AdukaTaruna |
Posted: 04 Jul 2011 01:23 AM PDT Parti Islam SeMalaysia (PAS) menjunjung tinggi titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari Ahad 3 Julai 2011 mengenai isu perhimpunan aman Bersih 2.0 yang hangat diperkatakan pada waktu ini. Seluruh kepimpinan PAS merasa amat berbesar hati dengan keperihatinan dan perhatian yang diberikan oleh Seri Paduka Baginda Tuanku sebagai pelindung keluhuran perlembagaan negara dan lambang berdaulat negara kita ini. Titah Seri Paduka Baginda Tuanku bahawa dalam setiap permasalahan yang timbul, sebagai masyarakat yang bertamadun kita hendaklah mencari jalan penyelesaian secara rundingan dan tidak mengikut perasaan. Ini adalah amat tepat sekali dalam merungkai perkara yang dibangkitkan, iaitu pembaharuan terhadap keseluruhan sistem pilihanraya bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini. Sehubungan dengan itu, maka PAS bersedia untuk menghantar wakil bersama dengan Bersih 2.0 dan rakan parti politik dalam Pakatan Rakyat serta semua pihak yang cintakan keamanan untuk berunding dan seterusnya mengadap ke bawah Duli Seri Paduka Baginda Tuanku bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul hasil dari liputan buruk yang dimainkan terhadap bantahan aman ini. Kesan dari salah faham ini telah menimbulkan provokasi pihak tertentu yang memberi gambaran seolah-olah keadaan sudah tidak terkawal sehingga undang-undang negara juga sudah tidak dihormati lagi oleh pihak berkuasa. PAS percaya bahawa asas penyebab bantahan ini perlulah digali-selidik dengan hati terbuka dan penuh keikhlasan, terutamanya oleh pihak kerajaan yang memegang tampuk pemerintahan dalam negara kita pada ketika ini. Ini juga selari dengan titah Seri Paduka Baginda Tuanku supaya pihak kerajaan wajar untuk melaksanakan amanah dengan secara adil dan bijaksana. Tercetusnya idea bantahan ini adalah kerana terlalu banyak kelemahan dalam amalan pilihan raya di Malaysia dengan berlakunya penipuan, rasuah dan salah guna kuasa dan media secara tidak demokratik. Keadaan ini semakin buruk walaupun kita telah mencapai kemerdekaan lebih dari 50 tahun dan sudah dua belas kali pilihan raya umum diadakan. Sejak sekian lama ini, kerajaan Barisan Nasional telah banyak menyalahgunakan kuasa mereka di atas nama demokrasi, walaupun negara-negara di seluruh dunia sudah banyak melakukan reformasi terhadap sistem pilihan raya dan demokrasi yang membawa kebaikan kepada seluruh rakyat. Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) 4 Julai 2011 / 2 Syaaban 1432 H |
Hjosama : Status rakan jual baju BERSIH. Posted: 03 Jul 2011 10:40 PM PDT Oleh : AdukaTaruna Tadi gua ke mahkamah Pasir Puteh. Sampai jam 8pg. Tanya polis, OKT sampai jam 10pg. Bersapau 2 jam. Bila sampai, gua nampak Hjosama (OKT), member gua yang ditahan kerana menjual baju BERSIH memakai baju lokap jenayah berat (Oren). Stok baju habis la tu. Gua tanya polis, dia cakap, OKT akan dipohon reman untuknya. Gua tanya atas akta apa? Dia cakap, dia hanya jalankan tugas. Kena tanya orang atas. Jawapan standard. "Berapa lama nak mohon?" "14 hari." Tu dia.... kalau berjaya, Hjosama sahih tak bleh pergi BERSIH 2.0. Beberapa orang termasuk gua berbaju kuning memberikan sokongan moral. Sebenarnya bukan untuk Hjosama, sebab Allah turunkan ujian tu sesuai tahap kemampuan Hjosama. Tp untuk isteri dia. Gua bawa isteri gua juga. Gua seru semua ambil lesen. Gua anggap golongan yang mahu mendapatkan kuasa rakyat, perlu ambil lesen. Lesen pejuang. Yakni lokap. Memanglah lesen ni kecil sangat, dan belum tentu istiqamah ke akhirnya. Banyak pejuang lesen besar yang U turn. Tp, at least ambil juga la lesen. Patutkah manusia itu mengatakan mereka beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Bro.. setakat lokap 2-3 hari, terlalu murah harganya berbanding bangsa hebat lain yang mendapatkan senjata rakyat yang sama. Esok lusa, bayangkan anak kita dapat senjata ini. Demokrasi bersih. Bagaimana dia boleh melawan kasta ulama melalui demokrasi. bagaimana dia boleh melawan kasta dewa melalui demokrasi. Bagaimana dia boleh melawan dasar. idea, hujahnya, cara dia bergerak, semuanya dilindungi dalam kerangka demokrasi. Pada ketika itu, puak generasi anak kita hanya melawan soal idea, soal dasar negara, soal manifesto. Bukan hal2 perkauman dan keganasan. Perdana menteri Australia dulu kalah, keesokan harinya selamba berjogging. Tiada rusuhan perkauman, tiada puak2 underground yang dilindungi polis. Akhirnya, permohonan polis mendapatkan reman selama mungkin tidak berjaya. Namun, hakim memberikan sehari reman lagi. Welkam to the club, bro.. |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan