AdukaTaruna |
- Disko Kedah bukan hak Presiden PAS - MB Azizan Cengei.
- Melaka lanjutkan tempoh operasi pusat hiburan.
- Harap PAS boleh gantikan 2 Dr Lo'lo' dan lahirkan 10 lagi.
Disko Kedah bukan hak Presiden PAS - MB Azizan Cengei. Posted: 18 Jul 2011 12:40 AM PDT Sumber : Malaysiakini. "Disko di Kedah bukan hak PAS, Presiden PAS bukan ada locus standi dalam bab ni. Disko Kedah hak kerajaan negeri," kata Menteri Besar Kedah. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak boleh campur tangan berhubung tindakan menutup disko di Kedah. Azizan mengulas tindakan pimpinan PAS Pusat yang memanggil Azizan berikutan keputusan kerajaan Kedah mahu menafikan hak bukan Islam bagi menghalang orang Islam. Bercakap pada satu sidang media, semalam, Azizan menafikan beliau tidak datang ketika dipanggil PAS Pusat kerana takut dengan Mahfuz. "Ya.. memang benar Mahfuz meletak jawatan berikutan hal2 tender ajaib yang saya buat, tapi siapa kata saya takut dengan Mahfuz?" Ketika ditanya sama ada beliau datang atau tidak jika PAS Pusat terdiri dari barisan kepimpinan Hadi dan Nasha, Azizan menjawab. "Stakat barisan kepimpinan lembek tu, ana tak takut langsung. Ana juga tak takut dengan Mat Sabu." "Eh.. tapi kami tak tanya pun." "Ala.. ana tahu la apa dalam kepala otak hampa." ABF p/s : Allah nak bayar cash, kejap jer. |
Melaka lanjutkan tempoh operasi pusat hiburan. Posted: 17 Jul 2011 09:09 PM PDT Di sebalik usaha kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan PAS mahu menutup bar, disko dan kelab karaoke pada bulan Ramadan yang akan datang, lain pula yang berlaku di negeri Melaka. Negeri Melaka di bawah kerajaan BN, baru-baru ini pada mesyuarat Exco telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh masa operasi pusat hiburan di negeri itu dari sekitar jam 1 pagi hingga ke 3 pagi. Malaysiakini difahamkan, tindakan itu seiring dengan kepesatan pembangunan sektor pelancongan Melaka di samping mendapat permintaan daripada pengusaha pusat hiburan terbabit. Bagaimanapun Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika ditanya berkata, lanjutan masa hanya boleh dilaksanakan pada hari Jumaat sehingga Ahad. Manakala, bermula Isnin sehingga Khamis, pusat berkenaan hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 1 atau 2 pagi sahaja. "Ini adalah atas permintaan pengusaha pusat hiburan dan pelaksanaan ini hanya dibenarkan untuk 15 premis sahaja di Melaka Raya. "Bagaimanapun, sekiranya mereka ingkar melanjutkan waktu operasi dalam tempoh diberikan, kebenaran itu akan ditarik balik," katanya. Ditentang pelbagai pihak Mohd Ali juga menjelaskan, kerajaan negeri telah pun mendapat maklumbalas daripada pihak polis bahawa keputusan itu tidak akan menjejaskan tahap keselamatan kawasan terlibat. Sementara itu, keputusan yang dibuat kerajaan negeri Melaka itu ditentang banyak pihak termasuk dari kalangan ahli Umno sendiri. Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tangga Batu, Muhammad Ahyad Abdullah yang merasakan keputusan itu mengambarkan keseronokan sesetengah pihak yang berkepentingan. "Mereka lupa keadaan ini akan membiarkan lebih banyak perkara tidak senonoh berlaku di negeri Melaka. Sudahlah pusat hiburan muncul bagaikan cendawan tumbuh ditambahkan pula tempohnya dilanjutkan hingga ke jam 3 pagi. "Cukuplah, keruntuhan akhlak yang berlaku kini di kalangan warga muda dan peningkatan kadar jenayah disebabkan pusat hiburan dan keseronokan yang tidak ada batasnya," katanya. Ketua Pembangkang dari DAP, Goh Leong San berkata, kerajaan negeri sepatutnya mendapat maklum balas dari semua pihak dan bukannya semata-mata meminta pandangan daripada pengusaha pusat hiburan sahaja. "Tindakan ini menampakkan kerajaan negeri mengenepikan kepentingan rakyat hanya semata-mata mahu mengejar keuntungan tanpa memikirkan kesan daripada tindakan itu," katanya. |
Harap PAS boleh gantikan 2 Dr Lo'lo' dan lahirkan 10 lagi. Posted: 17 Jul 2011 08:52 PM PDT Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (gambar) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam tadi. Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat. Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof ketika dihubungi Harakahdaily. Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga. Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser. Dalam respons awal, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Allahyarhamuha seorang yang istiqamah berjuang untuk Islam sehingga akhir hayat. "Saya dimaklumkan oleh keluarga terdekat almarhumah Dr Lo' Lo', MP PAS Titiwangsa tentang pemergian beliau sebentar tadi. "Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam hingga ke saat akhir hayatnya," tulisnya di Facebook. Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan pula menyifatkan Allahyarhamah seorang tokoh pejuang Islam yang tabah. "PAS dan rakyat sebentar tadi kehilangan tokoh pejuang Islam yg tabah apabila sbentar td Dr Lo' Lo' telah kembali ke rahmatillah.. Al Faatiihah." tulisnya di Twitter. Menurut anak allahyarhamuha, Muhd Fawwaz, jenazah akan diuruskan di Masjid al-Akram, Datuk Keramat pagi esok. "Insya allah, akan dikebumikan pada waktu pagi di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat," tulisnya melalui sistem mesej singkat (SMS) kepada Harakahdaily. -HD TARIKH LAHIR: 2 OGOS 1957 UMUR: 54 TAHUN TEMPAT LAHIR/ASAL: KUALA KANGSAR, PERAK PEKERJAAN: DOKTOR LATAR BELAKANG AKADEMIK: 1. SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN CONOLLY, IPOH 2. SEKOLAH RAJA PEREMPUAN TAAYAH, IPOH 3. KOLEJ ISLAM KLANG 4. UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA – IJAZAH PERTAMA (KEDOKTORAN) 5. ADELAIDE ALTERNATIVE MEDICINE & SURGERY – ACUPUNTURIST KEGIATAN DI UNIVERSITI: 1. AHLI MPP UKM 2. EXCO PERSIAP UKM PERTUBUHAN NGO: KHIM Yayasan Amal Malaysia PPIM PAPISMA Persatuan Allergy & Aesthetic Persatuan Hypertension AFMY ABIM Al Khadeem JIM Persatuan Alumni FPUKM Alumni ALKIS Alumni SISTA. KEGIATAN DALAM PAS: AJK Dewan Muslimat PAS Pusat Ketua Dewan Muslimat Titiwangsa Ketua Pengarah Al-Nisa' Ajk Kerja Pas Pusat Mewakili parti sebagai Exco Asian Federation Of Muslimyouth. JAWATAN KINI: PENGARAH EKSEKUTIF DI PUSAT PERUBATAN KOHILAL PENGALAMAN DALAM PILIHANRAYA: PERNAH BERTANDING DI PARLIMEN P59 BUKIT GANTANG DALAM PILIHANRAYA KE-11 |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan