Sabtu, 2 Julai 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Pesta Tangkapan - Lagi Ditahan Ketika Sedang Nikmati Sarapan

Posted: 01 Jul 2011 10:06 PM PDT

Baju BERSIH di dalam juga ditangkap polis

Tiga anggota PKR ditangkap di sebuah pasar di Batu Gajah, Perak pada jam 9.20 pagi ini kerana memakai kemeja T kuning BERSIH 2.0, meskipun mempunyai baju lain di luarnya.

Menurut timbalan setiausaha PKR Perak Tan Kar Hing, ketiga-tiga mereka ketika kejadian sedang menikmati minuman teh apabila ditahan polis.

"Polis minta mereka buka baju dan tahan mereka apabila baju dalam yang dipakai adalah baju BERSIH," lapor Tan.

Menurut beliau ahli PKR itu hanya menikmati minuman dan tidak melanggar sebarang undang-undang.


Mereka adalah timbalan ketua cawangan Batu Gajah Adnan Talib, 50, naib ketuanya Anthony Wijaya, 50, dan pengarah skuad Pemuda Perak Tamil Selvam, 28.

Ketiga-tiga lelaki itu kemudiannya dibawa ke balai polis Batu Gajah untuk siasatan.

Sejak seminggu ini, semakin ramai yang ditangkap. Awal pagi tadi, exco Selangor Ronnie Liu ketika dalam perjanan pulang bersama Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim ditangkap di Hulu Selangor manakala di Alor Setar, 14 orang yang sebahagian besar mereka ahli PKR juga dicekup oleh polis. - mkini


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

PKR ingatkan polis jangan ‘main wayang’

Posted: 01 Jul 2011 10:01 PM PDT

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR Tian Chua mengibaratkan tindakan polis menahan Senator Ezam Mohd Noor sebagai 'bermain wayang' dengan tujuan mengelirukan persepsi rakyat.

Dalam satu ceramah di Kampung Pandan Dalam dekat sini malam tadi, Tian berkata beliau yakin tangkapan itu hanya sebahagian dari sandiwara Barisan Nasional (BN) untuk mengelabui mata rakyat.

Semalam, Ezam dan tujuh yang lain ditahan polis ekoran mengadakan perhimpunan bersama 300 anggota dari pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) di hadapan ibu pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang di Georgetown.


Beliau berkata, bagi Lim Guan Eng (Ketua Menteri) tiada masalah…….kalau nak berdemo, demolah. Namun bagi saya, secara prinsipnya pihak polis perlu membebaskan mereka…….walaupun saya tidak setuju dengan mesej yang mereka bawa.

"Biarlah himpunan Patriot (kumpulan yang didokong oleh Umno dan lain-lain NGO pro kerajaan) meneruskan perhimpunan……asalkan mereka berhimpun secara aman," kata Ahli Parlimen Batu itu.

Ujar Tian, "di samping itu, kita juga memberi amaran kepada pihak polis supaya jangan buat wayang. (Ketua Pemuda Umno) Khairy (Jamaluddin Abu Bakar) tak ditangkap, tapi orang bawah yang ditangkap.

"Ibrahim Ali (Presiden Perkasa) boleh duduk dan dilayan baik dalam lokap, selepas 24 jam dilepaskan. Orang lain duduk dalam ISA, 12 tahun," katanya dengan nada sinis.

Reformasi 1998

Menurut Tian, ketika zaman reformasi pada 1998, tiada keganasan berlaku walaupun berpuluh ribu rakyat turun membantah fitnah dan pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Sebagai seorang reformis, saya bangga kerana tiada satu kereta pun terbakar atau cermin kereta pecah. Tiada satu kumpulan reformis tulen yang sanggup berbuat demikian.

"Rekod Malaysia jelas sepanjang 12 tahun aman, damai dan tenteram. Kita bagi penghormatan kepada pihak polis…….. jika bertindak 'neutral', kerana majoriti polis memang bersikap begitu," katanya sambil merujuk kepada perhimpunan Bersih 9 Julai ini.

Ujar Tian, adalah menjadi hak orang ramai untuk berhimpun bagi memastikan pilihan raya adil seperti mana lapan perkara yang dituntut dalam perhimpunan Bersih nanti.

"Tun Mahathir Mohamad (mantan perdana menteri) kata jangan berhimpun, tubuh parti dan bertanding dalam pilihan raya. Sekarang kita dah ada parti dan menjadi hak kita untuk berhimpun.

"Sama ada parti masuk hutan ke, parti guna jalan raya ke, parti-parti ini tetap menang. Bersih agenda kita. Memang betul ahli-ahli PAS, DAP, PKR perlu hadir, bukan kerana nak berkuasa tetapi atas hak sebagai warganegara yang cintakan negara," katanya.

Turut hadir dalam ceramah itu termasuklah Ketua Wanita PKR dan juga Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamarudin; Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Caves, Amirudin Shari dan aktivis sosial Hishamuddin Rais.

Sumber disini

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Polis Tahan Exco Selangor

Posted: 01 Jul 2011 09:13 PM PDT

Polis Tahan Exco Selangor, Dipercayai Kerana Ajak Orang Ramai Sertai Himpunan Bersih

SERENDAH 2 JULAI : Exco Selangor, Ronnie Liu ditahan polis selepas menghadiri Ceramah Perdana Agenda Negeri Selangor sempena Program Khas Mesra Rakyat daerah Hulu Selangor di Dewan Komuniti, di sini, malam tadi.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerusi Twitternya menulis, Ronnie ditahan ketika dalam perjalanan pulang dari ceramah berkenaan.

" YB Ronnie baru ditangkap polis ketika pulang bersama saya. Kereta kami yang diiringi polis dihentikan, dan polis memaksa YB Ronnie keluar,"tulis beliau.

Difahamkan Ronnie dalam ceramahnya mengajak rakyat beramai-ramai menyertai himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.


Walau bagaimanapun, usaha Tv Selangor menghubungi Ronnie pagi ini tidak berhasil apabila talian telefon bimbit beliau seolah-olah dimatikan.

Tv Selangor kemudiannya menghubungi seorang lagi Exco Selangor, Elizaberth Wong yang turut bersama Khalid dan Ronnie ketika dalam perjalanan pulang dari ceramah tersebut.

Menurut beliau, mereka ketika itu sedang melalui jalan lama menuju ke lebuh raya dengan diiringi sebuah kereta peronda polis, namun tidak semena-mena kenderaan polis itu bergerak perlahan sebelum datang sebuah lagi kereta peronda yang lain.

" Dekat Rawang tiba-tiba kereta peronda bergerak lambat seperti 20 kilometer sejam dan tiba-tib ada sebuah kereta peronda potong kereta kami dan berhenti. Kami semua keluar dan tengok YB Ronnie dibawa. Kereta itu kemudiannya berpatah balik,"kata beliau.

Tambah Eli, beliau telah diberitahu, exco berkenaan sudah dibebaskan sekitar jam 4 pagi tadi.

Ronnie difahamkan dibawa ke Balai Polis Kuala Kubu Bharu untuk disoal siasat malam tadi. - TVS


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Maria: Apa jua halangan, BERSIH tetap diteruskan

Posted: 01 Jul 2011 08:47 PM PDT

Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini akan tetap diteruskan meskipun pihak polis menegaskan akan memastikan perhimpunan itu tidak akan berlaku.

Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, pihaknya akan cuba memohon untuk mengadakan dialog kali kedua bersama pihak polis, lapor KeadilanDaily.com.

Namun sekiranya gagal berbuat demikian, Maria berkata bahawa perhimpunan itu akan tetap diteruskan.

"Kalau mereka berkeras saya amat kecewa dengan tindakan mereka. Namun kita masih memohon agar sesi dialog akan dibuat untuk kali kedua.


"Apapun kami tetap akan mengusulkan dan membuat rundingan sekali lagi.Walau apapun halangan, perhimpunan akan diteruskan," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar semalam, bahawa polis telah menutup semua pintu rundingan dengan penganjur.

Ia berikutan pertemuan Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bagi mencari jalan rundingan dengan polis sendiri bagi menentukan jalan laluan peserta BERSIH ke Istana Negara.

Bercakap pada sidang media di Bukit Aman, Khalid berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas peserta perhimpunan itu.

Cabuli hak manusia

Menurut Maria, BERSIH kecewa kerana polis masih berkeras, malah mengancam menggunakan ISA yang secara jelas mencabuli hak asasi manusia.

"Polis sudah tidak ada idea dan cara lain selain kekerasan iaitu ISA, saya nak tanya PM kenapa bila kita dah buka cara untuk berdialog dan cuba berbincang tapi masih lagi tidak dapat terima?" soal beliau.

Menurut Maria, BERSIH telah memberikan cadangan dan usul yang munasabah untuk diterima pihak polis.

"Ian mudah dengan memberitahu tiga tempat berlainan di mana tiga kumpulan akan berkumpul untuk berarak.

"Kita juga menjamin keselamatan peserta kerana BERSIH sendiri sudah menyediakan 5000 petugas untuk mengawal keselamatan dan perarakan juga tidak akan melebihi 2 hingga 3 jam," tegasnya lagi.

Sumber - Malaysiakini


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Satu alamat 88 pengundi, apa penjelasan SPR

Posted: 01 Jul 2011 08:37 PM PDT

SPR adalah sebuah Badan yang bernaung di bawah institusi Raja-Raja Melayu dan bertanggungjawab mengawal selia proses pilihanraya negara ini. Ianya sewajarnya adalah sebuah Badan yang bebas dan berkecuali dari mana-mana parti politik samada dipihak Kerajaan mahupun Pembangkang.

Bagaimanapun semalam Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya iaitu Wan Ahmad Wan Omar telah mengeluarkan satu kenyataan yang boleh menjejaskan kredibiliti SPR sendiri.

Dalam kenyataannya yang jelas menunjukkan beliau memihak kepada Barisan Nasional, Wan Ahmad telah mendakwa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini digunakan oleh Pakatan Rakyat untuk meraih sokongan bagi membina momentum untuk gagasan itu menawan Putrajaya.

Hujah yang sama telah digunapakai oleh Perdana Menteri Najib Razak beberapa hari sebelum itu.


Wan Ahmad turut mendakwa pembangkang risau menyaksikan kebangkitan BN dan mahu menggerakkan Bersih kali kedua setelah menyaksikan bagaimana perhimpunan tahun 2007 membawa kepada 'tsunami' politik yang memberi kemenangan besar kepada PR pada PRU 2008.

Mungkin Wan Ahmad mempunyai terlalu banyak masa terluang hingga membolehkan beliau memikirkan akan agenda Pakatan Rakyat dalam perhimpunan BERSIH 2.0 akan datang ini..

Hal yang sepatutnya beliau mendiamkan diri bagi menunjukkan bahawa beliau seorang yang mempunyai kredibiliti dan bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan terhadapnya oleh Raja-Raja Melayu.. bukannya sibuk untuk memberikan ulasan..

Beliau sepatutnya membuat semakan terhadap daftar Pemilih yang baru dikemaskini Mei lalu, jika beliau serius akan tanggungjawabnya beliau harus menjelaskan bagaimana sebuah rumah yang kecil ini boleh terdapat seramai 64 pengundi didalamnya.. dan bagaimana pula sebuah lagi rumah yang berada dikawasan yang sama boleh mempunyai seramai 88 pengundi pula?

Ini adalah pemilih yang beralamat 1138 kesemuanya ialah 64 Orang, nombor dihadapan senarai adalah nombor siri dari Daftar Pemilih dan nombor terakhir adalah alamat rumah.

15 330422085529 L 1933 MOHD YUSOF BIN MOHD SOOM 1138
48 410403085435 L 1941 MOHD HUSSIN BIN CHAT 1138
44 410108075218 P 1941 RAMLAH BINTI MAT ALI 1138 TBP
76 441202085836 P 1944 EMBIN BINTI ABD RAHMAN 1138
86 460819025036 P 1946 KHATIJAH BT HASSAN 1138
95 470102075254 P 1947 KARTHIYANI A/P PERUMAL 1138
98 470302025470 P 1947 SITI ASA BINTI ARIFIN 1138
114 480928075516 P 1948 MANGGAKASSIN A/P PARMAL 1138
115 481214045168 P 1948 MARIAM BINTI SAAD 1138
125 491107025478 P 1949 SITI JAMALIAH BINTI MD MIN 1138

187 540612025178 P 1954 KECHIK BINTI HAMID NT 1138
194 541029025212 P 1954 RAFTAH BINTI HASSIM 1138
246 561118075201 L 1956 MOHD RASHID BIN MD NOOR 1138
263 571007085860 P 1957 ROBIAH BINTI DIN 1138
273 580328075625 L 1958 MURAD BIN HASSAN 1138
282 580925075498 P 1958 ZAHARAH BINTI MD NOOR 1138
297 590316085577 L 1959 MAT ZAIN BIN MOHD YUSOF 1138
313 590925025721 L 1959 SAMSUDIN BIN REJAB 1138
335 610414085007 L 1961 MARATHAIYAH A/L PACHAVANAM 1138
338 610607075569 L 1961 RUSLI BIN MD NOOR 1138

342 610816025939 L 1961 ABU HASSAN BIN REJAB NO 1138
346 610907075659 L 1961 K PRAMASIVAN A/L P KALIMUTHU 1138
357 620410075724 P 1962 MARIAMA A/P CHELLIAH 1138
372 621204075445 L 1962 KARIM BIN MD.NOOR 1138
373 630101025634 P 1963 SABIRAH BINTI GHAZALI NT 1138
402 641007025009 L 1964 RAMLI BIN ZAHID 1138
408 641121025838 P 1964 BAHIYAH BINTI REJAB NT 1138
418 650712075495 L 1965 MOHAMAD BIN SHAARI 1138
430 660322075800 P 1966 SALASIAH BINTI MD NOOR 1138
439 660531075081 L 1966 AZHAR BIN ISMAIL 1138

455 670407076123 L 1967 AZHAR BIN MD NOOR 1138
475 680406075646 P 1968 JAYABHARATHI A/P VETTANATTAYIL 1138
479 680523106341 L 1968 EWAN BIN ZULKIFLI 1138
496 690220035733 L 1969 ROSLAN BIN ABDUL 1138
498 690516075216 P 1969 AMUTHAVALLI A/P SUBBAYAH 1138
506 691020075655 L 1969 AZNI BIN MD NOOR 1138
519 700618075117 L 1970 SHAMSUDDIN BIN DIN 1138
520 700626085219 L 1970 AMIR BIN HASAN 1138
524 701118075983 L 1970 KAMARUDIN BIN MD NOOR 1138
528 710114086030 P 1971 JULIANA BINTI KAMARUDDIN 1138

550 720605075351 L 1972 KAMARUDDIN BIN DIN 1138
552 720621025397 L 1972 ISMAIL BIN MOHD YUSOF 1138
568 730713075657 L 1973 KAMARUL ZAMAN BIN REJAB 1138
584 741210075253 L 1974 IBRAHIM BIN MOHD YUSOF 1138
585 741227075559 L 1974 MUHAMAT BIN ABDUL HAMID 1138
595 750606086594 P 1975 JAMILAH BINTI MOHD YUSOF 1138
596 750710075588 P 1975 ROSLINDA BINTI MOHD RANI 1138
610 761223025624 P 1976 NORAINI BINTI ABDAUL RASHID 1138
614 770205075542 P 1977 MANJULA A/P KRISHNAN 1138
616 770422086221 L 1977 JOHAR BIN AHMAD 1138

624 771203075869 L 1977 NAZRI BIN ABDUL HAMID NO. 1138
628 780220076227 L 1978 KUMARAN A/L KRISHNAN 1138
635 781221075159 L 1978 AZMAN BIN HASAN NO 1138
644 790822075001 L 1979 THURAIRAJ A/L KRISHNAN NO 1138
657 800806075593 L 1980 MUHAMAD ASRI BIN ABDUL RAZAK 1138
659 800902075323 L 1980 VISVA A/L KRISHNAN 1138
667 810410075182 P 1981 HANIZA BINTI ABDUL HAMID NO 1138
687 820621086200 P 1982 AIDA BINTI HASAN 1138
700 830414075583 L 1983 HAMZAH BIN MAT ZAIN NO 1138
704 830526075561 L 1983 MOHD REDZWAN BIN ABDULLAH 1138

748 850828075450 P 1985 SUHASINI A/P K PRAMASIVAN 1138
754 860302355465 L 1986 YASSIN BIN ABDUL HAMID 1138
758 860823565556 P 1986 NORAIZADATHULAKMA BT MAT RODZI 1138
773 880528355335 L 1988 MUHAMAD SAHLAN BIN SAMSUDIN 1138

Sumber - http://darisungaiderhaka.blogspot.com

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

BERSIH 2.0: Polis tangkap 8 orang di Alor Setar

Posted: 01 Jul 2011 08:14 PM PDT

Lima lelaki dan tiga wanita, termasuk timbalan ketua pemuda PKR Kedah Gooi Hsiao Leung ditangkap kira-kira jam 9.20 pagi ini di Alor Setar kerana didakwa merancang menyemarakkan kempen BERSIH 2.0.

Mereka juga didakwa cuba menjual kemeja T kuning dengan logo BERSIH.

Sebelum sidang media mereka yang dijadualkan di Pekan Cowboy, Alor Setar sempat bermula , polis terus menyerbu dan mengheret beberapa pemimpin yang dijadual berucap ke tepi sehingga mencetuskan kekecohan.


Gooi menjerit: "Beritahu kami apa dakwaannya sebelum tangkap kami".

Namun, pasukan polis yang diketuai oleh OCPD Adzman terus mengheretnya.

[Berita penuh menyusul]

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Empat termasuk seorang guru agama ditahan berkaitan BERSIH

Posted: 01 Jul 2011 04:38 AM PDT

IPOH: Polis Perak hari ini menahan empat orang termasuk seorang guru agama dalam serbuan di sebuah premis pakaian di Kuala Kangsar, kira-kira 50 meter dari sini yang dikesan mencetak dan mengedar baju T tertera perkataan BERSIH, dipercayai bagi kegunaan ketika perhimpunan haram di ibu negara, Sabtu depan.

Serbuan yang dibuat hasil Ops Padam yang dilancarkan di sekitar daerah itu pada jam 12.30 tengah hari turut menemui 26 baju T bersama lima blok pencetak baju berkenaan.

Berita Harian

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Polis akan pastikan perhimpunan 9 Julai tidak jadi, kata timbalan IGP

Posted: 01 Jul 2011 04:05 AM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Julai — Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar hari ini menegaskan pihaknya menutup segala bentuk rundingan dengan mana-mana penganjur perhimpunan tidak sah yang akan diadakan pada 9 Julai ini.

Jelas Khalid, keputusan itu dibuat selepas kesemua penganjur iaitu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Pemuda Umno dan Perkasa tetap berkeras meneruskan perhimpunan haram itu sambil memberi amaran bersedia untuk berhadapan dengan tindakan undang-undang.

"Kami sudah memberikan penjelasan kepada mereka, memberi peringatan dan amaran tetapi mereka tetap tidak peduli. Kami akan memastikan perhimpunan ini tidak akan berlaku.


"Kami tidak akan mengadakan sebarang perbincangan lagi. Bersiap sedia berhadapan dengan tindakan undang-undang," katanya.

Bercakap pada sidang media di Bukit Aman, Khalid berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas peserta-peserta perhimpunan itu.

"Kami tidak akan bertolak ansur," katanya.

Semalam Bersih meminta polis sendiri mencadangkan satu laluan yang pihak berkuasa rasa sesuai untuk mereka mengadakan perarakan tanpa gangguan kepada sesiapa pun.

Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan pasukan pemantau pilihan raya ini telah mengemukakan cadangan kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dengan harapan polis akan bersikap terbuka dan bekerjasama dengan gabungan tersebut.

Bagaimanapun Ismail menolak cadangan Bersih itu.

Khalid berkata Ismail telah mengadakan pertemuan dengan semua penganjur yang akan mengadakan perhimpunan minggu depan dan memberitahu kerisauan polis.

"Kami sudah jelaskan kepada mereka tentang kebimbangan peniaga, pengusaha pelancong, pemandu teksi dan orang ramai yang membantah perhimpunan itu.

"Tetapi mereka tetap berkeras, jadi kami akan gunakan undang-undang yang ada," katanya. - TMI


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Khutbah Jumaat Tuduh Peserta Bersih "Sanggup Bunuh" Pasukan Keselamatan

Posted: 01 Jul 2011 03:47 AM PDT

KUALA LUMPUR 1 JULAI : Susulan tindakan polis menangkap lebih 100 orang penyokong Bersih 2.0 dan kecaman media arus perdana terhadap gerakan itu diperhebatkan, kini institusi masjid pula diheret dalam cubaan membatalkan perhimpunan aman berkenaan.

Masjid-masjid di Kuala Lumpur dan Putrajaya hari ini diwajibkan membaca Khutbah Jumaat yang menuduh penganjur Bersih sebagai "pengkhianat" dan mendakwa peserta himpunan itu "akan bertindak ganas, merosakkan harta benda…malah sanggup mencederakan pasukan keselamatan."

Khutbah bertajuk "Memelihara Nikmat Keamaman" yang diedarkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan mendakwa peserta Bersih pada 9 Julai akan "melakukan demonstrasi jalanan, perhimpunan haram, dan berarak ke hulu hilir serta melanggar undang-undang negara".


Tuduhan yang dibuat menerusi khutbah Jumaat itu mengejutkan lebih-lebih lagi setelah penganjurnya dan pemimpin-pemimpin politik yang menyertai Bersih memberi jaminan berulang kali bahawa perhimpunan itu adalah aman dan berharap polis tidak akan mencetuskan sebarang provokasi.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berulang kali menegaskan perhimpunan itu hanya untuk rakyaty menzahirkan secara aman keperluan di adakan pilihanraya umum yang telus dan adil.

Namun jaminan itu tidak diendahkan oleh JAWI sebagaimana yang dicerminkan menerusi khutbah Jumaat yang dibaca di masjid-masjid di Kuala Lumpur dan Putrajaya hari ini.

"Mutakhir ini kita dibimbangi oleh gerakan golongan pelampau yang menggelarkan diri mereka sebagai Gabungan Pilihan Bersih dan Adil, khutbah itu dipetik berkata.

"Golongan ini pada asasnya memperjuangkan kepentingan individu atau fahaman tertentu tanpa mengambil kira sensitiviti dan kepentingan awam, tambah teks khutbah itu.

"Dalam usaha mencapai matlamat perjuangan, golongan ini akan melakukan demonstrasi jalanan, perhimpunan haram, mereka berarak ke hulu hilir, berkumpul untuk bertindak ganas, merosakkan harta awam, melanggar undang-undang negara malah sanggup mencederakan pasukan keselamatan," katanya.

Khutbah itu mendakwa Himpunan Bersih 2.0 berselindung di sebalik perjuangan hak asasi manusia dan politik untuk "meniru" keganasan di negara asing demi menekan pemerintah .

"Mimbar ingin menegaskan bahawa tindakan golongan pengkhianat seperti ini merupakan satu tindakan yang zalim dan haram bagi umat Islam mengikutinya kerana cara ini sebenarnya satu tindakan yang boleh mencampakkan manusia itu di dalam kebinasaan serta mendatangkan keburukan, kegelisahan dan kesusahan kepada masyarakat," katanya.

Sumber - TVS

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Kisah demonstrasi dua kota

Posted: 01 Jul 2011 03:15 AM PDT

Bahagian 1

Pada suatu petang, di sebatang jalan raya di hadapan sebuah bangunan kerajaan di negara mat saleh yang pemerintahannya dianggap mempunyai rekod buruk dalam isu hak asasi manusia petang itu dibanjiri hampir dua ribu manusia.

Sambil memegang sepanduk-sepanduk memprotes dan mengecam dasar pentadbiran negara itu yang dikatakan melaksanakan dasar menindas kehidupan rakyatnya, mereka turut melaungkan slogan-slogan memprotes tindakan pentadbiran presiden mereka.

Tidak berapa jauh dari situ, di kaki-kaki lima deretan kedai-kedai sepanjang jalan kelihatan orang-orang awam yang tidak menyertai demonstrasi itu turut berada di sekitar kawasan itu dan memerhatikan demonstrasi tersebut dengan penuh minat.

Rata-rata orang-orang awam yang berada di situ kelihatan sedang leka membeli-belah di beraneka kedai-kedai yang ada, kompleks membeli-belah mahupun sekadar minum dan bersantai di restoran-restoran yang banyak terdapat di situ.


Tidak kurang juga mereka yang datang ke situ hanya semata-mata ingin menyaksikan dengan lebih dekat lagi situasi demonstrasi yang diadakan oleh kumpulan yang menyuarakan protes mereka terhadap kerajaan terbabit.

Di samping itu ada di antara mereka yang mengambil kesempatan dengan merakamkan ragam pendemo-pendemo itu dengan telefon bimbit berkamera mereka.

Keuntungan berlipat kali ganda

Tidak seperti hari-hari lain, pada hari itu kedai yang berada di sepanjang jalan tersebut memperolehi keuntungan berlipat kali ganda disebabkan kebanjiran manusia yang datang untuk menggunakan kebebasan bersuara mereka itu, lebih-lebih lagi bagi pemilik-pemilik restoran yang tentunya tersenyum lebar.

Di celah bingit dek laungan slogan bersemangat pendemo itu, kelihatan pula wartawan-wartawan dan jurugambar-jurugambar pelbagai media dari dalam dan luar negara kelihatan sedang sibuk membuat liputan peristiwa itu.

Pada masa yang sama, di dalam kawasan berpagar bangunan kerajaan itu juga kelihatan hampir beratus-ratus anggota polis anti rusuhan yang serba lengkap bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Anggota polis itu yang di tempatkan di hadapan pintu pagar utama bangunan kerajaan itu kini hanya menunggu arahan untuk bertindak daripada pegawai atasan mereka sekiranya berlaku ancaman keganasan daripada peserta-peserta demonstrasi itu.

Beberapa pegawai-pegawai atasan polis pula kelihatan tenang memantau perlakuan dan pergerakan kumpulan pembayar gaji mereka yang sedang berdemonstrasi itu.

Sementara itu, di tengah-tengah lalu lintas yang semakin sesak disebabkan ribuan manusia yang membanjiri kawasan itu, beberapa anggota polis lain kelihatan sibuk mengawal pergerakan trafik dan melencongkan kenderaan yang mahu memasuki jalan tersebut.

Setelah hampir dua jam berlalu, masih tiada sebarang tanda-tanda kejadian yang tidak diingini berlaku dan kumpulan pegawai-pegawai polis tadi mula menunjukkan sedikit rasa lega.

Tidak berapa lama selepas itu, kelihatan seorang tokoh aktivis hak asasi manusia yang memimpin demonstrasi itu tampil di hadapan ribuan penyokong-penyokongnya itu lantas memberikan ucapan yang penuh bersemangat dan seperti selalu disambut dengan laungan bersemangat dan tepukan yang gemuruh.

Setelah selesai tokoh itu memberikan ucapan, seperti yang diarahkan oleh sekretariat mereka, akhirnya kumpulan besar tersebut mulai bersurai.

Selepas itu setelah penat lama berdiri dan melaung-laungkan slogan protes, pendemo-pendemo itu tidak melepaskan peluang untuk terus mengambil tempat di restoran-restoran yang ada untuk membasahkan tekak.

Tidak kurang juga ada yang mengambil kesempatan untuk mengunjungi beraneka kedai-kedai pakaian dan beraneka kedai lain yang berderet di sepanjang jalan itu.

Di samping itu, ramai juga yang terus angkat kaki pulang ke rumah masing-masing dengan menaiki kenderaan-kenderaan awam samada keretapi laju, bas mahupun menahan teksi-teksi yang sedang menunggu habuan untuk mereka pula.

Aliran trafik di beberapa batang jalan di bandaraya itu yang mengalami kesesakan teruk sebelumnya juga sedikit demi sedikit mulai beransur lancar dan pulih seperti sediakala.

Terperangkap dengan kesesakan lalu lintas

Bagi kebanyakan pengguna-pengguna jalan raya di kota ini, walaupun kesesakan tadi memanglah sesuatu yang merimaskan dan kadang-kala menyiksakan tetapi ia bukanlah sesuatu yang menghairankan.

Terperangkap dalam kesesakan ketika memandu di kota metropolitan serba moden dan canggih seperi kota ini bukanlah sesuatu yang baru bagi kebanyakan pemandu-pemandu di sini.

Malahan dengan pelbagai pesta yang dianjurkan oleh pelbagai pihak termasuk anjuran pihak kerajaan sendiri telah turut menyebabkan kesesakan trafik yang teruk berlaku.

Setiap kali sambutan tahun baru, ulang tahun kemerdekaan, pesta kebudayaan, konsert artis terkenal, acara-acara sukan dan pesta entah apa lagi yang sering diadakan pasti akan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kota ini.

Bagi pengguna-pengguna jalan raya di sini, tiada salahnya sekali lagi terperangkap dalam satu lagi kesesakan lalu lintas agar dapat memberi peluang kepada pendemo-pendemo tadi menggunakan hak mereka untuk bersuara.

Jika sanggup tersiksa akibat terperangkap dalam kesesakan lalulintas gara-gara penganjuran pesta, masakan pula tidak sanggup demi menegakkan keadilan untuk mendapatkan hak kebebasan bersuara yang telah dijamin oleh perlembagaan? Itukan jauh lebih mulia daripada berpesta.

Lebih bagus apabila demonstrasi yang diadakan tadi tidak pula membabitkan pengaliran keluar wang cukai yang dibayar pemandu- pemandu yang terperangkap dalam lalu lintas itu sendiri tadi kepada kerajaan kecualilah gaji anggota keselamatan yang sememangnya perlu dibayar setiap bulan.

Sebaliknya bagi pesta anjuran kerajaan pula, pengguna-pengguna jalan raya yang sudahlah terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, pastinya bertambah sesak apabila mengetahui mereka sendiri yang membayar harga yang tinggi hanya semata-mata untuk berpesta.

Kisah demonstrasi aman seperti ini kalau pun tidak di semua negara Barat, senario yang hampir sama kerap berlaku di negara-negara maju yang menghormati kebebasan rakyatnya untuk bersuara.

Sementara itu, dalam sebuah kota di negara yang teramat jauh pula ada cerita yang sangat berbeza…..

bersambung…

Sumber disini


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Demo Umno P. Pinang - Ezam Sengaja Biarkan Dirinya Ditangkap Polis

Posted: 01 Jul 2011 02:57 AM PDT

Beberapa pemimpin pemuda ditangkap semasa berdemo, Ketua Pemuda Negeri dan YB Senator Ezam Md Noor ditahan di IPK Polis Pulau Pinang.



Sumber disini


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

SPR seolah-olah cuci tangan salahkan kerajaan, kata GPMS

Posted: 01 Jul 2011 02:43 AM PDT

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menyifatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seolah-olah bertindak "cuci tangan" dalam isu pembaharuan sistem pilihan raya melibatkan pindaan undang-undang, khususnya berkaitan peraturan pendaftaran pemilih secara automatik.

Ia juga merupakan salah satu daripada lapan tuntutan yang dibawa oleh Bersih 2.0 kepada perhatian SPR baru-baru ini.

Dengan merujuk kepada tuntutan sistem pendaftaran pengundi secara automatik, Presidennya Jais Abdul Karim berkata, SPR sepatutnya bertanggungjawab dan bertindak lebih telus dalam memperkenalkan sistem pengundian secara automatik bagi mereka yang mencapai 21 tahun.


Sambil mengakui SPR juga ada memperkenalkan beberapa pembaharuan seperti sistem undi pos dan kaedah biometrik menentukan status pengundi pada hari pengundian, Jais berkata, SPR sepatutnya bertindak lebih proaktif untuk membawa pindaan baru ke atas undang-undang lama atau prosedur zaman merdeka yang sudah lagi sesuai dengan era semasa.

"Ada perkara yang kita kena akui SPR melakukan pembaharuan, tetapi hal ini (pendaftaran pemilih secara automatik) mereka macam cuci tangan," kata beliau.

"SPR macam nak cuci tangan... saya tidak melihat SPR memihak kepada kerajaan BN, tidak... tetapi SPR cuba menyalahkan kerajaan... sepatutnya SPR perlu lebih bertanggungjawab," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Jais yang menghadiri forum "Tuntutan Bersih — Apa Penjelasan SPR?" anjuran Institut Perkembangan Minda di sini semalam mengemukakan soalan sama ada perkembangan semasa iaitu tuntutan Bersih ada kaitan dengan kegagalan SPR mendengar pandangan pelbagai pihak.

Jais berkata beliau difahamkan banyak tuntutan dibawa ke perhatian SPR sepanjang dua tahun lalu tetapi tidak menemui jalan penyelesaian.

Suruhanjaya itu mendakwa pihaknya berhadapan dengan kekangan undang-undang.

Malah dalam syornya semalam Jais juga menyarankan agar SPR memperkenalkan sistem pendaftaran pemilih secara automatik.

Bagaimanapun Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar yang merupakan penceramah pada forum itu berkata, undang-undang semasa tidak memungkinan perkara itu diamalkan.

Malah kata beliau, rakyat perlu mengambil tanggungjawab untuk mendaftar diri sebagai pemilih dan digunakan cara memaksa.

Wan Ahmad juga berkata mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan SPR hanya bertindak sebagai pengurus perjalanan pilihan raya manakala soal penggubalan undang-undang terletak di tangan kerajaan.

Malah kata beliau tiada negara yang menyaksikan kehadiran pengundi sehingga 90 peratus dan sebagainya.

Malah Wan Ahmad berkata, untuk meminda Perlembagaan Persekutuan memerlukan undi majoriti dua pertiga yang mana ia sukar untuk dicapai buat masa sekarang.

Sebarang cadangan bagi pelaksanaan pendaftaran pemilih secara automatik perli melibatkan pindaan kepada Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.

Buku panduan yang diedarkan SPR semalam menunjukkan sekiranya pendaftaran secara automatik dilaksanakan tetapi ia tidak disusuli dengan peruntukan pengundian secara wajib, maka peratusan keluar mengundi akan merosot dengan teruk, berkemungkinan sekitar 50 peratus.

Malah menurut Wan Ahmad, yang juga bekas setiausaha SPR, salah satu kajian yang dijalankan oleh universiti awam tempatan menunjukkan bahawa faktor malas menjadi punca utama mengapa ramai enggan mendaftar sebagai pemilih.

Kini ada sekitar empat juta orang yang belum mendaftar sebagai pengundi.

Sebaliknya jelas Jais, beliau percaya bahawa jika pindaan itu dibawa ke Parlimen majoriti wakil rakyat - wakil kerajaan dan pembangkang di Parlimen akan menyokong.

Kata Jais, jika kesemua peruntukan yang hendak dipinda disekalikan ataupun digabungkan termasuk isu daftar pemilih yang menjadi kontroversi sekarang, pihaknya yakin wakil rakyat Pakatan Rakyat juga akan menyokong.

"Saya kecewa dengan hujah-hujah tadi (yang diberikan oleh SPR semalam)... saya hairan apabila beliau memberikan alasan," kata Jais sambil menambah apa yang dibawa Bersih 2.0 juga bukan merupakan perkara baru.

"Sebahagian besar isu yang mereka (Bersih 2.0) bawa sudah pun dikemukakan oleh banyak pihak termasuk parti-parti politik sebelum ini," kata Jais.

Sehubungan itu Jais juga berpandangan bahawa isu Himpunan Bersih 2.0 sudah pasti tidak wujud jika SPR telah mengambil pendekatan mendengar dan menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan selama ini.

"SPR sepatutnya menyediakan saluran-saluran yang membolehkan pelbagai pihak memberikan pandangan... kalau saluran ini ada, saya pasti badan-badan seperti Bersih ini tidak wujud, kena ada saluran untuk menyalurkan idea," kata Jais yang turut menambah, apabila Bersih 2.0 membawa idea-idea ini, dilihat sebagai berat sebelah kerana disokong parti pembangkang lalu ia ditolak.

GPMS juga mengakui ada tuntutan Bersih 2.0, misalnya tempoh berkempen 21 hari adalah terlalu lama dan sukar untuk diterima banyak pihak.

Jais juga berkata ada juga aspek dalam sistem pilihan raya di negara ini yang sudah sesuai dengan perkembangan semasa dan oleh itu, Malaysia juga tidak perlu mengikut formula dan peruntukan yang digunakan di negara-negara lain. - TMI

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Hanya 200 Orang Sertai Demonstrasi Anjuran UMNO P. Pinang

Posted: 01 Jul 2011 02:13 AM PDT

Senatak Ezam Mohamad Noor antara pemimpin Umno yang kelihatan di perbarisan hadapan perarakan tanpa permit polis tersebut.






Manakala, lebih 50 anggota polis dan 15 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dilihat berkubu di pintu masuk utama ke Komtar yang menempatkan bangunan kerajaan negeri Pulau Pinang sejurus selepas Solat Fardhu Jumaat.

Sumber - Anak Sungai Derhaka

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Tiada ulasan: