BRIGED MP SEGAMBUT |
PATUTLAH ATAU PATUTKAH HE HE DIA ADA KUASA TUHAN? Posted: 30 Jul 2011 08:10 AM PDT Seorang peguam yang pakar dalam perlembagaan hari ini menyokong agar semakan undang-undang yang membenarkan penahanan berterusan tanpa dibicarakan dilakukan segera. Menurut Professor Shad Saleem Faruqi yang juga pensyarah undang-undang perlembagaan di UiTM, menteri dalam negeri tidak seharusnya diberikan kuasa Tuhan bagi menahan rakyat negara ini. "Saya tidak fikir sepatutnya mana-mana manusia harus diberikan kuasa seumpama itu untuk bertindak ke atas manusia lain... kuasa itu hanya untuk Tuhan," katanya pada sebuah forum di Kuala Lumpur hari ini. Shad Saleem mengulas mengenai undang-undang kuku besi di negara ini seperti Akta Keselamatan dalam Negara (ISA) dan Ordinan Darurat yang memperuntukkan kuasa mutlak kepada menteri dalam negeri untuk menahan seseorang untuk jangkamasa yang difikirkannya sesuai. Walaupun mengakui negara memerlukan undang-undang pencegahan bagi menangani ancaman keselamatan seperti kegiatan pengganas, Shad Saleem berkata undang-undang sedemikian perlu dikaji semula bagi mengekang kuasa mutlak menteri dan memastikan penggunaannya perlu diperketatkan. Cadangannya adalah supaya lembaga penasihat sekarang yang dipertanggungjawab menyemak semua keputusan menteri bagi penahanan tanpa bicara ditukar menjadi "lembaga keselamatan khas" dan sebarang keputusannya mesti dipatuhi oleh menteri. Buat masa ini lembaga penasihat hanya boleh memberikan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong, sementara kerajaan boleh dan dalam beberapa kejadian sebelum ini telah bertindak tidak mengikut nasihat berkenaan. Menurut Shad Saleem, lembaga keselamatan khas itu juga perlu mempunyai akses kepada maklumat berhubung sebarang penahanan yang sekarang dirahsiakan oleh kementerian dalam negeri. Katanya, situasi sekarang di mana pihak polis dan menteri bertindak dalam pelbagai peranan seperti penuduh, penyiasat dan juga pengadil adalah "tidak betul" |
Najib: Palanivel akan dilantik menteri penuh Posted: 30 Jul 2011 06:06 AM PDT erdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari mengumumkan bahawa presiden MIC Datuk G Palanivel akan dijadikan menteri penuh - iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Pengumuman itu dibuat buatnya semasa merasmikan mesyuarat agung tahunan MIC ke-65 di Pusat konvensyen Putrajaya (PICC) hari ini. Katanya, beliau akan mengikuti jejak zaman ayahandanya Allahtyarham Tun Abdul Razak Hussein apabila terdapat dua orang India dalam kabinet. "Sekarang MIC perlu melakukan tugasnya dengan baik dan kami (kerajaan) boleh melakukannya dengan baik untuk menunjukkan keikhlasan kami. "Selaras dengan komitmen kami untuk bekerjasama rapat dengan masyarakat India, saya mengusulkan untuk menjadikan G Palanivel sebagai menteri penuh," katanya sambil menambah presiden MIC akan mengangkat sumpah tidak lama lagi. Menteri berbangsa India di kabinet Najib sekarang adalah Menteri Sumber Manusia Datuk S Subramaniam yang juga adalah timbalan presiden MIC. Sejak beberapa dekad yang lalu, bekas presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu menjadi wakil tunggal masyarakat India dalam jemaah menteri kerajaan BN. Palanivel, yang dilantik sebagai seorang senator, hilang kerusi parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya umum 2008 selepas mendudukinya selama empat penggal. Bagaimanapun pada pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April tahun lalu, Palanivel digugurkan pada saat terakhir kerana mendapat tentangan BN, hususnya Umno Hulu Selangor. Pertukaran Sebaliknya, Ketua Penerangan MIC, P Kamalanathan dinamakan sebagai calon di kerusi parlimen Hulu Selangor yang menyaksikan beliau menang mengalahkan calon PKR dan menjadi ahli parlimen yang baru. Palanivel kemudian merajuk seketika sehingga dilantik sebagai senator dan kemudiannya terus dilantik sebagai timbalan menteri industri perladangan dan komoditi. Adalah dipercayai MIC akan melepaskan dua jawatan timbalan menteri yang disandangnya sekarang bagi mendapatkan kerusi tambahan di kabinet.Satu lagi kerusi timbalan menteri milik MIC dipegang oleh bekas pemimpin PPP Datuk T Murugiah, yang menyertai parti itu selepas berlaku perebutan kuasa dengan presidennya Datuk M Kayveas. Tempoh Murugiah sebagai senator berakhir tiga bulan lalu. Pengumuman itu dibuat pada akhir ucapan Najib yang berkata beliau bersedia menerima pertukaran itu sebagai menghargai sokongan masyarakat India. "Saya dengan lantang dan jelas. (Ucapan dasar Palanivel) beri jaminan jika kerajaan selesaikan masyarakat India, mereka akan kembali menyokong BN," katanya. Mengulas pengumumannya pada sidang akhbar selepas itu, najib berkata MIC membuat "pertukaran dua jawatan timbalan menteri untuk sebuah jawatan menteri penuh." |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan