Khamis, 23 Jun 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Ibu rela dinoda demi anak

Posted: 23 Jun 2011 05:43 PM PDT

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Raja Noraina Raja Rahim

PETALING JAYA: Pilihan setan. Itu situasi getir terpaksa dipilih seorang wanita berusia 40 tahun sama ada mahu dirinya atau anak perempuannya berusia lapan tahun dirogol dalam kejadian pecah rumah di Kampung Subang, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa dan anaknya tidur dalam sebuah bilik di rumah berkenaan sebelum dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki berusia 30-an yang pada mulanya mahu merompak.

Demi menjaga kesucian anaknya, si ibu dirogol suspek sambil detik hitam terbabit disaksikan kanak-kanak itu. Difahamkan, ketika kejadian suami mangsa keluar bekerja.

Sumber polis berkata, mangsa dan anaknya yang tidur nyenyak di rumah berkenaan dikejutkan seorang lelaki tidak dikenali.

"Tersentak dengan itu, mangsa merayu dikasihani selain memberitahu akan menyerahkan semua barangan berharga miliknya kepada suspek asalkan dia dan anaknya tidak disentuh," katanya.

Bagaimanapun, suspek mengajak mangsa melakukan hubungan seks.

"Terkejut dengan itu, mangsa merayu dan berusaha mempertahankan dirinya. Namun, wanita itu mengalah apabila suspek mengugut untuk menodai anak perempuannya jika melawan.

"Selepas dirogol, suspek mengambil beberapa barangan berharga seperti telefon bimbit dan wang tunai dianggarkan bernilai RM500 sebelum melarikan diri," katanya

Juruterbang Malaysia terbunuh dalam pertunjukan aerobatik di Padang Indonesia

Posted: 23 Jun 2011 09:41 AM PDT

JAKARTA, 23 Jun – Seorang juruterbang Malaysia terbunuh apabila pesawat ringan yang dipandunya dalam pertunjukan aerobatik di Minang Aerosport 2011 terhempas di tanah lapang Kompleks Perundam III Tunggul Hitam, Padang, Sumatera Barat hari ini.

Juruterbang itu dikenali sebagai Kolonel (B) Zakaria Salleh, 56, dari Kelab Penerbangan Diraja Selangor.

Menurut laporan Bernama Online, Kedutaan Besar Malaysia di sini mengesahkan laporan itu dan usaha sedang dilakukan untuk menguruskan penghantaran pulang jenazahnya ke Malaysia.

Konsul General Malaysia di Medan, Norlin Othman berkata pesawat yang dipandu Zakaria ialah dari jenis Cristian Eagle dengan nombor pendaftaran N21H dan kejadian berlaku pada pukul 5.24 petang waktu tempatan.

Difahamkan bahawa sejumlah lapan pesawat dari Malaysia termasuk pesawat malang itu mengambil bahagian dalam pertunjukan udara itu.

Pesawat lain ialah empat buah dari jenis C172, dua pesawat C150 dan satu pesawat PA28.

Menurut laporan media tempatan yang memetik seorang saksi, pesawat Eagle itu sedang melakukan aksi aerobatik apabila ia tiba-tiba jatuh menjunam ke tanah.

Pesawat malang itu juga dilaporkan mengeluarkan asap tebal sebelum menjunam ke tanah lapang di Jalan Galaksi, kata Bernama Online.

Sejurus kemudian anggota polis dan Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) mengeluarkan mangsa dan terus membawanya ke Hospital M Djamil, Padang.

Polis Padang berkata Zakaria yang cedera parah meninggal dunia di hospital.

Sementara itu di KUALA LUMPUR, seorang rakan mangsa yang enggan dikenali berkata Allahyarham Zakaria merupakan bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan kini bertugas sebagai juruterbang eksekutif syarikat penerbangan Berjaya Air.

Allahyarham berasal dari bandar Country Homes, Rawang, dan telah menyertai Berjaya Air sejak empat tahun lepas dan semasa bertugas dengan TUDM, Allahyarham merupakan kapten pasukan aerobatik, katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.

Difahamkan isterinya yang hanya dikenali sebagai Laila telah berada di Padang, Sumatera sebaik mengetahui kemalangan maut suaminya. - FMT

Adakah Hishammuddin akan tangkap Dato’ Onn Jaafar yang menganjurkan rapat umum dalam tahun 1946 sehingga melahirkan UMNO, jika arwah datuknya itu masih hidup hari ini?

Posted: 23 Jun 2011 08:58 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 JUN – Adakah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan menangkap Dato' Onn Jaafar yang menganjurkan rapat umum dalam tahun 1946 sehingga melahirkan UMNO, jika arwah datuknya itu masih hidup hari ini?

Persoalan itu dibangkitkan oleh Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang terhadap kenyataan Hishammuddin yang mahu menangkap mereka yang menyertai perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Kit Siang berkata, Onn, datuk kepada Hishammuddin, bukan sahaja pengasas UMNO, malah beliau adalah antara pengasas awal demonstrasi secara aman di negara ini apabila mengadakan rapat-rapat umum menentang gagasan Malayan Union yang dianjurkan oleh penjajah British.

"Mengadakan perhimpunan aman adalah tunjang kepada hak asasi manusia, yang diperakui sekalian masyarakat dalam negara yang bertamadun," tambahnya.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur menjelaskan, pengendali dan penyokong Bersih 2.0 telah pun menyatakan komitmen mereka secara jelas bahawa perhimpunan tersebut dijamin dilaksanakan secara aman.

"Saya mahu bertanya Hisammuddin sama ada beliau sedang merancang dengan pegawai atasan polis untuk melakukan Operasi Lalang II yang melaksanakan penangkapan beramai-ramai di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ?" katanya.

Tambahnya, soalan itu wajar ditanya kerana kebelakangan ini banyak amaran yang tidak perlu dibuat telah dikeluarkan oleh Hishammudin dan pihak polis yang seakan-akan mahu menyekat perhimpunan aman Bersih 2.0.

Semalam, Hishammuddin dalam satu sidang akhbar, menyatakan bahawa beliau akan memanggil setiap wakil penganjur perhimpunan 9 Julai depan, iaitu Bersih 2.0, Pemuda UMNO dan Perkasa.

Menurut Kit Siang, kenyataan Hishammuddin adalah tidak wajar dan menghina kerana meletakkan Bersih setaraf dengan kumpulan ultra Melayu Perkasa; niat utama Bersih ialah pilihan raya yang adil, bersih dan demokratik manakala Perkasa menentang niat murni Bersih dan hanya mahu menimbulkan kekacauan.

Katanya apa yang harus dilakukan polis dan Kementerian Dalam Negeri ialah menangkap Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang telah mengeluarkan kenyataan yang sangat kasar, menghina kaum dan tidak bertamadun, yang bertujuan menimbulkan huru-hara bagi menggagalkan aspirasi rakyat yang mahu pemulihan demokrasi negara.

Beliau juga mahu Hishammudin membantu menjayakan perhimpunan aman Bersih itu daripada menggunakan jentera kerajaan untuk mencengkam kebebasan berdemokrasi di Malaysia. – Roketkini.com

SMS ugut Ambiga - .... kalau perhimpunan ni jadi, aku dan org2 aku akan bunuh ambiga dan korang2 keliling dia satu persatu, ......

Posted: 23 Jun 2011 07:06 AM PDT

Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) Ambiga Sreenevasan menegaskan bahawa perhimpunan BERSIH pada 9 Julai 2011 tetap akan dijalankan meskipun beliau bersama beberapa orang anggota BERSIH yang lain berdepan dengan ugutan bunuh yang disampaikan melalui pesanan ringkas (sms).

Ambiga mengakui bahawa dirinya tidak terkejut dengan ugutan yang diterima, "tapi sangat kecewa kerana seorang warga Malaysia bertindak untuk mengugut seorang lagi warga Malaysia. Hanya kerana hasrat kami untuk mengadakan satu perhimpunan yang aman. Perhimpunan kami adalah aman. Saya amat kecewa."

"Untuk kami, kami akan menjalankan perhimpunan ini dengan aman dan bertanggungjawab, tiada kena-mengena dengan perkauman. Pada hakikatnya ini adalah usaha bersama dari pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil, untuk menggerakkan reformasi sistem pilihan raya. Mereka yang mengugut kami, saya berharap mereka akan berdepan dengan kuasa undang-undang. Kami hanya boleh mengawal perkara yang boleh kami kawal."

Beliau juga berkata, tiada alasan untuk dirinya berasa takut selagi polis menjalankan tugas mereka. Ambiga (gambar kiri), bersama beberapa rakannya dalam BERSIH, termasuk Wong Chin Huat, Maria Chin Abdullah, dan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Khairul Anuar yang menerima sms ugutan semalam, membuat laporan di Balai Polis Travers, Kuala Lumpur pada tengah hari ini. Mereka ditemani kira-kira 40 orang aktivis sosial, termasuk pertubuhan mahasiswa sebagai tanda sokongan terhadap pemimpin BERSIH.

Ambiga berkata beliau menyerah kepada polis untuk menyiasat siapakah pelaku di sebalik ugutan ini, dengan nombor telefon yang digunakan untuk menghantar sms ugutan bunuh tersebut. Beliau menyeru agar semua orang bertenang, dan mereka yang diugut telah mengambil langkah yang sebaiknya untuk melindungi diri.

Ugutan perbuatan pengecut

Maria Chin Abdullah (gambar kanan) yang menerima sms ugutan pada jam 12.41 tengah malam mencabar agar pelakunya tampil untuk berdepan dengan BERSIH, bukannya menyembunyikan diri dan menghantar sms.

"Saya menganggap ia sukar diterima, kerana sms ini bukan sahaja mengancam nyawa, tetapi sarat dengan kenyataan perkauman. Saya rasa, sesiapapun yang menghantar sms ini harus berani untuk tampil dan berbincang dengan kami. Seandainya anda tidak gembira dengan apa yang kami lakukan, beritahu kami, masalah anda."

"Kami dalam BERSIH berbuat demikian demi reformasi pilihan raya, malah kami mempunyai bukti penyelewengan pilihan raya. Bincanglah dengan kami, dan bukannya menjadi pengecut dengan menghantar sms sedemikian kepada saya, nak mengancam nyawa seseorang manusia. Kami tiada kena-mengena dengan keganasan, perhimpunan ini tiada kena-mengena dengan keganasan, dan kami tidak mahu respon dengan keganasan. Saya rasa, sesiapapun yang menghantar sms ini, sila hentikan, berbincanglah dengan kami berani," kata Maria Chin.

Wong: Makin ramai makin aman

Dalam satu sidang media selepas laporan polis, Wong Chin Huat berkata, "Pendirian saya atas isu ini ada tiga. Pertama, ini menunjukkan keganasan berada di belakang pilihanraya yang kotor. Kita tidak dapat mendukung keamanan tanpa menentang pilihanraya kotor."

"Kedua, BERSIH adalah satu pergerakan yang aman, kita akan teruskan, pihak kami mengalu-alukan jaminan Menteri untuk menjalani penyiasatan dan sebagainya. Adalah penting untuk menunjukkan kepada semua bahawa keganasan tidak ada tempat di negara ini. Keganasan tidak bertaktah di negara ini, kalau tidak pelabur asing akan meninggalkan negara ini."

Wong (gambar kanan) meneruskan, "Ketiga, (saya) ingin tegaskan bahawa perhimpunan 709 akan dijalankan secara aman, dan semakin ramai yang sokong semakin aman (perhimpunan), kerana pihak polis sudah pasti akan memberi kerjasama kerana cukup rakyat Malaysia yang datang ke hadapan untuk menolak keganasan dan pilihanraya yang bersih."

Teks asal sms yang dikirim melalui nombor 01119732179 adalah, "Korg ni buta hati ke?? buat apa sokong ambiga keling paria haramjadah tu? dia ni kapir laknat. korang tau tak dia ni jadi alat anjing2 politik untuk musnahkan keutuhan melayu. dia kata je nak BERSIH kan SPR. bersih kepala bapak dia.

puak2 PAS n PKR pun buta tuli n pekak badak.. kalau SPR tak bersih, boleh ke diorang menang kat Sgor, Kedah, Penang, Kelantan n perak dulu? DAP cina sial tu pulak lagi haram jahanam. dia tengok je melayu bertekak. hujung2 dia perintah negara ni dan kristiankan kita semua. aku nak kasi amaran kat korang semua."

kalau perhimpunan ni jadi, aku dan org2 aku akan bunuh ambiga dan korang2 keliling dia satu persatu, termasuklah orang2 politik bangang yg bersekongkol ngan kafir laknat tu.. ini amaran aku. Korang tengokla nanti."

Di samping itu, Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein (gambar kiri) memandang serius kejadian ugutan sms ini, malah akan mengarahkan polis agar siasatan dijalankan ke atas pihak yang menghantar sms berbaur ugutan tersebut.

*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, disunting dan diterjemah dari teks asal.

Himpunan BERSIH 2.0 luar negara

Posted: 23 Jun 2011 06:32 AM PDT

Australia : Date: 9 July 2011 Time: 12.00pm Venue: Malaysian Consulate in Canberra, Melbourne & Sydney (simultaneous)

Japan : Date: 9 July 2011 Time: 3.00pm Venue: Tower of the Sun, Osaka

San Francisco : Date: 9 July 2011 Time: 9.30am Venue: Chrissy Field Picnic Area, Presidio, San Francisco

New York : City Date: 9 July 2011 Time: 10.00am Venue: Consulate General of Malaysia, 313 East 43rd Street, New York

Korea : Date: 9 July 2011 Time: 3pm Venue: Malaysian High Commission, 4-1 Hannam-dong, 140-210, Seoul

Keadilan Selangor arah 70,000 ahli sertai Bersih 2.0

Posted: 23 Jun 2011 02:16 AM PDT

SHAH ALAM - Keadilan Selangor akan mengarahkan 70,000 ahlinya untuk menyertai perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada 9 Julai ini.

Ketua Penerangannya, Shuhaimi Shafiei berkata, pihaknya telah bersiap sedia mengemudi gerakan dalam perhimpunan tersebut.

"Sudah semestinya Keadilan Selangor akan turut serta bersama-sama rakan-rakan Pakatan yang lain dan kita menganggarkan 70,000 ahli daripada 128,000 ahli yang kita ada akan menyertai dalam perhimpunan rakyat ini.

"Kita tegaskan soal reformasi terhadap sistem pilihanraya Malaysia penting bagi pembinaan negara yang di hormati masyarakat dunia dan di atas semangat Perlembagaan Negara, KEADILAN Selangor nyatakan komitmen dan sokongan padu kepada Himpunan Rakyat BERSIH 2.0 ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Oleh itu katanya, pihaknya telah memaklumkan arahan tersebut kepada semua Ketua Cabang PKR seluruh Selangor.

Shuhaimi berkata, penglibatan KEADILAN Selangor secara langsung dalam BERSIH 2.0 ini akan membuktikan perjuangan parti dalam mengangkat nilai luhur demi menegakkan keadilan.

"Cukuplah dengan bantahan demi bantahan oleh parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) yang dipandang ringan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang nyata tidak profesional dalam menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah suruhanjaya yang seharusnya bebas dan tidak berpihak.

"Kita akan memberi sepenuh komitmen dan akan turun dibarisan hadapan bersama pimpinan BERSIH 2.0 sebagaimana yang telah disepakati dalam Konvensyen Pilihanraya lepas.

"KEADILAN Selangor akan tetap membantu himpunan aman ini dan akan mengarahkan semua ahli akar umbi untuk turun beramai-ramai walaupun pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran," katanya.

Sementara itu, beliau menggesa supaya pihak polis menjalankan siasatan terperinci penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berunsur ugutan bunuh terhadap Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan pada lewat malam semalam.

"Kita memandang serius perkara ini dan kita minta pihak berkenaan lakukan siasatan terperinci mengenainya," katanya.








Perhimpunan Bersih 2.0 tetap diteruskan walau diancam bunuh - Ambiga

Posted: 22 Jun 2011 11:52 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini akan tetap diteruskan meskipun beliau dan pimpinan Pakatan Rakyat berdepan ancaman bunuh.

Menurutnya, beliau tidak gentar menghadapi ancaman tersebut namun sedikit kecewa dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang mengugutnya.

"Saya kecewa seorang rakyat Malaysia yang lain tergamak membuat ugutan begini namun selagi polis menjalankan siasatan, saya tiada berasa takut," kata Ambiga.

"Tentang himpunan Bersih, tiada perubahan," kata Ambiga kepada wartawan selepas selesai membuat laporan polis di Balai Polis Travers berhubung ancaman bunuh menerusi SMS yang diterimanya semalam.

Menurut Ambiga, beliau menerima SMS yang mengancam akan membunuhnya kira-kira jam 9.30 malam. Selain beliau, enam lagi individu menerima ugutan sama.

Mereka adalah Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN, Latheefa Koya; Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin; Ahli Jawatankuasa Bersih, Maria Chin Abdullah; pensyarah universiti dan aktivis masyarakat, Wong Chin Huat; dan Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee.

Ahli Majli Pimpinan Pusat KEADILAN, Latheefa Koya yang turut menerima ugutan bunuh berkenaan kira-kira jam 12.30 pagi semalam menyifatkan ia sebagai tindakan terdesak pihak tertentu yang mahu menggagalkan Bersih 2.0.

"Ini tindakan terdesak malah mereka juga menggunakan kata-kata kesat berbaur perkauman dalam ugutan mereka.

"Kami akan tetap turun (ke jalan raya) 9 Julai ini," kata Latheefa.

Beliau bersama-sama peguam dari pertubuhan Lawyers For Liberty kini giat menjalankan bengkel untuk mendidik peserta-peserta himpunan tersebut.

"Mereka perlu dilengkapkan dengan pengetahuan bagaimana berurusan dengan polis dan juga salah guna kuasa polis pada himpunan 9 Julai ini," kata Latheefa.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=15776

Tiada ulasan: