Ahad, 24 Julai 2011

Biaqpila

Biaqpila


Hantar pulang Bourdon bukti Najib takut rahsia Scorpene- Latheefa

Posted: 24 Jul 2011 03:00 PM PDT



(Oleh: Sidiqin Omar)

KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan Malaysia menghantar semula peguam hak asasi manusia dari Perancis, Wiliam Bourdon tanpa sebarang sebab membuktikan ketakutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ini kerana peguam itu dijadualkan berada di Malaysia untuk membongkar skandal komisyen kapal selam membabitkan RM540 juta dan kaitannya dengan misteri pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibu.
Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Lathhefa Koya berkata, kerajaan Malaysia juga bertindak zalim apabila menghantar Bourdon pulang ke negara asalnya tanpa sebarang sebab munasabah.
"Apakah kerajaan Malaysia tak sedar bahawa tindakan yang dibuat membuktikan sikap zalim mereka? Malaysia tak ubah seperti negara dunia ketiga yang sering guna alasan yang tak masuk akal kerana takut," katanya kepada Keadilandaily.
Beliau berkata demikian dalam reaksinya berhubung tindakan Jabatan Imigresen menahan Bourdon di Pusat Tahanan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tengahari tadi.
Peguam lantikan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) itu ditahan pegawai imigresen ketika pesawat yang dinaikinya tiba di KLIA dari Pulau Pinang, selepas menghadiri majlis makan malam anjuran Suaram di Bayan Baru malam tadi.
Bourdoun sepatutnya hadir pada majlis yang sama di Dewan Sivik Petaling Jaya malam ini dan Ipoh pada 23 Julai.
Namun ketika tiba di KLIA, beliau ditahan lebih lima jam tanpa diberikan sebarang akses bertemu peguam. Berikutan itu, Bourdon yang dijadual pulang semula ke Paris pada Ahad ini akan menaiki pesawat pulang jam 11.30 malam ini.
Dalam pada itu, Latheefa berkata Bourdon memberitahunya yang dia diarahkan untuk menandatangani satu dokumen dalam bahasa Malaysia, namun enggan berbuat demikian.
"Ini satu penghinaan dan melanggar hak asasi seorang manusia. Kita tak tahu apakah dokumen yang diarah untuk ditandatangani oleh William.
"Seseorang itu mempunyai hak untuk tahu kandungan dan sebab sebelum menandatangai apa-apa dokumen. Setiap negara perlu menghormati hak-hak ini," jelas Latheefa.
Beliau turut kesal dengan sikap pegawai Imigresen yang menengking dan menghalang pengarah Suaram), Cythia Gabriel yang mahu bertemu peguam itu.
Sementara itu jurucakap Lawyer For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri yang dihubungi berkata, Jabatan Imigresen menghantar William kembali ke negaranya dengan menggunakan Akta Imigresen.
Beliau bagaimanapun memaklumkan pihaknya akan berbincang bersama Suaram untuk memikirkan tindakan lanjut berhubung tindakan Jabatan Imigresen.

KD


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

AWAS IMEJ SEKSI DI FACEBOOK

Posted: 24 Jul 2011 09:38 AM PDT




SERINGKALI kita melihat pautan-pautan di laman web atau video yang menggunakan imej-imej seksi ketika melayari laman sosial kegemaran seperti Facebook.

Ayat-ayat yang digunakan pula berbaur seks dan sangat jelas untuk difahami bagi menambahkan lagi keinginan seseorang untuk melihatnya.

Terdorong oleh nafsu, butang diklik tetapi tiada apa yang berlaku. Sebenarnya tanpa disedari, anda telah diserang dengan aktiviti phishing.

Phishing adalah cubaan untuk mendapatkan maklumat sensitif pengguna yang dimasukkan ke dalam komputer peribadi tanpa disedari.

Aktiviti tersebut semakin kerap dapat dilihat di laman-laman sosial sejajar dengan kenaikan kadar penembusan Internet terutama laman sosial di Malaysia.

Menurut syarikat yang menjalankan kajian pemasaran Internet, comScore, Malaysia adalah negara kedua paling tinggi aktiviti penembusan rangkaian sosial di Asia Tenggara iaitu sebanyak 91 peratus selepas Filipina.

Link jahat

Tambahan pula, menurut Peneraju Perniagaan Norton rantau Asia Selatan, Symantec, Effendy Ibrahim, Laporan Jenayah Siber Norton 2010 menemui 65 peratus pengguna internet di Malaysia tidak meletakkan seting akaun laman sosial mereka kepada tahap paling tinggi.

"Ia menjadikan informasi lebih mudah dilihat pada bila-bila masa. Selain itu, kajian turut menemui kebanyakan penjenayah siber menggunakan laman sosial sebagai tempat menghantar link ringkas ke laman web yang berniat jahat," ulasnya lagi.



Link-link ringkas itu dianggap berniat jahat kerana ia akan membawa pelayar Internet ke laman web yang berbeza seperti dipaparkan, manakala destinasi sebenar link tersebut disembunyikan daripada pengetahuan pelayar Internet.

Kebanyakan link tersebut menggunakan paparan dan imej yang seksi bagi menarik pelayar Internet supaya mengklik link ringkas tersebut.

Tambah Effendy, dalam tempoh masa tiga bulan pada tahun 2010, dua pertiga link-link jahat itu berada dalam paparan News Feed laman sosial, manakala 73 peratus daripadanya telah diklik sebanyak 11 kali atau lebih.

"Ia membuktikan penggunaan link-link yang dipos itu sangat efektif," ujarnya ringkas.

Sehingga bulan Mac 2011, kata Effendy, CyberSecurity Malaysia telah mengenalpasti sekurang-kurang 900 laman phishing yang menyasarkan kepada institusi kewangan.

Tujuannya adalah untuk mendapatkan maklumat perbankan dan laporan mendapati secara purata sebanyak 260,000 identiti telah didedahkan pada tahun 2010.

Dakwa Effendy lagi, dalam pemerhatian mereka, informasi kad kredit yang berharga itu didagangkan di pasaran gelap online pada harga serendah 30 sen perdata sahaja.

Jenayah siber secara dalam talian akan meningkat setiap tahun dan sukar dihapuskan sama sekali. Symantec telah mengesan sebanyak 286 juta ancaman baru pada tahun 2010.

Ia bersamaan sembilan ancaman baru untuk setiap saat sepanjang tahun.

Jenis link


DENGAN hanya satu klik, penjenayah siber mudah mencuri segala maklumat pelayar Internet.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Pembekal Kandungan Mudah Alih Malaysia (MMCP), Johary Mustapha, 33, berkata, terdapat dua jenis link yang sering dipapar dalam laman sosial atau sesawang seseorang itu.

"Kedua-duanya bersifat mengelirukan dengan paparan wanita seksi atau berbentuk soalan kuiz tetapi berbeza tahap bahaya.

"Salah satunya adalah semata-mata bertujuan untuk pengiklanan sahaja. Ia dapat dikesan apabila arahan akhir yang diberi adalah memasukkan nombor telefon sebagai pengesahan," ulasnya ketika dihubungi Infiniti baru-baru ini.

Menurut Johary, pautan itu dilakukan oleh syarikat-syarikat yang dianggap sebagai kreatif memanipulasi orang ramai supaya melawat laman web mereka.

Tambahnya, link sebegitu tidak akan merosakkan atau mendatangkan bahaya kepada pengguna jika ditekan berbanding dengan jenis pautan yang lagi satu.

Pautan kedua dianggap merbahaya kerana ia menyebabkan gangguan Adware walaupun masih menggunakan teknik yang sama sebagai tarikan.

Link tersebut boleh dikesan apabila setiap kali pelayar Internet menekan butang pautan untuk menonton video atau sebagainya tetapi, tiada apa yang berlaku.

Malah, dalam sesetengah pautan, ia mengkehendaki pengguna memuat naik perisian atau fail dengan alasan jika menonton video akan menjadi lebih cepat.


AKTIVITI phishing dilakukan bertujuan sama ada untuk membuat pengiklanan atau yang lebih berbahaya untukmendapatkan maklumat penting anda.

"Serangan Adware sangat berbeza dengan virus, ia tidak akan memberi kesan kepada komputer atau telefon bimbit tetapi, berkemampuan mengumpul semua data yang pengguna masukkan," katanya.

Data-data seperti kata laluan untuk Log In laman sosial, kata kunci, nombor akaun bank yang lebih dikenali sebagai Cookies boleh dikumpul dan dihantar kepada individu yang mencipta link tersebut.

Ujar Johary lagi, pengguna dinasihat supaya berhati-hati dengan arahan memuat naik fail yang mempunyai nama domain .exe dan .bat kerana apabila sesuatu perisian secara tidak sengaja dipasang, pengambilan data menjadi lebih mudah.

"Serangan Adware boleh dikesan apabila setiap kali laman web dibuka, amaran Pop-up akan muncul," ulasnya lagi.

Bagaimanapun, Johary menambah bagi perbankan internet, tahap keselamatannya tinggi hingga ke tahap dua atau tiga seperti memerlukan pengguna membuat pengesahan melalui telefon bimbit.

kosmo


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Lebih 80 Ditembak Mati, 7 Terkorban Dalam Letupan Bom Di Norway

Posted: 23 Jul 2011 09:00 PM PDT


Seorang wanita yang terselamat daripada serangan seorang lelaki di sebuah pulau dekat Oslo, Norway dibawa oleh pasukan penyelamat ke hospital. – Foto AFP



OSLO, Norway: Seorang rakyat Norway yang menyamar sebagai pegawai polis dipercayai menembak mati sekurang-kurangnya 80 pekhemah di sebuah pulau dekat sini, Sabtu.



Menurut Pengarah Polis, Oystein Maeland, pihaknya hanya menyedari pembunuhan beramai-ramai itu berlaku beberapa jam selepas berlakunya satu letupan di sini yang mengorbankan tujuh orang.



Katanya, polis berjaya menemui banyak mayat dan menganggarkan jumlah mangsa mungkin meningkat.

Seorang lelaki yang cedera diberi rawatan di Oslo, Norway, Sabtu. Letupan bom tersebut merosakkan beberapa bangunan kerajaan termasuk pejabat Perdana Menteri, Jens Stoltenberg. Letupan itu juga menyebabkan lain-lain bangunan terbakar. – Foto REUTERS



"Ramai lagi yang cedera tetapi bilangan tidak diketahui buat masa ini," katanya.



Polis percaya letupan tersebut dilakukan oleh suspek yang sama.



Setakat ini, polis berjaya menahan seorang suspek warga tempatan tetapi enggan mendedahkan namanya.



Sementara itu, badan penyiaran Norway, NRK mengenalpastikan suspek ialah Anders Behring Breivik, 32 dan berkata, polis menggeledah pangsapurinya di sini semalaman.

Kepulan asap keluar dari bangunan yang terbakar ekoran serangan bom di Oslo, Norway. – Foto REUTERS



NRK dan lain-lain media menyiarkan foto suspek yang berambut perang muda dan bermata biru.



Seorang pegawai polis berkata siasatan awal menunjukkan suspek membuat serangan tersebut seorang diri dan ia tidak berkait dengan sebarang organisasi pengganas.



"Ia nampaknya kerja orang gila," katanya. - AP



mstar


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

LAWAK AHAD: AYAM

Posted: 23 Jul 2011 06:00 PM PDT



Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan memesan seekor ayam panggang... Beberapa minit kemudian pesanannya sampai...

Ketika sedang dia menikmati makanannya...pelayan yang lain menghampirinya dan berkata..
"Maaf, Encik... Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada di sana itu.Dan ini merupakan stok ayam terakhir yang kami ada...maaf ya encik."

Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah... lalu berkata,"Kerana terlanjur sudah makan sedikit..jadi ayam ini milik saya. Lagi pun saya juga membayarnya."

Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan,lelaki gagah tadi dengan wajah marah
sambil membawa pisau menghampiri Razak.

"Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong kakinya, aku akan potong kaki engkau.Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga perutmu.
Pendek cerita.. apapun yang engkau lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau."

Razak terdiam beberapa minit.. lalu perlahan-lahan dia mengangkat ayam tersebut, membawa ke mulutnya dan menjilat bontot ayam tersebut...

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: