Biaqpila |
- BERSIH BUKAN PERTUBUHAN,LAGU MANA BOLEH KATA PERTUBUHAN HARAM?
- LAGU BERSIH
- Anak YB Iskandar, Exco Selangor Ditumbuk Dan Ditikam
- Umpan seks seksa kekasih
- UMPORNO DAN KUNCU-KUNCU MAKIN TERDESAK
- Demontrasi Ganas 'Melayu Dan Mamak' Di Pulau Pinang
BERSIH BUKAN PERTUBUHAN,LAGU MANA BOLEH KATA PERTUBUHAN HARAM? Posted: 02 Jul 2011 07:02 AM PDT DEY MACHA!!! PEKASAM,BERAHIM ALI YANG TERANG2 MENGHASUT TAK DIHARAMKAN PULAK BETUL-BETUL DOUBLE CHEESE PUNYA DOUBLE STANDARD KAH! KAH! KAH! PAKTURIOT BERDEMO DEPAN PEJABAT PKR GENG MAMAK BAWA ITIK ATAS JAMBATAN PULAU PINANG BILA PULAK NAK HARAMKAN? KAH! KAH! KAH! CELAH MANA 8 TUNTUTAN BERSIH KATA NAK GULING KERAJAAN? CUBA HANGPA BACA BETOI2 KA HANGPA TAK RETI BACA? KAH! KAH! KAH! Hishammuddin isytihar BERSIH 2.0 pertubuhan haram Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (BERSIH 2.0) telah diisytiharkan sebagai pertubuhan haram berkuatkuasa semalam, menurut Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini. Dalam satu kenyataan Ketua Pengarah ROS Abdul Rahman Othman berkata perisytiharaan itu dibuat oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengikut seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966. Menurut beliau, siasatan Kementerian Dalam Negeri menunjukkan BERSIH 2.0 bukan pertubuhan yang didaftarkan. Kenyataan itu berkata BERSIH 2.0 telah bergerak aktif dan mencetuskan suasana gelisah dan kebimbangan masyarakat pelbagai kaum negara ini. Selain itu, katanya BERSIH 2.0 juga telah menyebarkan propaganda menghasut rakyat bagi menjatuhkan kerajaan persekutuan sekarang. Aktiviti-aktiviti BERSIH 2.0 juga dikatakan memberi kesan buruk kepada imej negara, bahkan boleh mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan, kemakmuran ekonomi dan kedaulatan negara. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri itu, BERSIH 2.0 juga bukan sebuah persatuan berdaftar.
“Oleh itu, YB Menteri Dalam Negeri telah mengisytiharkan bahawa pertubuhan BERSIH 2.0 sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 berkuatkuasa pada 1 Julai 2011.” Antaranya, menuntut daftar pengundi yang bersih, pembaharuan dalam sistem undi pos dan penggunaan dakwat yang tidak boleh dipadamkan. BERSIH 2.0 juga memohon tempoh berkempen sekurang-kurangnya 21 hari dan semua parti politik tang bertanding diberi akses kepada media secara adil dan bebas. Ia juga menuntut supaya amalan membeli undi dan 'politik kotor' yang diamalkan sebelum ini dihentikan. Walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berjanji sedang melakukan sesuatu, termasuk kononnya sistem baru online yang diperkenalkan semalam mampu mengesan pengundi hantu yang didaftarkan di sesuatu alamat, namun ia hanya tinggal janji. Semakan Malaysiakini mendapati sistem baru yang dicanang oleh SPR itu hanya membolehkan lebih daripada satu pengundi memeriksa butiran pendaftaran mereka dengan menggunakan nombor kad pengenalan mereka. Begitu juga dengan kenyataan Timbalan pengerusi suruhanjaya itu, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang berkata SPR hanya boleh menasihati pihak media supaya memberi akses yang adil kepada parti politik yang bertanding tetapi tidak boleh memaksa mereka supaya berbuat demikian, termasuk di stesen-stesen kepunyaan kerajaan.-MK |
Posted: 02 Jul 2011 03:00 AM PDT Antara artis yang akan mendendangkan lagu BERSIH nanti,sedang bersiap sedia untuk bergerak dari selatan benua Afrika.Mereka dijangka tiba sehari lebih awal bagi mengelakkan sekatan jalanraya di sepanjang perjalanan...Kah!kah!kah! NYANYI IKUT LAGU NI... JIKA KAU FIKIRKAN KAU BERSIH!!.. KAU HAMPIR BOLEH MELAKUKAN JIKA KAU FIKIRKAN KOTOR-KOTOR UMNO MAKIN TIDAK MENENTU JIKA KAU FIKIRKAN KEKOTORAN KAU HAMPIRI UMNO DAN KEKOTORAN JIKA KAU FIKIRKAN KEMENANGAN KAU HAMPIRI KEJAYAAN ENGKAU LAH APA YANG KAU FIKIRKAN TERKANDUNG DALAM PEMIKIRAN BERFIKIR BERSIH MELAKUKAN FIKIRKAN BERSIH!!.. PERCAYA... APA ITU KERBERSIHAN TABAH APA KAU USAHAKAN BERTINDAK ATAS KEMAMPUAN KAU BERSIH!!... KAU BERSIH!!...KAU BERSIH!!...KAU BERSIH!!.. KAU BERSIH!!...KAU BERSIH!!...KAU BERSIH!!.....hehe LAGU: ibni battutah LIRIK: ibni battutah KOMPOSER: ibni battutah KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Anak YB Iskandar, Exco Selangor Ditumbuk Dan Ditikam Posted: 02 Jul 2011 12:00 AM PDT Serangan Ke Atas Anak YB Iskandar A. Samad : Polis Digesa Menyiasat Dari Segala Sudut. Saya amat berharap pihak Polis akan menyiasat dari segala sudut di dalam kejadian serangan ke atas anak saya di Pulau Pinang awal pagi Rabu. Anak saya seorang pelajar semester kedua sebuah IPTA telah ditumbuk, disepak dan ditikam bertubi-tubi di sebuah pangsapuri di Seberang Jaya yang disewanya bersama 2 orang pelajar lain. Pada lebih kurang jam 3 pagi, lima orang lelaki berjaya memasuki pangsapuri itu setelah mengaku diri mereka anggota Polis. Setelah dibenarkan masuk, mereka telah menggari 2 orang rakan anak saya dan terus menyerang dan menikam anak saya. Selepas mencederakan beliau, mereka telah membawa lari komputer riba, telefon bimbit dan dompetnya. Pada pendapat saya, kejadian ini bukan kes rompakan biasa kerana, 1) Mereka datang ke pangsapuri itu bertujuan untuk mencari anak saya dengan memanggil nama penuhnya. 2) Mereka hanya menyerang anak saya dan tidak rakan-rakannya. 3) Mereka hanya membawa lari barang-barang anak saya dan tidak rakan-rakannya. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Polis yang sedang menjalankan siasatan. Saya amat menghargai akan kerjasama pihak Polis yang memaklumkan kepada saya status penyiasatan yang sedang berjalan. Walau bagaimanapun saya berharap pihak Polis akan menyiasat dari semua sudut termasuk sudut politik. Lebih-lebih lagi kita berada di dalam suasana di mana pihak media setiap hari meniup api permusuhan di kalangan rakyat dengan pembohongan bahawa terdapat pihak yang mahu mencetuskan huru hara. Mereka juga sentiasa berusaha untuk melaga-lagakan rakyat dengan hasutan-hasutan yang meracuni fikiran mereka. Tetapi walau apa sekalipun motif serangan tersebut, saya berharap mereka yang bertanggung jawab akan ditahan dan didakwa secepat mungkin demi keselamatan pelajar-pelajar lain dan masyarakat di Seberang Jaya amnya. Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT yang telah menyelamatkan anak saya dari kecederaan yang lebih parah dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu beliau ketika saat yang mencabar ini terutamanya kakitangan institut pengajian tinggi beliau, pihak hospital, pihak Polis, rakan-rakan beliau dan orang ramai yang telah sudi membantu. Iskandar A. Samad Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan / ADUN Chempaka 1 Julai 2011 KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 01 Jul 2011 09:50 PM PDT FRESNO (California): Seorang wanita yang menjanjikan pengalaman seks hebat untuk teman lelakinya, dipenjara kerana menipu pasangannya itu, semalam. Sabrina Renne Robinson didapati bersalah menggari lelaki terbabit di katil dan menyeksanya dengan mencurah lilin panas di dada. Sabrina, 33, juga mengancam untuk menyembelih teman lelakinya itu kerana dia percaya mangsa bermain kayu tiga. Tidak cukup dengan itu, Sabrina turut menghentak muka lelaki berusia 41 tahun itu dengan buntut pistol dan berulang kali mengancam mahu membunuhnya. Polis berkata, Sabrina mengesyaki lelaki terbabit menjalin hubungan sulit dengan wanita lain. Menurutnya, Sabrina mengajak lelaki terbabit datang ke rumah pangsanya di Fresno dan mengumpan kononnya mereka akan mengadakan hubungan seks 'ganas.' Apabila tiba, kata polis, lelaki itu membiarkan saja dirinya dibogelkan sebelum digari pada katil Sabrina. "Sebaik saja lelaki terbabit digari, Sabrina bertukar menjadi ganas dengan menyeksa mangsa, termasuk menuang lilin panas pada dada dan kepala," katanya. Ketika mengacu pisau ke arah lelaki terbabit, Sabrina mendakwa, senjata itu pernah digunakannya untuk membunuh rusa. Sabrina turut menghubungi wanita yang dikaitkan dengan teman lelakinya melalui telefon bimbit. Polis berkata, wanita terbabit mendakwa dapat mendengar suara mangsa meraung kesakitan ketika Sabrina bercakap dengannya, "Mangsa melarikan diri apabila ditinggalkan bersendirian di rumah berkenaan," katanya. Ketika diselamatkan, lelaki terbabit bersembunyi dalam belukar berhampiran dan Sabrina pula dicekup polis tidak lama kemudian. - DM KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
UMPORNO DAN KUNCU-KUNCU MAKIN TERDESAK Posted: 01 Jul 2011 09:00 PM PDT TV, radio diarah 'momokkan' BERSIH Pihak berkuasa dikatakan semakin terdesak kerana rakyat terus berkeras mahu menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini meskipun terus dihambat. Dalam usaha terbaru, Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melancarkan kempen media bagi melabelkan perhimpunan itu sebagai sesuatu yang haram. Sehubungan itu juga, semua stesen televisyen dan radio diwajibkan menghantar laporan harian mengenai liputan mereka. Antaranya, mereka diarah menyatakan jumlah berita dan kandungannya dalam laporan mereka berhubung BERSIH. Semalam, SKMM juga mengarahkan perwakilan daripada 22 media elektronik dan telekomunikasi untuk menghadiri seminar sehari bertajuk “Seminar Kawal Selia Kandungan 2011" di auditoriumnya di Cyberjaya. Menurut surat SKMM yang diedarkan kepada semua media elektronik itu, dengan sesalinannya diperolehi Malaysiakini, tujuan seminar itu “mengenai pematuhan kepada syarat-syarat lesen serta lain-lain peruntukan yang relevan.” Menurut beberapa editor yang tidak mahu identiti mereka didedahkan, mereka diarahkan supaya tidak merujuk perhimpunan 9 Julai itu sebagai “perhimpunan BERSIH” tetapi sebagai “perhimpunan haram” dalam semua liputan berita serta tidak menggalakkan orang ramai menyertainya. Selain itu, jika polis menggunakan kekerasan ke atas rakyat yang berhimpun, rakaman visual perbuatan itu dilarang sama sekali daripada disiarkan. Sebaliknya, laporan media elektronik perlu memberi tumpuan kepada kesukaran dan ketidak-selesaan yang dihadapi rakyat akibat perhimpunan itu, termasuk orang ramai merusuh, harta benda dimusnahkan dan kesesakan lalu lintas yang teruk.-MK SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
Demontrasi Ganas 'Melayu Dan Mamak' Di Pulau Pinang Posted: 01 Jul 2011 06:00 PM PDT Kira-kira 300 penyokong Umno, PERKASA dan NGO, Suara Anak-anak Malaysia mengadakan demonstrasi di Pulau Pinang petang tadi bagi membantah tindakan Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana menyokong perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini. Dalam kekecohan itu enam orang ditahan polis yang turut mengarahkan kira-kira 100 anggotanya untuk mengawal keadaan. Penyokong kumpulan itu berarak kira-kira satu kilometer dari Masjid Kapitan Keling ke bangunan Komtar selepas solat Jumaat. Sepanjang perarakan itu kumpulan berkenaan membawa sepanduk 'Jangan Berani Bangkitkan Komunis', 'Pulau Pinang Hak Kami' dan 'Guan Eng Dalang Perpecahan Melayu'. Dalam perarakan itu yang melalui Jalan Chulia dan Jalan Carnavon menuju ke Komtar, kumpulan itu juga memecahkan cermin kereta-kereta di sepanjang jalan. Bertindak ganas Katanya, Malaysia perlu dipertahankan daripada kumpulan yang ingin merosakkan keharmonian negara. Selain mempersendakannya mereka juga mengajuk cara percakapan Abdul Malik. Kesesakan teruk Demonstrasi itu menyebabkan kesesakan di sekitar Georgetown dan banyak premis di sekitar Komtar ditutup. Sementara itu, selepas diarahkan bersurai pada kira-kira 3.25 petang, kira-kira 30 orang daripada kumpulan itu bergerak ke Jambatan Pulau Pinang bagi mengadakan demonstrasi di tengah-tengah jambatan. |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan