WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- AKHIR ZAMAN - PENAYANG VIDEO SEKS MENDAPAT SOKONGAN?
- HARAMKAH AKHBAR UTUSAN?
- Apa yang ditakuti sangat pada BERSIH 2.0?
- MENGAPA TERUK SANGAT ISA SAMAD?
AKHIR ZAMAN - PENAYANG VIDEO SEKS MENDAPAT SOKONGAN? Posted: 23 Jun 2011 08:51 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS SIBUK sejak kebelakangan ini orang bercakap pasal betul kah Perhimpunan atau Demontrasi BERSIH pada 09 Jul nanti `haram' dari segi hukum agama dan undang-undang negara. Sebenarnya Perhimpunan BERSIH pada 09 Jul nanti `halal' samada dari segi hukum agama mahupun undang-undang negara dan ianya merujuk kepada pendapat dari berbagai pihak. Terbukti pula hari ini, sekumpulan dari Perkasa telah pun mengadakan demontrasi secara aman di hadapan kompleks mahkamah Jalan Duta, KL untuk menyokong penayang video lucah Datuk Eskay. Kita tidak perlu persoalkan mengapa di akhir zaman ini orang yang melakukan dosa besar seperti penayang video seks ini mendapat sokongan dari kumpulan yang jahil, tetapi kita perlu hormati hak mereka untuk berhimpun secara aman. Adakah kumpulan kita yang menentang pendapat kumpulan Perkasa itu berhimpun juga di tempat yang sama? Tidak, kita tidak perlu mengacau mereka kerana kita mahu mereka aman sepanjang menunjukkan kejahilan mereka di dalam isu tayangan video seks ini. Oleh yang demikian, kita semakin yakin bahawa perhimpunan aman masih dibenarkan di negara ini hatta perhimpunan menyokong penayang video lucah. Justeru itu, adakah perhimpunan Bersih pada 09 Jul nanti yang menuntut SPR membersihkan perjalanan pilihanraya sesuatu yang salah? Berita tentang kumpulan Perkasa yang berhimpun hari ini saya salin semula seperti di bawah atau klik di sini. ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Sekumpulan kira-kira 100 orang berkumpul di kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur awal pagi ini menunggu kehadiran trio 'Datuk T' yang dijangka didakwa atas tuduhan menayangkan satu video seks di sebuah hotel tiga bulan lalu. Mereka, antaranya dipercayai anggota PERKASA, hadir memberi sokongan kepada 'Datuk T' yang mendedahkan video aksi seks individu yang mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sambil memegang pelekat bertulis 'Hidup Datuk T' dan Kami Sokong Perkasa', mereka melaungkan sokongan Datuk T.(Malaysiakini) |
Posted: 23 Jun 2011 12:46 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS APA hukum membeli, menjual dan membaca akhbar Utusan? Sebelum ini akhbar Suara Keadilan ada menyiarkan kenyataan Prof Dr Harun Din yang menyebut bahawa `haram' membaca akhbar pencacai ini. Namun, akhirnya akhbar Suara Keadilan terpaksa menarik balik penyiaran kenyataan Prof Dr Harun Din kerana beliau sendiri menafikan pernah berkata sedemikian. Ertinya, Prof Dr Harun Din tidak bersetuju dengan apa yang disiarkan oleh Suara Keadilan tersebut. Selepas itu, kita dikejutkan lagi dengan perbuatan akhbar milik parti sekutu Apco tersebut yang menyiarkan lukisan kartun yang jelas menghina hukum Islam di dalam isu rogol dan zina. Adakah akhbar ini masih `harus' dibeli dan dibaca oleh umat Islam? Saya tidak tahu hukumnya kerana bukan sekali akhbar ini menghina hukum Islam atau menghina alim-ulamak dan melaporkan berita fitnah seks, tetapi apabila Prof Dr Harun Din menegur akhbar Suara Keadilan yang menyiarkan `haram' membaca akhbar Utusan maka terfikir oleh saya mungkin akhbar ini masih `halal' untuk dibeli dan ditatap. Hari ini diberitakan ada beberapa siri tunjuk perasaan membantah akhbar Utusan yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat. Mengapa kita perlu bantah akhbar yang masih `halal' ini? Tidakkah Dewan Pemuda PAS bimbang sekiranya mereka ditegur kerana membantah akhbar Utusan sepertimana Suara Keadilan ditegur?/wfauzdin.blogspot.com |
Apa yang ditakuti sangat pada BERSIH 2.0? Posted: 23 Jun 2011 11:01 AM PDT Oleh: Wira Arjuna Jun 23, 11 Apakah dia tuntutan penganjur Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH2.0) yang dipandang oleh polis, Umno (termasuk Pemuda Umno) serta PERKASA sebagai keterlaluan dan memudaratkan keselamatan negara? Apakah salahnya membenarkan orang ramai, aktivis masyarakat, pemimpin pelajar dan pemimpin politik berkumpul sebelum berarak di dua tiga batang jalan utama Kuala Lumpur dan menyampaikan memorandum secara aman kepada Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong? Jalan-jalan Kuala Lumpur pun kerap ditutup untuk acara marathon, lumba basikal, dan pelbagai perarakan lain. Tidak pula ada laporan polis atau aduan dibuat kononnya peniaga dan pemandu teksi hilang pendapatan. Kenapa Himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai dianggap begitu berlainan sekali? Jangan lupa, jalan-jalan Putrajaya ditutup baru-baru ini untuk menghimpunkan sejuta belia yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu menggunakannya bagi "mempertahankan" singgahsana kuasa politik negara daripada ditawan oleh Pakatan Rakyat. Kenapa Umno dan juak-juaknya begitu negatif terhadap BERSIH 2.0? Apakah perlunya polis memberikan amaran untuk "bertindak tegas' terhadap mereka yang menyertai perhimpunan ini? Apakah bezanya perhimpunan ini dengan puluhan himpunan-himpunan yang dianjur oleh PAS, Umno, PERKASA dan pertubuhan lain di kedutaan Amerika Syarikat, Britain setiap kali isu Palestin diperjuangkan. Gulingkan kerajaan BERSIH 2.0 bukanlah tunjuk perasaan untuk menggulingkan kerajaan sebagaimana yang didakwa oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dan ia jauh sekali untuk mengalih pandangan rakyat daripada perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri Penerangan Datuk Seri Rais Yatim. BERSIH 2.0 adalah insiatif pertubuhan bukan kerajaan yang dipimpin oleh peguam Datuk Ambiga Srinevasam, seorang aktivis yang mendokong keluhuran pelembagaan dan hak asasi manusia. Benar, BERSIH disokong oleh parti-parti pembangkang. Namun adalah satu hakikat juga bahawa Ambiga telah beberapa kali menggesa parti-parti BN untuk turut serta menyokong perhimpunan ini kerana:
Tidak ada satu pun dalam tuntutan ini yang boleh dikatakan memihak kepada pembangkang mahu pun pemerintah. Tidak ada satu pun dalam desakan pada perhimpunan BERSIH 2.0 akan memberikan sebarang kelebihan kepada Umno mahupun PAS dalam mempengaruhi citarasa pengundi Melayu. Banyak rungutan Namun secara jujur, apakah BN beranggapan rakyat tidak mempunyai sebarang rungutan tentang cara Suruhanjaya Pilihanraya mengendalikan pemilihan di negara ini? Selepas 12 pilihan raya umum, rasanya tidaklah keterlaluan untuk berharap rakyat tidak lagi diselubungi dengan undi pos yang mencurigakan, atau pengundi hantu dalam daftar pemilih. Begitu juga dengan perpindahan pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain. Namun ini semua berlaku dan kadar amalan-amalan ini berleluasa menjelang pilihan raya umum ke-13 amat membimbangkan pihak-pihak di sebalik penganjuran BERSIH 2.0. Selepas lima dekad kita mengurus negara sendiri, masih berlaku kes 'bekalan elektrik boleh terputus tiba-tiba apabila calon Pakatan Rakyat mendahului pengiraan dengan lebih 1,000 undi. Bekalan elektrik pulih sejam kemudian dan calon BN menang dengan 58 undi, dibantu oleh undi pos. Lebih mengejutkan Pegawai Pilihanraya mengambil keputusan tidak perlu diadakan pengiraan semula walaupun undang-undang memperuntukkan keperluan itu. Ini berlaku di Senadin, Miri pada pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini. Undi pos dikatakan membantu Umno-BN menang di sekurang-kurangnya 25 kerusi parlimen dalam PRU yang lalu dan menjadi kebimbangan paling besar gagasan pembangkang untuk PRU ke-13. Amat mencurigakan Penambahan mendadak jumlah undi pos amat mencurigakan – hampir enam ribu di Pulau Pangkor, 10 ribu di Setiawangsa. Di Kok Lanas, Kelantan, hampir 500 isteri prajurit didaftarkan sebagai pengundi pos tanpa pengetahuan mereka. Mereka tidak mengisi Borang A iaitu borang perpindahan daripada pengundi biasa kepada pengundi Pos, namun pendaftaran itu diterima oleh SPR. Nama mereka hanya dikeluarkan daripada senarai pengundi pos setelah PAS membuat bantahan dan menuntut SPR menjalankan siasatan. Hujah yang dilazim diberikan oleh Umno-BN adalah jika SPR tidak adil dan cenderong kepada pemerintah, mana mungkin pembangkang boleh menang besar pada PRU yang lalu. Hujah balas ialah, jika SPR memang adil dan berkecuali dalam melaksanakan tanggungjawabnya, maka negara sudah pun ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata calon-calon Pakatan tidak mempunyai pilihan kecuali memastikan mereka mendapat sekurang-kurangnya 55 peratus daripada jumlah undi untuk memastikan pengiraan undi tidak dimanipulasi. Ini satu tanggungjawab yang amat berat kerana lawan Pakatan Rakyat dalam PRU bukan parti Umno-BN semata-mata. Pakatan Rakyat sebenarnya berdepan dengan parti Umno-BN yang disokong dengan segala wang rakyat, kemudahan awam, institusi kerajaan dan jentera media arus perdana. Bagi Umno-BN, tidak ada batas untuk menggunakan segala kelebihan kerajaan pemerintah untuk agenda politiknya, termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya. Apakah SPR mahu sekali lagi tergolong sebagai sebahagian daripada aparatus BN untuk memenangi PRU yang akan datang? Biarlah Himpunan BERSIH 2.0 menzahirkan harapan rakyat yang mahu SPR melaksanakan amanahnya secara adil, telus, dan berkecuali dalam mengendalikan pilihanraya demi masa depan negara tercinta ini./Malaysiakini |
MENGAPA TERUK SANGAT ISA SAMAD? Posted: 23 Jun 2011 12:42 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS AKHIRNYA Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad seolah-olah mengaku bahawa sememangnya Felda ada meminjam wang yang dikatakan berjumlah RM6 Bilion daripada KWSP. Jawapan mudah dari Isa Samad," Apa masalahnya meminjam wang dari KWSP?". Kenyataan bekas MB Negeri Sembilan yang pernah disabitkan atas kesalahan rasuah ini menggambarkan seolah-olah wang KWSP itu adalah wang milik warisan mak dan bapak beliau. Beliau menyebut, jika KWSP memberi pinjaman kepada Felda itu menunjukkan bahawa satu `penghormatan' kepada Felda. Saya tidak tahu selama ini orang yang suka meminjam itu layak diberi `penghormatan'. Baca kenyataan penuh beliau di sini. Beliau memberi contoh, beliau ada wang tetapi tetap membeli kereta dengan cara pinjaman. Maksud beliau, felda tidak muflis, felda banyak wang tetapi `sengaja' mahu meminjam. Mungkin untuk mendapatkan `penghormatan' sepertimana yang beliau sebut. Saya ingin bertanya, adakah Isa Samad membuat pinjaman membeli kereta dengan KWSP? Adakah KWSP merupakan agensi kewangan atau sebuah institusi seperti bank? Ada beza kita meminjam wang dengan bank dengan kita meminjam wang dari KWSP. Bank sememangnya berniaga untuk memberi pinjaman bagi mendatangkan keuntungan. Apa pula tujuan KWSP diwujudkan? Adakah mudah bagi pencarum-pencarum KWSP meminjam wang dari KWSP sepertimana mudahnya felda meminjam? Berapa jumlah caruman felda kepada KWSP? Adakah ada jaminan felda mampu membayar balik pinjaman tersebut dan berapa keuntungan yang boleh dinikmati oleh KWSP? Jelas, sekali lagi KWSP diperkudakan oleh agensi kerajaan Umno/Bn. Sebelum ini kita dengar banyak wang telah digunakan sewenang-wenangnya yang diambil dari Petronas. Berbeza dengan rakyat, apabila pelajar gagal membayar balik pinjaman PPTN mereka diberi amaran untuk diambil tindakan dengan berbagai cara. Sebaliknya puak ini termasukl felda bebas meminjam dari mana-mana sumber. Jika hal seperti ini pun rakyat tidak boleh memikirkan dengan baik, amat malang sekali buat negara kita. Justeru itu, kebangkitan rakyat termasuk seluruh warga felda harus bermula dari sekarang untuk memilih kerajaan baru yang boleh membela nasib kita semua./wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan