Selasa, 28 Jun 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


BERSIH - Kenapa mengaitkan soal pemberontakan terhadap Yang Dipertaun Agong? - DSAI

Posted: 28 Jun 2011 10:45 PM PDT

Umno cuba mengalih pandangan daripada isu 'penipuan sistem pilihan raya bersih' dan mengaitkan soal pemberontakan terhadap Yang Dipertuan Agong.

KLANG: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendiriannya untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini.

"Saya akan ikut serta dalam perhimpunan nanti…..," katanya ringkas selepas menyampaikan ucapannya dalam "Wacana Ekonomi 'Integriti Penjawat Awam" di Dewan Hamzah disini hari ini.

Perhimpunan Bersih yang mendapat pelbagai tentangan parti politik lain sehingga berlakunya beberapa tangkapan ke atas pemimpin Pakatan Rakyat dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) sebelum ini diadakan serentak dengan himpunan Pemuda Umno dan Perkasa yang dirancang pada hari yang sama.

Menurut Anwar, Umno cuba mengalih pandangan daripada isu 'penipuan sistem pilihan raya bersih' dan mengaitkan soal pemberontakan terhadap Yang Dipertuan Agong.

Beliau berkata selain daripada isu itu, Umno mahupun kerajaan menggunakan alasan perhimpunan Bersih untuk menangkap pemimpin Pakatan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ops Lalang?

"Sama ada perhimpunan ini akan menyamai Ops Lalang itu bukan perkara utama tetapi Umno tak jawab isu iaitu penipuan sistem pilihan raya. Maka mereka kaitkan perhimpunan Bersih ini dengan komunis, pemberontakan terhadap Agong dan timbul pula isu kristian membiayai perhimpunan ini.

"Kami minta izin dan laluan agar perhimpunan ini aman tapi kerajaan guna alasan Bersih untuk tangkap dan dera orang seperti yang berlaku kepada pimpinan PSM.

"Mereka reka alasan untuk tekan kebebasan," katanya ketika ditanya pemberita sama ada perhimpunan Bersih akan menyamai Ops Lalang yang berlaku pada 1987.

Menurut Anwar, jaminan diberi oleh Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan bahawa perhimpunan itu akan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Malah objektif utama Bersih agar pilihan raya adil dan bersih dijalankan akan tercapai dengan memorandum itu diserah dengan selamat kepada Agong.

"Penyerahan memo akan memberi kesan kepada tuntutan Bersih. Kita perlu bekerja keras untuk monitor pilihan raya diadakan secara bersih pada semua peringkat," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Pemimpin gagal tunjuk contoh baik

Ditanya mengenai perbelanjaan penyelenggaraan kediaman rasmi Perdana Menteri dan timbalannya yang mencecah RM48 juta, Anwar menyifatkan pemimpin gagal menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat.

Ujar Anwar, ketika rakyat sedang menghadapi tekanan ekonomi, pemimpin gagal mengambil sikap bersederhana. Sementara itu, Ahli Parlimen Rantau Panjang dan juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusof mengemukakan soalan mengenai kos penyelenggaraan kediaman rasmi Perdana Menteri dan timbalannya.

Mengulas jawapan bertulis di Dewan Rakyat semalam, Ahli Parlimen Kota Raja dan juga Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat Dr Siti

Mariah Mahmud berkata, RM48 juta dibelanjakan antara tahun 2006 hingga 2010 bagi kerja penyelenggaran kediaman kedua-dua pemimpin negara itu.

"Sebanyak RM3.5 juta lagi dibelanjakan untuk kerja baik pulih, RM10.2 juta bagi bil elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air," katanya.


Share this story
0 2 0Email2Share Previous StoryFirst papal tweet heralds Vatican websiteMore stories by Fazy Sahir
•Karikatur Hina Islam: PAS mahu Utusan, Umno didakwa
•Kemelut 2 KP JKR: JPA perlu jelaskan
•Syabas gagal selenggara air dengan baik
Explore topics
Akta Keselamatan Dalam Negeri, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat, Parti Sosialis Malaysia, Wacana Ekonomi 'Integriti Penjawat Awam



Please mind your language when making comments. Should you post something derogatory, offensive or otherwise break the law, we reserve the right to remove the comment. We also appreciate reports of abuse from our readers.
Close Forgot password?Please put in your email: Send me my password! Close message

Login •This blog post•All blog postsSubscribe to this blog post's comments through...
•••• RSS Feed
Subscribe via email
Subscribe Subscribe to this blog's comments through...
RSS Feed
Subscribe via email
Subscribe
Follow the discussion Comments

Logging you in...
Close Login to IntenseDebate
Or create an account
Username or Email: Password: Forgot login?
OpenID Cancel Login
Close WordPress.com Username or Email: Password: Lost your password?
Cancel Login
Close Login with your OpenID
Or create an account using OpenID
OpenID URL: Back Cancel Login
Dashboard | Edit profile | Logout •Logged in as Admin Options
Disable comments for this page
Save Settings


You are about to flag this comment as being inappropriate. Please explain why you are flagging this comment in the text box below and submit your report. The blog admin will be notified. Thank you for your input.
There are no comments posted yet. Be the first one! Post a new comment
Enter text right here! Comment as a Guest, or login:
Login to IntenseDebateLogin to WordPress.comLogin to TwitterfacebookLogin to OpenIDGo back
Go back
Share on Facebook
Connected as (Logout)
Email (optional)
Not displayed publicly.

Tweet this comment
Connected as (Logout)
Email (optional)
Not displayed publicly.

Name Email Website (optional)

Displayed next to your comments.

Not displayed publicly.
If you have a website, link to it here.
OpenID URL Comment as a Guest or login using OpenID

Posting anonymously.

Tweet this comment

Submit Comment Subscribe to None Replies All new comments Comments by IntenseDebate


Enter text right here! Reply as a Guest, or login:
Login to IntenseDebateLogin to WordPress.comLogin to TwitterfacebookLogin to OpenIDGo back Go back
Share on Facebook
Connected as (Logout)
Email (optional) Not displayed publicly.
Tweet this comment
Connected as (Logout)
Email (optional) Not displayed publicly.
Name Email Website (optional) Displayed next to your comments.
Not displayed publicly.
If you have a website, link to it here.
OpenID URL Comment as a Guest or login using OpenID
Posting anonymously.
Tweet this comment
Cancel Submit Comment Subscribe to None Replies All new comments
Loading IntenseDebate Comments...
Leave a Reply Cancel replyYour email address will not be published. Required fields are marked *
Name *
Email *
Website


Ads – side top

Don't walk away from democracy

Letters from readersOp-EdLetters from readers
30% job allocation for women vs 1% for the disabled
Waging war? The charge simply doesn't stick!
State should stop fueling tensions over Bersih rally
Sit down with the EC once more, then decide on rally
MIC Youth a bunch of idiots
Op-EdTo Bersih or not to Bersih?Minimum wages now, not policiesA campaign of courageBersih crackdown shows Umno fears rakyatFair treatment for all religious communitiesBahasaSabah & SarawakBahasa Malaysia
Anwar ulangi pendirian sertai Himpunan Bersih
PAS Selangor mahu tanding 20 kerusi Dun
Nasrudin: Ada pihak mahu huru-harakan Himpunan Bersih
Nurul: 'Ambil tindakan terhadap Omar Din'
Min Young Song pelajar praktikal, bukan ejen CIA
Sabah & Sarawak'Allow people to voice their views''No' to proposal for Native Land commissionMojuntin breaks his 'fast-to-death'Sarawak timber industry in jeopardy'Insulted' DAP wants an apologyRecommended (3)

Here's a pick of stories enjoyed by FMT readers this week:[FMT RAW] Bersih denies it's anti-govtRahim: 'Pengorbanan' kami berbaloiDr M blames media for racial polarisationArrest Ibrahim now before it's too lateKu Li: Sultan cannot remove MBPoor Penang Malays want moreI was made a scapegoat, says sacked IAEA envoyPekida: 'Kami bukan gengster, kami tolong Melayu'
Polls




The July 9 Bersih rally:

Will provide good sideshow but with no real result
Is a waste of time; I will join Perkasa or Umno Youth rally
Is for a good cause; I will participate
Is an opposition agenda; organisers should be punished
Is an illegal assembly; I will stay home


View Results

DISCLAIMER: These polls are not scientific and reflect the opinions of only those FMT readers who have chosen to participate.
Loading ...Cartoon 2011
Facebook Activity
Facebook Fans
Youtube Widget

BERSIH 2.0 : KL akan ditutup mulai 8 mlm Jumaat 8/7

Posted: 28 Jun 2011 10:06 PM PDT

Jarak radius 10km dari pusat bandar Kuala Lumpur akan ditutup dan sekatan polis akan dibuat mulai Jumaat malam 8 Julai.

Jadi pandai-pandai lah korang cari jalan yer. ...

Tindakan terdesak Najib umPORno

HENTIKAN TEKANAN PADA PERHIMPUNAN BERSIH

Petaling Jaya, 29 Jun 2011 – Sungguh mengaibkan. UMNO dan BN yang telah mengurus negara hampir selama 54 tahun, masih menggunakan pendekatan ugutan dan menakut-nakutkan rakyat bagi menghalang Perhimpunan BERSIH.

Segala ancaman dan tekanan pemerintah BN terhadap aktivis perhimpunan ini adalah manifestasi dari ketakutan dan kecemasan melulu mereka kepada keberanian rakyat dalam menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap sistem pilihanraya negara ini. Lojiknya, selepas sekian lama mentadbir negara dan sistem pilihanraya pula memang dijalankan secara telus dan adil, BN dan UMNO seharusnya menerima pandangan dan suara rakyat ini secara jantan dan berjiwa besar.

Kritikan rakyat terhadap kaedah pilihanraya diurus di negara ini terlalu banyak rasionalnya. SPR sendiri berulang kali menyatakan bahawa sistem yang ada memang banyak kelemahannya. Malah, mengakui tidak berupaya memperbaikinya berasaskan peruntukan undang-undang yang sedia ada. Lebih jauh, persepsi rakyat kini, SPR bukan sahaja banyak kelemahan, malah amat ketara menunjukkan sikap memihak dan gagal mengurus undi rakyat secara telus, adil dan meyakinkan.

KEADILAN kesal terhadap tindakan menyekat dan menangkap para aktivis Perhimpunan BERSIH yang sedang dilakukan sekarang. KEADILAN juga kecewa dengan kaedah pihak berkuasa dan instrumen pemerintah yang menggunakan pendekatan melabel kelompok rakyat yang menyokong perhimpunan secara aman.

Lebih buruk, ada pula media pendokong UMNO yang menggunakan pendekatan ekstremis agama dan rasis dalam usaha mereka menyekat suara rakyat ini. Dalam hal ini tindakan pemerintah menahan 30 aktivis PSM serta menuduh mereka cuba menghidupkan semula ideologi komunis adalah tindakan terburu-buru dan cemas yang melulu.

KEADILAN menyokong tuntutan Perhimpunan Bersih yang dirancang teliti supaya berlangsung secara aman pada 9 Julai ini. Adalah menjadi hak asasi rakyat untuk Kenyataan Media Ketua Penerangan Halaman 2/2 berhimpun secara aman dan menyuarakan hasrat mereka sesuai dengan apa yang ada di dalam perlembagaan. Kenyataan Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Hasmy Agam yang telah menyeru pihak berkuasa membenarkan Perhimpunan Bersih ini seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan adalah amat dipersetujui dan disokong.

Lapan Tuntutan Perhimpunan Bersih itu adalah suara hati nurani rakyat yang sudah sekian lama disuarakan melalui pelbagai saluran. Sekiranya ia dilaksanakan sepenuhnya, sudah pasti negara dapat mewujudkan sistem pemilihan kepimpinan negara yang lebih utuh, dipandang tinggi oleh rakyat dan dihormati masyarakat antarabangsa. Ini akan mewujudkan budaya masyarakat madani (civilized society) ke arah negara yang lebih maju, adil dan makmur.

Anehnya, jika pilihanraya yang bersih akan menguntungkan kesemua pihak – pemerintah dan yang diperintah, mengapa pula UMNO terlalu takut dengan pilihanraya yang bersih?

Dr Muhammad Nur Manuty
Ketua Penerangan

Fatwa dari Mufti baru umPROno : HARAM pakai baju BERSIH - Hishamuddin

Posted: 28 Jun 2011 09:37 PM PDT

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini berkata adalah satu kesalah bagi mana-mana individu yang memaki baju yang berkaitan dengan aktiviti haram.

Justeru, tangkapan ke atas mereka yang memakai baju BERSIH 2.0 oleh polis adalah betul.

"Jika kemeja-T BERSIH berhubung kait dengan aktiviti haram, maka memakainya adalah juga haram," katanya kepada wartawan.

STONE ; hahaha ini dia Tok Mufti baru umPORno.

14 ditangkap kerana berkemeja BERSIH

Posted: 28 Jun 2011 09:26 PM PDT

Empat belas aktivis politik pagi ini ditahan di Sungei Siput, Perak, ketika mengedarkan bendera Malaysia di sebuah pasar.

Semuanya kerana gara-gara lapan daripada mereka memakai kemeja T BERSIH manakala rakan-rakannya pula memakai baju DAP yang tertera tema 'Ubah' pada waktu kejadian .

Aktivis itu mula mengunjungi pasar berkenaan kira-kira jam 9 pagi tetapi pihak polis tiba 15 minit kemudian dan mengheret mereka ke balai polis.

12 daripada mereka adalah ahli DAP dan dua lagi ahli PKR.

Antara mereka yang dicekup polis itu adalah ADUN Jalong Leong Mei Ming, ADUN Teja Chang Lih Kang dan Tan Kar Hing, setiausuha politrik kepada ahli parlimen Dr Lee Boon Chye.

Ketika dihubungi, Leong mengesahkan bahawa beliau ditahan tetapi belum diberitahu di bawah akta atau undang-undang mana mereka ditangkap.

"Kami diberitahu polis mendapat arahan daripada 'pihak atas' untuk tangkap sesiapa yang memakai kemeja T BERSIH," katanya - MKINI

Tunjuk bukti saya minta RM 1 juta - Datuk Johari

Posted: 28 Jun 2011 01:35 AM PDT

Oleh Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, 28 Jun — Datuk Johari Abdul menuntut trio Datuk T menunjukkan bukti bahawa beliau pernah meminta 'ganjaran' RM1 juta sebagai bayaran untuk meninggalkan PKR selepas menonton rakaman video seks yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim Mac lalu.

Justeru wakil rakyat dari Kedah ini mempertahankan beliau tidak pernah meminta sejumlah wang itu dan apa yang dikatakan trio Datuk T adalah tidak berasas sama sekali.

Ahli Parlimen Sungai Petani itu (gambar) memberitahu beliau telah memberitahu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Perkasa Datuk Shuaib Abdul Lazim bahawa si pelaku dalam rakaman didedahkan 21 Mac lalu bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Satu klip video terbaru muncul di Internet hari ini menyerang kewibawaan Johari dengan mendakwa beliau ada meminta RM1 juta untuk dirinya dan juga lima Ahli Parlimen lain jika mahu mereka keluar PKR.

MENYUSUL LAGI

Tiada ulasan: