Briged Al-Akhdor LR2 |
- BERSIH 2.0: Saya tak sembunyi, kata Shuhardi
- Bukankah Fahaman UMNO Lebih Bahaya Daripada Wahabi?
- Siapa Yang Mendedahkan Dokumen Kastam?
BERSIH 2.0: Saya tak sembunyi, kata Shuhardi Posted: 30 Jul 2011 07:32 AM PDT BERSIH 2.0: Saya tak sembunyi, kata ShuhardiShuhardi yang ditemui pada satu sidang akhbar di Kuala Lumpur, sebaliknya berkata beliau tidak pernah menerima sebarang surat rasmi memintanya menghadirkan diri bagi membantu siasatan dari mana-mana balai polis. "Bukankah polis lebih profesional dan tahu segala prosuder jika mahu seseorang itu memberi keterangan berhubung apa-apa kes? Saya tidak bersembunyi, datanglah ke rumah saya dengan tertib. Saya akan bekerjasama dengan mereka (polis)," katanya. Shuhardi yang juga Setiausaha Agung Persatuan Usahawan Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (Uruskop) menjelaskan, beliau terpaksa tampil memberi penjelasan berhubung kekeliruan kematian Allahyarham Baharudin kerana ia jelas menjatuhkan maruah dirinya. "Saya masih hidup... yang meninggal Allahyarham Baharudin. Saya ingat perkara ini dah selesai dan saya tidak perlu tampil beri keterangan kerana ada blogger-blogger yang mengeluarkan gambar saya dengan mengatakan saya adalah Allahyarham Baharudin, telah meminta maaf kepada saya. Kekeliruan "Tapi semalam bila saya lihat komen Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang berkata saya dipercayai menyembunyikan diri, saya terpaksa mendedahkan perkara ini," katanya.Beliau berkata polis sepatutnya menyiasat mereka yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan mengenai dirinya daripada menumpukan siasatan ke atas dirnya sendiri. "Saya yakin pihak polis mampu membuat siasatan berdasarkan maklumat dalam internet tanpa perlu melibatkan saya. Malah saya rasa polis sepatutnya siasat mereka yang keluarkan kenyataan keliru mengenai mereka. Saya rasa sepatutnya saya yang menyaman mereka (blogger) yang salah dengan mengaitkan nama saya itu," katanya. "Tetapi kerana kenyataan maaf dan pembetulan fakta yang dibuat seawal 10 Julai, maka saya menganggap perkara ini tidak perlu diperpanjangkan, malangnya kira-kira seminggu selepas peristiwa Bersih itu, pihak polis dan media masih mengaitkan nama saya," katanya. Beliau berkata kekeliruan tersebut terlebih dahulu telah dijelaskan oleh anaknya menerusi "facebook" dengan menjelaskan bahawa gambar yang disiarkan bukanlah gambar Shuhardi yang pengsan dalam perhimpunan tersebut.Bapa kepada dua isteri dan 10 anak ini mendakwa tidak berkomplot dengan mana-mana pihak tertentu untuk berlakon dalam apa jua "aksi" kematian serta tidak mengenali Allahyarham Baharudin (kanan) sendiri. "Saya juga tidak kenal dengan mana-mana wartawan atau jurugambar yang datang buat liputan.Saya bukanlah "desperate" untuk dapatkan sogokan yang tidak bermaruah kerana Alhamdulillah saya hidup mewah," katanya. Suhardi berkata beliau bersedia memberikan kerjasama dengan pihak sumber |
Bukankah Fahaman UMNO Lebih Bahaya Daripada Wahabi? Posted: 30 Jul 2011 06:00 AM PDT Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man Keghairahan UMNO melalui agensi Majis Keselamatan Negara (MKN) membuat tuduhan mengaitkan Wahabi dengan pengganas bukanlah sesuatu yang baik untuk negara. Wahabi yang diasaskan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab mempunyai perbezaan dalam perkara furu', bukan soal penafian prinsip Islam. Kerana itu, ia diterima dan dianuti oleh kerajaan Arab Saudi dan beberapa negara lain. Arab Saudi, sekurang-kurangnya telah melaksanakan hukum hudud, Qisas dan Takzir, akan tetapi Malaysia masih terkial-kial mencari formula mengatasi masalah jenayah dalam negara. UMNO dalam sejarahnya pernah mengeluarkan kenyataan yang menghina hukum syarak, memperlekehkan sunnah nabi, menganggap negara akan mundur kalau melaksanakan Islam, bahkan lebih teruk dari itu, ada sebilangan pemimpin UMNO pernah menanggap politik suku agama suku. Fahaman sekular yang dianuti oleh sebahagian pimpinan tertinggi menyebabkan Islam hanya ditadbir sebagai satu jabatan, bukan sebagai satu sistem kehidupan manusia. Bukankah ini bukti fahaman UMNO yang berdasar sistem pragmatisme sebenarnya jauh lebih bahaya dari Wahabi? Tuduhan mengaitkan beberapa tokoh agama dengan pengganas bukanlah perkara baru, bahkan ianya selaras dengan anggapan Amerika Syarikat terhadap gerakan Islam. Cuma yang agak menghairankan bilamana ulamak Muda UMNO juga tergolong senarai pengganas. Apakah Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengenakan mereka di bawah Ordinan darurat, sebagaimana nasib enam aktivitis PSM yang sehingga kini rakyat tidak tahu apa jenis ancaman yang mereka bawa kerana menyokong Bersih 2.0? Kerana kalau benar ulama muda Umno ini ada kaitan dengan pengganas, bukankah ia sudah pasti menjadi ancaman kepada keselamatan negara? Sehubungan itu, saya bersetuju dengan pandangan bekas mufti, Dr Asri Zainul Abidin agar 40 ulama muda Umno ini menyemak kembali penyertaan mereka dalam UMNO. Tidak terfikirkah bahawa apabila ulamak Umno pun dicop sebagai pengganas, bukankah ini bermaksud pemimpin mereka lebih hebat lagi? Tapi, apa yang hairannya, inilah Umno. Bagi mereka, kerja lanun merompak wang negara dengan membunuh karear politik musuh dalaman atau luaran mereka adalah satu kerja yang halal dan wajib dilaksanakan asalkan kuasa politik mereka terjaga. Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man Ketua Penerangan PAS Pusat |
Siapa Yang Mendedahkan Dokumen Kastam? Posted: 29 Jul 2011 05:38 PM PDT " Jahat sungguh manusia yang buat mulut terhadap FLOM ( First Liability Of Malaysia). Tak habis-habis buat fitnah. Baiknya diri yang kena fitnah sehingga tak mahu layan lagi persoalan itu. Masa sekarang lebih baik bantu rakyat. Rakyat perlu bantuan dan pembelaan. Terutamanya dekat-dekat pilihanraya ini. Dua tiga bulan ini rakyat jadi kelaparan sangat secara tetiba. Kesian! Kesian! Dia orang ini tak habis-habis nak main politik fitnah. Kesian kat rakyat yang berbaris panjang nak bersalam tu. Inilah masanya rakyat akan jeling-jeling permata di jari ini. Taklah mahal sangat. RM24 juta sahaja. Duit simpan sejak dalam perut emak. Queen tak mampu beli ni. Sekadar gaun kuning yang tak berapa sen tu bolehlah. Geram betul aku. Merah padam muka suamiku. Jagalah kau. Kau ingat kau sahaja boleh pakai kuning? Aku dalam punya lebih kuninglah dari you. Ori lagi. FLOM, orang kata dokumen kastam dah ada di internet. Sialan betullah. Macam mana boleh bocor macam ni. Tak serik-seriklah mereka ni. Kan dah ada seorang mati jatuh bangunan. Tak nak insaf lagi? Tapi, soal-siasat tak akan di buat di tingkat tinggi lagi. Ah, itu tak jadi masalah. C4 kan masih banyak di dalam stor. Baik aku jadikan batu jampi daripada meletup sendiri. "Kita akan bantu rakyat bukan kerana pilihanraya. Bantu rakyat ni memang dah kerja kita tak kira masa. Kita akan lahirkan modal-modal insan yang akan menjadi permata kepada negara kita apabila mereka dewasa nanti." Ah, permata lagi. Terkejut beruk FLOM sambil menyembunyikan 'Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond' di balik selendang merah. Rakyat tersenyum, di belakang menyumpah. Kerana cincin sebentuk, tak pasal-pasal aku dikerah. "Rakyat Perlu Tahu Sekarang...... Taming Sari Di Tangan Jebat."sumber |
You are subscribed to email updates from Briged Al-Akhdor LR2 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan