DIALOG RAKYAT |
- Polis menyemak bilik hotel sekitar Lembah Klang
- Bersih 2.0: Jaga akhlak, usah layan provokasi
- Bersih:"Kita yakin pintu stadium akan dibuka untuk kita"
- Perintah sekatan bukti ketakutan BN - DAP
- Bubar sahaja Suhakam jika suaranya tidak dihormati
- Macamlah negara di ambang perang
- Najib nafi MRT projek melulu
- Staf Schenker nafi beri Sarbaini rasuah
- Dakwaan ke atas aktivis BERSIH 2.0 ditangguh lagi
- AG tak merayu dalam kes Datuk T
- BERSIH: Rakyat M'sia turut berhimpun di 24 bandaraya
- Lelaki Kemboja ditahan bawa bahan buat letupan
- Hisham: Himpunan esok dibenarkan jika luar KL
- Jalan sekitar KL ditutup mulai tengah malam ini
- Khutbah Jumaat sasar lagi perhimpunan esok, dakwa hak Islam dipertikai
- Ambiga derhaka titah Agong, dakwa Perkasa
- KDN: Tiada keperluan guna tentera, Internet tidak dihalang
- Bersih 2.0: Agong ‘telah bertindak dengan betul dan wajar’
- Kereta Sosilawati Dilihat Di Tempat Letak Kereta
- Malaysiakini Diserang DOS Lagi
- Pemimpin Pakatan tak akan hirau larangan ke KL
- Malaysia usir anggota militan Indonesia Agus Salim Isnin ini
- Patriot Pemuda Umno berarak ke Stadium Merdeka esok
- Suhakam harap Bersih dibenar himpun di stadium, patuh ‘resolusi 5 Julai’
- Bersih 2.0: Titah nasihat Agong kejutkan pemimpin Umno
| Polis menyemak bilik hotel sekitar Lembah Klang Posted: 08 Jul 2011 04:40 PM PDT Polis mula membuat sekatan di sekitar jalan utama yang memasuki bandar Kuala Lumpur, sebagai persediaan untuk menghalang perhimpunan BERSIH 2.0. Malah, mulai jam 11 malam, telah dikhabarkan bahawa polis meronda dan menyemak dari bilik ke bilik di hotel-hotel sekitar Lembah Klang. | ||
| Bersih 2.0: Jaga akhlak, usah layan provokasi Posted: 08 Jul 2011 04:35 PM PDT
| ||
| Bersih:"Kita yakin pintu stadium akan dibuka untuk kita" Posted: 08 Jul 2011 04:34 PM PDT
| ||
| Perintah sekatan bukti ketakutan BN - DAP Posted: 08 Jul 2011 04:26 PM PDT
| ||
| Bubar sahaja Suhakam jika suaranya tidak dihormati Posted: 08 Jul 2011 04:25 PM PDT
| ||
| Macamlah negara di ambang perang Posted: 08 Jul 2011 04:22 PM PDT
| ||
| Posted: 08 Jul 2011 04:19 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER
KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa projek MRT telah dilancarkan secara melulu. Sebaliknya, beliau memberi jaminan bahawa pertimbangan yang amat teliti telah dibuat dengan kajian pertama dimulakan sejak 1998 dan diteruskan antara 2006 dan 2010. "Projek ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru, walaupun dibawa ke pengetahuan umum kebelakangan ini apabila memerlukan maklum balas dan pandangan rakyat," katanya dipetik Bernama Online. Najib (gambar) melancarkan secara rasmi projek MRT di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini. MRT merupakan projek prasarana terbesar yang dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Ekonomi kerajaan. Berikutan pelancaran rasmi dan pengumuman jajaran muktamad ini, akan bermulalah kerja-kerja pembersihan tanah bagi Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK), iaitu laluan pertama MRT yang dikenal pasti di bawah inisiatif Greater Kuala Lumpur, yang dijangka siap menjelang 2016. Laluan Sungai Buloh-Kajang akan meliputi jarak 51 kilometer. Sejumlah 31 stesen dirancang sepanjang laluan itu, yang akan memberi perkhidmatan kepada sejumlah 1.2 juta penduduk yang pada masa ini tidak diliputi rangkaian berasaskan rel yang mencukupi. Kerja-kerja awal membabitkan laluan MRT Sungai Buloh-Kajang bermula dengan pembersihan tanah di tiga tapak — Sungai Buloh, Semantan dan Cochrane, manakala kerja-kerja sivil sebenar hanya akan bermula dari November 2011. Najib berkata pelancaran projek itu hari ini juga menandakan permulaan satu lagi usaha murni kerajaan dalam agenda 'Rakyat Didahulukan' yang bakal menjadi tulang belakang kepada sistem pengangkutan negara dan seterusnya memacu negara ke status negara maju. Mengenai pemilihan laluan fasa pertama yang membabitkan Laluan Sungai Buloh-Kajang, Najib berkata berdasarkan kajian menyeluruh, laluan itu dikenal pasti tidak diliputi oleh rangkaian rel walaupun mempunyai jumlah penduduk seramai 1.2 juta selain merupakan laluan yang menerima cadangan pembinaan yang paling banyak. "Rakyat di kawasan ini menuntut pembikinan sistem pengangkutan awam yang efisien dan moden bagi meningkatkan aksesibiliti dan mobiliti mereka ke kawasan-kawasan yang lain sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang," katanya. Bagi memenuhi keperluan itu, Perdana Menteri berkata kerajaan melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memastikan laluan itu diintegrasi dengan laluan KTM Komuter dan LRT yang sedia ada serta rangkaian bas perantara bagi kemudahan perjalanan yang lebih lancar selain cadangan untuk mengadakan sistem tiket bersepadu. "Insya-Allah apabila selesai pelaksanaan dan integrasi sistem ini, rakyat Malaysia, khususnya penduduk ibu kota akan menikmati perubahan ketara dalam mutu pengangkutan awam yang sudah tentu melahirkan transformasi gaya hidup yang lebih positif, menjimatkan dan mesra alam," katanya. Pada majlis yang sama, Najib turut menyaksikan Syarikat Prasarana Negara Berhad dan Rakan Pelaksana Projek MRT, MMC-Gamuda menandatangani perjanjian Persepakatan Integriti bagi membuktikan komitmen serta keikhlasan kerajaan dalam pelaksanaan projek MRT. Perjanjian itu juga bertujuan meningkatkan ketelusan dalam perolehan kerajaan, sekaligus mengelak daripada gejala rasuah yang boleh menggagalkan hasrat ikhlas dan murni. | ||
| Staf Schenker nafi beri Sarbaini rasuah Posted: 08 Jul 2011 04:16 PM PDT
Wan Zainal Abidin Wan Zaki, eksekutif kanan Schenker Logistics (Malaysia) memberitahu mahkamah koroner bahawa Sarbaini ada memberitahunya pada 4 April lalu yang dia telah memaklumkan SPRM ada menerima duti daripadanya. "Dia menghubungi saya pada pukul 8.55 malam, mengatakan bahawa dia baru keluar dari SPRM dan telah memberitahu mereka yang saya memberikannya RM50 hingga RM100," kata Wan Zainal Abidin, 44. "Saya bertanya 'mengapa kamu memberikan nama saya kepada SPRM?' Dia berkata 'saya hanya ingat nama Schenker-Zainal, Zainal-Schenker. Saya tersentak," katanya. Semalam, ketua unit siasatan SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Mohd Fauzi Husin memberi keterangan bahawa Sarbaini ada membuat perakuan menerima rasuah ketika disoal siasat pada 4 April. Menurut Fauzi, Sarbaini mengaku ada menerima antara RM50 dan RM100 sebulan daripada Wan Zainal Abidin dan juga RM30 hingga RM200 sebulan daripada staf bernama Ah Seng dari Top Mark Freight & Shipping Sdn Bhd. Fauzi juga berkata, dia diberitahu oleh Sarbaini bahawa dia datang ke pejabat SPRM pada 6 April lalu untuk menukar pengakuannya. Sarbaini ditemui mati di premis SPRM di sini pada 6 April. | ||
| Dakwaan ke atas aktivis BERSIH 2.0 ditangguh lagi Posted: 08 Jul 2011 07:43 AM PDT S Pathmawathy Dakwaan ke atas enam kakitangan BERSIH 2.0 yang juga adalah pekerja NGO, Empower telah ditangguhkan sekali lagi. Mereka sepatutnya didakwa di mahkamah majistret Petaling Jaya hari ini di bawah Seksyen 47 dan Seksyen 48(1) Akta Pertubuhan kerana dikaitkan dengan pertuduhan membantu dan mengumumkan propaganda satu pertubuhan haram. "Ia sepatutnya dijadualkan semalam, tetapi mereka (polis) tangguhkan perkara tersebut dan memberitahu kami untuk datang ke sini hari ini dan sekarang mereka kata bahawa pihak pendakwaan mahu menangguhkan perkara itu untuk sementara waktu," kata peguam mereka, Honey Tan (kiri)."Ia bukan sahaja mengecewakan tetapi amat tidak adil. Kami telah pun bersedia untuk itu (pendakwaan) hari ini dan ini yang berlaku," katanya. Polis pada 29 Jun lalu menyerbu pejabat Empower, yang digunakan juga sebagai pejabat sekretariat Bersih, di Seksyen 4, Petaling Jaya. Tindakan itu didakwa sebagai langkah pencegahan menjelang perhimpunan esok. Pada serbuan itu, polis turut merampas risalah dan kemeja-T BERSIH 2.0, serta menahan enam kakitangan Empower dan satu sukarelawan untuk disiasat.
| ||
| AG tak merayu dalam kes Datuk T Posted: 08 Jul 2011 07:28 AM PDT MALAYSIA KINI Pejabat Peguam Negara tidak akan merayu terhadap hukuman terhadap trio Datuk T berkenaan tayangan video seks di Hotel Carcosa Seri negara di Kuala Lumpur pada 21 mac lalu.Dalam SMS kepada Malaysiakini Timbalan pendakwaraya (DPP) Kamaluddin Md Said - ketua bahagian perbicaraan dan rayuan pejabat peguam negara yang bertanggungjawab dalam pendakwaan kes - tiada rayuan akan difailkan. Hukuman terhada p trio itu dikritik hebat oleh pembangkang dan pemerhari yang dikatakan terlalu ringan dan pertuduhan itu disalahguna oleh pelbagai individu untuk memburukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hari ini merupakan hari akhir untuk pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap denda yang dikenakan ke atas trio 'Datuk T' oleh mahkamah majistret sebelum ini.Bulan lepas, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim didenda sejumlah RM5,500. Ketiga-tiga mereka mengaku bersalah, dengan Shuib dan Shazryl didakwa menayangkan pita seks serta Rahim pula didakwa bersubahat. Kamaluddin pada Selasa lalu memberitahu bahawa mereka belum menerima arahan-arahan untuk itu. Beberapa pengamal undang-undang mengkirik pendakwaan itu atas alasan penayangan video seks dalam mahkamah jelas ditujukan Anwar yang juga ketua pembangkang, yang dikatakan pelakunya.Dalam fakta kes yang dibacakan juga disebut lelaki dalam video itu menyerupai Anwar, yang turut disokong oleh ujian forensik yang dikendalikan oleh pakar asing dan tempatan. Bagaimanapun anggota parlimen Permatang Pauh itu tegas menafikannnya dan mendakwa ia sebahagian daripada kempen BN memburukkannya. Setiap pihak diberikan 14 minggu untuk memfailkan notis rayuan terhadap hukuman mahkamah dalam kes-kes jenayah. | ||
| BERSIH: Rakyat M'sia turut berhimpun di 24 bandaraya Posted: 08 Jul 2011 07:17 AM PDT MALAYSIA KINI Dengan pihak berkuasa meningkatkan tekanan menjelang perhimpunan di Stadium Merdeka esok, BERSIH 2.0 Global meminta rakyat Malaysia di seluruh dunia supaya turut berhimpun pada masa yang sama, sebagai tanda sokongan kepada pilihan raya yang bebas dan adil. Dalam kenyataannya, BERSIH 2.0 Global, menggesa supaya perhimpunan diadakan serentak di 24 bandaraya di 15 negara di Eropah, Asia Timur, Australasia dan Amerika."Di mana pun berada, kita hendaklah memakai baju-T kuning serta membawa sepanduk, belon dan plakad kuning bersama slogan menyokong pilihanraya yang bersih dan adil di Malaysia," kata wakil gerakan global itu. "Kami bersuara kerana kita hidup di negara demokrasi yang terbuka di mana kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman dan hak untuk mengadakan demonstrasi adalah satu norma dan bukannya pengecualian. "Seperti kes perhimpunan di Kuala Lumpur, kami berhasrat untuk berhimpun secara aman dan bermaruah, serta kita akan berbuat demikian tanpa takut dengan meriam air, gas pemedih mata, intimidasi polis, atau tangkapan sewenang-wenangnya kerana berpakaian kuning."Kami, rakyat biasa Malaysia di seluruh dunia, menyokong BERSIH 2.0 kerana kita boleh dan kerana kita sepatutnya (berbuat demikian)." Rangkaian Perpaduan Global BERSIH 2.0 menegaskan bahawa kini menjadi tanggungjawab Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk "memenuhi tugas dan tanggungjawabnya" dengan mengakui "kehendak rakyat" dan untuk membenarkan perhimpunan tersebut diteruskan secara aman. | ||
| Lelaki Kemboja ditahan bawa bahan buat letupan Posted: 08 Jul 2011 07:10 AM PDT BERNAMA Polis menahan seorang lelaki warga Kemboja kerana memiliki bahan-bahan membuat letupan di dalam sebuah teksi yang dipandunya semasa polis mengadakan 'Ops Padam Bersih' di susur masuk Plaza Tol Tapah semalam. Ketua Polis Perak Datuk Shukri Dahalan berkata lelaki berusia 41 tahun itu ditahan pada pukul 12 tengah hari semalam ketika memandu sendirian dalam perjalanan dari Ulu Tiram, Johor, ke Tapah.Siasatan polis mendapati lelaki itu membawa muatan empat guni berisi simen bercampur kapur, satu guni kecil serbuk berwarna hitam disyaki sekam padi, dua guni plastik jenama borax decahydrate mengandungi serbuk putih, satu guni berisi besi paip bercampur getah paip, lima biji mangkuk tanah, satu beg plastik disyaki mengandungi pasir dan satu tong plastik mengandungi cecair disyaki asid. Lelaki berkenaan yang sudah menetap selama 18 tahun di negara ini dan mendapat kerakyatan Malaysia dikatakan menyewa teksi berkenaan untuk membawa bahan-bahan tersebut yang dipercayai ada kaitan dengan perhimpunan haram di ibu negara esok, katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Shukri berkata lelaki berkenaan ditahan reman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, di mana barang-barang yang dirampas dipercayai bahan kakisan dan bahan yang boleh dibuat letupan.Barang-barang yang dirampas itu akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk pengesahan, katanya. Sementara itu dalam perkembangan lain, Shukri berkata polis menerima maklumat daripada orang awam bahawa terdapat sepuluh lelaki berkumpul dan memakai baju kuning di kawasan perkuburan Cina, Kampung Sitiawan, Manjung, 120km dari sini malam tadi. Polis yang bergegas ke tempat kejadian kemudian mendapati kesemua mereka telah menghilangkan diri. Siasatan di hadapan pintu masuk perkuburan Cina itu menemui 21 botol air mineral bersaiz 500ml yang diisi minyak petrol dan sumbu pelita, satu plastik hitam mengandungi 12 beg plastik kecil berisi butiran kecil warna hijau dipercayai baja, empat bateri jenama Sony saiz AA dan lapan helai T-shirt putih dengan perkataan 'kotor'.Sebuah pejabat Pusat Khidmat Aduan Pangkor bersebelahan dengan Pejabat Umno di Lumut juga telah disimbah cat oleh individu yang tidak dikenali pagi ini. Beliau berkata setakat ini belum ada tangkapan dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. | ||
| Hisham: Himpunan esok dibenarkan jika luar KL Posted: 08 Jul 2011 06:58 AM PDT BERNAMA Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, polis akan memberi permit kepada mereka yang menganjurkan perhimpunan di luar Kuala Lumpur esok. "Kelulusan boleh diperoleh segera," katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.Hishammuddin berkata, polis akan bertindak tegas terhadap mereka yang masih berdegil untuk menganjurkan perhimpunan di Kuala Lumpur esok.Beliau berkata, polis bertindak adil dalam membuat keputusan dan juga menolak permohonan daripada Pemuda Umno dan PERKASA untuk mengadakan perhimpunan esok. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman pula berkata, permohonan mendapat permit perhimpunan di Kuala Lumpur esok tidak diluluskan. "Saya selaku Ketua Polis Daerah Dang Wangi tidak meluluskan permohonan tersebut setelah penelitian atas dasar keselamatan awam," katanya kepada pemberita petang ini.Beliau berkata, permit itu dipohon pagi tadi oleh seorang wanita yang menggunakan gelaran Pegawai Program Kesedaran Komuniti Selangor. Mohamad Zulkarnain berkata, dalam permohonan itu, wanita berkenaan mengatakan kira-kira 100,000 orang akan hadir ke perhimpunan itu. Justeru itu, katanya, jika perhimpunan tersebut diteruskan, tindakan akan diambil mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis 1967."Bagaimanapun pihak penganjur masih boleh membuat rayuan dalam tempoh 24 jam dari waktu permohonan ditolak (hari ini) kepada Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh secara bertulis," katanya. | ||
| Jalan sekitar KL ditutup mulai tengah malam ini Posted: 08 Jul 2011 06:31 AM PDT MALAYSIA KINI Beberapa jalan di sekitar Kuala Lumpur akan ditutup atau dilencongkan bermula tengah malam ini, dalam usaha polis cuba menyekat perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan di Stadium Merdeka, esok. Selain BERSIH 2.0, Pemuda Umno juga berkata mereka akan berkumpul di Jalan Bukit Bintang pada jam 10 pagi sebelum berarak ke Stadium Merdeka. Menurut sumber ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur, jalan-jalan yang akan ditutup atau dilencongkan adalah sepanjang Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan sekitar Istana Negara.Gangguan juga akan berlaku di sepanjang Jalan Sultan Hishammuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara. Kawasan lain adalah sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dataran DBKL, Kompleks Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan semua kawasan berhampiran. Sehubungan itu, polis meminta orang ramai memberi kerjasama untuk sentiasa mematuhi peraturan lalulintas dan arahan semasa oleh anggota polis trafik yang membuat kawalan. Polis juga menasihatkan orang ramai yang tidak mempunyai urusan penting di pusat bandar agar tidak memasuki kawasan berkenaan esok bagi mengelakkan kesesakan lalulintas. Setakat ini, polis tidak mengeluarkan sebarang permit bagi sebarang perhimpunan, esok. Sementara itu, beberapa laluan di pusat bandar dilaporkan juga telah ditutup sebelum tengah malam ini. | ||
| Khutbah Jumaat sasar lagi perhimpunan esok, dakwa hak Islam dipertikai Posted: 08 Jul 2011 06:27 AM PDT ![]() Bersih 2.0 disifatkan sebagai sebuah gerakan yang "mempertikaikan hak Islam". — Foto fail KUALA LUMPUR — Buat minggu kedua berturut-turut, khutbah Jumaat mengecam perhimpunan yang dirancang untuk diadakan di ibu negara esok, tetapi hari ini ia mendakwa pihak tertentu cuba meruntuhkan perpaduan dengan "mempertikaikan hak Islam dan memperalatkan Muslim." Khutbah kebangsaan yang diperoleh dari laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyebut, golongan itu cuba dengan pelbagai helah dan cara. "Persoalan besar timbul di sini, siapakah sebenarnya golongan yang menjadi pengkhianat pada agama, bangsa dan negara ini? "Mimbar ingin menyatakan bahawa mereka ini sebenarnya pernah menimbulkan kemarahan umat Islam. Mempertikaikan hak-hak orang Islam serta memperalatkan sebahagian daripada pemimpin yang beragama Islam yang dikaburi oleh keghairahan untuk mendapatkan kuasa," katanya. Khutbah itu tidak menyenaraikan pemimpin-pemimpin yang dimaksudkan. Bagaimanapun sebelum laporan media menjurus kepada sebahagian kepimpinan sekretariat Bersih 2.0 dan juga Pakatan Rakyat. Khutbah hari ini yang bertemakan "Rapuh Perpaduan Runtuh Keamanan" mendakwa mereka menghasut dengan menyemai perasaan tidak puas hati dan benci ke atas pemerintah. Khutbah minggu lalu pula bertemakan "Memelihara Nikmat Keamanan", di mana ia memfokus ke atas perhimpunan yang dirancang untuk diadakan oleh Bersih 2.0 di ibu negara esok. Pergerakan Pemuda Umno dan Perkasa juga merancang mengadakan perhimpunan balas esok, tetapi dibatalkan. Kata khutbah itu lagi, pelbagai pendekatan mereka lakukan termasuklah melalui undang-undang dan mahkamah. Malah katanya, tidak cukup dengan itu, mereka mempengaruhi rakyat melahirkan perasaan benci dengan melaungkan slogan tertentu dengan berbagai cara. "Inilah mereka yang sebenarnya, bertopengkan atas dasar menuntut keadilan dan ketelusan, menjadikan rakyat sebagai perisai tetapi hakikatnya mempunyai agenda tersendiri untuk menghuru-harakan negara, melemahkan pemerintah dan perpaduan rakyat yang akhirnya membawa tanggapan di mata dunia bahawa negara ini tidak lagi berada dalam keamanan," katanya. Justeru kata khutbah, mimbar ingin menegaskan kepada jemaah dan umat Islam sekalian bahawa sesiapa yang terlibat dan bersekongkol dengan golongan itu sebenarnya telah mengkhianati agama Allah s.w.t, terpesong daripada ajaran Rasulullah s.a.w., melakukan dosa yang besar dan menzalimi umat Islam serta keharmonian negara. "Justeru itu, sebagai umat Islam yang mempunyai jati diri, cintakan agama, bangsa dan negara, diseru agar tidak bersama dengan golongan ini, jangan terpengaruh dengan pujuk rayu dan tipu daya mereka. "Marilah sama-sama kita mempertahankan setiap inci tanah air kita ini dari dicerobohi oleh musuh-musuh Islam, marilah sama-sama kita berganding bahu, bersatupadu, merapatkan saf, mengeratkan perpaduan di kalangan kita agar apa jua usaha pihak musuh untuk menggugat keharmonian dan keamanan negara dapat digagalkan," katanya lagi. "Mimbar menyeru seluruh umat Islam sekalian agar jangan sekali-kali kita terpedaya dengan godaan musuh Islam ini, jangan kita terlibat dengan agenda untuk merosakkan perpaduan ummah. "Marilah sama-sama kita menjunjung titah khas Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin agar rakyat tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan negara luar kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting yang perlu semua pihak pertahankan," kata khutbah yang merujuk kepada titah baginda Ahad lalu. Dalam titah itu, Tuanku Mizan bertitah agar setiap permasalahan yang timbul — dalam isu semasa merujuk kepada tuntutan Bersih 2.0 — diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan. Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan "yang pentingnya." "Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik," titah baginda dalam satu kenyataan. Titah baginda itu muncul sehari selepas Putrajaya mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram manakala enam pemimpin dan ahli Parti Sosialis Malaysia ditahan di bawah Ordinan Darurat.Himpunan Bersih 2.0 dirancang untuk diadakan esok. Malah Tuanku Mizan bertitah rakyat harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. "Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora," titah baginda. "Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara," titah baginda. | ||
| Ambiga derhaka titah Agong, dakwa Perkasa Posted: 08 Jul 2011 06:18 AM PDT
KUALA LUMPUR — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali hari ini mendakwa Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasen "menderhaka" kepada titah Yang di-Pertuan Agong Tunku Mizan Zainal Abidin kerana berkeras mahu mengadakan Himpunan Bersih 2.0 di Stadium Merdeka esok. "Saya kesal dan dukacita Ambiga selaku Pengerusi Bersih 2.0 yang menghadap Yang di-Pertuan Agong dan sampai peringkat Agong bertitah, namun masih mahu buat di stadium. "Bersih 2.0 boleh buat di Stadium Melawati, boleh buat perarakan di Jambatan Pulau Pinang... kenapa tak buat di sana? Apa tujuan dia (nak buat di Stadium Merdeka)? Nak tunjuk kepada dunia? Kenapa nak buat di Stadium Merdeka, ini jelas Ambiga tidak hormat dan taat kepada Agong, beliau penderhaka," katanya pada sidang media di sini. Kata Ibrahim (gambar), Ambiga tidak menggunakan peluang menemui Yang di-Pertuan Agong sebaliknya membelakangkan titah baginda. "Semalam kita menghadap Yang di-Pertuan Agong yang mana kita tahu selama ini Perkasa yang mempertahankan institusi diraja, Ambiga diberi peluang tapi tidak menghormati Agong, beliau perempuan paling biadap. "Beliau tidak erti budaya orang Asia dan orang Melayu," katanya. Himpunan Bersih 2.0 yang turut disokong Pakatan Rakyat dijangka akan meneruskan perhimpunan di Stadium Merdeka esok walaupun polis telah mengeluarkan arahan larangan semalam. Malah polis juga telah menyenaraikan nama 91 individu yang tidak dibenarkan memasuki Kuala Lumpur esok termasuk Ibrahim, Ambiga dan Ketua Pemuda Umno Khary Jamaluddin. Mereka dilarang memasuki Kuala Lumpur antara pukul 8 pagi dan 6 petang Sabtu ini sama ada berjalan kaki atau menaiki mana-mana kenderaaan termasuk bas dan kereta api. | ||
| KDN: Tiada keperluan guna tentera, Internet tidak dihalang Posted: 08 Jul 2011 06:12 AM PDT
KUALA LUMPUR — Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Putrajaya tidak akan menggunakan khidmat tentera bagi mengawal keadaan jika Himpunan Bersih 2.0 diadakan esok sambil menambah penggunaan Internet tidak akan mengalami gangguan. "Kita tidak tahu apa yang akan berlaku esok atau sehari selepas itu. Tetapi di bawah undang-undang ada peruntukan. "Buat masa sekarang, kami merasakan polis sudah cukup dan tidak ada keperluan untuk gunakan khidmat tentera," katanya. Menteri Dalam Negeri (gambar) itu berkata kepada pemberita di Bukit Aman bahawa Putrajaya perlu bertindak terhadap perhimpunan esok yang dijangka akan turut disertai Pemuda Umno sementara Perkasa telah membatalkan niat untuk berhimpun. Bersih, gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), memutuskan untuk mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka esok dengan menegaskan sudah terlalu lewat untuk mengubah rancangan mereka. Gerakan itu juga menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang mencadangkan kepada Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan di stadium dengan menegaskan Stadium Merdeka perlu diberikan kepada gabungan itu. | ||
| Bersih 2.0: Agong ‘telah bertindak dengan betul dan wajar’ Posted: 08 Jul 2011 06:04 AM PDT
KUALA LUMPUR— Yang di-Pertuan Agong mempunyai tanggungjawab untuk bertindak atas nasihat kerajaan tetapi sekiranya nasihat yang diberikan bertentangan dengan Perlemgaan, maka baginda tidak terikat kepada pandangan pentadbiran semasa, kata penganalisis politik. Prof A. Aziz Bari (gambar) dari Universiti Islam Antarabangsa berkata, peruntukan Perlembagaan Persekutuan adalah "mudah dan jelas", yakni Yang di-Pertuan Agong bertindak atas nasihat kerajaan apabila ia selari dengan "kandungan dan semangat Perlembagaan." "Jika nasihat (yang diberikan) pertentangan dengan Perlembagaan, maka Yang di-Pertuan Agong tidak terikat kepada nasihat. Bermakna, menjadi satu tugas di sebelah Agong untuk mengabaikan nasihat jika ia ada potensi untuk memperlekehkan (peruntukan) Perlembagaan," kata pakar perlembagaan ini dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider. Katanya, menjadi tanggungjawab ketua negara atau negeri sama ada Yang di-Pertuan Agong, Sultan dan Gabenor untuk melindungi Perlembagaan. "Ini yang perlu diambil kira oleh menteri khususnya apabila kerajaan, Parlimen dan mahkamah ada tugas untuk dilakukan. Oleh itu kata beliau, rakyat tiada pilihan kecuali pergi kepada Yang di-Pertuan Agong dan terima kasih "baginda telah melakukan apa yang betul dari segi perlembagaan." Aziz menambah tanggungjawab untuk bertindak atas nasihat cuma "satu keperluan umum" yang tertakluk kepada pengecualian dalam kes-kes tertentu. "Seseorang seharusnya membaca Perlembagaan secara literal dan mekanikal sepanjang masa," kata beliau. Berkenaan dengan isu semasa, kata beliau, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin telah bertindak dengan betul dan wajar. "Menjadi tanggungjawab baginda memastikan satu pilihan raya yang adil dan bebas. Lihat pada semangat Artikel 114(2) Perlembagaan Persekutuan," katanya. Pagi tadi, The Malaysian Insider dengan memetik sumber telah membawa laporan bahawa 'kebebasan' Yang di-Pertuan Agong dalam isu berkaitan Bersih 2.0 dan perkenan menerima pertemuan wakil gabungan itu awal minggu ini telah mencetuskan kebingungan di kalangan ahli politik Umno termasuk beberapa menteri pentadbiran Najib. The Malaysian Insider difahamkan, mereka kecewa dengan keputusan Yang di-Pertuan Agong perkenan menerima rombongan diketuai Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan menghadap atas alasan ia berlaku di luar kuasa Perlembagaan. Pegawai-pegawai kerajaan juga mengesahkan wujud siri 'tarik tali' dalam urusan menyediakan titah kenyataan antara istana dan pentadbiran Najib sebelum Istana Negara mengeluarkan pendiriannya lewat Ahad lalu. "Beberapa ahli politik merasakan bahawa kenyataan Agong seharusnya telah menggunakan perkataan-perkataan yang sangat tegas terhadap Bersih 2.0. Dan, beberapa menteri juga kecewa apabila Agong menerima (kehadiran) Ambiga," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider. Seorang menteri Kabinet mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa perbezaan pandangan wujud ketika mesyuarat Kabinet mingguan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. "Mereka merasakan Agong bukan merupakan sayap eksekutif dan Agong tertakluk kepada sistem raja berperlembagaan di mana beliau bertindak atas nasihat perdana menteri. "Jadi, kebanyakan menteri merasakan bahawa ini dilakukan tanpa pengetahuan perdana menteri. Tetapi perdana menteri tahu, jadi sebenarnya, ia satu tanggapan salah," kata menteri berkenaan. Mengulas lanjut mengenai, kata Aziz, sejak seminggu lalu kerajaan menerusi polis telah bertindak memperkecilkan semangat Perlembagaan, antaranya membuat tangakapn yang bertentangan dengan Arikel 10 Perlembagaan Persekutuan. "Jika, kini menteri-menteri kelihatan tidak gembira, bagaimana dengan pendirian mereka apabila mereka menggunakan Sultan Selangor awal tahun ini? "Dan, bagaimana dengan pandangan semasa menteri mengenai kedudukan raja dalam krisis Perak pada 2009 apabila mereka menyokong apa yang diputuskan oleh Sultan Perak?" kata beliau lagi. Sementara itu, seorang peguam yang pakar dalam isu perlembagaan Tommy Thomas berkata, Yang di-Pertuan Agong ada hak untuk dimaklumkan mengenai perkara-perkara semasa menyentuh negara. Dengan merujuk kepada Artikel 32 Perlembagaan Persekutuan, berkaitan dengan peruntukan bahawa Yang di-Pertuan Agong merupakan "ketua persekutuan", Thomas menjelaskan, ada konvensyen berhubung pertemuan mingguan antara Perdana Menteri dan Agong bagi membolehkan baginda dimaklumkan mengenai urusan kerajaan. "Agong adalah ketua persekutuan, bercakap bagi keseluruhan negara. Perdana Menteri semasa sentiasa memihak manakala Agong pula mengatasi politik. "Dan, tidak salah bagi Agong untuk bertemu mana-mana subjeknya (pihak) untuk mengetahui apa yang berlaku dalam negara," kata beliau kepada The Malaysian Insider. Thomas, bekas anggota Majlis Peguam berkata, raja berperlembagaan Britain juga mempunyai pendekatan seumpama itu di England. Katanya, Ratu Elizabeth II sentiasa bercakap dengan profesor dan personaliti-personaliti terkemuka agar baginda dikemaskinikan dengan perkembangan semasa. "Dalam konteks itu, apa salahnya Agong bertemu dengan Ambiga atau pun dengan Nicol David (ratu skuasy) memandangkan mereka merupakan subjeknya dan baginda adalah Agong mereka," kata Thomas. "Selepas menjemput beliau (Ambiga) ke istana, baginda boleh berkata, 'lihat, ini nasihat saya...', sebagai seorang bapa, dan terserah kepada Ambiga untuk mengatakan 'saya terima' atau 'saya menolak'. Agong tiada kuasa sebenar selaku sebagai raja berperlembagaan. "Untuk mengatakan Agong tidak boleh memberi nasihat atau bercakap dengan sesiapa adalah salah," kata Thomas lagi. | ||
| Kereta Sosilawati Dilihat Di Tempat Letak Kereta Posted: 08 Jul 2011 06:02 AM PDT Ditulis oleh Shakira Buang ![]() SHAH ALAM : Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini diberitahu bahawa seorang penduduk flat di Subang Jaya pernah melihat kereta BMW X5 berwarna hitam yang digunakan oleh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain pada hari mereka dilaporkan hilang dan dipercayai dibunuh dikawasan perumahanya. Sarjan Jaswant Singh, 52, berkata beliau menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki bernama ''Awang'' antara 8.45 dan 8.50 malam, semasa beliau bertugas sebagai penyelia di bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, 6 September 2010. "Saya terima maklumat daripada Encik Awang bahawa dia telah nampak kenderaan jenis BMW no pendaftaran WTL 11 yang diletakkan di tempat letak kereta flat Angsana, Pangsapuri USJ, Subang Jaya. "Saya seterusnya mengarahkan anggota dari unit MPV (kereta peronda polis) untuk ke tempat itu bagi memastikan kenderaan itu memang berada di lokasi yang dimaklumkan," katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin. Saksi ke-18 pendakwaan itu memberi keterangan pada perbicaraan kes bekas peguam, N.Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang, T.Thilaiyagan, R.Matan dan R.Khatavarayan yang didakwa membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara 8.30 malam dan 9.40 malam pada 30 Ogos 2010. Pathmanabhan, 42, Thilaiyagan, 20, Matan, 21, dan Khatavarayan, 31, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Memetik laporan Bernama,Jaswant berkata beliau memaklumkan kepada Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, semua ketua bahagian dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor mengenai penemuan kereta itu dan menunggu arahan selanjutnya sehingga pasukan forensik dan unit-unit lain tiba. Ketika disoal balas peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili tertuduh ketiga, Matan, saksi itu berkata beliau tidak mencatitkan nama penuh, nombor kad pengenalan dan alamat pemanggil itu. "Ada tidak Awang beritahu berapa lama kereta itu berada di sana?" soal Amer Hamzah. "Awang kata kereta tersebut sudah lama berada di situ, tetapi dia baru perasan (kereta milik Sosilawati) selepas menonton berita di televisyen," kata Jaswant. Sementara itu, saksi pendakwaan ke-19, Lans Koperal Roslee Sharon, 30, berkata pada 6 Sept 2010, beliau menerima arahan dari Bilik Gerakan Subang Jaya untuk mengesan sebuah kereta BMW hitam bernombor pendaftaran AAJ 5 milik Ahmad Kamil yang ditinggalkan terbiar di sebuah lokasi berhampiran Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya. Roslee yang ketika itu bertugas sebagai anggota unit kereta peronda polis (MPV) berkata pada mulanya kereta itu tidak dijumpai di lokasi tersebut sehinggalah mereka menemuinya di tempat letak kereta Lot 125, Jalan SS15/1B, Subang Jaya. "Saya dan pemandu MPV Lans Koperal Faizal Ismail lihat kereta itu parking tidak berapa cantik dan bumper sudah melebihi kaki lima, terlebih ke depan. "Kami kemudian maklumkan kepada bilik gerakan, ketua balai serta diarahkan untuk tunggu sehingga unit Forensik sampai dan tidak dibenarkan menyentuh kereta itu. Kami juga buat halangan guna garisan polis," katanya. Saksi itu berkata mereka beredar dari tempat itu kira-kira 2.30 pagi selepas pasukan forensik selesai melakukan siasatan. Saksi kelima pendakwaan yang dipanggil semula, Lans Koperal Kasmir Luntuk, 25, dalam keterangannya berkata beliau telah diarahkan oleh Dr Nurliza Abdullah untuk mengambil sebanyak 145 keping gambar cebisan tulang di bilik bedah siasat Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 17 September 2010. Kasmir yang bertugas sebagai jurugambar di IPD Dang Wangi berkata beliau mengambil masa seharian untuk mengambil gambar iaitu dari 8.30 pagi sehingga 8 malam dan mencetak kesemua gambar tersebut keesokan harinya (18 Sept 2010) di unit foto IPK Kuala Lumpur sebelum menyerahkannya kepada pegawai penyiasat Asisten Superintendan (ASP) Ishak Yaacob seminggu selepas itu. Saksi ke-17 pendakwaan, Koperal K.Manikam, 53, dalam keterangannya pula berkata beliau telah diarahkan oleh Ishak untuk mengambil sebanyak empat keping gambar sebuah telefon bimbit pada 14 September 2010. Manikam yang bertugas sebagai jurugambar di IPD Dang Wangi juga memberitahu bahawa beliau telah diarahkan untuk mengambil sebanyak 165 keping gambar cebisan tulang di bilik bedah siasat HKL pada 18 September 2010. Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung Isnin ini (11 Julai 2011). | ||
| Malaysiakini Diserang DOS Lagi Posted: 08 Jul 2011 05:53 AM PDT Ditulis oleh Shakira Buang ![]() KUALA LUMPUR : Seperti dijangkakan, Malaysiakini sekali lagi menjadi sasaran serangan penafian perkhidmatan (DOS) yang bermula sejak jam 5 petang ini. Bagaimanapun, infrastruktur pelayan baru Malaysiakini mampu mempertahankan lamanweb itu dan memastikan ia terus dapat dilayari orang ramai. Malaysiakini menjangka serangan akan berterusan dan bertambah rumit dan sengit dalam tempoh 24 jam ini. "Menguruskan serangan DOS sebenarnya adalah pertarungan sumber dan taktik. "Selepas serangan DOS semasa pilihan raya negeri Sarawak April lalu, kami melihat masalah itu dari semua sudut. Namun tidak ada cara yang 100 peratus bahawa kami dapat menangkis semua serangan," kata ketua pegawai eksekutif Malaysiakini Premesh Chandran. Namun, menurutnya, Malaysiakini akan terus memantau serangan itu dan mengambil langkah bagi memastikan orang ramai dapat terus mengikuti perkembangan terkini. Jika perlu, Malaysiakini juga akan menyiarkan beritanya di platform wordpress dan blogspot serta memuat-naik laporan di Facebook Malaysiakini di www.facebook.com/malaysiakini Sekiranya laman Malaysiakini disekat, orang ramai diminta mengikuti kami di Facebook untuk mengetahui alamat-alamat baru yang lain. | ||
| Pemimpin Pakatan tak akan hirau larangan ke KL Posted: 08 Jul 2011 01:52 AM PDT MALAYSIA KINI Di sebalik larangan polis ke atas 91 individu berada di Kuala Lumpur, pemimpin Pakatan Rakyat akan tetap turun bersama orang ramai yang akan berhimpun di Stadium Merdeka esok. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya di laman sosial tweeter sama ada mereka akan ke Kuala Lumpur esok, menjawab, " Pemimpin Pakatan Rakyat akan hadiri".Semalam, polis mengeluarkan senarai beberapa individu yang dilarang memasuki ibu negara termasuk Anwar, Mursiyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang. Sementara itu naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang merupakan seorang daripada 91 individu berkenaan mempersoal kenapa beliau dihalang untuk ke pejabatnya sendiri di bangunan PAS Jalan Raja Laut esok. Katanya, adalah tidak kena perintah larangan daripada majistret yang diperolehi polis, turut menghalangnya ke tempat kerja."Saya tak kisah kalau tidak dibenar ke tempat lain, tapi tak kan pejabat sendiri pun tak boleh," katanya kepada Harakahdaily. Turut mempersoalkan tindakan kerajaan itu adalah ahli exco kerajaan Selangor, Teresa Kok. Dalam satu kenyataan, Kok berkata perintah larangan mahkamah itu adalah ultra vires dan melampaui kuasa yang termaktub dalam Artikel 10 dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana beliau belum mendapat apa-apa dokumen rasmi dari Polis di-Raja Malaysia (PDRM).Menurut Khalid, beliau tidak faham mengapa larangan tersebut dikeluarkan walhal pihak penganjur berkali- kali memberi jaminan bahawa himpunan itu akan berlangsung secara aman. "Saya pun tak faham di mana logiknya, seperti yang diulang berkali-kali, BERSIH ini bukan bertujuan mahu mencetuskan huru-hara tetapi kita ni perhimpunan aman, jadi jangan samakan BERSIH dengan Israel." "BERSIH ni bukan pertubuhan haram, ia satu program anjuran 62 NGO yang sah yang berdaftar. Ia merupakan program dan bukan pertubuhan, lalu saya takk faham apa alasan dan hujah pihak polis dalam perkara ini," katanya. | ||
| Malaysia usir anggota militan Indonesia Agus Salim Isnin ini Posted: 08 Jul 2011 01:51 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Seorang anggota kumpulan militan warga Indonesia, Agus Salim, 34, yang ditahan pada 6 Jun lepas dijangka akan diusir ke negara asalnya Isnin ini, kata Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Anti Pengganas) Bukit Aman Datuk Mohamad Fuzi Harun. Beliau berkata siasatan polis terhadap Agus telah selesai dan kini ia (kes) di bawah tanggungjawab Imigresen untuk tindakan selanjutnya dengan mengikut undang-undang sedia ada. "Sebenarnya ia bukan tanggungjawab kita lagi... ia di bawah undang-undang Imigresen bukan polis. Kita (polis) hanya menyiasat. Kita berpuas hati dengan segala siasatan yang dilakukan," katanya dipetik Bernama Online. Agus, 34, berasal dari Medan, Indonesia, yang pernah ditahan di negara ini sebelum diusir ke negara asalnya dua tahun lepas, kali ini ditahan atas kesalahan Imigresen kerana didapati menggunakan identiti palsu pada pasport perjalanan sah negara ini untuk masuk semula ke Malaysia. Agus sebelum ini ditahan kerana merancang untuk membawa keluar pengganas paling dikehendaki Asia Tenggara, Mas Selamat Kastari, yang bersembunyi di dalam negara untuk pulang semula ke Indonesia pada 2009. | ||
| Patriot Pemuda Umno berarak ke Stadium Merdeka esok Posted: 08 Jul 2011 01:44 AM PDT KUALA LUMPUR— Pemuda Umno menegaskan akan meneruskan perhimpunan anti-Bersih 2.0 atas nama "Patriot" dengan berarak di Stadium Merdeka esok, lokasi sama yang menjadi pilihan Himpunan Bersih 2.0. Walaupun telah mendapat perintah larangan memasuki Kuala Lumpur esok bersama 90 individu lain, namun Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menegaskan pihaknya mempunyai hak untuk berhimpun. "Ini adalah hak kita untuk berkumpul, mengikut Perlembagaan. Kami tidak mahu bertembung dengan sesiapa terutamanya polis, tetapi ini adalah hak demokrasi. Kami telah berbincang dan Exco Pemuda Umno memutuskan untuk menerima apa sahaja tindakan yang akan dikenakan terhadap kami," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media sambil berkata Pemuda Umno terpaksa berbuat demikian selepas "pembangkang menolak saranan kerajaan agar mengadakan perhimpunan di luar Kuala Lumpur." "Tengah hari ini, kami akan membuat permohonan untuk berkumpul di Stadium Merdeka. Kami telah memohon, kami yang pertama memohon permit polis pada 24 Jun," katanya sambil menunjukkan surat yang dihantar ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi. Bagaimanapun kata Ahli Parlimen Rembau ini, permohonan itu telah ditolak pada 6 Julai, namun pihaknya akan membuat rayuan hari ini. Khairy menafikan pihaknya memutuskan perhimpunan Patriot di Stadium Merdeka kerana mahu mewujudkan suasana tegang dengan Bersih 2.0 yang turut berkeras mahu mengadakan perhimpunan di lokasi bersejarah itu. "Kami tidak berminat untuk bertembung dengan sesiapa. Kawalan keselamatan bergantung kepada polis," katanya. Kata beliau, Pemuda Umno akan berkumpul di Jalan Bukit Bintang pada pukul 10 pagi esok sebelum berarak ke Stadium Merdeka. Tambah Khairy, pihaknya akan mencari lokasi lain sekiranya tidak dibenarkan menggunakan Stadium Merdeka. "Kami bukan kerajaan, bukan polis, kami lakukan apa yang perlu," katanya apabila ditanya perhimpunan itu akan mengganggu ketenteraman awam. Khairy mengulangi bahawa Pemuda Umno mewakili "majoriti senyap" yang tidak bersetuju dengan tindakan Bersih 2.0. "Kami bersedia untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja yang tunjukkan pendirian kami," katanya. Semalam Bersih 2.0 berkata, pihaknya akan meneruskan Himpunan Bersih 2.0 di Stadium Merdeka walaupun diminta untuk mengadakannya di luar Kuala Lumpur. Gerakan itu juga menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membenarkan menggunakan Stadium Merdeka. Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Ahad lalu meminta pentadbiran Najib agar mengadakan rundingan dengan Bersih 2.0 berhubung isu sistem pilihan raya. Selepas mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong pada Selasa lalu, Bersih 2.0 mengumumkan menerima saranan Najib walaupun perdana menteri itu berkata permohonan polis perlu dibuat terlebih dahulu. Polis sehingga kini masih meneruskan tangkapan ke atas mereka yang terlibat dalam perhimpunan itu. | ||
| Suhakam harap Bersih dibenar himpun di stadium, patuh ‘resolusi 5 Julai’ Posted: 08 Jul 2011 01:43 AM PDT KUALA LUMPUR — Sementara polis mempertingkatkan tindakan mereka termasuk memperoleh perintah mahkamah semalam, Suhakam mengulangi pendiriannya bahawa rakyat - dalam kes semasa Bersih 2.0 - mempunyai kebebasan berhimpun secara aman sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Sehubungan itu Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam berkata, pihaknya berharap agar resolusi awal berkenaan perkara itu, yang dicapai selepas pertemuan Bersih 2.0 dengan Yang di-Pertuan Agong 5 Julai lalu, dapat dicapai antara pihak berkuasa dan gabungan tersebut dalam semangat perdamaian. "(Suhakam) akan memantau perhimpunan itu sewajarnya," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
"Walaupun mengalu-alukan perkembangan positif ini, dalam keadaan sekarang, Suhakam ingin mengulangi bahawa kebebasan berhimpun secara aman adalah terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan serta Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat dan kebebasan menyuarakan pandangan dan pendapat," katanya. Polis yang tidak membenarkan perhimpunan aman Bersih di Stadium Merdeka juga telah memperoleh perintah mahkamah melarang 91 orang daripada memasuki Kuala Lumpur esok. Ia termasuklah pemimpin Bersih 2.0, Perkasa dan Pemuda Umno. Hasmy berkata, Suhakam juga ingin menyatakan rasa kebimbangan tentang penangkapan dan penahanan beberapa Ahli Parlimen dan aktivis baru-baru ini di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 dan menyeru pihak berkuasa untuk membebaskan mereka yang masih ditahan dengan segera. Kata beliau, mereka seharusnya berhak kepada perbicaraan terbuka dengan diwakili peguam seperti yang disebut dalam Perkara 9, 10 dan 11 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat yang menyatakan bahawa tiada sesiapapun boleh dikenakan tangkapan secara sewenang-wenangnya dan setiap orang adalah berhak dengan sama rata sepenuhnya kepada perbicaraan adil dan terbuka, selain setiap orang berhak dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya. "Sebagai ahli Majlis Hak Asasi Manusia, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyokong standard tertinggi dalam mempromosi dan melindungi hak rakyat. "Dalam perkara ini, Suhakam telah berulang kali menyeru agar semua undang-undang penahanan pencegahan dimansuhkan dan mengulangi bahawasanya penahanan tanpa bicara adalah melanggar prinsip hak asasi manusia," katanya lagi. | ||
| Bersih 2.0: Titah nasihat Agong kejutkan pemimpin Umno Posted: 08 Jul 2011 01:42 AM PDT KUALA LUMPUR— "Kebebasan" Yang di-Pertuan Agong dalam isu berkaitan Bersih 2.0 dan perkenan menerima pertemuan wakil gabungan itu awal minggu ini telah mencetuskan kebingungan di kalangan ahli politik Umno termasuk beberapa menteri pentadbiran Najib, kata sumber.
Pegawai-pegawai kerajaan juga mengesahkan wujud siri "tarik tali" dalam urusan menyediakan titah kenyataan antara istana dan pentadbiran Najib sebelum Istana Negara mengeluarkan pendiriannya lewat Ahad lalu. "Beberapa ahli politik merasakan bahawa kenyataan Agong seharusnya telah menggunakan perkataan-perkataan yang sangat tegas terhadap Bersih 2.0. Dan, beberapa menteri juga kecewa apabila Agong menerima (kehadiran) Ambiga," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider. Seorang menteri Kabinet mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa perbezaan pandangan wujud ketika mesyuarat Kabinet mingguan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. "Mereka merasakan Agong bukan merupakan sayap eksekutif dan Agong tertakluk kepada sistem raja berperlembagaan di mana beliau bertindak atas nasihat perdana menteri. "Jadi, kebanyakan menteri merasakan bahawa ini dilakukan tanpa pengetahuan perdana menteri. Tetapi perdana menteri tahu, jadi sebenarnya, ia satu tanggapan salah," kata menteri berkenaan. Menteri itu menambah mereka merasakan sedemikian memandangkan sehari sebelum itu Putrajaya telah memutuskan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram. Malah menteri itu menambah, persetujuan Agong untuk bertemu dengan Ambiga seolah-olah memberi gambaran bahawa baginda tidak mengiktiaf kedudukan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram. "Tetapi jika anda melihat dari sudut lain, Agong tidak bertemu dengan Bersih 2.0. Baginda membenarkan Ambiga sebagai seorang individu untuk bertemu . . . bukan sebagai wakil Bersih, sebab ia satu pertubuhan haram. "Jadi, pertemuan Agong dengan Ambiga tidak menjadi Bersih 2.0 sebagai pertubuhan yang sah . . . ia tidak bermakna Bersih 2.0 kini sebuah pertubuhan yang sah. Tiada mekanismes sedemikian, anda masih perlu mendaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu," katanya. Menteri itu mengesahkan kerajaan sebenarnya telah menyediakan titah campur tangan minggu lalu tetapi tidak bersetuju bahawa baginda telah meminda dan mengeluarkannya tanpa memberi notis kepada pentadbiran Najib. "Tidak benar. Ia telah diteliti dan perdana menteri sedar (tentang teks titah)," kata menteri itu. Dalam titah kenyataan Ahad lalu, Tuanku Mizan bertitah agar setiap permasalahan yang timbul — dalam isu semasa merujuk kepada tuntutan Bersih 2.0 — diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan. Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan "yang pentingnya." "Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik," titah baginda dalam satu kenyataan. Titah baginda itu muncul sehari selepas Putrajaya mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram manakala enam pemimpin dan ahli Parti Sosialis Malaysia ditahan di bawah Ordinan Darurat.Himpunan Bersih 2.0 dirancang untuk diadakan esok. Malah Tuanku Mizan bertitah rakyat harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. "Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora," titah baginda. "Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara," titah baginda. |
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Ahli Jawatankuasa Hak Asasi Majlis Peguam Malaysia, H.R.Dipendra yang menginap di Hotel Swiss, Jalan Tunku Abdul Rahman, memberitahu
BERSIH 2.0 akan mengadakan perhimpunan yang menyasarkan ratusan ribu orang peserta pada jam 2 petang, 9 Julai di Stadium Merdeka. Penyokong BERSIH 2.0 diseru untuk memasuki ke dalam bandar seawal mungkin kerana dijangkakan bahawa polis akan menyekat beberapa jalan utama yang masuk ke pusat bandar.
KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru seluruh ahli PAS dan penyokong Bersih agar menjaga akhlak sesuai dengan tuntutan Islam semasa menyertai himpunan aman Bersih 2.0 esok.
KUALA LUMPUR: Mula-mula Umno Barisan Nasional (UBN) berkata peniaga akan rugi dan jalan akan jadi jam dan sesak jika perhimpunan jalan diadakan di Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR — Seorang ejen khidmat penghantaran menafikan pernah memberi rasuah kepada Ahmad Sarbaini Mohamed meskipun bekas penolong pengarah Kastam itu dikatakan menerima suapan, demikian inkues diberitahu hari ini.
"Ia sepatutnya dijadualkan semalam, tetapi mereka (polis) tangguhkan perkara tersebut dan memberitahu kami untuk datang ke sini hari ini dan sekarang mereka kata bahawa pihak pendakwaan mahu menangguhkan perkara itu untuk sementara waktu," kata peguam mereka, Honey Tan (kiri).
Keenam-enam mereka termasuk Mary Sinappan, Ikhsan Samat, Temme Lee, Deepa Nair Balakrishnan, Lau Shu Shi dan Ang Hiok Gai.
p trio itu dikritik hebat oleh pembangkang dan pemerhari yang dikatakan terlalu ringan dan pertuduhan itu disalahguna oleh pelbagai individu untuk memburukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hari ini merupakan hari akhir untuk pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap denda yang dikenakan ke atas trio 'Datuk T' oleh mahkamah majistret sebelum ini.
Beberapa pengamal undang-undang mengkirik pendakwaan itu atas alasan penayangan video seks dalam mahkamah jelas ditujukan Anwar yang juga ketua pembangkang, yang dikatakan pelakunya.
Dalam kenyataannya, BERSIH 2.0 Global, menggesa supaya perhimpunan diadakan serentak di 24 bandaraya di 15 negara di Eropah, Asia Timur, Australasia dan Amerika.
"Seperti kes perhimpunan di Kuala Lumpur, kami berhasrat untuk berhimpun secara aman dan bermaruah, serta kita akan berbuat demikian tanpa takut dengan meriam air, gas pemedih mata, intimidasi polis, atau tangkapan sewenang-wenangnya kerana berpakaian kuning.
Ketua Polis Perak Datuk Shukri Dahalan berkata lelaki berusia 41 tahun itu ditahan pada pukul 12 tengah hari semalam ketika memandu sendirian dalam perjalanan dari Ulu Tiram, Johor, ke Tapah.
Shukri berkata lelaki berkenaan ditahan reman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, di mana barang-barang yang dirampas dipercayai bahan kakisan dan bahan yang boleh dibuat letupan.
Siasatan di hadapan pintu masuk perkuburan Cina itu menemui 21 botol air mineral bersaiz 500ml yang diisi minyak petrol dan sumbu pelita, satu plastik hitam mengandungi 12 beg plastik kecil berisi butiran kecil warna hijau dipercayai baja, empat bateri jenama Sony saiz AA dan lapan helai T-shirt putih dengan perkataan 'kotor'.
"Kelulusan boleh diperoleh segera," katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.Hishammuddin berkata, polis akan bertindak tegas terhadap mereka yang masih berdegil untuk menganjurkan perhimpunan di Kuala Lumpur esok.
"Saya selaku Ketua Polis Daerah Dang Wangi tidak meluluskan permohonan tersebut setelah penelitian atas dasar keselamatan awam," katanya kepada pemberita petang ini.
Justeru itu, katanya, jika perhimpunan tersebut diteruskan, tindakan akan diambil mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis 1967.
Menurut sumber ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur, jalan-jalan yang akan ditutup atau dilencongkan adalah sepanjang Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan sekitar Istana Negara.
Sehubungan itu, polis meminta orang ramai memberi kerjasama untuk sentiasa mematuhi peraturan lalulintas dan arahan semasa oleh anggota polis trafik yang membuat kawalan.
Selain itu, beberapa sekatan jalan raya yang menghubungkan pusat-pusat bandar juga telah dijalankan sejak petang tadi yang dipercayai bagi melumpuhkan perhimpunan BERSIH 2.0.






Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya di laman sosial tweeter sama ada mereka akan ke Kuala Lumpur esok, menjawab, " Pemimpin Pakatan Rakyat akan hadiri".
Katanya, adalah tidak kena perintah larangan daripada majistret yang diperolehi polis, turut menghalangnya ke tempat kerja.
"Namun begitu, Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein dan polis masih lagi menghambat BERSIH 2.0 dengan tindakan kuku besi, dan mereka masih lagi mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebagai pertubuhan haram," katanya.
Ini kerana beliau belum mendapat apa-apa dokumen rasmi dari Polis di-Raja Malaysia (PDRM).
Hasmy berkata Suhakam mengalu-alukan konsultasi yang sedang berjalan antara pihak berkuasa dan Bersih 2.0 berhubung dengan cadangan perhimpunan esok, yang mahu diadakan di Stadium Merdeka, setelah menurut titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 4 Julai dan majlis menghadap pada keesokan hari.
The Malaysian Insider difahamkan, mereka kecewa dengan keputusan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin (gambar) perkenan menerima rombongan diketuai Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan menghadap atas alasan ia berlaku di luar kuasa perlembagaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan