Selasa, 14 Jun 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


SIAPA BETINA INI YANG MAHU PINGAT ANWAR DITARIK?

Posted: 14 Jun 2011 10:09 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

UMI Hafilda, betina yang dulunya adik kandung kepada YB Azmin Ali dan juga kakak kepada Pengacara Azwan Ali, yang dikatakan telah dibuang dari keluarga oleh Alllahyarham ayahnya telah mengeluarkan kenyataan menggesa agar Pingat dan Darjah Kebesaran yang dimiliki oleh Ketua Pembangkang, DS Anwar ditarik balik.

Betina berumur yang masih belum mempunyai laki ini semakin meroyan dan masih tidak mahu insaf dengan apa yang telah terjadi di dalam seluruh kehidupannya. Sifat dendam, sakit hati dan cemburu beliau terhadap pengaruh DS Anwar seolah-olah menggambarkan beliau adalah musuh politik DS Anwar yang utama, sedangkan Umi Hafilda tiada pengaruh hatta menjadi Ketua Wanita Umno Cawangan sekalipun. Maka, memang wajar DS Anwar tidak melayani betina yang mengaku memiliki berbelas-belas video lucah ini.

DS Anwar sejak mula lagi menyebut beliau tidak hairan jika Pingat/Darjah Kebesarannya ditarik balik kerana beliau tidak pernah memintanya dulu. Bahkan, beliau bersedia untuk mengarahkan isterinya DS Wan Azizah meletakkan kesemua Pingat/Darjah Kebesaran yang dimilikinya ke dalam dulang dan diletakkan di pintu pagar rumahnya jika ada yang ingin menariknya kembali.

Untuk pengetahuan betina itu, sokongan dan dokongan rakyat terhadap DS Anwar bukan terletak kepada Pingat/Darjah Kebesaran yang beliau miliki. Rakyat menyokong kerana prinsip perjuangannya sama seperti sokongan terhadap Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu walaupun beliau tidak mempunyai satu Pingat/Darjah Kebesaran sekalipun. Seandainya kesemua Pingat/Darjah Kebesaran yang dimiliki oleh DS Anwar itu ditarik balik kemudiannya diserahkan kepada Umi Hafilda, adakah rakyat akan menyokong dan menyanjung "Dato' Seri Umi Hafilda"? Sekejap, terasa mahu muntah pula.

Kenyataan Umi di dalam Malaysiakini, " Justeru, beliau mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Majlis Raja-Raja mempertimbangkan supaya menggugurkan gelaran dan darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Anwar ketika berkhidmat dalam kerajaan sebelum ini. "Beliau adalah pengerak reformis dalam parti pembangkang yang menentang ketuanan negara dan mempertikaian kredibiliti Majlis Raja-Raja, dia tidak layak diberikan sebarang anugerah dan pingat," katanya.

Menurut Umi lagi, Anwar tidak boleh diberi muka lebih-lebih lagi pemimpin terbabit pernah menerima hukuman penjara. Umi Hafilda, 37, mengeluarkan kenyataan itu sebaik hadir memberikan sokongan kepada 13 NGO yang membuat laporan polis berkenaan Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) di Balai Polis Melaka Tengah.

Hujah bodoh dari Umi dapat membayangkan betapa rosaknya pemikiran anak terbuang ini. Semenjak bila DS Anwar mempertikaikan kredibiliti Majlis Raja-Raja? Apakah ketuanan negara yang dimaksudkan oleh Umi itu? Saya percaya, Umi Hafilda pun tidak tahu apakah ketuanan negara kita sekarang. Adakah ketuanan Melayu atau 1 Malaysia? Hujah Umi bahawa DS Anwar pernah masuk penjara maka wajar Pingat/Darjah Kebesaran beliau ditarik balik. Mengapa tidak gesa agar Presiden Perkasa, Ibrahim Alkataki juga diambil tindakan sedemikian? Mengapa Umi Hafilda tidak menggesa Najib memecat Ezam raja Sesumpah dari menjadi Senator? Bukankah Ibrahim Alkataki dan Ezam juga pernah masuk penjara?

Demi untuk mencari sesuap nasi, betina ini sanggup berbuat apa sahaja hatta memakan `bangkai' yang disajikan. Memang kadangkala kita merasa simpati dengan anak yang terbuang ini, jika dahulu adiknya Azwan Ali bersamanya tetapi sekarang adiknya sendiri sering mengungkap perkataan `betina neraka ke tujuh' di dalam Twitternya. Memang sudah nasib dan balasan terhadap orang yang derhaka kepada ayahnya./wfauzdin,blogspot.com

ISU NELAYAN MOGOK - SATU TAMPARAN MEMALUKAN DARI MCA KEPADA PEMIMPIN UMNO

Posted: 14 Jun 2011 10:25 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

TUDING menuding jari terus berlaku di antara pemimpin di dalam Bn dalam isu mogok nelayan lantaran kerja menyusahkan rakyat oleh pemimpin Umno. Pemotongan subsidi minyak bagi nelayan laut dalam nampaknya sekali lagi membuktikan kerajaan Bn tidak prihatin dengan masalah rakyat.

Paling menarik, telatah Menteri dari Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyebut bahawa Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek gagal mengetengahkan masalah dan keluhan nelayan laut dalam Kelas C2 berhubung isu berkenaan.

NONEKenyataan Menteri yang popular dengan jasanya menaikkan harga barang ini disangkal keras oleh Presiden MCA itu sendiri. Satu `tamparan memalukan' dari Dr Chua apabila beliau berkata `Menteri itu tidor'.Link
Kenyataan Malaysiakini, " Dr Chua sebaliknya berkata, beliau tiada ketika mesyuarat itu bulan lalu membincangkan tindakan menamatkan "super subsidi" untuk sembilan jenis kenderaan komersial, seperti didakwa Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Saya rasa menteri mungkin tidur, kerana saya tidak hadir mesyuaat itu," katanya dalam sidang media.(Malaysiakini).

Malang sungguh Umno memiliki Menteri seperti ini yang diperlekehkan oleh pemimpin MCA. Sebab itu tidak menghairankan jika ada yang berkata rakyat kini susah kerana pemimpin tidak tahu bekerja. Apabila sudah terdesak, rakyat bangkit membantah maka mulalah mereka mencari sasaran untuk menuding jari. Kali ini sasarannya memakan diri.

Justeru itu, tiada pilihan lagi. Pemimpin-pemimpin di dalam Bn sekarang sudah menjadi huru-hara dan hubungan Umno dengan MCA dan Gerakan tidak semesra dahulu. Umno kini keseorangan akibat perbuatan mereka sendiri. Sudah sampai masanya rakyat bangkit menghukum mereka./wfauzdin,blogspot.com

UMNO HULUR TANGAN, KITA TAMPAR MEREKA - MAT SABU

Posted: 13 Jun 2011 10:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

SEMEMANGNYA PAS tidak silap memilih Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden parti tersebut. Dan, memang wajar Umno amat bimbang sebelum ini jika Mat Sabu memenangi jawatan nombor dua itu kerana Umno tahu tipu helah mereka untuk bersama PAS kununnya demi perpaduan Melayu pasti akan ditentang sehebat-hebatnya oleh `ayam sabung' PAS berkenaan.

"Kita tidak mahu kejadian 1969 berulang kerana bertanding atas tiket Barisan Nasional dan mereka berjaya, kita ditendang keluar menjelang pilihan raya umum selepas itu. "Pemimpin UMNO sekarang cuba berbaik dengan PAS...bila dihulur tangan, ku tampar tangan mereka," katanya semasa menyampaikan ceramah di Kompleks PAS Kedah di Alor Setar malam tadi (Malaysiakini).

Mengapa begitu sekali anggapan Mat Sabu terhadap Umno? Bukankah Umno terdiri daripada orang-orang Melayu sebangsa dengan beliau dan mereka juga berugama Islam? Mengapa Mat Sabu lebih selesa bersama DAP dan PKR? Sebenarnya bukan Mat Sabu saja yang merasa demikian, bahkan kita juga begitu. Umno sebenarnya tahu dan maklum mengapa PAS tidak lagi berselera dengan parti sekutu Apco tersebut.

PKR dan DAP sebenarnya sudah lama memancing PAS kerana mereka tahu banyak dasar Islam yang diperjuangkan oleh PAS bersamaan dengan apa yang diperjuangkan oleh kedua-dua parti ini. Soal membasmi rasuah, menuntut demokrasi dan keadilan, menentang akta zalim ISA, memperkasakan institusi kehakiman, Polis, SPR, SPRM, menuntut hak royalti, membasmi masalah sosial, meningkatkan mutu pendidikan dan banyak lagi yang dituntut di dalam Islam bersamaan dengan yang diperjuangkan oleh rakan sekutu PAS di dalam PR.

Jika ditanya pada Umno, mereka juga akan berkata perjuangan mereka pun begitu. Tetapi, bagaimana dengan perlaksanaannya selama 50 tahun lebih Umno berkuasa? Adakah mereka berupaya melaksanakannya atau bertambah buruk? Usah disebut tentang rasuah di dalam Umno, sehingga kini pemimpin rasuah ada yang masih menjadi Ketua Menteri. menjadi Wakil Rakyat dan menjadi pemimpin parti. Hak royalti minyak masih dirampas sedangkan negeri-negeri yang patut mendapat hak tersebut adalah negeri-negeri majoritinya Melayu Islam.

Tidak perlu kita bicara soal yang lain, apatah lagi soal agama. Umno jelas gagal sejak dulu lagi untuk memartabatkan Islam. Tidakkah malu Umno dengan kepimpinan DAP di P.Pinang yang sanggup menaikkan peruntukan untuk perkembangan Islam di negeri tersebut dua kali ganda daripada sebelumnya? Terlalu banyak peruntukan dan elaun diberi kepada perkembangan Islam di negeri tersebut termasuk elaun para Imam dan Hafiz. Bantuan kepada SAR juga lebih jauh baik daripada sebelum ini.

Soal-soal berkaitan institusi kehakiman, Polis, SPRM dan SPR tidak perlu kita panjangkan. Terlalu banyak kontroversi dan persoalan yang tidak terjawab. Isu seks juga sudah sinonim bagi mereka sehingga ke tahap menggunakan media untuk menyebarkannya. Budaya fitnah disuburkan siang dan malam. Justeru itu, tepat, wajar dan wajib PAS menjauhi Umno selagi Umno tidak berubah. Tahniah atas ketegasan Mat Sabu./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: