Anak Sungai Derhaka |
- EKSKLUSIF!! Video Sambutan Meriah Buat Najib di Intercontinental Hotel, London..
- Najib dihidang minuman berwarna Kuning juga ..
- Malang Rakyat Malaysia Dapat PM Macam Najib
- BERSIH 2.0 : Kita disatukan oleh kezaliman.
- BERSIH 2.0 : Imej negara Buruk kerana Kerajaan dan Polis - Marina
EKSKLUSIF!! Video Sambutan Meriah Buat Najib di Intercontinental Hotel, London.. Posted: 16 Jul 2011 06:16 AM PDT Laungan "shame on on you Najib" bergema sempena "sambutan terakhir" Najib di Hotel Intercontinental, London jam 6.30 petang waktu London semalam 1.30 pagi waktu Malaysia. Ketibaan Najib di Hotel berkenaan diiringi Rosmah Mansor, dan Menteri Luar, Anifah Aman serta delegasi Malaysia di sambut dengan pekikan dan sorakan menggunakan pembesar suara di hadapan hotel berkenaan. Anifah Aman cuba berunding dengan harapan cuba menyuraikan mereka dari perkarangan hotel berkenaan disamping untuk menunjukkan kesetiaannya kepada Najib.. Malangnya, Anifah Aman dipandang mereka tak lebih dari seorang badut yang cuba menggembirakan Tuannya sahaja.. nasihat Anifah tidak di endahkan dan mereka terus berkumpul seperti mana yang dilakukan di hadapan Mansion House semalam. Di percayai Najib mengadakan majlis bersama dengan rakyat Malaysia di sanadan yang terakhir sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur. Saksikan video dan gambar yang dirakamkan ini.. WHAT A SHAME!!!. Penyanyi utama lagu Yellow Submarine.. best lagu ni.. korang dengar kat videoclip terakhir di bawah ni.. Jalan Pulang |
Najib dihidang minuman berwarna Kuning juga .. Posted: 15 Jul 2011 10:42 PM PDT Jika semalam Najib dan Rosmah Mansor terpaksa melihat warna yang telah diharamkan pemakaiannya di Malaysia kerana ketika mengadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham, baginda memakai gaun serba kuning bagi menyambut Najib dan Rosmah.. gambar kat atas.. gambar original tu.. bukan super impose.. Kalau nak lihat yang super impose sila lihat di (SINI)..artikel berkaitan dengan Najib masuk mengadap pula sila lihat di (SINI). Setelah bertemu dengan Perdana Menteri Britain David Cameron di No 10, Downing Street. Najib dan delegasinya atau rombongan keluarganya (rombongan keluarga pasal Anak, Bini dan Adiknya turut sama).Najib mengadakan sesi pertemuan dengan komuniti perniagaan United Kingdom jam 3.30 petang waktu London (10.30 malam waktu Malaysia). Ketika beliau dan rombongannya itu tiba di Mansion House, Garlick Hill, berhampiran dengan tebing Sungai Thames beliau disambut meriah oleh rakyat Malaysia yang berada di London juga dengan warna kuning.. Meriah atau tidak korang sila lihat di bawah.. Aku ingatkan setakat itu saja episode kuning buat Najib.. rupa-rupanya episode Kuning buat Najib bersambung pula pada sebelah malamnya pula.. Dimana Air minuman berwarna kuning turut menjadi hidangan pada majlis makan malam Perdana Menteri bersama warga Malaysia di London. Menurut tweet seorang rakyat Malaysia @Najmi Naim yang tinggal di Newcastle, UK. "Hadiri jamuan PM bersama rakyat dekat London. PM jemput makan kita makan, tapi lawan tetap lawan." Gambar dari Pulakdah |
Malang Rakyat Malaysia Dapat PM Macam Najib Posted: 15 Jul 2011 10:15 PM PDT SHAH ALAM : Rakyat Malaysia cukup malang mempunyai seorang Perdana Menteri yang tidak memandang berat nasib yang menimpa rakyat dan beranggapan menzalimi rakyat pada himpunan aman 9 Julai lalu adalah satu perkara biasa. Paling teruk apabila seorang daripada peserta himpunan itu meninggal dunia ketika melarikan diri dari asakan polis dan ia disifatkan Najib Razak sebagai tindakan ringan yang harus dikenakan ke atas rakyat kerana berhimpun menuntut sebuah pilihan raya adil dan bebas. Mengulas hal itu lagi, seorang mangsa keganasan polis pada hari kejadian , ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, Najib cuba menafikan perkara yang sudah terbukti dan rakyat mampu menilainya. "Saya rasa banyak gambar-gambar yang jelas menunjukkan keadaan yang sebaliknya.. Keadaan macam saya ini tidaklah seteruk macam Mat Sabu yang sampai dirempuh oleh polis. " Lepas itu ada yang dalam video tu kita nampak kena pukul, yang berdarah-darah teruk,"kata Khalid yang mengimbas kembali kezaliman polis ketika menyuraikan himpunan aman di ibu negara 9 Julai lalu. Najib dalam satu temu bual dengan CNN berkata, polis menggunakan tindakan sewajarnya dalam usaha menyuraikan himpunan aman di ibu negara 9 Julai lalu. "Ia (tahap tindakan polis) agak ringan sebab meskipun ia dikenakan, mereka (yang ditahan) telah dibebaskan selepas lapan jam dan mereka dilayan dengan baik," kata Najib dalam temu bual itu. "Tiada penggunaan tindakan yang tidak wajar dan penunjuk perasaan disuraikan dengan menggunakan pasukan yang minumum," tambah beliau lagi. Namun Khalid berpendapat, kenyataan Najib itu langsung tidak menggambarkan jawapan seorang pemimpin sebuah negara yang menuju status negara maju. " Saya rasa kalau di negara-negara yang lain kenyataan yang bodoh macam itu, rakyat sudah hukum dia,"kata Khalid lagi. "Dia menunjukkan satu sikap yang tak ambil endah hak rakyat... hak rakyat dia tahan, dia halang, menyusahkan orang dan sebagainya. Walaupun dia lepaskan selepas sejam atau dua jam, ia tetap merupakan satu ketidakadilan terhadap rakyat yang tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana yang dianggap sebagai kesalahan adalah berhimpun (secara aman) dan memang terbukti aman. (Mereka) berjalan dengan lancar dan aman sehinggalah bila bertemu dengan polis,"kata Khalid lagi. Dalam asakan polis ketika menyuraikan himpunan aman itu, kepala Khalid turut tercedera akibat tembakan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh polis. Puluhan mengalami kecederaan dan 1,667 ditahan polis. Kerajaan pimpinan Najib sebelum ini dikritik media asing malah dibantah keras oleh masyarakat antarabangsa ekoran keganasan polis pada hari kejadian namun pentadbiran Najib menyokong tindakan polis berbuat demikian. "Reaksi dari peringkat antarabangsapun semakin jelas menunjukkan bahawa tndakan Najib terhadap rakyat ini pun tidak boleh diterima oleh mana-mana masyarakat atau negara yang bertamadun,"ujar beliau. Khalid juga menyifatkan Najib sebagai pemimpin yang kebudak-budakkan dan tidak matang dalam berpolitik lantaran tindakannya memperlekeh-lekehkan kecederaan yang dialami Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. " Bagi dia sendiri (yang) tak pernah menghadapi kesusahan, tak pernah kena jentik, dia (pula) nak gelakkan Anwar kata Anwar buat lebih-lebih... itu saya rasa menunjukkan satu sikap yang kurang matang. Nampak cara dia buat itu buat orang naik meluat tengok dia,"tambah beliau lagi. TVS News |
BERSIH 2.0 : Kita disatukan oleh kezaliman. Posted: 15 Jul 2011 09:29 PM PDT Peguam PAS Mohamed Hanipa Maidin mendakwa, beliau difahamkamkan perhimpunan BERSIH 2.0 genap seminggu lalu mendapat sokongan pelbagai lapisan masyarakat, sehingga terdapat pelacur yang mengambil cuti untuk menyertainya. "Pada 9 Julai, sebelum perhimpunan, (saya) ada (bersembang dengan) seorang (aktivis) Cina buat tinjauan. Beliau terlibat dengan sebuah NGO, menemuramah pelacur di Lorong Haji Taib. "Beliau kata, ada pelacur minta cuti untuk bersama-sama dengan perhimpunan BERSIH. Saya diberitahu begitu. Saya percaya dia (aktivis) bercakap benar kerana beliau bersama dengan NGO. "Kalau pelacur minta cuti untuk bersama dengan BERSIH, ini (menunjukkan) BN dah teruk. Pelacur pun tak sokong BN," katanya disambut dengan gelak ketawa dan tepukan kira-kira 200 hadirin yang hadir dalam ceramah di Gombak malam tadi. Beliau yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS berkata, perkara itu membuktikan rakyat pelbagai lapisan mengakui lapan tuntutan BERSIH sebagai permintaaan yang munasabah. Mohamed Hanipa bagaimanapun berkata, aktivis itu memberitahunya, pelacur berkenaan mengambil keputusan menyertai BERSIH setelah perhimpunan itu hebat diperkatakan di media. Dalam ceramah bertajuk "Betulkah ganas himpunan BERSIH?" di Taman Melewar, Mohamad Hanipa juga berkata perhimpunan tersebut berjaya "menghapuskan" ketakutan rakyat terhadap BN. "Mereka boleh tahan, boleh dakwa, dengan (harapan) tindakan itu kita (menjadi) takut. Mereka silap. Pada 9 Julai, rakyat Malaysia telah menghapuskan ketakutan kepada kerajaan BN," katanya. 'Gembira melawan BN' Turut hadir berceramah Naib Presiden PKR N Surendran, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Dr Mariah Mahmud dan anggota jawatankuasa pemandu BERSIH Wong Chin Huat. Mohamed Hanipa berkata, walaupun rakyat menerima pelbagai ugutan atau ancaman daripada polis, semua bangsa dan agama tetap bersatu dalam perhimpunan tersebut. "Ini kerana kemuncak kemarahan mereka tidak dapat dibendung disebabkan tindakan polis," kata pengamal undang-undang itu. Beliau juga mengkritik tindakan polis yang didakwa merempuh motosikal yang dibiceng oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sehingga menyebabnya ligamen lututnya terkoyak. "Cara mereka tangkap Mat Sabu, langgar... (Macam) tidak ada nilai nyawa dan keselamatan. (Macam) tak ada nilai," sambil menambah Mohamad terpaksa diambil keterangan di balai polis Jinjang dalam keadaan dipapah selepas mendapat rawatan di hospital. "Kezaliman ini, saya tidak pernah lihat (sebelum ini)," tegas Mohamed Hanipa yang mendakwa menyaksikan insiden itu berlaku di depan matanya. Bagaimanapun, beliau yang turut ditahan polis bersama ramai pemimpin Pakatan Rakyat berkata merasa "gembira sebab melawan BN" - tindakan yang didakwa menimbulkan rasa pelik pihak polis. PKR: Berjalan untuk Baharuddin Sementara itu, Surendran yang terkenal sebagai peguam hak asasi manusia mengutuk apa yang disebut sebagai keganasan polis, khususnya ekoran kematian kontroversi Baharuddin Ahmad selepas menyertai perhimpunan itu. Dakwanya, sekiranya polis tidak menggunakan kekerasan dan membenarkan BERSIH menggunakan stadium, sudah tentu allahyarham masih lagi hidup. "Beliau wira kita, jadi (ini) salah siapa? Sabtu lalu, beliau berjalan untuk kita (BERSIH), maka esok pagi kita berjalan untuk Baharuddin. "Saya tidak akan lepaskan (perkara ini) untuk mendapatkan keadilan kepada keluarganya dan rakyat Malaysia," katanya. Pagi ini, Surendran (kanan) dijadual berhimpun di ibu pejabat polis Bukit Aman untuk menghantar memorandum kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berhubung kematian Baharuddin. Sementara itu, Wong pula berkata, antara kejayaan lain perhimpunan itu, semua kaum kini lebih "berasa dekat" sesama mereka. "Cakap-cakap, video, gambar dan tulisan tentang hari (perhimpunan) itu, ramai yang menyebut mereka rasa terharu pada saat genting semasa polis berkelakuan ganas. "Orang Melayu dan India memberi (mereka) garam dan air. Bagi orang Cina yang kali pertama, tidak pernah (merasai pengalaman itu) sebelum ini. "Orang Melayu tahu, mereka (kaum Cina) tidak pernah datang, tetapi rakan Melayu beritahu, awak pergi dulu, kami di belakang. Mereka (kaum Cina) rasa dekat sekali," katanya yang mendapat tepukan hadirin. BERSIH: Kita disatukan kezaliman Menceritakan pengalamannya pada perhimpunan tersebut, Wong berkata perhimpunan tersebut menggambarkan persaudaraan "1Malaysia yang bersih" antara kaum. Wong chin huatWong berkata, perhimpunan itu juga turut melahirkan "Malaysia 2.0" kerana berjaya menghilangkan rasa was-was dan prasangka antara kaum, budaya, warna kulit dan agama. Ini kerana, dakwanya kemerdekaan yang dikecapi selama ini "tidak berjaya memerdekakan diri sepenuhnya" di kalangan rakyat Malaysia. "Tuhan menciptakan (manusia) berlainan (bangsa dan budaya) supaya kita berkenal-kenalan. Dalam tempoh itu kita saling mensyaki antara satu sama lain. "Kita disatukan oleh kezaliman... 1Malaysia tinggal sebagai propaganda," katanya. Malaysiakini |
BERSIH 2.0 : Imej negara Buruk kerana Kerajaan dan Polis - Marina Posted: 15 Jul 2011 07:16 PM PDT Kegagalan menangani dengan baik perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan pada 9 Julai lalu memberikan imej yang buruk kepada kerajaan Malaysia di peringkat antarabangsa, kata Datin Paduka Marina Mahathir. Marina, anak sulung bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad itu berkata, berbeza dengan kerajaan, "dunia" tidak mempunyai tanggapan yang buruk terhadap rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan tersebut kerana mereka berjuang menegakkan hak mereka - menuntut pilihan raya yang adil dan bebas. "Ada juga orang yang mendakwa bahawa dunia kini memberikan tanggapan yang buruk kepada Malaysia kerana media asing (dan juga media tempatan) melaporkan hanya mengenai tindakan menembak gas pemedih mata dan meriam air," kata Marina dalam blognya pada 10 Julai lalu. "Saya rasa orang keliru di antara kerajaan dengan rakyat. "Ya, memang dunia mempunyai tanggapan yang buruk terhadap kerajaan Malaysia kerana gagal menangani dengan baik keseluruhan isu ini. Mereka mempunyai tanggapan yang berbeza terhadap rakyat Malaysia yang memperjuangkan hak mereka." Marina, seorang aktivis sosial merupakan salah seorang daripada ribuan orang yang berada di kota raya Kuala Lumpur pada Sabtu lalu, berhadapan dengan polis pencegah rusuhan, mempertahankan penyokong-penyokong Bersih dengan mengatakan bahawa mereka berhimpun secara aman dan tidak mencederakan sesiapa atau melakukan sebarang keganasan. "Apa jua yang difikirkan mengenai isu yang diperjuangkan oleh Bersih, kita semua seharusnya berbangga dengan rakyat Malaysia yang tidak bersikap seperti orang liar, merosakkan harta benda dan mencederakan satu sama lain seperti yang diramalkan. "Memang terdapat mereka yang cedera dan seorang mati tetapi ia bukanlah disebabkan oleh peserta yang menyertai perhimpunan tersebut. Restoren-restoren dan kedai-kedai di sekitar kawasan terbabit mendapat sambutan hangat kerana orang ramai haus dan lapar," tambah beliau. Marina berkata, perhimpunan Bersih yang berlangsung Sabtu lepas membuktikan rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, usia dan agama boleh berhimpun bersama atas satu tujuan. Lebih seribu orang ditangkap pada hari tersebut, dan kekecohan berlaku pada waktu tengah hari apabila polis pencegah rusuhan menembak gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan perhimpunan.- warta-utara |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan