Blog-list Malaysia |
- Ditangkap Hanya Kerana Tulis Tweet..
- Lawak Of The Year Dari Katak Paling Bangang..
- Saya tak ada masa nak layan - Rosmah
- PM nasihat Cina India 'Jangan buta sejarah dan jangan tak kenang budi'
- Permata mahu lebih peruntukan
- PANAS - POLIS MENIPU KLIP VIDEO BERSIH 2.0
Ditangkap Hanya Kerana Tulis Tweet.. Posted: 28 Jul 2011 11:39 PM PDT Polis mengeledah rumah penulis blog Chan Lilian di Pulau Pinang dan merampas komputer meja dan modem miliknya, dalam siasatan mereka berhubung tweet yang dihantarnya bulan lalu. Chan (kiri), seorang juruvideo, sedang disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan kerana mesej tweetnya itu, serta Seksyen 27 (5) Akta Polis kerana didakwa mengambil bahagian dalam perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu di Kuala Lumpur. Jika sabit kesalahan, Chan menghadapi hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda tidak lebih daripada RM5,000, atau kedua-duanya sekali. Semalam, empat pegawai polis dari unit jenayah siber Brickfields, Kuala Lumpur, menyoalsiasat Chan selama kira-kira satu jam di ibupejabat polis (daerah timur laut) Jalan Petani, Pulau Pinang. Mereka kemudiannya pergi ke rumah Chan di Tanjung Bungah dan menghabiskan masa selama dua jam mencari "bukti". Mereka juga menyemak lapan fail dalam komputer Chan, mengambil gambar akaun Twitter beliau dan melukis gambar rajah kawasan di situ. Pasukan polis, yang diketuai pegawai penyiasat ASP Ridzuan Ibrahim, beredar kira-kira jam 8.30 malam, dengan membawa komputer dan modem Chan. Ditanya pemberita mengenai rampasan komputer Chan, Ridzuan enggan mengulas dan beredar dari situ. Chan yang ditemani peguam Tham Shien Shyong berkata: "Ini adalah harga yang terpaksa saya bayar kerana menyuarakan fikiran saya." Bercakap kepada pemberita kemudiannya di luar rumahnya, Chan bertegas beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk menghasut sesiapa, "tweet saya terhad kepada (900 ahli) tetapi privasinya telah disalahgunakan." Chan, yang merupakan kakitangan sementara di sebuah unit kerajaan Pulau Pinang, bertekad tidak akan berhenti menggunakan tweet kerana dia mempunyai hak kepada kebebasan bersuara. |
Lawak Of The Year Dari Katak Paling Bangang.. Posted: 28 Jul 2011 09:58 PM PDT PERKASA batal himpunan - elak Melayu bertembung Presiden PERKASA Ibrahim Ali mendakwa beliau membatalkan perhimpunan 9 Julai bagi membantah perarakan BERSIH 2.0 pada minit terakhir bagi mengelakkan pertembungan di kalangan orang Melayu. Dakwanya beliau mengeluarkan arahan berkenaan kepada penyokong PERKASA kira-kira 90 minit sebelum mereka sepatutnya berkumpul di Taman Tasik Titiwangsa pada jam 2.30 petang Sabtu itu. Menurut Ibraham, keputusan menarik diri itu dibuat selepas kira-kira 50 ahlinya yang dihantar sebagai penyamar menyelinap di kalangan penyokong BERSIH 2.0 bagi memantau perkembangan pada hari tersebut. "Mereka beritahu saya, peserta (BERSIH 2.0) adalah orang Melayu. Cina hanya sedikit, mungkin satu atau dua peratus, dan India lagi tidak ramai. "Saya tanya mana (pemimpin DAP) Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, mereka kata tak ada. Kemudian, saya tanya siapa yang ada? Mereka kata (ketua umum PKR) Anwar (Ibrahim) dan (presiden PAS) Abdul Hadi Awang," kata Ibrahim. "Jika kita (PERKASA) berkumpul, kita tidak boleh menahan penyokong kita daripada berarak, dan akan berlaku pertembungan di kalangan orang Melayu," katanya dalam wawancara eksklusif dengan stesen TV internet - eTV - minggu lalu. Keputusan 'berani' Ibrahim juga mendakwa dua faktor lain yang mempengaruhi keputusan 'berani' yang diambilnya itu bagi membatalkan perhimpunan PERKASA adalah kerana menghormati titah Yang di-Pertuan Agong dan Tuanku Sultan Selangor yang tidak mahu demonstrasi jalanan diadakan. Pada masa yang sama, dakwanya PERKASA tidak mahu menambahkan beban polis yang terpaksa berdepan dengan perhimpunan haram BERSIH pada hari berkenaan. "Jadi mengambil kira titah Agong dan Sultan, dan demi orang Melayu serta menyedari polis sibuk mengawal BERSIH, jadi saya buat keputusan berani supaya perhimpunan (PERKASA) tidak diadakan. Saya batalkan perhimpunan pada jam 1 petang. "Jika saya teruskan pada hari itu, dengan senang saya boleh kumpulkan 3,000 orang. Apabila saya batalkan perhimpunan itu, di Titiwangsa sudahpun berada 300 ahli PERKASA," dakwanya. Sambil menafikan dirinya itu pengecut dan dakwaan bahawa PERKASA gagal mengumpulkan penyokongnya, Ibrahim, 61, yang juga ahli parlimen Bebas bagi Pasir Mas berkata menjelang 9 Julai, 15,000 orang telah berdaftar bagi menyertai perhimpunan itu. Ibrahim bagaimanapun mengakui pada hari tersebut beliau berada di rumah dan berulang-kali menafikan ahli PERKASA adalah penakut dan mendakwa semua penyokongnya telah bersiap-sedia dan hanya menunggu arahannya. Malah, dakwanya mereka yang membuat tuduhan seumpama itu adalah golongan yang sakit, bodoh dan banggang yang cuba memprovokasikan dirinya. |
Saya tak ada masa nak layan - Rosmah Posted: 28 Jul 2011 09:29 PM PDT POKOK SENA: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor semalam menyifatkan dakwaan yang mengaitkannya dengan pembelian cincin berharga lebih RM24 juta adalah fitnah. Rosmah berkata, sebagai isteri Perdana Menteri beliau lebih senang memberi tumpuan terhadap perkara lebih berfaedah, terutama dalam hal dan agenda pembangunan rakyat daripada melayan isu tidak relevan. "Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh). "Ini bukan perkara seronok-seronok, ini adalah fitnah... apa yang saya tidak rasa? Semua saya sudah rasa (difitnah). Justeru, daripada saya layan perkara seumpama ini lebih baik saya beri perhatian kepada hal rakyat kerana itu lebih penting," katanya selepas menghadiri Majlis Apa Khabar Permata Negara di sini, semalam. Rosmah yang berada di Kedah mengiringi Datuk Seri Najib Razak dalam rangka lawatan kerja sehari ke negeri ini, semalam, berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan portal berita pembangkang baru-baru ini kononnya beliau membeli sebentuk cincin bertatahkan berlian bernilai lebih RM24 juta. Sementara itu, Rosmah berkata, sebagai isteri Perdana Menteri yang mempunyai kelulusan dan kelayakan lebih wajar baginya untuk menyumbang kepada usaha membantu rakyat termasuk usaha memantapkan pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar. "Saya lebih senang dengan apa yang saya lakukan sekarang bagi membantu rakyat terutama dalam hal memperkasa pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar kerana bagi saya ilmu adalah harta paling bernilai untuk masa depan mereka," katanya. Berita Harian Online |
PM nasihat Cina India 'Jangan buta sejarah dan jangan tak kenang budi' Posted: 28 Jul 2011 06:02 PM PDT Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat terutama Cina dan India supaya kembali mengenang jasa Barisan Nasional yang didakwanya bersikap terbuka sehingga tertubuhnya sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil di negara ini. Tidak cukup dengan itu, Perdana Menteri turut menasihatkan mereka yang terbabit supaya "jangan buta sejarah dan jangan tak kenang budi" dengan apa yang dinikmati dibawa oleh kerajaan pusat yang diteraju Umno sejak merdeka. "Jangan kita buta sejarah dan jangan tak kenang budi. Ini sejarahnya yang kita warisi sehingga hari ini. "Kalau pemimpin-pemimpin Perikatan (Barisan Nasional) dulu tak buat keputusan ini takkan ada sekolah Cina hari ini. Jangan jadi bangsa yang buta sejarah dan tak kenang budi. "Kerajaan mengekalkan sekolah-sekolah yang patuh (mengikut) kurikulum sekolah kebangsaan atau sekolah persendirian Cina yang masih wujud hingga sekarang. "Tiada negara lain di dunia yang amalkan sikap terbuka seperti ini," ujarnya pagi semalam, dipetik dari Bernama. Penangdaily difahamkan, nasihat terbuka itu disuarakan ekoran kebimbangan dengan penyertaan luar biasa daripada Melayu dan bukan Melayu dalam perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lepas. Bersih 1.0 pada November 2007 hanya disertai Melayu sahaja dan kurang membimbangkan Barisan Nasional berbanding perkembangan terbaru Bersih 2.0. Beliau selaku Pengerusi Barisan Nasional merangkap Presiden Umno turut mempertahankan pentadbiran pusat kononnya melaksanakan demokrasi walaupun beberapa undang-undang 'tahanan tanpa bicara' seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ordinan Darurat (EO) masih digunakan secara semberono sehingga sekarang. "Dia buta sejarah kerana (demokrasi) dah dibuat oleh pemimpin terdahulu. Kita mahu baiki sistem demokrasi kita tetapi jangan sampai menafikan tak wujud demokrasi di negara kita," katanya. Bercakap di Majlis Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Keat Hwa 1 di Jalan Kuala Kedah dekat Alor Setar sempena sambutan 100 tahun penubuhan sekolah tersebut, beliau turut mengajak rakyat menerima konsep 1Malaysia yang didakwanya mampu meningkatkan perpaduan dan integrasi nasional. Rakyat, menurut beliau, wajar berpindah dari konsep 'toleransi' kepada konsep 'penerimaan'. "Saya mengajak seluruh rakyat Malaysia berpindah daripada konsep toleransi kepada konsep penerimaan. Konsep toleransi tak begitu bermakna... kalau kita berganjak kepada konsep penerimaan dapat kukuhkan perpaduan nasional," ujarnya. Saranan itu disampaikan ketika enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Ordinan Darurat bertekad untuk mogok lapar; selain insiden polis bertindak agresif ke atas rakyat pada 9 Julai lepas. Dipetik dari Penangdaily |
Posted: 28 Jul 2011 10:06 AM PDT POKOK SENA: Program Permata Negara (PPN) memerlukan peruntukan yang lebih bagi memperluaskan pembangunan pusat berkenaan di kawasan yang memerlukan terutama di luar bandar. Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Permata Negara berkata penubuhan pusat itu di luar bandar akan memastikan kanak-kanak terutama di bawah usia empat tahun, dapat mengikuti proses pembelajaran terbaik, lebih sistematik dan saintifik. "Saya sangat berharap supaya kerajaan dapat menambah peruntukan untuk program Permata ini kerana ia mendapat permintaan yang ramai daripada ibu bapa dan sekarang setiap pusat hanya dapat menampung lebih kurang 50 pelajar," katanya hari ini. Beliau yang ditemui pemberita selepas melawat Pusat Anak Permata Negara (PAPN) Parlimen Pokok Sena di sini, berkata setakat ini Kedah hanya mempunyai dua PAPN, manakala 41 tabika Kemas, tiga tabika Perpaduan dan satu pusat jagaan di tempat kerja menggunakan sukatan pelajaran PPN. "Saya berpuas hati dengan perkembangan pusat Permata di Pokok Sena ini dan telah adakan perbualan serta penerangan kepada ibu bapa yang mana anak mereka hadir ke pusat ini," katanya. Rosmah berkata satu lagi PAPN bakal ditubuhkan di negeri ini iaitu di Guar Chempedak di Yan dan dijangka beroperasi awal 2012. PAPN itu antara 28 PAPN yang ditubuhkan di bawah Rancangan Malaysia ke-10, katanya. Mengenai tenaga pengajar di PAPN, beliau berkata setakat ini ia mencukupi kerana mendapat permohonan terus daripada graduan yang baru menamatkan pengajian sama ada di peringkat diploma atau ijazah. "Tenaga pengajar tiada masalah sebab kita dapat banyak permohonan terutama daripada mahasiswi yang baru tamat pengajian dalam bidang Early Childhood Education dan mereka diberi kursus khas sebelum mula mengajar," katanya. Sementara itu ketika berucap, beliau berkata PPN tidak mempunyai kepentingan politik, sebaliknya penubuhan pusat itu adalah demi masa depan kanak-kanak dalam memastikan mereka mendapat pendidikan yang baik, efektif serta berkualiti tanpa memerlukan belanja yang besar. "Sesiapa sahaja boleh mendaftar di Permata Negara, tidak kira fahaman politik, bangsa dan agama kerana kita mendidik anak-anak sifat jati diri, sifat mulia seperti bersopan santun dan bijak berinteraksi. "Kalau kerajaan beri lebih sikit jangan marah sebab itu untuk kebaikan rakyat seluruhnya terutama kanak-kanak," katanya. - Bernama |
PANAS - POLIS MENIPU KLIP VIDEO BERSIH 2.0 Posted: 28 Jul 2011 07:06 AM PDT KUALA LUMPUR: Keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad hari ini tampil menafikan lelaki dalam rakaman CCTV yang ditayangkan polis di saluran televisyen perdana adalah beliau. Menurut anak saudaranya, Azhar Kassim, pihak keluarga menolak sekeras-kerasnya lelaki dalam video tersebut adalah arwah Baharudin dan mereka juga kesal dengan tindakan polis menayangkan video itu. "Video itu bukan arwah, kami menafikan sekeras-kerasnya itu adalah beliau. "Setakat ini pihak peguam keluarga memperincikan beberapa alasan kami menolak bahawa itu adalah Baharudin," kata Azhar ketika dihubungi KeadilanDaily.com. Menurut Azhar, mereka ada alasan yang kukuh mengapa lelaki dalam video itu bukan arwah Baharudin. "Kami ada alasan yang kukuh dan kuat kerana video yang ditunjukkan tidak selari dengan gambar arwah semasa dibawa keluar daripada Avenue K oleh pegawai perubatan. "Mulanya gambar yang ditunjuk, pakai seluar jeans, tapi masa dibawa keluar pakai seluar hitam. Tapi keluarga menegaskan bahawa semasa keluar dari rumah untuk ke perhimpunan Bersih, arwah pakai baju putih berseluar hitam," kata beliau. Selain itu, bentuk fizikal arwah Baharudin yang amat dikenali ahli keluarganya menguatkan lagi keyakinan mereka lelaki dalam video itu bukan beliau. "Kalau tengok video itu, rupa yang kononnya Baharudin adalah cengkung, tapi muka sebenar arwah bentuk bulat. "Manakala cara jalan arwah tidak sama, kami percayai arwah sebelum ini jatuh berdekatan KLCC, takkan boleh berlari masuk," ujarnya. Azhar seterusnya menyifatkan tayangan video itu sebagai mengganggu siasatan yang masih lagi berjalan ke atas kematian Baharudin. "Sepatutnya polis berbincang dengan keluarga dan peguam sebelum keluarkan video itu, ini sedang mengganggu siasatan. Tindakan polis hanya mahu melepaskan batuk di tangga, nak senang semuanya," katanya. Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid Jumaat lalu mendakwa kononnya tulang rusuk Baharudin patah mungkin disebabkan rawatan kecemasan yang diberikan ke atasnya. Beliau turut mendakwa kononnya gigi lelaki berusia 58 tahun itu mungkin patah disebabkan tiub bantuan pernafasan yang dimasukkan ke dalam mulutnya. Salleh juga mendakwa, tiada gas pemedih mata dilepaskan di KLCC dan tiada anggota polis berada di lokasi Baharudin meninggal dunia.- kdaily |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan