Selasa, 28 Jun 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


APA YANG DIREPEKKAN OLEH HARUSSANI INI?

Posted: 28 Jun 2011 07:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA rasa mahu kritik Harussani, terasa bersalah pula sebab dia bukan orang jahil tetapi terikut-ikut dengan rentak orang politik yang jahil. Rasa hormat bukan tidak ada pada Harussani, tetapi saya rasa lebih hormat lagi kepada orang yang tidak mengampu dan mengipas untuk hidup.

Di dalam isu Perhimpunan Bersih, saya tidak tahu di mana salahnya dari segi hukum Islam. Adakah salah dari segi hukum Islam berhimpun secara aman yang tidak diberikan permit atau lebih salah jika pihak berkuasa tidak memberikan permit? Mana lebih bersalah, seseorang yang terpaksa bersembahyang di luar masjid atau pihak masjid yang tidak membenarkan orang itu bersembahyang di dalam masjid?

Memang benar, sembahyang di luar masjid jika cukup syarat sah dan rukunnya maka tidak menjadi kesalahan, tetapi berdosa teramat besar pula kepada pihak masjid yang melarang seseorang itu bersembahyang di dalam masjid.

Kaedahnya sama dengan isu Perhimpunan Bersih. Tidak salah dari segi Perlembagaan jika berhimpun secara aman walaupun tanpa permit, tetapi amat malang jika perhimpunan itu tidak diberikan permit malahan lebih dahsyat lagi dilarang dengan kekerasan. Apa kata Harussani di dalam mengulas isu ini?

Malaysiakini melaporkan, "Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan Datuk S Ambiga dilihat cuba menjadi 'superhero' dengan tindakannya mengetuai penganjuran perhimpunan haram pada 9 Julai ini.

Beliau berkata dengan mengetuai perhimpunan yang tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa itu, penganjur mahu mencari publisiti dengan menjatuhkan imej negara pada kaca mata dunia sekaligus akan mendapat publisiti.

NONE"Tindakan itu juga seolah-olah dia (Ambiga) mahu menjatuhkan imej kerajaan di luar negara dengan mengadakan perhimpunan yang tidak mendatangkan faedah," katanya ketika dihubungi Bernama di Ipoh hari ini (Malaysiakini).

Saya mahu tanya Harussani, apa jasa kamu untuk memulihkan sistem demokrasi khususnya di dalam sistem Pilihanraya di negara ini? Pernahkah kamu memberi hukum menurut Islam tentang banyak penipuan dan ketidakadilan yang dilakukan setiap kali diadakan pilihanraya? Sedangkan kes rampas kuasa di Perak, negeri Harussani sendiri beliau gagal memberikan hukum menurut Islam cara mereka merampas kuasa termasuk beberapa peristiwa di dalam Dun Perak. Mana suara dan ilmu kamu?

Justeru itu, jika ada insan lain yang sanggup ke depan menggantikan suara kamu yang telah bisu itu, jangan pula kamu menganggap dia sebagai `Super Hero'. Rakyat lah yang layak digelar `Super Hero' kerana tanpa rakyat yang berani menentang ketidakadilan, BERSIH pasti akan gagal hatta sesiapun pemimpinnya.

Harussani perlu menggunakan ilmu yang ada padanya untuk menilai sesuatu isu. Jangan membuat komen dan ulasan semata-mata berkitabkan Utusan Meloya atau TV 3 suku yang sememangnya ejen syaitan untuk memporakporandakan masyarakat. Harussani perlu merujuk kepada Al-Quran jika ingin memberikan komen, jika tidak kita akan menganggap beliau setaraf dengan Berahim Ali raja katak sahaja./wfauzdin.blogspot.com

BENGAPNYA RAJA KATAK NI

Posted: 28 Jun 2011 10:24 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

BETAPA bengapnya raja katak Berahim Ali yang mendakwa Perhimpunan Bersih adalah untuk menyelamatkan Anwar. Kalau sudah tidak ada hujah dan fakta, patutnya raja katak ini duduk diam-diam jangan buat kenyataan yang meloyakan seperti itu.

Apa lojiknya satu perhimpunan untuk berarak ke Istana Negara menyampaikan memorandum berkaitan sistem pilihanraya dengan menyelamatkan Anwar? Seandainya rakyat dikerah untuk berhimpun setiap kali Anwar dibawa ke mahkamah, mungkin ada lojiknya tuduhan raja katak tersebut.

Kalau Najib boleh menghimpunkan `sejuta' belia di Putrajaya, siap dengan berkata `belia akan pertahankan Putrajaya', lojik juga dikatakan perhimpunan itu untuk menyelamatkan Najib. Tetapi sejak dari Perhimpunan Bersih 1 tahun 2007 lagi, tiada sepatah pun nama Anwar disebut sepanjang perarakan. Begitu lah juga kesinambungan Perhimpunan Bersih 2.0 kali ini, tiada kena mengena dengan Anwar.

Sehubungan itu, raja katak tidak perlu bimbang jika tuntutan Bersih berjaya kerana sekiranya PR memenangi PRU akan datang belum tentu Anwar akan jadi PM. Bukankah Anwar mahu disumbatkan ke penjara? Atau, raja katak yakin Anwar tidak masuk penjara kerana tidak bersalah?

Apa pun yang pasti, samada PR berjaya menduduki Putrajaya atau tidak, raja katak akan tetap `disemadikan' di Pasir Mas di dalam PRU akan datang./wfauzdin.blogspot.com

BERSIH DITAJA OLEH KRISTIAN, PULAK DAH !! SIAPA KATA? UTUSAN LIDAH SYAITAN

Posted: 28 Jun 2011 01:06 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

SATU lagi tuduhan baru terhadap BERSIH setelah semuanya tidak berjalan. Seperti biasa akhbar yang menjadi Utusan dan lidah syaitan punya kerja. Kali ini dituduhnya Pertubuhan Kristian salurkan dana untuk BERSIH. Baca di sini.

"Biskop Katolik Dr Paul Tan Chee Ing hari ini mengecam apa yang dilabelnya sebagai tindakan "Hentam Kristian" berikutan laporan di Utusan Malaysia yang mendakwa dana bagi perhimpunan BERSIH 2.0 dibiayai oleh pertubuhan Kristian. Beliau yang juga presiden Catholic Bishops Conference of Malaysia berkata akhbar milik Umno itu seolah-olah mempunyai lesen bagi menerbitkan dakwaan liar serta tanpa bukti bagi mengeruhkan hubungan masyarakat Kristian dan Islam di negara ini." (Malaysiakini)

Ertinya, modal mereka kering kontang untuk menggagalkan Perhimpunan aman oleh BERSIH. Berbagai cara telah digunakan termasuk cara malam tadi di mana ada ugutan mahu mahu membakar Ibu Pejabat PKR di Tropicana. Ramai yang telah ditahan kerana memakai baju kuning BERSIH termasuk yang baca puisi berkaitan BERSIH.

Mereka sanggup mainkan sentimen kaumn dan agama demik mempertahan sang Penguasa. Pihak yang kita bantah, SPR terus membisu dan menjadi penonton `pergelutan' di antara kebenaran dan kebathilan ini, sedangkan mereka lah punca semua ini. Tidakkah mereka merasa berdosa? Tidak mungkin, ini adalah kerana mereka mempunyai jiwa yang terlalu kecil dan kehidupan mereka tidak ubah seperti robot.

Tidak masuk akal langsung perhimpunan BERSIH ini dibiayai. Rata-rata yang akan hadir nanti mereka semua gunakan wang poket sendiri. Mereka beli baju BERSIH bukan diberi percuma seperti baju 1 Malaysia atau `Patriot'. Justeru itu, akhbar Utusan lidah syaitan ini sudah sampai masanya untuk dikuburkan. Selagi ada akhbar pencacai yang pernah menghina hukum Allah ini, negara tidak akan aman./wfauzdin.blogspot.com

DI SEBALIK TEKANAN, 1 JUTA AKAN BERHIMPUN

Posted: 28 Jun 2011 12:14 AM PDT

' 1 juta rakyat hadir Bersih' dalam Suara Keadilan terbaru


Dengan tajuk '1 juta rakyat hadir Bersih', akhbar Suara Keadilan edisi terbaru mengupas persiapan perhimpunan aman oleh Gabungan Pilihan Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang bakal diadakan 9 Julai.

Menariknya, Suara Keadilan, kali ini tampil dengan keunikan tersendiri apabila latar muka depan dan belakang akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu, turut diwarna kuning- sesuai dengan tema Bersih.

Ia memuatkan kenyataan-kenyataan pimpinan Pakatan Rakyat berhubung himpunan tersebut, selain berita tentang komitmen puluhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang tekad untuk menjayakannya. Antaranya, Majlis Peguam Malaysia melalui kenyataan Presidennya, Lim Chee Wee.

Selain itu akhbar ini turut melapor kenyataan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali yang mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri mengakui wujudnya pengundi hantu ketika pilihan raya.

Turut dimuatkan temubual bersama Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan yang menegaskan bahawa kebebasan untuk berhimpun terkandung dalam perlembagaan negara.

Antara lain, Ambiga berkata pihaknya telah melakukan begitu banyak perbincangan dengan SPR supaya melaksana sistem pilihan raya yang lebih bersih dan adil, tetapi menemui jalan buntu.

Beberapa rencana menarik turut mengupas perihal Bersih- menyentuh halangan dan ketakutan melampau kerajaan Umno-BN terhadap tuntutan reformasi pilihan raya itu.

Selain tumpuan isu bersih, Suara Keadilan juga menyajikan isu panas politik semasa sepanjang minggu lalu. Antaranya kos penyelengaraan Scorpene yang meningkat lapan kali ganda, menjadi RM417 juta.

Belanja itu dimohon kementerian berkenaan ketika Perbahasan Rang Undang-Undang perbekalan Tambahan minggu lalu- yang memperuntuk sebanyak RM13 bilion untuk pelbagai kementerian.

Suara Keadilan turut menyiarkan perbelanjaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang membelanjakan RM17 juta untuk lawatan ke luar negara.

Turut didedahkan, perbelanjaan kediaman rasmi PM dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjumlah RM49 juta setahun seperti yang didedahkan di parlimen.

Akhbar terbitan tidak berkala ini juga menyiarkan berita mengenai kes akuan bersumpah penyiasat persendirian, P Balasubramaniam yang mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya yang ditutup peguam negara.

Dengan menyiarkan kenyataan Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, beliau berkata usaha menutup kes itu bagi melindungi kepentingan pemimpin tertinggi negara ini.

Selain itu, turut dimuatkan penyelewengan wang zakat yang dilakukan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali untuk membiayai kos guaman peribadi.

Ia menyusul kenyataan oleh bekas Mufti Wilayah, Datuk Md Hashim Yahya yang menegaskan bahawa penyelewengan wang zakat adalah berdosa besar dan harus diambil tindakan tegas./SK

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=16107

Tiada ulasan: