Isnin, 11 Julai 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Blogger UMNO Ni Kelulusan Doktor Tapi Bodoh Macam Lembu..

Posted: 11 Jul 2011 01:21 AM PDT

BUKTI VIDEO ! Perusuh Bersih 2.0 SERANG FRU & Polis!!

Tian Chua mengepalai sekumpulan Melayu bersedia untuk menyerang polis.

1...2...3...



Siapakah yang berpakaian kot? BAR COUNCIL ?


Perusuh bermula untuk berlari ke arah FRU


Perusuh menyerang berlari ke arah FRU


Lihat video di bawah :-


Video : Perusuh menyerang FRU.


Perhimpunan Bersih 2.0 aman? Jika dilihat foto dan video di atas, ternyata bahawa perusu-perusuh Bersih 2.0 sengaja menimbulkan provokasi serta menjerti-jerit kepada pihak polis yang membawa kenderaan dan juga menyerang FRU walau pun FRU hanya beratur dan memberi amaran.

Kelihatan Tian Chua? di depan kumpulan tersebut yang terdiri daripada orang Melayu. Begitu senang mereka diperkudakan oleh pemimpin Cina seperti Tian Chua.

Juga kelihatn beberapa orang memakai kot. Apakah mereka wakil dari Bar Council? Jika ya, kenapa mereka tidak menasihatkan perusuh-perusuh itu supoaya tidak melanggar undang-undang?

Dipetik Dari Blog Doktor Cap Lembu Penang

WOI MANGKUK.. TU BUKAN MENYERANG POLIS.. TAPI POLIS YANG SERANG DAN PESERTA BERSIH LARI MENYELAMATKAN DIRI DARI SERANGAN GAS PEMEDIH MATA LAH BODOH..

Mat Sabu: Land Rover polis rempuh saya

Posted: 11 Jul 2011 01:01 AM PDT

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini mendakwa polis menggunakan trak merempuh motosikal yang diboncengnya ketika dalam perjalanan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 kelmarin.

Melawat Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam dengan berkerusi roda, pemimpin yang selalu ceria itu kelihatan serius menceritakan kembali pengalamannya itu.

Mohamad (kiri) berkata, ketika dalam perjalanan daripada Masjid Negara, tiba-tiba sebuah Land Rover merempuhnya.

Ketika itu, tambahnya, beliau tidak tahu bahawa kenderaan itu dipandu pihak polis.


Dalam sidang media itu, Mohamad berkata, setelah terjatuh di jalan, beliau dan penunggang motosikal itu dibawa dengan Land Rover itu ke klinik di Jinjang sebelum kes itu dirujuk ke hospital.

Dipetik dari Mkini


Undur Najib, kata warga internet

Posted: 10 Jul 2011 09:47 PM PDT

Bukan sahaja ribuan rakyat membanjiri Kuala Lumpur kelmarin, pengguna internet juga mempunyai cara tersendiri menunjukkan bantahan mereka dengan mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

Melalui laman "100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation" (100,000 rakyat tuntut Najib Tun Razak berundur), sudah 110,192 menyokongnya dengan menekan butang like (suka),

Hanya 48 jam selepas dimulakan, jumlah itu sudah melepasi sasaran yang 100,000 yang ditetapkan sebelum ini.


Sebahagian besarnya terdiri daripada penyokong BERSIH 2.0, berdasarkan lencana profil mereka.

Laman itu dimulakan pada Sabtu, hari yang sama dengan perhimpunan BERSIH 2.0, sebagaiu landasan untuk pengguna internet menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka kepada kerajaan.

Bagaimanapun, tiada sebarang maklumat berhubung pencipta laman itu dipamerkan.

Penyokongnya yang rasa terkejut dengan sambutan luar biasa itu sekarang meletakkan sasaran baru untuk mencapai angka satu juta orang.

Laman itu juga memberi ilham dan merintis kepada beberapa laman lain yang menggunakan judul sama.

Ini bukan kali pertama tindakan politik menyebabkan kemarahan di alam maya. Tahun lalu pengumuman kerajaan untuk membina menara seratus tingkat juga meletus apabila mereka beranggapan tindakan itu bakal membazirkan wang rakyat.

Laman itu - "1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower" (1M rakyat Malaysia tolak menara seratus tingkat) - kini disukai 300,000 orang.

Dipertik dari Malaysiakini

Saman fitnah: Felda menang pusingan 1

Posted: 10 Jul 2011 09:43 PM PDT

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan supaya saman fitnah Felda terhadap pengerusi jawatankuasa disiplin PKR dan bekas timbalan menteri tanah dan pembanguna koperasi, Datuk Dr Tan Kee Kwong, teruskan.

Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof menolak bantahan awal peguam Tan
(kanan) yang berhujah bahawa, sebagai sebuah badan awam, Felda tidak boleh menyaman fitnah seseorang individu atas alasan kebebasan bersuara.

Beliau memutuskan bahawa Felda bukan pihak berkuasa awam.


"Felda mempunyai locus standi (kedudukan undang-undang) untuk memfailkan saman atau disaman. Oleh itu, bantahan awal ditolak," katanya hari ini.

Hakim Zabariah turut memerintahkan Felda memanggil saksi pertamanya - bekas Ketua pengarah Datuk Kasah Awal yang berkhidmat pada pada 1974.

Dipetik dari Mkini

BERSIH 2.0 - A Day to Remember!

Posted: 10 Jul 2011 08:46 PM PDT

Perhimpunan Bersih 2.0 di sekitar Petaling Street Kuala Lumpur 2011

Posted: 10 Jul 2011 08:24 PM PDT

BERSIH 2.0 Rally July 9th 2011

Posted: 10 Jul 2011 07:52 PM PDT

Perhimpunan Bersih 2.0 di KL 09/07/2011 - Kacau bilau & provokasi!

Posted: 10 Jul 2011 07:41 PM PDT

Preview Bersih

Posted: 10 Jul 2011 07:19 PM PDT

Bersih 2.0 Melbourne 09 July 2011

Posted: 10 Jul 2011 06:48 PM PDT

BERSIH 2.0 Latest (Best Song) HD.flv

Posted: 10 Jul 2011 06:06 PM PDT

Bangla?? KahKahKah.. Bukti Umno Makin Lemas

Posted: 10 Jul 2011 05:57 PM PDT

Ambiga bakal disaman RM100 juta

Posted: 10 Jul 2011 05:49 PM PDT

KUALA LUMPUR – Kira-kira 5,000 peniaga kecil di sekitar ibu negara akan mengemukakan saman terhadap penganjur perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Bersih) ekoran kerugian yang mereka alami mencecah RM100 juta.

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, saman itu terpaksa dibuat kerana perhimpunan haram kelmarin menyebabkan peniaga terlibat kerugian besar kerana tidak dapat berniaga.

"Anggaran awal kerugian RM30 juta tetapi kami percaya kerugian sebenar boleh mencecah RM100 juta dan kami tidak boleh biarkan mereka terlepas, kita kena hukum penganjurnya, Datuk S. Ambiga.


"Satu surat peringatan berhubung saman tersebut akan dihantar kepada Ambiga pada minggu depan," katanya pada sidang akhbar di hadapan Masjid India di sini semalam.

Dipetik dari Kosmo

Malaysian police action brutal says opposition leader

Posted: 10 Jul 2011 05:44 PM PDT

BERSIH 2.0 - A Day to Remember!

Posted: 10 Jul 2011 05:03 PM PDT

Timbalan Menteri "Tempelak" Sikap Angkuh Pemimpin BN

Posted: 10 Jul 2011 09:58 AM PDT

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifudin Abdullah (gambar) mengakui "banyak perkara yang perlu diperbaiki" oleh BN ekoran perhimpunan Bersih 2.0 semalam.

Ketika bercakap kepada laman web The Malaysian Insider semalam, Saifudin berkata, kerajaan sepatutnya mengkaji cadangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagaicara menangani perhimpunan aman.

"Dalam konteks perhubungan politik, kita perlu perbaiki banyak," kata Saifudin yang juga anggota Parlimen Temerloh itu.


Beliau bersetuju perhimpunan di stadium adalah lebih baik berbanding dengan di jalan raya namun dia tidak bersetuju dengan pandangan mudah bahawa "jika berlaku dijalan raya ia akan kecoh, kerana banyak juga perhimpunan di jalan raya berjalan dengan aman."

Perhimpunan Bersih 2.0 pada asalnya adalah perhimpunan aman untuk menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agung bagi memohon agar pilihan raya diadakan dalam keadaan bersih dan adil.

Karat Ejau

Kezaliman SB.. Ditangkap Semasa Membeli Tiket

Posted: 10 Jul 2011 08:28 AM PDT

(Para sahabat yg datang memberikan sokongan moral)

Caya lah beb..Inilah shabat (Baju Putih,Depan) yang ditahan oleh SB semasa sedang mengambil tiket untuk pergi ke kuala Lumpur pagi semalam.

Takut punya cerita,Rejim BN sanggup mencacaikan SB untuk menangkap individu yang baru nak mengambil tiket.Hampir sehari beliau di tahan di Balai Polis Kampar dan hanya dilepaskan pagi tadi lebih kurang 9.30 pagi.


Untuk pengetahuan pembaca blog,beliau hanya seorang yang individu yang serba sederhana,berkenderaankan basikal untuk bergerak kemana-mana dan bekerja sendiri..tidak langsung mendatangkan kudis kepada Umno reput,namun manusia begini pun ditakuti oleh Rejim BN...memang dayus habis beb..

Sedangkan SB yang menahan beliau adalah individu yang amat dikenalinya,namun atas dasar inginkan nama dan pujian maka SB tersebut sanggup mencacaikan diri dan dihina kerana apa yang penting "Tuan" aku mesti dijaga.

Maka..inilah golongan yang perlu dijauhi oleh para pendokong islam kerana sifat kehipokrit mereka sentiasa memudaratkan jalan-jalan perjuangan.

Dipetik dari Manjadda Wajada

Tindakan polis hadapi Bersih tidak bertamadun

Posted: 10 Jul 2011 08:14 AM PDT

Bukan Polis Tapi Penyokong Bersih Yang Tembak Gas Pemedih Mata Ke Hospital Tu..

Posted: 10 Jul 2011 06:22 AM PDT

Sindrom Penipuan - Polis Tak Mengaku Lepaskan Tembakan Ke Hospital Tung Shin

Tiada gas pemedih mata dilemparkan di Tung Sin, kata polis

Pemangku ketua polis Kuala Lumpur Amar Singh hari ini menafikan dakwaan bahawa polis melepaskan gas pemedih mata ke dalam perkarangan Hospital Tung Sin di sepanjang Jalan Pudu, walaupun terdapat bukti yang menunjukkan sebaliknya.

Beliau juga mempertahankan tindakan pegawainya dalam menggunakan "kekerasan yang munasabah" untuk menyuraikan penunjuk perasaan, sambil berkata orang ramai melakukan memprovokasi terhadap polis.

"... Tidak ada gas pemedih mata yang dilemparkan. Saya nampak semuanya, saya ada di sana," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat polis Kuala Lumpur.


Terdapat banyak dakwaan di rangkaian sosial dengan dengan para saksi dan ahli parti pembangkang menyiarkan banyak gambar dan video menunjukkan anggota polis anti-rusuhan didakwa melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air ke dalam perkarangan hospital swasta itu.

Beratus-ratus penunjuk perasaan berada di dalam kawasan tersebut untuk mendapatkan perlindungan.

Apabila ditanya sama ada pihak polis mengetahui mengenai bukti gambar dan video yang menyokong dakwaan tersebut, Amar kelihatan tergamam dan hanya menjawab beliau akan memeriksanya.

Beliau berulangkali menegaskan bahawa gas pemedih mata tidak digunakan ke atas penunjuk perasaan yang berada di hospital Tung Sin, tetapi berkata, beliau tidak ingat sama ada meriam air digunakan.





Ulasan GB

Kalau tak menipu tidak sah. Sedangkan bukti bergambar begitu jelas dan nyata telah berlaku tembakan gas pemedih mata ke arah perkarangan hospital Tun Shin.

Kerja yang seperti binatang dan tidak berperi kemanusiaan.

Amar Singh yang menipu rakyat Malaysia ini perlu dipecat dari jawatannya.

Petikan laporan semalam:


4:40pm: Pudu - Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani B Abdullah mengecam tindakan keras pihak berkuasa ketika berdepan dengan peserta BERSIH.

Pasukan polis bukan sahaja tidak menghormati hak rakyat untuk berhimpun tetapi juga menjejaskan keselamatan dan kesihatan awam dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital Tung Shin.

Ditanya apakah sepatutnya respons rakyat terhadap tindakan tersebut, beliau berkata, rakyat Malaysia perlu memilih wakil yang boleh melindungi hak mereka.

Dipetik dari Greenboc

Najib Nak "Ajar Puak-Puak" Bersih

Posted: 10 Jul 2011 05:36 AM PDT

KUALA LUMPUR 10 Julai : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menghimpunkan pemimpin Umno,badan bukan kerajaan pro-kerajaan dan pertubuhan silat bagi meraih sokongan untuk diri dan memperlekeh Himpunan Bersih 2.0.

Berucap kepada 6,000 hadirin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Najib membayangkan beliau secara peribadi mahu menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mereka di sebalik Bersih tetapi akan mengelak daripada berbuat demikian.

" Cara terbaik kita nak ajar puak-puak ini. Apa dia? Bukan kita nak tangkap dalam ISA, walaupun rasa-rasanya….(tapi) sebab kita tahan perasaan juga. (Itu) bukan caranya. Caranya ialah kita berpadu, sebagai orang Melayu, bersama kaum-kaum lain," kata Najib.


" Kalau Melayu berpadu, kita kuat. Bila kita kuat, kita akan menang dalam PRU 13. Bersatupadulah. Insya Allah bila dapat isyarat kita berpadu, bersatupadu, Saya akan minta Yang Dipertuan Agong bubarkan Parlimen. Kita tunjukkan kepada puak-puak itu, bumi ini milik siapa," tambah Najib.

Dalam cubaan untuk menaikkan semangat jemputan itu, Najib sekali lagi mengulangi dakwaan bahawa Umno jauh lebih mampu untuk mengatur tunjuk perasaan yang jauh lebih besar daripada Bersih.

"Jangan ragui kekuatan kami. Umno ada tiga juta ahli. Jika kami dapat himpunkan sejuta ahli, ia lebih daripada cukup, kami boleh menawan Kuala Lumpur," kata beliau yang juga Presiden Umno di Majlis Penerangan Perdana.

Meskipun ribuan anggota polis dikerah untuk "menutup" Kuala Lumpur kepada peserta Bersih semalam, puluhan ribu orang menongkah arus pancutan air kimia dan tembakan gas pemedih mata serta belantan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) untuk menyertai perhimpunan aman itu.

Mereka berjalan secara aman menuju ke Stadium Merdeka untuk menuntut pilihan raya adil dan telus namun menghadapi kekangan dan kekerasan polis di sepanjang perjalanan.

Lebih 1,667 orang ditangkap termasuk Pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasan dan pemimpin-pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Seorang ahli PAS meninggal dunia akibat sakit jantung ketika cuba melarikan diri daripada kekejaman polis. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim antara puluhan yang mengalami kecederaan. Beliau terpaksa menerima rawatan di Pusat Perubatan Pantai.

Pada perhimpunan tajaan Umno hari ini, Najib terus mengulangi tuduhan bahawa Bersih 2.0 adalah kerja pihak-pihak yang mahu mencetuskan huru-hara di negara ini.

Najib mendakwa pembangkang dan penganjur Bersih merupakan "kaki pusing" kerana terlalu banyak helah yang dibuat untuk menggambarkan bahawa Malaysia merupakan kerajaan yang tidak demokratik di mata dunia.

"Mula-mula terima titah nasihat Agong, kata akan batalkan perhimpunan haram lepas itu pusing balik sebab mereka ini kaki pusing, kata nak buat perarakan aman, kalau polis tak kawal, tak jadi aman," kata beliau.

Hakikat adalah penganjur Bersih akur dengan nasihat Seri Paduka Baginda Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya ia membatalkan perarakan ke Istana Negara di atas faktor keselamatan walaupun niatnya baik.

Bersih kemudian bersetuju kepada tawaran Najib untuk mengadakan perhimpunan itu di stadium. Bagaimanapun Perdana Menteri kemudian mendakwa Bersih tidak layak memohon permit kerana sudah pun diisythiarkan haram oleh kerajaan.

Beliau juga menetapkan syarat bahawa sebarang perhimpunan tidak boleh diadakan di Kuala Lumpur, segala perlakuannya itu dilihat sebagai usaha menambah tekanan terhadap Bersih untuk membatalkan perhimpunan aman itu.

Najib cuba memaksa penganjur Bersih mengadakan perhimpunan itu di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat, yang dilihat sebagai taktik untuk menguatkan dakwaan kononnya Bersih adalah alat pembangkang untuk menggulingkan kerajaan.

Dalam ucapannya pagi tadi, Najib sekali lagi membidas Anwar dan meremehkan kecederaan yang dialami oleh Ketua Umum PKR akibat tembakan gas pemedih mata.

Beliau juga turut memperlekehkan tuntutan Bersih dengan mendakwa proses pilihanraya negara ini sudah pun bersih dan telus di bawah Suruhanjaya Pilihanraya.

Bagaimanapun Perdana Menteri mengelak daripada menangani isu-isu pendaftaran rakyat asing sebagai warganegara dan pengundi, daftar pemilih yang dicemari dengan pengundi hantu, ketelusan undi pos dan pemindahan pengundi daripada satu kawasan ke kawasan lain.

Najib juga tidak menjurus kepada tuntutan Bersih supaya taktik-taktik kotor seperti sogokan wang dan projek "mi segera' semasa pilihanraya diberhentikan. Begitu juga dengan penguasaan mutlak Barisan Nasional terhadap media yang menutup ruang kepada pembangkang.

Perhimpunan aman Bersih 2.0 didokong oleh 62 pertubuhan bukan kerajaan bagi menuntut pilihanraya yang adil dan bebas.

Penganjur menjemput semua parti politik untuk menyertai perhimpunan itu namun hanya mendapat sokongan Pakatan Rakyat manakala Umno dan parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain memulaunya.

Dipetik dari TVS

Mahfuz & Salahuddin Buat Laporan Cabar Polis Tangkap Mereka Esok

Posted: 10 Jul 2011 05:30 AM PDT

Semalam adalah hari pengebumian demokrasi: Mahfuz

Sambil menyifatkan tanggal 9 Julai sebagai hari pembunuhan dan pengebumian demokrasi, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan rakannya Salahuddin Ayub mahu membuat laporan polis mengenai tindakan polis menahan mereka di ibu negara, semalam.

Mahfuz , Ahli Parlimen Pokok Sena mendakwa selain pembunuhan demokrasi, semalam juga merupakan hari kematian seorang pejuang demokrasi, Allahyarham Baharuddin Ahmad.

"Dia mati sebagai seorang pejuang yang ingin hidupkan demokrasi di Malaysia. Saya juga percaya, setiap kegelapan yang berlaku, pasti akan ada cahaya kebahagiaan untuk masa depan Malaysia," katanya selepas berarak mengiringi jenazah Baharuddin ke tanah perkuburan Islam Lembah Keramat AU4 tengah hari tadi.


Mahfuz turut melahirkan rasa kecewanya terhadap tampuk pimpinan kerajaan yang tidak menunjukkan sikap keterbukaan ke atas Himpunan Bersih 2.0.

Mahfuz dan Salahuddin merupakan antara 1,401 orang yang ditahan semalam kerana menyertai perhimpunan Bersih 2.0.

Malah mereka juga merupakan sebahagian daripada 91 individu yang dilarang memasuki ibu negara semalam.

Semalam, Bersih juga mengisytiharkan seramai 50,000 orang menyertai Himpunan Bersih 2.0.

"Mereka (pentadbiran Najib) tidak menunjukkan sikap keterbukaan mereka dan berjaya memperalatkan pihak keselamatan demi untuk memenuhi nafsu pemimpin Umno dan BN," tegasnya.

Tamba Mahfuz, kejadian yang menimpa Himpunan Bersih 2.0 semalam harus dinilai sewajarnya oleh masyarakat untuk menamatkan penguasaan kerajaan yang membunuh demokrasi dan pejuang demokrasi di Malaysia.

Mahfuz juga berkata, esok beliau bersama Salahuddin akan membuat laporan polis berhubung tangkapan yang dibuat semalam.

Jelas beliau, "laporan polis yang akan dibuat adalah untuk menuntut ganti rugi malu dan kesusahan hati saya, anak-anak saya dan isteri saya."

"Selepas laporan dibuat, saya akan serah kepada peguam untuk memulakan proses tuntutan," katanya sambil menambah, beliau akan membuat laporan polis di Balai Polis Brickfields di sini.

Semalam, pemimpin Pakatan Rakyat dan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) ditangkap polis di KL Sentral.

Selain mereka turut ditahan ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Mohamad Sabu.

Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavesan mahu Suhakam mengadakan siasatan segera berhubung kekerasan polis terhadap mereka yang menyertai perhimpunan anjuran pihaknnya.

Dipetik dari tmi

Nik Aziz: Saya tak pernah rasai pilihan raya bebas di Malaysia

Posted: 10 Jul 2011 05:04 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Julai — Meneruskan sokongan kepada tuntutan Bersih 2.0, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini berkata sejak menyertai pilihan raya lebih empat dekad lalu, beliau tidak pernah merasai satu persekitaran pilihan raya yang benar-benar bersih di negara ini.

Sehubungan itu Menteri Besar Kelantan turut mempersoalkan tindakan polis menyekat kebebasan demokrasi dengan menghalang Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) daripada mengadakan perhimpunan secara aman di ibu negara semalam menuntut satu sistem pilihan raya yang adil dan bersih.

"Kenapa polis nak sekat? Yang datang semalam adalah orang yang meminta pilihan raya yang bersih," kata Mursyidul Am PAS selepas menziarahi keluarga Allaharham Baharuddin Ahmad yang meninggal dunia selepas menyertai perhimpunan Bersih 2.0 petang semalam.


"Saya nak ceritakan di sini, semenjak saya sertai pilihan raya dari tahun 1967 sehingga sekarang, saya tak pernah rasakan pilihan raya di Malaysia merupakan benar-benar pilihan raya.

"Kerana ada yang berasuah, ada ugutan. Macam kerja budak-budak," kata Nik Aziz, yang turut memberi sumbangan kepada keluarga mangsa.

Nik Aziz yang kembali dari Mekah petang ini terus mengadakan kunjungan ke rumah Allahyarham Baharuddin, yang merupakan seorang ahli PAS.

Selain itu, Nik Aziz yang merupakan ketua kerajaan negeri Kelantan sejak 1990 menambah, Bersih 2.0 merupakan satu gabungan yang berusaha untuk mencari orang yang benar-benar layak menjadi pemimpin melalui pilihan raya.

"Kita nak pilihan raya yang bersih... jangan ada rasuah. Kalau dirasuah, menang pun tak boleh dibawa bekal ke syurga. Biarlah kita ini hidup berbeza dengan orang barat yang hidup semata-mata untuk dunia dan tidak memikirkan tentang akhirat," ujarnya.

Susulan kepada Bersih 2007, Bersih 2.0 merancang mengadakan perhimpunan aman di ibu negara semalam dengan membawa lapan tuntutan pembaharuan pilihan raya.

Bagaimanapun kerajaan tidak memberikan permit meskipun Bersih 2.0 telah memutuskan untuk membatalkan perhimpunan jalanan, sebaliknya diadakan di Stadium Merdeka.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata hanya sekitar 6,000 orang yang hadir pada perhimpunan Bersih 2.0.

Bagaimanapun, gabungan itu mengisytiharkan himpunan itu berjaya menarik kehadiran 50,000 peserta di sebalik halangan dan sekatan di seluruh negara.

Seramai 1,401 orang ditahan termasuk 115 wanita, 12 budak lelaki dan seorang budak perempuan.

Antara tahanan itu termasuklah empat pemimpinan tertinggi PAS iaitu presiden, timbalan presiden dan dua naib presiden.

Dipeti dari The Malaysia Insider

Izwan Azir Kena Boo Dan Tak Berani Pakai Baju Rasmi TV3

Posted: 10 Jul 2011 03:01 AM PDT

TV3 BODOH@Bersih Rally 9 July 2011

Tiada ulasan: