Selasa, 5 Julai 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Peniaga dedah jadi mangsa percaturan persatuan

Posted: 05 Jul 2011 06:58 AM PDT

Salmah Mat Husain


KOTA BHARU: "Kami menjadi mangsa percaturan persatuan. Kami kesal sangat dan tak sangka dipermainkan persatuan sendiri.

"Tapi kesal pun dah tak berguna dah sekarang. Begitu setia kami kepada persatuan ketika itu. Ketika diminta kerajaan negeri membuat pendaftaran awal kami enggan kerana mengikut arahan persatuan.

"Sedangkan ada orang kuat Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB senyap-senyap daftar," dedah seorang peniaga ketika ditemui di Bazar Tok Guru.

Isu Bazar Tok Guru menjadi kalut apabila Umno Kota Bharu dan Kelantan bertengek di situ kononnya mahu membela persatuan dengan menghodohkan kerajaan negeri.

Lebih setahun kerajaan negeri dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) menjadi mangsa kritikan media massa yang dekat dengan Umno.

Kemuncaknya Umno Kota Bharu di bawah Datuk Fatmi Che Salleh mencetak risalah dikenali sebagai Khabar dan diedar di masjid-masjid bagi menghentam kerajaan negeri.

Sedangkan nasib peniaga tetap dibela kerajaan negeri apabila mengurangkan harga asal daripada RM88,000 kepada RM65,000 di tingkat bawah dan satu.

Malah peniaga juga diberi kelonggaran berniaga secara percuma selama setahun di tingkat bawah dan dua tahun di tingkat satu.

Peniaga terbabit mendedahkan lagi kerana percayakan persatuan mereka tidak mengindahkan kemudahan ditawar kerajaan negeri untuk mendaftar lebih awal.

Rungutan serupa juga disuarakan beberapa lagi peniaga. Tanpa mahu mendedahkan nama mereka sekarang seperti sesal tak sudah.

Sebahagian peniaga membuka kedai mereka mulai semalam. Selain ada juga peniaga sibuk memunggah barang ke dalam lot kedai.

Biar pun sibuk mengemas dan menyusun barangan jualan, semakin ramai pelanggan datang membeli-belah.

Bazar Tok Guru dijangka menjadi tumpuan ramai apabila berlangsung Ekspo masakan Cheng Ho (Kelantan Chengho International Food Festival 2011 - Kelchef). Program bertaraf antarabangsa itu pertama kali diadakan di negara ini, dianjurkan kerajaan Kelantan.

Kelchef akan diadakan bermula 14 hingga 23 Julai ini berhampiran Bazar Tok Guru. Tahun lepas kerajaan negeri menganjurkan Ekspo Cheng Ho di Dataran Stadium Sultan Mohammad Ke IV.

Seorang lagi peniaga, Sarina Abdul Rashid, 35, ketika ditemui berharap rezeki mereka bertambah di tempat baru terutama ketika berlangsung Kelchef.

"Pelanggan tak ramai lagi kerana tempat baru. Saya minta kerajaan negeri terus mempromosikan tempat ini.

"Kita juga berharap perasmian tempat ini diadakan sekali dengan solat hajat yang amalan biasa bagi umat Islam," ujarnya.

Zuraidah Ishak, 53, tersenyum pada hari kedua berniaga di Bazar Tok Guru kerana pelanggan mula datang.

Rosnani Yusof, 35, pula mencadangkan PMBK membina peneduh tambahan bagi menghalang tempias apabila hujan lebat. Selain itu dibina pagar di setiap tangga bagi memudahkan warga emas dan kanak-kanak turun naik.

Permohonan Syabas penjarakan Lutfi, Fahdah ditolak

Posted: 05 Jul 2011 06:55 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak dengan kos permohonan usul pemula yang difailkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bagi mensabitkan Ahmad Lutfi Othman dan Peguam Puan Fahdah Ahmad Kamar menghina mahkamah.

Mahkamah telah mengarahkan Syabas membayar kos sebanyak RM40,000 ke atas Ahmad Lutfi dan Fahdah.

Pada 10 Mac lalu pihak Syabas telah memfailkan usul pemula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di atas dakwaan Ahmad Lutfi dan Fahdah dikatakan menghina mahkamah di atas satu artikel yang diterbitkan oleh akhbar Harakah bertarikh 7 Disember 2010 bertajuk "SAR bantu kempen kenaikan tarif air".

Di dalam afidavit yang difailkan oleh pihak Syabas mendakwa kononnya artikel itu mengandungi pernyataan dari Fahdah yang dikatakan menjejeskan kes tuntutan sivil pihak Syabas ke atas Kerajaan Selangor berhubung isu kenaikan tarif air.

Syabas mendakwa artikel tersebut boleh menjejaskan perbicaraan yang adil ke atas kes tersebut kerana Fahdah adalah peguam yang mewakili Kerajaan Negeri Selangor dalam tuntutan yang dibawa oleh Syabas.

Ahmad Lutfi diseret sekali di atas kapasitinya sebagai Ketua Pengarang Harakah.

Fahdah diwakili oleh Tommy Thomas manakala Ahmad Lutfi diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin dan Cik Azhana Kamaruddin.

Pada 3 Jun yang lalu kedua-dua pihak telah berhujah di hadapan Hakim Arif Yusuf di mana antara lain peguam yang mewakli Fahdah dan Ahmad Lutfi berhujah permohonan menghina mahkamah yang difailkan oleh Syabas tersebut adalah bertentangan dengan hak kebebasan bersuara dan kebebasan media yang dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Peguam Tommy Thomas berhujah terdapat perbezaan antara perbicaraan di hadapan juri dan perbicaraan di hadapan hakim di mana dalam perbicaraan di hadapan juri sesuatu berita tentang kes sesuatu yang sedang berjalan lebih mudah mempengaruhi seorang juri yang tidak mempunyai latar belakang undang-undang.

Sedangkan di Malaysia, katanya yang tidak memakai sistem juri semua perbicaraan mahkamah dikendalikan oleh seorang hakim yang lebih arif tentang undang-undang dan tidak akan mudah terpengaruh dengan mana-mana laporan berita tentang kes sesuatu yang sedang berjalan di mahkamah.

Peguam Hanipa Maidin pula berhujah kes kenaikan tarif air adalah suatu kes berkepentingan awam dan Harakah telah secara konsisten menyiarkan berita tersebut sebelum artikel "SAR bantu kempen kenaikan tarif air" diterbitkan.

Artikel tersebut, hujah Hanipa, adalah satu rententan berita yang berterusan tentang suatu isu yang berkepentingan awam yang wajar diambil tahu oleh mana-mana anggota masyarakat.

Dalam hujahnya, beliau berkata rakyat berhak mengambil tahu tentang kenapakah tarif air boleh dinaikkan sedangkan dalam masa yang sama dilaporkan Ketua Pegawai Eksekutif Syabas mendapat gaji yang amat tinggi setiap bulan.

Kesan permohonan Syabas akan menjadikan hak kebebasan media tidak lagi berkesan dan menjadi khayalan semata-mata, katanya.

MB tawar stadium Selangor untuk Bersih 2.0

Posted: 05 Jul 2011 06:52 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Selangor tampil negeri pertama menawarkan stadium negeri untuk digunakan penganjur himpunan Bersih 2.0 selepas Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) bersetuju untuk diadakan di stadium.

Tawaran itu dilontarkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lewat petang ini, lapor TV Selangor.

Beliau berkata sekirannya penganjur Bersih 2.0 memohon untuk menggunakan stadium- stadium di Shah Alam, beliau akan meluluskannya tertakluk kepada syarat- syarat biasa yang dikenakan kepada pihak yang mahu menggunakan premis sebegitu.

"Sekiranya NGO Bersih meminta kebenaran untuk menggunakan Stadium Shah Alam, saya akan setuju. Bagaimanapun perhimpunan itu perlulah dilakukan dengan penuh tatatertib serta berdisiplin," ujar Khalid.

Khalid berkata, perhimpunan Bersih harus disokong oleh rakyat kerana ia bertujuan memastikan pengundi berpeluang memilih kerajaan yang terbaik menerusi pemilihan yang bebas daripada penipuan dan pembohongan.

"Secara peribadinya saya berpendapat, usaha Bersih adalah untuk memastikan pilihan raya di negara ini diadakan dengan adil dan bersih.

"Perhimpunan ini diadakan bukan untuk diri saya, tetapi untuk anak cucu saya pada masa akan datang. Golongan muda juga pastinya mahu tuntutan seperti itu dilaksanakan," kata beliau.

Tengah hari tadi penganjur Bersih 2.0 menghadap Yang di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan akur dengan nasihat baginda supaya perhimpunan aman pada 9 Julai ditukar ke stadium.

Sukar tapi tak mustahil untuk Sarbaini keluar ikut tingkap, kata peguam SPRM

Posted: 05 Jul 2011 06:49 AM PDT


KUALA LUMPUR— Misteri tindakan Ahmad Sarbaini Mohamed yang cuba meninggalkan bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 6 April lalu terus menjadi topik utama dalam inkues yang bermula semalam.

Satu ujian untuk mengenal pasti kesahihan yang telah diadakan hari ini apabila mahkamah koroner melawat tempat kejadian.

Menurut peguam yang mewakili agensi itu Datuk Seri Shafee Abdullah, beliau telah melihat tingkap di bilik pantri yang terletak di tingkat tiga di kompleks SPRM Wilayah Persekutuan, Jalan Cochrane di sini.

"Ia sukar (untuk keluar) tapi tidak mustahil," katanya apabila ditanya tentang tempat kejadian oleh peguam keluarga Sarbaini, Awtar Singh yang cuba melakonkan semula bagaimana pegawai Kastam itu cuba meninggalkan bilik pantri.

Terlebih dahulu Awtar memberitahu pemberita bahawa beliau telah cuba melakonkan semula insiden itu dengan meniru bagaimana Sarbaini cuba keluar melalui tingkap bilik pantri.

Bagaimanapun Shafee berkata Awtar berketinggian "enam kaki" sedangkan Sarbaini hanya setinggi lelaki normal, yang mana peguam terkenal itu meletakkan ketinggian di antara lima kaki tujuh inci sehingga lima kaki sembilan inci.

Awtar kelihatan tersenyum apabila ditanya sama ada Sarbaini mahu keluar dari bangunan itu melalui tingkap.

"Ah, datang ke mahkamah esok, pukul 9 pagi dan anda akan dapat jawapannya. Esok anda pasang telinga," katanya sambil berkata akan menyoal DSP Sharul Othman Mansur dari cawangan forensik Bukit Aman yang menjadi saksi kedua inkues yang bermula semalam.

Koroner Aizatul Akmal Maharani mengetuai lawatan ke bangunan SPRM yang berusia lapan bulan untuk melihat tempat kejadian.

Turut hadir dalam lawatan itu peguam dari Jabatan Peguam Negara, SPRM, keluarga Sarbaini dan Majlis Peguam, ia dibantu Pengarah SPRM Kuala Lumpur Mohamad Yusof kira-kira dua jam.

Semalam Sharul Othman dalam keterangannya berkata menemui kesan cap jari dan tapak tangan pada sebuah tingkap terbuka dalam bilik pantri yang terletak di tingkat tiga.

Pegawai polis itu berkata jarak antara bilik pantri dan gelanggang badminton adalah setinggi 10 meter di mana mayat Sarbaini ditemui dengan limpahan darah.

Syabas diarah bayar peguam, Harakah RM20,000

Posted: 05 Jul 2011 05:47 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Mahkamah Tinggi di sini Selasa memerintahkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) membayar RM20,000 kepada seorang peguam kerajaan Selangor selepas menolak permohonan komital berhubung dakwaan menghina mahkamah.

Hakim Mohd Arif Mohd Yusof memutuskan demikian selepas mendapati peguam Fahda Nur Ahmad Kamar yang terlibat dalam kes saman sivil antara Syabas dan kerajaan negeri Selangor, hanya membuat kenyataan kenaikan tarif air dalam satu majlis tertutup.

Mohd Arif berkata kenyataan Fahda Nur juga tidak disiarkan oleh media lain selain Harakah yang diedarkan kepada ahli sahaja dan ia tidak menghina mahkamah.

Selain Fahda Nur, Mohd Arif turut memerintahkan Syabas membayar RM20,000 kepada editor Harakah di atas penolakan permohonan itu, lapor Bernama Online.

Artikel bertajuk 'SAR bantu kempen bantah kenaikan tarif air' diterbitkan di Harakah pada 7 Disember 2010.

Fahda Nur diwakili peguam Tommy Thomas dan Mohd Yusmadi Yusoff, manakala Max Leong mewakili Syabas dan peguam dari firma guaman Mohd Hanipa Maidin mewakili Harakah.

Ambiga: Himpunan Bersih 9 Julai diteruskan, tapi di stadium

Posted: 05 Jul 2011 05:41 AM PDT

TERKINI


KUALA LUMPUR — Gabungan Pilihan Bersih dan Adil (Bersih) hari ini bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk mengadakan Himpunan Bersih 2.0 pada Sabtu ini di stadium.

Menurut Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreevanesan, keputusan itu dibuat selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.

Terlebih dahulu Ambiga (gambar) yang turut diiringi Sasterawan Negara Datuk A Samad Samad dan Presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin memasuki Istana Negara kira-kira pukul 1.55 petang dan keluar pukul 3.15 petang.

"Kami telah mengadakan pertemuan dengan Agong dalam keadaan yang baik dan kami berterima kasih dengan pertemuan ini," kata Ambiga kepada pemberita sebaik sahaja keluar dari Istana Negara.

"Kami menerima tawaran kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di stadium, jadi tiada perhimpunan di jalanan."

Beliau menambah keputusan itu dibuat atas dasar kompromi sambil menyifatkan ia jalan terbaik.

"Kita akan buat di stadium, ini jalan terbaik," katanya.

Ambiga menambah pertemuan itu hanya melibatkan pihaknya dan Yang di-Pertuan Agong.

"Tiada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak)," katanya ringkas menjawab soalan pemberita.

Ditanya maklumat lanjut mengenai perhimpunan di stadium, Ambiga berkata ia akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa pemandu Bersih.

"Kita akan tentukan kemudian, kita akan adakan mesyuarat kemudian akan beritahu dalam sidang media," katanya namun tidak memaklumkan bila sidang media akan diadakan.

Semalam Najib berkata kerajaan bersedia membenarkan Himpunan Bersih 2.0 jika ia diadakan di stadium.

"Ini satu peringatan sebelum terlambat. Jika mereka mahu menyerahkan memorandum dan sebagainya, mereka boleh menunjukkan dengan cara demokrasi dengan bekerjasama dengan pihak berkuasa.

"Kami bersedia menyediakan mereka satu stadium bagi mereka untuk berhimpun tetapi mereka pilih jalan untuk protes. Kerajaan tidak menentang mereka berhimpun di stadium dari pagi sehingga malam. Jangan buat protes jalan kerana ia berisiko kepada negara," kata beliau.

"Kita sanggup sediakan stadium untuk mereka berkumpul tetapi kenapa mereka memilih demonstrasi jalanan... mesti ada niat lain. Kalau mereka daripada awal kata nak berkumpul daripada pagi hingga malam di stadium dan balik dengan baik, saya percaya pihak kerajaan tiada halangan.

"Kumpullah di stadium, berpekiklah sampai tak larat ... buatlah, tidak menjadi masalah tetapi jangan buat demonstrasi jalanan kerana ia boleh mengundang risiko yang amat berbahaya kepada negara," katanya.

Selain itu kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat juga bersedia menawarkan stadium jika perlu.

Kelmarin Yang di-Pertuan Agong bertitah agar setiap permasalahan yang timbul — dalam isu semasa merujuk kepada tuntutan Bersih 2.0 diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan.

Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan "yang pentingnya."

Sementara itu Naib Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Raja Ahmad Al-Hiss berkata, pihaknya menjunjung kasih di atas perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk mengadakan pertemuan dengan Bersih.

"Ini membuktikan bahawa Bersih 2.0 bukan pertubuhan haram seperti mana yang didakwa Datuk Seri Hishammuddin Hussein baru-baru ini, perkenan Yang di-Pertuan Agong dijunjung kasih kerana ia bertujuan mendaulatkan sistem demokrasi yang selama ini tempang tanpa dilihat kukuh.

"Rakyat pertegaskan Rukun Negara yang selama ini dipegang akhirnya menatijahkan satu pendekatan yang selama ini tidak timbul dan Yang di-Pertuan Agong akhirnya memecahkan tradisi akan kemelut yang telah lama melanda," katanya dalam satu kenyataan.

Kata beliau, pihaknya mendesak kesemua mereka yang ditahan kerana terlibat dalam aktiviti Bersih 2.0 dibebaskan serta-merta.

MUDAH DIBACA TAKTIK PUAK DAYUS DAN BACUL INI

Posted: 05 Jul 2011 05:31 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS


KELAKAR juga rasanya bila dengar komen puak-puak Umporno ni tentang BERSIH. Hiruk pikuk mereka berhujah mengapa Datuk S. Ambiga seorang Non Muslim dipilih sebagai pemimpin BERSIH, mengapa PAS berada di bawah pemimpin itu? Itu hujah dari puak yang bengap lagi dayus.

Betul ke mereka ni menentang sangat BERSIH kerana Ambiga tu Non Muslim? Sewaktu BERSIH 1.0 dulu, siapa pemimpinnya? Waktu itu adalah Syed Shahir (Bekas Presiden MTUC) seorang Muslim. Masa itu puak dayus ini menentang juga BERSIH. Kalaulah BERSIH ini dipimpin oleh Tuan Guru Nik Aziz sekali pun mereka akan menentang juga, dan cari alasan kununnya orang berserban tidak sesuai memimpin BERSIH untuk berdemontrasi. Pilih pula Anwar, mereka akan kata Anwar ada kes di mahkamah jadi tak wajar dipilih jadi pemimpin BERSIH. Hatta, jika BERSIH ini dipimpin oleh Malaikat sekali pun, puak sekutu Apco ini akan menentangnya. Kerana apa? Sebabnya hati dah busuk, jiwa dah kotor dan takut kehilangan kuasa. Itu saja.

Lepas ini, mereka akan menyalak pula kata BERSIH tidak mendapat sambutan sekiranya BERSIH mengambil keputusan mematuhi nasihat Ke Bawah Duli Tuanku. Ini taktik mereka yang sudah boleh kita baca. Apa pun, rakyat dah tahu siapa yang bacul dan dayus sekarang.

Kerajaan mahu guna pakai kemahiran penggodam siber

Posted: 05 Jul 2011 05:29 AM PDT

BERNAMA

PUTRAJAYA - Kerajaan mahu mendekati penggodam siber bagi lebih memahami dan memanfaatkan kemahiran dan bakat mereka, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof.

Ini termasuk menghadiri persidangan tahunan pihak tersebut, katanya.

Beliau berkata, terdapat juga perkara positif di kalangan penggodam.

"Untuk tujuan ini, CyberSecurity, Majlis Keselamatan Negara, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mesti bersama mereka agar kita dapat mengetahui rangkaian penggodam yang lebih luas.

"Akhirnya kita boleh memahami siapa penggodam yang baik dan jahat. Kita juga boleh mempelajari bagaimana untuk mempertahankan diri kita (dari serangan penggodam)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar mengenai jenayah siber di sini hari ini.

Sertai perarakan haram boleh jejaskan iman - mufti

Posted: 05 Jul 2011 05:14 AM PDT

BERNAMA

KUALA LUMPUR - Menyertai perarakan menentang pemerintah adalah sebaris dengan dosa-dosa besar yang boleh menjejaskan iman, kata Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zabidi Wan Teh.

Merujuk kepada beberapa hadis, beliau menerangkan bahawa dosa akibat menderhaka kepada pemerintah diletakkan sebaris dengan syirik, membunuh, makan harta anak yatim, riba dan menderhaka kepada ibu bapa.

"Termasuk dalam perbuatan derhaka ialah membantah tanpa mengikut saluran yang betul mengenai apa jua keputusan pemerintah yang dibuat secara sah berasaskan kuasa yang diberikan kepada mereka dalam menjalankan urusan pentadbiran negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Zabidi berkata, Rasulullah SAW telah mengingatkan dalam hadis-hadis sahih bahawa antara pelbagai aliran kefahaman agama, hanya pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang akan selamat di akhirat kelak.

"Dan berasaskan dalil-dalil jelas dalam Al-Quran dan Sunnah, para ulama Ahli Sunnah telah ijmak (sepakat) mengatakan bahawa taat kepada pemerintah adalah fardu ke atas setiap Muslim," katanya.

Wan Zabidi berkata, sejarah dan realiti masa kini seperti yang dialami beberapa negara Islam yang terjerumus dalam kancah perang saudara, membuktikan kegiatan yang bermula dengan tunjuk perasaan terhadap pemerintah akhirnya mencetuskan suasana anarki dan kekacauan dalam negara.

Beliau berkata, memandangkan kemusnahan yang sangat besar terhadap agama dan umat disebabkan kegiatan penderhakaan atau "bid'atul khuruj", maka tidak hairanlah golongan penderhaka digelar Rasulullah sebagai "kilabunnar" (anjing neraka).

Wan Zabidi berkata, dalil-dalil turut menerangkan bahawa perbuatan derhaka selain daripada menjejaskan iman, juga boleh memutuskan jalan ke syurga dan menyebabkan seseorang mati dalam keadaan jahiliah.

"Sayugia diperingatkan mereka yang terlibat dalam penganjurannya, bukan sahaja akan menanggung dosa perbuatan itu, tetapi juga dosa setiap orang yang mengikutnya, tanpa mengurangkan dosa pengikut tersebut," katanya.

Wan Zabidi menyeru setiap umat Islam tidak melibatkan diri dengan apa jua bentuk tunjuk perasaan kerana ia adalah sebahagian daripada tindakan derhaka yang boleh menjurus ke arah pertumpahan darah, kehilangan nyawa, kemusnahan harta benda dan kesengsaraan masyarakat awam.

Demo BERSIH Di Tukar Dari Jalanraya Ke Stadium 9 Julai Ini

Posted: 05 Jul 2011 05:12 AM PDT

KLPOS.COM

Datuk Ambiga Sreevenasan Pengerusi BERSIH memaklumkan kepada wartawan sebentar tadi bahawa perhimpunan yang di rancang akan di adakan di jalanraya pada Sabtu ini 9 Julai akan di tukar ke lokasi Stadium setelah mendapat nasihat dari Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan.

Lokasi Stadium belum di sahkan namun mengikut sumber di antara Lokasi Staidum yang telah di berikan kebenaran oleh Pihak Polis sebelum ini adalah Stadium Bukit Jalil, Stadium Shah Alam dan Stadium Merdeka.

AMK - Tahanan Pemimpin Pakatan bercanggah dengan titah Agong.

Posted: 05 Jul 2011 05:09 AM PDT

KLPOS.COM

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Umno Barisan Nasional yang berterusan membuat tangkapan rambang ke atas aktivis Bersih 2.0.

Tindakan tersebut ternyata bertentangan dengan titah Yang di-Pertuan Agong yang mengkehendaki agar kerajaan bertindak adil dan memahami kehendak rakyat yang mahu sistem pilihanraya dilaksanakan secara adil dan bebas.

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong dalam titah Baginda secara jelas meminta agar pihak kerajaan menyelesaikan perkara tersebut dengan baik dan berhikmah.

Justeru tangkapan demi tangkapan terhadap aktivis Bersih 2.0 jelas bertentangan dengan maksud titah ucapan Yang di-Pertuan Agong yang menggesa kerajaan Umno BN agar melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana serta menyelesaikan masalah dengan rundingan.

Namun, AMK Malaysia amat kesal dengan tindakan polis menahan Zulhaidah Suboh yang merangkap Exco AMK di Kuching semalam.

Ketua Penerangan AMK Malaysia, Lee Khai Loon menjelaskan, Akhbar Ali dan Abdul Latip yang merupakan pimpinan AMK di Sungai Besar juga ditahan oleh polis kerana terlibat dalam aktiviti Bersih 2.0.

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong dalam titah Baginda secara jelas meminta agar pihak kerajaan menyelesaikan perkara tersebut dengan baik dan berhikmah.

"Tindakan intimidasi polis yang berterusan menunjukkan bahawa polis tidak professional serta mencabuli hak asasi yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"AMK Malaysia mendesak kerajaan agar menghormati hak dan kebebasan rakyat untuk berhimpun dan menyampaikan pandangan dan pendapat kerana niat dan matlamat Bersih 2.0 ialah memperjuangkan sistem perjalanan pilihanraya Malaysia yang lebih adil dan telus untuk semua pihak," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.

Beliau berkata, AMK Malaysia juga menggesa agar pihak PDRM melepaskan tanpa syarat semua tahanan aktivis Bersih 2.0 serta merta dan menghormati titah Yang di-Pertuan Agong dalam mencari jalan penyelesaikan kepada isu pilihan raya di Malaysia.

Sistem perjalanan pilihanraya yang adil dan telus, tegasnya, akan memberikan kebaikan kepada semua pihak kerana ia akan memastikan pilihan rakyat dalam memilih pemimpin tidak dipengaruhi oleh unsur ketidakadilan dan rasuah.

"Sebagai sebuah negara yang memilih sistem demokrasi dan pilihanraya sebagai landasan falsafah berpolitik, Malaysia harus dapat mengimbangkan kebebasan bersuara dan kesejahteraan awam.

"Justeru tindakan ugutan, ancaman dan tangkapan awam jelas tindakan terkebelakang ketika mana negara-negara lain sudah mengorak langkah jauh bagi memastikan sistem yang adil dan telus demi menjaga hak rakyat dipelihara," ujar beliau. Harakahdaily

Himpunan BERSIH: Polis sedia panggil ATM

Posted: 05 Jul 2011 01:04 AM PDT

BERNAMA


Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menghadapi kemungkinan berlaku sebarang kejadian tidak diingini pada perhimpunan yang dirancang pada Sabtu ini.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid berkata bagaimanapun khidmat ATM akan digunakan berdasarkan kepada keperluan.

"Kita akan tengok, kalau diperlukan kita akan panggil ATM untuk membantu bagi menjaga ketenteraman awam," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Demonstrasi Ketenteraman Awam sempena Eksesais Bersatu Aman 2/2011 di antara ATM dan PDRM di Kem Sungai Besi di Kuala Lumpur hari ini.

Demonstrasi itu melibatkan kekuatan 120 anggota Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan 120 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) serta lintas hormat pesawat dari Pasukan Unit Tentera Darat (PUTD) dan Unit Udara PDRM.

Beliau berkata demonstrasi ini pertama kali dipertontonkan kepada umum sebagai perintis kerjasama antara PDRM dan ATM yang telah wujud sejak tahun 2008 lagi, dan ia tidak mempunyai kaitan langsung dengan perhimpunan haram Sabtu ini.

"Tidak ada kaitan langsung demonstrasi ini dipertontonkan kerana perhimpunan haram...kita buat demonstrasi ini sebab ingin menghargai Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2011, yang kami terima (PDRM dan ATM)," katanya.


4 Sasterawan Negara gesa tahanan BERSIH dibebaskan

Posted: 05 Jul 2011 12:58 AM PDT

MALAYSIA KINI


Empat sasterawan negara tampil menggesa semua yang ditahan menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadual Sabtu ini dibebaskan segera.

Dalam kenyataan bersama Datuk Shahnon Ahmad, Muhammad Haji Salleh, Datuk Noordin Hassan dan Datuk Dr Anwar Ridhwan berkata mereka juga berharap pintu rundingan sentiasa dibuka.

"Kami juga menggesa supaya mereka yang ditahan dibebaskan segera, dan wakil mereka diajak berunding. Suasana dan kesan positif hendaklah merupakan hasil yang diharapkan," kata mereka.

NONEMereka berkata, sebagai sebuah negara maju yang memilih demokrasi sebagai landasan falsafah dan amalan politik, Malaysia harus dapat mengimbangkan kebebasan bersuara dan kesejahteraan awam.

Setakat hari ini, sekurang-kurang 23 orang masih ditahan polis berkaitan perhimpunan BERSIH dengan enam daripadanya bawah ordinan darurat.

Sementara itu, keempat-empat mereka turut membela seorang lagi rakan mereka Sasterawan Negara Datuk A Samad Said (atas, kanan sekali) yang disiasat polis ekoran bacaan puisinya "Unggun-Bersih" yang dibacakan dalam majlis pelancaran BERSIH 2.0 sebelum ini.

"Di sebuah negara seperti Malaysia, kebebasan bersuara dan berkarya merupakan salah satu jaminan prinsip demokrasi.

"Pada pandangan kami SN (Sasterawan Negara) Datuk Dr A Samad Said hanya memanfaatkan bakat seninya untuk menzahirkan pandangan serta tafsirannya terhadap isu semasa berhubung proses pilihan raya negara ini," katanya.

Tuntut kebebasan berkata, berkarya

Menurut mereka lagi, sebagai karya sastera, sajak "Unggun-Bersih" sepatutnya diterima sebagai sebuah puisi kontekstual penyair dengan anggota masyarakatnya, dan berada di atas perkiraan politik.

"Adalah menjadi salah satu peranan penulis untuk memindahkan denyut kehidupan anggota masyarakat ke dalam karya, atau menzahirkan dalam pelbagai bentuk manifestasi atau tindakan yang difikirkan sesuai oleh seseorang pengarang," kata mereka.

johor dap arrested by police bersih 030711 06Justeru, mereka berharap anggota masyarakat, pengarang dan seniman akan terus diberi kebebasan untuk berkata dan berkarya.

Ini kerana, ucapan setiap warga negara dan karya sastera serta seni setiap seniman penting bagi sebuah budaya yang matang, serta memberi corak kepada tamadun sesuatu bangsa.

Walaupun jarang-jarang mengeluarkan kenyataan, kumpulan sasterawan negara sebelum ini mengeluarkan kenyataan bersama menentang dasar pengajian dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dan mempertahankan novel Interlok karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussein.

Abdullah dan seorang lagi sasterawan negara Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah yang baru menerima gelaran itu tidak terlibat dalam kenyataan bersama itu.

Sejak diperkenalkan pada 1981, Yang di-Pertuan Agong telah 11 kali memberikan anugerah paling berprestij dalam dunia sastera negara itu.

L Ramlee gembira buat persembahan di Kelantan

Posted: 05 Jul 2011 12:57 AM PDT

Salmah Mat Husain


KOTA BHARU: Artis terkenal di zaman 60-an, L.Ramlee melahirkan rasa gembira kerana diberi peluang membuat persembahan di negeri Kelantan.

Sebelum menyampaikan beberapa buah lagu hitsnya, beliau tidak menyangka rakyat Kelantan khususnya masih meminati beliau yang popular di zaman 60-an.

"Terima kasih banyak-banyak pada kerajaan negeri kerana sudi menjemput saya menghiburkan tuan-tuan di sini," ujarnya.

L.Ramlee yang terkenal dengan lagu Dara Pujaan diundang khas untuk membuat persembahan sempena majlis penutup Pesta Nasi 100 sempena majlis Karnival Seni Budaya Kelantan 2011, di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-1V malam tadi.

Turut menyaksikan persembahan yang masih bertenaga itu anggota exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainuddin Ibrahim, ketua-ketua jajahan, pegawai kanan kerajaan negeri.

L. Ramlee memulakan persembahan dengan membawa lagu Siapa Bilang Aku Tak Sayang, Joget Berbaju Kurung, Dengarlah Rayuanku, Hidup Bersama, Ayahku Kahwin Lagi dan Dara Pujaan.

Pelawak terkenal Kelantan, Pok Ya yang pernah berganding dengan Wak Sir, turut mendendangkan sebuah lagu Kisah Dan Tauladan.

Pengarah Perhubungan Awam MPKB-BRI, Azman Mohd Daham berjaya menarik perhatian penonton apabila berjaya menonjolkan bakat terpendamnya dengan menyampaikan sebuah lagu Boyan, La O Be.

Sempena majlis ini juga diadakan Battle of The Jogho bagi mencari jogho diantara jogho dikir barat di Kelantan.

Namun tiada siapa yang berjaya dicungkil dari nama-nama besar pendikir Kelantan apabila hanya dua peserta sahaja yang bertanding iaitu Megat Nordin dan Setapo Merak Mas.

Begitu juga kategori tukang karut, hanya tiga peserta sahaja yang mengambil bahagian, iaitu Jen Endoroo, Pok Nik Loh Tok Deh dan Tuan Kob Raja Saring.

Kesemua mereka menerima hadiah berupa wang tunai dan sijil penyertaan yang disampaikan oleh Datuk Dr Zainuddin.

Bersih: Ada baca cerita Hilful Fudhul

Posted: 05 Jul 2011 12:49 AM PDT

fathifawwaz


Seorang Professor daripada sebuah universiti memberi amaran dengan katanya: "Sebelum anda menyertai Himpunan Bersih, lihat terlebih dahulu siapa ketuanya. Ketuanya adalah seorang Hindu, sudahlah Hindu, dia juga merupakan penyokong kuat kepada ideologi kesamarataan agama".

Itu dia amaran daripada seorang professor. Tak sangka ramai juga rupanya profesor-profesor kangkung di Malaysia.

Saya ingin menjelaskan dengan tegas di sini bahawa, andainya ditakdirkan Abu Jahal yang digelar sebagai Firaun Umat Nabi Muhammad sekalipun mengetuai Himpunan Bersih, itu tidak menjadi masalah kepada orang Islam untuk menyertainya.

Ya, saya ulangi, andainya Abu Jahal sekalipun yang memimpin Himpunan Bersih, itu tidak menjadi masalah untuk disertai.

Ada baca cerita dengan Hilful Fudhul?

Zaman Jahiliyyah dulu sebelum Nabi diutuskan, berlaku Hilful Fudhul, satu himpunan kaum untuk menyatakan kata sepakat menuntut semua kaum untuk menjaga kebajikan tetamu yang bertandang ke Makkah. Tiada kezaliman boleh dilakukan terhadap mana-mana individu yang datang menziarahi kaabah. Mana-mana kaum yang buat kacau maka kaum itu layak diambil tindakan oleh kaum lain.

Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pada zaman mudanya menyertai himpunan tersebut. Setelah diutuskan sebagai seorang rasul, Nabi dengan banggannya mengatakan:

شَهِدْتُ حِلْفَ بَنِي هَاشِمٍ ، وَزَهْرَةَ ، وَتَيْمٍ ، فَمَا يَسُرُّنِي أَنِّي نَقَضْتُهُ وَلِيَ حُمْرُ النَّعَمِ ، وَلَوْ دُعِيتُ بِهِ الْيَوْمَ لأَجَبْتُ عَلَى أَنْ نَأْمُرَ بِالْمَعْرُوفِ ، وَنَنْهَى عَنِ الْمُنْكَرِ وَنَأْخُذَ لِلْمَظْلُومِ مِنَ الظَّالِمِ

Maknanya: Kalau Nabi diajak menyertai himpunan tersebut setelah Islam datang pun Nabi akan pergi.

Soalnya, siapa yang ada dalam himpunan di Mekkah tersebut??? Mereka yang ada di Mekkah menyertai himpunan tersebut termasuklah Abu Jahal, Abu Lahab, dan segala bangsawan Quraish yang berada di Mekkah yang menentang Islam kemudiannya.

Nabi sanggup pergi? Ya Nabi sanggup walau dalam himpunan tersebut ada Abu Jahal dan segala kepala-kepala puak Quraish yang lain.

Takder hal langsung bro. Nabi pandai membezakan keadaan. Letakkan sesuatu isu di tempatnya. Ketika berhadapan dengan isu yang menjejaskan Islam, mereka adalah musuh. Tetapi ketika berhadapan dengan isu kebajikan tetamu yang bertandang ke Makkah, maka mereka adalah rakan.

Lihat bagaimana Nabi seorang yang cerdik dapat membezakan sesuatu perkara mengikut tajuk dan isu mengikut tempat. Bukan semberono bermusuhan tanpa tahu tajuk dan tempat.

Itu beza antara orang yang jahil dengan orang yang cerdik.

Orang jahil ni, dia melihat semua perkara sama. Dia tak mampu membezakan masalah mengikut tajuk. Pendek kata tak profesional langsung.

Orang cerdik pula, dia melihat sesuatu perkara itu mengikut keadaan dan tempat. Tidak semua sama. Dan dia mampu membezakan perkara mengikut tajuk. Pendek kata dia profesional.

Tapi sayangnya di Malaysia, status dah tahap profesor, tapi gagal membezakan masalah mengikut tajuk.

Apa sebenarnya isu dalam soal himpunan bersih ini??? Isunya adalah tuntutan berkenaan pilihan raya. Yang pergi campur aduk pasal islam dengan kafirlah, pasal orang melayu berpecahlah, pasal komunislah apa kejadahnya???

Soalnya adalah pilihan raya. Tajuk yang perlu dibincangkan adalah tajuk tentang pilihan raya. Sejauh mana bersihnya sistem pilihan raya di Malaysia?

Ada orang berkata pilihan raya dah bersih dah pun, pembangkang dah menang 5 buah negeri lagi pilihan raya umum lepas.

Soalnya, kalau anda yakin pilihan raya dah bersih sekalipun, kenapa anda begitu takut dengan himpunan dan tuntutan yang dibuat tersebut? Sampai baju kuning pun nak diharamkan apa kes?

Orang yang tak bersalah, biasanya tak takut, orang yang bersalah jer biasa yang gabra. Ni siapa yang bersalah dan siapa yang tak bersalah ni?

MASALAH SERATUS PERATUS

Berkata pula seorang ustaz: "Saya tidak menyokong dan tidak akan menyertai Himpunan Bersih sebab himpunan tersebut melibatkan perkara-perkara mungkar. Perempuan tak tutup aurat pun ikut perhimpunan tu, orang yang tak sembahyang pun ikut, bla bla bla".

Katanya lagi "Kalau himpunan itu 100 peratus bersih daripada perkara mungkar, dijamin tiada huru-hara, dijamin tiada itu dan ini…ba bla bla, barulah saya akan sokong dan ikut".

Ada jugak rupanya ustaz yang buat poyo. Ustaz-ustaz macam ni elok dinasihatkan hidup di hutan belantara jer lah senang.

Yalah, tak nak terpalit walau satu dosa pun kan, Pergi duduk kat hutan sorang-soranglah.

Ni adalah contoh masalah mentaliti mereka yang nak jadi malaikat, bukan nak jadi manusia yang baik.

Maslahah yang besar, lebih diutamakan daripada maslahah yang kecil. Mana besar antara maslahah untuk umat dan negara dengan maslahah untuk diri sendiri?

Sedangkan dalam muamalat pun, ulama mengharuskan apa yang dipanggil sebagai "gharar yasir" atau kalau diterjemahkan sebagai penipuan yang sedikit yang berlaku dalam jual beli yang susah nak dielakkan.

Contoh 1:

Anda beli buah-buahan seperti durian mengikut kilo, anda beli kulit atau beli isi? Tentunya anda membeli isi yang boleh dimakan, tapi anda membayar harga termasuk harga kulit yang langsung tidak anda makan?

Bukankah itu satu penipuan??? Bukankah jual beli yang sah adalah jual beli tanpa penipuan??? Ya jual beli yang sah adalah jual beli yang tiada penipuan, tapi penipuan yang sedikit sebegitu dimaafkan.

Contoh 2:

Anda masuk Hammam dengan membayar 10 Dirham. Anda mempunyai hak untuk mandi menggunakan sebanyak mana liter air sekalipun, untuk berada beberapa jam sekalipun dalam Hammam tersebut. Orang lain yang hanya mandi beberapa ketika dan terus keluar pun turut membayar harga yang sama seperti anda.

Tidakkah ini satu ketidak adilan dan penipuan dalam urus niaga? Bolehkah seorang berkata kepada anda bahawa ini tidak adil dan merugikan tuan punya Hammam. Tidak, ulama mengharuskan hal tersebut.

Contoh 3:

Anda menaiki bas ke bandar dan membayar tambang sebanyak 4 dirham. Jarak rumah anda ke bandar adalah 20 km. Mereka yang menaiki bas tersebut dari jarak 30 km pun turut membayar 4 dirham, juga mereka yang menaikinya dari jarak 5 km sekalipun.

Tidakkah ini merupakan satu penipuan dan ketidak adilan dalam urus niaga? Tetapi hal sebegini dimaafkan oleh ulama kerana termasuk dalam bab Al-gharar Alyasir.

Justeru, kalau ada ustaz yang berkata: "Saya takkan berurus niaga kecuali urus niaga itu 100 peratus bersih daripada sebarang penipuan", maka saya anggap ustaz begitu hanya memalukan title ustaz yang dipegangnya. "Ek'eleh buat poyo pulak mamat ni" bak kata budak-budak muda.

Saya teringat kepada Abdullah Bin Umar yang menjawab seorang lelaki daripada Iraq yang datang bertanyakan hukum darah nyamuk. Abdullah Bin Umar dengan penuh sindiran terhadanya berkata:

"Kamu sibuk bertanya soal hukum darah nyamuk, tapi darah cucu Nabi yang dibunuh di Iraq tidak pula kamu mahu tanyakan hukum".

Perumpamaan mudah lainnya adalah orang lain sibuk membincangkan soal kahwin dan bagaimana perkahwinan itu mendatangkan manfaat kepada pemuda dan pemudi, menggalakkan pemuda supaya berkahwin dan sebagainya, tetapi dia sibuk membincangkan soal perkahwinan itu bakal dicampuri kemungkaran seperti bersanding bla bla bla…

"Ana nasihatkan enta jangan kahwin sebab akan ada kemungkaran dalam majlis kahwin nanti, sepupu perempuan enta yang tak pakai tudung tu mesti datang, budak-budak muda kampung yang tak sembahyang pun confirm datang jugak, banyak kemungkaran tu, enta bersubahat sekali. Jadi janganlah kahwin, kalau nak kahwin pun buat senyap-senyap jerlah ataupun kahwin lari".

Kah kah kah…alangkah tempangnya pemikiran ustaz-ustaz hingusan ini.

AKHIRNYA…

Banyak lagi sebenarnya yang mahu saya ulas setelah membaca dan mengumpul hujah-hujah dangkal yang keluar di dada-dada akhbar, tetapi lain kali sajalah apabila terasa rajin.

Renungkanlah kata-kata Serikandi Islam ini kepada pemuda-pemuda Islam:

قَالَتِ الشِّفَاءُ ابْنَةُ عَبْدِ اللَّهِ، وَرَأَتْ فِتْيَانًا يَقْصِدُونَ فِي الْمَشْي وَيَتَكَلَّمُونَ رُوَيْدًا، فَقَالَتْ: مَا هَذَا؟ فَقَالُوا: نُسَّاكٌ، فَقَالَتْ : كَانَ وَاللَّهِ عُمَرُ "إِذَا تَكَلَّمَ أَسْمَعَ، وَإِذَا مَشَى أَسْرَعَ، وَإِذَا ضَرَبَ أَوْجَعَ، وَهُوَ النَّاسِكُ حَقًّا".

Berkata Syifa' Binti Abdullah setelah dia melihat pemuda yang berjalan secara lemah dan bercakap secara perlahan dengan katanya siapa mereka ini? Mereka berkata : Kami adalah golongan ahli ibadah.

Lalu Syifa' berkata: "Umar Al-Khattab demi Allah merupakan seorang yang, apabila dia bercakap, tajam sekali ucapannya. Apabila dia berjalan, laju sekali langkahnya, Apabila dia memukul, perit sekali pukulannya, tetapi dialah yang paling hebat ibadahnya berbanding kalian".

Itu teguran daripada seorang serikandi Islam pada zaman tersebut kepada pemuda-pemuda Islam yang lembik longlai. Buat malu kaum jer.

Buat mereka yang menentang mana-mana himpunan aman yang ingin diadakan oleh mana-mana rakyat Malaysia walau siapapun mereka, maka saya katakan kepada mereka…….

Do or Die,

You'll never make me,

Because the world will never take my heart,

Go and try,

You'll never break me,

We want it All,

We want to play this part,

I won't explain, or say I'm sorry,

I'm unashamed, I'm gonna show my scars

Give a cheer for all the broken,

Listen here, because it's who we are.

I'm just a man, I'm not a hero,

Just a boy, whose meant to sing this song.

I DON'T CARE!!!!

Umno sedang terima padah angkara beli ahli

Posted: 05 Jul 2011 12:46 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Keghairahan Umno BN "membeli" ahli dan pemimpin Pakatan Rakyat didakwa mula memberi padah kepada parti pemerintah itu berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Riduan Mohd Nor (gambar) berkata, perkara itu terbukti apabila seperti diakui sendiri oleh presidennya, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya pada Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pekan kelmarin.

Najib dalam ucapannya itu menyeru ahlinya di cawangan dan bahagian mengelakkan berpuak-puak dan bersifat jatuh-menjatuhkan sesama sendiri jika mahu menang pada pilihan raya akan datang.

Beliau melahirkan kebimbangan jika perkara itu berlaku, sejarah sama kekalahan teruk pada PRU 2008 bakal berulang.

Namun kata Riduan, perdana menteri itu perlu sedar dengan satu lagi kelompok yang telah keluar dari Pakatan Rakyat dan kini berada dalam Umno, yang tentunya akan juga menuntut habuan khususnya sebagai calon pilihan raya.

"Orang bermasalah ini memainkan peranan penting dalam mengucar kacirkan umno dengan menuntut jawatan lebih tinggi dan melobi menjadi calon pilihanraya.

"Malah ada kalangan mereka yang masuk Umno selepas dibayar dengan wang jutaan ringgit hingga mampu membina rumah banglo, selesaikan hutang dan lain-lain, sedangkan ahli Umno seumur hidup masih ramai hidup susah dengan hutang keliling pinggang.

"Kini mereka sudah dalam Umno, perlu teruskan survival. Maka apa sahaja peluang mereka akan ambil walau sampai mengucar kacirkan Umno," kata Riduan.

Kelompok ini ujarnya, akan bertarung habis-habisan dalam melobi pemimpin parti itu untuk menjadi calon kerana mahu "cepat kaya" dan mengaut projek manakala ahli umno lain pula akan berpecah mengikut pemimpin yang mampu memberi mereka duit dan kemewahan.

Sehubungan itu, Umno kini katanya terpaksa menanggung padah akibat tindakan mereka sebelum ini.

Wartawan tidak dibenar sertai lawatan inkues

Posted: 05 Jul 2011 12:45 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR- Para wartawan dan jurugambar yang hadir bagi membuat liputan lawatan Pasukan inkues menyiasat punca kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed ke lokasi kejadian, tidak dibenarkan masuk.

Larangan menyertai lawatan pasukan inkues untuk masuk ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane itu difahamkan arahan dari pihak atasan.

Lawatan pagi ini disertai Koroner Aizatul Akmal Maharani, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Abazafree Mohd. Abbas; peguam pemerhati, Datuk Seri Dr. Mohammad Shafee Abdullah dan Awtar Singh.

Turut serta ialah pakar forensik Makmal Bukit Aman, Deputi Supritendan Shahrul Othman Mansor dan ahli keluarga Ahmad Sarbani.

Lawatan tersebut bagi mendapat gambaran lebih jelas berhubung kematian Allahyarham Ahmad Sarbini.

Sementara itu, bernama semalam melaporkan isteri Ahmad Sarbani, Masiah @ Maziah Manap, 50 semalam memberitahu Mahkamah Koroner Kuala Lumpur bahawa suaminya tidak mungkin membunuh diri pada 6 April lepas.

Beliau yang merupakan saksi pertama dalam prosiding inkues untuk menyiasat kematian Ahmad Sarbani, berkata suaminya adalah seorang yang tenang, bersikap rasional, penyabar dan bukan seorang yang suka bertindak melulu.

"Sebagai orang Islam yang menunaikan sembahyang lima waktu, tidak mungkin suami akan berbuat demikian," katanya.

Masiah, yang mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Sarbani hampir 28 tahun, berkata pada 1 April lepas, dia menerima panggilan daripada anaknya, Shahira yang memaklumkan arwah ingin bercakap dengannya tetapi panggilan berkenaan terputus.

"Apabila saya pulang ke rumah pada 9 malam, anak saya memberitahu abah (panggilan untuk Ahmad Sarbani) tidur di SPRM dan saya kemudian cuba menghubungi beliau tetapi gagal.

"Pada keesokannya (2 April), saya cuba menghubunginya sekali lagi namun tiada jawapan dan lebih kurang 10 pagi saya ada menghantar SMS kepadanya menyatakan: Kalau kita di pihak yang benar, Allah akan bantu... kalau boleh, balik la, hari Ahad ni (3 April) kita ada kursus haji," katanya.

Masiah, yang bekerja sebagai penyelia di Petronas, berkata arwah suaminya pernah memberitahu bahawa dia telah dianiayai oleh ejen.

"Saya pernah bertanya kepadanya, apa masalah yang berlaku sekarang ini hinggakan SPRM menahannya dan dia (Ahmad Sarbani) berkata ejen menganiayainya berkenaan baucar bernilai RM100.

"Menurut suami saya, ejen itu mengaku bahawa RM70 daripada RM100 baucer itu dia ambil manakala RM30 diberikan kepada suami saya... namun suami memaklumkan kepada saya dia tidak ambil RM30 dan tidak tandatangani baucer tersebut," katanya.

PAS akan buka 5 kawasan baru di Sabah

Posted: 05 Jul 2011 12:45 AM PDT

Aziz Muda


KUALA LUMPUR: PAS akan membuka lima kawasan baru di Sabah, tambahan kepada lapan kawasan berdaftar sedia ada.

Penubuhan lima kawasan baru itu sedang berjalan dengan baik, manakala jumlah ahli PAS yang berdaftar dan bergerak aktif di lapan kawasan berdaftar sedia ada itu kini seramai 11,000 orang.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS bersedia menggantikan Umno dan bersama Pakatan Rakyat untuk memimpin negeri Sabah.

Menurut beliau, selaras dengan tema muktamar PAS tahun ini, Membangun Negara Berkebajikan, PAS akan memastikan kebajikan rakyat terbela di Sabah dan pemimpin yang akan memerintah juga mempunyai ciri-ciri berkebajikan iaitu pemimpin berwibawa, bersih, tidak rasuah dan menjadikan kuasa pemerintahan sebagai amanah untuk menjaga kebajikan rakyat.

Katanya, oleh itu, rakyat Sabah perlu melakukan perubahan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti dengan memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat.

"Rakyat Sabah pernah membuat beberapa kali perubahan politik daripada Usno kepada Berjaya, PBS dan Umno. Maka giliran kali ini ialah Pakatan Rakyat untuk memerintah Sabah," katanya ketika merasmikan bangunan baru PAS Kawasan Putatan, Sabah semalam. (Gambar)

Setiausaha akhbar beliau, Mohd Nasaie Ismail yang turut mengikuti rombongan beliau dalam rangka lawatan kerja ke Sabah menjelaskan, pada majlis itu, Abdul Hadi turut menyentuh tentang tangkapan terhadap orang ramai yang memakai baju berlambang Bersih termasuk di Sabah yang menunjukkan kegelabahan BN dan tidak bijaksana dalam menangani isu.

"Barisan Nasional gelabah berdepan kuasa rakyat yang akan menumbangkan mereka dalam pilihanraya akan datang. Ini kerana banyak kerosakan dan penyelewengan yang dilakukan sehingga menyebabkan mereka takut untuk kalah," katanya.

Presiden PAS dalam rangka lawatan kerja ke Sabah selama tiga hari. Selain merasmikan bangunan PAS Putatan, beliau juga menemui rakyat di sekitar Masjid Negeri dan kawasan bandar di Asia City.

Pada sebelah malamnya, beliau melancarkan borang tanah Felda Plantation yang ditawarkan kepada anak-anak Sabah di majlis bersama rakyat di Kota Belud.

Turut bersama beliau AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman, Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminudin Aling, Pengerusi DAP Sabah, Dr Liew dan Setiausaha PKR Sabah serta pemimpin-pemimpin PAS negeri.

Menurut Nasaie, seramai 500 penduduk setempat yang kebanyakannya anak muda hadir ke majlis di Kota Belud. Hari ini, rombongan beliau akan melawati kawasan Keningau dan Persiangan.

Ancaman: Polis jangan double standard

Posted: 05 Jul 2011 12:43 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: PAS mendakwa siri penangkapan berterusan oleh polis terhadap rakyat yang menyokong Himpunan Bersih 2.0 bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil hanya akan menambah kebencian rakyat terhadap pasukan keselamatan itu.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad (gambar) berkata, rakyat secara jelas dapat melihat sikap double standard polis apabila hanya memberi tekanan terhadap penganjur dan penyokong Bersih 2.0, namun membiarkan sahaja pihak lain mengeluarkan kenyataan berbaur ancaman.

"Tindakan double standard yang dilakukan oleh pihak polis menyebabkan imej anggota polis semakin jatuh. Rakyat tertanya-tanya kenapa kaedah pencegahan tidak dilakukan kepada Omardin yang memberi amaran 50 ribu anggota silat bersedia untuk menggempur.

"Begitu juga kenyataan Ibrahim Ali Perkasa seolah-olah tidak ada apa yang merbahaya kepada keselamatan negara," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau yakin jika kenyataan berbaur ancaman itu dikeluarkan oleh mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat, sudah tentu mereka akan "direhatkan" di Kemunting.

Sehingga kini, lebih seratus orang penyokong bersih telah ditahan dan disoal siasat oleh pihak polis.

Antara mereka, ada yang ditangkap kerana memakai baju Bersih 2.0, menjual baju Bersih 2.0, malah juga yang memakai baju kuning.

Lebih malang, ada di kalangan pemimpin DAP yang memakai baju merah bertulis "Ubah lah..." turut ditangkap.

Beberapa tangkapan juga khususnya anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) turut cuba dikaitkan dengan dakwaan cuba menghidupkan fahaman komunis di negara ini.

Sambil menyifatkan tangkapan itu melanggar perlembagaan, Idris berkata polis sebenarnya menjaga keselamatan BN, bukan keselamatan rakyat dan negara.

"Profesionalisme polis jangan dicemarkan dengan menerima arahan membabi buta kepada mereka sehingga imej polis dipandang rendah di sisi masyarakat.

"Berapa ramai polis yang bertindak secara tidak profesional ketika berkhidmat, apabila pencen malu mata dengan masyarakat," katanya.

Pakatan terbuka dengan tawaran stadium

Posted: 05 Jul 2011 12:41 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menyeru kesemua individu yang ditahan kerana Bersih 2.0 dibebaskan serta-merta dan tuduhan terhadap mereka digugurkan di samping terbuka dengan tawaran Perdana Menteri agar berhimpun di stadium.

Pakatan Rakyat mengambil maklum kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam yang menyatakan kesediaan pihak kerajaan memberikan kerjasama untuk menganjurkan perhimpunan aman Bersih 2.0 di stadium.

"Setelah melalui beberapa proses perbincangan, kami ingin merakamkan pendirian bahawa ketiga-tiga parti mengambil sikap terbuka dengan tawaran Perdana Menteri itu selagi ia menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Teresa Kok Suh Sim dalam kenyataan bersama, petang ini.

Menurut mereka, Pakatan Rakyat ingin menegaskan bahawa tuntutan reformasi dalam sistem pilihan raya negara agar bersih, telus dan adil kekal sebagai matlamat perhimpunan tersebut.

Mereka berkata, proses reformasi itu perlu dilaksanakan segera sebelum Pilihanraya Umum ke-13 bersesuaian dengan lapan tuntutan Bersih 2.0 dan memerlukan komitmen Perdana Menteri; selain dari komitmen sedia ada beliau untuk menawarkan stadium bagi perhimpunan aman Bersih 2.0.

"Kesediaan ini juga perlulah disambut oleh pihak berkuasa dengan menghentikan pendekatan keras yang diambil setakat ini," kata mereka.

Mereka menambah, ketiga-tiga parti bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis dan pihak berkuasa yang lain bagi memastikan perjalanan perhimpunan itu nanti boleh berjalan dengan baik dan aman.

"Oleh yang demikian, Pakatan Rakyat menyeru supaya kesemua individu yang ditahan kerana Bersih 2.0 dibebaskan serta-merta dan tuduhan yang dikenakan terhadap mereka digugurkan," ujar mereka lagi.

Skandal mata wang: Media dakwa firma Australia sogok bekas PM Pak Lah

Posted: 05 Jul 2011 12:39 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



KUALA LUMPUR— Firma-firma pengeluar mata wang Reserve Bank of Australia disyaki cuba menyogok bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi bagi mendapatkan bantuan beliau memperoleh kontrak bernilai sekitar RM100 juta (A$31 juta).

Abdullah (gambar) merupakan salah seorang daripada beberapa personaliti politik Malaysia berpengaruh, yang pihak berkuasa antirasuah percaya Securency dan Note Printing Australia— firma yang masing-masing separa dan milik penuh bank pusat Australia — didakwa cuba untuk memberi sogokan menggunakan sebahagian daripada komisyen sekitar RM13 juta ($4.2 juta) yang dibayar kepada dua orang tengah kira-kira enam tahun lalu.

Menurut laporan akhbar The Age, sumber-sumber mengesahkan Polis Persekutuan Australia sedang mendapatkan maklumat tentang percubaan memberi sogokan kepada Abdullah oleh Securency dan Note Printing Australia Limited yang mana kedua-duanya turut diselia oleh Reserve Bank of Australia.

The Age berkata ia cuba mendapatkon komen daripada Abdullah.

Ditanya pendekatan yang digunakan terhadap Abdullah, jurucakap Polis Persekutuan Australia berkata "memandangkan hal ini ada kaitan dengan penyiasatan yang melibatkan Securency dan Note Printing Australia, ia tidak akan membuat apa-apa ulasan untuk dibuat."

Difahamkan cubaan untuk menyogok Abdullah mempunyai kaitan dengan rundingan kontrak yang berlaku sekitar 2003, tahun beliau menjadi perdana menteri dan menteri kewangan, beliau berkhidmat sehingga 2009.

Sebelum menjadi perdana menteri, Abdullah adalah timbalan perdana menteri di bawah pemimpin paling lama berkhidmat Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tuduhan rasuah terhadap Abdullah, yang masih menjadi Ahli Parlimen akan menambah senarai ahli-ahli politik Asia yang berprofil tinggi yang menjadi sasaran firma Reserve Bank of Australia.

Polis Persekutuan Australia pada minggu lalu mengatakan Securency memberi rasuah kepada bekas gabenor bank Vietnam dengan membiayai biasiswa anaknya.

Selain itu, pihak berkuasa Malaysia pada Jumaat lalu mendakwa bekas penolong gabenor Bank Negara kerana menerima dua suapan daripada Note Printing Australia.

Pendedahan percubaan rasuah terhadap Abdullah akan membongkarkan lebih banyak skandal sogokan kontrak mencetak mata wang polimer daripada Australia, dengan semalam The Age melaporkan tentang penglibatan pegawai kanan dari agensi perdagangan Austrade dalam tuduhan rasuah yang melibatkan Securency dan Vietnam.

Pasukan bertindak antarabangsa Polis Persekutuan Australia meneruskan siasatan untuk melakukan tangkapan seterusnya setelah tujuh bekas pegawai kanan Securency dan Note Printing Australia ditahan kerana kesalahan itu.

Abdullah dipercayai terlibat apabila meluluskan kontrak kepada firma Reserve Bank of Australia untuk mencetak mata wang polimer bernilai RM5 pada 2004.

Ejen Securency dan Note Printing Australia pada 2004, bekas ahli Parlimen dan pemimpin utama Umno Datuk Abdullah Hasnan Kamaruddin dan ahli perniagaan Abdul Kayum Syed Ahmad, ditahan dan didakwa Jumaat lalu kerana terlibat dalam dua kesalahan rasuah.

Abdul Kayum mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang dikenakan, iaitu menjadi orang tengah Note Printing Australia dan Securency di Malaysia, dikatakan memberi jaminan kepada kedua-dua firma itu dia mampu meyakinkan pegawai Malaysia untuk membeli teknologi wang polimer.

Beberapa pegawai kanan Securency dan bekas eksekutif dipercayai Note Printing Australia membuat bayaran kepada Abdul Kayum berkemungkinan digunakan untuk membayar rasuah. Dia menjadi ejen antara 2000 hingga 2007 sebelum dibuang kerja.

Dia diterima bekerja dan beberapa juta dolar dari Reserve Bank of Australia meningkatkan persoalan-persoalan tentang penyediaan selia yang disediakan Reserve Bank of Australia — yang melantik pengarah Securency dan Note Printing Australia.

Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia semalam enggan memberikan sebarang komen berhubung perkara itu.

Jumaat lalu bekas penolong gabenor Bank Negara Datuk Mohamad Daud Dol Moin didakwa berhubung kesalahan rasuah melibatkan kontrak mencetak mata wang polimer yang dianugerahkan kepada sebuah firma Australia antara 2003 dan 2007.

Mohamad Daud menghadapi tuduhan menerima RM100,000 daripada Abdul Kayum dalam dua kejadian iaitu sebanyak RM50,000 pada 1 Disember 2004 dan baki RM50,000 pada 16 Februari 2005 di sebuah kafe di Bangsar Shopping Centre.

Dia dikenakan tuduhan di bawah Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Abdul Kayum akan berhadapan dengan tuduhan berasingan memberi habuan kepada Mohamad Daud di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Sementara itu, dalam satu kenyataan dikeluarkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata pihaknya telah menjalankan siasatan terperinci berhubung kes ini dengan kerjasama dan bantuan penuh Bank Negara.

Katanya, di bawah tuduhan pertama, Mohamad Daud didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 kerana menerima suapan wang tunai RM50,000 daripada Abdul Kayum melalui seorang perantara untuk membantunya mendapatkan kontrak mencetak wang polimer RM5 oleh Note Printing Australia.

Tertuduh tidak mengaku salah terhadap semua pertuduhan dan minta dibicarakan.

Tertuduh diwakili oleh J.D. Goonting dan Collin Goonting manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup dari Jabatan Peguam Negara.

Daftar secara automatik sulitkan pemilih, dakwa SPR

Posted: 05 Jul 2011 12:38 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum bercadang untuk melaksanakan pendaftaran pemilih secara automatik bagi rakyat Malaysia yang mencapai umur 21 tahun.

SPR menjelaskan cadangan itu boleh menimbulkan kesulitan kepada pemilih ekoran sebahagian besar rakyat Malaysia pada masa ini tidak tinggal di alamat yang tercatat dalam kad pengenalan mereka.

"Ini kerana jika alamat yang tertera di dalam kad pengenalan ataupun yang terdapat di pangkalan data alamat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan pemilih itu menetap di alamat tertentu.

"Sedangkan mereka telah berpindah ke alamat baru tetapi tidak membuat pertukaran alamat di JPN dan SPR, maka pemilih itu tidak didaftarkan berdasarkan alamat bermastautin yang lama," kata SPR dalam Buku Penjelasan Terhadap Isu-Isu Yang Dibangkitkan Mengenai Pilihan Raya terbitan Suruhanjaya itu.

SPR berkata jika ramai pemilih berpindah tetapi tidak memaklumkan kepada JPN, ia khuatir pemilih tidak akan kembali mengundi jika pusat mengundi terletak jauh dari kediaman mereka.

Posted: 05 Jul 2011 12:33 AM PDT

Khairy: Pemuda Umno sedia kerjasama jika Bersih batal perhimpunan

July 05, 2011

KUALA LUMPUR, 5 Julai — Pemuda Umno akan membatalkan rancangannya mahu mengadakan perhimpunan balas, sebaliknya akan menyokong beberapa tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya dibawa Bersih 2.0 jika gabungan itu menggugurkan kempennya, Sabtu ini.

Ketuanya Khairy Jamaluddin (gambar) memberitahu The Malaysian Insider bahawa sayap itu akan menawarkan sokongannya memandangkan sistem semasa juga memerlukan penambahbaikan.

"Kami percaya bahawa satu barisan berkecuali yang bersatu, yang (jika) kita bersetuju akan lebih efektif, jika Bersih benar-benar mahukan perubahan," kata beliau yang juga Ketua Pemuda BN.

"Saya selalu mengatakan bahawa kami menyokong sistem semasa tetapi penambahbaikan adalah diperlukan," kata Khairy lagi yang kini berada di Athens.

Ahli Parlimen Rembau ini berkata Pemuda Umno akan membantu membersihkan pengundi-pengundi sudah mati dari daftar pemilih semasa, pengundian bagi mereka di luar negara, akses parti politik kepada semua media.

"Semua ini boleh dibincangkan," katanya.

Semalam, kedua-dua Perkasa dan Pemuda Umno mengisytiharkan bahawa mereka sedia untuk membatalkan perhimpunan balas jika Bersih 2.0 bersedia berbuat demikian.

Kelmarin, Yang di-Pertuan Agong bertitah agar setiap permasalahan yang timbul — dalam isu semasa merujuk kepada tuntutan Bersih 2.0 diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan.

Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijak.

Pagi semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pihaknya sanggup menyediakan sebuah stadium untuk Bersih 2.0 berkumpul tetapi bertanya "kenapa mereka memilih demonstrasi jalanan."

". . . mesti ada niat lain. Kalau mereka daripada awal kata nak berkumpul daripada pagi hingga malam di stadium dan balik dengan baik, saya percaya pihak kerajaan tiada halangan.

"Kumpullah di stadium, berpekiklah sampai tak larat . . . buatlah, tidak menjadi masalah tetapi jangan buat demonstrasi jalanan kerana ia boleh mengundang risiko yang amat berbahaya kepada negara," katanya.

Pemandu ugut Sosilawati guna foto, kata saksi

Posted: 05 Jul 2011 12:27 AM PDT

Oleh Boo Su-Lyn


SHAH ALAM— Pemandu Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya ada mengugut untuk mengedarkan gambar-gambar yang tidak senonoh membabitkan ahli perniagaan itu, demikian Mahkamah Tinggi dimaklumkan hari ini.

Isteri konsultan kewangan CIMB Noorhisham Mohamad, Suzana Radin Pangat memberi keterangan, suaminya ada menghubungi dia pada 30 Ogos lalu sekitar pukul 8 malam dan memaklumkan dia tidak akan kembali ke rumah selama tiga hari.

"Dia kata dia mahu selamatkan Datuk Sosilawati," kata Suzana.

"Dia berkata Kamal ugut Datuk kerana dia ada foto-foto tidak senonoh dan dia mengugut akan mengedarkannya. Jadi dia (Ahmad) Kamil (Abdul Karim) mahu membantu Datuk," kata Suzana yang merujuk 'Kamal' kepada pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin.

Suzana menitiskan air mata apabila dia memberitahu mahkamah bahawa suaminya yang didirikan rumah tangga 16 tahun lalu memintanya memahami keadaan dan memohon maaf banyak kali.

Kata Suzana, selepas suaminya meletakkan telefon dia rasa marah lalu menghantar SMS untuk bertanya mengapa sanggup membantu orang lain dengan meninggalkan keluarga selama tiga hari dan enggan menjawab bila ditelefon sekali lagi.

MENYUSUL LAGI

Akta Kg Baru: Bacaan kali kedua Oktober, ditangguh kerana masalah ‘aturan’

Posted: 04 Jul 2011 04:47 PM PDT


KUALA LUMPUR— Putrajaya akan meneruskan hasrat mewujudkan perbadanan bagi memantau pembangunan Kampung Baru menerusi Rang Undang-undang Perbadanan Kampong Baru 2010 yang hanya akan dibawa ke Parlimen sesi Oktober ini.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, bacaan kali kedua tidak dapat diteruskan pada sesi Dewan Rakyat berakhir minggu lalu kerana aturan yang ditetapkan.

"Bacaan kali kedua tidak sempat dibuat pada sesi Dewan Rakyat kali ini kerana susunan giliran Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar adalah mengikut kementerian-kementerian dan keutamaan semua rang undang-undang yang didaftarkan di Parlimen belum sampai kepada giliran kami.

"Sehubungan itu, pihak kementerian akan membuat bacaan tersebut pada sesi ketiga mesyuarat Dewan Rakyat yang telah dijadualkan pada Oktober 2011," katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.

Justeru kata Raja Nong Chik, beliau berharap melalui bacaan kali kedua nanti akan dapat membantu Putrajaya membangunkan tanah eksekutif orang Melayu itu.

"Kami yakin hasrat murni kerajaan untuk membantu membangunkan Kampung Baru dengan sokongan daripada pemilik dan pewaris tanah di Kampung Baru dapat dilaksanakan," katanya.

Sementara itu Setiausaha Kehormat Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) Shamsuri Suradi berkata penangguhan itu akan memudahkan urusan mendapatkan respons daripada pemilik tanah melalui referendum yang dihantar.

"Bila sudah tangguh ini akan mudahkan urusan kita untuk mendapatkan respons daripada pemilik dan pewaris tanah sebab referendum yang dihantar juga masih banyak yang belum kita terima.

"Kita tunggu sahaja nanti, sebab kita tidak tahu apa keputusan pemilik dan pewaris tanah... saya juga tidak boleh nak kata bila akan dapat keseluruhan referendum ini," katanya kepada The Malaysian Insider.

Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dengan kerjasama MAS menggunakan referendum bagi menentukan sama ada rang undang-undang itu akan diteruskan atau tidak.

Namun sehingga kini The Malaysian Insider difahamkan jawapan yang diterima tidak memberangsangkan.

Sebelum ini Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar telah mengadakan sesi penerangan berhubung rang undang-undang itu yang dipinda ekoran protes pemilik dan pewaris tanah.

Dalam kesemua sesi penerangan itu, pemilik dan pewaris tanah dari tujuh kampung diberi borang Referendum Pembangunan Kampung Baru untuk tujuan penilaian Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar sebelum rang undang-undang itu dibentangkan di Parlimen.

Borang itu menyenaraikan tiga soalan iaitu sama ada pemilik tanah bersetuju dengan cadangan kerajaan mahu membangunkan semula Kampung Baru, syor diadakan sebuah perbadanan pembangunan yang akan bertindak sebagai penyelaras utama dan agar pembangunan di kawasan itu dilaksanakan oleh syarikat berkaitan dengan kerajaan.

Hasil sesi penerangan itu kementerian tersebut berkata status rang undang-undang itu akan diserahkan kepada Kabinet jika referendum menunjukkan usaha kerajaan tidak mendapat sokongan majoriti.

Selain itu, Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Ghazali mahu Putrajaya menarik balik rang undang-undang itu daripada terus dibawa ke Parlimen.

Beliau berkata Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar perlu kembali mengadakan perbincangan dan dialog dengan para pemilik tanah Kampung Baru dalam setiap usaha kerajaan membangunkan kawasan itu.

Tiada ulasan: