BRIGED MP SEGAMBUT |
- Rosmah: Dakwaan beli cincin RM24 juta fitnah
- Semua enam tahanan EO dibebaskan
- Hampiri Najib di mana sahaja
Rosmah: Dakwaan beli cincin RM24 juta fitnah Posted: 29 Jul 2011 07:55 AM PDT Setelah dua minggu khabar angin bertiup kencang tentang pembelian cincin bernilai RM24 juta, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor akhirnya bersuara dan menyifatkannya sebagai satu fitnah dan tidak ada masa mahu melayannya. "Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh). "Ini bukan perkara seronok-seronok, ini adalah fitnah.... apa yang saya tidak rasa? Semua saya sudah rasa (difitnah). "Justeru, daripada saya layan perkara seumpama ini lebih baik saya beri perhatian kepada hal rakyat kerana itu lebih penting," katanya Pokok Sena, Kedah, semalam dan dipetik Berita Harian Online hari ini. 14 Julai lalu, pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan pembelian sebentuk cincin oleh Rosmah. Bantu rakyat Menurutnya berdasarkan maklumat yang diterima SAMM, berlian yang dikenali sebagai"Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond" diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke negara ini. Badrul Hisham berkata beliau juga mempunyai salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga RM24.4 juta itu bebas daripada dikenakan cukai import. Rosmah yang berada di Kedah mengiringi Datuk Seri Najib Razak dalam rangka lawatan kerja sehari ke negeri itu semalam diminta mengulas dakwaan pembelian cincin bertatahkan berlian itu. Katanya, sebagai isteri Perdana Menteri yang mempunyai kelulusan dan kelayakan lebih wajar baginya untuk menyumbang kepada usaha membantu rakyat termasuk usaha memantapkan pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar. "Saya lebih senang dengan apa yang saya lakukan sekarang bagi membantu rakyat terutama dalam hal memperkasa pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar kerana bagi saya ilmu adalah harta paling bernilai untuk masa depan mereka," kata Rosmah. Malaysiakini baru-baru ini ada menghubungi Airoceanic Express Sdn Bhd - yang didakwa agen bagi urusniaga tersebut. Bagaimanapun syarikat berkenaan enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu |
Semua enam tahanan EO dibebaskan Posted: 29 Jul 2011 03:14 AM PDT Semua enam tahanan anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan sejak 2 Julai lalu mengikut Ordinan Darurat dibebaskan sebentar tadi. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam satu kenyataan media berkata berikutan pembebasan mereka ini, tindakan selanjutnya akan ditentukan oleh Jabatan Peguam Negara. "Polis Diraja Malaysia mengumumkan bahawa keputusan telah dibuat untuk membebaskan semua enam orang yang telah ditangkap pada 2 Julai lalu, di Seberang Prai Utara, Pulau Pinang, di bawah Ordinan Darurat," katanya. Semua mereka dibebaskan pada jam 5.30 petang di balai polis Jinjang dan menurut setiausaha agung PSM S Arulchelvam dalam tweeternya, pembebasan mereka adalah tanpa syarat. Mereka termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar, lima yang lain yang ditahan ialah setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, AP Letchumanan, 49, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33, M. Sukumaran 50, timbalan pengerusi PSM, M Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R Sarat Babu, 25. Mereka yang dikenali sebagai PSM6 itu - pada mulanya ditahan bersama 24 orang lain atas dakwaan mahu 'melancarkan perang terhadap Agong', tetapi pada jawapan balas permohonan afidavit habeas corpus berhubung pembebasan mereka, polis mendakwa mereka sebagai penggerak utama BERSIH 2.0. Permohonan habeaus corpus itu bagaimanapun ditangguhkan kepada 5 Ogos, lima hari selepas tahanan 30 hari mereka berakhir tetapi polis berhak melanjutkannya selama 30 hari lagi. Sebelum ini, pelbagai pihak membidas pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana meneruskan tahanan berkenaan. Selain pemimpin Pakatan Rakyat, Presiden MIC Datuk G Palanivel juga menuntut pembebasan mereka kerana mendakwa tindakan itu menarik "perhatian dunia" dan mungkin memberi kesan kepada BN pada pilihan raya umum akan datang. Turut menuntut perdana menteri dan menteri dalam negeri supaya membebaskan Jeyakumar adalah Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) yang dianggotai 13,000 pengamal profesyen perubatan. |
Posted: 28 Jul 2011 06:00 PM PDT KUALA LUMPUR, 28 Julai: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak segera menyelesaikan isu lapan tuntutan Bersih kerana kebangkitan rakyat akan terus merebak. Menurutnya, Najib sebagai pemimpin negara semestinya berani menghadapi rakyat dengan cara terbaik dan menunaikan permintaan mereka dengan segera. "Jika suasana demokrasi negara tetap juga tidak berubah, saya sendiri menyarankan agar di mana sahaja Najib pergi, mesti ada sekumpulan anak muda yang berusaha hampiri dan sampaikan memo kepadanya," tegasnya yang lebh mesra dengan panggilan Pak Samad. Katanya, pimpinan asas Bersih 2.0 berusaha untuk menyampaikan memorandum tuntutan lapan perkara itu secara aman kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada 9 Julai tetapi dihalang. Setelah selesai himpunan 9 Julai dengan 1,600 peserta ditahan dan seorang meninggal dunia termasuk berbagai tindakan kasar pihak berkuasa, rakyat kini teruskan semangat Bersih dengan memakai kuning pada setiap Sabtu atau Yellow Saturday. Pak Samad membangkitkan perkara itu ketika diminta mengulas kejadian semalam di mana 10 anak muda ditahan di KL Sentral hanya kerana hendak menyampaikan surat kepada Najib. "Saya mengikuti peristiwa ini dari masa ke semasa sehingga semua anak muda ini dibebaskan malam tadi," jelasnya dalam wawancara khas dengan Harakahdaily yang diadakan di KL Sentral, hari ini. Mengulas perkara sama, Pak Samad berkata, Najib mesti berpegang kepada gagasan beliau sendiri, 'Rakyat Didahulukan' kerana anak-anak muda itu juga adalah rakyat. "Mereka ingin sampaikan hasrat untuk murnikan perlembagaan negara dan meningkatkan demokrasi dan sepatutnya jika saya datang ke tempat umum, itulah yang akan layan terlebih dahulu. "Sebab itu adalah suara kelompok angkatan muda yang memang berpelajaran, berazam dan ingin membantu negara sebenarnya. "Saya tidak faham seorang perdana menteri yang mengatakan 1Malaysia dan Rakyat Didahulukan, nampaknya secara praktis tidak mengamalkannya, " jelasnya yang menjadi tumpuan generasi muda mutakhir ini. Beliau juga mengucapkan tahniah dan sangat berbangga dengan kesanggupan dan keberanian anak muda dalam negara dan di luar negeri yang bersama-sama menggerakkan kebangkitan rakyat. Menjawab tentang minat golongan muda terhadap penampilan dirinya ke tengah masyarakat sekarang ini hasil daripada mereka mengikuti karya sasteranya sejak di bangku dan kini beraksi membela kebenaran |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan