Jumaat, 29 Julai 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Gila kerana gerainya hilang?

Posted: 29 Jul 2011 05:12 AM PDT

2011/07/29

Mamak yang paling popular dalam Penang tahun ni.. apa saja demonstrasi menentang Guan Eng dan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang muka dia mesti ada.. dia tak peduli apa.. main sondol membabi buta saja..

Hari ini pula dia bawa dua pakaian dalam untuk diberikan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Setiausaha Politiknya, Ng Wei Aik.

Puncanya ialah kerana kerajaan negeri dikatakan telah menindas beliau kerana tidak memberikannya semula tapak niaga di tingkat tiga Komtar..


GEORGETOWN: Pusat Khidmat Kaunter Jabatan-jabatan kerajaan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini hari ini kecoh apabila seorang peniaga barangan kulit cuba menaiki lif untuk ke pejabat Ketua Menteri dengan membawa dua pakaian dalam untuk diberikan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Setiausaha Politiknya, Ng Wei Aik.

Peniaga yang dikenali sebagai Mohamed Ghani Abd Jiman Ghani, 42, yang juga Pengerusi Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia, membuka bungkusan plastik yang mengandungi dua pasang seluar dalam dan coli bercorak harimau ketika ditahan oleh pengawal keselamatan di hadapan pintu masuk lif.

Beliau berkata pakaian dalam itu adalah sebagai hadiah kepada kerajaan negeri yang didakwanya tidak berlaku adil, tidak telus kepada rakyat dan telah menindas beliau kerana tidak memberikannya semula tapak niaga di tingkat tiga Komtar.

"Pakaian dalam yang bercorak harimau itu sesuai untuk diberikan kepada mereka berdua yang dilabelkan sebagai tarzan kerana kerajaan negeri ini adalah pembohong dan menipu rakyat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohamed Ghani berkata gerainya yang didapati hilang itu juga hingga kini masih tidak dikembalikan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) setelah beliau enggan beredar untuk pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan kompleks itu Mac lalu.

Beliau berkata tindakan kerajaan negeri merampas gerai miliknya itu mengakibatkan beliau kerugian RM50,000.

Pakaian dalam itu akhirnya digantung di hadapan pintu masuk utama pentadbiran kerajaan negeri setelah pengawal keselamatan tidak membenarkan beliau menaiki lif. - BERNAMA

MCA marah Guan Eng tolong Kontraktor Bumiputera..

Posted: 29 Jul 2011 02:44 AM PDT

Kalau diikutkan kata Pencacai -pencacai UMNO selain dari mengatakan Melayu semakin terpinggir setelah DAP/PR mengambil alih pentadbiran kerajaan Negeri Pulau Pinang mereka juga mendakwa kontraktor Bumiputera dipinggirkan.

Sebenarnya yang dipinggirkan itu kebanyakkannya kontraktor UMNO yang dulunya hanya perlu ada kabel untuk mendapatkan projek, apabila sistem e-tender digunapakai oleh kerajaan PR Pulau Pinang mereka terkial-kial kerana dulu mereka tak pernah bersaing dalam sebut harga, sekarang bila mereka terpaksa bersaing terpinggirlah mereka kerana harga mereka macam dulu juga.. mahal gila..


Jadi untuk melampiaskan rasa marah mereka itu, mereka mula mereka cerita kononnya Kontraktor Bumiputera dipinggir oleh Kerajaan PR Pulau Pinang.

Sekarang Ketua Wanita MCA ini membuktikan Kerajaan PR Pulau Pinang tidak meminggirkan Kontraktor Bumiputera..

MCA marah DAP utamakan Melayu

PETALING JAYA: Pergerakan Wanita MCA Pulau Pinang mempersoalkan kenapa kontraktor-kontraktor Cina di negeri itu tidak mendapat walaupun satu projek dari Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) negeri dan sebaliknya kesemua projek diberi kepada kontraktor Melayu, Bumiputera dan India Muslim.

Pengerusinya Tan Cheng Liang, dalam blog parti itu hari ini berkata, beliau yakin kontraktor-kontraktor Cina turut menghantar permohonan tender mereka tetapi hairan kenapa tidak seorang pun kontraktor Cina mendapat projek JPS itu.

"Adakah permohonan mereka tidak lengkap,?" soal beliau sebagai respon kepada kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng bertarikh 27 Julai lalu.

Lim dalam kenyataannya berkata, para kontraktor dalam lima daerah untuk projek JPS adalah terdiri daripada Melayu, Bumiputera dan India Muslim manakala kontraktor wanita mewakili 20 peratus.

Tan berkata sejak DAP mengambil alih pentadbiran negeri, tidak ada seorang pun kontraktor Cina dalam lima daerah mendapat projek. JPS.

Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak sepatutnya memberi projek kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera supaya dilihat adil tetapi mereka mesti memastikan para kontraktor itu mampu menyiapkan projek-projek yang diberi dan tidak menimbulkan masalah di kemudian hari.

Tan berkata terdapat bukti bahawa walaupun mendapat sokongan daripada masyarakat Cina untuk Lim dan DAP, kepentingan masyarakat Cina kian terhakis sejak DAP berkuasa.

"Mereka (DAP) sedar bahawa mereka tidak boleh bergantung kepada orang-orang Cina selama-lamanya tetapi saya harap tindakan DAP untuk "mengambil hati" bangsa-bangsa lain tidak dilakukan dengan mengenepikan kepentingan masyarakat Cina di negeri itu," katanya.


Free Malaysia Today

Datuk Azhar! Pulangkan bangunan itu... jangan terhegeh-hegeh.

Posted: 29 Jul 2011 01:52 AM PDT

Inilah budaya Pemimpin dan juga Ahli UMNO.. Harta Kerajaan dianggap sebagai harta mak bapak mereka, bila sudah kalah masih tetap menganggap harta Kerajaan itu harta mak bapak mereka..

Datuk Azhar Ibrahim hendaklah mematuhi arahan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan tidak berdolak dalik lagi kecuali mengosongkan bangunan Pusat Komuniti Dewan Undangan Negeri (Adun) Penaga, yang merupakan premis dibina atas tanah kerajaan negeri.

Ketua Penerangan PKR Pulau Pinang Johari Kassim (gambar atas) berkata, Adun Penaga itu jelas menyalahgunakan kedudukannya dengan terus menguna bangunan berkenaan yang dibina di atas tanah kerajaan negeri, meskipun beliau bukan lagi mewakili kerajaan yang memerintah.


Sebagai pembangkang Azhar sepatutnya sejak awal mengosongkan bangunan itu tanpa menunggu arahan mahkamah, katanya mengulas laporan akhbar bahawa Azhar ingin failkan rayuan menangguhkan pelaksanaan keputusan itu.

Azhar sepatutnya berasa malu untuk mempertahankan sesuatu yang bukan lagi menjadi miliknya selaku pembangkang kecuali menyerahkan bangunan itu kembali kepada kerajaan negeri, kata Johari.

Beliau menegaskan bahawa Azhar sebenarnya menyalahguna harta kerajaan untuk kepentingan dirinya dan Umno walhal selaku Adun beliau sememangnya tahu kedudukan itu.



laporan akhbar harian.. Azhar akur tapi...


Penangdaily

Zahrain kata Ku Li dipelawa ganti Anwar

Posted: 29 Jul 2011 12:12 AM PDT

Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang telah keluar dari PKR (gambar sebelah tak ada kena mengena dengan dia.. biarpun katak itu gemuk macam dia) mendakwa telah mendapat maklumat bahawa Pakatan Rakyat mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah untuk dilantik sebagai ketua pembangkang bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhadapan masalah berhubung kontroversi video seks dan dipercayai akan dipenjarakan berikutan kes liwat.

Nampak macam cerita bohong saja ni.. bohong kerana takut mula dilupakan oleh Najib dan Rosmah..


'Ku Li dipelawa ganti Anwar'
Oleh Norfatimah Ahmad

2011/07/29

PETALING JAYA: Parti pembangkang didakwa mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah untuk dilantik sebagai ketua pembangkang bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhadapan masalah berhubung kontroversi video seks dan dipercayai akan dipenjarakan berikutan kes liwat dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mendedahkan perkara itu, berkata tindakan terdesak memilih Ahli Parlimen Gua Musang yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu juga sebagai persiapan parti pembangkang itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

"Pagi tadi (semalam) saya mendapat maklumat daripada rakan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bimbang apabila mendapat tahu mengenai adanya beberapa pemimpin tertinggi parti itu, DAP dan PAS sudah mengadakan perjumpaan dan berbincang dengan Ku Li berhubung perkara itu.

"Saya terkejut mendengarnya kerana kenapa perlu memilih Ku Li untuk dijadikan kuda tunggangan seolah-olah PKR 'dijual' kepada Ku Li dan kenapa tidak lantik Lim Kit Siang atau Datuk Seri Abdul Hadi Awang.(Ayat provokasi ni...)

"Ini permainan politik yang aneh dan luar biasa yang didalangi DAP untuk memecahbelahkan Melayu di negara ini, dan bukan semata-mata isu untuk melantik Ku Li sebagai ketua pembangkang saja," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Zahrain berkata, sebagai pemimpin politik veteran negara, Ku Li seharusnya memikirkan kesan terhadap masyarakat Melayu jika beliau menerima pelawaan parti pembangkang itu.

"Jika Ku Li tidak waras beliau akan terima pelawaan itu dan ini satu keadaan di mana ahli PKR diperkotakkatikkan.

"Oleh itu, jika Ku Li seorang pemimpin yang berpendirian dan membela kepentingan Melayu, beliau perlu tampil memberi penjelasan dan tidak berkelakuan seperti Anwar," katanya.

Berita Harian Online

Cincin RM24 Juta : Saya tak ada masa nak layan - Rosmah

Posted: 28 Jul 2011 08:58 PM PDT

"Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh).

"Ini bukan perkara seronok-seronok, ini adalah fitnah... apa yang saya tidak rasa? Semua saya sudah rasa (difitnah). Justeru, daripada saya layan perkara seumpama ini lebih baik saya beri perhatian kepada hal rakyat kerana itu lebih penting," kata Rosmah.

Tak ada masa nak layan? atau jika dilayan sukar untuk menafikan tuduhan itu?


Katanya lagi sebagai isteri Perdana Menteri beliau lebih senang memberi tumpuan terhadap perkara lebih berfaedah, terutama dalam hal dan agenda pembangunan rakyat daripada melayan isu tidak relevan..

Agenda pembangunan rakyat? kah..kah.. kah.. sejak bila Isteri Perdana Menteri ni dilantik menjadi Menteri?

Isu cincin RM24j fitnah: Rosmah

2011/07/29
POKOK SENA: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor semalam menyifatkan dakwaan yang mengaitkannya dengan pembelian cincin berharga lebih RM24 juta adalah fitnah.

Rosmah berkata, sebagai isteri Perdana Menteri beliau lebih senang memberi tumpuan terhadap perkara lebih berfaedah, terutama dalam hal dan agenda pembangunan rakyat daripada melayan isu tidak relevan.

"Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh).

"Ini bukan perkara seronok-seronok, ini adalah fitnah... apa yang saya tidak rasa? Semua saya sudah rasa (difitnah). Justeru, daripada saya layan perkara seumpama ini lebih baik saya beri perhatian kepada hal rakyat kerana itu lebih penting," katanya selepas menghadiri Majlis Apa Khabar Permata Negara di sini, semalam.

Rosmah yang berada di Kedah mengiringi Datuk Seri Najib Razak dalam rangka lawatan kerja sehari ke negeri ini, semalam, berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan portal berita pembangkang baru-baru ini kononnya beliau membeli sebentuk cincin bertatahkan berlian bernilai lebih RM24 juta.

Sementara itu, Rosmah berkata, sebagai isteri Perdana Menteri yang mempunyai kelulusan dan kelayakan lebih wajar baginya untuk menyumbang kepada usaha membantu rakyat termasuk usaha memantapkan pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar.

"Saya lebih senang dengan apa yang saya lakukan sekarang bagi membantu rakyat terutama dalam hal memperkasa pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar kerana bagi saya ilmu adalah harta paling bernilai untuk masa depan mereka," katanya.


Berita Harian Online

Lagi Alasan Ibrahim Ali kenapa PERKASA batalkan perhimpunan..

Posted: 28 Jul 2011 07:50 PM PDT

Alasan bodohnya kali ini.. "Jika kita (PERKASA) berkumpul, kita tidak boleh menahan penyokong kita daripada berarak, dan akan berlaku pertembungan di kalangan orang Melayu,"

"Jadi mengambil kira titah Agong dan Sultan, dan demi orang Melayu serta menyedari polis sibuk mengawal BERSIH, jadi saya buat keputusan berani supaya perhimpunan (PERKASA) tidak diadakan. Saya batalkan perhimpunan pada jam 1 petang.


Masih takbur lagi.. "Jika saya teruskan pada hari itu, dengan senang saya boleh kumpulkan 3,000 orang. Apabila saya batalkan perhimpunan itu, di Titiwangsa sudahpun berada 300 ahli PERKASA," dakwanya.

PERKASA batal himpunan bagi elak Melayu bertembung

Presiden PERKASA Ibrahim Ali mendakwa beliau membatalkan perhimpunan 9 Julai bagi membantah perarakan BERSIH 2.0 pada minit terakhir bagi mengelakkan pertembungan di kalangan orang Melayu.

Dakwanya beliau mengeluarkan arahan berkenaan kepada penyokong PERKASA kira-kira 90 minit sebelum mereka sepatutnya berkumpul di Taman Tasik Titiwangsa pada jam 2.30 petang Sabtu itu.

Menurut Ibraham, keputusan menarik diri itu dibuat selepas kira-kira 50 ahlinya yang dihantar sebagai penyamar menyelinap di kalangan penyokong BERSIH 2.0 bagi memantau perkembangan pada hari tersebut.

"Mereka beritahu saya, peserta (BERSIH 2.0) adalah orang Melayu. Cina hanya sedikit, mungkin satu atau dua peratus, dan India lagi tidak ramai.

"Saya tanya mana (pemimpin DAP) Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, mereka kata tak ada. Kemudian, saya tanya siapa yang ada? Mereka kata (ketua umum PKR) Anwar (Ibrahim) dan (presiden PAS) Abdul Hadi Awang," kata Ibrahim.

"Jika kita (PERKASA) berkumpul, kita tidak boleh menahan penyokong kita daripada berarak, dan akan berlaku pertembungan di kalangan orang Melayu," katanya dalam wawancara eksklusif dengan stesen TV internet - eTV - minggu lalu.

Keputusan 'berani'

Ibrahim juga mendakwa dua faktor lain yang mempengaruhi keputusan 'berani' yang diambilnya itu bagi membatalkan perhimpunan PERKASA adalah kerana menghormati titah Yang di-Pertuan Agong dan Tuanku Sultan Selangor yang tidak mahu demonstrasi jalanan diadakan.

Pada masa yang sama, dakwanya PERKASA tidak mahu menambahkan beban polis yang terpaksa berdepan dengan perhimpunan haram BERSIH pada hari berkenaan.

"Jadi mengambil kira titah Agong dan Sultan, dan demi orang Melayu serta menyedari polis sibuk mengawal BERSIH, jadi saya buat keputusan berani supaya perhimpunan (PERKASA) tidak diadakan. Saya batalkan perhimpunan pada jam 1 petang.

"Jika saya teruskan pada hari itu, dengan senang saya boleh kumpulkan 3,000 orang. Apabila saya batalkan perhimpunan itu, di Titiwangsa sudahpun berada 300 ahli PERKASA," dakwanya.

Sambil menafikan dirinya itu pengecut dan dakwaan bahawa PERKASA gagal mengumpulkan penyokongnya, Ibrahim, 61, yang juga ahli parlimen Bebas bagi Pasir Mas berkata menjelang 9 Julai, 15,000 orang telah berdaftar bagi menyertai perhimpunan itu.

Ibrahim bagaimanapun mengakui pada hari tersebut beliau berada di rumah dan berulang-kali menafikan ahli PERKASA adalah penakut dan mendakwa semua penyokongnya telah bersiap-sedia dan hanya menunggu arahannya.

Malah, dakwanya mereka yang membuat tuduhan seumpama itu adalah golongan yang sakit, bodoh dan banggang yang cuba memprovokasikan dirinya.

Malaysiakini

Datuk Azhar! Hang Diamlah!!!

Posted: 28 Jul 2011 10:22 AM PDT

Semalam Berita Harian melaporkan.. Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim, berkata pembinaan rumah mewah yang mencecah jutaan ringgit telah menyebabkan penduduk terpaksa keluar dari penempatan asal kerana tidak mampu memiliki rumah mahal.

Katanya, pengusiran secara halus orang Melayu satu daripada taktik kerajaan DAP Pulau Pinang diketuai Ketua Menteri, Lim Guan Eng, yang sememangnya dikenali seorang yang rasis dan chauvinis seperti didakwa pelbagai pihak.


"Ini satu bentuk pengusiran orang Melayu di bahagian pulau dengan rumah di sana termasuk di kawasan paling hulu (luar bandar), iaitu Balik Pulau harganya bermula RM500,000 ke atas... mana orang Melayu berpendapatan rendah dan sederhana mampu memiliki rumah semahal itu.

Itu kata Datuk Azhar yang baru kehilangan Pusat Khidmatnya..

Jika diteliti dari aspek ekonomi, memang satu kerugian besar kepada kaum Melayu yang tidak mampu membeli rumah dan tanah di daerah tersebut. Ketidakmampuan itu juga adalah kerana harga rumah yang terlalu mahal dan tidak mampu dimiliki oleh kaum Melayu.

Rata-rata seunit rumah bertingkat iaitu pangsapuri kos sederhana dan pangsapuri mewah ditawarkan pada harga antara RM300,000 hingga RM500,000 seunit. Malah, ada yang menjangkau harga melebihi RM1 juta seunit. Rumah atas tanah pula seperti rumah berangkai, rumah teres dan banglo pula ditawarkan pada harga yang lebih mahal, iaitu melepasi tujuh angka.

Harga yang terlalu tinggi itu bukan sahaja menyebabkan kaum Melayu tidak mampu memilikinya, malah kaum Cina juga begitu. Ini kerana kebanyakan penduduk Cina yang kaya dan profesional kini lebih suka berhijrah ke luar negara.

Mungkin kerana factor usia Datuk Azhar telah terlupa bahawa tanah milik Melayu yang terpaksa keluar dari penempatan asal mereka itu telah dijual oleh pemilik asal tanah-tanah yang diwarisi dari nenek moyang mereka selama ratusan tahun itu kepada Pemaju dengan kerelaan mereka sendiri, jadi itu pilihan yang mereka sendiri telah buat.

Hakikatnya.. fenomena Melayu berhijrah keluar dari Pulau Pinang bukanlah satu perkara yang baru, ianya telah bermula sejak dari UMNO diperkudakan oleh GERAKAN ketika mereka memerintah Pulau Pinang.

Bukankah suatu masa lalu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Betong, Farid Saad telah mengakui kelalaian dan sikap tidak amanah kepimpinan UMNO semasa berkuasa menjadi punca tanah orang Melayu makin berkurangan di Pulau Pinang.

Justeru itu, katanya beliau sebagai generasi muda dalam UMNO mahu membaikinya sekaligus memastikan lain-lain tanah yang masih dimiliki orang Melayu tidak diambil untuk pembangunan yang tidak terancang.

"Sebagai generasi muda dalam UMNO, saya rasa ia perlu diperbetulkan apakah kesilapan lalu supaya tidak terus menjadi persoalan siapakah pengkhianat sebenarnya," ujarnya pada Debat Perdana Pengkisahan Tanah Melayu di Pulau Pinang – sepenuhnya sila baca di (SINI)

Kerana sikap tidak amanah dan juga lalai pemimpin- pemimpin UMNO itu juga 98.84% tanah milik Melayu di Pulau Pinang telah hilang – sila baca di (SINI)

Satu pengakuan yang khlas dari ADUN Pulau Betung yang amat pahit untuk ditelah oleh Datuk Azhar dan juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Pulau Pinang juga mempertikaikan pembinaan rumah yang mahal itu dengan melihatnya sebagai satu politik halus DAP yang mahu menghalau rakyat miskin dan yang kurang kemampuan untuk memiliki rumah dan tinggal di negeri itu.

Katanya "Kerajaan BN juga dahulu telah meletakkan syarat kepada semua pemaju rumah mewah harus membina 30 peratus rumah kos rendah dalam projek mereka. Inilah perangai DAP yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan nasib rakyat",

Kenapa beliau tidak menyebut sehingga habis apa sebenarnya syarat yang memerlukan para pemaju membina 30% rumah kos rendah dalam projek mereka?

Ramai yang tidak tahu, mengikut garis panduan yang digunapakai oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang berkenaan Akta Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 30% rumah kos rendah perlu dibina oleh pemaju yang memajukan sesuatu projek perumahan jika jumlah rumah yang dibina oleh mereka melebihi 150 buah..

Kerana bijaknya para peguam yang berada di pihak pemaju, mereka telah memanipulasi kelemahan yang ada ini dimana dalam sesuatu projek perumahan mereka membina kurang dari 150 buah rumah oleh itu tiada rumah kos rendah yang perlu dibina oleh mereka melainkan hanya memberi sedikit sumbangan berbentuk material kepada kerajaan negeri sebagai ganti.

Jadi kerana bijaknya mereka memanipulasi undang-undang yang telah ujud sejak dari UMNO diperkudakan GERAKAN lagi kini kita melihat banyak projek-projek rumah mewah yang jumlahnya sedikit dibangunkan oleh berbagai Syarikat.

Berbagai syarikat yang jika disiasat merupakan anak-anak syarikat kepada dua atau tiga Syarikat Induk..

Jadi salah siapa sebenarnya Melayu Pulau Pinang terpinggir dan kemudiannya tersingkir dari bahagian Pulau??

Salahkan UMNO!!!!

Datuk Azhar.. hang diamlah!! Datuk Zainal Abidin Osman pun sama juga…

Lagi satu.. Wang Ehsan RM100 yang dikutip dulu tu dah pergi mana? Nak songlap jugak ka?

Baca juga siri pengkhianatan UMNO terhadap Melayu di (SINI)

Berita berkaitan..

2011/07/28
Orang Melayu tak mampu beli rasa diusir secara halus

BUTTERWORTH: Peningkatan harga rumah di Balik Pulau, Pulau Pinang sehingga mencecah jutaan ringgit mengakibatkan orang Melayu di sana tidak mampu memilikinya, sekali gus menyebabkan mereka kini berdepan tindakan 'pengusiran' secara halus dari penempatan berkenaan.

Sejak kebelakangan ini, projek perumahan berharga serendah kira-kira RM500,000 seunit dibangunkan sektor swasta begitu banyak di Balik Pulau, sedangkan kebanyakan penduduk bekerja nelayan, petani dan pekerja kilang.

Pada masa sama, tiada pembangunan rumah kos rendah dan sederhana rendah oleh kerajaan negeri, malah projek dibangunkan oleh agensi Kerajaan Pusat seperti Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dikenakan tekanan.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim, berkata pembinaan rumah mewah itu menyebabkan penduduk terpaksa keluar dari penempatan asal kerana tidak mampu memiliki rumah mahal.

Katanya, pengusiran secara halus orang Melayu satu daripada taktik kerajaan DAP Pulau Pinang diketuai Ketua Menteri, Lim Guan Eng, yang sememangnya dikenali seorang yang rasis dan chauvinis seperti didakwa pelbagai pihak.

"Ini satu bentuk pengusiran orang Melayu di bahagian pulau dengan rumah di sana termasuk di kawasan paling hulu (luar bandar), iaitu Balik Pulau harganya bermula RM500,000 ke atas... mana orang Melayu berpendapatan rendah dan sederhana mampu memiliki rumah semahal itu.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memperkenalkan dasar yang membolehkan rakyat berpendapatan rendah dan baru bekerja boleh membeli rumah di bawah RM300,000, tetapi dengan harga rumah di Pulau Pinang pada masa ini yang terlalu mahal... bolehkah mereka membelinya?," katanya pada sidang media di sini, semalam.


Berita Harian Online

Tiada ulasan: