Selasa, 12 Julai 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


APALA UMNO NI..ORANG PETIK HADIS DIANGGAP HINA AGAMA...NABI MUHAMMAD TANYA HUKUM DALAM KITAB YAHUDI APA MENGHINA YAHUDI?..

Posted: 12 Jul 2011 08:14 AM PDT

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Datuk Mohamad Satim Diman hari ini diarah keluar Dewan setelah mempertikaikan tindakan ADUN Sekinchan, Ng Suee
Lim yang dikatakan cuba memetik Hadis dalam perbahasannya.

azlanTindakan itu diambil Speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Kim setelah Mohamad Satim (kiri) enggan mematuhi arahannya supaya duduk dan menghentikan perbalahannya berhubung soal agama itu ketika Ng membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2011 pada sidang itu.

Ketika membahaskan rang undang-undang itu, Ng menyatakan beliau mahu membacakan sebuah hadis sebagai hujah untuk menyokong perbahasannya itu namun ditegur oleh Mohamad Satim apakah kesahihan, benar atau tidak hadis yang mahu bacakan oleh wakil rakyat DAP itu.

Bagaimanapun, Ng tidak menyatakan hadis apakah yang beliau mahu bacakan itu selain memberikan alasan bahawa tindakannya mahu menggunakan hadis kerana beliau meminati agama Islam.

Sementara itu, Mohamad Satim ketika ditemui pemberita di luar Dewan menyifatkan Ng tidak layak untuk membicarakan soal hadis kerana beliau bukan seorang Islam selain tidak memahami agama Islam termasuklah tidak memahami hadis Rasulullah SAW itu sendiri.

"Kenapa beliau mahu membicarakan mengenai hadis agama Islam sedangkan beliau tidak beriman kepada agama itu sendiri. Saya melihat tindakannya itu seolah-olah mahu mempersendakan Islam.

"Betul ke beliau tahu hadis? Saya tanya hadis mana, sahih atau tidak, di mana dia rujuk hadis itu, Ng tak jawab," katanya.

Mohamad Satim menyatakan sebagai rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, semua pihak baik daripada apa-apa agama pun sepatutnya menghormati sensitiviti dengan tidak mempergunakan agama masing-masing untuk tujuan dan kepentingan tertentu.

"Kalau saya menyatakan sesuatu daripada ajaran agama Buddha, Kristian dan sebagainya dan ia tidak betul, ia sudah tentu menyinggung perasaan penganut agama itu," katanya.

- Bernama

CERITA ALTANTUYA DAN NAJIB LAGI?

Posted: 11 Jul 2011 09:31 AM PDT

NGO hak asasi manusia, Suaram, telah mendedahkan maklumat lanjut tentang perjalanan kedua penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan penganalisis politik Abdul Razak Baginda, kali ini ke Hong Kong.

memo to suhakam immigration ban 140907 cynthia gabriel"Kami mendapati terdapat tiket penerbangan ke Hong Kong atas nama Altantuya, Razak dan beberapa orang lagi," kata Cynthia Gabriel (kiri) yang merupakan ahli sekretariat Suaram.

Altantuya bersama dengan Abdul Razak - seorang rakan karib Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak - sebelum menandatangani perjanjian untuk membeli dua buah kapal selam dari Perancis oleh Kementerian Pertahanan Malaysia.

Suaram sebelum ini telah mendedahkan bahawa kedua-duanya telah ke Macau dalam kunjungan pertama mereka, bersama seorang lagi individu misteri.

NONEMaklumat itu muncul menjelang lawatan peguam terkemuka Perancis, William Bourdon ke Malaysia, di mana Suaram berjanji akan
mendedahkan maklumat baru tentang urusniaga kapal selam Scorpene yang kontroversi itu, termasuk butiran tentang pembayaran yang tidak diketahui sebelum ini yang melibatkan "pegawai yang berkedudukan sangat tinggi".

Ditanya jika Suaram bimbang Bourdon tidak akan dibenarkan masuk dan dihantar pulang sewaktu tiba di Malaysia, Fadiah Nadwa Fikri, yang juga seorang ahli sekretariat Suaram, berkata ia adalah suatu risiko.

"Kami menggesa kerajaan supaya tidak mengenakan sebarang sekatan untuk Bourdon masuk ke Malaysia, apa-apa sekatan yang dikenakan, adalah bertentangan dengan kebebasan pergerakan," kata Cynthia.

Tiada ulasan: