ALHUSSEYN |
Syarat Najib kepada Ambiga yang wajib dipatuhi Posted: 05 Jul 2011 09:35 AM PDT Maka Ambiga pun bertemulah dengan PM Najib, berunding untuk berhimpun di sebuah stadium. Ambiga : "Kami telah memberitahu Tuanku bahawa kami menerima cadangan kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di stadium. PM Najib : Tetapi kamu mesti mematuhi beberapa syarat sebelum persetujuan diberikan. Ambiga : Apa syarat-syarat itu? PM Najib : Kamu datang dengan aman dan balik dengan aman. Ambiga : O.K. Apa lagi? PM Najib : Boleh pakai baju kuning…tetapi… Ambiga : Tetapi apa Dato Seri? PM Najib : Baju mesti ada gambar Rosmah! Boleh buat pesanan dari al-Husseyn! |
Malam tadi menjalani latihan untuk BERSIH di Cangkat Ibol dengan Mat Sabu! Posted: 04 Jul 2011 09:42 PM PDT Malam tadi bersama 3 kawan gi dengar ceramah Mat Sabu kat Cangkat Ibol.Kami terpaksa menempuh perjalanan yang agak sukar kerana sekatan polis dari Bukit Aman yang cuba menghalang orang ramai kesana.Haram jadah betul - tak ada kerja lain ke depa tuh! Ikut jalan kampung.Berderet-deret kereta ekor mengekor.Tiba-tiba sampai ke jalan mati....adoi... masing-masing terpaksa reverse. Akhirnya kami sampai juga ke tempat ceramah tersebut setelah parking kereta yang agak jauh dan terpaksa menapak 500 ela. Ini merupakan latihan untuk 9 Julai nanti....bisik hati ku.Tatkala sampai, orang ramai telah sedia memenuhi kawasan dan keadaan semakin penuh sesak.Mungkin lebih ramai lagi kalau tidak ada sekatan jalan oleh polis laknatullah! Sewaktu melalui gerai-gerai jualan tadi, saya perhatikan tidak ada peniaga yang berani mempamir dan menjual baju Bersih.Baju PAS banyaklah.Dan tak ada kelihatan pun kelibat yang datang memakai baju kuning BERSIH.Mungkin masing-masing dah siap lipat baju tu masuk dalam beg untuk 9 Julai nanti yang dah sangat hampir nih!Menyimpan Baju BERSIH ni dah jadi satu kesalahan macam menyimpan dadah pula sekarang ini. Malang sekali, saya tidak merakamkan apa-apa gambar sebab bateri flash dah weak! Kendung ajelah kamera tuh!Kecuaian sendiri, nak buat macam mana? Saya seperti orang lain, duduk dalam gelap mendengarkan ceramah daripada beberapa pimpinan PAS negeri yang memanaskan suasana sebelum tiba giliran Mat Sabu. Antaranya ialah PJ Ust Abu Bakar, DS Nizar dan Raja Ahmad Al-Hiss dan Dr Najihatussalehah.Ada juga wakil dari Dewan Penyokong PAS dan Pengerusi PKR Perak Dr Mohd Nor Manuty memberikan ucapan masing-masing. Semua ucapan sangat menarik dan penuh bermaklumat.Antara maklumat terbaru adalah daripada Raja Ahmad Al-Hiss yang baru pulang dari Thailand, menceritakan pengalaman dan pemerhatiannya selama 3 hari disana berhubung p/raya dinegara tersebut. Menurut katanya, selama tiga hari berada di Thailand sewaktu p/raya sedang berlangsung, beliau merasakan seolah-olah tidak ada apa-apa pun yang sedang berlaku sedangkan p/raya sedang berada pada kemuncaknya.Tidak ada sepanduk-sepanduk , poster atau bendera bergantungan di bandar-bandar sebagaimana berlaku dinegara kita. Berbeza benar dengan di Malaysia negara ku ini.Ratusan ribu ringgit dihabiskan untuk kempen poster dan spandok parti.Hingga ada yang berhutang berjuta ringgit dan masuk mahkamah kerana ngelat tak mahu bayar hutang tersebut kepada pembekal. Kalau kita di sini, keadaan macam nak berperang!Berceramah dalam p/raya pun disekat dan diugut.Malah ada yang tidak keruan hingga sanggup makan dan meratah poster atau bendera parti lawan! Raja Ahmad berkata, ada 40 parti turut bertanding! Oi mak! Banyak benor! Bayangkanlah kalau setiap parti gantung bendera dan tampal poster macam kat di Malaysia ni!Dan kalau buat ceramah p/raya macam kat Malaysia yang menyesakan gerombolan polis di setiap ceramah parti pembangkang, tentu polis tak termaya nak melakukannya disana! Sistem p/raya Thailand lebih demokratik dan telus berbanding Malaysia, kata Raja Ahmad . Setiap parti diberikan ruang yang secukupnya untuk berkempen di televisyen dengan masa yang tertentu.Kalau di Malaysia, hanya Umno/BN sahaja berpeluang berkempen dan memburukan parti lawan sepanjang tahun, sepanjang masa siaran di semua stesyen TV Malaysia!Hari-hari Umno/BN berkempen! Thailand memberikan ruang yang secukupnya bagi rakyatnya untuk menjadi pemilih yang bijak dalam p/raya.Mereka mendapat maklumat yang benar melalui siaran TV dan akhbar-akhbar.Selain itu, mereka diberikan tempoh untuk berkempen yang sangat selesa.Undang-undang Thailand memestikan pilihan raya diadakan di antara 45 dan 60 hari selepas Parlimen dibubarkan. Apakah perkara yang sama dan lebih baik tidak boleh dibuat di negara kita ini? Antara 8 perkara tuntutan Bersih adalah akses media bebas dan adil dan tempoh minimum 21 hari berkempen.Sebab itulah kita perlu menyokong tuntutan Bersih yang mahukan negara mengamalkan p/raya yang adil dan bersih.Tuntutan BERSIH bukan bagi pihak parti pembangkang semata-mata, tetapi untuk kesejahteraan rakyat seluruhnya yang cintakan demokrasi dan keadilan.Adakah tuntutan BERSIH ini melampau? Bila tiba giliran Mat Sabu, banyaklah dia bercerita menerangkan dan menghuraikan 8 perkara tuntutan BERSIH tersebut.Semua hadirin seronok mendengar ceramah beliau yang diseliti dengan senda gurau kelucuan.Cerita lain kalilah nanti…update yang ni dulu! |
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan