Ahad, 31 Julai 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Najib, liabiliti buat UMNO.

Posted: 31 Jul 2011 05:11 AM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Julai — Dr Dzulkefly Ahmad dari PAS menyifatkan Datuk Seri Najib Razak sudah menjadi "liabiliti paling besar" kepada Umno, menjelang pilihan raya umum ke-13 berikutan kegagalan perdana menteri dalam menangani beberapa isu penting termasuk Bersih 2.0 dan penahanan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) di bawah Ordinan Darurat.

Justeru menurut Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat ini, Najib kini terpaksa mencari "talian hayat" dengan menggunakan apa sahaja cara untuk terus kekal berkuasa.

"Mengapa Umno terpaksa singkirkan Najib? Sebabnya banyak dan terus menonjol. Pendeknya, Najib telah menjadi liabiliti paling besar buat Umno di ambang pilihan raya umum ke-13 ini.


"Beliau (Najib) telah menjadi seumpama Tun (Dr Mahathir Mohamad) cuma dalam masa yang jauh lebih singkat, bagi sebuah parti yang penting ialah survival atau kesinambungan hidup parti untuk terus berkuasa," katanya dalam tulisan terbaru beliau.

Beliau berkata, dalam tempoh tiga tahun memerintah negara Najib telah melakukan banyak perkara untuk mendapatkan semula kepercayaan rakyat, namun ia ternyata satu usaha yang sia-sia.

"Tempoh tiga tahun ini menyaksikan Najib berusaha keras membuktikan bahawa beliau punya wibawa dan wawasan. Beliau tidak lengah untuk meyakinkan rakyat dan pengundi, malah beliau telah cuba buktikan bahawa beliau peka kepada soalan pandangan awam sehingga sanggup mengungkapkankan bahawa era kerajaan tahu semua telah berlalu.

"Ketika itu kononnya beliau sanggup mendengar rakyat. Najib cuba perbaiki imej partinya yang tercalar kerana terlalu angkuh dengan mantranya 'Rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan', kesemua itu adalah cubaan gigih Najib untuk baik pulih persepsi (rakyat) terhadap partinya," katanya sambil menambah, Najib juga cuba mendekati rakyat melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

Kata Ahli Parlimen Kuala Selangor ini, kegagalan Najib menangani isu-isu agama dan penyelewengan yang berlaku membuktikan anak kepada perdana menteri kedua itu adalah seorang pemimpin yang tidak tegas dalam menguruskan negara.

"Pelbagai pergolakan politik nasional, pertentangan agama dan pertelingkahan atas garis ras atau kaum, kemelut rasuah, ketirisan serta ketirisan dalam pengurusan kewangan dan pembangunan negara, semua menyerlahkan kepemimpinan Najib sebenarnya... beliau seharusnya sedar, tetapi beliau tidak begitu, beliau semacam dirasuk sindrom penafian.

"Beliau tidak mempunyai jati diri politik yang wajar disanjungi seumpama bapanya, seorang negarawan sebaliknya kata-kata tidak cermat seperti 'you help me, I help u (anda tolong saya, saya tolong anda)', beliau sinonim dengan tabiat 'flip-flop', satu ciri yang tidak membuktikan ketegasan kerana beliau hanya mahu sokongan semua," katanya.

Menurut Dzulkefly, Najib kini berhadapan dengan pelbagai cabaran getir termasuk mendapatkan semula keyakinan dan kepercayaan ahli parti Melayu terbesar itu.

Tambah beliau, gesaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) agar transformasi sistem pilihan raya dilaksanakan menyerlahkan lagi kepimpinan buruk Najib.

"Kini rakyat dan pengundi yang mengalami pencerahaan minda dan kemerdekaan jiwa serta punya keberanian menyatakan segala yang salah yang dilakukan orang politik dan parti-parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang.

"Najib gagal mendepani tuntutan dan melayani desakan masyarakat sivil sekaligus meletakkan persepsi negatif terhadap diri dan kerajaannya yang semacam mahu terus melindungi yang kotor dalam sistem pilihan raya," katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat berjaya menguasai Selangor, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Perak namun Perak kemudian jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN) awal 2009.

Selain itu, Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PKR dan DAP berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN di Dewan Rakyat.

Kelmarin polis telah membebaskan enam pemimpin PSM termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar yang ditahan selama 28 hari sejak 2 Julai lalu tanpa sebarang syarat.


The Malaysian Insider

Najib di Port Dickson, Ribut Melanda.. Suratan, Kebetulan atau BALA?

Posted: 30 Jul 2011 11:02 PM PDT


Kebanyakan media cetak terutamanya yang ditunggangi UMNO hanya melaporkan berita ini ketika Najib berada di Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan..

Antara laporan media tentang Najib ketika berada di Port Dickson itu ialah..


TELUK KEMANG 30 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Perbarisan Tamat Latihan Perdana membabitkan dua pasukan keselamatan iaitu tentera dan polis buat julung- julung kalinya telah memahat satu sejarah penting dalam bidang keselamatan negara.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar. – Lidah Rasmi UMNO

Dan juga ini..

TELUK KEMANG 30 Julai - Lebih 20,000 orang menyaksikan majlis bersejarah Perbarisan Tamat Latihan Perdana Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Siri 1/2011 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini hari ini.

Acara yang buat pertama kali diadakan itu membabitkan 984 pelatih konstabel polis dan 2,107 perajurit muda termasuk 194 anggota wanita di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Seramai 17 pegawai dan 45 anggota ATM serta tujuh pegawai kanan dan 18 anggota PDRM turut menjayakan perbarisan tamat latihan itu yang diketuai secara bersama oleh Mejar Rosman Mohd. Noh dari ATM dan Deputi Supritendan Douglas Nyeging Taong dari PDRM.

Tetapi.. kenapa tiada (mungkin aku tak jumpa) yang melaporkan tentang kejadian ribut yang melanda ketika Najib dan Rosmah berada di sana, Ribut telah melanda setelah Najib habis memberikan ucapan.

Dalam kejadian dua telah dilaporkan terbunuh didalam keretan kera dihempap pokok besar yang tumbang.Seorang bayi juga telah diterbangkan angin tetapi terselamat..

Apakah kejadian yang berlaku ini Suratan, Kebetulan atau BALA yang diturunkan Allah sebagai peringatan buat kita semua agar jangan bersekongkol dengan pemerintah yang zalim???

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." (QS. al-Hadid : 22)









Lagi gambar dan lebih banyak maklumat sila lihat di (SINI)

Ku Li terajui Pakatan, UMNO sahkan Zahrain dan Zamil BOHONG!

Posted: 30 Jul 2011 08:50 PM PDT

29 Julai lalu Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, yang telah keluar dari PKR Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa Pakatan Rakyat mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah untuk dilantik sebagai ketua pembangkang bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhadapan masalah berhubung kontroversi video seks dan dipercayai akan dipenjarakan.

Zahrain Mohamed Hashim yang mendedahkan perkara itu, berkata tindakan terdesak memilih Ahli Parlimen Gua Musang yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu juga sebagai persiapan parti pembangkang itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

Berikutan dari dakwaan Zahrain itu sehari kemudian muncul pula lagi seorang yang telah keluar dari PKR juga iaitu Zamil Ibrahim yang kini mempengerusikan KITA Kedah mensensasikan lagi cerita.


Kononnya pelawaan parti pembangkang supaya Tengku Razaleigh Hamzah dilantik menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang bukan saja mengejutkan beliau malah berang dan tersinggung.

"Petang tadi kira-kira jam 4 petang, saya menerima maklumat daripada PKR Selangor mengatakan Anwar terkejut, kecil hati dan marah dengan pelawaan itu. Beliau kini sedang mengesan siapa pemimpin (PAS dan DAP) itu," katanya.

Kononnya beliau menerima maklumat mengenai maklum balas Anwar itu daripada rakannya di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor – berita berkaitan sila baca di (SINI) dan juga di (SINI)

Bagaimanapun cerita rekaan mereka berdua telah disahkan sebagai sebuah cerita bohong oleh Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yang telah menafikan dakwaan bahawa pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah telah dipelawa menjadi ketua pembangkang jika Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini.

Umno nafi Ku Li dipelawa ketuai Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Umno menafikan dakwaan bahawa pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah telah dipelawa menjadi ketua pembangkang jika Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, selaku Ketua Umno Gua Musang dan juga Ahli Parlimen kawasan itu yang dimenangi atas tiket Barisan Nasional, Tengku Razaleigh tidak boleh berbuat demikian.

Sebaliknya dipetik Bernama Online, Ahmad menyindir orang yang paling layak menggantikan Anwar di Parlimen ialah Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Ahmad terdahulu menghadiri sambutan Hari Peneroka Felda peringkat Selangor di Hulu Selangor hari ini.

Laporan media baru-baru ini memetik Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa parti pembangkang telah mempelawa Tengku Razaleigh untuk dilantik sebagai ketua pembangkang bagi menggantikan Anwar.

Zahrain berkata tindakan terdesak memilih Ahli Parlimen Gua Musang yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu juga sebagai persiapan parti pembangkang itu untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Berhubung isu Felda, Ahmad meminta para peneroka Felda agar merujuk kepada jawatankuasa timbang tara bagi mengatasi sebarang masalah dengan agensi itu dan bukan membawanya ke mahkamah sebagaimana disaksikan sejak kebelakangan ini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberitahu tindakan itu juga selaras dengan Akta Penempatan Berkelompok 1960 yang memperuntukkan peneroka menyelesaikan pertikaian dengan Felda menerusi timbang tara.

"Jawatankuasa berkenaan sudah lama wujud tetapi kerana ia tidak dihebahkan secara berkala, ramai yang lupa atau tidak tahu mengenainya," katanya.

Katanya jawatankuasa itu yang dipengerusikannya akan mencari penyelesaian terbaik bagi menghasilkan situasi menang-menang antara peneroka dan Felda.

Kata beliau, peneroka berdepan kerugian jika membawa kes ke mahkamah seperti yang berlaku kepada peneroka Felda Kemahang 1 dan 2 di Kelantan, yang hanya menerima antara RM9,000 dan RM11,500, berbanding RM17,000 dan RM23,000 yang dibayar Felda jika tuntutan dibuat menerusi timbang tara.

Peneroka terbabit menyaman Felda bagi menuntut antara RM20,000 dan RM30,000 setiap seorang sebagai ganti rugi am kerana mendakwa agensi itu memberikan nilai rendah terhadap mutu buah kelapa sawit yang mereka hasilkan antara 1996 dan 2002 sehingga merugikan mereka.

Mengulas perkara lain, Ahmad menggesa kerajaan Selangor meluluskan segera permohonan tapak kawasan yang terletak di Felda Soeharto di sini, untuk projek perumahan warga Felda Gugusan Felda Sungai Dusun.

Projek perumahan di kawasan seluas 14 hektar itu akan melibatkan pembinaan 250 unit rumah dan berkonsep mampu milik yang terdiri daripada rumah kos rendah dan kos sederhana rendah yang mempunyai tiga bilik, katanya.

The Malaysian Insider

Tindakan Ghani Abdul Jiman BIADAP!

Posted: 30 Jul 2011 07:55 PM PDT



KUALA LUMPUR, 31 Julai — Bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Dr Mohd Razak Idris menyelar tindakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang cuba memberikan "hadiah" berupa pakaian dalam kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.


Kelmarin Persatuan Suara Anak-anak Malaysia Negeri menghadiahkan dua coli dan seluar dalam bercorak harimau bintang kepada Lim sebagai simbolik meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbirannya.- sila baca di (SINI)

Razak berkata tindakan Persatuan Suara Anak-anak Malaysia Negeri yang diketuai Mohamed Ghani Abdul Jiman itu satu perbuatan tidak berakhlak dan melanggar amalan orang Melayu di negara ini.

"Saya menyeru kepada pihak yang terlibat ini memohon maaf kepada beliau (Lim) kerana telah melanggar batas susila yang dianjurkan ajaran Islam," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider.

Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini menambah sebarang pertikaian politik hendaklah dibuat dengan saluran yang betul dan bukan bertindak di luar batasan.

"Saya berharap supaya sebarang pertikaian politik dan ketidakpuasan hati tentang urusan pentadbiran negeri diluahkan dengan cara yang beradab pada masa akan datang.

"Jangan sesiapa merosakkan imej baik umat Islam yang menjunjung tinggi ketinggian budi dengan perbuatan yang berunsur biadap seperti itu," katanya.

Pada sidang media yang diadakan di Komtar, George Town kelmarin Mohamed Ghani berkata "hadiah" itu diberikan kerana sikap Lim dan beberapa barisan pemimpin kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu termasuk Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ng Wei Aik, yang didakwa menindas rakyat Pulau Pinang.

Menurutnya, coli dan seluar dalam wanita bercorak harimau bintang itu dijadikan hadiah kerana ia simbolik menandakan Lim dan Ng sebagai tarzan serta menggelar semua pemimpin kerajaan negeri sebagai harimau.

"Maskot Kerajaan Negeri bukan kucing dan kononnya mengamalkan dasar cekap, akauntabiliti dan telus (CAT), tapi sebenarnya adalah harimau. Oleh kerana dia tipu rakyat, kita hadiahkan coli dan seluar dalam kepadanya.

"Ini tunjukkan ketidakpuasan hati kami sebagai rakyat Pulau Pinang terhadap kerajaan negeri yang selama ini tidak bela nasib kami," katanya.

Walaupun tiada wakil kerajaan negeri yang menerima "hadiah" itu, kumpulan itu telah menggantungkan coli dan seluar dalam itu di pintu masuk yang menyediakan lif untuk ke pejabat Lim.

Tambah Razak, tindakan Persatuan Suara Anak-anak Malaysia Negeri itu juga boleh mencemarkan hubungan baik antara orang bukan Islam.

"Kita selaku umat Islam harus mengakui iaitu hubungan kita dengan penganut bukan Islam adalah berasaskan ukhwah insaniah.

"Jangan sesekali mencemarkan hubungan abadi ini oleh sebab permusuhan politik," katanya.


The Malaysian Insider

Imej Najib tak akan pulih dengan bebaskan tahanan PSM

Posted: 30 Jul 2011 10:02 AM PDT

SHAH ALAM 30 JULAI : Ketua Parlimen Nasional DAP Lim Kit Siang mengingatkan Najib Razak bahawa kredibiliti beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia kini terjejas teruk berikutan kegagalan pentadbiranya menangani beberapa isu berhubung Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) termasuk penahanan enam ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) di bawah Ordinan Darurat baru-baru ini.


Malah katanya, pembebasan keenam-enam mereka termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar tidak akan mampu mengubah persepsi rakyat terhadap pentadbiran Najib ke arah yang lebih positif.

"Ia kegagalan terbesar kepimpinan (Najib) sebagai Perdana Menteri hingga menyebabkan kredibiliti beliau hancur. Ini menyebabkan kenyataan beliau mengenai pembebasan PSM 6 di bawah Ordinan Darurat berlaku menurut undang-undang diperlekeh orang ramai.

"Najib salah, apabila memikirkan dengan pembebasan PSM 6 semalam akan dapat memulihkan kredibilitinya," kata Kit Siang dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Najib menyatakan bahawa pembebasan keenam-enam ahli PSM mengikut undang-undang dan tindakan Polis itu mengikut 'pemerhatian mereka'.

Enam ahli PSM yang dibebaskan lewat petang semalam selepas ditahan tanpa bicara mengikut Ordinan Darurat (EO) selama 28 hari.

Mereka adalah Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar; Naib Presiden PSM M Sarasvathy, Ahli Jawatankuasa Pusat, Choo Chon Kai dan M Sukumaran, Ketua Pemuda R Saratbabu dan Setiausaha Cawangan Sungai Siput, A Letchumanan.

Bagaimanapun, Kit Siang mencadangkan kepada Najib agar mengambil empat langkah untuk memulihkan imej beliau yang sudah tercalar.

Empat langkah itu ialah mengarahkan Menteri Dalam Negeri Datuk Hishammudin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar agar meminta maaf secara terbuka kepada enam ahli PSM terbabit, menarik baik EO dan semua undang-undang tahanan tanpa bicara dan zalim, mengangkat pengharaman Bersih 2.0, dan menubuhkan Suruhanjaya Di Raja berkenaan Pilihan Raya bebas dan adil.

"Hanya bila Najib bersedia menyelesaikan empat perkara 'asas' ini dia boleh berhadap untuk memulihkan kredibilitinya yang tercalar dalam masa lima minggu ini kerana kegagalan menangani Himpunan Bersih 2.0 dan penahanan PSM 6 itu," kata Lim.


TVS News

Tiada ulasan: