Isnin, 4 Julai 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Kerajaan, polis dan SPR jangan angkuh

Posted: 04 Jul 2011 09:02 AM PDT

Aziz Muda


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) merafak sembah merakamkan ucapan terima kasih di atas titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang meminta supaya pihak kerajaan menangani setiap permasalahan yang membabitkan kepentingan rakyat secara berhemah dengan berunding dan tidak mengikut perasaan sepertimana masyarakat yang bertamadun.

Titah Yang di-Pertuan Agong itu menjurus kepada cadangan himpunan aman Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil, Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai 2011 ini di Kuala Lumpur.

"Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mendesak supaya pihak kerajaan, pihak polis dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mematuhi saranan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong agar membuka semula pintu rundingan bersama Sekretariat Bersih 2.0 bagi mempastikan perjalanan program tersebut berjalan lancar dan teratur.

"Janganlah pihak kerajaan, polis dan SPR dianggap sebagai orang yang tidak bertamadun hanya kerana ingin mempertahankan keangkuhan dan keserakahan nafsu mereka semata-mata," katanya Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Hasbullah Mohd Ridzwan.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, menurut beliau, sekali lagi mempertegaskan bahawa Himpunan Bersih 2.0 adalah himpunan aman rakyat menuntut pembaharuan di dalam sistem pilihanraya di Malaysia dan himpunan itu akan berlangsung dan berakhir dalam keadaan yang tenang dan baik.

"Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor amat menyanjungi keamanan dan keharmonian dan menolak sebarang usaha provokasi untuk melakukan huru-hara ataupun kekacauan," tegasnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengecam dan mengutuk tindakan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia kerana secara tidak bertanggungjawab telah menyiarkan secara berleluasa iklan-iklan fitnah dan berbaur hasutan.

Tujuan iklan-iklan itu disiarkan sememangnya jelas untuk menimbulkan kebencian rakyat terhadap Himpunan Aman Bersih 2.0 di dalam media elektronik terutamanya RTM1 dan RTM 2.

Di dalam iklan-iklan tersebut, Himpunan Bersih 2.0 telah dimomokkan sebagai himpunan haram yang akan menyebabkan kerosakan harta benda, pertumpahan darah, huru hara, kacau bilau dan boleh menyebabkan para peniaga mengalami kerugian.

Menurut Hasbullah, sepatutnya pihak Kementerian mengeluarkan iklan yang memperjelaskan hak-hak rakyat di dalam negara yang berdaulat mengikut Perlembagaan Negara bukannya memperbodohkan rakyat dengan menyiarkan iklan-iklan "sampah" untuk mempertahankan kuasa pemimpin Umno BN.

"Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor bertegas bahawa semua gambaran yang ditunjukkan tersebut adalah tidak benar sama sekali.

"Himpunan Bersih 2.0 adalah himpunan rakyat jelata yang cintakan keamanan dan keharmonian yang menuntut supaya sistem pilihanraya di Malaysia ini dibersihkan daripada sebarang kekotoran, penipuan dan penyalahgunaan kuasa pihak-pihak yang "gila" untuk mempertahankan kuasa mereka," katanya.

Sekretariat Bersih 2.0, tegas beliau, telah meminta supaya setiap rakyat yang akan hadir ke himpunan tersebut tidak melakukan sebarang provokasi, ancaman , ugutan, vandalisme ataupun melakukan kekasaran terhadap mana-mana pihak.

"Sekretariat Bersih 2.0 juga terbuka untuk berunding dengan pihak-pihak tertentu seperti polis untuk memastikan program tersebut berjalan lancar dan teratur, bahkan meminta supaya pihak polis sendiri yang menentukan jalan yang sesuai untuk perarakan himpunan tersebut.

"Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mendesak supaya Kementerian Penerangan Malaysia menarik balik iklan-iklan fitnah tersebut dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia di atas kebiadapan mereka menyiarkan iklan-iklan tersebut," katanya.

Sesungguhnya wang rakyat Malaysia, katanya, sebagai pembayar cukai telah disalahgunakan oleh pemimpin Umno BN untuk kepentingan diri mereka dan membelakangkan kepentingan rakyat.

"Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga mendesak Menteri Penerangan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim supaya meletakkan jawatan sekiranya beliau orang yang bermaruah dan berintegriti," ujar beliau.

Aktivis PSM didakwa petang ini

Posted: 04 Jul 2011 08:58 AM PDT

Susan Loone


Dua puluh empat aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) didakwa hari ini atas tuduhan bersama mengikut Seksyen 48 (1) Akta Pertubuhan 1966, berkaitan dengan perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadual pada 9 Julai.

Mereka juga menghadapi pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 43 akta yang sama. Mereka tidak mengaku salah terhadap pertuduhan tersebut, dan dikenakan ikatjamin RM8, 000.

Mereka didakwa melakukan perbuatan (terlibat dalam perhimpunan haram yang digelar BERSIH 2.0) pada jam 3.30 petang 25 Jun di Sungai Dua Plaza Tol, sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan di Seberang Perai Utara.

Hakim Datuk Ikmal Hisham Mohd Tajuddin menetapkan 21 Julai untuk sebutan kes.

Seksyen 48 Akta menyebut sesiapa yang bertindak bagi pihak atau mewakili sebuah pertubuhan haram, dengan membawa bersama mereka 600 salinan potostat risalah, boleh dikenakan hukuman maksimum lima tahun penjara, denda sehingga RM5,000, atau kedua-duanya.

NONESeksyen 43 akta itu pula menyatakan sesiapa yang menjadi ahli,
menghadiri mesyuarat atau membantu pertubuhan haram, jika sabit kesalahah, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM5,000, atau kedua-duanya.

Kumpulan itu juga menghadapi tuduhan bersama mengikut Seksyen 29 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana memiliki dokumen subversif.

Jika sabit kesalahan, hukumannya termasuk denda kurang dari RM10,000, hukuman penjara kurang dari lima tahun atau kedua-duanya.

Ikat jamin bagi setiap pertuduhan ditetapkan pada RM4,000 tiap satu.

Pendakwa akan bukti tertuduh laku pembunuhan

Posted: 04 Jul 2011 08:56 AM PDT

BERNAMA


Pihak pendakwaan akan mengemukakan keterangan bagi membuktikan bekas peguam N.Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya telah melakukan pembunuhan ke atas jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain berdasarkan penemuan DNA milik mangsa pada barang-barang kes.

Bukti itu akan dikemukakan melalui keterangan saksi yang menemui DNA milik seorang daripada mangsa iaitu pegawai bank Noorhisham Mohamad pada kayu kriket dan DNA peguam Ahmad Kamil Abdul Karim dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin pada zink-zink yang digunakan sebagai alas untuk membakar mayat-mayat mangsa.

Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff berkata demikian dalam ucapan pembukaannya pada permulaan perbicaraan kes bunuh itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Akhtar Tahir di Shah Alam hari ini.

Saksi juga akan memberikan keterangan mengenai penemuan sebilah pisau berkarat hulu besi, gelung dawai, serpihan tulang dipercayai tulang manusia, dua buah telefon bimbit jenama Blackberry, seutas jam tangan dan sebatang anak kunci tertulis BMW, katanya.

Selain itu, Ishak berkata dua pekerja ladang, U.Suresh dan T.Sarawanan akan dipanggil memberi keterangan bagi membuktikan bagaimana perancangan oleh Pathmanabhan dan tertuduh keempat, R.Kathavarayan bersama yang lain untuk melakukan pembunuhan ke atas keempat-empat mangsa serta peranan yang dimainkan oleh setiap tertuduh dan bagaimana tertuduh kedua, T.Thilaiyagan membunuh setiap mangsa.

Suresh dan Sarawanan sebelum ini telah dijatuhi hukuman penjara 20 tahun oleh Mahkamah Tinggi di Shah Alam kerana melupuskan mayat Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin.

"Saksi-saksi juga akan mengesahkan bahawa Sosilawati ada urusan jual beli tanah di Pulau Pinang dengan tertuduh pertama (Pathmanabhan), urusan jual beli tanah di Pulau Pinang yang diuruskan oleh tertuduh pertama dan tertuduh pertama yang uruskan pembelian tanah dari Southern Symphony kepada Ample Quality di mana sebanyak RM2.9 juta telah dibayar sebagai 10 peratus harga belian tanah tersebut iaitu RM29 juta," kata Ishak.

Pathmanabhan, 42, Thilaiyagan, 20, R. Matan, 21, dan Khatavarayan, 31, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh Sosilawati, 47, Noorhisham, 38, Ahmad Kamil, 32, dan Kamaruddin, 44, di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Ishak yang mengetuai pihak pendakwaan berkata pihaknya juga akan mengemukakan keterangan saksi-saksi di tempat kejadian yang melihat api marak dari rumah mereka.

Beliau berkata pihak pendakwaan juga akan mengemukakan keterangan saksi-saksi yang mengesahkan jam tangan jenis Bell & Ross dan telefon bimbit Blackberry Bold warna putih milik Ahmad Kamil, jam tangan Seiko milik Kamaruddin serta penerimaan jam tangan 'Longines' daripada Suresh.

Ishak berkata keterangan bekas suami Sosilawati, Buhari Mohamed adalah berkisar mengenai urusan jual beli tanah di Pulau Pinang di mana beliau ada menghubungi Pathmanabhan bertanyakan sama ada Sosilawati ada berjumpa dengannya pada 30 Ogos 2010 dan Pathmanabhan menjawab bahawa Sosilawati ada menghubunginya pada hari tersebut untuk berjumpa tetapi tertuduh pertama itu tidak kelapangan serta meminta Sosilawati berjumpanya pada 2 Sept 2010.

Beliau berkata anak perempuan Sosilawati, Erni Erinawati Sofia Buhari membuat laporan polis mengenai kehilangan ibunya di Balai Polis Dang Wangi pada 31 Ogos 2010 dan pada 2 Sept 2010, Erni sekali lagi membuat laporan polis setelah mengesyaki Sosilawati telah diugut, diculik dan dikurung oleh individu berkaitan.

Ishak berkata pada 3 Sept 2010, isteri Ahmad Kamil bernama Sabrina Adnan membuat laporan polis mengenai kehilangan suaminya di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur, manakala isteri Noorhisham bernama Suzana Radin Pangit membuat laporan polis mengenai kehilangan suaminya di Balai Polis Dang Wangi pada hari yang sama.

"Kakak kepada Kamaruddin, Zaidah Shamsuddin juga telah membuat laporan polis di balai polis Kuantan, Pahang, mengenai kehilangan adiknya pada 6 Sept 2010," katanya.

Seterusnya, Ishak berkata, seorang jurujual akan memberi keterangan untuk mengesahkan bahawa Sosilawati dan seorang lelaki Melayu yang dipanggil Kamal oleh Sosilawati ada datang ke gerainya pada 30 Ogos 2010 untuk membeli kerepek serta kuih raya bernilai lebih RM200 dan mereka dilihat beredar pada pukul 5.20 petang dengan menaiki kereta BMW X5 berwarna hitam.

Mahkamah juga dimaklumkan, pihak pendakwaan akan memanggil kira-kira 76 saksi pada perbicaraan kes ini.

Selain Ishak, pihak pendakwaan turut diwakili dua lagi Timbalan Pendakwa Raya iiatu Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd Ghani.

Pathmanabhan diwakili peguam Manjeet Singh Dhillon dan Pushpa Ratnam, Thilaiyalagan diwakili peguam Gurbachan Singh, Matan diwakili peguam Amer Hamzah Arshad dan Kathavarayan diwakili peguam Ravi Nekoo dan Datuk Ng See Teong.

Sementara itu, seramai empat jurugambar polis memberi keterangan pada perbicaraan hari pertama di mana sebanyak 618 keping gambar yang diambil di beberapa lokasi berbeza termasuk tempat kejadian dan Sungai Panchau di Jalan Morib, Banting, yang dikatakan menjadi tempat melupuskan mayat mangsa dikemukakan di mahkamah sebagai eksibit.

Mereka ialah Detektif Koperal Mokhtar Hussain dari Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Lans Koperal Abdul Aziz Ahmad dan Detektif Sarjan Mhd Rasdi Mhd Safien kedua-duanya bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat dam Detektif Koperal K.Velamal dari Bahagian Bantuan Teknik,
Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Perbicaraan bersambung esok.


Presiden Mahkamah Rayuan bersara awal mulai 6 Ogos

Posted: 04 Jul 2011 08:54 AM PDT

BERNAMA


Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff akan bersara awal mulai 6 Ogos depan, setahun lebih awal dari tarikh persaraan wajib.

Alauddin, yang akan mencapai usia 65 tahun pada 7 Ogos, bagaimanapun akan mula bercuti esok.

Jabatan Kehakiman mengadakan majlis jamuan meraikan persaraan beliau hari ini di Dewan Bankuet di Istana Kehakiman yang dihadiri Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi, Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria, hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan dan staf.

Alauddin dilantik ke jawatan nombor dua dalam kehakiman itu pada 18 Oktober, 2008 mengambil tempat Zaki yang dilantik sebagai Ketua Hakim Negara.

Beliau dilantik pesuruhjaya kehakiman pada 1 Feb 1992 dan dinaikkan pangkat kepada hakim Mahkamah Tinggi enam bulan kemudian.

Beliau menjadi hakim Mahkamah Rayuan pada April 2001 dan Hakim Mahkamah Persekutuan pada 12 Julai 2004. Beliau kemudian dilantik sebagai hakim besar Malaya pada 5 September 2007.

Dilahirkan di Kulim, Kedah, Alauddin mengikuti pengajian undang-undang di Inner Temple, London.

Beliau berkhidmat sebagai majistret dan presiden Mahkamah Sesyen di Bukit Mertajam, Kangar, Sungai Petani, Kuantan dan Taiping antara 1971 dan 1976.

Beliau juga pernah berkhidmat di Jabatan Peguam Negara dari 1977 hingga 1980, selain berkhidmat sebaga penasihat undang-undang negeri di Johor dan Negeri Sembilan dan dipinjamkan ke Petronas Carigali sebagai setiausaha dan penasihat undang-undang.

Pada Jun 1989, beliau dilantik pengerusi lembaga penasihat di Jabatan Perdana Menteri.

Alauddin berkahwin dengan Puan Sri Munirah Hj Abd Rahman dan mereka dikurniakan tiga orang anak.


Enam ditahan di Alor Setar cetak baju T Bersih

Posted: 04 Jul 2011 08:49 AM PDT

BERNAMA


Polis menahan tiga lelaki dua daripadanya warga Bangladesh serta tiga wanita kerana dipercayai mencetak baju T Bersih di sebuah rumah kedai di Taman Nuri, Jalan Datuk Kumbar di Alor Setar petang tadi.

Turut ditemui di situ ialah 150 helai baju T yang bercetak dengan perkataan Bersih.

"Kita rampas semua T-shirt tersebut sebelum ia diedarkan kepada masyarakat. Kita juga turut merampas tiga blok pencetak yang digunakan untuk mencetak T-shirt tersebut," kata Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim kepada pemberita di premis berkenaan.

Beliau berkata rakyat Bangaldesh itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Polis masih mengesan pemilik premis berkenaan.

Ahmad berkata rampasan itu merupakan yang pertama di Kedah yang melibatkan premis mencetak baju T Bersih.

Premis itu merupakan tempat mencetak baju T dan baju korporat.


Ahmad 'cuba keluar bangunan melalui tingkap'

Posted: 04 Jul 2011 08:42 AM PDT

BERNAMA


DSP Sharul Othman Mansor yang bertugas di Makmal Forensik Bukit Aman memberitahu Mahkamah Koroner Kuala Lumpur bahawa beliau berpendapat penolong pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohamed terjatuh dari tingkap di Bilik Pantri di Aras 3, bangunan SPRM itu ketika dia ingin keluar dari pejabat berkenaan melalui tingkap itu.

NONE"Saya percaya si mati (Ahmad Sarbani) cuba melompat ke bumbung
di bangunan SPRM yang berhampiran dengan tingkap tersebut tetapi tidak sampai dan terjatuh di gelanggang badminton di aras satu bangunan itu," katanya ketika disoal timbalan pendakwa raya Hanim Mohd Rashid dalam inkues kematian Ahmad Sarbani.

DSP Sharul Othman berkata apabila seseorang berada di bilik pantri itu, dia boleh nampak bumbung berkenaan dekat dengan tingkap di Aras Tiga, namun apabila dibuat ukuran, jaraknya agak jauh iaitu sembilan kaki 11 inci.

NONEAhmad Sarbani, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan
Klang ditemui mati di gelanggang badminton di Tingkat Satu, pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane pada 6 April lalu.

Dia dilaporkan pergi ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai Kastam.

Koroner Aizatul Akmal Maharani, yang mendengar prosiding itu, dijadual melawat ke tempat kejadian di bangunan SPRM, Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane pada 10 pagi esok.

NGO buat laporan polis dakwa twitter hina Agong

Posted: 04 Jul 2011 08:40 AM PDT

MALAYSIA KINI


Satu laporan polis hari ini dibuat oleh sebuah badan bukan kerajaan, 1Agenda, ke atas dua pemilik akaun laman sosial twitter kerana didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong.

Yang Dipertuanya, Zul Azhar Cha mendakwa 'DAPSugu' dan 'AMK Rembau' telah menghina dan memperlekehkan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong berikutan Titah Khas Seri Paduka yang menyentuh mengenai isu perhimpunan haram.

"Mereka biadab kerana beranggapan buruk terhadap Yang di-Pertuan Agong... ini adalah penghinaan besar kepada rakyat Malaysia kerana Agong merupakan ketua umat Islam dan Ketua Negara.

"Saya menyeru pemilik-pemilik akaun ini diheret ke muka pengadilan, (kerana) perbuatan ini sudah diatur apabila mereka mendapat tentangan hebat daripada majoriti rakyat yang tolak perhimpunan haram itu," katanya kepada Bernama selepas membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak di ibunegara hari ini.

Semalam, Seri Paduka dalam Titah Khas telah mengingatkan bahawa dalam keghairahan rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, mereka juga perlu memastikan tuntutan demokrasi tidak membawa kemusnahan kepada negara.

Seri Paduka turut bertitah rakyat tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan negara luar kerana keharmonian dan kestabilan dalam negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu dipertahankan oleh semua pihak.

Bagaimanapun, Zul Azhar berkata hasrat murni Seri Paduka untuk melihat kesejahteraan rakyat telah dicalarkan oleh tindakan dua pemilik akaun tersebut yang secara terang-terangan mempersoalkan titah Seri Paduka.

Beliau menegaskan perbuatan biadab pihak-pihak ini telah memberi satu petunjuk bagaimana penganjur perhimpunan haram sanggup melakukan apa saja termasuk menghina agama, bangsa dan negara bagi memenuhi hasrat mereka.

Isteri Ahmad Sarbani yakin suami tak bunuh diri

Posted: 04 Jul 2011 08:39 AM PDT

MALAYSIA KINI


Isteri kepada penolong pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohamed hari ini memberitahu Mahkamah Koroner Kuala Lumpur bahawa suaminya tidak mungkin membunuh diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan, pada 6 April lepas.

NONEMasiah @ Maziah Manap, 50, yang merupakan saksi pertama dalam prosiding inkues untuk menyiasat kematian Ahmad Sarbani, berkata
suaminya adalah seorang yang tenang, bersikap rasional, penyabar dan bukan seorang yang suka bertindak melulu.

"Sebagai orang Islam yang menunaikan sembahyang lima waktu, tidak mungkin suami akan berbuat demikian," katanya.

Ibu kepada lima anak itu berkata pada hari kejadian suaminya ada memaklumkan kepada anak perempuan mereka bahawa dia akan pulang ke rumah tengah hari itu.

"Suami tidak cakap apa-apa pada saya tetapi arwah memaklumkan perkara itu kepada Shahirah (anak) sebelum beliau pergi ke pejabat SPRM dan ini yang meyakinkan saya bahawa dia nak balik," katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohamad Abbas.

Masiah, yang mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Sarbani hampir 28 tahun, berkata pada 1 April lepas, dia menerima panggilan daripada anaknya, Shahira yang memaklumkan arwah ingin bercakap dengannya tetapi panggilan berkenaan terputus.

"Apabila saya pulang ke rumah pada 9 malam, anak saya memberitahu abah (panggilan untuk Ahmad Sarbani) tidur di SPRM dan saya kemudian cuba menghubungi beliau tetapi gagal.

NONE"Pada keesokannya (2 April), saya cuba menghubunginya sekali lagi
namun tiada jawapan dan lebih kurang 10 pagi saya ada menghantar SMS kepadanya menyatakan: Kalau kita di pihak yang benar, Allah akan bantu... kalau boleh, balik la, hari Ahad ni (3 April) kita ada kursus haji," katanya.

Masiah, yang bekerja sebagai penyelia di Petronas, berkata arwah suaminya pernah memberitahu bahawa dia telah dianiayai oleh ejen.

"Saya pernah bertanya kepadanya, apa masalah yang berlaku sekarang ini hinggakan SPRM menahannya dan dia (Ahmad Sarbani) berkata ejen menganiayainya berkenaan baucar bernilai RM100.

"Menurut suami saya, ejen itu mengaku bahawa RM70 daripada RM100 baucer itu dia ambil manakala RM30 diberikan kepada suami saya... namun suami memaklumkan kepada saya dia tidak ambil RM30 dan tidak tandatangani baucer tersebut," katanya.

Selain itu, Masiah berkata pegawai SPRM menghubunginya dan memberitahu bahawa suaminya rebah dan telah meninggal dunia tanpa dimaklumkan bahawa Ahmad Sarbani sebenarnya telah jatuh dari tingkat tiga bangunan itu.

"Apabila saya pergi ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) bersama empat anak perempuan untuk membuat pengecaman mayat suami, saya nampak muka arwah seperti dihempuk ke dinding dan mukanya penuh dengan ketulan darah beku.

NONE"Mereka (pegawai SPRM) memberitahu saya bahawa dia (Ahmad Sarbani) rebah, tetapi saya tengok mukanya kelihatan mencurigakan," katanya.

Ahmad Sarbani, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di Tingkat Satu, pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane pada 6 April lalu.

Dia dilaporkan pergi ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai Kastam.

Koroner Aizatul Akmal Maharani, yang mendengar prosiding itu, dijadual melawat ke tempat kejadian di bangunan SPRM, Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane pada 10 pagi esok.

Pemuda Umno tak teruskan perhimpunan PATRIOT

Posted: 04 Jul 2011 08:35 AM PDT

Salhan K Ahmad

Pemuda Umno tidak akan meneruskan rancangan untuk mengadakan perhimpunannya pada 9 Julai ini tetapi memberi amaran kepada BERSIH supaya tidak meneruskan perhimpunan pada hari berkenaan.

"Jika tidak, PATRIOT tidak akan teragak-agak untuk turut hadir ke perhimpunan berkenaan bagi mempertahankan masyarakat daripada dikhianati (pengerusi BERSIH, Datuk) Ambiga (Sreenevasan)," kata pengerusi perhimpunan PATRIOT, Datuk Reezal Merican Naina Merica.

NONE"Kita akan berdiri di hadapan kalau ada orang nak ganggu," katanya lagi dalam satu sidang media di ibu pejabat pergerakan Pemuda Umno di ibu negara petang ini.

Namun, buat masa ini perhimpunan PATRIOT turut dijadualkan diadakan pada 9 Julai.

Keputusan itu dibuat ekoran titah Yang di-Pertuan Agong semalam berhubung perhimpunan berkenaan, katanya.

"Kita faham hasrat Tuanku tidak mahu berlaku huru-hara... Walaupun Tuanku tak kata stand down, kita faham (bermaksud begitu)," katanya lagi ketika ditanya.

Jelasnya, beliau berpendapat demikian memandangkan Yang di-Pertuan Agong mengeluarkan titah khas berhubung isu berkenaan.

Malas layan gelar bacul

Turut bercakap dalam sidang media itu ialah ketua pengarah PATRIOT, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Pemuda Umno dan Kelab Putra 1Malaysia hari ini memutuskan untuk membatalkan Himpunan PATRIOT, iaitu perhimpunan untuk membantah perhimpunan 9 Julai anjuran pihak yang berkepentingan, bagi menghormati titah Yang di-Pertuan Agong.

Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim berkata keputusan itu dicapai sebulat suara berdasarkan sokongan dan maklum balas anggota pergerakan demi menjaga keselamatan serta keharmonian negara.

NONE"Saya memandang serius nasihat titah yang disebut Tuanku semalam dan bersedia untuk berbincang dengan rakan-rakan PATRIOT agar tidak meneruskan hasrat atas junjung kasih dan nasihat Tuanku demi memelihara kedaulatan undang-undang dan perlembangan yang menjadi benteng utama," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di Kuala Lumpur, hari ini.

Semalam, Istana Negara mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong mengenai perhimpunan haram anjuran pihak berkepentingan itu pada 9 Julai ini.

Ketika ditanya pemberita sama ada keputusan itu akan menyebabkan PATRIOT digelar oleh parti pembangkang sebagai pengecut, Razali berkata:

"Ini semua mainan politik. Sebelum ini, mereka (pembangkang) gelarkan kita bacul, pengecut dan macam-macam lagi, jadi perkara ini saya malas nak layan dan saya tidak akan berkompromi sebab ini soal negara. Kalau berani, kita guna cara yang betul.

"Bagi kami (Pemuda Umno) tidak akan menggadaikan kedaulatan negara dan perlembagaan negara, malah memorandum yang akan dihantar kepada Tuanku juga tidak akan diteruskan," katanya.

Penjaja risau

Bagaimanapun, Razali berkata PATRIOT akan didaftarkan sebagai badan yang berdaftar untuk mewakili golongan belia sebagai pelapis negara dalam menghadapi ancaman luar.

Razali, yang juga timbalan menteri belia dan sukan berkata golongan peniaga dan penjaja di sekitar ibu kota akan mengalami kerugian transaksi perniagaan hampir RM200 juta pada hari berkenaan berdasarkan sejarah perhimpunan haram pada 2007.

NONETerdahulu, beliau menerima kunjungan Persatuan Penjaja dan Pekedai Bumiputera, Wilayah Persekutuan di Parlimen.

Dalam sidang media yang sama, Yang Dipertua persatuan itu, Mithlan Samijoo berkata peniaga di sekitar Jalan Masjid India akan mengalami kerugian yang teruk memandangkan sambutan menggalakkan pada hujung minggu dan persiapan menyambut bulan Ramadan pada bulan depan.

"Kami sudah menyediakan stok untuk sambutan Ramadan dan Aidilfitri misalnya barangan pakaian hanya boleh kami simpan tiga bulan sahaja. Sekiranya tidak dijual, kami terpaksa beli rekaan yang baru untuk dijual," katanya.

Mithlan berharap pihak yang terbabit tidak meneruskan rancangan untuk mengadakan perhimpunan itu yang hanya memberi kesan buruk kepada perniagaan mereka.

PAS hantar wakil sertai BERSIH jumpa Agong

Posted: 04 Jul 2011 08:31 AM PDT

Salhan K Ahmad


PAS akan menghantar wakil dalam jawatankuasa pemandu BERSIH bagi mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi menjelaskan tuntutannya untuk pilihan raya bersih dan adil.

Namun rancangannya untuk berhimpun pada 9 Julai akan diteruskan, kata timbalan presiden Mohamad Sabu (bawah, berbaju putih).

NONE"(Batalkan perhimpunan) itu tidak berbangkit sebab BERSIH tidak batalkan," katanya lagi dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur hari ini.

Tambahnya, PAS bagaimanapun akan tetap menyokong keputusan yang akan diambil oleh BERSIH berhubung perhimpunan berkenaan, katanya lagi ketika ditanya.

Katanya lagi, PAS akan mempersembahkan antara lainnya isu berhubung tindakan melampau yang dilakukan polis dalam usaha pasukan berkenaan untuk menghalang perhimpunan BERSIH.

Mohamad turut membacakan kenyataan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata, pertemuan dengan Seri Paduka juga bagi "menjelaskan kekeliruan yang timbul hasil dari liputan buruk yang dimainkan terhadap bantahan aman ini."

"Kesan dari salah faham ini telah menimbulkan provokasi pihak tertentu yang memberi gambaran seolah-olah keadaan sudah tidak terkawal sehingga undang-undang negara juga sudah tidak dihormati lagi oleh pihak berkuasa," katanya.

Pengiktirafan pada BERSIH

Tambahnya, kerajaan perlu menyelidik sebab bantahan berkenaan dengan "terbuka dan penuh keikhlasan", selari dengan titah baginda supaya kerajaan "melaksana amanah dengan adil dan bijaksana."

NONEDalam kenyataan berkenaan, Abdul Hadi turut menjelaskan bahawa bantahan berkenaan dicetuskan ke atas kelemahan dalam pilihan raya "dengan berlakunya penipuan, rasuah dan salah guna kuasa dan media secara tidak demokratik."

Dalam pada itu, naib presidennya Datuk Mahfuz Omar berkata polis perlu menghentikan penangkapan terhadap individu kerana Yang Di-Pertuan Agong menyarankan supaya rundingan diadakan.

"BERSIH sedia berunding tetapi polis yang menutup pintu rundingan," katanya lagi dalam sidang media sama.

Tambahnya, Titah Yang di-Pertuan Agong itu juga merupakan satu pengiktirafan terhadap BERSIH kerana baginda "tidak kata apa-apa yang negatif terhadap BERSIH".

"Malah (baginda menyeru) kerajaan supaya bertindak secara adil. Ini satu pengiktirafan kepada BERSIH," katanya lagi.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah seorang lagi naib presiden, Salahuddin Ayub serta Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali.

Perhimpunan: Jika BERSIH buat, PERKASA teruskan

Posted: 04 Jul 2011 08:27 AM PDT

Jimadie Shah Othman & Norain Saleh

Datuk Ibrahim Ali berpendapat kumpulan pendesak Melayu PERKASA perlu meneruskan perhimpunan mereka pada 9 Julai sekiranya BERSIH 2.0 meneruskan demonstrasinya.

NONEBagaimanapun perkara itu akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasanya pada 6 Julai ini.

"Ini cuma pandangan peribadi saya sebagai presiden PERKASA," katanya.

Ibrahim (kanan) juga menyifatkan cadangan itu sebagai mengikut rentak BERSIH.

"Kita ikut (tindakan) BERSIH saja. Kalau BERSIH A, kita A. Kalau BERSIH B, kita B," katanya yang juga anggota parlimen Pasir Mas.

Bagaimanapun, katanya, pendiriannya itu tidak bermakna tidak akur pada titah Yang di-Pertuan Agong.

'Ambiga biadap'

Ini kerana, katanya, PERKASA mahu memastikan keselamatan negara terjamin dan imej negara tidak terjejas dengan perhimpunan itu.

Perkara lain, seperti tempat perhimpunan atau permit polis diserahkan kepada 40 jawatankuasa PERKASA untuk memutuskannya.

NONEDitanya tentang kenyataan Pengerusi BERSIH S Ambiga (kiri) yang mahu mengadap Yang di-Pertuan Agong, Ibrahim berkata tindakan itu tidak mengikut budaya Melayu.

"Esok kalau ada pihak lain hendak buat tunjuk perasaan, suruh batal, hendak jumpa (Yang di-Pertuan) Agong juga.

"Ini perhimpunan haram, saya rasa ini merendahkan martabat Yang di-Pertuan Agong," kata Ibrahim sambil menyifatkannya sebagai "biadap".

Oleh yang demikian, tambahnya, PERKASA tidak akan memohon mengadap Agong, kecuali dititahkan.

Memorandum mahasiswa

Sementara itu dalam sidang media yang sama, sekumpulan pelajar yang mengelarkan diri mereka sebagai "Mahasiswa Aman" turut menyerahkan memorandum membantah perhimpunan pada 9 Julai ini kepada Ibrahim.

NONEJurucakap kumpulan itu, Akmal Saufi Mohd Khalid (kanan, bertali leher) berkata perhimpunan kali berbeza dengan 2007 apabila tiga pihak dijangka bertembung.

"Bukanlah kami (menyebelahi) pada satu-satu pihak, kami adalah mahasiswa yang neutral yang mementingkan dan merisaukan keselamatan rakyat Malaysia," katanya.

Selepas menerima memorandum itu, Ibrahim sempat berseloroh dengan bertanya sama ada Akmal akan turut berdemo.

"Tidak," jawabnya ringkas sambil membuat isyarat tangan menolaknya.

SMM: Hormati titah Yang di-Pertuan Agong, hentikan provokasi polis dan media

Posted: 04 Jul 2011 08:24 AM PDT

MERDEKA REVIEW


Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengecam kenyataan Kementerian Dalam Negeri yang dikeluarkan menerusi Abdul Rahman Othman yang menyatakan bahawa BERSIH 2.0 adalah perhimpunan haram yang bertujuan ingin menjatuhkan kerajaan Malaysia. Kenyataan ini jelas berbaur fitnah dan cuba mengelirukan rakyat tentang objektif sebenar BERSIH 2.0.

Ugutan Menteri Dalam Negeri yang ingin menggunakan ISA bagi menghalang BERSIH 2.0 juga dilihat melampaui batas-batas negara demokrasi apabila perhimpunan rakyat secara aman dilabel sebagai gerakan subversif yang ingin menggulingkan kerajaan. Mahasiswa meyakini kenyataan ini dikeluarkan oleh menteri berkenaan bagi menakutkan rakyat agar tidak turut serta dalam himpunan aman tersebut. Namun mahasiswa juga cukup yakin bahawa rakyat sudah maklum mengenai objektif BERSIH 2.0 yang hanya mahukan penambahbaikan dalam sistem pilihanraya dan tidak sedikitpun membawa motif politik.

Mahasiswa percaya sekiranya pihak kerajaan sanggup menunaikan harapan rakyat ini, himpunan 9 Julai tidak akan berlaku. Yang Di-Pertuan Agong sendiri dalam titahnya tidak melabelkan himpunan BERSIH 2.0 sebagai perhimpuanan haram tetapi hanya mencadangkan agar semua pihak mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Pihak kerajaan juga perlu memandang serius terhadap titah Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin yang meminta pihak kerajaan menyelesaikan kemelut yang berlaku dengan sebaik mungkin. Titah Tuanku Mizan Zainal Abidin dilihat oleh mahasiswa sebagai titah yang penuh harapan agar tuntutan rakyat didahulukan oleh pihak kerajaan tanpa mengira sempadan politik. Dengan perkembangan terbaru ini, Menteri KDN seharusnya memohon maaf kepada pihak BERSIH 2.0 kerana telah mengeluarkan kenyataan melulu dan berbaur fitnah.

Mahasiswa juga mengecam tindakan keras pihak Polis yang menahan aktivis BERSIH 2.0 biarpun pihak BERSIH 2.0 telah berulang kali memberi jaminan bahawa perhimpunan 9 Julai ini akan berlangsung dalam keadaan aman. Jaminan ini bagi mahasiswa adalah cukup rasional apabila himpunan BERSIH yang pertama telah terbukti berlansung dalam keadaan aman dan hanya menjadi kecoh apabila pihak Polis memulakan provokasi dengan tembakan gas dan semburan air pemedih mata. Bagi mahasiswa, pihak Polis sepatutnya memberi peluang untuk rakyat berhimpun secara aman dan hanya perlu bertindak sekiranya peserta himpunan melanggar syarat yang ditetapkan.

Mahasiswa juga ingin mempersoal tindakan pihak Polis yang menahan mana-mana pihak yang menjual baju BERSIH 2.0 kerana tindakan tersebut dilihat lebih bermotif politik. BERSIH 2.0 tidak langsung menggambarkan mesej negatif bahkan sudah difahami umum bahawa BERSIH 2.0 adalah gabungan gerakan rakyat yang menuntut pembaikpulihan sistem Pilihanraya di Malaysia. Tindakan pihak Polis ini jelas memperlihatkan bahawa pihak Polis menjadi alat dalam melindungi pihak tertentu yang sebenarnya terlalu alergi dengan perkataan BERSIH 2.0. Oleh itu, Mahasiswa menuntut agar pihak Polis menghentikan sebarang penahanan atas nama BERSIH 2.0 kerana tindakan tersebut lebih mengeruhkan keadaan.

Kerajaan pimpinan Najib Razak seharusnya mengambil iktibar daripada kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Tindakan Abdullah yang telah mengisytiharkan perang terhadap himpunan BERSIH 2007 dalam Perhimpunan Agung UMNO telah menyebabkan imej kepimpinan beliau yang dikenali sebagai Mr.Clean telah tercalar. Akhirnya rakyat telah menolak kepimpinan beliau yang diterjemahkan melalui Pilihanraya Umum ke 12.

Mahasiswa berpendirian untuk menyokong sepenuhnya lapan tuntutan BERSIH 2.0 yang antara lain meletakkan matlamat untuk menuntut pihak Kerajan melakukan transformasi sistem Pilihanraya melalui Suruhanjaya Pilihanraya. Keengganan kerajaan melaksanakan tuntutan rakyat ini menyebabkan rakyat terpaksa memilih jalanraya untuk menyuarakan tuntutan agar pihak Kerajaan memberi perhatian yang lebih serius terhadap lapan tuntutan ini.

Selain itu, mahasiswa juga berpendirian untuk terus menyokong usaha rakyat dalam menuntut penambahbaikan sistem Pilihanraya yang selama ini disifatkan sebagai berat sebelah. Oleh itu, sekiranya BERSIH 2.0 meneruskan perhimpunan rakyat pada 9 Julai ini, mahasiswa telah sepakat untuk menyumbang 1000 botol air mineral, 1000 bungkus garam, dan 1000 helai tuala tangan. Sumbangan ini akan disalurkan terus kepada rakyat sekiranya perhimpunan BERSIH 2.0 berjaya dijalankan. Sumbangan ini sebagai tanda bahawa mahasiswa sentiasa mendokong perjuangan rakyat yang mahukan suasana demokrasi yang lebih baik melalui Pilihanraya yang bersih dan adil. Mahasiswa juga tegaskan bahawa kebersamaan mahasiswa dalam himpunan aman 9 Julai ini bukan atas dasar sokongan kepada Ambiga ataupun mana-mana pihak lain yang terlibat. Bagi mahasiswa, sekiranya rakyat tidak tampil dan bersuara, himpunan BERSIH 2.0 pasti tidak akan berjaya. Oleh itu, solidariti mahasiswa bersama BERSIH 2.0 adalah atas dasar menyokong penuh lapan tuntutan rakyat sekaligus ingin bersama rakyat dalam himpunan aman 9 Julai ini.

*Kenyataan media oleh Ahmad Syukri bin Che Ab Razab (gambar kiri) selaku Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

Sokongan :
1. Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS)
2. Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)
3. Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN)
4. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)
5. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)
6. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
7. Malaysia Youth and Democratic Students Movement (DEMA)
8. Pro Mahasiswa Nasional (Pro-MN)
9. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)
10. Aksi mahasiswa Peduli (AKSI)
11. Sister In Movement (SIM)
12. Legasi Mahasiswa Progresif (LMP)

Kain rentang "Bersama Berhimpun untuk pilihanraya bersih dan adil" hilang

Posted: 04 Jul 2011 08:23 AM PDT

Chan Kim Ming

Kain rentang "Bersama Berhimpun untuk pilihanraya bersih dan adil", yang digantung di bangunan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KL-SCAH) sebelum ini, telah hilang dari tempat asalnya, petang tadi. Polis dan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ditemui berada di perkarangan KL-SCAH pada ketika itu, namun tiada orang melihat dengan mata sendiri siapakah yang menurunkan kain rentang tersebut.

Setiausaha Agung KL-SCAH, Stanley Yong (gambar kanan) ketika dihubungi MerdekaReview berkata, staf KL-SCAH mendapati kain rentang tersebut telah hilang pada jam 3 petang, tadi. Bagaimanapun, tiada pegawai kerajaan mahupun mana-mana pihak yang menyatakan hasrat kepada KL-SCAH agar kain rentang itu diturunkan.

Stanley Yong berkata, menurut staf KL-SCAH, dua orang pegawai polis yang berpakaian uniform dan beberapa orang pegawai DBKL berada di kawasan letak kereta bangunan tersebut pada kira-kira jam 2 petang.

Bagaimanapun, KL-SCAH tidak tahu apakah tujuan mereka, malah tidak diberi notis, atau diaturkan pertemuan sebelum ini. Justeru itu, mereka tidak memerhatikan secara rapi tindak tanduk mereka di situ.

Tanpa diduga, stafnya mendapati kain rentang tersebut telah diturunkan pada kira-kira jam 3 petang, namun tidak sempat melihat siapakah dan bagaimanakah kain rentang itu diturunkan. Oleh yang demikian, Stanley Yong menganggap adalah tidak elok untuk menuding jari kepada sesiapa, memandangkan tiada orang yang melihat sendiri proses tersebut.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, mesej KL-SCAH adalah jelas, iaitu menggesa agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memandang serius tuntutan rakyat, meneliti reformasi sistem pilihan raya dan mengakui kesilapan yang berlaku. "Lapan tuntutan BERSIH 2.0 adalah wajar, SPR harus menelitinya," kata Stanley Yong.

Meskipun kain rentang tersebut telah diturunkan, namun ia tidak bermakna KL-SCAH telah melupakan tuntutan reformasi sistem pilihan raya. Pada hakikatnya, "kerajaan harus memandang serius tuntutan ini, membina ruang demokrasi." katanya.

Ketika ditanya apakah tindakan susulan yang konkrit daripada KL-SCAH untuk menyokong tuntutan BERSIH 2,0, Stanley Yong berkata, mereka masih belum terfikir apa yang akan dilakukan seterusnya, sebaliknya menganggap, "Apa yang harus dikatakan telah dikatakan; apa yang harus dilakukan, telah dilakukan. Kini, bola berada di bawah kaki kerajaan. Kerajaan seharusnya memberi respon yang positif terhadap lapan tuntutan BERSIH 2.0," katanya.

*Chan Kim Ming ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disunting dan diterjemah dari teks asal

Najib: Abdullah kedua atau Mahathir kedua?

Posted: 04 Jul 2011 08:20 AM PDT

Lim Hong Siang

Perkembangan terkini senario politik tanahair jika ditafsir dengan istilah positif, akan berbunyi "ketegangan diredakan"; dan mungkin untuk mereka yang sudah bertekad untuk turun ke perhimpunan BERSIH 2.0 pada hujung minggu ini, akan mengeluh "anti-klimaks".

Antara perkembangan yang penting adalah titah khas Yang di-Pertuan Agong yang dikeluarkan Istana Negara semalam, diikuti dengan cadangan yang diulangi Perdana Menteri Najib Razak pada pagi ini, yang menawarkan stadium sebagai pengganti jalan raya untuk perhimpunan. Terkini, Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga Sreenevasan memohon untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong, dan bersedia membatalkan perhimpunan pada 9 Julai, seandainya dinasihat untuk berbuat demikian.

Apa yang tersirat di sebalik Titah Khas

Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, sesungguhnya akan ditafsir dengan pelbagai perspektif, dari perhitungan kepentingan masing-masing. Namun demikian, seandainya teks penuh Titah Khas (dilampirkan di bawah) diteliti, akan didapati bahawa YDPA tidak menggunakan istilah HARAM, sama ada ketika menggelar BERSIH, mahupun perhimpunan tersebut. Sebaliknya, YDPA menggunakan istilah "Kumpulan Bersih", dan "perarakan dan perhimpunan beramai-ramai". Lebih penting, dalam perenggan ketiga terakhir, baginda bertitah, "Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik."

Ini penting dalam konteks di mana Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein telah mengisytiharkan BERSIH sebagai pertubuhan haram mulai 1 Julai 2011, malah polis sejak awal lagi telah mengumumkan bahawa perhimpunan BERSIH pada 9 Julai 2011 adalah perhimpunan haram.

Lebih-lebih lagi, YDPA langsung tidak menyentuh tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadap BERSIH sepanjang dua minggu ini, termasuk resapan komunisme dalam gerakan itu, niat untuk memerangi YDPA, wujud anasir asing, muslihat pembangkang untuk menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan sebagainya.

Sebaliknya, ketika menyeru kepada pihak BERSIH, YDPA bertitah, "...keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara."

Sementara itu, Baginda menyeru kepada "pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun."

Istilah "adil" digunakan, yang mana jika diteliti dalam konteks tuntutan "pilihan raya yang bersih dan adil", amat memberi makna.

Dilema Najib

Apakah perkembangan ini melembutkan sikap Najib Razak, yang masih berkeras dengan kenyataan "Ambiga jangan fikir kuat" pada 2 Julai, kepada cadangan "Kita sanggup sediakan stadium untuk mereka berkumpul", pagi tadi?

Untuk Najib Razak (gambar kiri), perhimpunan BERSIH 2.0 wajib dipatahkan untuk mengelakkan "tsunami politik" pada 8 Mac 2008 berulang. Perhimpunan BERSIH pada 10 November 2007 dikatakan sebagai punca utama yang menyebabkan kekalahan UMNO-BN dalam PRU-12 - hilang majoriti dua pertiga dalam parlimen, di samping empat kerajaan negeri bertukar tangan, dan Kelantan kekal dalam genggaman PAS.

Namun demikian, tindakan terlalu keras yang digunakan untuk menekan gerakan BERSIH mencungkil lebih ketidakpuasan, daripada ketakutan. Ia semestinya mencalar imej kerajaan Najib Razak, apabila orang awam ditangkap sewenang-wenangnya hanya kerana berpakaian "kuning". Kezaliman itu seolah-olah sampai ke tahap "langsung tidak masuk akal".

Dan Najib tersepit di antara dilema ini. Seandainya perhimpunan BERSIH 2.0 gagal disekat, beliau akan dilihat sebagai "Abdullah Ahmad Badawi kedua" dalam UMNO, yang akhirnya berundur. Sekiranya kerajaan BN memberi reaksi yang dilihat mencapai tahap "kegilaan" di persimpangan "transformasi" ini, beliau akan dilihat sebagai "Mahathir Mohamad kedua", yang terkenal dengan simbol "zalim" dan "kuku besi".

Langkah seterus BERSIH...

Untuk BERSIH 2.0 pula, pimpinannya terpaksa membuat keputusan di bawah tekanan-tekanan tertentu. Kesediaan untuk mengadap YDPA mungkin sebagai langkah BERSIH untuk menyanggah tuduhan "memerangi YDPA". Seandainya YDPA bersetuju untuk membuka pintu istana, maka UMNO-BN, bersama polis yang menurut perintahnya, bakal menerima tamparan kerana dengan angkuh menutup pintu rundingan bersama BERSIH sebelum ini. Bagaimanapun, seandainya BERSIH dinasihatkan untuk membatalkan perhimpunan ini, dan pimpinannya akur, maka mereka mungkin berdepan dengan suara berbeza yang bakal timbul dalam gerakan ini.

Senario kedua adalah seandainya YDPA menyerah kepada kerajaan Najib untuk menyelesaikan isu ini, maka Najib yang telah menutup pintu rundingan sebelum ini, terpaksa menjilat ludah sendiri. Dan jika ini berlaku, ia mungkin ditafsirkan sebagai YDPA tidak berpuas hati dengan cara kerajaan Najib menangani isu tersebut sebelum ini.

Senario ketiga, seandainya Najib enggan membuka pintu rundingan - bukankah BERSIH mempunyai alasan yang kukuh untuk meneruskan perhimpunannya pada 9 Julai 2011?

Teks penuh Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin (pada malam 3 Julai 2011)

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran". Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.

*Lim Hong Siang ialah Editor Merdekareview, edisi bahasa Malaysia.

Arahan Haram Bersih Harus Ditarik Balik-Kit Siang

Posted: 04 Jul 2011 08:17 AM PDT

Ditulis oleh Salmiah Drahsin



KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu membatalkan keputusan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan menarik balik pengharaman Bersih, kata pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Kit Siang berkata, ketiga-tiga alasan yang diberikan bagi pengharaman tersebut di bawah Akta Pertubuhan hanya akan mendedahkan kerajaan dan negara kepada cemuhan masyarakat antarabangsa.

Katanya, Bersih tidak bersalah atas alasan yang pertama, iaitu "bergerak aktif dan mencetuskan suasana gelisah dan kebimbangan masyarakat pelbagai kaum negara ini".

"Mereka yang bersalah adalah Perkasa dan Pemuda Umno, malah Perkasa mengancam (akan berlaku) satu lagi 13 Mei, dengan amaran kepada orang Cina supaya tinggal di rumah dan menyimpan makanan, dan Pemuda Umno (berkumpul) di hadapan ibu pejabat PKR, mengancam keganasan dan huru-hara,"kata beliau.

Kit Siang turut mempersoalkan tindakan Hishamuddin yang bertindak ke atas Bersih walaupun pihak yang bersalah sebenarnya ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pemuda Umno.

Beliau juga menyifatkan bahawa pengharaman Bersih kerana "menyebarkan propaganda menghasut rakyat bagi tujuan menjatuhkan Kerajaan dengan mengedarkan risalah-risalah tertentu", adalah tidak berasas sama sekali.

Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih 2.0) telah diisytiharkan sebagai pertubuhan haram berkuatkuasa Jumaat lalu menurut Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman berkata, perisytiharaan itu dibuat oleh Hishammuddin mengikut seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966.

Bersih : Marina Mahathir Bidas Tangkapan Polis

Posted: 04 Jul 2011 08:12 AM PDT

TVS NEWS



PETALING JAYA : Datin Paduka Marina Mahathir hari ini membidas penangkapan hampir 200 penyokong perhimpunan Bersih 2.0 sebagai tindakan pihak yang takut tanpa bersebab.

"Hanya mereka yang takut akan menangkap orang yang memakai kemeja T," beliau memberitahu sidang akhbar bersama wakil pertubuhan bukan kerajaan yang menganjurkan Bersih.

Sejak minggu lalu, polis menangkap sesiapa sahaja yang memakai kemeja T dengan logo Bersih atas alasan ia memudaratkan keselamatan negara. Tangkapan berlaku di Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Kedah, dan Pulau Pinang.

Enam daripada mereka termasuk Ahli Parlimen Sungei Siput Dr D. Jeyakumar ditahan di bawah Ordinan Darurat yang menetapkan penahanan tanpa perbicaraan.

Marina, anak sulung mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad kesal dengan tindakan polis melancarkan penangkapan beramai-ramai itu.

"Saya ingin bertanya kepada orang ramai, jika terserempak dengan sesiapa memakai kemeja -T yang tertera dengan perkataan Bersih, adakah mereka akan terdorong untuk keluar dan menimbulkan kacau bilau," kata Marina.

"Kita pernah melihat perkataan yang jauh lebih teruk dicetak pada baju-baju di seluruh negara tetapi ia tidak pula mempengaruhi kita untuk menghisap ganja," tambah beliau.

Marina ditanya mengenai rekod Tun Mahathir yang menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menangkap puluhan orang dalam Operasi Lalang tahun 80an.

Marina mengaku ayahnya menggunakan ISA tetapi menegaskan Mahathir tidak menggunakan undang-undang zalim itu untuk menangkap orang semata-mata kerana memakai baju tertentu.

Bersih Mahu Mengadap Agong, Sedia Batal Himpunan Aman

Posted: 04 Jul 2011 08:08 AM PDT

Ditulis oleh Salmiah Drahsin



KUALA LUMPUR : Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreeneevasan berhasrat mengadap Yang di-Pertuan Agong sebelum Sabtu ini dan bersedia membatalkan perhimpunan pada 9 Julai ini jika diminta berbuat demikian oleh Seri Paduka Baginda.

"Bersih 2.0 akan mengikut nasihat Yang di-Pertuan Agong yang mahukan semua pihak mengadakan dialog bagi mencari konsensus bersabit pembaharuan proses pilihan raya dan penyuburan demokrasi di Malaysia," kata Ambiga.
Berikut kenyataan penuh Ambiga :

BERSIH 2.0 mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong atas sokongan baginda terhadap aspirasi rakyat jelata untuk reformasi sistem pilihan raya.

BERSIH 2.0 akan patuh kepada titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk berdialog ke arah mewujudkan satu konsensus nasional bagi reformasi sistem pilihan raya dan proses pembangunan demokrasi di Malaysia.

BERSIH 2.0 memohon mengadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk mempersembahkan isu-isu yang diambil berat oleh rakyat jelata serta aspirasi bagi reformasi pilihanraya dan proses pembangunan demokrasi untuk dilaksanakan dengan segera selaras dengan kehendak Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk rekonsiliasi nasional.

Menurut Ambiga, satu surat rasmi akan dihantar ke Istana Negara hari ini bagi menjelaskan hasrat Bersih mengadakan pertemuan dengan Tuanku Mizan.

Ditanya pemberita sama ada beliau bersedia membatalkan perhimpunan aman pada Sabtu ini jika diarah berbuat demikian oleh Tuanku, Ambiga berkata, pihaknya akan akur dengan kehendak Seri Paduka Baginda.

Dalam kenyataannya semalam Tuanku Mizan menyeru semua pihak untuk mengutamakan kesejahteraan negara susulan ketegangan yang tercetus akibat penangkapan hampir 200 orang termasuk enam ahli pembangkang di bawah Ordinan Darurat.

Baginda juga menggesa supaya kerajaan yang memerintah melaksanakan tanggungjawabnya secara adil dan saksama dan tidak mahu mana-mana segmen masyarakat bermusuhan dengan kerajaan.

"Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun," titah Tuanku.

Beberapa kumpulan sebelum ini mengugut untuk menggunakan kekerasan jika 62 pertubuhan bukan kerajaan meneruskan hasrat menganjurkan perhimpunan aman Bersih untuk mendesak pilihanraya yang bersih dan adil pada 9 Julai.

Polis pula bertindak menangkap hampir 200 orang, kebanyakkan mereka kerana memakai baju dengan logo perhimpunan aman itu. Enam daripada mereka ditahan di bawah Ordinan Darurat yang menetapkan penahanan tanpa perbicaraan.

Satu Iktibar Kepemimpinan Tulen Untuk Najib

Posted: 04 Jul 2011 08:05 AM PDT

Ditulis oleh Wira Arjuna



KOMENTAR : Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai Bersih 2.0 memperlihatkan ketokohan dan kepemimpinan yang didahagakan oleh rakyat sekian lama.

Kematangan Seri Paduka Baginda dalam menyampaikan pendirian berhubung perhimpunan aman itu sekaligus mendinginkan hati rakyat dan menyejukkan keadaan yang semakin panas akibat kenyataan- kenyataan Perdana Menteri dan tangkapan-tangkapan polis terhadap penyokong Bersih 2.0.

Dalam kenyataan yang ringkas tetapi padat, Tuanku Mizan menintahkan supaya adalah lebih elok perhimpunan Bersih 2.0 dibatalkan kerana ia membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan, walaupun niatnya baik.

Pada masa sama, Seri Paduka Baginda mengingati Najib dan kerajaan pimpinan beliau terhadap keperluan menggalas amanah yang diberikan oleh rakyat secara adil dan bertanggungjawab.

Titah baginda: "Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasanpun.

"Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah
Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".

"Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik"

Walaupun media arus perdana menganggap titah Tuanku sebagai tamparan kepada penganjur Perhimpunan Bersih, mereka tersasar dalam menghayati semangat ucapan Seri Paduka Baginda.

Apa yang dinyatakan oleh Baginda amat jelas : biarlah segala permasalahan diselesaikan menerusi dialog dan rundingan yang telus dan adil supaya ia tidak mencetuskan sesuatu keadaan yang tidak diingini.

Sayugia diingati Bersih telah berunding dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk lebih setahun sebelum memutuskan untuk menganjur perhimpunan aman pada Sabtu ini.

Namun SPR tidak melayan rungutan-rungutan 62 Pertubuhan Bukan Kerajaan yang bergabung di bawah naungan Bersih.

Justeru, masalah seperti puluhan pengundi berlainan kaum berdaftar menggunakan alamat sama, pengundi biasa ditukar menjadi pengundi pos tanpa pengetahuan mereka hanya secebis daripada kepincangan yang dikesan dalam daftar SPR.

Apabila rundingan antara SPR dan Bersih gagal, sepatutnya Perdana Menteri sendiri harus mengambil iktibar untuk memberikan perhatian kepada rungutan-rungutan yang dibawa oleh Bersih.

Namun ini tidak dilakukan. Perdana Menteri sebaliknya menfitnah Ambiga sebagai musuh Islam semata-mata kerana menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang peguam dalam kes murtad Lina Joy.

Perkasa dan Pemuda Umno digerakkan untuk menganjur perarakan bagi menandingi perhimpunan Bersih hanya untuk mencetuskan ketegangan.

Masjid-masjid di Kuala Lumpur dan Putrajaya pula diwajib membaca Khutbah Jumaat yang melabelkan penganjur Bersih sebagai pelampau yang sanggup mencederakan anggota pasukan keselamatan.

Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam pula mendakwa beliau tidak dapat mengawal pesilat pertubuhan kebangsaan yang dipimpinnya daripada bertindak keras terhadap peserta Bersih 2.0.

Rasanya tidak perlu mengulas mengenai kenyataan-kenyataan Ibrahim Ali atau dalang-dalang yang melancarkan demostrasi jalanan di Pulau Pinang atau yang membuat laporan polis terhadap Bersih 2.0.

Pada masa sama, polis turut dikerah untuk menangkap beramai-ramai sesiapa sahaja yang memakai baju berlogo Bersih. Lebih 200 orang ditahan dan Pejabat seketariat Bersih di serbu dan ratusan baju T dirampas.

Pemimpin-pemimpin pembangkang yang menyokong gerakan Bersih disoalsiasat di bawah Akta Polis dan Akta Hasutan. Enam orang termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput
Dr D.Jeyakumar ditahan di bawah Ordinan Darurat yang menetapkan penahanan tanpa perbicaraan.

Tanpa menunggu hasil siasatan, Jeyakumar dan rakan-rakannya dituduh oleh polis sebagai cuba menghidupkan fahaman komunis menerusi Bersih.

Siapakah yang harus bertanggungjawab kerana menimbulkan ketegangan ini?

Apakah yang dilakukan oleh Bersih sehingga mengundang tohmahan dan tindakan polis sebegitu?

Adakah Bersih melancarkan walaupun satu perhimpunan yang menggunakan kekerasan atau memusnahkan harta benda sebagai tindak balas? Tidak. Namun mereka yang menyokong gerakan itu menerima padah kerana terpalit dengan tohmahan yang direkayasa.

Ketika Malaysia memerlukan kebijaksanaan, kematangan dan kepemimpinan untuk menangani tuntutan-tuntutan yang dibawa oleh Bersih, Perdana Menteri memilih untuk menggalakkan budaya samseng dalam cubaan terdesak untuk menakut-nakutkan pendokong Bersih 2,0.

Fitnah disebarkan menerusi Khutbah Jumaat dan media arus perdana. Ugutan demi ugutan dibuat oleh persatuan pesilat dan "patriot-patriot" lain dengan restu Perdana Menteri dan Menteri Umno yang lain.

Amat sukar untuk meneka kenapa Najib tidak memilih untuk berdialog dengan penganjur Bersih 2.0 tetapi bertindak untuk melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap mereka dengan menggunakan institusi media, polis dan masjid.

Jika beliau begitu bingkas berdialog dengan pemimpin-pemimpin Kristian tidak lama dahulu untuk meredakan kemarahan penganut agama berkenaan bersabit fitnah penubuhan negara Kristian, kenapa pula Perdana Menteri menjauhkan diri daripada penganjur Bersih 2.0?

Harus diingati, Bersih 2.0 bukan merangkumi Pertubuhan Bukan Kerajaan sembarangan.

Ia dibarisi oleh aktivis-aktivis tersohor yang sudah lama bergiat menyuburkan proses demokrasi di negara ini dan memerangi rasuah serta mendokong keadilan.

Selain daripada bekas Presiden Majlis Peguam S. Ambiga, nama-nama seperti Marina Chin Abdullah, Marina Mahathirdan Zaid Kamaruddin harus meyakinkan kita akan keikhlasan gabungan ini mahukan sebuah pilihanraya bebas dan adil demi manfaat rakyat.

Nama-nama ini juga tentunya memberi keyakinan bahawa mereka bukan golongan yang sanggup bergerak di bawah telunjuk mana-mana pihak, khususnya pembangkang.

Sayang, Najib kehilangan peluang keemasan untuk memperlihatkan kepemimpinan pada saat yang amat diperlukan.

Beliau berpeluang untuk meredakan keadaan, dan mengajak Bersih 2.0 untuk berdialog secara ikhlas dengannya.

Namun beliau memilih jalan mudah untuk "melepaskan" segala aparatus kerajaan bagi menanam hasad dengki rakyat terhadap Bersih 2.0 dan menzalimi penyokong tertentu gabungan itu.

Rakyat hanya menarik nafas lega apabila Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tampil untuk mengemudi jalan keluar daripada sebuah keadaan yang semakin gawat dengan pancaroba dan bahaya.

"Berdialog secara ikhlas dan elakkan tindakan yang boleh merugikan negara," itu antara teras titah Tuanku Mizan.

Apa pula jawapan Najib kepada titah diRaja itu :

"Kumpullah di stadium, berpekiklah sampai tak larat... buatlah, tidak menjadi masalah"

Kenyataan itu yang dibuat di depan pegawai-pegawai kerajaan hari ini adalah tawaran yang menjengkelkan kepada penganjur Bersih 2.0. Ia juga menyerlahkan kualiti kepemimpinan Perdana Menteri Malaysia keenam Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kabinet Tidak Luluskan Permohonan Astro Naikkan Tarif Perkhidmatan

Posted: 04 Jul 2011 08:02 AM PDT

Staff Berita Semasa

astro pelarasan Kabinet Tidak Luluskan Permohonan Astro Naikkan Tarif Perkhidmatan


Pada bulan lepas, BeritaSemasa ada mengeluarkan artikel mengenai syarikat siaran TV berbayar, ASTRO yang dikatakan akan menaikkan tarif perkhidmatannya akibat tidak lagi mampu menyerap kos kandungan siaran.

Namun, hasil daripada mesyuarat kabinet,ASTRO tidak dibenarkan untuk menaikkan tarif perkhidmatannya selagi tidak mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).Persoalannya, adakah ASTRO akan akur dengan keputusan Kabinet atau tidak?

KUALA LUMPUR: Kabinet hari ini membuat keputusan untuk tidak membenarkan stesen televisyen berbayar Astro menaikkan tarif perkhidmatan mereka selagi tidak mendapat kebenaran daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata, isu tarif itu dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan Kabinet berpendapat Astro tidak sewajarnya menaikkan apa pun tarif berkaitan perkhidmatan mereka pada waktu ini.

"Saya bersetuju untuk SKMM tidak membenarkan kenaikan sebarang tarif Astro kecuali ianya diluluskan oleh SKMM, dan mengikut kadar yang berpatutan, serta mengikut lunas undang-undang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet di Angkasapuri di sini, hari ini. – BERNAMA

Kita tahu, ASTRO ni pun bukan peduli sangat pasal samada kabinet luluskan ataupun tidak.Kenaikan harga kandungan ASTRO pun, bebannya dilepaskan kepada pelanggan.Sekarang memang dah tabiat, biar pelanggan atau rakyat terbeban, jangan syarikat atau negara yang terbeban.

Setujukah anda sekiranya ASTRO tidak akan akur pada keputusan hasil mesyuarat Kabinet tersebut? Apa pandangan anda mengenai mutu perkhidmatan ASTRO dan layakkan mereka menaikkan tarif perkhidmatannya?

Najib perlu terima nasihat Tuanku, laksana tuntutan Bersih- Azmin

Posted: 04 Jul 2011 08:01 AM PDT

Oleh: Ahmad Fadli

PETALING JAYA: Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima nasihat yang disampaikan Yang Di Pertuan Agong melalui titah baginda semalam.


Menurut Azmin, Najib perlu menggunakan ruang perbincangan dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), bagi melaksanakan semua tuntutan NGO itu.

"Saya mendesak Najib dan pentadbiran di Putrajaya menerima nasihat Tuanku dengan menganjurkan satu inisiatif yang bersifat konsultasi di antara kerajaan dan Bersih dan Pakatan Rakyat dalam semangat yang lebih bertanggungjawab, bertamadun dan bukan ambil sikap konfrontasi dengan rakyat yang diwakili oleh Bersih dan Pakatan Rakyat.

"Ini jelas dapat dilihat dalam titah Tuanku yang menganjurkan supaya ada dialog ataupun muafakat di antara kerajaan dan Pakatan Rakyat dan badan-badan pertubuhan sivil seperti Bersih untuk melihat tuntutan-tuntutan ke arah pilihan raya yang bersih dan adil," katanya.

Lanjutan itu, Azmin menggesa agar polis dan Umno menghentikan segera intimidasi bersifat politik dalam bentuk tangkapan dan soal siasat ke atas aktivis Bersih yang giat dilakukan sekarang.

"Atas nasihat Tuanku juga semalam, saya mendesak Hishammuddin segera arah polis hentikan tekanan, ugutan dan crakdown terhadap parti politik, pemimpin parti dan pertubuhan sivil.

"Jangan lagi ada tangkapan motif politik dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) sewajarnya mengambil sikap lebih bertanggungjawab selaras dengan nasihat Tuanku," kata Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Dalam perkembangan sama, Azmin menegaskan walau apa pun keputusan akhir yang diambil Bersih di kala tekanan ke atasnya semakin kuat, perkara yang paling mustahak adalah memastikan tuntutan lapan perkara yang dibuat bersih mewakili rakyat Malaysia sampai kepada Yang Di Pertuan Agong.

"Saya sambut baik keputusan yang dibuat Datuk Ambiga dan jawatankuasa Bersih untuk mengadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk mengadap dan mendengar sendiri nasihat Tuanku.

"Walau bagaimana pun tuntutan lapan perkara yang dibuat Bersih mewakili rakyat akan terus didesak supaya kerajaan melaksanakannya bagi memberikan ruang demokrasi yang lebih segar dan sihat," kata Azmin.

Semalam Yang Di Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah agar kerajaan Umno BN menggunakan jalan rundingan dalam mendengar tuntutan-tuntutan yang dikemukakan Bersih.

Titah itu disiarkan Bernama pada kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Junjung titah Agong, selesai 8 tuntutan- Saiful Idzham

Posted: 04 Jul 2011 07:59 AM PDT

Oleh: Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR: Sekiranya kerajaan serius untuk membersihkan sistem pilihan raya di negara ini, pemerintah itu perlu melaksanakan semua tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).

Ia juga selaras dengan titah khas Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya kerajaan mengadakan rundingan dengan gabungan itu.


"Telah banyak penyelewengan berlaku dalam siri pilihan raya kecil. Maka, kita kemukakan 8 tuntutan ini, namun Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya bersikap seolah-olah pintu rundingan ditutup," kata Senator Saiful Idzham pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Menurut Saiful, sekarang adalah masa sesuai kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menemui pimpinan Bersih untuk mengadakan rundingan bagi menyelesaikan semua tuntutan berkenaan.

"Kita nak tengok reaksi Perdana Menteri. Tuanku Yang DiPertuan Agong telah bertitah untuk dirudingkan perkara ini.

"Kalau Perdana Menteri serius menjunjung titah, beliau perlu selesaikan perkara ini sebelum berangkat ke luar negara," jelas Saiful.

Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dijadualkan ke Eropah pada 8 Julai ini, sehari sebelum perhimpunan aman Bersih diadakan.

Bersih mengemukakan lapan tuntutan iaitu pembersihan senarai undi, reformasi undi pos, penggunaan dakwat kekal, tempoh kempen minima 21 hari, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah pilihan raya dan menghentikan politik kotor.

Sementara itu Senator Mumtaz Md Nawi berkata, sehingga kini masih belum ada jawapan konkrit dari Perdana Menteri mahu pun Menteri berhubung tuntutan Bersih.

"Tuntutan ini bukan sekali dua kita buat, tetapi telah puluhan tahun dilakukan.

"Mesti ada keputusan konkrit dari Menteri dengan had masa yang ditentukan. Apakah tuntutan ini akan dilayan atau dibatalkan.

"Jangan ambil masa begitu panjang… sampai setahun," kata Mumtaz.

Dalam pada itu, Senator Pakatan Rakyat dalam kenyataan media bersama mengutuk tangkapan terhadap aktivis Bersih dan penahanan ahli Parti Sosialis Malaysia di bawah Ordinan Darurat (EO)

"Hak untuk berhimpun dan berekspresi termaktub di bawah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan dan Artikel 21 Deklarasi Hak Asasi Manusia.

"Tindakan ini jelas merupakan tekanan, yang bercanggah sendiri dengan polisi kerajaan yang kononnya mendahulukan rakyat.

"Kami mendesak kerajaan membebaskan tahanan politik dan mengehentikan tangkapan terhadap ahli politik pembangkang dan aktivis Bersih.

"Tuntutan kami adalah pilihan raya yang bebas dan adil," kata kenyataan tersebut.

Pakatan mengadap Agong, mesyuarat tergempar Rabu

Posted: 04 Jul 2011 07:52 AM PDT

Oleh: Ahmad Fadli

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akan mengadap Yang di Pertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi memohon campurtangan baginda berhubung kepincangan dalam sistem pilihan raya di negara ini.


Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali hari ini memberitahu satu mesyuarat tergempar akan diadakan pada hari Rabu ini untuk memperincikan perkara tersebut.

"Datuk Seri Anwar dah bercakap dengan (Presiden Pas) Haji Hadi dan (Penasihat DAP) Lim Kit Siang dari London dan ketiga-tiga parti bersetuju mengadakan mesyuarat tergempar Rabu ini dan kita bincangkannya secara terperinci.

"Kita pastinya akan memohon mengadap Yang Di Pertuan Agong sebelum 9 Julai ini supaya kita boleh mempersembahkan kes kita kepada Yang Di Pertuan Agong dan juga membawa bukti akan wujudnya penipuan dan kecacatan dalam proses pilihan raya yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," kata Azmin ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN.

Sementara itu, PAS akan menghantar wakil dalam Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, yang akan turut mengadap baginda.

Bagaimana pun, menurut Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu, perhimpunan itu akan tetap diteruskan dan isu untuk membatalkannya tidak berbangkit.

"(Batalkan perhimpunan) itu tidak berbangkit sebab Bersih tidak batalkan," katanya lagi dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur hari ini.

Mohamad Sabu berkata, Pas berpendirian parti itu akan menghormati sebarang keputusan yang dibuat NGO itu.

Semalam, Tuanku Mizan bertitah agar kerajaan mengadakan rundingan dengan Bersih 2.0, yang mahu menganjurkan himpunan pada 9 Julai bagi memastikan kerajaan melaksanakan pilihan raya bebas dan adil.

Pendidikan: Sabah terus dipinggirkan oleh Putrajaya

Posted: 04 Jul 2011 07:51 AM PDT

Roketkini.com


SANDAKAN – Kuasa Kementerian Pelajaran berhubung hal-ehwal pendidikan Sabah perlu dipindahkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri demi hak autonomi dan kemajuan pendidikan anak-anak negeri Sabah.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata senario pendidikan di Sabah bercelaru kerana tiada pertanggungjawaban jelas di antara Menteri yang berpusat di Putrajaya dan Pengarah Pelajaran Negeri di Kota Kinabalu.

Katanya keadaan yang kelam-kabut itu menyebabkan pelajar, guru dan ibu bapa di Sabah terpaksa menanggung derita apabila berlaku keadaan di mana:

1. Bangunan-bangunan sekolah tidak selamat – kira-kira 90 sekolah di Sabah sering mengalami masalah banjir seperti di SMK St. Peter di Telipok;

2. Bilik-bilik darjah seperti kabin yang tidak bermutu, pembinaan tidak sempurna, lubang-lubang tidak ditampal, bumbung zink tidak ditempatkan dengan betul yang mana menjadi ancaman kepada keselamatan pelajar dan guru;

3. Sabah mempunyai makmal-makmal komputer tanpa komputer atau komputer tanpa bekalan elektrik – di mana kebanyakan daripada 300 makmal komputer hanya menjadi hiasan dan tidak dapat digunakan;

4. Projek bernilai RM7 juta untuk menaikkan taraf SMK Peter Mojuntin di Penampang menjadi Sekolah Sukan telah terbengkalai dan dibiarkan begitu sahaj sejak tiga tahun lalu;

5. Bayaran untuk kerja-kerja kontrak sekolah dibayar oleh Putrajaya dan bukannya oleh Jabatan Pelajaran Negeri yang menyebabkan kekeliruan tugas dan tanggungjawab;

6. Kelewatan kenaikan pangkat guru di Sabah yang hanya boleh dibuat oleh Putrajaya menyebabkan 22 sekolah tidak mempunyai pengetua untuk tempoh di antara 6 bulan dan 24 bulan yang mengakibatkan pentadbiran sekolah tidak sempurna.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur mahu Putrajaya menuruti cadangan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Said Jabatan Pelajaran Negeri diberi lebih kuasa dan autonomi.

Salleh mendakwa banyak bangunan sekolah di Sabah perlu diperbaiki manakala projek-projek pendidikan yang dijanjikan tidak dilaksanakan secara sistematik kerana semua urusan pendidikan, termasuk perkara-perkara kecil dan remeh, perlu ditujuk kepada Putrajaya.

Saranan Salleh juga telah mendapat sokongan Pengarah Pelajaran Negeri Datuk Dr Muhiddin Yusin yang mahu kerajaan pusat memberi lebih kuasa kepada jabatan negeri dalam membuat keputusan dan melaksanakan projek pembangunan pendidikan, terutamanya penyelenggraan, latihan dan pengambilan guru.

Buat masa ini, jabatan negeri tidak dibenarkan untuk mengurus sebarang peruntukan pembangunan bagi projek-projek walau pun yang bernilai di bawah RM500,000, sedangkan Perbendaharaan pusat telah memberi kuasa kepada jabatan negeri untuk mengendalikan projek bernilai kurang daripada RM500,000.

Dengan itu, Kit Siang meminta Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya kurangkan bermain politik dan menumpukan tugasnya dengan serius kerana beliau sedang menuju ke arah menjadi menteri pendidikan yang paling buruk dalam sejarah negara.

Agong titah kerajaan supaya runding dengan Bersih

Posted: 04 Jul 2011 07:50 AM PDT

Roketkini.com


KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong telah menitahkan supaya kerajaan pusat Barisan Nasional mengadakan rundingan dengan penganjur Bersih 2.0 bagi menyelesaikan isu perhimpunan aman menuntut pilihan raya bebas, adil dan bersih.

Seri Paduka mahu kedua-dua pihak berunding secara bertamadun bagi menyelesaikan masalah, dan tidak mengikut perasaan kerana boleh berlaku "yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran".

"Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat," titah Seri Paduka.

Yang di-Pertuan Agong menyeru kerajaan BN agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.

"Yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri atau pun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

"Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walau pun niat asalnya baik," titah Agong.

Perhimpunan aman Bersih 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini telah mendapat reaksi buruk dari kerajaan BN di mana polis telah menangkap lebih 100 orang kerana memakai baju-T kuning serta menahan sesiapa sahaja yang memiliki risalah menuntut pilihan raya bebas, adil dan bersih.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang hari ini mengalu-alukan titah Seri Paduka yang bimbang dengan "kegilaan" kerajaan BN terhadap rakyat prihatin yang setia dan patriotik kepada negara yang hanya mahu kepada pilihan raya bersih.

Sebagai langkah pertama untuk mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong, beliau mencadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya bertemu dengan penganjur Bersih 2.0 untuk membincangkan kepincangan dan kelemahan sistem dan amalan pilihan raya di Malaysia.

Katanya, langkah kedua yang perlu dilakukan oleh kerajaan BN ialah untuk Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menarik balik pengharaman Bersih dan membebaskan semua yang ditahan termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar.

Sementara itu, walau pun Agong sudah bertitah, lidah rasmi UMNO, iaitu Utusan Malaysia, masih mendesak kerajaan BN supaya menangkap semua yang terlibat dengan penganjuran Bersih 2.0.

Dalam satu rencana hari ini, Utusan mendakwa:

"…penganjur dan penyokong Bersih…juga tidak peduli sama ada ia akan memberi kesan buruk kepada orang ramai atau tidak, apa yang penting bagi mereka ialah berarak di jalan raya kononnya bagi menuntut sebuah pilihan yang bersih dan adil.

"Atas sebab itulah, langkah polis menutup pintu rundingan dengan kelompok berkenaan amat tepat. Masa untuk berlembut sudah berakhir, tiada lagi pujukan, rayuan mahu pun perbincangan tetapi sekarang adalah masa untuk bertindak. Ini memandangkan demonstrasi pada tarikh tersebut mempunyai seribu satu kesan buruk kepada negara."

Utusan terus mendesak supaya pihak berkuasa supaya tidak berunding dengan penganjur Bersih 2.0 walau pun telah dititahkan oleh Seri Paduka untuk berbuat demikian.

Mampukah Hishammuddin berlaku adil?

Posted: 04 Jul 2011 07:49 AM PDT

Roketkini.com


GEORGETOWN – DAP hari ini membidas pendirian Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang kononnya mahu bersikap adil tetapi tidak berani mengambil tindakan terhadap demonstrasi ganas oleh para penyokong UMNO dan Perkasa di Pulau Pinang baru-baru ini.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata Menteri Dalam Negeri itu hanya bertindak berlebihan untuk mengharamkan perhimpunan aman Bersih 2.0 sedangkan tiada halangan dibuat terhadap penyokong-penyokong UMNO dan Perkasa yang menghuruharakan bandaraya serta Jambatan Pulau Pinang pada Jumaat lalu.

Demonstrasi di Komtar dan di Jambatan Pulau Pinang menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk sepanjang 10km, malah ada penunjuk perasaan telah menyerang dua wartawan.

Senator UMNO Ezam Mohd Nor bersama tujuh yang lain telah ditahan oleh pihak polis selepas demonstrasi tersebut tetapi dibebaskan serta-merta.

Guan Eng mempersoal kewibawaan Hishammuddin yang tidak menahan Ezam di bawah Ordinan Darurat sebagaimana yang dilakukan terhadap pemimpin dan penyokong Parti Sosialis Malaysia baru-baru ini.

Katanya Ezam telah mengancam untuk tidak perlu menunggu pilihan raya umum, malah mahu mengadakan lebih banyak demonstrasi bagi memaksa Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang meletak jawatan.

"Adakah Hishammuddin berani untuk mengharamkan Perkasa sebagaimana beliau telah mengharamkan Bersih 2.0 atau menangkap Ezam dan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin sepertimana juga polis telah menahan Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj di bawah Ordinan Darurat bagi membuktikan pihak polis tidak mengamalkan 'double-standard' atau pilih kasih?" katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, penahanan Dr Jeyakumar dan lima ahli PSM di bawah Ordinan Darurat adalah tidak adil kerana tiada sebarang bukti kukuh mereka mahu "melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

"Tuduhan menyebarkan fahaman komunis adalah tidak masuk akal apabila kerajaan Malaysia sendiri sememangnya telah lama mengadakan hubungan akrab dengan negara-negara komunis seperti Cuba, China dan Vietnam," katanya.

Guan Eng turut mempersoalkan sama ada Khairy selaku Ketua Pemuda UMNO mahu menghidupkan semula fahaman komunis melalui penubuhan sebuah jawatankuasa tetap pada 12 Oktober 2009 bagi mengukuhkan hubungan di antara Pemuda Barisan Nasional dan Liga Belia Komunis China (Communist Youth League of China).

"Jelas sekali, penyokong Bersih yang ditahan minggu lalu dan serbuan sekretariat pada Rabu lalu hanya dijadikan mangsa oleh kerajaan Barisan Nasional, sedangkan mereka tidak menganjurkan sebarang demonstrasi, walhal demonstrasi UMNO dan Perkasa dibenarkan berlangsung tanpa sebarang hukuman," katanya.

Beliau menjelaskan DAP akan tetap menyokong sebarang perhimpunan aman sebagaimana yang diperuntukkan hak oleh Perlembagaan Persekutuan tetapi mengutuk sekeras-kerasnya perhimpunan yang ganas dan kejam.

Beliau juga menyokong kenyataan Pertubuhan Wartawan dan Jurugambar Akhbar Cina Pulau Pinang (Pewaju) yang mengutuk sekeras-kerasnya serangan oleh penunjuk perasaan terhadap wartawan ketika tunjuk perasaan haram tersebut.

"Apa yang mengejutkan adalah kenyataan Pewaju bahawa serangan terhadap dua wartawan tersebut berlaku di hadapan mata pihak polis.

"Tindakan ini adalah tidak adil dan hanya mencemari imej dan rekod Malaysia di mata dunia kerana tidak menghormati hak asasi manusia," tambah beliau.

Tiada ulasan: