Sabtu, 30 Julai 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Shahrizat sedih tak sempat bimbing Mohd Ashraf?

Posted: 30 Jul 2011 04:23 AM PDT

Cuba korang tengok diakhir petikan berita dibawah ini.. korang agak siapa yang perlukan bimbingan sebenarnya..

KUALA LUMPUR 30 Julai – Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melahirkan rasa sedih tidak sempat memberi bimbingan kepada Mohd Ashraf Abdul Aziz, yang ingin menukar namanya kepada Aleesha Farhana, apabila pemuda itu meninggal dunia awal pagi tadi.

Mohd Ashraf meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu, pukul 5 pagi tadi setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.


Shahrizat berkata, kementerian itu sudah sejak awal menawarkan bimbingan kepada Ashraf kerana berasa prihatin dengan kedudukan pemuda berusia 25 tahun itu, bagaimanapun takdir Allah mendahului segala-galanya.

"Kita dari mula lagi kita amat rasa prihatin kerana kedudukan beliau. Pendekatan kami di kementerian buat ialah pendekatan kebajikan dan tidak menghukumkan orang," katanya kepada Bernama sebaik tiba di pejabat Wanita UMNO di Menara Datuk Onn di sini sebelum mempengerusikan mesyuarat pergerakan itu.

"Kita sebaliknya cuba memahami dan membimbing sesiapa juga yang memerlukan bimbingan, terutama kepada mereka yang terjebak dalam keadaan terdesak seperti kes Ashraf ini tetapi apakan daya ajalnya sudah tiba," tambahnya. – Bernama


Cara memakai tudung yang nak membimbing..

Cara memakai tudung yang mahu dibimbing oleh pemimpin UMNO diatas..

Hang bimbing diri sendiri dululah Shahrizat.. sendiripun tak betul nak bimbing orang lain pula..

Bagaimanapun Al-Fatihah buat Allahyarham Mohd Ashraf!

Pelawa Ku Li terajui PR, Anwar sudah melompat?

Posted: 30 Jul 2011 01:52 AM PDT

Semalam Zahrain buat cerita kononnya beberapa orang pemimpin PAS dan DAP telah berjumpa Ku Li untuk memujuk beliau agar menerajui Pakatan Rakyat kerana kata Zahrain, Anwar bakal ke Penjara bukan Putrajaya - baca di ( SINI ).

Bagi menjadikan cerita Zahrain itu nampak lebih real, hari ini seorang lagi yang telah melompat keluar dari PKR iaitu Zamil Ibrahim, Pengerusi KITA Kedah pula menyambung cerita Zahrain, kononnya beliau telah menerima maklumat daripada rakannya di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Anwar Ibrahim telah melompat bila mendengar berita itu..


Esok siapa pula nak sambung cerita ini? Gobala? Ezzam? Lokman NoorAdam? Zul Nordin? Tan Tee Beng? atau siapa????


Anwar berang isu pelawa Ku Li

2011/07/30

KUALA LUMPUR: Pelawaan parti pembangkang supaya Tengku Razaleigh Hamzah dilantik menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang bukan saja mengejutkan beliau malah berang dan tersinggung.

Berikutan itu Anwar yang berdepan isu video seks dan kes liwat, dilaporkan sedang berusaha mengesan dan menjejaki pemimpin PAS serta DAP yang bertanggungjawab membuat pelawaan itu tanpa merujuk kepadanya.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Parti Kesejahteraan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim yang mendakwa menerima maklumat mengenai maklum balas Anwar itu daripada rakannya di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

"Petang tadi kira-kira jam 4 petang, saya menerima maklumat daripada PKR Selangor mengatakan Anwar terkejut, kecil hati dan marah dengan pelawaan itu. Beliau kini sedang mengesan siapa pemimpin (PAS dan DAP) itu," katanya kepada Berita Harian, semalam.

Beliau mengulas pendedahan Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim kelmarin yang parti pembang-kang didakwa mempelawa Ku Li untuk dilantik sebagai ketua pembangkang bagi menggantikan Anwar.


Berita Harian Online

44 pengundi nama dan kad pengenalan sama.. apa cerita ni?

Posted: 30 Jul 2011 12:41 AM PDT

Sebelum itu.. Pendedahan demi pendedahan mengenai senarai daftar pemilih yang tidak bersih dilakukan, kebanyakkannya oleh PAS.. timbul persoalan disini kenapa hanya PAS saja yang mendedahkan? adakah hanya PAS yang memiliki daftar pemilih tersebut? tentu tidak daftar tersebut juga dimiliki oleh PKR..

Tetapi kenapa tiada pendedahan oleh PKR? mana mamat yang kata AMK Selangor sudah mengesan 88 dan 64 nama dalam satu alamat dulu? dah tak jumpa yang lain ke? ..


Buat kerja malas, bila orang lain buat kerja, diaorang hijack ditengah jalan semata-mata untuk mencari nama... sekarang mana hasil pencarian korang yang lain?? Buktikan yang korang tu boleh buat kerja..


44 pengundi nama dan kad pengenalan sama

PETALING JAYA: PAS terus mendedahkan kelemahan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan mendakwa terdapat 44 orang di Terengganu yang mempunyai nama dan nombor kad pengenalan lama sama,

Bagaimanapun, nombor kad pengenalan baru hanya dua digit terakhir yang berbeza.

Ia didedahkan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut yang juga ahli Parlimen Kuala Terengganu yang dihubungi hari ini.
Beliau bimbang 44 nama terbabit boleh mengundi dua kali dalam pilihan raya umum akan datang.

"Besar kemungkinan mereka boleh mengundi di dua tempat berbeza. Pengalaman kita bila berurusan dengan SPR pengundi seperti ini boleh mengundi.

"Kerana SPR akan memberi alasan mereka boleh mengundi kerana perbezaan yang sedikit.

"Dari pengalaman lepas, nama yang telah didaftarkan sebagai pengundi agak sukar untuk dikeluarkan semula.

Bukan pengundi klon

"Dalam perbincangan kita dengan SPR, suruhanjaya itu memberitahu ia tidak ada kuasa," katanya.

Sementara itu, bekas timbalan ketua AMK, Fariz Musa berkata, beliau menolak dakwaan wujud pengundi klon di negara ini.

Sebaliknya, dakwa beliau Umno, SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berpakat untuk mendaftarkan nama orang berkenaan dalam senarai daftar pemilih SPR.

"Mengapa saya kata tidak wujud pengundi klon? Mengapa nombor kad pengenalan lama dan kad pengenalan baru berbeza?

"PKR pernah memeriksa kad pengenalan pengundi dan mendapati kad pengenalan itu itu tidak wujud.

"Semua ini berlaku dengan pembabitan Umno, SPR dan JPN. Ia bukan berlaku di Terengganu sahaja tetapi di seluruh negara," tambahnya.


Free Malaysian Insider

Pilihanraya semakin hampir.. Mereka dibebaskan..

Posted: 30 Jul 2011 12:35 AM PDT



KUALA LUMPUR 30 JULAI : Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib menegaskan kesemua enam Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dibebaskan lewat petang semalam selepas ditahan tanpa bicara mengikut Ordinan Darurat (EO) selama 28 hari, tidak perlu mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan.


Mereka adalah Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar; Naib Presiden PSM M Sarasvathy, Ahli Jawatankuasa Pusat, Choo Chon Kai dan M Sukumaran, Ketua Pemuda R Saratbabu dan Setiausaha Cawangan Sungai Siput, A Letchumanan.

Katanya ini kerana, pembebasan kesemua enam tahan terbabit adalah perlu dibuat segera atas alasan mereka tidak melakukan kesalahan.

"Kita mengalu-alukan pembebasan tersebut tetapi tak perlu kita ucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana penahanan tersebut bertentangan dengan Perlembagaan yang memberikan jaminan hak kebebasan kepada rakyat," katanya.

Beliau yang juga Adun Manir itu berkata demikian sebagai mengulas laporan berita yang menyatakan bahawa pihak polis membebaskan 6 aktivis PSM yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO).

Menurut Harun Taib, pembebasan kesemua tahanan EO semalam jelas menunjukkan bahawa kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus sedar dan akur terhadap kesalahan mereka sekali gus terpaksa membebaskan aktivis terbabit.

Tambahnya, kerajaan tidak boleh merampas serta menafikan hak rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan.

Lewat petang semalam, keenam-enam pemimpin PSM termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar yang ditahan sejak 28 hari lalu di bawah Ordinan Darurat telah dibebaskan.

Mereka ditahan dua minggu sebelum Himpunan Bersih 2.0 berlangsung di ibu negara pada 9 Julai lalu.

Mengikut Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat, polis boleh menahan suspek sehingga 60 hari tanpa perbicaraan.

TVS News

DAP jual tanah seluas 300.5 hektar di Sendayan?

Posted: 30 Jul 2011 12:15 AM PDT

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan didakwa tidak telus berkaitan transaksi penjualan tanah seluas 300.5 hektar di Sendayan kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sehubungan itu, Ketua Pembangkang DUN Negeri Sembilan, Anthony Loke, (gambar kanan) mempersoalkan mengenai harga jualan keseluruhan tanah tersebut dan nilai jualan setiap kaki persegi.

"Apakah terma-terma dalam perjanjian jual beli tersebut, dan adakah penjualan tanah itu dijalankan secara tender terbuka?" katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Beliau turut mempersoalkan perihal transaksi tersebut yang dijalankan dengan sangat rahsia sekali.


Pada 16 Jun lalu, media melaporkan tentang majlis tandatangan perjanjian jual beli antara 1MDB dan Menteri Besar Incorporated (MBI) Negeri Sembilan untuk pembelian 300.5 hektar tanah di Sendayan untuk menggantikan pangkalan udara TUDM di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Dalam satu majlis penyerahan cek dua hari lepas di Seremban, Mohamad mengatakan bahawa kerajaan negeri melalui MBI berjaya membayar balik pinjaman RM250 juta kepada Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) dalam tempoh 5 tahun.

Bagaimana pun, jelas Loke yang juga Ketua Pemuda DAP , keupayaan kerajaan negeri membayar semula pinjaman tersebut tidak ada kena-mengena dengan kecekapan pengurusan kewangan.

"Ini lebih merupakan kerana sebahagian tanah tersebut telah dijual kepada 1MDB untuk tujuan projek pembinaan pangkalan baru TUDM bagi menggantikan pangkalan lamanya di Sungai Besi yang telah diserahkan kepada 1MDB untuk pembangunan komersial," katanya.

Dalam pada itu, tambah Loke yang juga Adun Lobak, kesemua soalan yang diajukan beliau berhubung perkara itu untuk Persidangan DUN pada 8 Ogos depan telah ditolak oleh Speaker DUN, tanpa sebarang sebab.

"Penolakan soalan saya itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali, dan langsung tidak menunjukkan prinsip ketelusan dan akauntabiliti," katanya.

Justeru Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah mendesak Mohamad Hasan agar menjawab persoalan-persoalan berhubung penjualan tanah tersebut kepada 1MDB dengan kadar segera dan secara terbuka.

"Jika beliau gagal memberi penjelasan secara terbuka, ia hanya akan menimbulkan lebih banyak keraguan bahawa perjanjian jual beli itu diselubungi dengan unsur rasuah," katanya.


Roketkini

Video Raja Lawak Versi Ibrahim Ali..

Posted: 29 Jul 2011 12:03 PM PDT

Saksikan bagaimana Ibrahim Ali yang juga Presiden PERKASA memberikan alasan-alasan mengapa perhimpunan PERKASA pada 9 Julai lalu gagal..

Video 1



Video 2


Video 3


Video 4


Video 5

Tiada ulasan: