Sabtu, 16 Julai 2011

.

.


Sebangit Dari Tidur Petang

Posted: 16 Jul 2011 01:57 AM PDT

Tuhan Selamatlah Dr Lo'Lo'

SEBAGANKIT dari tidur, ingatan tiba-tiba saja terhimbau kepada Ahli Parlimen Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali. Kebetulan pula di radio berkumandang lagu hindustan darI filem Kuch Kuch Ho Tai Hai yang iramanya penuh mendayu dan sayu. Seni kata dalam lagu itu mengisahkan mengenai kesedihan jiwa sepasang remaja yang sedang kesedihan lantaran cinta terhalang.

Tidak sekoyang-koyang pula jejari terus berputar mencari folder gambar lama untuk mengintai wajah Dr Lo' Lo yang lemah lembut dan cantik. Wajah Dr Lo' Lo' di tenung secara senyap dari dekat begitu menawan dan anggun sekali. Tutur biacarnya lemah lembut akan menawan hati sesiapa sahaja.

Sifat dan seni kewanitaannya sangat terserlah. Dia ada kalanya persis seorang kanak-kanak yang nakal dan suka menusik teman. Penampilannya dengan gaya dan fesyen tersendiri menjadikan ia mudah dikenali dan diingati.

Manalala pada wajahnya jika ditenug dari makrifat kemanusiaan seakan terpendam sebuah kesedihan yang tidak boleh dikongsi dengan sesiapa, hatta suami dan anakp-anaknya sendiri.

Ah jauh sekali saya menjelajahi ingatan kepada seorang serikandi Pas yang lantang ketika berbahas di Parlimen. Beliau juga semacam serangakian dengan kawan se parlimennya, Dr Mariah Mahmud.

Tahukan anda khasnya penjenguk setia blog Merah Tinta bahawa Dr kecil kesayangan kita kini sedang berada dalam keadaan kritikal saat ini. Khabar terbaru mengenai begitunya mengharukan perasaan, Dr Lo' Lo' kini sudah tidak sedarkan diri, dan terlantar di hospital Selayang disebabkan kanser. Saya khasnya semacam takut untuk berbicara mengenainya sebaik mengetahui keadaan terbaru beliau.

Dr Lo' Lo' sudah lama diketahui menghidap kanser. Dia sedang berperang dengan penyakit yang zalim itu. Namun kerana ketabahan dan keulitan beliau terus melawan dan mempertahankan dirinya. Suaranya yang tidak pernah diam membela nasib rakyat di Parlimennya khasnya rakyat Kampun Baru menyebabkan tidak ramai perasaan yang beliau berada di ambang maut. Melihat cara beliau menjalankan tugasnya seolah beliau sudah melupai kepada penyakit itu.

Di senja yang permai ini bersama kian menghijau subur ingatan saya dan kerinduan, bersamalah kita mendoakan semoga Dr Lo' Lo' selamat dan sembuh. Biarlah dia diberi peluang untuk bangun bagi terus berkhidmat kepada agama, bangsa dan nusanya. Dr Lo' Lo' dari jauh aku layang kepingan doa-doa ini, dan angin bawalah harapan ku ke sisi Yang Maha Berkuasa.

Semoha doa kecil yang diberai air mata ini didengari oleh Tuhan, dengar dan terimalah ya Azim ya Jabbar. [wm.kl.5:10 pm 16/07/11]

Tiada ulasan: