Isnin, 18 Julai 2011

Biaqpila

Biaqpila


Melaka lanjutkan tempoh operasi pusat hiburan

Posted: 18 Jul 2011 03:00 PM PDT



Di sebalik usaha kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan PAS mahu menutup bar, disko dan kelab karaoke pada bulan Ramadan yang akan datang, lain pula yang berlaku di negeri Melaka.

Negeri Melaka di bawah kerajaan BN, baru-baru ini pada mesyuarat Exco telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh masa operasi pusat hiburan di negeri itu dari sekitar jam 1 pagi hingga ke 3 pagi.

rustam ali silat group bersih 4Malaysiakini difahamkan, tindakan itu seiring dengan kepesatan pembangunan sektor pelancongan Melaka di samping mendapat permintaan daripada pengusaha pusat hiburan terbabit.

Bagaimanapun Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika ditanya berkata, lanjutan masa hanya boleh dilaksanakan pada hari Jumaat sehingga Ahad.

Manakala, bermula Isnin sehingga Khamis, pusat berkenaan hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 1 atau 2 pagi sahaja.

“Ini adalah atas permintaan pengusaha pusat hiburan dan pelaksanaan ini hanya dibenarkan untuk 15 premis sahaja di Melaka Raya.

“Bagaimanapun, sekiranya mereka ingkar melanjutkan waktu operasi dalam tempoh diberikan, kebenaran itu akan ditarik balik,” katanya.

Ditentang pelbagai pihak

Mohd Ali juga menjelaskan, kerajaan negeri telah pun mendapat maklumbalas daripada pihak polis bahawa keputusan itu tidak akan menjejaskan tahap keselamatan kawasan terlibat.

NONESementara itu, keputusan yang dibuat kerajaan negeri Melaka itu ditentang banyak pihak termasuk dari kalangan ahli Umno sendiri.

Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tangga Batu, Muhammad Ahyad Abdullah yang merasakan keputusan itu mengambarkan keseronokan sesetengah pihak yang berkepentingan.

"Mereka lupa keadaan ini akan membiarkan lebih banyak perkara tidak senonoh berlaku di negeri Melaka. Sudahlah pusat hiburan muncul bagaikan cendawan tumbuh ditambahkan pula tempohnya dilanjutkan hingga ke jam 3 pagi.

dances @ screwball penang namewee concert"Cukuplah, keruntuhan akhlak yang berlaku kini di kalangan warga muda dan peningkatan kadar jenayah disebabkan pusat hiburan dan keseronokan yang tidak ada batasnya," katanya.

Ketua Pembangkang dari DAP, Goh Leong San berkata, kerajaan negeri sepatutnya mendapat maklum balas dari semua pihak dan bukannya semata-mata meminta pandangan daripada pengusaha pusat hiburan sahaja.

"Tindakan ini menampakkan kerajaan negeri mengenepikan kepentingan rakyat hanya semata-mata mahu mengejar keuntungan tanpa memikirkan kesan daripada tindakan itu," katanya.

MK


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KEMATIAN BAHARUDIN BAGAI DIHINA

Posted: 18 Jul 2011 06:20 AM PDT


Keluarga Allahyarham Baharudin Ahmad (gambar) yang meninggal dunia ketika menyertai perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu masih belum menerima laporan awal bedah siasat mengenai kematiannya."Kami amat hairan kerana tanpa laporan itu dan tanpa persetujuan pihak keluarga ada pihak lain boleh membuat kenyataan rasmi berhubung kematian beliau," kata Ahmad Jufliz Faiza, peguam yang mewakili keluarga Baharudin dalam satu kenyataannya hari ini.

Menurut Ahmad Jufliz, pihak keluarga turut bersedih memandangkan sehingga kini tiada ucapan takziah diterima daripada pihak polis mahupun kerajaan.

Sebaliknya pihak keluarga terharu dengan hampir semua pemimpin Bersih, NGO dan pemimpin dari kalangan Pakatan Rakyat yang sudi meluangkan masa untuk menziarahi mereka.

"Terdapat beberapa saksi memberitahu kami sekeluarga bahawa semasa arwah berada di kawasan dan tempat kejadian, pihak FRU telah menembak beberapa das gas pemedih mata ke arah peserta perhimpunan Bersih untuk menyuraikan perhimpunan tersebut dan pada masa sama polis bertindak dan melakukan kekerasan lebih dari yang dibenarkan oleh undang-undang.

"Walaupun tiada penentangan berlaku di kalangan peserta perhimpunan dan akibat daripada kekerasan itu termasuk kelewatan untuk memberi bantuan kecemasan kepada beliau menyebabkan kematiannya.

Kami percaya jika pihak kerajaan dan polis lebih berhati-hati, bertanggungjawab dan berperikemanusiaan kejadian ini boleh dielakkan," katanya.

Pihak keluarga juga berharap agar saksi-saksi yang berada di tempat kejadian dan mengetahui kejadian itu untuk tampil dan membantu mereka.

Satu laporan polis juga telah dibuat semalam dan memohon agar satu siasatan mengenai kematian Baharudin dibuat dalam masa tujuh hari.

kl-today

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

MALAYSIA SAJA HALANG DEMOKRASI

Posted: 18 Jul 2011 02:00 AM PDT



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan semua negara demokrasi kecuali Malaysia sahaja yang tidak membenarkan demonstrasi diadakan walaupun ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.Jelas Ahli Parlimen Marang ini, mana-mana negara demokrasi membenarkan rakyat mengadakan demonstrasi untuk menyatakan hasrat dan rasa hati kepada pemimpin negara.

Tegas Hadi, hanya negara komunis tidak membenarkan rakyat meluahkan perasaan mereka.

"Semua negara demokrasi moden mengizinkan rakyat meluahkan perasaan bukan sahaja melalui ahli Parlimen, (malah) melalui demonstrasi yang dibenarkan oleh kerajaan.

"Di mana kerajaan membenarkan demonstrasi (diadakan) dan polis bertindak mengawal keselamatan, yang tidak benarkan untuk demonstrasi hanya negara komunis," katanya pada sidang media di sini.

Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa demonstrasi jalanan bukan jawapan bagi melahirkan rasa ketidakpuasan hati terhadap kerajaan kerana perbuatan itu boleh menjadi terkawal dan mungkin mengakibatkan kecederaan serta kerosakan harta benda.

"Sekiranya ada pihak yang masih tidak berpuas hati dengan kerajaan, marilah kita selesaikannya apabila tiba pilihan raya dan biar rakyat yang membuat keputusan.

"Kami akan bentangkan kes kami dan pembangkang akan kemukakan kes mereka. Biar rakyat yang menentukannya," kata Najib.

Kata Najib: "Kita tidak perlukan semua ini (demonstrasi).

Mengulas lanjut mengenai Himpunan Bersih 2.0 minggu lalu, Hadi berkata perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mendapat respons yang menggalakkan daripada rakyat walaupun dihalang pihak keselamatan.

"Himpunan Bersih 2.0 yang kita sertai mendapat respons yang positif (daripada rakyat) dengan jumlah yang begitu besar yang datang," katanya yang terlebih dahulu mempengeruskan mesyuarat bulan parti Islam itu.

Minggu lalu ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Lebih 1,600 orang ditahan kerana menyertai perhimpunan Bersih 2.0.


kl-today


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Bayangan awal Harimau Malaya

Posted: 17 Jul 2011 11:00 PM PDT


BARISAN pemain Malaysia (jersi biru) bersalaman dengan skuad Liverpool selepas tamat aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil kelmarin.

ANDAI dua aksi persahabatan dengan kelab Liga Perdana England, Arsenal dan Liverpool menjadi ukuran, jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Datuk K. Rajagobal mungkin sudah ada 'resepi istimewa' yang akan dihidangkannya pada pertemuan dengan Singapura, Sabtu ini.

Meskipun tumpas 0-4 kepada Arsenal dan 3-6 kepada Liverpool, satu-satunya petanda positif yang mampu dijelmakan ialah peningkatan prestasi yang dipamerkan barisan pemain negara.

Penampilan semula penggempur berbisa, Safee Sali yang beraksi cemerlang dengan meledak dua gol ketika menentang The Reds kelmarin, sudah cukup memberi petanda positif buat pengendali negara itu betapa jentera serangan Harimau Malaya sudah mula menemui sentuhan.

Namun, jika dinilai semula aksi keseluruhan pasukan, terutama bahagian pertahanan, Rajagobal mungkin perlu lebih berusaha keras bagi mengatasi kelemahan tersebut.

Meskipun kapten Safiq Rahim berjaya memainkan peranannya dengan baik di bahagian tengah, namun apa yang pasti pergerakan bola daripada posisi pertahanan ketika membuat serangan selalu tersekat dan di pintas lawan.


BARISAN pemain Malaysia (jersi biru) bersalaman dengan skuad Liverpool selepas tamat aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil kelmarin.

Justeru, menjelang pertemuan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 dengan Singapura, kerapuhan benteng pertahanan harus diperbaiki dengan kadar segera.

"Inilah kelemahan yang harus kita perbaiki lagi sebelum menentang Singapura," kata Rajagobal kelmarin.

"Pertahanan kita agak kaku dan kadangkala membuat kesilapan yang tidak sepatutnya. Dalam kesemua perlawanan persahabatan ini, semua gol yang bolos adalah pemberian daripada kita.

"Tetapi bagi saya, inilah pentingnya saya mencuba semua pemain pertahanan kita supaya saya dapat melihat siapa yang kuat dari segi mental dan fizikal apabila berdepan penyerang berkelas dunia," tambah beliau lagi.

Menurut Rajagobal, bayangan pemain utama skuad Harimau Malaya yang akan turun menentang Singapura sudah ada dalam kepalanya, cuma kecederaan tonggak pertahanan, Aidil Zafuan Abdul Radzak sedikit merencatkan strateginya.

"Aidil masih belum pasti dapat diturunkan kerana cedera, tetapi saya rasa pertahanan lain seperti Azmi Muslim, Rizal (Fahmi Ab. Rosid), Farisham (Ismail), Mahali (Jasuli) dan pemain yang lain juga mampu memikul tugas masing-masing.

"Cuma apa yang diharapkan, mereka mampu mengambil pengajaran ketika berdepan Arsenal dan Liverpool ini dengan baik dan tahu kelemahan masing-masing," ujarnya.

Rajagobal menambah, apa yang penting ialah pergerakan bola ketika mengatur serangan harus lebih tersusun selain mengharapkan tindakan penyudah lebih berkesan menerusi Safee, Abdul Hadi Yahaya, Ahmad Fakri Saarani, Shahrizal Saad dan Izzaq Faris Ramlan.

kosmo


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KANTOI PALING MANTOI

Posted: 17 Jul 2011 08:00 PM PDT




NOTA:

pada bulan mei tahun 1974 razak ayah kepada najib telah melawat china
razak telah mengadakan hubungan diplomatik dengan negara chia
razak bersalaman dengan pengerusi mao

gambar razak bersalaman degan pengerusi mao
telah digunakan sebagai poster ketika pilihanraya umum
pada bulan ogos 1974

poster ini bertujuan untuk mengaut undi china

kali ini najib cuba melakukan dengan dua tembakan
satu bergambar dengan ratu elizebeth
dan satu dengan pope

dengan elizebeth untuk mententeramkan kuasa anglo-amerika
dengan pope untuk komuniti kristian yang sering ditibai

tapi ratu elizebeth sudah pakai kuning
tak dapat di jadikan poster pilihanraya
kah kah kah

ini akan jadi poster pakatan rakyat
untuk membuktikan bahawa pilihanraya di malaysia adalah tipu
kah kah kah


TAMPARAN DARI RATU ELIZEBETH











NAJIB MELAKUKAN LAWATAN KERJA DUA HARI KE ROM
- meloya

LONDON 17 Julai — Najib Razak melakukan lawatan kerja dua hari ke Rom mulai hari ini.

Program beliau termasuk bertemu Pope Benedict XVI dan berjumpa Kardinal Tarcisio Bertone, Setiausaha Negara Vatican, di Castel Gandolfo, Rom.





tukartiub

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

AMK Ajak SPR Debat Jika Benar-benar Telus Perbaiki Sistem Pilihan Raya

Posted: 17 Jul 2011 05:00 PM PDT


PETALING JAYA 17 JULAI : Angkatan Muda Keadilan(AMK) Pusat akan memperinci 'buku jawapan' Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan proses pilihan raya, sebelum bercadang mengajak agensi itu untuk berdebat secara terbuka.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pakar dan aktivis Bersih 2.0 juga akan dipanggil bagi membuat perincian terhadap buku bertajuk 'Penjelasan Terhadap Isu-isu Yang Dibangkitkan Mengenai Pilihan raya' itu.

Katanya, melalui buku kuning itu pihaknya akan memanggil pakar-pakar termasuk aktivis Bersih 2.0 bagi membincangkan secara terperinci apakah langkah susulan yang akan dibuat serta berdasarkan jawapan-jawapan yang dinyatakan oleh SPR.Dimana hasil daripada jawapan itu nanti kita akan bukukan. Dan rumusan daripada perbincangan ini kita akan kemukakan cabaran debat secara terbuka dengan pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz berhubung lapan tuntutan yang telah dibuat oleh Bersih 2.0 sebelum ini," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.

Tegasnya lagi, AMK sama sekali tidak gentar untuk berdebat mahupun berdepan sendiri dengan pengerusi SPR walaupun pihaknya mengungkapkan secara fakta.

"Kalau SPR mengungkapkan ia secara fakta ataupun mengikut kata mereka secara ilmiah serta diulas satu-persatu, kita juga akan menjawab perkara-perkara ini secara detail satu-persatu. Kerana ini ialah buku yang kononnya akan diedarkan ke seluruh negara dan diberikan penerangan tentang isu-isu yang kita bangkitkan," tegasnya.

Dalam pada itu, Shamsul juga mendesak agar Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam untuk membuta permohonan maaf secara terbuka kepada Datuk S Ambiga dan rakyat Malaysia berhubung kenyataannya meminta kerajaan menarik balik kerakyatan pengerusi Bersih 2.0 itu hanya kerana berbeza ideologi.

"Kita juga merakamkan kekesalan yang tak terhingga terhadap Ali Rustam dan beberapa pihak yang meminta kerakyatan Ambiga itu ditarik balik. Dan kita menganggap itu satu tindakan atau penyataan politik usang daripada pemimpin yang tidak berani berhadapan dengan fakta dan hujah oleh pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan mereka," ujarnya.

"Kita desak Ali Rustam untuk segera minta maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia, kerana mana mungkin kita boleh biarkan situasi dimana kita berbeza pendapat maka kerakyatan kita juga akan diminta untuk dicabut. Ini satu perkara yang tidak masuk akal sama sekali,"tambahnya.

Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan pada 9 Julai lalu di ibu negara meskipun dihalang dan disekat oleh pihak berkuasa termasuk Putrajaya mengisytiharkannya sebagai sebuah badan haram.

Puluhan ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Pada perhimpunan itu, lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat .



TVS


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

AL-FATIHAH BUAT DR LO LO'

Posted: 17 Jul 2011 03:55 PM PDT


Ahli parlimen PAS Titiwangsa, Dr Lo Lo' Mohd Ghazali meninggal dunia pada jam 10.13 malam tadi di Hospital Selayang,Kuala Lumpur. Allahyarhamah berusia 54 tahun.
Berita kematian Allahyarhamah dimaklumkan dalam laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga.

Siang tadi Dr Lo' Lo' berada dalam keadaan kritikal daripada penyakit barah yang dialaminya.

Dr Lo' Lo' adalah anak perempuan bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah.

Beliau sangat aktif dalam Dewan Muslimat PAS tetapi sejak 8 Mac 2008, banyak menumpukan perhatiannya kepasda parlimen Tititwangsa, yang dimenanginya, dengan menewaskan calon BN, Aziz Jamaluddin Mohd Tahir dengan majoriti 1,972 undi.

Bagaimanapun, pilihan raya kecil tidak akan diadakan kerana tempoh parlimen sudah melepasi tiga tahun.

Kerusi Titiwangsa hanya akan diisi apabila pilihan raya umum diadakan.

sementara itu, Harakahdaily melaporkan, anak Allahyarhamah, Muhd Fawwaz, memberitahu jenazah ibunya diuruskan di Masjid al-Akram, Datuk Keramat pagi ini.

MK

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: