Rabu, 27 Julai 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


TERKINI - 10 ditahan ketika cuba serah surat pada Najib

Posted: 27 Jul 2011 12:57 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Julai: 10 orang termasuk enam anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) ditahan polis di stesen Sentral Kuala Lumpur hari ini.

Mereka ditahan kira-kira jam 2.50 petang ketika sedang berbaris bersama pelatih PLKN menyambut ketibaan Datuk Seri Najib Razak untuk merasmikan kempen Kibarkan Jalur Gemilang di sini.

Antara yang ditahan termasuklah Timbalan Ketua Penerangan AMK Rozan Azin Mat Rasip, Exco AMK Pusat, Zaki Yamani, Zulfikar Ali Ariffin, Manivannan Gowindasamy dan pembantu ahli parlimen Ampang, Mohamad Fareez Kamal Intidzan.

Insiden berlaku apabila Zaki cuba masuk ke dalam laluan Najib bagi menyerahkan sepucuk surat kepada Perdana Menteri itu.


Sebaik sahaja beliau masuk sambil memanggil "Datuk Seri", empat pengawal peribadi Najib terus memegangnya dan mengheret beliau keluar dari tempat tersebut dan diserahkan kepada anggota polis yang sedia berkawal.

Najib juga dilihat sempat melihat ke arah Zaki dan pergelutan yang berlaku yang hanya berjarak kira-kira satu meter darinya.

Seorang rakannya, Zulfikar pula ditahan apabila cuba menayakan kepada polis kenapa Zaki ditahan dengan cara kasar.

Ekoran itu kesemua mereka yang memakai baju kuning itu ditahan pihak polis.

Kesemuanya difahamkan dibawa ke Balai Polis Jalan Travers.

Harakahdaily

Profesor, "Pengampu BN" Berpaling Tadah..

Posted: 27 Jul 2011 12:39 AM PDT

Najib kini semakin kepanasan Pungkoknya apabila ramai dikalangan penganalisa politik yang terkenal sebagai "Pengampu BN" dan digelar sebagai "Prof. kangkung" selama ini telah berani mengkritik kepimpinan Pak Najib and the gang dalam isu-isu yang terkini.

Terbaru...Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddintelah menegaskan walaupun Malaysia sudah mencapai kemerdekaan lebih daripada 50 tahun, namun rakyat negara ini masih dikongkong oleh sistem pentadbiran sedia ada.

Negara akan menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-54 akhir bulan depan.
Bercakap pada Wacana Apa Selepas 9 Julai anjuran Kumpulan Media Karangkraf di sini hari ini, penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini menegaskan, rakyat negara ini masih belum mendapat kebebasan seperti mana yang sepatutnya.


"Kita sudah merdeka tapi kita tidak mendapat kebebasan sebab itu kita cuba untuk mendapatkan (kebebasan) dan keluar daripada kongkongan ini," kata Pengarah Institut Kajian Etnik UKM ini.

"Empat tuntutan Bersih 2.0 (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) iaitu membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal dan akses media yang bebas dan adil adalah sistem sosial yang masih dikongkong dan tidak mendapat kebebasan, ini adalah isu pokok yang belum dapat diselesaikan," kata Shamsul Amri merujuk kepada tuntutan yang dikemukakan Bersih 2.0 kepada SPR.

Ekoran keengganan SPR melaksanakan lapan tuntutan itu, Bersih 2.0 telah mengadakan perhimpunan pada 9 Julai lalu yang menyaksikan ribuan rakyat termasuk pemimpin dan aktivis Pakatan Rakyat membanjiri ibu negara.

Lebih 1,600 orang telah ditahan pada perhimpunan itu.

Empat tuntutan Bersih 2.0 yang lain adalah tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Jelas Shamsul Amri, kerajaan sepatutnya memberi ruang kebebasan kepada rakyat agar amalan demokrasi dapat ditonjolkan.

"Apa yang saya dapat simpulkan adalah kita masih cuba untuk mendapatkan kebebasan. Adakah kebebasan ini semakin sempit atau ruang-ruang ini sudah tiada? Mungkin dengan adanya media baru kebebasan ini boleh dicapai.

"Kita juga masih mencari kebebasan tak kira apa isunya, adakah isu yang kita bangkitkan ini bukan untuk kawasan bandar sahaja tapi untuk semua," katanya di hadapan kira-kira 300 orang.

Nukilan Oleh Juragan

Ulama Muda Umno Kena Kencing.. Hahaha

Posted: 26 Jul 2011 09:23 PM PDT

Pemuda PAS 'simpati' pada ulama muda Umno

Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan hari ini berkata beliau bersimpati dengan 40 ulama muda Umno yang terus dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan keganasan walaupun didakwa sudah berhempas pulas mempertahankan kerajaan.

Antara tindakan itu, tambahnya, apabila kumpulan itu menyerang PAS dalam isu kontroversi Festival Fesyen Islam (IIF) dan menempelak penganjuran perhimpunan BERSIH 2.0.

"Ternyata usaha ulama muda Umno tidak langsung dihargai, kedudukan mereka kini seperti habis madu sepah dibuang merata-rata.

"Saya tidak pasti apakah benar matlamat mereka menyertai Umno adalah untuk menyelamatkan diri mereka dari terus dilabel sebagai wahabi dan pengganas atau tidak," dakwanya dalam artikel di blognya malam tadi.


Bagaimanapun, katanya, beliau bersyukur apabila bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin tidak "terpedaya" walaupun dihulur "bantal empuk" menyertai Umno bersama kumpulan itu pada Jun tahun lalu.

Nasrudin - graduan Universiti Al-Azhar, Mesir - juga menyindir Pemuda Umno yang tidak membela kumpulan itu walaupun dalam masa sama mempertahankan Dr Asri.

"Apakah Pemuda Umno merasakan ulama muda Umno ini menjadi saingan mereka lalu membiarkan mereka dipalit label pengganas?" soalnya sinis.

Bagaimanapun, Nasruddin yang mengakui mengenali sebahagian anggota ulama muda Umno berkata, melalui raut wajah dan sosok tubuh, tidak tergambar di fikirannya bagaimana mereka boleh tersenarai sebagai pengganas.

"Kini saya termenung dianjung musolla sambil mengenang isu ini dan hati saya berdetik, kalaulah 40 ulama muda itu menyertai PAS lalu berganding memperjuangkan Islam, membasmi kejahilan, menentang kezaliman, membenteras kemungkaran dan menegakkan syariat, alangkah manis dan indahnya.

"Berbaloi digelar 'pengganas' oleh kerajaan Umno dan BN kerana menentang mereka," tulisnya lagi dalam artikel itu.

Malaysiakini

Rakyat Tunggu Nak Tengok Video Polis Yang Baik Semasa BERSIH 2,0

Posted: 26 Jul 2011 09:19 PM PDT

Bersih: Kita ada video tulen 'baiknya' polis

BUKIT MERTAJAM, 27 Julai: "Sekiranya pihak berkuasa mendakwa mereka mempunyai video yang menunjukkan polis begitu baik kepada peserta himpunan Bersih 2.0 baru-baru ini, kita mempunyai bukan saja video tulen, tetapi begitu banyak 'kebaikan' polis sehingga kecederaan dan keganasan terhadap rakyat dapat dipertontonkan," kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Ucapan itu disambut dengan tepukan gemuruh oleh ribuan hadirin yang membanjiri Pasti Kebun Sireh, Bukit Mertajam malam tadi, sebaik saja video yang memaparkan keganasana polis dipertontonkan kepada hadirin.

Menurut beliau lagi, sekiranya pihak polis ingin memaparkan kebaikan mereka dalam menangani peserta himpunan pada 9 Julai lalu, ia boleh didedahkan sebaik saja selepas himpunan tersebut, tanpa perlu mengambil masa begitu lama untuk didedahkan.


"Rakyat kini bukan bodoh. Zaman ini bukan zaman sebelum merdeka. Dengan sekelip mata saja maklumat mudah diakseskan ke seluruh dunia.

"Bukankah apa yang berlaku kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, YB Khalid Samad, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cedera, Fayyad pembantu Datuk Seri Anwar yang parah, dan kematian Baharudin Ahmad adalah 'kebaikan' pihak polis.

"Banyak lagi bukti video yang kita rakamkan untuk menunjukkan pihak berkuasa melayan rakyat dengan zalim dan tidak berperikamanusiaan," ujarnya yang juga ahli Parlimen Machang.

Malah katanya, rakyat jangan terpedaya dengan video terpilih yang menjadi bahan siaran media arus perdana untuk menyembunyikan fakta keganasan yang telah mereka lakukan dalam menangani peserta himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai yang lalu.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar serta blogger Amizuddin Ahmat yang disaman oleh Datuk Seri Rais Yatim.

Pensyarah: Majlis media mahu sekat 'suara sumbang'

Posted: 26 Jul 2011 08:01 PM PDT

Cadangan kerajaan bagi menubuhkan majis perundingan media adalah usaha bagi membanteras pandangan "bukan konformis" dan "suara sumbang" khususnya di kalangan media alternatif, kata pensyarah media Zaharom Nain.

"Media online dilihat semakin menjadi masalah," katanya ketika dihubungi untuk mengulas rancangan kerajaan menubuhkan majlis itu.

Mesyuarat pertama bagi membincangkan penubuhan majlis berkenaan diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Datuk Kamaruddin Siaraf. Ia diadakan Isnin lalu dengan beberapa editor di kalangan media arus perdana dan media online diwakili oleh Blog House Malaysia.


Namun beberapa editor kanan, khususnya dari penerbitan seperti The Star, The Edge dan Malay Mail tidak kelihatan pada mesyuarat berkenaan yang dipercayai sebagai isyarat membantah penubuhan majlis berkenaan.

Zaharom (atas, kanan) seorang profesor madya di University of Nottingham, kampus Malaysia berkata majlis itu akan bertindak sebagai satu lagi lapisan tapisan dan akan terus menghakis keyakinan orang ramai terhadap anggotannya.

"Kawalan ketat seperti ini akan menyaksikan media arus perdana hilang terus kredibiliti yang sebelum ini pun sudah banyak hilang.

"Ada kalanya, saya berpendapat, perkara buruk perlu dibiarkan mati sebelum yang baik boleh muncul," katanya.

Profesor Mohd Safar Hasim (kiri) dari Universiti Kebangsaan Malaysia juga sependapat dengan sentimen Zaharom bahawa majlis itu akan dilihat sebagai satu lagi bentuk kawalan yang lebih ketat.

"Apa-apa yang dilihat sebagai menyekat kebebasan tidak akan mendapat sambutan.

"Dunia telah banyak berubah sejak beberapa dekad yang lalu, khususnya dengan adanya Internet. Konsep (rakan kongsi) seperti ini tidak lagi relevan," katanya.

Mohd Safar yang menulis kertas kajian majlis media pada tahun 2002 berkata plan baru sekarang jauh berbeza dengan apa yang dicadangkan dahulu yang objektifnya adalah untuk menggalakkan amalan baik bagi meningkatkan kebebasan media.

"Cadangan jumlah anggota majlis media (pada 2002) adalah 25, dengan tokoh media yang dihormati sebagai pengerusi dan majoriti anggotanya terdiri daripada wartawan dan editor termasuk perwakilan dari beberapa NGO dan Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ).

"Tida ada wakil kerajaan kecuali editor dari Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan agensi berita nasional Bernama," katanya.

Mohd Safar yang mengakui kehadiran jumlah perwakilan kerajaan yang besar dalam majlis media baru yang dicadangkan berkata adalah lebih baik ia dinamakan "Forum Perundingan Media".

Mohd Safar mengakui malah pada 2002, pengamal media juga menolak majlis itu yang dilihat sebagai mekanisme tambahan kawalan dan menuntut agar beberapa undang yang menyekat penerbitan akhbar dan undang-undang penyiaran yang lain dibubarkan sebelum majlis berkenaan ditubuhkan.

'Suaram' dijadikan 'hantu' bagi usir saya - Bourdon

Posted: 26 Jul 2011 07:54 PM PDT

William Bourdon, peguam hak asasi Perancis yang diusir dari Kuala Lumpur minggu lalu tidak memandang ringan dakwaan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kononnya beliau "dipergunakan dan dijadikan mangsa" oleh NGO hak asasi - Suaram.

Menurut Bourdon, beliau hanya bertindak sebagai peguam untuk NGO berkenaan dan tidak melihat bagaimana Suaram mengambil kesempatan ke atas dirinya.

Malah katanya, hak anak guamnya untuk mendapatkan perwakilan perundangan dinafikan apabila pegawai imigresen menahannya di pesawatnya ketika mendarat di Lapangan Terbaang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pagi Jumaat lalu.


"Penjelasan rasional yang dapat saya rumuskan berhubung kenyataan pihak berkuasa ialah mereka cuba menjadikan Suaram sebagai 'hantu' dalam usaha memberi justifikasi arahan yang tidak dapat dijelaskan bagi mengusir saya," katanya kepada Malaysiakini dari Paris.

Sebelum ini, Jabatan Imigresen mendakwa tindakan itu diambil kerana peguam berkenaan mencabuli syarat pas lawatan sosialnya ke Malaysia.

Dalam responnya ke atas pengusiran Bourdon, Ahmad Zahid pada Ahad lalu berkata jika peguam Perancis itu mahu meneruskan kes itu, beliau sepatutnya berbuat demikian di Perancis dan bukannya di Malaysia.

Tegasnya urusniaga pembelian dua kapal selam oleh Malaysia itu adalah sesuatu yang telus sebagaimana yang telah dinyatakannya di Parlimen dan berkata beliau sanggup memberi keterangan di mahkamah.

Beliau turut memberi amaran terhadap pihak yang didakwanya mempunyai niat jahat di sebalik perkara itu dengan memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang pada ketika itu menjadi menteri pertahanan.

Kes kapal selam Scorpene telah difailkan oleh Suaram pada tahun lalu melalui Bourdon dan pasukannya.

Mereka mendakwa firma pertahanan Perancis DCNS membayar RM540 juta sebagai komisyen kepada syarikat Perimekar dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu.

Bayaran komisyen kepada pegawai dan pemimpin kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis.

Perimekar adalah subsidari KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana pemegang saham utamanya adalah isteri Abdul Razak Baginda.

Abdul Razak pula adalah rakan rapat Najib dan pembantunya itu didakwa terbabit dengan pembunuhan penterjemah warga Mongolia Altantuya Shariibuu tetapi kemudiannya dibebaskan oleh mahkamah.

Kedatangan Bourdon Khamis lalu ke Malaysia selain bercakap tentang urusniaga kontroversi pembelian kapal selam itu adalah juga untuk mengutip dana bagi tujuan membiayai kos perundangan di Perancis - Malaysiakini

Tok Guru Tolak Biometrik

Posted: 26 Jul 2011 07:30 PM PDT

Nik Abdul Aziz Nik Mat

Saya menyokong pendirian PAS Pusat yang menolak kaedah biometrik yang ingin diperkenalkan oleh SPR. Adapun laporan yg menyatakan bahawa saya menyokong adalah tidak tepat, saya hanya menyatakan akan menyokong apa jua sistem yang membawa kebaikan dan tidak diragui. Sekiranya biometrik meragukan, maka ia juga wajar ditolak. Tolak kotor, ambil BERSIH


You yang layan kami macam musuh - Ambiga

Posted: 26 Jul 2011 09:30 AM PDT

SHAH ALAM, 26 Julai: Wacana Sinar Harian bertajuk 'Apa selepas 9 Julai' yang berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karang Kraf di sini menyaksikan setiap penjelasan wakil Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disambut 'boo' oleh hadirin hingga ke akhir program.

SPR yang diwakili timbalan pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar dicemuh seawal beliau berhujah menjawab soalan yang dikemukakan moderator iaitu Ketua Eksekutif IDEAS, Wan Saiful Wan Jan.

Wan Saiful dalam soalan awalnya bertanya kenapa SPR dilihat menggunakan ayat-ayat 'difensif' dalam buku terbaru mereka berhubung penjelasan tentang pilihan raya.

Menjawab soalan itu, Wan Ahmad dengan tegas berkata "SPR tidak difensif, kita tidak berpihak kepada mana-mana parti".

Jawapan itu lantas disambut 'boo' oleh hadirin sekaligus menjadikan auditorium gamat seketika dan kemudiannya ditenangkan oleh moderator.


Wacana hampir dua jam itu menampilkan dua lagi ahli panel iaitu Pegerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia Professor Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.

Ia bagaimanapun seolah-olah didominasi wakil SPR apabila hanya beliau diaju soalan oleh para hadirin.

Sepanjang penjelasannya, Wan Ahmad beberapa kali mengulangi kenyataan bahawa SPR 'tiada kuasa' untuk melakukan perubahan malah menjelaskan perubahan sistem pilihan raya hanya boleh dibuat oleh Pejabat Peguam Negara sebelum diluluskan di Parlimen.

Membidas penjelasan itu, seorang hadirin bangun mempersoal kenapa SPR menolak bulat-bulat kesemua lapan tuntutan Bersih termasuk pembersihan daftar pemilih dan tidak membawa cadangan penambahbaikan itu kepada Pejabat Peguam Negara.

Menjawab soalan itu Wan Ahmad berkata SPR tidak ada kuasa mengeluarkan mana-mana nama dalam daftar pemilih melainkan mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Beliau turut mengakui senarai pemilih yang wujud sejak 1959 itu tidak bersih kerana ada individu sudah meninggal dunia namun tiada pengesahan kematian dibuat warisnya kepada JPN.

"Sebab itu kalau kita dengar tadi ada orang berumur lebih 100 tahun, of course sebab kalau dia daftar pemilih pada tahun 1959 tentu umurnya sudah lebih seratus tahun kerana warisnya tak pernah melapor kematian dia kepada JPN," katanya namun sekali lagi dicemuh hadirin kerana dilihat cuba menyalahkan rakyat.

Lantas dengan itu beliau terpaksa merayu kepada hadirin supaya memberinya peluang membuat penjelasan.

Ketika membuat penjelasan lanjutnya, Wan Ahmad tiba-tiba berkata "SPR ditembak dituduh dari pelbagai penjuru, tetapi parti Barisan Nasional dia tidak menentang SPR..."

Kenyataan itu menyebabkan beliau sekali lagi ditertawakan hadirin yang dilihat majoritinya adalah menyokong reformasi sistem pilihan raya dibuat.

"Sebenarnya tuan-tuan tak menggunakan fikiran yang waras...tuan-tuan tak baca undang-undang.

"Tak payah la angkat suara kuat-kuat...Saya rasa tuan tuan tak layak la duk berbincang di sini," kata Wan Ahmad kecewa selepas terus menerus di'boo' hadirin.

Beliau kemudiannya merayu agar semua pihak termasuk hadirin yang hadir agar tidak melayan SPR seperti musuh mereka.

Malah katanya semua pihak harus bersama dengan SPR untuk melakukan penambahbaikan sistem pilihan raya.

Membidas kenyataan itu, Ambiga pula mempersoal siapa sebenarnya yang dilayan seperti musuh sejak Bersih 2.0 mengumumkan mengadakan himpunan pada 9 Julai lalu.

"You yang layan kami macam musuh. Tengok sahaja Bersih diserang sejak enam minggu lalu," tegasnya.

Bagaimanapun wacana yang bermula kira-kira jam 2.15 petang itu terpaksa berakhir awal 15 minit apabila moderator mengumumkan beliau mendapat arahan dari pihak atasan untuk menamatkannya tanpa sempat membenarkan ahli panel membuat penggulungan.

"Pihak atasan ni bukan pihak penganjur, tapi atas lagi daripada pihak penganjur," kata Wan Saiful. - HRKH

Padan Muka Wan Ahmad Kena Sorak

Posted: 26 Jul 2011 07:41 AM PDT

Timbalan Pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar hari ini ini malu besar apabila diboo oleh hadirin di majlis dialog di antara SPR dengan Pengerusi Bersih, Ambiga Sereevasan di kompleks Karangkraf di Shah Alam.

Saya dipelawa juga untuk hadir tetapi menolaknya kerana bukan ada alasan tetapi sudah dapat mengagak apa yang hendak diperkatakan oleh Wan Ahmad. Beberapa kenyataanya sebelum ini yang membela melulu SPR dan juga kerajaan menyebabkan saya dapat rasakan apa yang akan dipertahankan. Wan Ahmad seorang yang berdolak dalih cakapnya.

Saya juga sudah merasakan Ambiga akan mengasak Wan Ahmad dan hadirin yang sudah tidak puas hati dengan sikap dan tindak tanduk SPR sebelum ini pasti akan memerangkap Wan Ahmad. Mereka pasti akan mengejek atau mempersendakan Wan Ahmad. Dialog itu peluang tebaik untuk 'timbuk' Wan Ahmad.


Bagaimana pun terima kasih atas keberanian Wan Ahmad yang sedia jadi pelepah nyiur untuk tahan muka berdepan dengan khayalak. Nampak Wan Ahmad marah benar sehinggakan hendak mengolahkan semula para hadiri yang mengejek dan mengboo beliau. Bagus juga sekurang-kurangnya Wan Ahmad dapat mengetahui apa yang berlaku di bawah dan dimaklumkan kepada bosnya Abdul Aziz Yusuf. Patut Aziz datang sama.

Kesediaan SPR untuk berdilog dengan Bersih hari ini juga menyebabkan saya jadi bengong dan pelik. Sebelum ini polis dan Najib dan Udin anak Yassin mengatakan Bersih sebagai pertubuhan haram. Tetapi hari ini sedia pula si Wan Ahmad untuk berdialog dengan pertubuhan haram.

Saya rasa pemikiran SPR, polis dan juga Najib sudah 'masam' benar, sudah tidak dapat hendak bezakan apa-apa lagi, sudah jadi macam todi. Apakah ini menandakan negara kita sudah celaru. Satu masa kata Bersih haram satu masa boleh dibuat kira pula. Yang mana satu betul. Cara kerajaan hendak hancurkan Bersih macamlah nak lepas anak kera yang berbelit di kaki.

Kerana saya menyokong keberanian Ambiga saya ucapan tahniah kepada Ambiga. Biarlah kamu hindu dan India tetapi ternyata keberanian kamu lebih baik dari Melayu bersongkok mereng dan beragama Islam yang bermazhab ahli sunnawa jemaah yang bergaduh sesama sendiri. [wm.kl.9:29 pm 26/07/11]

-mso-

Tuan-Tuan Tak Baca Undang-Undang - Pengerusi SPR

Posted: 26 Jul 2011 06:59 AM PDT

Apa Selepas 9 Julai? - Pusingan Kedua

Posted: 26 Jul 2011 06:45 AM PDT

Debat Bersih - Ambiga Jawab Tun Faizal

Posted: 26 Jul 2011 06:35 AM PDT

Debat Bersih - Provokasi Bodoh Dari Loyar Umno

Posted: 26 Jul 2011 06:31 AM PDT

ADUN BN Dikesan Cuba Sabotaj Program MES

Posted: 26 Jul 2011 06:29 AM PDT

Pihak tidak bertanggungjawab dikesan cuba mensabotaj program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang diperkenalkan Kerajaan Negeri Selangor yang bertujuan mengembalikan hasil negeri kepada rakyat.

Perkara ini didedahkan Pegawai Daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan pada sesi temu rapat Menteri Besar bersama Datuk Bandar, Yang Dipertua PBT dan Pentadbir Tanah/Daerah Negeri Selangor di Hotel Awana, Genting Highland, hari ini.

Beliau berkata, pihak berkenaan menghasut penduduk dengan mendakwa program MES yang diperkenalkan Kerajaan Selangor tidak membawa manfaat kepada rakyat.

Tanpa berselindung, Nor Hisham mendedahkan pemimpin Barisan Nasional (BN) di Hulu Selangor bertanggungjawab memburuk-burukkan program MES di kalangan penduduk di daerah itu.


Sehubungan dengan itu, Nor Hisham mencadangkan Kerajaan Negeri memperhebatkan promosi dan hebahan program MES supaya tiada lagi pihak tertentu yang memutar belitkan fakta tentang kebaikan MES.

Mengulas pendedahkan itu, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin berkata, sikap pemimpin membuktikan mereka dayus dan mengkhianati aspirasi rakyat yang mahukan lebih banyak program kebajikan.

Beliau berkata, walaupun berbeza fahaman politik, wakil rakyat BN berkenaan sepatutnya membantu rakyat mendapat bantuan kebajikan yang ditawarkan kerajaan negeri.

"Bantuan kebajikan yang diberikan kerajaan Selangor diagihkan kepada semua rakyat yang layak tanpa mengira ideologi politik. Amat tidak adil rakyat diberikan fahaman yang salah mengenai bantuan kebajikan ini sedangkan mereka berhak menerima bantuan yang disediakan," katanya.

Faekah menasihatkan wakil rakyat berkenaan supaya berhenti memainkan politik kotor dan memanipulasikan rakyat untuk kepentingan diri sendiri dan pada masa yang sama menjadikan rakyat tidak bersalah sebagai mangsa.

Dikeluarkan oleh

SEKRETARIAT AKHBAR

PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

SPR akui kuasa pinda undang2 pilihan raya pada Peguam Negara, kerajaan

Posted: 26 Jul 2011 05:09 AM PDT

SHAH ALAM: Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengakui badan itu tidak mempunyai kuasa meminda undang-undang pilihan raya, kecuali selepas mendapat 'restu' Pejabat Peguam Negara.

"Untuk mengubah sistem pilihan raya, usul perlu dibawa ke Pejabat Peguam Negara. Kemudian bil ini akan dibentangkan di Parlimen oleh Menteri Undang-undang dan dibahaskan di Dewan Rakyat.

"SPR tiada kuasa. Dalam hal ini, kerajaan yang memerintah yang mempunyai kelebihan untuk menggubal undang-undang," kata Wan Ahmad dalam forum 'Apa Selepas 9 Julai?' anjuran Sinar Harian, sebuah akhbar terbitan Karangkraf di Shah Alam, hari ini.


Dalam hujah balas, Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan mengulangi lapan tuntutan Bersih 2.0 dan menyatakan perkara tersebut tidak mustahil dilaksanakan.

Beliau berkata, alasan bahawa SPR tiada kuasa sebagai tidak masuk akal kerana cadangan pelaksanaan sistem biometrik yang datang dari badan itu juga perlu dipersetujui parti politik dan NGO.

"SPR mempunyai kuasa besar untuk mengarahkan badan-badan kerajaan melaksanakan pembaharuan pilihan raya. Kalau SPR mengatakan parti politik dan NGO sebagai pelanggan mereka, mengapa saranan Bersih tak didengar. Bukankah penyokong Bersih juga adalah rakyat Malaysia yang juga adalah pelanggan kepada SPR?

"Bersih mengundang semua parti politik termasuk dari Barisan Nasional untuk menyertai tuntutan. Jangan anggap kami sebagai musuh.

"Jika SPR komited ingin melaksanakan pembaharuan dalam sistem pilihan raya, kami akan berjuang bersama anda," kata Ambiga sambil diberikan tepukan gemuruh oleh hadirin.

Sementara itu, pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Shamsul Amri Baharuddin menjelaskan ketidakyakinan rakyat terhadap SPR menyebabkan rakyat bangkit berdemonstrasi pada 9 Julai lalu.

"Kesukaran SPR untuk melaksanakan perubahan perlu diselesaikan. Ini membibitkan perasaan syak wasangka dikalangan rakyat," hujah Shamsul yang turut dijemput sebagai ahli panel.

Kira-kira 600 hadirin memenuhi auditorium utama Karangkraf bagi mendengar debat yang dipengerusikan Pengarah IDEAS, Wan Saiful Wan Jan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=17585

WARKAH DR ASRI BUAT ANGGOTA POLIS!!

Posted: 26 Jul 2011 02:01 AM PDT

Terlebih dahulu, pohon kemaafan jika warkah ini terbuka. Saya harap ia dapat dibaca oleh semua. Jika ada kebaikan, ambillah darinya. Jika tidak, campaklah ia ke tepi dan lupakan sahaja. Ia hanya satu coretan dari seorang rakyat bawahan. Tanda cinta dan kasih kepada saudara yang saya lihat tercegat di segala penjuru negara atas tanggungjawab menjaga keamanan kita semua. Mata memandang, hati merintih dan berdoa agar tugasan saudara benar-benar diberikan pahala di sisi Tuhan dan diiktiraf di sisi rakyat.

Tugas Mulia

Saudaraku anggota polis,

Kerja polis adalah satu kerja yang mulia kerana menjaga keamanan dalam negara. Penat lelah anggota polis dalam memastikan negara kita aman dan adil adalah pahala yang amat besar di sisi Allah jika pengamalnya jujur dan ikhlas. Sepatutnya, tiada seorang pun rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan akan membenci polis. Sebaliknya, perasaan fitrah; sayang dan menghargai akan tertanam dan mekar sebaik sahaja mendengar nama polis, melihat anggota atau apa sahaja perlambangan polis. Itulah perkara sewajarnya berlaku.

Saudaraku anggota polis,


Tugas seorang anggota polis -sebelum tugasan kenegaraan- sebenarnya adalah tugasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya iaitu 'Menyuruh Kebaikan, Mencegah Kemungkaran'. Itu moto asal pasukan polis. Sekalipun, tumpuan terbanyaknya kepada bahagian kedua iaitu 'Mencegah Kemungkaran'. Hakikatnya, polis berperanan menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah dengan dipastikan setiap penzalim akan dihalang, dicegah dan dihukum. Jika itu tidak berlaku, masyarakat akan porak peranda dan menerima hukuman dari Allah. Allah berfirman: (maksudnya):

Baca seterusnya disini

Rais tak ambil tindakan kerana takut ‘orang di belakang’ Rocky Bru

Posted: 26 Jul 2011 01:56 AM PDT

PETALING JAYA: Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Seri Dr Rais Yatim tidak berani mengambil tindakan undang-undang terhadap blogger Rocky Bru kerana takut 'orang dibelakang' penulis itu.

Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahiruddin Attan merupakan individu terawal mendedahkan laporan NGO hak pekerja Indonesia, Migrant Care mengenai salahlaku seks melibatkan seorang Menteri Malaysia terhadap pembantu rumahnya, tahun ini.

Pengarah Komunikasi Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan saman Rais ke atas penulis blog Amizuddin Ahmad atau Sharpshooter.


Pada 19 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Amizuddin membayar ganti rugi RM300,000 kepada Rais atas dakwaan memfitnah menteri itu dalam satu artikel. Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof juga memerintahkan Amizudin membayar kos RM100,000 kepada Rais.

"Rais takut. Lihat siapa dibelakang mereka. Kalau dia betul serius, dia akan saman semua pihak," kata Nik Nazmi.

"Mungkin kerana Amizuddin ahli KEADILAN dan mereka (Rocky Bru) bukan, maka tindakan tak diambil. Kita tak boleh halang seseorang hanya kerana dia ahli KEADILAN. Perkara pokok adalah kejujuran. Jelas tindakan Rais ini berkepentingan politik," ujar Nik Nazmi.

Dalam pada itu, Nik mendakwa penubuhan Majlis Media sebagai 'dua langkah mundur kebelakang kerana pembabitan menteri seperti Rais Yatim dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

"Sepatutnya tiada pembabitan eksekutif dalam Majlis ini. Kalau majlis media itu dipengerusikan bersama oleh Menteri Informasi dan Menteri Dalam Negeri, ia bererti dua langkah mundur ke belakang, daripada satu langkah ke depan," kata Nik.

Dalam konteks media Malaysia yang masih dikekang Akta Penerbitan dan Mesin Cetak dan Akta Penyiaran dengan permohonan media berlesen sebagai suatu halangan,

Majlis itu dilihat tidak berperanan mengangkat martabat kebebasan media kerana kekangan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak dan Akta Penyiaran.

"Kalau masih tak bersedia untuk majlis media, sepatutnya hanya ditubuhkan satu jawatankuasa media untuk menggariskan syor untuk membebaskan media dari cengkaman kerajaan, dalam masa yang sama bertanggungjawab dalam laporan. Media yang harus tentukan," kata Nik Nazmi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=17548

Tiada ulasan: