Ajijoi |
- Jenazah Allahyarhamah Dr Lo' Lo' selamat dikebumikan (video)
- Pas Perak ucap takziah buat keluarga Allahyarhamah Dr Lo' Lo' Haji Ghazali
- Pas Kedah mahu tutup pusat hiburan dibulan Ramadhan, Umno Melaka tambah waktu
- Allahyarhamah Dr Lo' Lo' selamat dikebumikan
- Al-Fatihah: Dr Lo' Lo' meninggal dunia
- 8 tuntutan uzma BERSIH disamakan dengan gotong-royong?
Jenazah Allahyarhamah Dr Lo' Lo' selamat dikebumikan (video) Posted: 18 Jul 2011 03:23 AM PDT |
Pas Perak ucap takziah buat keluarga Allahyarhamah Dr Lo' Lo' Haji Ghazali Posted: 18 Jul 2011 02:47 AM PDT PAS Perak ingin merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarhamah Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali diatas pemergiannya kerahmatullah. PAS Perak dan seluruh kawasan dan cawangan PAS di Perak, kehilangan seorang pejuang yang begitu gigih dan sangat kosisten dalam memartabatkan Islam di bumi Malaysia. Pemergian Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali sangat dirasai oleh seluruh ahli PAS di negeri Perak. Pengorbanan dan semangat juangnya inilah yang wajar dicontohi oleh ahli-ahli PAS terutamanya generasi muda. PAS Perak melihat, walaupun pemergian Allahyarhamah Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali menemui Allah SWT adalah satu kehilangan besar bagi PAS, tetapi Allahyarhamah telah berjaya membuktikan bahawa beliau telah menggunakan kesempatan hidup diatas muka bumi untuk terus berjuang menegakkan perintah ALLAH SWT. Semoga ALLAH SWT meletakkan rohnya bersama para An'biya, Syuhada' dan Solihin. Salam Takziah Ustaz Abu Bakar bin Hussain ( PESURUHJAYA PAS PERAK ) |
Pas Kedah mahu tutup pusat hiburan dibulan Ramadhan, Umno Melaka tambah waktu Posted: 17 Jul 2011 11:30 PM PDT Di sebalik usaha kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan PAS mahu menutup bar, disko dan kelab karaoke pada bulan Ramadan yang akan datang, lain pula yang berlaku di negeri Melaka. Negeri Melaka di bawah kerajaan BN, baru-baru ini pada mesyuarat Exco telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh masa operasi pusat hiburan di negeri itu dari sekitar jam 1 pagi hingga ke 3 pagi. Malaysiakinidifahamkan, tindakan itu seiring dengan kepesatan pembangunan sektor pelancongan Melaka di samping mendapat permintaan daripada pengusaha pusat hiburan terbabit. Bagaimanapun Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika ditanya berkata, lanjutan masa hanya boleh dilaksanakan pada hari Jumaat sehingga Ahad. Manakala, bermula Isnin sehingga Khamis, pusat berkenaan hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 1 atau 2 pagi sahaja. "Ini adalah atas permintaan pengusaha pusat hiburan dan pelaksanaan ini hanya dibenarkan untuk 15 premis sahaja di Melaka Raya. "Bagaimanapun, sekiranya mereka ingkar melanjutkan waktu operasi dalam tempoh diberikan, kebenaran itu akan ditarik balik," katanya. Ditentang pelbagai pihak |
Allahyarhamah Dr Lo' Lo' selamat dikebumikan Posted: 17 Jul 2011 11:26 PM PDT Jenazah ahli parlimen PAS Titiwangsa, Allahyarhamah Dr Lo Lo' Mohd Ghazali selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Datuk Keramat di ibu negara kira-kira jam 11.10 pagi ini. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memimpin solat jenazah bersama-sama ribuan jemaah di Masjid al-Akram, Datuk Keramat. Turut hadir memberikan penghormatan terakhir, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ahli parlimen Pakatan Rakyat dan juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Jalil. Hadir sama naib presiden PAS Salahuddin Ayub, Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) dan Ketua Dewan Muslimat Siti Zailah Yusof. Dr Lo' Lo' meninggal dunia pada jam 10.13 malam semalam di hospital Selayang di Kuala Lumpur. Allahyarhamah berusia 54 tahun. Berita kematian allahyarhamah dimaklumkan dalam laman Facebook dan Twitternya atas nama keluarga. Beliau dalam keadaan kritikal akibat penyakit barah paru-paru sejak akhir Julai 2009. Allahyarhamah adalah anak perempuan bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah. Ahli parlimen itu meninggalkan seorang suami, Dr Aminuddin Abdul Hamid Karim dan empat orang anak - dua lelaki dan dua perempuan. Lebih 2,000 orang ramai termasuk penyokong PAS dan penduduk parlimen Titiwangsa mengunjungi dan mengiringi beliau ke tanah perkuburan. Sebelum itu, dewan solat Masjid Al-Akram sesak dengan orang ramai yang mahu memberi penghormatan terakhir kepada Dr Lo' Lo'. |
Al-Fatihah: Dr Lo' Lo' meninggal dunia Posted: 17 Jul 2011 04:25 PM PDT KUALA LUMPUR, 17 Julai: Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (gambar) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam ini. Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat. Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof ketika dihubungi Harakahdaily. Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga. Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser. Dalam respons awal, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Allahyarhamuha seorang yang istiqamah berjuang untuk Islam sehingga akhir hayat. "Saya dimaklumkan oleh keluarga terdekat almarhumah Dr Lo' Lo', MP PAS Titiwangsa tentang pemergian beliau sebentar tadi. "Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam hingga ke saat akhir hayatnya," tulisnya di Facebook. Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan pula menyifatkan Allahyarhamah seorang tokoh pejuang Islam yang tabah. "PAS dan rakyat sebentar tadi kehilangan tokoh pejuang Islam yg tabah apabila sbentar td Dr Lo' Lo' telah kembali ke rahmatillah.. Al Faatiihah." tulisnya di Twitter. Solat jenazah Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali akan diadakan di Masjid al-Akram, Datuk Keramat jam 10.30 pagi ini. Demikian menurut anak allahyarhamuha, Muhd Fawwaz. Katanya, jenazah diuruskan di masjid berkenaan dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat. |
8 tuntutan uzma BERSIH disamakan dengan gotong-royong? Posted: 17 Jul 2011 04:22 PM PDT Cukup galak media tajaan BN memperolok tuntutan BERSIH. Malah pada pandangan rakyat yang termakan dengan dkyah televisyen, BERSIH adalah kelompok pengacau yang tidak layaak berada dalam suasana masyarakat. Dalam satu iklan yang dicanang dalam televisyen bahawa daripada menjadi kelompok pengacau, membawa sepanduk, terpekik terlolong adalah lebih baik menyertai kempen membersihkan kampong halaman. Ya, seolah-olah rakyat diasuh bahawa berbanding menuntut BERSIH pilihanraya, adalah lebih baik rakyat membersihkan kampong dan halaman rumah! Adakah perbandingan sehina ini ingin diajar ke minda rakyat Malaysia? Para jawatankuasa NGO serta parti politik yang bersama menyokong BERSIH tidak pernah mengeluar kenyataan bahawa kebersihan halaman rumah dan kampong itu tidak penting. Tetapi perlukah kempen bersihkan halaman rumah diutamakan di saat penipuan, pemalsuan identiti pengundi, media bera sebelah dan rasuah di hadapan mata? Adakah BN terus ingin menTADIKAkan minda rakyat Malaysia? BERSIH digambarkan sebagai suatu perhimpunan dengan sepanduk dan terpekik terlolong dengan mengabaikan 8 tuntutan sebenar BERSIH. Jika rakyat sedar dan baca senarai 8 tuntutan BERSIH, mesti mereka tidak termakan kempen media BN yang membandingkan tuntutan uzma BERSIH dengan kempen kebersihan ala JKK kampong. Media pengampu BN sanggup mengenepikan isu besar tuntutan BERSIH yang inginkan kesejahteraan rakyat melebihi tuntutan kebersihan halaman rumah semata-mata. Kebejatan, pengagihan IC kepada warga asing, rasuah, kempen yang tidak adil telah menjadi kenser dalam pilihanraya Malaysia berdekad lamanya. Rakyat bukan sahaja tidak sedar, malah ingin diperbodohkan pula agar mereka tidak bangkit mengartikulasikan kesihatan minda mereka. Rakyat Malaysia tidak sedar di saat Singapura menghimpun para ilmuwan dan tenokrat menjadi warganegara mereka, Malaysia sibuk pula mewarganegarakan kaum asing yang sanggup mengundi pemerintah semata-mata. Celik mata dan lihat mengapa iklan sebegitu dihebahkan media. Muhammad Nuruddin Bashah |
You are subscribed to email updates from Ajijoi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan