sehinggalah kenyataan mereka dicabar oleh pihak berkuasa, kata jurucakap mereka, Dr Sheikh Johari Bux hari ini. Nampaknya rejim semakin hilang arah setelah mereka melakukan dosa besar terhadap rakyat yang mahu menuntut keadilan. Bagaimana rejim yang berperangai Yahudi ini mahu menjawab kepada waris dan keturunan Almarhum Baharudin yang terkorban semasa berjuang menuntut keadilan di negara ini? Bagi menutup dosa-dosa mereka, rejim ini mengunakan media haprak yang menjadi tali barut mereka untuk menipu rakyat dengan berita seolah-olah rejim ini teramatlah baik kepada rakyat jelata. Maka timbullah cerita makanan sedap, lazat sehingga mencapai RM 25 seorang untuk tahanan di lokap setelah mereka disembur, dan ada yang dipijak, disepak dan dimaki hamun. Kita tidak pertikaikan duit makan itu datang dari poket mereka atau duit rakyat walaupun mereka mengungkitnya saban hari. Apa yang kita tahu rakyat datang puluhan ribu ke Ibu Kota bukan untuk menyembah dan melutut di tangan rejim meminta makanan yang lazat itu. Hari ini, para doktor pula mula merasa bosan dan meluat dengan perangai rejim yang tidak berubah. Kenyataan di atas sudah cukup membayangkan bahawa tidak semua doktor boleh dibeli hati dan perasaan mereka. Seramai 11 orang doktor tersebut hanyalah sebahagian yang mewakili ribuan doktor yang tidak bodoh untuk menyokong kezaliman rejim. Kerjaya doktor adalah untuk menyelamatkan nyawa manusia bahkan binatang juga. Apakah mungkin ada doktor yang sanggup melihat manusia dizalimi? Mungkin ada, tetapi terlalu sedikit bilangan doktor yang boleh melanggar etika dan menjual prinsip kemanusiaan mereka. Saya tetap yakin, sebagai bekas tentera saya mempunyai ramai teman yang masih berkhidmat di dalam tentera. Mereka kesemuanya melihat perkembangan yang berlaku sekarang serta memerhatikan sejauh mana rejim mahu mempamirkan kekuatan dan kekuasaannya. Benar, tentera tidak boleh berpolitik dan berpihak, tetapi mereka juga manusia yang mempunyai akal dan fikiran serta peri kemanusiaan bukan seperti `anjing upahan'. wfauzdin.blogspot.com | ||
Konvensyen Ahli Parlimen Islam Sedunia (IFIP) ke 2 di Langkawi Posted: 16 Jul 2011 03:32 AM PDT Oleh al_madd Seramai 138 peserta dari 21 negara hadir bagi menyertai Konvensyen Ahli Parlimen Islam Sedunia (IFIP) kali ke 2. Tema konvensyen kali ini adalah "Tuntutan Perubahan dan Pemulihan Demokrasi". | ||
Pemuda PAS Mohon Penjelasan SPR Posted: 16 Jul 2011 03:30 AM PDT Oleh Suhaizan Kaiat Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) telah berjanji kepada rakyat Malaysia untuk membuat beberapa perubahan dalam perlaksanaan pilihanraya akan datang. Antaranya adalah pengundian awal(Advance Voting) dan pengesahan secara biometrik bagi setiap pengundi. Dewan Pemuda PAS Pusat merasakan perlu SPR menjelaskan kepada rakyat Malaysia beberapa persoalan di bawah ini. 1. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Bin Mohd Yusof pernah membuat kenyataan media pada 26 Mei 2010 bahawa SPR bersedia melaksanakan pengundian awal pada Julai 2011. Setakat ini rakyat belum nampak pindaan-pindaan dibuat di Parlimen berhubung dengan perlaksanaan pengundian awal. Persolannya, bilakah tarikh sebenar SPR bersedia melaksanakan proses pengundian awal dan pengesahan kad pengenalan secara biometrik?
2. Apakah status sebenar mereka yang dibenarkan membuat pengundian awal? Apakah mereka berstatus pengundi awam atau pengundi pos ? a). Jika status mereka adalah pengundi awam :- Persoalannya, bilakah nama mereka yang sedang tersenarai sebagai pengundi pos akan dikeluarkan daripada pengundi pos? b). Jika status mereka adalah pengundi pos :- Persoalannya, pengerusi SPR pernah menyatakan bahawa pengundian awal adalah seperti pengundi awam di mana mereka tidak perlu mengisi borang 2. Sedangkan dalam Peraturan-peratuan Pilihanraya(Pengundi Pos) 2003 dinyatakan dengan jelas setiap pengundi pos perlu mengisi borang 2. Persoalannya, bilakah tarikh SPR akan membuat pindaan terhadap pengunaan borang 2 dalam seksyen 7(2), 8(b), 15(2), 15(3),15(5), 15(6), 15(7), 15(8), 15(9), 15(10) dan 16 dalam Peraturan-peratuan Pilihanraya(Pengundi Pos) 2003?
3. SPR tidak akan menghapuskan undi pos sepenuhnya kerana terdapat mereka yang tidak dapat mengundi pada hari pengundian seperti anggota tentera di medan perang. Setelah perlaksanaan pengundian awal, selain daripada anggota tentera di medan perang, siapakah lagi mereka yang dibenarkan menjadi pengundi pos sebenar?
4.Pelajar yang berada di luar negara contohnya Mesir mempunyai lebih 7,000 orang pelajar bukan dalam bidang yang kritikal dan mereka boleh mengundi di kedutaan masing-masing. Apa rasionalnya pelajar di luar negara mengundi sebagai pengundi pos? Kenapakah mereka tidak dibenarkan mengundi di kedutaan masing-masing sebagai pengundi awam ?
5. Kakitangan SPR boleh memohon untuk menjadi pengundi pos selepas penamaan calon dibuat. Permohonan mereka sebagai pengundi pos akan diluluskan sedangkan nama mereka tidak sempat dibatalkan oleh SPR sebagai pengundi awam dalam daftar pemilih yang diserah kepada calon pada hari penamaan calon. Persoalannya, bukankah terdapat dua nama iaitu sebagai pengundi pos dan sebagai pengundi awam bertentangan dengan Perkara 119(1) Perlembagaan Malaysia yang menyatakan "tiada sesiapa pun boleh mengundi dalam pilihanraya yang itu juga, dalam lebih daripada satu bahagian pilihanraya" ?
6. Kemungkinan besar terdapat masalah untuk mengesan kad pengenalan seseorang pemilih menggunakan biometrik, contohnya cip kad pengenalan pemilih rosak atau kad pengenalan hilang(hanya membawa kad pengenalan sementara) atau terdapat pemilih yang enggan melalui proses pengesahan biometrik. Dalam Perkara 119(1) Perlembagaan Malaysia menyatakan setiap warganegara berumur 21 tahun layak mengundi dan tidak dinyatakan mereka perlu melalui proses biometrik. Persolannya, di manakah hak SPR menghalang seseorang pemilih mengundi jika kad pengenalan seseorang pemilih tidak dapat disahkan oleh sistem biometrik ?
7. SPR menjelaskan bahawa pengunaan dakwat kekal atau indelible ink bertentangan dengan Perkara 119(1) Perlembagaan Malaysia. Sedangkan pengunaan dakwat kekal bukannya untuk menghalang seseorang mengundi tetapi hanya mengesahkan seseorang itu telah mengundi. Persoalannya di manakah pengunaan dakwat kekal yang bertentangan dengan Perkara 119(1) Perlembagaan Malaysia ?
8. SPR telah pernah membelanjakan lebih kurang RM3 juta untuk membeli dakwat kekal sebelum pilihanraya ke-12 malangnya telah dibatalkan di saat akhir. SPR telah terbukti membazirkan wang rakyat untuk membeli sesuatu yang tidak boleh digunakan dalam pilihanraya. Persoalannya, sudahkan SPR membuat kajian keberkesanan perlaksanaan sistem pengesahan menggunakan biometrik? Berapakah kos yang diperlukan oleh SPR untuk membeli segala peralatan, menyediakan kakitangan mahir dan lain-lain yang diperlukan untuk melaksanakan proses pengesahan melalui sistem biometrik? Sudahkah kerajaan meluluskan peruntukan perbelanjaan tersebut ? Apakah mekanisma SPR untuk mengelakkan kesesakan di pusat pengundian setelah perlaksanaan biometrik ?
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar telah menyatakan bahawa pihak SPR akan membuat penjelasan kepada rakyat berhubung isu-isu berbangkit. Dalam akhbar Sinar Harian pada hari ini 15hb Julai 2011, Datuk Wan Ahmad juga menuduh pembangkang memanipulasi dengan menyatakan "Selama ini, apabila SPR beri penjelasan isu berbangkit, sebagai contoh tuntutan Bersih, pembangkang akan manipulasi isu, diputarbelitkan dan dicampur aduk dengan andaian-andaian tanpa bukti " . Dewan Pemuda PAS mencabar Datuk Wan Ahmad Bin Wan Omar untuk berdialog secara terbuka dengan pemuda PAS berhubung dengan isu-isu berbangkit.
SUHAIZAN BIN KAIAT Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi, Dewan Pemuda PAS Pusat Ketua Pemuda PAS Negeri Johor. | ||
Posted: 16 Jul 2011 03:24 AM PDT Oleh Muhd Izawan Baharin dan Mior Azlan Mior Kamarulbaid YAKIN...Johari menyuap serpihan kaca kepada isterinya, Halimatussadiah. BATU teras gunung. BUKIT BERUNTUNG: "Kami pernah digelar orang gila dan pengamal ilmu sesat kerana makan kaca," katanya pemandu treler, Johari Mohamad yang boleh mengunyah serpihan kaca tanpa mencederakan diri. Selain Johari, 37, isterinya, Halimatussadiah Ghazali, 32, dan beberapa rakannya berkemampuan mengunyah serpihan kaca sama ada daripada lampu kalimantang atau cermin dihancurkan umpama menikmati kacang. Johari berkata, dia boleh mengunyah kaca apabila memegang batu dipanggil 'teras gunung' yang didakwanya mempunyai pelbagai manfaat dalam bidang perubatan.
"Batu ini ada keindahan dan manfaat tersendiri kepada orang yang mengetahuinya tetapi keyakinan mengenai itu tetap datang daripada Allah," katanya. | ||
Penduduk Bingkor rayu rondaan polis Posted: 16 Jul 2011 03:23 AM PDT Oleh : Rozie Jumat Keningau : Penduduk di kawasan Pekan Bingkor disini merayu pihak berkuasa mengujudkan sebuah pondok polis di kawasan tersebut selain melakukan rondaan yang lebih kerap. Ini berikutan kebimbangan penduduk di sekitar kawasan pekan itu terhadap pelbagai kes yang tidak diingini kerap berlaku. Wakil penduduk, Jailin Lian berkata , baru-baru ini satu cubaan menculik dua pelajar sekolah rendah di Bingkor ketika pelajar itu pulang berjalan kaki ke rumah. "Anak kami dipujuk masuk ke dalam kereta oleh seorang yang tidak dikenali, namun mujurlah ada orang dewasa yang melihat kejadian itu dan penculik itu melarikan diri," kata Jailin,mewakili orang awam yang bimbang dengan kejadian itu dari berlaku lagi. Katanya, keadaan di Pekan Bingkor juga kini tidak berapa selamat. "Seorang peniaga sabtu lalu dirompak oleh lelaki bermotorsikal yang kami percaya sudah lama mengintip dan merancang," kata Jailin. Bahkan katanya , pada awal pagi rabu ketika seorang peniaga di Pekan Bingkor sedang membersihkan kedainya , tanpa disedarinya beg yang berisi barang berharga telah dilarikan oleh pencuri. "Kami meminta Polis membuat rondaan yang kerap kerana keadaan di Bingkor masa kini sangat membimbangkan orang awam dan peniaga selain menempatkan Balai Bergerak ,"katanya. Bahkan kata Jailin beliau juga kerap menerima aduan dari orang ramai tentang kelibat orang yang tidak dikenali cuba mempengaruhi pejalan kaki untuk 'berkawan' atau 'mahu minta ditemani' dalam keadaan yang mencurigakan. "Pekan Bingkor bukan lagi seperti yang dulu bebas dari kelakuan jenayah, kini kes kes jenayah makin menjadi jadi berlaku disini," ujarnya. Sebelum ini pun kata Jailin banyak kejadian kecurian berlaku tetapi peniaga dan penduduk masih bersabar. "Oleh itu kami merayu kepada pihak keselamatan agar membina sebuah pondok polis disini bagi mengembalikan keamanan dan keselamatan disini," tambah Jailin. Beliau turut memberi nasihat kepada ibubapa agar memberi nasihat kepada anak-anak mereka agar tidak mudah mempercayai orang yang tidak dikenali. "Kejadian cubaan menculik adalah perkara terbaru yang cukup mencabar kepada penduduk di sekitar Bingkor, hinggakan ada ibubapa yang bimbang menghantar anak mereka ke sekolah," katanya. Beliau tidak menolak kemungkinan para penculik atau orang orang yang berkecenderungan untuk melakukan jenayah menggangap kawasan luar Bandar tempat yang sesuai untuk melakukan perbuatan terkutuk mereka memandangkan kawasan luar Bandar jauh dari pusat Bandar dan Balai Polis. "Palis-palis jika mereka ini menculik untuk tujuan penyeludupan manusia atau mencabul, "ujarnya yang juga Pengerusi Panel Kesihatan Klinik Bingkor. | ||
Bersih 2.0: Ahli PAS fail saman ke atas Hishammuddin, tiga lain Posted: 16 Jul 2011 12:18 AM PDT SHAH ALAM— Seorang ahli PAS memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini terhadap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan tiga yang lain memohon deklarasi bahawa tangkapan ke atasnya pada 24 Jun lalu didakwa "tidak sah." Musafri Abdullah Azmi, 27, berkata penahanan yang dibuat kira-kira pukul 11.20 malam di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan, Padang Jawa di Klang adalah tidak sah selain tidak dimaklumkan alasan dia ditahan. Dalam writ saman yang difailkan melalui Tetuan Abang & Associates hari ini, Musafri menuntut mahkamah membuat satu deklarasi berhubung tangkapannya itu. Dia memohon agar mahkamah membuat satu deklarasi bahawa tangkapan yang dibuat pada 24 Jun lalu tidak sah dan mahu deklarasi bahawa rampasan berupa lapan helai kemeja-T berwarna kuning bertulis "Bersih 2.0 Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil" adalah tidak sah dan mahu ia dikembalikan semula. Selain itu, Musafri juga mahu mahkamah membuat satu deklarasi bahawa polis menyalahgunakan kuasa, menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi teruk, kos dan lain-lain perintah yang difikirkan adil. Selain Hishammuddin, Musafri menamakan pegawai penangkap, pegawai yang mengambil keterangan Inspektor Misbahudin Hamdan dan Ketua Polis Shah Alam ACP Zahedi Ayob sebagai defendan. Tindakan hari ini merupakan yang pertama dalam siri saman yang bakal difailkan ekoran perhimpunan Bersih 2.0 dan Musafri adalah individu pertama yang ditahan di Selangor. Sementara itu Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Selangor Zainal Said berkata, tindakan yang diambil polis ke atas Musafri adalah tidak sah dari sudut undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan. "Tangkapan yang dilakukan polis ini adalah tidak sah, dalam undang-undang setiap rakyat ada hak ke atas hartanya dan polis tiada hak untuk merampasnya. "Ini bukan soal warna kuning atau warna apa, apa yang dilakukan polis ini bertentangan dengan undang-undang dan Perlembagaan," katanya pada sidang media selepas memfailkan saman pemula. Jelas beliau, pihaknya mahu agar saman pemula yang dibuat itu akan menjadi panduan kepada mana-mana individu yang turut ditahan atas perkara sama. "Ini hanya permulaan dan saya harap mana-mana yang ditahan atas perkara sama juga boleh maklumkan kepada kami," katanya. Musafri tidak hadir di mahkamah kerana ada urusan lain. Berkuat kuasa 1 Julai lalu, Putrajaya mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram. Selain itu, Hishammuddin juga mengumumkan kemeja-T Bersih 2.0 yang dijual dan dipakai adalah bahan haram dan menyalahi undang-undang-undang negara. Ekoran daripada pengumuman Hishammuddin itu, lebih 200 aktivis Bersih 2.0 dan pemimpin politik Pakatan Rakyat telah ditahan sebelum 9 Julai lalu. Sabtu lalu, lebih 1,600 orang ditahan kerana menyertai perhimpunan Bersih 2.0. Sabtu lalu, ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya. | ||
Pasca-Bersih 2.0: SPR jangan hanya jelas, tapi dengar idea rakyat Posted: 16 Jul 2011 12:17 AM PDT KUALA LUMPUR— Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak seharusnya hanya memberi penjelasan kepada rakyat tetapi juga perlu mendengar pandangan orang ramai mengenai sistem pilihan raya negara termasuk pembaharuan diperlukan ekoran perhimpunan 9 Julai lalu. Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah berkata beliau mengalu-alukan langkah SPR yang mahu mengadakan program turun padang untuk berjumpa terus dengan rakyat menerusi sesi penerangan, tetapi ia harus bersifat interaktif. "Saya mengalu-alukan kesediaan SPR untuk meningkatkan penerangan tentang fungsinya termasuk berjumpa terus dengan rakyat dan saya harap SPR akan menggunakan komunikasi dua hala iaitu interaktif seperti menggunakan media baru iaitu blog, Facebook dan Twitter. "Juga (SPR) jangan hanya menerangkan tetapi mesti juga mendengar idea, pandangan rakyat tentang kerja-kerja SPR," katanya kepada The Malaysian Insider. Semalam Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya menjadi sasaran Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat ekoran kelemahan yang agensi itu sendiri. Kata beliau, SPR sedar kelemahan agensi itu adalah dari aspek komunikasi sehingga menyebabkan rakyat keliru atau tidak tahu mengenai langkah penambahbaikan yang dilakukan. Ahli Parlimen Temerloh ini juga berharap SPR, yang berusia lebih lima dekad, tidak bersifat defensif sebaliknya lebih terbuka dalam menjelaskan sesuatu perkara termasuk dalam isu Bersih 2.0. "Saya harap penerangan SPR tidak bersifat defensif, mempertahankan apa yang difikirkan baik oleh SPR sahaja. "Sebaliknya, ia juga perlu bersifat akomodatif, sedia ambil kira, guna pakai idea dan menerima cadangan bernas dari rakyat kerana apa yang penting, bukannya kerja SPR tapi adalah sistem pilihan raya yang terbaik untuk negara," kata wakil rakyat ini yang memperlihatkan sikap terbuka di sebalik isu perhimpunan 9 Julai, tetapi berhadapan dengan serangan kumpulan pro-Umno. Saifuddin yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata beliau juga menyifatkan langkah SPR yang mahu mengadakan rundingan sebagai positif, selaras dengan Pemuda Umno yang bersedia berbincang dengan Bersih 2.0. "Langkah positif ini untuk menghidupkan perbincangan politik yang progresif demi mematangkan amalan demokrasi kita," katanya. Sebelum ini, Pemuda Umno membuat tawaran untuk berdebat dengan Bersih 2.0 yang diketuai Datuk Ambiga Sreenevasan dan ia disambut baik. Ambiga menyifatkan tawaran Pemuda Umno sebagai satu cara yang sihat untuk membawa tuntutan Bersih 2.0 ke depan. Sabtu lalu, ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya. Pada perhimpunan itu, lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Bersih 2.0, Pakatan Rakyat dan Pemuda Umno ditahan. Saifuddin berkata SPR harus mengadakan dialog dengan Bersih 2.0 dan memberikan alasan-alasan munasabah mengapa tuntutan Bersih 2.0 tidak boleh dilaksanakan. Jelasnya, apa yang paling penting adalah kedua-dua pihak dapat berdialog secara terbuka supaya rakyat tahu apa yang dibincangkan. "(SPR) patut memberikan jawapan berdasarkan fakta dan penghujahan yang bernas... kalau ada yang melibatkan perkara di luar bidang kuasa tidak bermakna ia tidak boleh dibincangkan. "Bincangkan dulu perkara itu, bukan oleh kerana di luar bidang kuasa terus tidak berbincang. Setelah berbincang jika perkara itu perlu dibawa ke atas, maka SPR perlu bertindak proaktif dan bawa ia ke atas atau aturkan supaya ia dibawa ke atas atau pihak yang berkenaan. "Ini soal mematangkan demokrasi melalui sistem pilihan raya yang terbaik," katanya. Lapan tuntutan Bersih 2.0 adalah agar SPR membersihkan daftar undi, memperbaiki undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam dan menghentikan rasuah serta mengatasi politik kotor. | ||
Pasca-Bersih: Polis tubuh dua pasukan siasat insiden Hospital Tung Shin Posted: 16 Jul 2011 12:16 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Polis menubuhkan dua pasukan khas bagi menyiasat dakwaan 11 doktor Hospital Tung Shin di sini bahawa gas pemedih mata dilepaskan dalam kawasan hospital itu ketika pihak berkuasa menangani perhimpunan 9 Julai lalu. Satu pasukan khas akan menyiasat dakwaan doktor-doktor manakala satu lagi pasukan akan menyiasat secara menyeluruh kejadian itu. "Kita (polis) akan menyiasat dahulu perkara yang berlaku termasuk mengambil keterangan daripada doktor, saksi dan petugas-petugas (polis) yang terlibat pada masa itu," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dipetik laporan Bernama Online hari ini. Isnin lepas, Lembaga Hospital Tung Shin memaklumkan bahawa insiden pelepasan gas pemedih mata dalam kawasan hospital berkenaan tidak berlaku ketika perhimpunan 9 Julai. Bagaimanapun 11 doktor mendakwa sebaliknya. Ku berkata polis juga akan memantau tindakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil termasuk gesaan Presidennya Datuk S. Ambiga supaya penyokongnya memakai kemeja-T kuning pada setiap Sabtu. Dalam satu kenyataan Rabu lalu, sekumpulan 11 doktor menegaskan mereka bersedia untuk menyediakan afidavit berkanun untuk mengatakan bahawa pihak polis ada melepaskan air berasid dan gas pemedih mata ke atas kawasan Hospital Tung Shin dan Bersalin Cina, Sabtu lalu. Seramai 11 doktor menegaskan, mereka kecewa dengan tindakan polis itu tanpa mempedulikan keselamatan pesakit dan doktor. Justeru, kenyataan itu bercanggah dengan respons Menteri Kesihatan yang telah menafikan polis ada melepaskan air berasid dan gas pemedih ke atas kawasan hospital, sebaliknya tambah beliau ia disebabkan oleh pergerakan angin pada masa kejadian. Kenyataan media itu ditandatangani oleh Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Macoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong. "Adalah menjijikkan pihak berkuasa yang diamanahkan tanggungjawab kepolisian menjaga negara dan melindungi mereka yang lemah, tanpa rasa malu menafikan perbuatan mereka secara umum, di sebalik kejadian itu disokong banyak gambar, video dan pengakuan saksi termasuk pemerhati berkecuali," kata mereka dalam kenyataan itu. Ekoran kenyataan mereka, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai memutuskan untuk mengadakan satu jawatankuasa inkuiri tahap tinggi bagi menyiasat insiden pihak polis menyasarkan Hospital Tung Shin. | ||
Bekas mufti selar budaya bodek dalam Umno Posted: 15 Jul 2011 04:57 PM PDT Regina Lee Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyelar apa yang dikatakannya sebagai "unsur feudal" melalui tindakan membodek pemimpin dalam Umno. Dalam sesi dialog di Kuala Lumpur malam tadi, Asri juga mengkritik kurangnya toleransi dalam menangani pelbagai pandangan dalam parti Melayu itu. "Dalam pemerintah sekarang semua orang nak tunjuk kononnya dia setia (kepada pemerintah) walaupun kenyataan yang dikeluarkan adalah bodoh tapi dia rasa tidak mengapa yang penting perdana menteri tahu. "Dalam Umno bila ada pemimpin bagi kritikan dia ini dianggap musuh walaupun idea yang diberikan adalah baik namun ia dianggap bahaya kerana unsur feudal tidak ditinggalkan. "Ramai yang nak masuk politik supaya dapat bodek pemimpin dan dapat hasil namun kesannya nanti ia akan merobohkan institusi yang ada, sebagai contoh khutbah Jumaat... institusi agama digunakan apa dalil agama yang mengharamkan perhimpunan, dalil agama digunakan untuk memburukkan orang lain.Program itu yang banyak menyentuh mengenai Himpunan BERSIH 2.0, menyaksikan Asri membidas pemikiran feudal yang diamalkan Umno-BN dalam sistem pentadbiran negara pada hari ini yang katanya perlu dikikis jika masih mahu mengekalkan kuasa. Sabtu lalu, ribuan rakyat Malaysia menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya. Program yang dihadiri para intelek itu juga diberitahu oleh Asri bahawa pentadbiran Perdana Menteri pada hari ini umpama "seorang bapa yang menakutkan anak agar tidak ke tempat gelap kerana ada hantu." Kata beliau, strategi sedemikian sudah tidak berguna kerana rakyat yang sudah matang dan informasi boleh diperoleh melalui pelbagai cara. "Saya menggambarkan kerajaan sebagai seorang bapa kepada seorang anak yang menakutkan anaknya agar jangan pergi ke tempat gelap kerana ada hantu, pada waktu kecil anak akan terima tapi bila anak sudah besar dan belajar di universiti ia sudah tidak berguna. "Kerajaan dan pemimpin sudah terlupa bahawa sekarang bukan lagi zaman 70-an kerana kerajaan sudah tidak lagi boleh menghalang maklumat... dulu memang orang baca Utusan Malaysia tapi sekarang orang sudah tidak baca dan tidak percaya," katanya. Malah beliau turut melahirkan kekecewaanya di atas tindakan Putrajaya yang dalam usaha menyuraikan himpunan pada 9 Julai lalu sehingga mengakibatkan puluhan mengalami kecederaan. "Itu hak mereka untuk berkumpul, saya bukan menyokong mana-mana pihak tapi ia menyebabkan kita tidak boleh untuk melangkah ke hadapan. "Saya percaya kalau perdana menteri benarkan, polis benarkan, malah turut membantu melancarkannya saya rasa kerajaan akan dapat kredit... dan saya sangat dukacita cara kerajaan menangani perkara ini," katanya. | ||
Mat Sabu selamat jalani pembedahan Posted: 15 Jul 2011 04:51 PM PDT Abdul Rahim Sabri Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu selamat menjalani pembedahan membetulkan ligamen lututnya yang terkoyak akibat dirempuh kenderaan Land Rover polis dalam perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu. Menurut isterinya Normah Alwi, suaminya menjalani pembedahan itu di Hospital Pakar KPJ Selangor di Shah Alam pada jam 3 petang hari ini. "Sekarang ini dia stabil, OK, sudah makan dan sedar," katanya sambil menambah pembedahan itu mengambil masa kira-kira satu jam. Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Normah berkata, doktor memasukkan skru sepanjang 2.5 inci ke belakang pelipat lutut kanannya yang mengalami kecederaan. "Sekarang dia dipindahkan ke wad biasa kira-kira jam 5 petang tadi," katanya. Setakat ini Mohamad belum menerima pelawat, tambahnya. Menurut Normah juga, Mohamad akan bermalam di hospital itu selama tiga hari sebelum dibenarkan mendaftar keluar. Sebagai isteri, Normah berkata beliau tidak dapat menerima tindakan polis yang didakwa mencederakan Mohamad. "Saya tidak boleh menerima kejadian macam ini. Hanya Allah sahaja yang akan membalas orang yang berbuat zalim," katanya lagi. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan