Anak Bapa |
Posted: 02 Jul 2011 12:51 PM PDT Tiada kata yang dapat mengambarkan rasa benci dan meluat Anak Bapa kepada UMNO. Dan yakinlah bahawa perasaan yang sama dikongsi oleh ramai lagi warga Malaysia di kala ini. Sememangnya dulu pun dah benci melihat gelagat dan feel pemimpin-pemimpin UMNO ini. Mereka ni buat negara Malaysia macam mak bapa mereka punya. Apa saja yang mereka buat semuanya betul walaupun jelas menyalahi undang-undang dan perlembagaan negara. Pemimpin-pemimpin UMNO semua berada di atas undang-undang. Tak ada mahkamah yang boleh mensabitkan mereka atas apa jua dakwaan. Harta negara diporak-perandakan, kaut masuk kantung anak bini dan kroni mereka. Subsidi untuk rakyat dipotong-potong kononnya kerana negara begitu terbeban sedangkan subsidi untuk tauke-tauke kawan mereka terus dikekalkan. Sejak BERSIH mewar-warkan untuk menganjurkan "Walk For Democracy", wajah buruk UMNO makin terserlah. Ugutan demi ugutan dibuat kepada rakyat yang menyokong reformasi dalam sistem pilihanraya negara. Ramai yang telah ditahan dan ada yang direman berminggu lamanya. Anak-anak remaja yang berpakaian baju T BERSIH turut ditahan polis. Malah yang pakai baju T kuning biasa pun ada yang ditahan asalkan mereka pimpinan PR. Berita terbaru pula mereka yang pakai baju T BERSIH di bahagian dalam pun turut ditahan. Pemimpin BERSIH ada yang dicadang ditarik kewarganegaraan, diambil tindakan di bawah ISA dan EO (buang daerah). Dan yang terbaru BERSIH diharamkan oleh Hishamuddin Keris atas alasan pertubuhan tidak berdaftar. Entah apa lagi dia orang nak buat Allah saja yang tahu ……. Ceritanya nak minta supaya dibuat perubahan supaya pilihanraya negara kita lebih adil dan telus. Itu saja. BODOH sangat ke UMNO ni! Kenapa takut dengan pilihanraya yang bersih kecuali kau nak main kotor. Jika SPR (baca UMNO) prihatin kepada tuntutan BERSIH sejak 2007, tentulah keadaan tidak jadi bercelaru macam hari ini. Tuntutan yang dibuat itu pun bukanlah tak masuk akal, semuanya mengikut piawaian sistem pilihanraya negara demokratik lain termasuk seperti negara jiran kita Indonesia. Jika pemimpin UMNO cerdik, dia orang patut panggil BERSIH dan bincang elok-elok siap dengan jadual bila tuntutan mereka dapat dilaksanakan. Itu saja, selesai masaalah. Ini tak! Digertak, diugut dan diperlakukan macam kita ni budak bodoh. Tak cukup dengan segala media digunakan untuk mencerca BERSIH, diguna pula segala pertubuhan rasis, dan guru silat untuk mengesahkan dakwaan mereka. Cara mereka ini sebiji macam diktator Arab buat pada rakyat mereka. Soalan Anak Bapa, takut sangat kenapa? Dah dok rasa nyawa politik UMNO di hujung tanduk ke? Anak Bapa: Bye-bye UMNO dan BN ………. |
You are subscribed to email updates from Anak Bapa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan