Ajijoi |
- Polis mula mengganas, geledah bilik-bilik hotel sekitar KL
- Bersih mahu berhimpun diluar Stadium Merdeka
- Bersih 2.0 mendapat permit polis, tidak benar!
- Perutusan Mohamad Sabu mengenai Bersih 2.0
| Polis mula mengganas, geledah bilik-bilik hotel sekitar KL Posted: 08 Jul 2011 04:35 PM PDT Kebanjiran peserta Bersih 2.0 ke Kuala Lumpur telah menggusarkan pihak berkuasa. Biarpun banyak jalan-jalan utama yang ditutup, sehinggakan ada yang ditutup dengan menggunakan batu, masih tidak dapat menghalang kehadiran orang ramai untuk perhimpunan aman Bersih. Polis telah memulakan tindakan agresif dan ganas dengan menggeledah bilik-bilik hotel sekitar KL seperti di Medan Tuanku dan Brisdale. Apa yang dicari? Baju-baju t Bersih dan juga orang-orang yang namanya tersenarai sebagai dilarang memasuki Kuala Lumpur. Antara yang terlepas dan bolos daripada hotel geledahan pihak polis malam tadi adalah Chegu Bard, antara 66 orang yang tersenarai. Orang ramai juga dinasihat agar berhati-hati apabila menerima pesanan ringkas (sma atau bbm) kerana pihak sb polis telah menggunakan handphone-handphone orang yang telah ditahan untuk menghubungi rakan-rakan mereka bagi mengetahui kedudukan lokasi di mana mereka berada. Pihak polis telah memberikan amaran yang keras, akan menggunakan segala kuasa yang mereka ada bagi menghalang terjadinya perhimpunan aman Bersih 2.0 hari ini. Hayat BN yang masih berbaki perlu diselamatkan dengan apa cara sekalipun, walau ada rakyat yang akan menjadi mangsa. Ramai yang berasa kesal dengan tindakan pihak polis terhadap peserta himpunan aman ini. Dilayan bagaikan penjenayah yang amat berbahaya. Seandainya pihak polis bertindak sedemikian terhadap penjenayah-penjenayah yang masih bebas berkeliaran, sudah pasti Malaysia akan aman damai. Untuk mengikuti perkembangan terkini, ikuti laporan saya melalui facebook.com/azizul nizam dan juga twitter @ajijoi (laporan yang lebih pantas di twitter dan facebook). Sent from my iPhone |
| Bersih mahu berhimpun diluar Stadium Merdeka Posted: 08 Jul 2011 06:25 AM PDT
(Malaysiakini) - Penganjur BERSIH 2.0 membuat ketetapan rasmi untuk berhimpun di tempat letak kereta Stadium Merdeka esok walaupun dilarang polis yang memberi amaran untuk menangkap mereka yang menyertai perhimpunan tersebut. Dalam kenyataannya, BERSIH 2.0 menegaskan pihaknya semakin komited untuk berhimpun secara aman bersama rakyat Malaysia dalam menuntut pilihan raya bebas dan adil. |
| Bersih 2.0 mendapat permit polis, tidak benar! Posted: 08 Jul 2011 12:12 AM PDT Dianggarkan lebih 30,000 peserta Bersih 2.0 telahpun berada didalam kotaraya Kuala Lumpur. Jumlah itu semakin bertambah dengan kebanjiran orang ramai yang memasuki bandar ini sebelum sekatan sepenuhnya dilakukan oleh pihak polis menjelang jam 10.00 malam ini. Ada pihak yang mengambil peluang mengelirukan peserta-peserta Bersih dengan mengatakan bahawa permit telahpun dikeluarkan oleh pihak polis untuk mereka berhimpun di Stadium Merdeka esok. Berita ini dinafikan oleh Penerangan PKR. Pihak penganjur Bersih telah berkunjung ke Balai Polis Dang Wangi untuk mendapatkan permit tersebut setelah diberitahu untuk berbuat demikian. Namun, ianya hanyalah semata 'gurauan' apabila pihak penganjur Bersih hanya diberitahu bahawa permit telah ditolak. Berita pemberian permit kepada Bersih telah tersebar luas, yang bakal menggamit lebih ramai pengunjung kekotaraya Kuala Lumpur, termasuklah yang telah membatalkan hasrat untuk berbuat demikian sebelum ini. |
| Perutusan Mohamad Sabu mengenai Bersih 2.0 Posted: 07 Jul 2011 09:41 PM PDT |
| You are subscribed to email updates from Ajijoi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Gabungan 62 NGO itu juga kesal kerana pihak berkuasa mengenakan pelbagai sekatan dalam usaha membatalkan perhimpunan itu.
"Pada 9 Julai kami akan menegakkan hak perlembagaan kami untuk berhimpun secara aman di Stadium Merdeka.
"Kita akan berkumpul di tempat letak kereta dan percaya pintu (stadium) akan dibuka kepada kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan