ALHUSSEYN |
- Najib tak cukup tanah didarat…
- Biometric : Najib menambah kayakan kroni dan mahu terus menipu rakyat
- Simbol negara yang memalukan
Najib tak cukup tanah didarat… Posted: 24 Jul 2011 08:43 AM PDT Sebagaimana halnya dua kapal selam Scorpene yang dilaporkan tidak boleh menyelam, maka begitu jugalah halnya yang menimpa PM Najib. Walaupun baru-baru ini , Najib berjaya menghambat pulang peguam Perancis, William Bourdon sejurus mendarat di KLIA, Najib kini tidak cukup tanah untuk lari dan ibarat hanya berlindung disebalik lalang sehelai. Ini kerana Polis Perancis telah mendapat " dokumen penting" dalam siasatan transaksi kapal selam Scorpene . Asia Sentinel melaporkan pendedahan peguam tersebut bahawa polis telah mendapat dokumen yang cukup penting. "Ada kemungkinan bahawa pada bulan September, kita harus mempunyai akses kepada kesimpulan polis yang pertama dari semua siasatan yang telah berlaku dalam tempoh 18 bulan yang lalu. " katanya. Menurut laporan di sini, personaliti misteri yang mengembara ke Macau dan Hong Kong bersama dengan perunding kapal selam , Razak Baginda adalah seorang VVIP. Terdapat spekulasi panas bahawa orang ini ialah Najib sendiri. Jelasnya, kes tersebut bukan sahaja berkaitan isu sogokan tetapi juga melibatkan kes pembunuhan Altantuya. Perbicaraan Scorpenes dijangka didengar di mahkamah terbuka Perancis pada bulan Ogos atau September. Ini akan membuka jalan untuk pembukaan semula perbicaraan pembunuhan Altantuya, yang berakhir dengan dua bekas pengawal peribadi Najib dihukum gantung pada 2006.Walau bagaimanapun, 'dalang' pembunuhan tersebut dipercayai masih lagi bebas. |
Biometric : Najib menambah kayakan kroni dan mahu terus menipu rakyat Posted: 23 Jul 2011 11:09 PM PDT PM Najib berkata, sebagai salah satu usaha untuk memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan secara telus dan adil, SPR akan melaksanakan sistem biometric. Kononnya sistem biometric akan dapat mengatasi dakwaan-dakwaan bahawa wujudnya pengundi hantu pada pilihan raya di negara ini, katanya di sini Dengan bongkaknya, PM Najib mendakwa "…negara-negara maju pun tak buat!" Bila tengok Najib kata gitu dalam berita siaran teevee malam tadi, rasa nak tergelak pun ada, nak marah pun ada! Apakah Najib sangka bila negara ini menggunakan sistem biometric , maka negara yang sedang membangun ini tiba-tiba dengan sekelip mata menjadi lebih baik dan lebih maju daripada negara-negara maju ? Selain mahu mengelak dari menggunakan dakwat kekal sebagaimana dicadangkan oleh BERSIH, Najib bertujuan untuk menambah kayakan kroninya dan mahu terus menipu rakyat!Entah berapa juta akan dihabiskan untuk membeli sistem tersebut. SPR pernah bersetuju menggunakan dakwat kekal dalam pilihanraya umum ke-12 lalu dan telah membelanjakan kira-kira RM2.9 juta membeli 48,000 botol dakwat kekal dari India tetapi penggunaannya dibatalkan empat hari menjelang hari pengundian atas alasan keselamatan konon bimbang wujud unsur sabotaj seperti yang telah dikesan oleh polis. Tuntutan BERSIH supaya menggunakan dakwat kekal adalah lebih murah, mudah dan sangat berkesan bagi mengelakan pengundi hantu. |
Posted: 23 Jul 2011 09:21 PM PDT Kompleks Sukan Bukit Jalil yang menelan kos pembinaan RM800 juta dan pernah menjadi simbol kebanggaan negara kerana menempatkan Sukan Komonwel ke-16 pada Sept 1998 dahulu. Tetapi hanya dalam masa 13 tahun berlalu, simbol kebanggan negara ini telah begitu jauh berubah wajah.Keadaannya agak terbiar kerana tidak diurus dengan baik dan sangat memalukan negara.Lihat laporannya di sini |
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan